Sudah 2 hari berlalu. Ini juga bermakna sudah 2 hari juga
Aimi berkampung dekat hospital. Keadaannya yang lemah itu tidak menginzinkan
dia untuk pulang ke rumah. Nak ke sekolah apatah lagi. Akhirnya, dia hanya
mampu duduk saja tanpa berbuat apa-apa.
“ Aimi. Mari makan dulu.”
Aimi menoleh memandang ibunya. Keluhan kecil terlepas. Susah
payah tengok mak dan ayah dia datang. Rasa bersalah datang menyerbu ke dalam
dirinya. Agaknya aku sakit apa sampai tak boleh keluar hospital. Hairan.
“ Mak. Boleh Aimi tanya sikit?”
“ Apa tu? tanyalah.”
“ Aimi sakit apa?”
Soalan itu berjaya membuatkan riak wajah ibunya itu terus
berubah. Maznah kelihatan serba salah untuk beritahu perkara sebenar. Sampai
saat ini mereka berdua tiada kekuatan untuk memberitahu perkara sebenar.
Ikutkan sebelum ni Doktor Imran yang akan maklumkan. Tapi, Doktor Imran tidak
sempat untuk menjenguk Aimi kerana terlalu sibuk.
“ Kamu okay. Cuma terlalu tertekan kata doktor. Tu yang
sampai kena masuk hospital.” Nafi Maznah.
Maafkan mak sayang. Mak tak sanggup
nak sampaikan pada kamu. Tunggulah doktor yang cakap sendiri dekat kamu.
Aimi terdiam. Tak. Aku rasa mak sedang tipu aku. Tak
mungkinlah sebab stress aku boleh masuk hospital. Lainlah aku ada penyakit.
Masalahnya hanya stress. Aku kena selidik. Maybe aku patut tanya doktor.
“ Mak. Pinjam telefon boleh?”
“ Nak call siapa?”
“ Emelda. Lama tak jumpa dia. rindu.”
Maznah tersenyum lantas menghulurkan telefon bimbit pada
Aimi. Selepas itu dia terus keluar. Ingin beri ruang pada anaknya untuk
bercakap.
Aimi mendail nombor Emelda lantas menanti jawapan rakannya
itu. dia ingin tahu apa yang terjadi dekat sekolah sepanjang dia tiada di situ.
“ helo.”
“ Helo. Aimi! Kau pergi mana? Rindu kau tau tak!”
Aimi tertawa kecil.
“ Maaf. Tapi aku masuk hospital lagi. sorry tak maklumkan
lebih awal dekat kau.”
“ What? Kau masuk hospital lagi? kau sakit apa? sampai hati
kau tak cakap. Kalau macam tu aku pergi lawat kau petang nii.”
Aimi tersenyum. untung dia masih ada kawan yang ambil berat
akan diri dia.
“ Yelah. Aku tunggu kehadiran kau. Cepat sikit. Aku dah
bosan duduk termenung dekat sini.”
“ Okay. Kau tunggu je. Aku letak dulu. Mama aku dah panggil
tu.”
“ yelah. Bye.”
Selepas mematikan panggilan, Aimi kembali merenung ke luar
tingkap. Terlepas keluhan kecil daripada mulutnya. Tiba-tiba dia teringat akan
Faiz dan Razif. Apa yang terjadi agaknya pada dua orang tu sepanjang aku tak
ada dekat sekolah. Eleh Aimi! Macam kau tu hot sangat sampai mereka nak
fikirkan kau. Hehe.
“ Assalamualaikum.”
Suara garau itu mengejutkan Aimi daripada lamunan.
“ Waalaikumussalam. Eh doktor.” Terkejut Aimi melihat Doktor
Imran.
Imran tersenyum lantas mengangguk. Dia terus bergegas ke
sini selepas diberitahu Maznah bahawa Aimi ada tanyakan fasal penyakitnya.
Imran. Rasanya ini saat yang sesuai untuk kau beritahu dia perkara sebenar.
“ Aimi. Ada something yang perlu saya cakap dekat awak.”
Serius Doktor Imran itu membuatkan Aimi kecut perut. Kenapa? Adakah Doktor
Imran nak beritahu fasal penyakit aku?
