Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 23 May 2013

His Heroin Or Wife? 4



Terkedu Dahlia melihat dua orang insan yang mesra di hadapannya saat itu. Mengalir terus air matanya yang cuba di tahan itu. Dia tak tahu nak kata apa apabila kata-kata Irsya sudah terbukti.

“ Sekarang kau percaya kan?” Soal Irsya sambil memandang Dahlia sekilas.

“ Ya. Terima kasih kerana maklumkan kepada saya. Saya terhutang budi dengan awak.” Ujar Dahlia lalu menyeka air matanya.

Niat di hati dia ingin berlalu. Tapi belum sempat dia ingin melangkah, Irsya menariknya terlebih dahulu.

“ Dia perlu tahu.” Ujar Irsya tegas sambil menggenggam kemas tangan Dahlia agar dia tidak beredar.

Dahlia pantas menggeleng.

“ Saya taknak. Hati saya tak kuat Irsya. Tolonglah..” Pohon Dahlia sayu.

“ Kalau begitu biar aku bantu kau. Jom!”

Belum sempat Dahlia ingin menolak, Irsya sudah menariknya terlebih dahulu mendekati dua orang insan yang tidak guna itu.

“ Faiz!” Laung Irsya dengan kuat.

Faiz yang seronok melayan kemanjaan perempuan di hadapannya itu tersentak apabila namanya di panggil. Nak berseronok kejap pun tak boleh.

“ Apa?” Sahut Faiz lalu menoleh. Dan dia terkedu melihat Dahlia bersama dengan Irsya.

“ Dahlia?” Panggil Faiz dalam nada terkejut.

“ Tak sangka yang awak…” Dahlia tak dapat habiskan kata-katanya saat merasa air matanya ingin mengalir lagi.

“ Awak salah faham. Perempuan ini kawan saya. Saya teman dia sebab kawan dia pergi tandas.” Jelas Faiz dengan rasa serba salahnya.

Irsya tersenyum sinis manakala Dahlia terdiam.

“ Tandas apanya tepi jalan ni. Dengan motor-motor segala. Awak ni nak merempit lagi kah ha?” Soal Irsya dengan kasar.

Faiz tersentap. Bibirnya di ketap kuat.

“ Hei perempuan. Kau buat apa lagi di sini. Kan kita dah putus.” Balas Faiz dengan geram.

“ Jadi betullah awak dan dia sepasang kekasih dulu?” Suara Dahlia yang serak itu menarik perhatian Faiz dan Irsya.

Faiz terkejut akan persoalan Dahlia. Di pandang wajah Dahlia yang mula mendung itu.

“ A..awak. Sa…saya..”

“ Cukup!” Dahlia menjerit tanda tidak mahu dengar lagi kata-kata Faiz. Semua itu hanya pembohongan.

“ Awak! Dah! Saya tak nak dengar lagi kata-kata tipu awak tu. Saya tak sangka awak sanggup tipu saya. Saya ingat awak ni seorang lelaki yang baik. Tapi awak tak! Saya kecewa dengan awak. Mulai hari ini saya tidak akan percayakan awak lagi!” Bentak Dahlia dengan linangan air mata.

Tak tahan dengan semua itu, Dahlia pantas berlari meninggalkan mereka. Rasa sakit di hati makin terasa. Sungguh dia berasa amat kecewa. Kecewa sangat!

Manakala Faiz terkelu lidah untuk berkata-kata. Kemudian di jeling tajam ke arah Irsya yang sedang merenungnya itu.

“ Semua ini gara-gara kau kan? ha?” Soal Faiz kasar. Irsya tersenyum sinis.

“ Saya buat semua ini demi menyelamatkan perempuan sebaik dia tu. Dan dia tak layak untuk lelaki jenis awak ni. Yang langsung tak tahu menghargai perempuan. Biar padan dengan muka awak. Huh!”

Irsya pula berlalu daripada situ. Sakit hatinya masih belum pulih. Malah anak dalam kandungannya itu tak tahu lagi nak di buat bagaimana. Puas dia fikirkan cara. Tapi apabila dia berjumpa dan berhadapan sendiri dengan Dahlia.

Dia buat satu keputusan yang betul. Dia akan menjaga anak dalam kandungan itu sebaik mungkin. Biarlah apa orang nak kata. Orang tuanya pun tak benarkan dia gugurkan dan redha atas apa yang terjadi kepada dirinya itu.

Irsya sempat menyeka air matanya walaupun sedikit. Cara terbaik adalah buang lelaki itu dalam ingatannya.

**
Teresak-esak Dahlia menangis di dalam biliknya. Sebaik saja dia pulang, dia terus melangkah masuk ke dalam bilik tanpa bertemu dengan En.Dahlan terlebih dahulu. Mujurlah En.Dahlan tak menyoal banyak.

‘ Kenapa kau sanggup tipu aku Faiz? Kenapa?’

Dahlia meramas kepalanya tanda yang dia amat geram dan marah terhadap Faiz. Sakit sungguh hatinya saat itu. Sungguh dia amat menyayangi lelaki itu. Tapi sanggup lelaki itu tipu dia.

‘ Ya Allah mengapa dia buat aku begitu. Mengapa?’

Dahlia menyeka air matanya. Di kerling sekilas ke arah telefon bimbitnya yang berbunyi itu. Dengan hati yang sebal, dia terus menutup telefon itu. Buat masa ini dia tak mahu sesiapa pun mengganggunya.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pintu mengejutkan Dahlia. Pantas dia meraup mukanya agar papanya tidak perasan yang dia menangis.

“ Ya papa!”

Dahlia terus membuka pintu saat ketukan pintu itu tidak berhenti.

“ Dahlia…” Suara papanya yang sayu itu membuatkan Dahlia pelik. Terus di dongak kepalanya.

“ Kenapa papa?” Soal Dahlia.

“ Papa kena turun Kedah. Ada kawan papa yang meninggal. Papa mesti bergerak sekarang. Tak apa ke kalau Dahlia duduk sorang dekat rumah ni.” Jelas En.Dahlan.

Dahlia tersenyum.

“ tak apa lah. Dahlia dah biasa. Berapa lama tu papa?”

“ Kalau habis cepat, esok papa balik. Kalau tak lambat sikitlah. Kalau kamu nak ke mana-mana beritahu papa. Ya sayang ya..”

Dahlia mengangguk perlahan.

“ pergilah. Dahlia okey.” Ujar Dahlia. En.Dahlan mengangguk dan bergerak ke arah biliknya untuk berkemas.

Dahlia kembali menutup pintu. Tapi hati dia tewas. Belakang pintu, dia teresak kecil apabila mengingatkan kembali kejadian tadi.

“ Ya Allah. Tabahkan hatiku untuk menerima semua cobaan yang Engkau berikan kepadaku ini. Aku mohon..”

Dan dia berharap agar dia takkan berdepan lagi dengan orang yang bernama Faiz.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers