Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday, 15 January 2014

Cerpen : Bila dia katakan cinta

Halo...Halo... Wah! Dah lama aku tak upload cerpen baru kan? Hari ni baru berkesempatan. Biasalah. Idea dah kering. Jadi tiada mood nak buat cerpen ni. Harap-harap cerpen baru bagi tahun 2014 ni best. Hope sangat.. :)




“ Miss you…”

“ Rindukan siapa tu?”

Aku tersenyum saat mendengar suara garau itu. Aik? Baru kata rindu dah muncul? Hebat!

“ Macam mana abang boleh ada dekat sini? Kata pergi kursus seminggu? Sekarang baru 2 hari.”

Bahuku dipautnya dengan sengihan nakal. Kemudian hidungku pula dicuitnya.

“ Abang pun tak tahulah. Sebab sayang kata rindu kot. Jadi abang tak jadi pergilah. Pergi 2 hari tu pun abang melancong je. Tak terlibat dengan kerja.”

Aku memandang sisinya. Ya Allah. Terima kasih kerana engkau satukan kami. Walaupun kami tak sangka sebenarnya kami ada jodoh. Ingatkan dulu aku dan dia takkan bersama. Yalah. Masa aku kenal-kenal dengan dia ada desas-desus mengatakan yang dia dah berpunya. Tengok-tengok satu hari dia yang datang luahkan perasaan dekat aku.

Terkejut jugalah. Tak sangka yang aku tak bertepuk sebelah tangan. Tapi Allah kan Maha Mengetahui? Dah tertulis di Loh Mahfuz yang kami berdua ditakdirkan untuk bersama.

“ Mengelamun je kerjanya.”

Aku tersenyum kecil lalu menghadap badanku ke arahnya. Dalam aku merenung ke matanya.

“ Tak sangka abang sukakan sayang ni. Bukankah abang dah berpunya?” Soalku sedangkan dah tahu pun jawapannya.

“ Masih ingat lagi ke?” Kepalaku dibelainya lembut.

“ Of course lah! Kenangan manis tu.”

“ yelah. Entahlah. Bila pertama kali nampak sayang masa tu. Hati abang ni tiba-tiba berdebar hebat. Kalah orang lari marathon tu ha. Dan taklah sedebar abang berdepan dengan Yuni tu. Abang pun pelik.”

Kalau aku ingat balik memang kelakar waktu tu. Aku ingatkan Cuma khayalan je. Rupa-rupanya aku betul-betul dah jatuh hati dekat dia.

“ Itu namanya cinta. Habis macam mana dengan Yuni?”

Sampai sekarang aku tak tahu macam mana dengan bekas kekasih suami aku ni. Dah tak dengar berita selepas suami aku datang luahkan perasaan dekat aku waktu tu.

“ Dia dah selamat bertunang dengan pilihan hatinya. Sebelum abang pergi luahkan perasaan dekat sayang tu kan? Dia datang jumpa abang dan menjelaskan semuanya. Sebenarnya dia jadi kekasih abang ada sebab. Sebab dia ingin dapatkan kepastian adakah kakak abang tu kakak tiri dia. Abang pun susah nak percaya. Marah tu adalah juga.”

Aku terdiam. Oh!

“ Tapi bila dia dah memohon maaf dan dia cakap tentang perasaan abang tentang sayang. Abang baru sedar yang abang sangat mencintai sayang. Dia pun dapat kesan sepanjang abang kenal dengan sayang. Dia kata dia mencintai orang lain.”

“ Jadi abang maafkan dia?”

“ Ye. Abang rasa abang pun bersalah sebab abang cintakan sayang. Kami dua-dua salah jadi kami masing-masing minta maaf.”

Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu.

**

“ Hoi!”

Ish! Kus semangat! Siapa yang datang sergah aku yang tengah khusyuk membuat kerja dapur ni. Kacau daun jelah!

“ Kau ni kan? Tak sergah aku tak sah kan?”

Umairah. Kawan yang paling nakal dan suka mengusik aku. Tapi dialah kawan aku yang paling baik. Tak menyesal aku berkawan dengan dia.

“ Biasalah. You know me right? Hehe..” Tersengih je kerjanya. Tahulah dah nak berkahwin kan? ceria je lah sepanjang masa. Aku jelah yang masih keseorangan.

“ petang ni ikut aku?”

“ ke mana?” Aku mencuci tangan lalu bergerak ke ruang tamu.

“ Aku nak kenalkan kau dekat seseorang.  Nak bantu kau dapatkan calon suami. Kan mak kau dah bising suruh kahwin.”

Aku terus membaling bantal kecil ke arahnya. Sayang dia sempat mengelak dengan gelak tawa.

“ Hoi! Amboi!”

Nasib baik mak dan ayah aku tak ada dekat rumah. Kalau tidak memang aku kena berleter dah lah sebab menjerit tak tentu fasal.

“ haha.. Asal? Aku nak tolong kau ni.” Dia kembali membaling bantal kecil itu ke arahku dan aku 
menyambutnya dengan geram.

“ Biarlah aku cari sendiri. Aku tahu jodoh aku yang sebenar ada di luar sana. Aku menunggu diri dia. Biarlah lambat asalkan aku tahu dia jodoh ku.”

Entah siapalah jodoh aku tu erk? Hehe..

“ Eleh.. Weh! Kalau tak usaha pun tak guna. Aku tak kira. Petang ni ikut aku.”

“ Malaslah weh. Kan petang ni sepupu aku merangkap kawan kau tu akan bertunang. Aku tak mahulah kecik kan hati sepupu aku tu. Kau pun tak nak kan?”

“ Kalau macam tu aku suruh dia datang sinilah. Dia pun kenal dengan sepupu kau tu. Tapi akulah yang lebih rapat dengan dia. Aku tak kira, petang ni kau tak boleh mengelak. Cubalah hargai bantuan kawan mu ni. Huhu..”

Aku tergelak melihat riak mukanya. Cis!

“ yelah. Tapi kalau aku tak berkenan, tolak ke tepi erk?”

Aku pantas berlari ke dapur saat dia ingin memukul lenganku dengan bantal. Haha..

**

“ Cantiknya kau Ida. Terpegun aku.” Pujiku sambil tersengih.

“ Janganlah puji lebih-lebih. Kembang punggung aku jap gi. Siapa susah? Aku juga..”

Kami bertiga ketawa serentak. Hurmm.. Lepas ni maybe dah susah nak jumpa dengan Ida ni. Antara kami tiga orang, Ida lah yang paling kelakar. Untung siapa jadi suaminya nanti.

“ Mairah. Hairul cakap nanti dia datang dengan Yazman. Sekali dengan kawan dia tu. Aku tak kenal pula siapa kawan Yazman tu.”

Aik? Asal yang Umairah tersengih-sengih dekat aku ni. Pelik!

“ ada bakal tunang kau cakap untuk apa nak bawa Yazman datang?” Soalnya sambil tersengih. Apa ke peliknya minah ni? Tiba-tiba je sengih-sengih.

“ Entah. Tak pula. Kenapa erk?”

Tangannya memaut bahuku dengan mesra.

“ nak kenalkan dengan sepupu kau ni ha. Kan dia sorang je yang belum berpunya di antara kita. Jadi aku nak tolonglah.”

Aku tersentak. Itu rupanya. Patutlah daripada tadi asyik tersengih je kerjanya. Nak kenakan aku lah tu.

“ Oh. Bagus-bagus. Dia pun masih belum berpunya. Aku rasa diorang secocoklah.”

Aku mencebik geram. Mula dah sesi mengusik mereka. Kalau mereka berdua bergabung kan? Aku kalah. Aku sudi mengalah terlebih dahulu daripada lawan cakap mereka. Sebab mereka ada je idea nak usik aku.

“ Dahlah! Malas nak layan korang ni. Aku pergi depan dulu. Nak tengok majlis dah bermula ke belum.”

Aku mengelak dengan keluar daripada bilik Ida. Menyampah! Tak habis-habis cakap soal aku kan?

“ Ana!”

Aku mendengar laungan mak dari dapur. Jadi aku melangkah ke dapur dengan cepat. Tengok-tengok bukan mak je yang ada. Turut ada dekat situ dua orang jejaka muda. Ceh wah! Haha!

“ Ada apa mak?” Soalku. Teringin juga aku nak tengok wajah diorang. Tapi segan. Nanti diorang kata apa pula.

“ Bawa dua orang ni jumpa dengan Ida. Kawan katanya.”

Aku tersentak. Kawan? Jangan-jangan….

“ Ana! Dengar tak ni?” Aku cepat-cepat melihat ke arah mereka dengan sengihan kecil.

“ Silakan..”

Aku terus memusingkan badan untuk masuk ke dalam bilik Ida. Haih! Asal mak suruh aku! Haish! Nanti habislah aku kena usik lagi. Tak apa. lepas mereka masuk aku lari lah keluar. Hah! Bagus!

“ ni biliknya. Masuklah..” Jemputku.

Dan sebaik sahaja diorang masuk, aku pun apa tunggu lagi. Larilah ke dapur. Fuh! Nasib Umairah dan Ida tak perasan. Ceh! Aku pun tak sempat nak tilik wajah diorang baik-baik. Gugup punya fasal.

**

“ Ana! Kau nak lari ke mana?”

Erk! Kantoi! Aku baru nak balik rumah. Tapi dah terkantoi dengan Umairah. Ceh! Baru nak mengelak daripada jumpa dengan dua orang jejaka tu.

“ Mana ada! Aku nak pergi simpan lauk lebih ni lah.” Aku mengelat lalu masuk ke dapur rumah Ida semula.

Ida dah pun selamat jadi tunangan orang. Aku pun berkira-kira nak balik lah. Tapi Umairah pula yang datang.

“ jom ikut aku!”

Selepas aku meletakkan bekas ke atas meja. Tanganku terus ditariknya masuk ke dalam bilik Ida. Terkejut aku melihat ada tiga jejaka dalam bilik tu. Termasuk tunang Ida.

“ ha guys! Kenalkan. Ni lah kawan Mairah dan sepupu Ida. Syazana.. panggil Ana je.”