“ Apa tu doktor?”
Imran menghamburkan keluhan sebelum memandang tepat ke arah
Aimi.
“ Fasal penyakit awak.”
Aimi tersentak. Serta-merta dia rasa berdebar.
“ Kenapa dengan saya doktor? Cepat cakap.” Gesa Aimi.
“ Sebenarnya punca awak masuk ke sini sebab…”
Imran tak sanggup untuk menyambung ayat-ayat yang
seterusnya. Tapi dia terpaksa.
“ Sebab apa doktor?” Aimi makin menggesa. Dia nak tahu
sangat.
“ Jantung. Awak menghidap penyakit jantung Aimi.”
Aimi yang mendengar itu terus rasa luluh. Lemah terus
semangatnya. Air mata pula tiba-tiba mengalir tanpa dipinta. Melihatkan Aimi
berkeadaan begitu membuatkan Imran rasa serba salah.
“ Maafkan saya Aimi. Saya hanya menjalankan tugas saya
sebagai doktor. Saya tahu awak susah nak terima tapi itu takdir yang harus awak
percaya dan terima. Saya tahu awak boleh.” Ujar Imran memberikan semangat.
Aimi tersenyum hambar. Berita ini lebih menyakitkan daripada
mendengar khabar angin mengenai Razif. Dia rasa dia tak mampu untuk bergerak
bebas dan sukar untuk bergembira selepas ini. Dia rasa ada satu beban melekat
pada bahunya ketika itu. sukar nak percaya.
“ Aimi..” Imran jadi risau.
“ Saya okay doktor. Terima kasih doktor.”
Imran dapat rasakan Aimi sedang tahan perasaannya dengan
senyuman.
“ Kalau macam tu saya keluar dulu. Jangan layankan sangat
perasaan tu Aimi. Kuatkan semangat awak.”
Melihat Aimi yang tiada tanda untuk menyahut kata-kata Imran
itu membuatkan dia terus berlalu keluar. Sakit tengok Aimi muram macam tu. Tapi
dia kena faham yang Aimi pasti terkejut. Eh! Dah kenapa aku nak rasa sakit
macam ni? Mengalahkan orang baru lepas kecewa. Huh!
**
Terpamer senyuman sinis pada wajahnya saat melihat insan
yang berdiri di depannya pada masa itu. Bermacam-macam sangkaan yang dia fikir
tentang insan itu. Sesaat kemudian renungan tajam diberi agar insan itu tidak
bermain-main dengannya.
“ Kau dah fikir masak-masak?”
Faiz masih mendiamkan diri. Dia tak faham. Kenapa perempuan
yang berdiri depannya saat ini sanggup berbuat apa-apa saja demi dapatkan
Razif. Sedangkan Razif tak simpan perasaan pun dekat dia. Dalam hal ni boleh
dikatakan perempuan tu sorang saja syok sendiri.
“ Aku tak sanggup nak join kau demi rosakkan nama baik kawan
aku. Even sebab dia aku tak dapat Aimi. Aku tak kisah sebab yang penting Aimi
bahagia.” Putus Faiz dengan serius.
Seperti yang dijangka Faiz. Dina langsung tak puas hati
dengan jawapan Faiz. Bukan itu yang dia fikirkan.
“ Habis tu? Kau nak lepaskan Aimi macam tu je?”
Faiz tersenyum sinis. Rambutnya diraup ke belakang.
“ Aku percaya. Kalau ada jodoh tak ke mana. Dan kalau tiada
jodoh aku dengan dia maybe dengan orang lain. Come on! Kita still in school.
Panjang lagi perjalanan kita. Berfikirlah secara rasional sikit. Kau ingat kau
akan bahagia bila dapat dia? Sedangkan hati dia bukan pada kau!” Faiz dah mula
membentak. Memang dia tak puas hati bila Dina cuba hancurkan kebahagiaan kawan
dia even dia dan Razif tak sebulu.
Dina merengus geram.
“ Aku tak peduli semua tu. Asalkan Razif tak jatuh dekat
tangan Aimi. Aku takkan biarkan hal tu! I will make sure he will be mine!”
Terus Dina berlalu selepas menghamburkan ketidakpuasan
hatinya itu. Faiz yang melihat hanya mampu mendiamkan diri dan bersabar.
