Seminggu kemudian…
Bunga-bunga yang berkembang mekar itu menambahkan seri bunga
itu. Sama macam orang yang menjaganya. Berseri-seri je. Biasalah.. Dah nak jadi
ibu katakan. Lagipun dia dah tak sabar nak tunggu saat itu. Satu lagi kerana
Izz makin rapat dengan dia. Dah tak murung-murung dan nampak berserabut. Dia
sendiri berasa lega.
“ Akak! Akak! Ada orang telefon ni!”
Zahra yang asyik menyiram pokok bunga itu menoleh ke
belakang. Cepat-cepat dia meletakkan kembali penyiram pokok ke tempat asal
sebelum masuk ke dalam rumah untuk menjawab panggilan.
“ Siapa Farah?” Soal Zahra sambil menyambut gagang telefon
daripada Farah.
“ Entah. Suara lelaki. Farah naik atas dulu ye..”
Zahra yang mula rasa pelik hanya menjawab panggilan
tersebut.
“ Helo. Zahra bercakap. Siapa ni?”
“ Awak memang dah tak sayangkan Syazwan ke?”
Zahra tersentak. Lelaki ni!
“ Awak memang langsung tak nak ambil peduli fasal Syazwan
ke? Walaupun awak dah tak sayangkan dia. Tapi awak tak teringin nak tahu
keadaan dia ke?”
Zahra masih mendiamkan diri. Dia sendiri tak tahu apa yang patut
dia cakap. Dulu dia tak percaya yang Syazwan sakit. Tapi sekarang? Dia sendiri
sukar nak percaya lagi atau tak. Kata-kata lelaki ni nampak ikhlas.
“ Awak tahu tak. Dia nak jumpa dengan awak sangat sekarang
ni. berilah dia peluang Zahra. Dia dah menyesal. Dia dah dapat balasan di atas
perbuatan dia yang dulu.”
Zahra mengetap bibir kuat. Hampir menitis air matanya saat
teringatkan Syazwan.
“ Apa maksud awak? sebenarnya Syazwan sakit apa? cuba
beritahu saya perkara yang sebenar.”
Zahra tahan diri daripada bertukar nada. Suaranya mula rasa
serak. Dia sedang menahan diri daripada menangis.
“ Sebab itu saya suruh awak datang ke hospital. Please
Zahra. Kali ni je saya minta tolong pada awak. masa dia dah tak lama.tak apa..
Awak fikirlah dulu. Saya dan Eslina sanggup tunggu. Tapi awak jangan lambat
sangat buat keputusan. Saya takut awak tak sempat.”
Zahra menutup matanya erat.
“ Esok saya berikan jawapan. Awak telefon lagi esok.”
Usai Zahra berkata begitu. Dia terus meletakkan gagang
telefon pada tempat asal. Serentak itu air matanya mengalir. Dia tak faham.
Kenapa mesti dia rasa sedih pula ni. Takkan rasa sakitnya dulu masih belum
sembuh? Argh!
“ Akak?”
Farah menyentuh lembut bahu Zahra yang kelihatan murung itu.
Dia juga sedari ada air mata pada pipi Zahra.
“ Ha?” Zahra pantas mengelap air matanya agar tidak ketahuan
oleh Farah. Dia cuba tersenyum kecil. walaupun nampak hambar.
Sekurang-kurangnya dia mencuba.
“ Siapa yang telefon?”
“ Ha? Eh! Tak tahulah. Salah nombor tu.” Zahra cuba
mengelak. Dia terus keluar semula dari rumah. Dia sambung tugasnya sebelum ni.
Farah yang melihat sikap Zahra yang tiba-tiba berubah itu
mula rasa curiga. Pasti lelaki tadi ada cakap sesuatu pada akak Zahra.
Masalahnya apa?
“ Sayang! Abang perlukan surat khabar!”
Farah tersedar daripada lamunan saat mendengar laungan Alif
dari bilik.
“ Kejap bang!”
Farah menjeling sekilas ke arah Zahra sebelum berjalan ke
bilik. Farah bertekad. Farah akan cari dan soal siasat fasal lelaki tu. Farah
tak nak akak sedih lagi. Percayalah!
**
Matanya terkebil-kebil melihat sekeliling. Sangat gelap!
Terlalu gelap. Satu apa-apa pun dia tak nampak. Tangan sendiri pun dia tak
boleh nampak. Dia mula rasa takut.
“ Kau dah sedar ke?”
Dia pantas mengangguk. Rasa takut semakin mencengkam
dirinya.
“ Aku tahu! Semuanya salah aku! Aku dah menyesal. Aku janji
selepas ni aku akan meminta maaf pada Zahra dan terima anak aku semula. Aku
salah!!”
“ Baguslah kalau kau
dah sedar. Tapi ingat! Bukan mudah untuk aku lepaskan kau. Aku tak nak kau
menyesal sebab aku tapi sebab Allah. Ingat Allah. Tanpa Allah kau tak ada dekat
muka bumi ni.”