Aku hanya mampu tersenyum. Haish! Malu tak sudah. Nak pandang wajah diorang pun tak mampu. Hanya mampu pandang ke muka Ida. Malu den.

“ Syazana.. Cantik nama tu.” Aku tersentak saat mendengar pujian tu.

Aku terus mendongakkan kepala bagi melihat rupa yang berkata begitu. Tapi mataku terarah pada jejaka di belakangnya. Kami sama-sama bertentang mata. Dan aku tak tahu kenapa tiba-tiba hatiku berdebar tak tentu fasal. Pelik!

“ Ana?”

Menyedari aku dan dia terlalu lama bertentang mata. Aku pantas menoleh ke arah Umairah.

“ Ha? Apa?” Soalku cepat.

“ Yazmin tanya kau kerja apa sekarang.”

Aku tersengih melihat ke arah Yazmin. Tapi aku sempat menjeling orang di belakangnya. Nampaknya dia senyum ke arahku. Aku hanya mampu membalas.

“ biasa-biasa je. Cikgu sekolah rendah je.” Ujarku merendah diri.

Dari pandangan aku, mereka berdua ni mesti kerja yang hebat-hebat. Tengok pakaian arh!

“ Oh.. Saya suka kanak-kanak. Saya pasti awak mesti gembira bila mengajar mereka kan?”

“ Bolehlah. Walaupun mereka nakal.” Ujarku terus terang.

Tapi entah mengapa, mataku degil melihat ke arah si dia. Hish! Mata! Awaslah!

“ ha! Lupa pula. Ni kawan saya. Iskandar.”

Iskandar. Sedap nama tu. Setampan orangnya. Ceh wah! Amboi. Dah jatuh hati ke Ana?

“ Eh? Jomlah kita makan dulu. Lama pula kita borak-borak ni. Ida dan Hairul mesti lapar kan?” Soalku bagi mengelak diri daripada asyik ditenung Yazman dan si dia. Ish! Kenapa mesti dua orang sekali gus memandang aku ni?

“ ha! Memang!”

Akhirnya ketawa kami bergema selepas mendengar jawapan Ida. Ida ni kuat makan oo. Habislah Hairul. Haha..

**

“ Hai..”

Aku yang tengah makan nasi di bawah khemah mendongak saat ditegur. La.. dua orang jejaka ni lagi?

“ hai.. erk.. duduklah.” Jemputku.

Asallah masa ni juga diorang nak datang sini cari aku. Umairah menghilang ke mana entah.

“ Kami mengganggu ke?”

“ Eh? Tak de. Tak lah.” Jawabku cepat-cepat tanpa sedar aku tertolak polistrin air dan tertumpah terkena Yazman.

“ ya Allah! Maafkan saya. Saya tak sengaja.” Pohonku dengan rasa bersalah.

Alamak! Habislah aku! Mesti baju tu mahal kan? kena pula dengan air sirap. Masak lah aku lepas ni.

“ Eh! Tak apa. awak tak sengaja. Saya pergi tandas jap.”

Terus dia berlalu dari sini. Tinggallah aku dan Iskandar. Aku tersengih memandang ke arahnya. Malu sebab menyebabkan baju kawan dia basah.

“ Saya minta maaf. Tolong minta maaf bagi pihak saya erk?” Pintaku dengan sengihan. Tak fasal-fasal nanti aku kena bayar ganti rugi pula.

“ Tak ada apa-apalah. Dia dah terbiasa kena macam tu sebab perempuan. Yalah. Dia tu kan hensem. Bila orang perempuan tengok je muka dia. Mulalah perempuan rasa gelabah semacam.”

Aku tertawa kecil. Aku terpana tengok dia? Tolong sikit! Kawan dia ni lagi hensem kot.

“ Please okey? Saya tak gelabah macam diorang. Mana tahu ada polistrin air sebelah saya. Kalau tahu saya letak tepi-tepi dulu. Nanti saya juga yang kena. Takut pula saya kena bayar ganti rugi baju dia tu.” Ujarku terus terang.

Serius lah! Aku tak tertawan langsung dengan rupa dia yang sedikit macho tu. Iskandar ni dua kali ganda macho kot.

“ haha.. kelakar lah awak ni.”

Aku hanya tersengih.

“ Anyway! Seronok berkenalan dengan awak.”

“ saya pun.” Jawabku ikhlas. Haih! Asal aku gembira semacam je tengok dia senyum macam tu. Oh please!

**

Aku pandang Umairah dan Ida silih berganti. Semenjak dua orang kawan aku ni dah jadi tunangan orang. Nak luangkan masa bersama pun susah. Hari ni kebetulan je lah.

“ Kau nak makan apa Ana?” Soal Ida.

“ Aku dah pesan sebelum korang sampai.” Balasku lalu menoleh ke luar tingkap.

Haih! Tiba-tiba jealous pula bila tengok dua orang ni. Teringin pula nak berkahwin. Tapi calon pun tak ada. Boleh jalanlah.

“ Kau kenapa Ana? Resah semacam je..” tegur Umairah dengan kerutan didahi.

Aku tersenyum hambar. Entah! Aku pun rasa lain dah sekarang ni. Jealous kot tengok dua orang ni. Hurm.. Tiba-tiba aku teringat dekat Iskandar. Dialah lelaki pertama yang berjaya membuatkan hati aku jadi tak tentu arah. Semenjak pertemuan pertama kali kami seminggu yang lepas. Aku dah tak dengar berita mereka dari Umairah ni ha. Maybe dah berputus asa kot.

“ Korang! Aku nak tanya sikit boleh?” Soalku.

“ What?”

“ Iskandar tu dah berpunya ke ha?” Gara-gara nak tahu sangat. Terpaksa tebalkan mukalah tanya. Habislah aku nanti. Pasti kena usik punya.

“ Iskandar? Kawan Yazman tu erk?”

Aku hanya mengangguk.

“ Yang aku dengar-dengar, dia dah berpunya. Tapi tak tahu betul ke tak? Asal?”

“ Tak. Saja tanya sebab ternampak cincin yang dia pakai dekat jari masa majlis kau masa tu.” Nafiku. Sedangkan tak ada pun cincin tu. Nak mengelak lah weh!

“ Oh! Tapi kan? dari pandangan aku lah Mai. Iskandar tu jauh lebih hensem dari Yazman tu kot.”

Aku tahan senyum. Tengok! Betul tak cakap aku. Macam mana Umairah kata Yazman hensem lagi dari Iskandar.

“ yeke. Aku tengok tak ada bezanya pun. Biarlah.”

“ Kenapa Mai? Macam kecewa je?”

Aku memaut bahunya mesra. Macam bersedih hati je aku tengok kau ni Mai.

“ Tunang aku tak balik sini minggu ni. Huarghh! Tak dapat nak jumpa dia.”

Aku dan Ida serentak ketawa. Alolo.. Ciannya.

“ Sabar. Lagi bagus korang tak jumpa. Tengah darah manis ni kan?” Suaraku dengan sengihan.

“ Hurm.. Sabar-sabar juga. Tapi kau tu bila lagi Ana? Takkan tak berkenan kot di antara dua jejaka tu. Eh? Iskandar tak boleh lah kot sebab dah berpunya. Yang si Yazman tu. Takkan tak berminat?”

Mereka berdua tajam melihatku inginkan jawapan. Nak aku jujur ke?

“ Yazman tu tak ada apa-apa pun…”

Muka mereka nampak hampa.

“ Tapi..”

“ Tapi apa?” Aku tersenyum malu.

“ Iskandar tu. Dia menarik perhatian aku.” Jujurku kepada mereka. Lantaklah mereka nak kata apa-apa pun.

“ ha? Kau biar betul? Kau rasa macam mana?” Soal Ida bertalu-talu.

“ Tak dapat nak gambarkan lah weh. Yang aku tau, aku rasa selesa bila bercakap dengan dia. Tak Yazman tu. Aku rasa dia macam sombong.” Ujarku terus terang.

Kemudian mereka berdua tersenyum sumbing.

“ kau dah jatuh cinta erk?”

“ Eh! Mana ada. Tak mungkinlah. Lagipun Iskandar tu kan dah berpunya. Jadi buat apalah aku nak menaruh perasaan dekat dia.”

Aku toleh ke luar tingkap dan aku tak menyangka. Baru aku sebut nama dia. Dia dah ada dekat luar restoran ni. Bersama dengan seorang perempuan. Mesti tu makwe dia.

“ Mereka belum berkahwin kan? jadi kau ada peluang.”

Aku kembali melihat ke arah Umairah. Aku tersenyum.

“ Aku tak nak jadi perampas kekasih orang. Jangan risaulah. Tiba masanya nanti aku akan berkahwin juga.”

Tak apa. aku akan terus bersabar. Walaupun aku macam cemburu melihat dia dengan perempuan tu tadi. Kawal perasaan kau Ana! Dia dah berpunya!

**

Kedebuk!

“ Aduh!”

Habis berterabur buku anak-anak muridku ke lantai. Aku pula terduduk di sebelah buku-buku tersebut. Sakit jangan cakaplah.

“ maaf! Saya tak sengaja cikgu!”

Erk! Macam aku kenal suara tu. Jadi aku pantas mendongak. Ya Allah. Iskandar?

“ Ana?”

Aku bangun dengan perlahan-lahan. Masih rasa sengal di pinggang.

“ Apa yang awak buat dekat sini?” Soalku sambil mengutip buku-buku yang berterabur. Mujur laluan ke pejabat ni tak ada orang lalu lalang. Cuma pekerja-pekerja kantin je.

“ Nak jemput anak saudara balik.”
Oh! Aku ingatkan anak. Cis! Jealous lagi. Hish! Tahap bahaya dah ni.

“ terima kasih. Kalau begitu saya pergi dulu.” Aku minta diri.

“ eh? Tunggu!”

Aku melihatnya dengan jongketan di kening.

“ Ini nombor telefon saya. Kalau ada apa-apa telefon je saya. InysaAllah saya akan cuba tolong.”

Aku teragak-agak nak menyambut. Dia dah berpunya! Aku tak boleh. Tak!

“ tak apalah.”

