Wah. Dah lama tak jenguk ke sini. Yeay.. Ada cerpen baru. Okay. Terlebih teruja. Haha.
Tapi.. Ermm..sebenarnyakan.. Erm...Ermm... Guys! Sorry! Huhu. Kenapa aku rasa cerpen ni terlalu boring. Jalan ceritanya juga macam dah terbiasa. Huhu. Tapi aku tulis apa yang aku rasa nak tulis. Tolong guys. Jangan marah aku... Hehehe. Okay. Aku nak kena marah ke nak kena berleter ke nak kena kritik ke. Aku tak peduli. Yang penting aku puas dengan karya aku. Huhu. Tapi... tipula kalau kata tak terasa. Haha. Dah2. Sambung baca. HUhu
“ Sudahlah tu. Kau menangis air mata darah sekalipun takkan
merubah apa-apa. Laki tu pun bodoh betullah. Sanggup dia tinggalkan kawan aku
yang baik ni. Memang nak kena penumbuk betullah. Nasib baik masa tu aku tak
ada.”
Riana tersenyum kecil.
“ Aku bukan menangis untuk dia. Aku menangis sebab kesal
dengan diri aku. Aku terlalu bodoh sebab percayakan sangat kata-kata dia tu.
Sedangkan belakang aku dia pasang lain. Nasib baik kami belum berkahwin. Allah
dah beri petunjuk dulu kat aku. Alhamdulillah.”
Marsha pula menghembus nafas lega sebaik sahaja mendengar
jawapan Riana. Dia paling takut kalau Riana jadi tak rasional selepas lelaki tu
tinggalkan dia.
“ Bagus. Sekarang ikut aku balik rumah. Mak kau dah bising
suruh kau balik. Daripada semalam lagi. Dia terlalu risaukan kau. Kau tau?”
Riana mengeluh perlahan. Mak ni pun. Mesti nak cakap fasal
jodoh dia.
“ Kau tahu kan mak aku nak aku kahwin dengan pilihan dia?
Aku tak sanggup weh.”
Marsha tertawa kecil. Bahu rakannya itu dipeluk kejap.
“ Kau belum tengok siapa lelaki tu kau dah boleh kata tak
sanggup. Percayalah cakap aku. Kau akan bahagia dengan dia.”
“ Huh. Tak nak. Aku dah serik weh. Aku tak nak la jadi macam
drama dan novel tu. lepas kahwin terus ditinggalkan. Tak nak!”
Marsha merengus geram. Terus kepala rakannya itu disekeh.
Puas.
“ Hei! Sakitlah!”
“ Tu bagi kesedaran sikit dekat kau. Kau ni pun. Percaya
sangat kisah novel dan drama tu. Ini realiti tau. Tak semua seperti dalam novel
dan drama tau? Yang penting niat tu kerana Allah. InsyaAllah semuanya akan
berjalan dengan lancar. Dah jom balik. Aku sebagai rakan dan sepupu kau ni nak
juga tengok kau bahagia.”
Riana terdiam. Tapi sesaat kemudian dia tersenyum pula.
Pantas dia memeluk Marsha.
“ Eh! Dah kenapa kau ni?”
“ Aku bahagia dapat kawan macam kau. Terima kasih sebab
faham aku.”
“ Itu baru namanya sahabat. Dah jom. Balik nanti tengok
bakal suami kau.”
“ Marsha!”
Marsha hanya tersengih. Geli hati tengok muka Riana. Mahu
tak mahu Riana kena turutkan juga arahan ibunya tu.
**
Mulutnya diketap kuat. Tangan Marsha jadi mangsa
cengkamannya. Marsha yang merasa sakit tu hanya mampu menahan. Dia tahu Riana
tengah tahan perasaan geram, sedih or marah maybe? Suka? Entahlah.
“ Mak tak nak jadi macam sebelum ni. Lelaki mana entah kamu
ambil lepas tu terus dia tinggalkan kamu. Mak tak nak. Kamu nak jadi macam tu
lagi ke? Menderita kerana seorang lelaki?”
Riana masih mendiamkan diri. Macam orang kena soal oleh
seorang polis. Dahlah kena berhadapan dengan ibunya dan seorang lelaki yang dia
cukup kenali. Huh!
“ Mak Cuma nak yang terbaik untuk kamu. Mak bagi peluang
dulu kamu kenal-kenal. Dalam masa tiga bulan macam tu lah. Lepas tu terus
kahwin.”
“ What?!” Riana terjerit kerana terkejut.
Marsha dan Hajah Hasnah menahan senyum. Sabar je lah dengan
Riana yang suka terjerit ni.
“ Yes. Any problem?” Soal Hajah Hasnah.
“ But.. Arh! Mak. Terlalu cepat.”
Marsha mencuit pinggang Riana. Lantas dia terus berbisik
sesuatu ke telinga Riana.
“ Dia terlalu teruja dan sayangkan kau rasanya. Dan kau
perlu terima. Mana tahu dia dapat bahagiakan kau.”
Riana yang mendengar terus merengus geram. Wajah lelaki itu
ditatapnya lagi buat sekalian kalinya. Tetapi lelaki itu tetap tenang dengan
senyumannya. Riana yang melihat dah jadi sakit hati pula.
“ Mak biarkan kamu berbual dulu. Marsha jom ikut makcik.”
Tanpa berlengah, pantas Marsha dan Hajah Hasnah berlalu ke
dapur. Memberikan peluang kepada mereka berdua untuk berbincang.
“ Kenapa kau?” Soal Riana tanpa berselindung.
“ Kenapa? Salah ke? Aku Cuma nyatakan hasrat aku je.”