Dia terus menganggukkan kepalanya. tiba-tiba juga keadaan
sekeliling bercahaya yang sangat terang. Melalui cahaya itu juga, keluar
seorang lembaga putih dan menuju ke arahnya. Dia hanya mampu menutup mata
walaupun sesekali dia melihat ke arah lembaga itu.
“ Kini tugas aku pula. Aku nak bimbing dia.”
“ Baiklah! Tugas aku dah selesai.”
Dua suara itu menjadikan dia semakin takut. Tapi dia tahu.
Dua-dua itu adalah bayangannya. Bayangannya yang ingin dia berubah ke arah
kebaikan.
“ Umur kau dah tak lama. Aku harap kau sempat untuk
bertaubat.”
Dia terus menganggukkan kepala. memang itu yang dia
harapkan.
“ Aku Cuma nak Zahra datang jumpa aku. Aku nak minta maaf
pada dia. Aku salah!”
“ Aku tahu. Jangan risau. Tak lama dia akan datang juga. Kau
tak boleh buat dia macam sampah lagi. Dia dah cukup baik Syazwan. Kenapa kau
buat dia macam tu dulu?”
Syazwan menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Dia sama
sekali tak tahu. Argh!!
“ Aku akan ubah kau Wan. Kau hanya perlu tunggu dan
berusaha.”
Datang lagi satu cahaya yang terang. Tapi cahaya itu
membuatkan Syazwan tersedar daripada tidur. Sebaik sahaja dia bangun duduk. Dia
meraup wajahnya perlahan. Tiba-tiba dia merasakan matanya basah dengan air
mata. Jadi mimpi itu bukan main-main tapi betul.
“ Abang?”
Datang Eslina bersama minuman untuk diberikan pada Syazwan.
Selama seminggu mereka berada di hospital. Eslina dan Hairul bertukar silih
berganti bagi menjaga Syazwan. Mereka dah bertekad nak bantu Syazwan.
“ Es… Abang nak jumpa Zahra. Abang dah menyesal buat dia
macam tu. Tolong abang Es?” Rayuan Syazwan berjaya membuatkan hati Eslina
sebak.
‘ Alhamdulilah. Abang Syawzan dah menyesal. Ya Allah. Terima
kasih.’
“ nanti dia datang. Abang bersabar ye..”
Eslina cuba memberikan senyuman manis pada Syazwan. Mungkin
dengan cara itu Syazwan akan berasa lebih tenang. Dia sebagai isteri patut
menenangkan suami. Dia sanggup jika terpaksa berkorban sekalipun.
“ Assalamualaikum..” Hairul muncul dengan riak ceria.
“ Waalaikumussalam..” Jawab mereka berdua serentak.
“ Kau dah bangun Wan?” Hairul duduk di hujung katil. Sengaja
dia menjongketkan kening pada Syazwan.
“ Kau ni dah kenapa Rul? Buang tabiat ke?”
Hairul tertawa kecil. dah lama tak tengok Syazwan macam ni.
“ Aku nak kau sembuhlah.”
“ Aku takkan sembuh Rul. Masa aku dah tak panjang.” Lirih
Syazwan.
“ Apa yang abang cakapkan ni? InsyaAllah. Es yakin yang
suami Es ni akan sembuh. Percayalah..”
Hairul menyembunyikan rasa sedihnya. Dia tak boleh lemah di
depan kawan sendiri. Dia sendiri perlu kuat agar Syazwan tak berasa lemah. Dia
perlu bangkitkan semangat Syazwan kembali.
“ Kau nak jumpa dia kan?” Soalan Hairul berjaya membuatkan
bibir Syazwan terkatup rapat. Dia dah tak tahu nak cakap apa. sebut je fasal Zahra.
Dia jadi diam. Dia rasa berdosa sangat.
“ Jangan risau. Nanti dia datanglah tu.” Pesan Hairul. Tapi
dia sendiri tak yakin sama ada Zahra akan datang atau tidak. Harap-harap datang
lah.
“ Kau nak makan? Minum?” Syawan menyoal.
“ Tak nak arh. Aku tak ada selera. Kau makan je lah
sorang-sorang.”
Dengan susah payahnya Syazwan menelan setengah sandwish itu
ke dalam mulutnya. Dia paksa diri untuk menelan. Dia tak mahu buat orang di
sekelilingnya risau. Bertambah risau maybe?
‘ Aku nak jumpa kau Zahra’
**
Puas berfikir. Malam itu Zahra ada jawapan muktamad bagi
permintaan lelaki itu. Lelaki yang mengaku kawan baik Syazwan. Rasanya biarlah
kali ini dia beralah sedikit. Dia juga nak tahu Syazwan sakit apa? Dia nak tahu
sama ada benar atau tak apa yang kawan Syazwan katakan itu.