Belum sempat dia nak menjawab, aku terus berlalu dengan pelbagai rasa. Aku nak lupakan dia lah! Please..

**

Makin hari makin parah aku rasakan. Aku kini telah sedar perasaan sebenarku terhadap Iskandar. Ya! Aku benar-benar dah jatuh cinta dengan dia. Aku tak tahulah macam mana boleh jadi macam ni. Tapi aku merindui dia. Kali terakhir aku terserempak dengan dia pun masa dekat sekolah tu jelah.

Lepas tu dah tak ada. Sampai ke hari ni. Hampir 2 minggu juga berlalu. Ya Allah. Macam mana ni? Dia tu dah berpunya. Aku jatuh cinta pada orang yang salah.

“ Ana..”

Aku menoleh saat namaku dipanggil. Umairah memerhati keadaanku dengan senyuman hambar. Asal?

“ Kau rindu dia kan?” aku tersentak.

“ Siapa?” Takkan dia sedar perasaan aku dekat Iskandar kot.

“ Iskandar. Kau suka dekat dia kan?”

Aku tunduk memandang jari. Nampaknya Umairah memang kawan yang sangat memahami.

“ Jangan nak bohong aku Ana.”

Aku mendongak lalu tersenyum kecil. Aku membuat anggukan kecil.

“ aku pun tak tahu tapi aku sedar. Semakin hari aku merindui dia, itu membuktikan aku memang mencintai dia.” Luahku terus terang.

“ Tapi. Aku tak mungkin boleh menjadi miliknya. Dia dah berpunya Mai. Aku nampak dia keluar dengan seorang perempuan tempoh hari.” Sambungku.

“ Aku yakin kau dan dia ada jodoh.”

“ Entahlah Mai.”

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Itu membuatkan perbualan kami terhenti. Dengan pantas aku menjawab panggilan daripada Aisya iaitu anak murid yang paling rapat dengan aku.

“ Helo Aisya. Kenapa sayang?”

Umairah berlalu dari ruang tamu ke dapur. Maybe nak beri ruang untuk aku bercakap dekat telefon.

“ Cikgu! Tolong Aisya! Aisya takut..”

Aku terkejut saat mendengar suara Aisya yang cemas itu.

“ kenapa ni sayang? Apa dah terjadi? Cuba beritahu cikgu.”

“ Aisya takut.. Cikgu datang rumah Aisya boleh tak? Mama dan papa Aisya tak ada. Aisya takut..”

Aku dapat dengar tangisan kecil Aisya dari corong telefon. Aku mula risau memikirkan keadaan Aisya.

“ ya sayang. Cikgu datang. Aisya duduk rumah baik-baik. Kunci pintu. Jangan bagi orang yang tak dikenali masuk. Dengar tu?”

“ Baik cikgu.”

**

“ Aisya? Kenapa rumah Aisya gelap? Aisya ada dekat mana ni?”

Aku menelefonnya kembali apabila sampai di depan rumah Aisya tapi gelap je aku tengok. Takkan Aisya duduk dalam gelap?

“ Cikgu! Ala.. Aisya lupa nak beritahu cikgu yang mama dan papa dah balik tadi. Sekarang Aisya ada dekat luar. Maaf kan Aisya cikgu sebab lupa beritahu cikgu.”

Aku tersenyum lega. Baguslah dia tak apa-apa.

“ tak apa sayang. Asalkan kamu baik-baik saja. Okeylah. Cikgu balik dulu ye sayang.”

“ Okey cikgu!”

Aku tergeleng-geleng saat mengingat kembali kerenah Aisya. Tapi Aisya satu-satunya anak murid yang baik dan petah bercakap dengannya. Sebab tu lah aku boleh jadi rapat dengan dia.

Aku melihat ke luar tingkap. Haish! Sunyi je jalan ni. Takut pula aku keluar malam-malam ni. Kalau tak kerana Aisya. Aku tak datang dah.

Tok! Tok! Tok!

“ Opocot mak kau balik kampung! Eh!”

Ish! Kus semangat.  Siapa yang memandai ketuk tingkap kereta aku ni? Jangan nak menakutkan aku boleh tak? Dengan perasaan takut, aku menurunkan tingkap.

“ Wargh!”

“Argh!”

“ haha..Saya lah. Iskandar!”

Aku mengurut dadaku perlahan. Kurang asam betul mamat ni. Cis! Buat meremang bulu roma aku jelah.

“ Ish! Awak ni kan?”

Dia masih ketawa. Tapi hairan juga. Macam mana dia tahu aku ada dekat sini?

“ Awak buat apa dekat sini?” Soalku lalu keluar daripada kereta. Takkan nak duduk dalam kot sambil bersembang dengan dia.

“ Saya datang nak cari Aisya. Tapi saya ternampak kereta awak. Jadi saya datang jenguklah. Mana tahu awak dalam bahaya ke?”

Aku tersenyum. Yeke?

“ Aisya tak ada. Dia keluar dengan family dia. Baru saya telefon tadi tanya dia.” Balasku sambil menyandar pada pintu kereta.

Dia turut menyandar tapi jauh sikit daripada aku.