Lelaki yang bernama Hafiz itu bersuara dengan tenang. Dia
tahu akan reaksi Riana dengan kehadirannya pagi ini. Tapi dia bukanlah lelaki
yang cepat melatah. Nak dapatkan hati Riana yang kental tu kena bawa banyak
bersabar.
“ Tapi… kita kan dulu… kita..”
“ Itu dulu. Ini sekarang.” Wajah Hafiz yang santai tadi
berubah serius.
Riana terkelu lidah untuk membalas kata-katanya.
“ Riana. I choose to love you. Not anyone else. You!”
“ Tapi dulu kita juga yang sering bergaduh. Kita ni macam
anjing dengan kucing. Dan aku benci kau sebab selalu cari fasal dengan aku.
Takkan kau tak faham?” Riana menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu.
Hafiz tersenyum nipis. Perlahan keluhan dilepaskan sebelum
betul-betul bersedia menjawab persoalan Riana.
“ Actually, sebelum ni aku dah mula sayangkan kau. Tapi
disebabkan aku ego dan aku cemburu tengok kau dengan orang lain, aku terus cuba
cari fasal dengan kau. Sampai kau jadi benci dengan aku. Selepas tamat belajar,
aku terus pindah daripada Kuala Lumpur ni demi lupakan kau. Dua tahun aku cuba.
Tapi aku gagal.”
Hafiz berjeda seketika sebelum menyambung semula ceritanya.
“ Sampai akhirnya, aku terserempak dengan kau minggu lepas.
Kau tak perasan masa tu sebab kau bergaduh dengan boyfriend kau. Eh silap! Ex
baru betul. Jadi, waktu tu aku tak boleh mengalah lagi. Aku terus datang sini
dan jumpa mak kau.”
Riana terkedu. Ya Allah. Apakah yang sedang terjadi sekarang
ni?
“ Boleh je aku cari orang lain demi lupakan kau. Tapi aku
tetap dengan pendirian aku. I choose to love you. And I promise that one day
you also choose to love me.”
Dan kali ni, Riana betul-betul dah tak boleh balas kata-kata
Hafiz. Akhirnya, Riana bangun dan menuju ke biliknya. Serentak itu, air matanya
pula mengalir. Entah kenapa, tapi dia dapat rasakan sesuatu ketika Hafiz
merenungnya tadi. Ya Allah!
Hafiz yang hanya melihat langkah Riana itu tersenyum hambar.
Aku tahu kau susah nak terima aku. Tapi aku janji Riana. Aku akan bahagiakan
kau.
**
Berkali-kali wajahnya diraup bagi membuang keresahan yang
bertandang dalam hatinya saat itu. Sebaik sahaja dia ternampak kelibat itu, dia
terus bangun dan cuba untuk memberikan senyuman. Tapi dia gagal. Rasa debaran
di hati mengatasi segala-galanya.
“ Sorry lambat.”
Riana hanya mendiamkan diri. Senyum pun tak. Angguk pun tak.
Dia hanya mengekori langkah Hafiz. Entahlah. Selepas mendengar pengakuan Hafiz
tempoh hari, sedikit sebanyak dia tergerak hati untuk mengenal Hafiz dan
berfikir tentang perkahwinannya. Maybe benar, orang yang kita benci tu la akan
sayangkan kita.
“ Kau nak ke mana?” Soal Hafiz memecah kesunyian di antara
mereka berdua.
Riana masih mendiamkan diri. Dia tak tahu kenapa, daripada
tadi nak cakap satu patah haram pun tak terkeluar. Suara tu macam tersekat
dekat kerongkong ni. Dah serupa orang bisu pula gayanya.
“ Okay. Aku tahu destinasi kita. Jom.”
Hafiz terus bergegas ke arah sebuah kedai jam. Perkara
pertama yang dia perlu buat adalah membelikan Riana sebuah jam tangan. Kenapa?
Sebab Riana ni obses dengan jam tangan semenjak sekolah menengah lagi.
“ Kenapa kita masuk sini?” Soal Riana dengan kerutan di
dahi.
“ Kau pilih je kau nak yang mana. Aku belanja.”
Riana terlongo seketika sebelum menggelengkan kepalanya.
“ Tak payahlah. Jam aku yang ni pun ada lagi kan?”
“ Ini dari aku. Sekurang-kurangnya aku ada juga benda nak
bagi dekat kau.”
Riana terkedu. Matanya meliar sekitar kedai jam itu. Ya.
Memang dia terlalu gilakan jam tangan. Tapi kali ni rasa obses tu seakan-akan
hilang apabila berada di sisi Hafiz. Entahlah.
“ Aku tak nak. Aku nak benda lain. Jom lah.”
Hafiz yang melihat Riana keluar daripada kedai jam itu terus
mengekori.
“ Kau nak apa?”
Riana berhenti daripada melangkah. Tajam dia merenung wajah
Hafiz.
“ Kenapa?”
Hafiz mengerutkan dahinya. Kenapa?
“ Kenapa apa? Aku tak faham.”
“ Kenapa kau pilih aku? Banyak lagi wanita lain diluar sana
yang kau boleh pilih. Aku ni bukanlah sebaik mana pun.”
“ Itu.. tunggu selepas kita kahwin. Sekarang jom aku belanja
makan.”
Hafiz terus melangkah. Sememangnya dia belum bersedia untuk
berikan jawapan kepada Riana. Kalau boleh lepas mereka berkahwin baru dia akan
beritahu. Maafkan aku Riana. Tapi kau terlalu istimewa. Aku tak nak sakitkan
hati kau. Kalau boleh aku nak kau tenang je bersama aku.
“ Hafiz..”
Riana menahan diri daripada mengeluarkan air matanya. Dia
berdiri tepat di belakang Hafiz.