Tergeleng kepalanya melihat sikap Dina yang keras kepala itu. Tak sangka kau
kemaruk sangat dengan Razif. Aku harap Allah bukakan hati kau untuk terima
takdir Ilahi.
Faiz pantas memusingkan badan ke belakang untuk masuk ke
dalam kelas. Tapi lain pula jadinya bila Emelda berada tepat di belakangnya dan
sambil memandang tajam ke arahnya. Faiz menoleh ke arah Dina yang sudah
kehilangan jejak dan kembali menoleh ke arah Emelda. Takkan Emelda dengar?
“ Kau buat apa dekat sini?” Soal Faiz bersahaja. Satu
tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Satu lagi dibiarkan lepas ke sisi.
Emelda memandang curiga ke arah Faiz.
“ Kau ada rancang apa-apa yang tak baik ke dengan budak tu?”
Faiz terdiam. Dia dengar ke?
“ Kenapa? Apa yang kau dengar?”
“ Tolonglah weh. Aku tahu kau sayangkan Aimi. Tapi ini bukan
jalannya. Dengan membuat sesuatu yang jahat demi Aimi. Aku tak mengaku kau
kawan. Aku tak tahu apa rancangan korang tapi tolong jangan buat apa-apa.” Rayu
Emelda.
Faiz mengeluh perlahan.
“ Kau dah salah faham. Aku tak berniat pun nak buat benda
jahat dekat Razif. Langsung tak sebab aku tak nak sebab aku Aimi dan Razif tak
bahagia. Aku tak sekejam tu. Tapi budak tadi tu yang ajak aku. Aku dah tolak.
Dia yang bertekad nak dapatkan Razif. Dan aku tak tahu apa rancangan dia.” Faiz
terus terang.
Emelda terdiam. Dia mula rasa tidak sedap hati. Mujur Aimi
masih belum datang sekolah.
“ Petang ni kau ikut aku melawat Aimi dekat hospital.”
Beritahu Emelda lantas masuk ke dalam kelas.
Faiz tersentak. Aimi masuk hospital lagi? Ya Allah.
**
Imran memerhati wajah yang tengah bermuram itu dengan
keluhan kecil. Dia tak tahu nak buat macam mana lagi agar wajah itu tersenyum
macam sebelum ni. Daripada pagi tadi sampai ke petang. Wajah itu langsung tidak
mengukirkan senyuman. Imran jadi risau. Kalau Aimi terus berduka, dia takut
akan menjejaskan keadaan jantungnya.
“ Doktor.”
Imran tersentak bila Aimi memandangnya. Imran mengukirkan
senyuman kecil.
“ Ya saya.”
“ Saya ada harapan untuk hidup panjang tak?”
Imran terkedu.
“ Kenapa awak cakap macam tu? Awak akan sembuh. Percayalah.”
“ Tapi saya perlukan penderma!”
Tiba-tiba Aimi membentak. Air matanya serentak mengalir ke
pipi. Dia tiba-tiba jadi lemah. Ini bukan diri dia. Bukan!
Imran sudah terkedu. Mahu saja dia tarik Aimi ke dalam
pelukannya. Tapi dia tak boleh. Dia hanya seorang doktor bukan suami. Ya Allah.
Apa perlu aku buat?
“ Saya yakin awak akan sembuh. Saya yakin akan ada penderma
untuk awak suatu hari nanti. Percayalah.” Imran cuba meyakinkan Aimi.
Aimi paksa diri mengukirkan senyuman. Dia cuba untuk
bersabar walaupun susah.
“ Doktor. Sudi tak doktor jadi kawan saya kalau semua orang
sudah tak mahu kawan dengan saya?”
Imran tersenyum. kepalanya dianggukkan.
“ Of course. Awak anggap je saya ni kawan awak. Saya tak
kisah.”
Aimi menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Cuba
untuk mencari kekuatan.
“ Kalau macam tu boleh saya tak panggil awak doktor? Just
panggil awak or Imran. Can I?”
Imran semakin melebarkan senyumannya. Entah kenapa dia rasa
suka bila Aimi menganggapnya sebagai kawan.