Selepas sahaja dia balik daripada keluar makan bersama
Farah. Dia terus menuju ke telefon rumah. Mujurlah Farah dan Alif terus masuk
ke dalam bilik. Kalau tidak mereka berdua akan tahu. Dia mengambil keputusan
untuk menelefon nombor Syazwan. Dia tak pasti sama ada keputusan yang dia ambil
ni betul atau tak. Bodoh atau sebaliknya. Dia sendiri tak tahu.
‘ Patutkah aku telefon dia atau tunggu panggil panggilan
lelaki tu?’
Baru sahaja Zahra ingin mengambil gagang telefon. Tiba-tiba
telefon itu berbunyi. Tanpa berlengah Zahra mengangkatnya terlebih dahulu
sebelum Alif turun ke bawah untuk menjawab panggilan tersebut.
“ Helo.”
“ Zahra ke?”
Zahra terdiam. Ini suara lelaki pagi tadi. Tak sangka malam
ni dia telefon. Aku ingat esok.
“Saya tahu awak takkan percayakan saya. Tapi tolonglah
datang ke hospital esok. Saya tak kisah awak nak marah atau hina kami
sekalipun. Yang penting Syazwan nak jumpa awak sangat. Dia merayu dekat saya
agar dapat jumpa awak. Jadi saya harap..”
“ Okey!”
Cepat sahaja Zahra memintas sebelum lelaki itu cakap dengan
panjang lebar. Dia dah bertekad yang dia akan ke hospital esok. Apa nak jadi ,
jadilah. Dia dah tak kisah. Sekalipun terpaksa menitiskan air matanya lagi demi
lelaki itu.
“ Terima kasih Zahra. Esok saya tunggu dekat sini.”
“ Baiklah. Assalamualaikum..”
“ Waalaikumussalam..”
Zahra terduduk pada sofa. Perutnya yang kian memboyot itu
ditelusnya perlahan.
‘ Anak mama.. Esok kita akan pergi jumpa papa. Mama tahu
anak mama mesti nak jumpa dia sangat kan? maafkan mama sebab belum beri peluang
untuk jumpa papa. Mama kecewa dengan papa. Tapi esok mama harap mama mampu
maafkan dia..’
**
“ Macam mana?”
Hairul tersenyum kecil. kepalanya dianggukkan perlahan.
“ Alhamdulilah. Akhirnya Zahra setuju nak datang ke
hospital. Lebih baik kita tak beritahu Syazwan dulu. Biarlah jadi surprise.”
Eslina menghembus nafas lega bersama rasa syukur. Dah lama
dia menantikan saat ini. dia berharap kedua-dua mereka mampu saling memaafi
esok. Moga Allah permudahkan urusan mereka.
“ Eslina..”
Eslina yang asyik termenung itu menoleh ke kiri. Hairul
merenungnya dengan pandangan yang redup. Tak lupa juga senyumannya yang manis
itu.
“ Kau kelihatan manis sekali bila bertudung macam ni.
maafkan aku sebab baru hari ni aku puji kau. Sebelum ni aku terlalu risau
memikirkan Syazwan.” Pujian itu berjaya membuatkan Eslina terpana.
Eslina melihat dirinya yang telah berubah seratus peratus
itu. Ya. Kini dia telah pun bertudung dan menutup aurat. Dia dah benar-benar
menyesal. Semenjak dia dapat tahu Syazwan sakit. Dia dah bernekad nak bertudung
dan cuba berubah ke arah lebih baik. Mujurlah Syazwan terima dan tak kata
apa-apa.
“ Aku rasa hina sangat Rul. Kenapalah tak dari dulu lagi aku
berubah. Aku bodoh Rul. Kerana cinta, dulu aku terus berubah. Tapi kini, kerana
cinta juga aku berubah kembali. Aku patut berterima kasih pada akak Zahra,
Allah dan Syazwan. Kalau bukan kerana mereka. Mungkin sampai saat ini aku belum
kenal siapa diri aku yang sebenar. Kau juga Rul. Terima kasih..”
Eslina ikhlas dan makin reda di atas apa yang telah berlaku
selama ini. Dia tahu dia telah belajar daripada kesilapan yang sangat besar.
“ Baguslah kalau begitu. Aku harap kau dapat berubah dengan
perasaan bersyukur dan gembira. Aku akan sentiasa doakan kau.” Ucap Hairul
pula.
Eslina hanya tersenyum. Hairul adalah lelaki pertama yang
memujinya sebegini. Syazwan sendiri pun tak pernah memuji saat dia bertudung. Tapi
tak mengapa. Dia faham. Masa tu Syazwan masih belum dapat terima kenyataan
tentang penyakitnya itu.
Hairul menoleh pula ke arah lain. Entah mengapa saat dia
memandang Eslina. Hatinya jadi tak tentu arah. Tapi dia perlu kawal. Eslina
adalah isteri orang. Isteri kepada sahabatnya sendiri. Tak mungkin dia nak
mengkhianati kawannya itu.
‘ Walaupun sukar. Namun aku yakin rasa cinta ini akan hadir
dan pergi jua.’
No comments :
Post a Comment