“ hurmm.. Cuba awak dongakkan kepala awak ke atas.”

Aku menurut. Wah! Ada banyak bintang malam ni. Cantiknya!

“ Cantik kan? Kalau awak nak tahu, aktiviti saya malam-malam kalau free mesti tengok bintang. Kadang-kadang saya kira bintang tu sampai tertidur. Haha..”

Dia terlalu istimewa buatku. Sebab itulah aku boleh suka dekat dia. Dan kini aku rasa rinduku berbalas selepas berjumpa dengan dia dan tengok senyuman dia tu.

“ Awak… Betul ke awak dah berpunya?”

Erk! Asal aku soal dia macam tu? Hish!

“ Hurm.. Dah tapi macam belum. Kami ni macam kawan biasa je.”

Dahiku berkerut. Dah tapi macam belum? Apa maksudnya?

“ Awak mesti tak faham. Tak apalah. Anyway! Kenapa awak tak terima nombor telefon saya masa tu?”

Aku terkedu. Erk! Apa aku nak jawab erk? Alasan! Cepat datang.

“ Saya nak cepat. Lagipun ada mesyuarat guru masa tu. Maaf.” Fuh! Nasib idea bernas.

“ Oh. Sekarang awak ambil nombor saya.”

Aku melihat dia ingin mengambil sesuatu dalam poketnya.

“ Eh! Tak payah!” halangku cepat-cepat. Dan dia merenungku tajam.

“ Kenapa pula? Awak tak sudi berkawan dengan saya erk?”

Alahai! Rasa bersalah pula bila dia soal macam tu. Bukan tak sudi tapi aku takut aku tak dapat kawal perasaan aku ni.

“ Bukan! Sebab telefon saya rosak. Saya pasti kita tak dapat berhubung. Jadi awak simpan jelah telefon tu.” Ujarku memberikan alasan. Boleh pakai ke?

“ Rosak? Habis awak telefon Aisya guna telefon siapa?”

Erk! Aku seperti baru ditumbuk. Alamak! Kantoi! Apa aku nak jawab ni?

“ i..itu telefon kawan saya. Saya pinjam buat sementara.” Bohongku dengan sengihan. Harap-harap dia percayalah.

“ Okey fine.”

Fuh! Aku kembali mendongak ke langit.

“ Awak.. Kenapa kita dapat bertemu? Ini dah masuk kali ketiga kita berjumpa. Kali kedua terserempak secara kebetulan. Adakah kita ada jodoh?”

Soalannya itu membuatkan lidahku kelu untuk menjawab. Kalaulah dia tahu apa perasaan aku sekarang ni.

“ Entahlah…”

“ Awak!” Aku tersentak apabila dia memanggil aku dengan kuat.

“ Apa?! kalau panggil tu jangan panggil kuat-kuat boleh tak?” Marahku. Tapi dia hanya tersengih.

“ saja. Awak comel bila marah.”

Erk! Aku terpempan. Please.. Dia membuatkan aku bertambah sayanglah. Argh!

**

“ Ana?”

Aku mengetap bibir dengan keadaan mata terpejam. Aduh! Kenapa aku tak sempat nak lari ni. Kan dia dah jumpa aku. Aku pun lambat sangat tadi. Mengendap orang lagi. Kan dah kantoi!

“ Erk..”

Perlahan-lahan aku menoleh ke arahnya dengan seorang perempuan yang berdiri di sisinya.

“ Apa awak buat dekat sini?”

Aku perhati sekeliling. Dah nama pun restoran. Makan lah! Takkan melepak pula.

“ Erk.. Makan lah. Takkan skodeng orang kot.”

Ops! Yang kau sebut fasal skodeng tu pe hal? Ish! Argh! Aku benci lah dengan perasaan aku sekarang ni.

“ Hehe.. hA! Kenalkan ni Yuni. Yuni ni Ana. Kawan I.”

Aku hanya tersenyum ke arahknya. Cantik Yuni ni. Aku memang dah tak berpeluang untuk bersama dengan Iskandar ni.

“ Awak dah makan ke belum?”

“ Erk. Belum. Baru sampai.”

“ jom saya belanja.” Aku jeling ke arah Yuni. Ish! Tak nak aku! Nanti cemburu pula si Yuni ni.

“ It’s okey. Saya boleh makan sendiri. Lagipun saya bungkus bawa balik.”

“ Ala.. sekali ni je. lagipun bukan selalu kita dapat berjumpa macam ni.”

Aku buat-buat senyum. Alahai Awak! awak tak tahu apa perasaan saya sekarang ni. Terseksa tahu tak?

“ Please…” ni yang buat aku lemah semangat ni.

“ Yelah.” Tengok dia tersenyum ceria je dah mampu membuatkan hati aku tersenyum. Untung Yuni ni kan? kenapalah aku tak kenal dia lebih awal.

**

Ya Allah. Kenapa aku rasa lain macam je daripada subuh tadi ni. Sampai dah balik kerja pun. Rasa gelisah pun ada. Rasa tak sedap hati pun ada. Apa yang akan berlaku ni?

“ Weh! Kau okey ke ni?” Umairah menegur.