“ Sure. Panggil je apa-apa selain doktor. Nevermind. Kan
kita kawan. Remember?” Imran menjongket kening.
Aimi yang melihat tersenyum. Hatinya terasa gembira .
“ Terima kasih.”
“ Sama-sama. Dah tugas saya sebagai doktor dan kawan.”
Aimi hanya menganggukkan kepalanya lantas menoleh ke arah
tingkap. Dia perlukan kekuatan. Dia berharap masih ada sinar dalam hidupnya.
Tak bermakna dia sakit dia kena bermuram. Tidak. Dia perlu kuat demi ibu dan
ayahnya dan demi dirinya. Perlu!
“ Anggap ini semua ujian dari Allah. Sebab Aimi mampu lah
Allah hadirkan penyakit ini untuk Aimi. Aimi perlu percayakan Allah. Aimi akan
sembuh.” Ujar Imran memberikan kata-kata semangat buat Aimi.
Aimi menarik senyuman. Kali ni ikhlas.
“ Sure. Saya akan cuba.”
“ Good girl. That’s my girl.”
“ hehe.”
**
Wajah sayu yang sedang berdiri di hadapannya itu dipandang
dengan seribu persoalan. Bila masing-masing asyik berdiam, terhambur juga
keluhan kecil daripada mulutnya. Terus dia menarik senyuman bagi menghilangkan
rasa kekok.
“ Aku minta maaf. Sebab aku korang berdua terpaksa datang
sini melawat aku.” Ujar Aimi merendah diri. Walaupun bibirnya mengukirkan
senyuman. Hatinya hanya Allah yang tahu.
Faiz dan Emelda yang melihat hanya mendiamkan diri. Faiz
yang serba salah itu memandang ke arah lain bila perasan mata Aimi tengah
melihatnya. Dia rasa sedikit kesal sebab dia Aimi pengsan.
“ Aimi. Aku minta maaf.”
Maaf yang terkeluar daripada mulut Faiz membuatkan Aimi
terdiam.
“ Maaf? Kenapa pula kau nak minta maaf? Kau tak salah pun.”
“ Ya. Aku salah. Sebab aku kau jatuh pengsan. Aku tahu aku
tak patut cakap dekat kau tentang perasaan aku sedangkan kau sukakan Razif.
Maafkan aku. kalau terjadi apa-apa dekat kau aku takkan maafkan diri aku.”
Aimi rasa sebak. Bukan sebab kau Faiz. Tapi sebab memang aku
yang sakit. Maafkan aku Faiz.
“ Tak. Kau tak salah. Aku memang tak sihat lagi sebelum tu.
bukan sebab kata-kata kau. Jangan risau okay.”
Faiz tersenyum hambar.
“ Aku reda Aimi. Aku sanggup lupakan kau dan lepaskan kau
pada Razif. Dia lebih layak untuk kau.”
Emelda dan Aimi saling berpandangan sebelum menoleh ke arah
Faiz yang tengah tersenyum itu.
“ Apa maksud kau ni?” Emelda dah rasa lain.
“ betullah apa yang aku cakap. Aku tak layak Mel. Aimi..
jangan hampakan dia dan aku. aku nak kau hidup bahagia. Nanti bila kahwin
jangan lupa jemput aku tau.” Faiz cuba gelak. Tapi nampak sangat gelaknya itu
tawar.
Aimi dan Emelda terdiam lagi.
“ Dah. Lupakan tentang itu. Tak penting. Yang penting kau.
Bila kau nak keluar hospital?” Pantas Faiz mengubah topik. Tak sanggup rasanya
dia bila asyik cakap fasal hal itu. Nanti hati dia juga yang sakit.
“ Esok maybe. Aku tak sure.”
Aimi tunduk memandang jari. Dia rasa sebak sangat. Macam
mana kalau kawan-kawan aku tahu tentang penyakit aku? Arh! Baik aku rahsiakan.
Lebih baik tiada sesiapa pun yang tahu. Kalau tidak mereka pasti akan simpati
kat aku. Aku tak nak.
Tiba-tiba pintu dibuka daripada luar. Terjengul muka Doktor
Imran yang tengah tersenyum. Mereka bertiga serentak menoleh ke belakang.
“ Hai Aimi. Ada tetamu erk?”
Aimi tersenyum dengan kehadiran Imran.
“ Haah. Semua ni kawan saya.”
Imran menapak masuk dan menyalami Faiz. Kemudian dia menapak
pula ke sisi Aimi. Ingin membuat pemeriksaan.
“ Macam mana? Rasa sakit lagi tak?” Soal Imran dengan riak
serius.
“ Alhamdulillah. Rasa lebih baik. Esok saya boleh keluar
hospital dah kan?” Soal Aimi inginkan kepastian.
Imran meneliti dokumen pesakit yang berada pada tangannya
itu. kemudian dia mendongak melihat Aimi. Senyuman ditarik lebar.
“ Yes. You can. Tapi ingat, lepas ni kalau sakit cepat-cepat
call saya.”
Aimi terus mengangguk lantas menarik senyuman lebar. Lega
bila boleh keluar hospital.
“ By the way…”
Imran yang baru nak keluar daripada situ terus memandang ke
arah Faiz.
“ Good job boy. You did it. I’m proud of you. Don’t worry.
You will be happy. I have to go. Bye.”
Semua terlopong dengan kata-kata Doktor Imran tetapi tidak
bagi Faiz. Rasanya dia faham apa maksud Imran. Dia menarik senyum. Terima kasih
doktor. Sebab saya nak Aimi bahagia.
**
“ Razif!”
Razif yang ingin masuk ke pejabat sekolah terbantut apabila
namanya dipanggil. Terus dia menoleh ke belakang.
“ Saya?”
Razif pelik. Siapa pula budak perempuan ni? Tak pernah
nampak pun.
“ Sorry. Saya Dina. Form 4. Awak dah nak balik ke?”
Razif hanya mengangguk.
“ Kenapa awak cari saya?”
Dina buat muka manis. Dia hulurkan satu beg kertas kepada
Razif. Razif yang tak tahu apa-apa hanya menyambut dengan tanda tanya.
“ Hadiah dari saya. Terimalah. Saya pergi dulu.”
Usai Dina berlalu, Razif menjenguk isi beg kertas tersebut.
Hanya sehelai baju. Nothing special. Tapi kenapa dia bagi kat aku? Pelik.
“ Hai Razif. Kenapa sampai berkerut dahi tu?”
Entah datang dari mana, tiba-tiba Faiz muncul. Sebenarnya
Faiz baru balik daripada melawat Aimi. Kebetulan dia lalu sekolah dia terus
singgah. Tup tup terjumpa Razif yang baru nak pulang.
“ Eh! Kau buat apa dekat sini?”
“ Ni sekolah aku kan? Kau kenapa?”
Faiz mengambil beg kertas yang berada pada tangan Razif itu.
pantas dia buka untuk tengok isi di dalamnya. Baju?
“ Siapa bagi kat kau ni? secret admire la tu.” Usik Faiz
lantas menyerahkan kembali beg tersebut.
Razif hanya menjongketkan bahu.
“ Entah. Tapi dia cakap dia pelajar form 4. Nama dia Dina.
Aku pun tak tahu kenapa dia bagi.”
Faiz terus tersentak. Okay. Aku dah mula rasa lain macam ni.
tak sedap hati. Takkan dia dah mula rancangan jahat dia tu. Takkanlah!
“ Aku bagi amaran dekat kau. Kalau kau nak Aimi bahagia,
lebih baik kau jauhi budak Dina tu. Jangan sampai aku tahu kau rapat dengan
dia.” Faiz dah keluarkan arahan dengan muka yang ketat.
Razif yang tak tahu apa-apa jadi makin tertanya-tanya.
“ Apahal kau ni? Dia Cuma bagi hadiah je kot.”
“ Tak kisah. Make sure lepas ni kau tak terima sebarang
hadiah daripada dia. Or Aimi will be dangerous!”
Terus Faiz berlalu selepas berkata demikian. Okay. Aku dah
mula risaukan Aimi. Tak boleh jadi ni! aku mesti hentikan perempuan tu. kalau
tidak aku tak jamin apa yang akan jadi nanti.
Razif pula terkedu. Aimi akan dalam bahaya? Apa sebenarnya
yang tengah terjadi ni? Aku tak faham betullah.
No comments :
Post a Comment