Aku yang berdiri di depan tv terus duduk di sofa. Pakaian dan tudung pun belum ditukar ke pakaian yang lebih selesa. Rasa malas pula. Rasa nak berehat kejap.

“ Entah.” Selamba aku menjawab.

“ Aku lupa nak beritahu kau. Yazman nak jumpa kau petang ni dekat restoran yang kita selalu pergi tu.” Maklumnya.

“ Kenapa? Tak nak arh aku!” Tolakku.

“ Ala.. relakslah. Dia nak beritahu kau sesuatu je. Pergi je. Aku teman kau dari jauh erk?”

Terhambur keluhan kecil dari mulutku. Tak apalah. Bukan selalu aku dapat jumpa dengan Yazman tu. Apa khabar dia sekarang erk?

“ yelah.”

**

Penatnya menunggu. Betul ke Yazman nak jumpa aku ni Mai? Dah 10 minit berlalu tapi kelibat dia pun tak nampak lagi. Kang aku balik baru tahu.

“ Sorry!”

Aku menoleh ke kiri. Sampai pun kau.

“ tak apa. tunggu sampai cair pun tak apa.” Sindirku dengan senyuman.

“ hehe.. jalan sesak tadi.” Ujarnya sambil tersengih lalu duduk di hadapanku.

“ Ada apa awak nak jumpa saya erk?” Soalku terus terang. Aku tak mahu berbasa-basi. Aku nak cepat.

“ Ada sesuatu saya nak beritahu awak. tapi saya harap awak tak terkejut.”

Aku mula rasa lain. Nak beritahu apa pula ni?

“ Cakaplah.” Suruhku apabila dia mula berdiam diri dan memandang ke arahku. Ni yang buat aku rimas.

“ Sebenarnya saya suka dekat awak.”

Dan aku terdiam seribu bahasa. Dia suka dekat aku? What? And why?

“ Saya suka dekat awak saat pertama kali lagi berjumpa. Saya tahu saya dah jumpa cinta sejati saya. Orangnya adalah awak.”

Aku terteguk air liur. Dan rasanya perit sekali. Kenapa aku perlu dengar pengakuannya. Andai saja dia tahu aku suka dekat kekasih orang.

“ maaf awak. tapi saya tak boleh.”

“ Tak apa. ambil masa awak.” Dia menghalangku daripada terus berkata-kata.

Aku pantas menggeleng. Aku perlu berterus-terang. Aku tak nak dia merana tunggu jawapan aku.

“ Maaf Yaz! Saya cintakan orang lain. Bukan awak.” Ujarku dalam satu nafas.

Dan kelihatan riak kecewa pada wajahnya. Maafkan saya Yaz. Tapi saya mencintai Iskandar.

“ Siapa?” Aku tunduk memandang gelas.

“ Seseorang. Maaf saya tak boleh beritahu.” Biarlah ia menjadi rahsia. Hanya aku, Umairah dan Allah saja yang tahu.

“ Tak apalah. Nak buat macam mana. Kita tak ada jodoh.” Ujarnya hampa.

“ I’m sorry Yaz.” Pohonku dengan rasa serba salah.

“ tak apa. saya faham. Maaf.. saya nak pergi toilet jap.”

Aku hanya memerhatikan dia berlalu ke toilet. Pasti dia kecewa kan? maafkan saya!

Aku rasa aku perlu pergi. Aku tak nak dia kecewa tengok rupa aku ni. Tapi baru saja aku nak bangun, datang seseorang yang aku sendiri tak menyangka dengan keadaan yang termengah-mengah ke arahku.

“ Awak?” Apa yang Iskandar buat dekat sini?

“ Ikut saya!”

Dia terus menarik lenganku agar mengikutinya. Sampai saja di luar restoran, dia melepaskan pegangan  lalu memerhatiku dengan tajam.

“ Apa yang Yaz cakap tadi?”

Aku tertoleh ke dalam restoran. Kelihatan Yaz memerhati kami dari jauh. Kemudian dia keluar ikut pintu belakang. Alamak! Pasti dia marah sebab aku tinggalkan dia lalu ikut si Iskandar ni.

“ Kenapa nak tahu?” Soalku kembali.

“ Sebab saya nak tahulah. Beritahu lah!”

Aku tersenyum sinis. Menyibuk nampak!

“ Dia luahkan perasaan dekat saya. Dia kata dia suka dekat saya.” Luahku dengan memandang ke arah lain.

Kedengaran dia merengus kasar ke arah lain selepas mendengar kata-kata ku. Eh? Asal ni?

“ Awak okey ke?” Soalku risau.

Tiba-tiba dia mencengkam bahuku. Itu membuatkan hati aku kembali berdebar-debar.

“ Awak cintakan dia?” huh! Soalan jenis apa ni?

“ Kenapa awak nak tahu sangat ni?” Aku tepis tangannya ke tepi.

“ Sebab saya sayangkan awak!”

Aku terkaku. Tergamam. apa? dia cakap dia sayangkan aku? Apa aku tak salah dengar tadi kan?

“ Ya! Awak tak perlu terkejut sebab saya sayangkan awak. saya mencintai awak Ana.”

Dia merenungku dengan dalam. Aku juga dapat kesan keikhlasannya ketika meluahkan rasa itu. Aku tahan dari senyum.

“ Apa yang awak merepek ni? Kan awak dah ada kekasih?”

“ Tak! Saya tak tipu! Saya mencintai awak. Yuni pun sedar perubahan pada diri saya saat saya jumpa dengan awak tempoh hari. Please.. Percaya kata-kata saya ni.”

Air mataku bergenang. Ya Allah. Dia tak bohong kan? betul kan? jadi aku tak bertepuk sebelah tangan kan? berapa banyak kan lah.

“ tapi saya dah terima cinta dia.” Sengaja aku ingin mengujinya.

“ Awak tolak! Please.. Saya tahu awak pun rasa apa yang saya rasa kan?”

Aku tersenyum juga akhirnya. Dia dapat tahu isi hati aku?

“ macam mana?”

“ Masa malam tu. Kita tengok bintang tu. Masa awak tipu kata telefon rosak. Saya tahu telefon awak tak rosak dan sebenarnya Aisya yang buat kita berjumpa. Aisya sengaja telefon kita dan kata takut sedangkan dia ada dekat luar masa tu. Dia sengaja nak mempertemukan kita. Sebab saya ada beritahu dia yang saya suka dekat awak.”

Aku terlopong. Patutlah Aisya tu cepat sangat ada dekat luarnya dan si Iskandar ni ada dekat situ.

“ Tak sangka kan? dia pun faham perasaan kita ni.” Ujarku lalu tertawa kecil. Bahagia.

“ jadi? Awak dapat terima cinta saya tak?”

Melihat dia yang bersungguh-sungguh ingin tahu tu kan? aku rasa nak tergelak pula. Ya Allah.

“ Hurmm… tunggu awak datang merisik dulu lah baru saya terima.” Ujarku bersahaja lalu memusingkan badan untuk beredar.

“ Saya datang merisik awak hujung minggu ni! Tunggu saya!”

Di saat-saat akhir, ketika aku hampir berputus asa untuk terus mencintainya. Dia datang dan menyambut cintaku. Ya Allah. Terima kasih kerana kau kabulkan doaku. Moga-moga jodoh kami berkekalan.

**

“ Sayang! Mengelamun apa lagi tu? Kita dah lewat nak ke kenduri Yazman ni.”

Aku tersentak daripada lamunan. Teringat saat macam mana aku dan suami aku boleh bersatu.

“ kejap!”

Aku kembali melihat cermin. Perbetulkan tudung dengan elok. Apabila aku berpuas hati, aku pun keluar daripada bilik.

“ Asal lambat sangat? Janganlah makeup lawa-lawa. Nanti abang cemburu kot.”

Aku tertawa kecil. Cemburulah sangat.

“ Nasib abang tak jadi pergi kursus. Kalau tidak sayang kena pergi sorang je lah ke kenduri kawan baik abang tu.”

Aku mendekatinya dan dia memaut bahuku mesra. Aku melihatnya dengan senyuman kecil. Hensem.

“ Yelah. Nasib sayang ingatkan abang.”

Hidungku dicuit mesra. Baru saja aku nak membalas cubitannya tu, ada seseorang menegur kami dari belakang.

“ Tahulah nak bermanja-manja. Tapi dalam biliklah. Kita dah lewat ni.”

Aku dan Iskandar tersengih kerang busuk. Melihatkan kandungan Umairah yang sudah mula nampak rupa itu, aku menyoalnya.

“ Untung kau kan? Tak sampai tiga bulan kahwin dah ada anak.”

“ Well! Rezeki aku kan? mana boleh tolak. Abang! Cepatlah!”

Sebenarnya Umairah ni tumpang rumah aku semalam. Suaminya suruh sebab pagi ni nak pergi kenduri rumah Yazman. Lagipun semalam suaminya belum pulang ke rumah. Biasalah dah kerja sebagai pilot ni. Kenalah bersabar.

“ Asal sayang? Sayang pun tak sabar nak anak ke?” Tiba-tiba dia menyoalku apabila Umairah dan suaminya keluar daripada rumah.

Pipiku membahang tapi aku membalas juga kata-katanya.

“ Baru sebulan kahwinlah abang. Tunggu lah dalam tiga bulan lebih. Saya tahu rezeki tu ada.”

Aku tahu dia teringin anak saat melihat perut Umairah. Sabar ye bang. InsyaAllah. Suatu hari nanti kita pula.

“ Tapi abang nak sekarang boleh?” Dia tersengih nakal.

“ Abang!!”

Aku terus memukul dadanya. Ish!

“ haha! Jomlah. Kita dah lewat.”

Kalau ada dia. Pasti aku tak kering gusi. Dia sering membuatkan aku ketawa. Kiranya dia pelengkap dalam hidup aku selepas mak dan ayah. Terima kasih awak.

“ Sayang! Kenapa duk tercegat lagi depan pintu tu?”

“ Ha! Jap-jap!”

Bila kau katakan cinta. Aku jugalah yang bahagia kerana aku tak bertepuk sebelah tangan. Thanks!

~Tamat~

4 comments :

Popular Posts