“ Kenapa?”
Riana menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya.
Dia memandang Hafiz yang sedang merenung wajahnya ketika itu. Selepas itu dia
terus tersenyum kecil.
“ Tolong aku.
Aku ternampak ex aku tadi.” Luah Riana.
Hafiz
tersentak.
“ Kau nak aku
tolong apa? Mana dia?”
“ Dalam kedai makan tu. kalau boleh aku tak nak jumpa dia
dah. tapi aku perasan tadi dia ada nampak kita dua. So, kalau boleh…”
“ Jom.”
Terus lengan Riana yang berlapik itu ditariknya ke arah
pasangan kekasih yang kelihatan mesra itu. Riana pula hanya mampu membisu di
sisi Hafiz. Hatinya tak kuat.
“ Hai friend.” Sapa Hafiz dengan senyuman.
Riana masih tunduk. Dia tak sanggup berdepan dengan Fendi.
“ Erk. Hai. Riana?”
Hafiz yang perasan Fendi sedang memandang Riana itu pantas
menarik Riana ke belakangnya. Riana yang terkejut itu pantas mendongak melihat
belakang Hafiz.
“ Aku tak tahu sebab apa dan kenapa. Tapi satu je aku nak
cakap. Kau memang lelaki tak guna sebab tinggalkan Riana. Tapi aku juga nak
ucap terima kasih. Kalau bukan sebab kau, aku takkan kahwin dengan dia. Anyway,
kau patut ucapkan tahniah dekat kami sebab kami akan berkahwin tak lama lagi.”
Riana yang mendengar tersenyum dalam hati. Dalam diam, dia
kagum dengan sikap Hafiz yang sentiasa tenang itu. Hafiz.
Fendi pula sudah terkedu. Terdiam seribu bahasa.
“ Aku rasa itu je aku nak cakap. Riana.. Jom. Kita kena cari
cincin pula selepas ni.”
Terus Hafiz dan Riana beredar daripada situ meninggalkan
Fendi dalam keadaan marah.
“ Hafiz. Thanks.” Ucap Riana sebaik sahaja langkah mereka
berhenti jauh daripada kedai itu.
Hafiz yang masih berdiri membelakangi Riana menahan sebak.
Dia cuba kawal dirinya sehabis baik.
“ Aku lakukan semua ini sebab aku sayangkan kau. Aku tak nak
kau terseksa lagi gara-gara dia. and please… kita kahwin?”
Terus Hafiz menoleh ke arah Riana yang sudah terlopong itu.
tiba-tiba saja air matanya mengalir laju selepas mendengar permintaan Hafiz
itu.
“ Aku tak sanggup tunggu 3 bulan lagi. 3 bulan tu bagi aku 3
tahun.”
Riana mengetap bibirnya dengan seribu perasaan.
“ Aku tahu. Kau tak cintakan aku. tapi percayalah, selepas
kita kahwin aku akan bibitkan rasa cinta tu dalam hati kau.”
Matanya dipejam erat sebelum menatap wajah mengharap Hafiz.
Perlahan-lahan senyumannya diukir.
“ InsyaAllah.”
**
“ Mak Ucu! Pak Ucu! Cepatlah! Kita nak ambil gambar ni!”
Jeritan budak berusia 8 tahun itu memenuhi ruang rumah Haji
Rahman dan Hajah Hasnah ketika itu. Hampir semua orang ketika itu kelam kabut
menjalankan tugas masing-masing. Tak lepas tangan dibuatnya. Tapi semua orang
tetap merasakan kemeriahannya ketika itu.
“ Ya Allah Zaril. Kenapa yang kelam kabut sangat ni?” Tegur
Riana. Melihat sikap anak buahnya yang tergesa-gesa itu membuatkan dia juga
jadi tergesa-gesa. Haih.
“ Mama suruh cepat. Katanya nak ambil gambar.”
Riana tersenyum kecil. Along ni pun satu. Tak menyempat
betul.
“ Okay. Tapi Zaril masuk dulu. Mak Ucu nak panggil Pak Ucu
kejap. Okay sayang?”
“ Okay.”
Hilang saja kelibat Zaril ke dalam rumah, Riana pantas
menoleh untuk memanggil suaminya. Tetapi, belum sempat pun nak menoleh,
pinggangnya terlebih dahulu dirangkul oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan
suaminya.
“ Kenapa tu?”
Riana tersenyum kecil.
“ Dia panggil kita ambil gambar. Jomlah.”
Riana terus berjalan masuk ke dalam rumah. Satu sebab dia
nak elakkan diri daripada Hafiz. Kedua sebab dia malu. Arh! Kau ni. Dah jadi
isteri dia pun.
“ Along.”
Riana mendekati kakaknya yang tengah sarat mengandung itu.
Zaril yang berada dalam dukungan alongnya itu diambil.
“ Muncul pun. Hafiz. Meh sini. Kita ambil gambar sama-sama.
Takkanlah nak lepaskan peluang bergambar bersama pengantin baru kan?”
Terus berona merah wajah Riana ketika itu. Hafiz yang
menyedari hal itu tertawa kecil lantas mendekati Riana. Pinggang isterinya
dirangkul mesra.
“ Tak payah nak malu-malu dengan abang. Abang tak makan
orang.”
Riana yang mendengar kata panggilan Hafiz itu terus rasa
seram sejuk. Mak! Kena panggil dia abang ke? Walaweh! Malu!
“ Pak Ucu. Kenapa muka Mak Ucu merah?”
Ha sudah! Riana pantas menekup pipinya. Mujur Zaril dah
berada dalam dukungan Hafiz.
“ Yeke?” Usik Hafiz lantas mencuit pipi isterinya itu.
“ Okay. Tak merah dah. Zaril kena tengok depan. Kamera dekat
sana.”
Selepas berjaya mengalihkan pandangan Zaril. Pantas pipi
isterinya dikucup. Riana yang sememangnya
terkejut itu jadi lebih terkejut.
“ Abang baru tahu isteri abang comel ketika dia malu.”
Riana menahan geram. Ish! Tak habis-habis nak usik aku.
Tanpa sebarang amaran, pinggang suaminya pula dicubit geram.
“ Ouch!” Hafiz terjerit kecil apabila tiba-tiba ja
pinggangnya dicubit. Mak aii! Ketam juga tangan isteri aku ni.
“ Tu balasan sebab selalu usik saya. Padan muka abang.”
Riana tertawa kecil selepas melihat reaksi Hafiz ketika itu.
Hafiz mencebir. Aduhai. Sabar je la.
“ Okay semua! Tengok sini!”
“ Tapi abang bersyukur. Dah ada Riana dalam hidup abang ni
pun dah cukup rahmat. Thanks dear.”
Riana dan Hafiz terus berbalas senyuman sebelum pandang
semula ke hadapan.
Klik!
**
“ Percayalah cakap aku. Kau akan bahagia dengan dia.”
Kata-kata Marsha sebulan yang lepas tiba-tiba bermain dalam
fikirannya. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Bahagia? Yeke? Entahlah.
Tapi dia akui, dalam seminggu ini dia rasa bahagia sangat bila berada di
samping Hafiz.
Marsha. Terima kasih sebab yakinkan aku sebelum ni. Aku
janji aku akan cintakan suami aku sepanjang hayat aku. I choose to love him
because he’s my husband.
“ Riana..”
Tiba-tiba tubuhnya dipeluk daripada belakang. Riana masih
statik ditempatnya tanpa berbuat apa-apa. tapi bibirnya setia mengukirkan
senyuman.
“ Esok kenduri rumah abang pula. Abang harap sayang bersabar
banyak-banyak. Sebab family sebelah abang tu banyak mulut murai dan berbisa
sikit.” Pesan Hafiz. Dalam hati dia takut sangat andai kata-kata ibu saudaranya
akan mengguris hati isterinya itu.
“ Kalau abang boleh bertahan dengan family Riana. InsyaAllah
Riana pun boleh.”
Hafiz tersenyum lega.
“ Sayang bahagia?”
Riana hanya mengangguk.
“ Sayang cintakan abang?”
Kali ni Riana hanya mendiamkan diri. Dia jadi serba salah
untuk menjawab. Hafiz yang menyedari hal itu terus tersenyum. Dia mengeratkan
lagi pelukan.
“ Take your time. Abang takkan paksa. Abang akan tunggu
waktu tu. And I won’t touch you until you really love me.”
Tanpa dipinta, air mata Riana mengalir deras ke pipi tanpa
pengetahuan Hafiz. Ya Allah. Kenapa Hafiz terlalu baik? Aku tak layak untuk
bergandingan bersama dia. Kenapa dia pilih untuk terus mencintai aku?
“ Abang pilih untuk terus mencintai Riana sebab hati abang.
Dulu, abang ego. Suka salahkan orang lain. Tapi semenjak abang kenal Riana.
Abang jadi berubah. Ibu abang pun sedar. Abang lebih suka senyum. Lebih suka
tolong orang dan lebih suka bermanja dengan ibu abang. Riana telah merubah
abang dari jauh. Sikap Riana yang suka tolong orang tu sedikit sebanyak menarik
perhatian abang waktu tu. Riana memang tak sedar sebab Riana bencikan abang
waktu tu. yelah muka abang ni dah dilabel sebagai pembuli waktu tu. Haha.”
Riana tersenyum kecil.
“ Abang malu waktu tu. abang memang tak berani nak cakap
dekat Riana tentang perasaan abang. Jadi pendam je la.”
“ Tapi.. kenapa mesti Riana?”
Hafiz terus memusingkan badan isterinya itu untuk berdepan
dengannya.
“ Sebab hati abang kenal siapa pasangan dia. Dan hati abang
juga tak pernah nak duduk diam setiap kali berdepan dengan sayang. Like now.”
Terus Hafiz mencapai tangan kanan Riana lalu diletakkan pada
dadanya. Riana tersentak sebaik sahaja dapat merasai denyutan jantung Hafiz
yang laju itu.
“ Dah terbukti kan?”
Riana hanya mengangguk.
“ So, lepas ni maybe sayang pula kot.”
Riana tersengih pula.
“ Kita doa sama-sama ye sayang. InsyaAllah.”
Terus Riana memeluk Hafiz dengan perasaan yang dia sendiri
tidak dapat gambarkan. Terima kasih ya Allah. Terima kasih abang.
**
“ Abang?”
Hafiz yang sedang membetulkan kedudukan sampinnya itu terus
menoleh ke belakang saat mendengar suara Riana.
“ Laa.. sayang. Kenapa tak pakai tudung lagi? Nanti lewat
pula.”
Riana menggigit bibir. Tiba-tiba dia rasa tak sedap hati.
Tapi dia tak tahu macam mana nak cakap dekat Hafiz tentang perasaannya itu.
“ Riana?”
Hafiz jadi pelik dengan reaksi Riana yang banyak mendiamkan
diri semenjak tadi. Kenapa?
“ Abang!”
Terus Riana memeluk Hafiz tanpa sempat dia berbuat apa-apa.
Akhirnya, Hafiz hanya membiarkan lalu membalas pelukan Riana dengan erat.
Belakang Riana diusapnya dengan penuh kasih sayang.
“ Kenapa ni? Ada apa-apa yang terjadi ke?” Soal Hafiz dengan
perasaan risau.
Riana terus meleraikan pelukan lantas tersenyum.
“ Riana pergi siap dulu. Terima kasih.”
Kini, barulah Riana rasa sedikit lega. Entahlah. Apabila
Hafiz ada di sisinya, dia rasa dilindungi. Dia tak tahu jika Hafiz hilang
daripada pandangan dia. Maybe benar, jauh di sudut hatinya rasa cinta itu sudah
ada. Cuma dia masih menafikan rasa cinta itu.
“ Riana!”
Riana yang baru sahaja nak keluar terus menoleh ke arah
Hafiz.
“ Are you okay?”
“ Yes. I’m okay. Don’t worry.”
Terus Riana keluar daripada bilik. Debarannya makin terasa
tetapi dia kuatkan hati dan terus melangkah ke bilik tetamu untuk bersiap. Ya
Allah. Jauhkanlah perasaan tidak senang hati ini. Moga majlis hari ini berjalan
dengan lancar.
**
“ Beb.. Aku nak ucapkan terima kasih dekat kau.”
Marsha yang leka jadi pengapit Riana daripada mula sampai
dah nak habis majlis tersentak. Pantas dia menoleh ke arah Riana.
“ Kenapa pula?”
“ Sebab kau yakinkan aku tentang Hafiz.”
Marsha tersenyum nipis.
“ Aku percaya dia. Aku juga percayakan kau. Dia tu baik Cuma
dulu dia ego. Aku dah tahu lama dah rahsia dia. Cuma dia tak nak aku cakap
dekat kau. Dia malu. Lagipun masa tu kita still form 4 okay.”
Riana tersenyum pula. Hafiz. Tak sangka kan?
“ Eh! Aku ke sana dululah. Kau pergilah masuk rumah. Ada
banyak makanan kat dalam. Suami kau sibuk je tu.”
Riana hanya memandang langkah Marsha ke khemah hujung rumah.
Perlahan-lahan kepalanya tergeleng melihat perilaku Marsha. Dari dulu sampai
sekarang Marsha tak pernah nak berubah. Dengan makan je dia tau.
Penat tengok kerenah Marsha, Riana ambil keputusan untuk
masuk ke dalam rumah. Tetapi, entah kenapa dia merasakan dirinya bagai
diperhati seseorang. Pantas dia menoleh ke belakang. But, tiada sesiapa yang
dicurigai pun. Riana jadi semakin takut.
Tanpa berlengah, dia pantas masuk ke dalam rumah. Keluhan
dilepaskan sebaik sahaja ternampak kelibat ibu mertuanya itu.
“ Ibu.”
“ Eh! Riana. Duduklah. Meh makan dengan ibu. Suami kamu tu
kalau dah jumpa kawan habis semua orang dia lupa.”
Riana tersengih. Betullah apa yang ibu mertuanya cakap tu.
“ Ibu.. terima kasih sebab sudi terima Riana.”
“ Ibu yang patut ucapkan terima kasih. Kalau bukan kerana
Riana mungkin sampai saat ini anak ibu tu masih membujang.”
Riana menoleh ke luar pintu utama. Wajah suaminya yang
sedang tertawa itu dipandangnya dengan hati yang tenang.
“ Ibu.. sebelum Riana dia ada berhubungan dengan sesiapa
tak?” Spontan Riana menyoal ibu mertuanya.
Datin Farah terdiam seketika selepas mendengar soalan
menantunya itu.
“ Kenapa kamu tanya?”
“ Riana Cuma nak tahu. Kalau ada Riana rasa serba salah
sebab rampas dia daripada abang Hafiz.”
“ Tak. Kamu tak. Memang betul sebelum ni Hafiz tu pernah
berkawan dengan seseorang ni. Tapi Hafiz Cuma anggap kawan je. Tak lebih
daripada tu. Cuma yelah. Perempuan tu yang jadi agresif sampai nak bunuh diri
gara-gara Hafiz nak kahwin. Tapi sekarang ibu pun tak tahu apa yang jadi dekat
dia. Entahlah. Malas nak fikir.”
Riana terkedu. Ya Allah. Adakah aku yang bersalah?
“ Sudah. Kamu jangan fikir lagi. Yang penting kamu dan Hafiz
bahagia. Ibu nak keluar kejap. Kamu makan lah buah ni.”
Terus Datin Farah berlalu ke luar rumah. Riana pula masih
mendiamkan diri dengan memikirkan soalan cerita ibu mertuanya sebentar tadi.
“ Sayang.”
Tiba-tiba bahunya dipaut mesra. Riana yang sedang leka
berfikir itu terus tersentak. Melihat sahaja wajah Hafiz, Riana menghadiahkan
senyuman walaupun tidak manis.
“ Kenapa ni?”
Hafiz sedar. Sejak daripada pagi tadi lagi Riana berkelakuan
aneh. Langsung tiada riak ceria pada wajahnya. Yang ada hanya wajah yang gusar.
“ Kenapa apa? Saya okay.”
Terus Riana pandang ke arah lain. Tiba-tiba juga dia berasa
tidak sedap hati.
“ Riana.. Please. Tell me what’s the problem. Jangan tipu
abang. Abang nampak sendiri Riana tak bahagia. Kan?”
Riana terkedu. Pantas kepalanya digelengkan.
“ Tak. Riana bahagia. Betul. Cuma.. Riana rasa tak sedap
hati la bang.” Akhirnya, Riana luahkan juga rasa tak sedap hatinya tu.
“ Kenapa pula?”
Pantas Hafiz membawa Riana ke dalam pelukannya. Riana hanya
membiarkan.
“ Jangan risaulah. Mungkin perasaan sayang je tu. Jangan
berfikir yang bukan-bukan ye sayang.”
Riana hanya mengangguk.
“ Saya nak keluar kejap.”
Riana menggigit bibir. Tak. Aku betul-betul rasa lain. Ya
Allah.
**
“ Riana!”
Riana yang terkocoh-kocoh lari itu terus terhenti. Badannya
memusing ke belakang. Wajahnya digeleng beberapa kali sebelum menangis
teresak-esak. Dalam hatinya saat ini hanya inginkan Hafiz suaminya. Menyesal
dia keluar tadi tanpa berteman. Ya Allah.
“ Tolonglah! Jangan ganggu aku lagi! Kau dah bahagia dengan
kekasih kau. Aku bahagia dengan suami aku. Please! Kau nak apa lagi?”
Fendi tertawa kecil. Sinis. Terus tangan Riana ditariknya
kasar.
“ Lepaskan aku! Hey!”
“ Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak jadi milik aku.
bertuah kau kan? selepas tinggalkan aku terus dapat suami yang kaya raya. Yang
mewah. Wah!”
Riana terus merentap tangannya kembali. Dia dah tak sedih
tapi rasa amarah menyerangnya tiba-tiba.
“ Hey! Aku tak tinggalkan kau. Tapi kau yang tinggalkan aku!
kau dah lupa ke ha? Kau yang buat aku terkapai-kapai seorang diri dulu sebab
pergi dekat wanita lain. Sekarang ni kau nak salahkan aku pula! Kau ni memang
lelaki tak guna!!!” Jerkah Riana dengan sekuat hati.
Pangg!
Pipi Riana jadi mangsa tamparan Fendi. Gara-gara marah yang
amat Fendi terus menampar wajah Riana. Dia terlalu geram dan sakit hati.
“ Aku ingat dulu kau akan datang kat aku dan melutut bagai.
Tapi tak sangka kau ada orang lain.”
“ Sekurang-kurangnya dia lebih baik daripada kau! Dia tak
dayus macam kau! Kau lelaki kejam!”
Sekali lagi pipi Riana jadi mangsa. Belum sempat Riana nak
berbuat apa-apa, tubuhnya terlebih dahulu ditolak dengan kasar oleh Fendi.
“ Arghh!”
Riana mengerang kesakitan akibat tolakan Fendi itu. kini,
dia terdampar di tengah-tengah jalan raya tanpa kereta. Belum sempat Riana nak bangun,
Fendi terlalu dahulu menyepak badan Riana dengan kuat sekali.
“ Arghh!” Sekali lagi Riana menjerit kesakitan. Dia berharap
sangat kala ini ada seseorang akan menolong dia.
“ Matilah kau! Haha! Aku lebih puas tengok kau mati. Kalau
aku tak dapat dia pun tak boleh dapat!”
Riana terus mengerang kesakitan. Dia ingin menjerit tetapi
dia dah hilang kekuatan itu. kelibat Fendi sudah hilang. Kini, dia tak mampu
untuk berbuat apa-apa. sesekali dia menoleh sekeliling. Ya Allah!
“ Adik! Kereta! Awas!”
“ Arghh!”
**
Suasana hiba menyelubungi wad kecemasan ketika itu.
Masing-masing tunduk dengan perasaan sedih dengan kejadian yang menimpa Riana.
Terutama Hafiz. Dia kelihatan sangat berserabut saat itu.
“ Hafiz.”
Datin Farah mendekati Hafiz lantas ditariknya ke dalam
pelukan. Hatinya sakit melihat keadaan anaknya itu.
“ Isteri Hafiz ibu. Isteri Hafiz! Menyesal Hafiz tak ikut
dia tadi. Hafiz tak bertegas ibu. Hafiz..”
“ Syuhhh. Semua ini ketentuan takdir sayang. Hafiz tak boleh
asyik salahkan diri. Kalau benda dah nak jadi kita tak boleh nak halang.”
Hafiz masih setia memandang ke arah pintu kecemasan. Air
matanya mengalir tanpa dipinta. Dia terlalu sayangkan Riana. Tolonglah. Dia tak
sanggup untuk kehilangan Riana buat kali kedua. Baru dua minggu mereka hidup
bersama. Ya Allah. Tolong selamatkan Riana Ya Allah.
“ Hafiz.”
Panggil pula Haji Rahman. Senyuman tawar terukir pada wajah
ayah mertuanya itu.
“ Ya ayah.”
“ Kamu dah tahu perbuatan siapa?”
Hafiz terdiam. Sesaat kemudian, dia menggelengkan kepala.
Tak. Dia langsung tak tahu. Yang dia tahu, ada saksi mengatakan Riana mengerang
kesakitan di tengah-tengah jalan sebelum ada sebuah kereta melanggarnya.
“ InsyaAllah. Polis tengah jalankan siasatan. Nanti kita
tahulah.” Suara Datuk Taufiq pula.
“ Mudah-mudahan.”
Tiba-tiba lampu wad kecemasan dah bertukar ke warna hijau.
Keluar pula seorang doktor yang merawat Riana itu.
“ Doktor! Macam mana keadaan isteri saya?” Soal Hafiz tak
sabar.
“ Keadaan dia kritikal saat ini. Dia cedera parah. Dia juga
banyak kehilangan darah. Kami dapati mungkin sebelum dia kemalangan dia
terlebih dahulu dipukul. Sebab terdapat kesan lebam pada kedua-dua pipi isteri
encik dan lebam pada perut.”
Bagai batu terhempap atas kepala Hafiz saat mendengar
kata-kata doktor ketika itu. Terus dia jatuh terduduk di samping ibunya.
“ ya Allah. Anak aku.” Hajah Hasnah meraung kesedihan.
“ Harap korang semua boleh bersabar. Buat saat ini kita
doakan je lah yang terbaik buat dia. Dan
kemungkinan isteri encik akan berada
dalam koma.”
Terus pandangan Hafiz jadi kelam lalu terus rebah di sisi
Datin Farah.
“ Ya Allah Hafiz!”
**
“ Abang. Dulu abang selalu cakap isteri abang ni istimewa.
You choose to love me. But, abang tak menyesal?”
“ Sekali abang buat pilihan. Abang tak pernah menyesal. If I
choose to love you. I will. Until now dear.”
“ Alolo. Sweetnya suami saya ni.”
“ Well. Suami siapa kan? Haha.”
“ Hafiz.”
Tepukan itu terus membawa Hafiz ke alam yang nyata. Air
matanya yang mengalir tadi pantas disekanya. Senyuman pahit diukir buat Marsha.
“ Dah sehari suntuk aku tengok kau jaga Riana. Aku rasa baik
kau pergi balik dan berehat. Kesian aku tengok kau ni.” Suara Marsha.
Hafiz tersenyum kecil.
“ Aku takkan pernah penat sebab aku sayang dia. aku takkan
tinggalkan dia. aku takut masa dia sedar aku tak ada di samping dia.”
Marsha terdiam. Wajah Hafiz yang tidak terurus itu sedikit
sebanyak menimbulkan rasa kasihan bagi orang yang melihatnya.
“ Tapi aku tau Riana mesti lagi sedih kalau kau tak jaga
kesihatan diri kau. Dah seminggu Hafiz. Seminggu kau setia berada di sisi dia.
Aku tau Riana sedang dengar perbualan kita. Dan aku yakin dia mesti nak tengok
kau yang suka senyum dan kemas dulu tu. Cuba kalau dia sedar sekarang, mesti
dia sedih tengok kau macam ni. Kau nak dia sedih ke?”
Hafiz terdiam pula. Ada betul juga kata Marsha tu.
“ Baliklah sekejap. Biar aku pula jaga dia. InsyaAllah,
kalau dia dah sedar aku cepat-cepat contact kau.”
Akhirnya, Hafiz
melepaskan keluhan kecil.
“ Yelah. Aku pergi dulu.”
Sebelum pergi, dahi Riana dikucupnya dengan penuh rasa kasih
sayang.
“ Abang pergi dulu sayang. Ingat, abang akan sentiasa tunggu
sayang.”
Marsha hanya mampu tersenyum hambar melihat Hafiz. Riana.
Sekarang dah terbukti yang dia betul-betul sayangkan kau. Dia tak boleh
kehilangan kau Riana. Cepatlah sedar. Aku tak sanggup tengok dia macam ni lagi.
Belum sempat Hafiz nak keluar, tiba-tiba pintu dikuak dari
luar. Hafiz dan Marsha tersentak dengan kehadiran Hajah Hasnah dan Haji Rahman
yang kelihatan cemas itu.
“ Mak? Kenapa ni?”
“ Polis dah tahu siapa yang buat Riana macam ni.”
Hafiz tersentak. Terus wajahnya berubah riak.
“ Siapa mak? Cepat cakap. Hafiz nak jumpa dia!”
**
Bukk!
“ Hafiz! Sudahlah tu!”
Dadanya berombak kencang sebaik sahaja melihat wajah yang
telah membuatkan isterinya koma itu. Dia mendekati lagi lelaki itu untuk
menumbuk tetapi dihalang abahnya.
“ Sudah! Hafiz sudah! Selebihnya kita serahkan pada pihak
polis. Tak guna kamu pukul dia hidup-hidup.”
Mulutnya yang berdarah itu dikesatnya dengan perlahan.
Sesekali dia mengaduh kesakitan. Kesan tumbukan Hafiz yang kuat itu.
“ Kau nak apa ha?! Apa yang kau tak puas hati dengan isteri
aku? Dia tak kacau kau pun kenapa mesti kau buat dia macam ni? Jawablah!!” Amuk
Hafiz dengan nafas yang tak dapat dikawal. Dia terlalu marah.
Fendi tertawa. Kemudian dia tersenyum pula. Sinis. Cukup
sinis!
“ Kalau aku tak boleh dapat dia. kau pun tak boleh!”
Bukk!
Belum sempat Fendi nak berbuat apa-apa, wajah itu sekali
lagi menjadi mangsa amarah Hafiz.
“ Kau tak berhak! Aku suami dia! Apa salah dia ha? Kau yang
tinggalkan dia dulu. Bukan dia!”
“ Sebab dia dapat lebih baik daripada aku! Aku tak puas
hati! Dia dapat apa yang dia nak. Kemewahan? Kasih sayang? Hidup senang? Aku
tak puas hati! Aku cemburu kau tau tak? Aku tak sanggup dia dapatkan semua itu
kalau bukan daripada aku sendiri. Dia cabar aku! Ya. Memang aku yang tinggalkan
dia tapi aku ingat selepas tu dia akan datang dan merayu dekat aku. Tapi aku
silap!”
Hafiz merengus geram. Dinding pula jadi mangsa tumbukannya.
Dia terlalu sakit hati dengan lelaki yang bernama Fendi itu.
“ Disebabkan kau lah isteri aku koma. Kau tau tak? Kau pukul
dia cukup-cukup. Kau tinggal dia macam tu saja. Dan sekarang kau boleh
bersenang-lenang dekat luar? Ha?! Kau memang lelaki tak guna!!”
Terus Hafiz berlari keluar daripada balai polis sebelum dia
buat sesuatu yang lebih teruk. Air matanya terus mengalir tanpa dipinta. Sakit
sangat! Hatinya sakit!
“ Sayang.”
Datin Farah mendekati Hafiz. Hafiz terus memeluk ibunya
bersama esakan kecil. Datin Farah hanya mampu mengusap belakang Hafiz dengan
perasaan sedih. Air matanya turut mengalir melihat penderitaan Hafiz dan Riana
saat ini.
“ Hafiz salah ke ibu? Hafiz tak minta semua ni terjadi.
Hafiz Cuma nak jadi suami yang terbaik pada Riana. Hafiz.. Hafiz..”
“ Syuhh! Hafiz tak salah sayang. Semua ini ketentuan Allah.
Kita sebagai hambanya perlu bersabar banyak-banyak. Jangan pernah berhenti
berdoa sayang. InsyaAllah doa kita akan diperkenankan. Dah.. dah. Lelaki mana
boleh nangis. Tak hero lah.”
Hafiz meleraikan pelukan bersama senyuman kecil.
“ Ha. Macam ni la anak ibu. Jom kita ke hospital. Fasal
Fendi tu kita serahkan pada pihak polis.”
Hafiz hanya mengangguk sebelum berlalu bersama ibunya untuk
ke hospital. Riana! Tunggu abang!
**
Orang kata kalau nak rasai hidup bahagia, kena rasai
kepahitannya dulu. Begitu juga dengan Riana dan Hafiz. Pelbagai onak dan duri
telah mereka lalui sepanjang hidup bersama ini. Tapi alhamdulillah. Dah genap
sebulan usia perkahwinan mereka. Riana pun telah sedar beberapa hari yang
lepas.
Orang yang paling gembira mestilah Hafiz. Sampai naik rimas
juga Riana dengan keprihatinan Hafiz tu. Tapi dia faham. Hafiz Cuma mahukan
yang terbaik untuk dirinya.
“ Sayang? Nak apa-apa lagi tak? Abang nak pergi ambil.”
Riana pantas menggelengkan kepalanya bersama kerutan di
dahi. Tolonglah. Aku dah kenyang. Daripada pagi tadi asyik makan je. Huhu.
Nasib baik dah ada dekat rumah.
“ Betul ni?” Soal Hafiz lagi.
“ Ye betul. Abang. Meh duduk sebelah Riana jap.” Pinta Riana
dengan senyuman.
Hafiz tanpa banyak songeh terus berlalu dan duduk di sebelah
Riana. Perlahan-lahan tubuh Riana ditarik ke dalam pelukannya.
“ Abang.. apa jadi sepanjang Riana tak sedarkan diri?” Soal
Riana ingin tahu. Dia berasa selesa sangat berada dalam pelukan Hafiz.
“ Macam-macam sayang. Sampai abang rasa abang tak sanggup
nak hadapi sorang-sorang.”
Apabila mengingatkan kembali kejadian Riana itu membuatkan
dia jadi marah. Mujurlah Fendi dah ditahan pihak polis.
“ Abang. Macam mana dengan Fendi tu?”
“ Dah ditangkap. Sayang jangan risau. Dia takkan ganggu
isteri abang lagi.”
Riana tersenyum. Tangan Hafiz digenggamnya sekuat hati.
“ Saya nak minta maaf sebab tak ikut cakap abang masa tu.
Kalaulah..”
“ Syuhh. Semua itu takdir Allah sayang. Lagipun benda dah
berlaku kan? yang penting Riana dah ada di sisi abang.”
Ubun-ubun isterinya itu dikucup dengan penuh rasa kasih
sayang.
“ Abang.. Riana nak beritahu sesuatu ni.”
Riana menggigit bibir bersama debaran yang semakin kencang.
“ Apa tu sayang?”
Terus Riana memusingkan badan dan berdepan dengan suaminya
itu. Renungan Hafiz dibalas bersama senyuman manis. Hafiz yang melihat
menjongket kening nakal.
“ Kenapa tengok abang macam tu?”
Riana tersengih lantas menarik nafas dalam-dalam sebelum
menghembuskannya.
“ Abang. Abang suami Riana kan? Abang juga pilih Riana
sebagai isteri abang.”
“ Yes. I choose to love you Riana. My wife. Ops! Sorry. My
lovely wife.”
Riana tersenyum bahagia. Kepalanya dianggukkan sebelum
tersenyum kembali.
“ I also choose to love you my lovely husband. Yes. I love
you. Really really really really love you.”
Sepi. Masing-masing hanya berbalas senyuman dan pandangan.
“ Abang tak salah dengar kan?”
Riana tertawa kecil lantas menggelengkan kepala.
“ Tak. Betullah apa yang abang dengar tu.”
Terus dahi isterinya dikucup dan tubuh itu ditarik ke dalam
pelukan dengan erat. Ya Allah. Terima kasih.
“ Terima kasih sayang. Ini lah saat-saat yang abang
nantikan.”
“ Maaf sebab Riana cakap lambat. HEhe.”
“ Tak apa sayang.”
“ Abang…”
“ Hmmm..”
Riana meleraikan pelukan.
“ Abang lelaki pertama yang berjaya membuatkan hati Riana
berdebar hebat.”
Tangan lelaki itu dicapai dan dibawa ke dadanya bersama
senyuman. Hafiz yang merasai debaran itu tersenyum lebar.
“ And abang juga lelaki yang paling baik pernah Riana ada.
Abang lah suami Riana yang paling disayangi. Dan abang juga lelaki yang paling
handsome dalam dunia ni. Haha.”
Hafiz tertawa kecil. ada-ada je.
“ Thanks tau sebab sudi bersabar dengan Riana.”
Terus pipi suaminya dicium. Selepas itu, pipinya pula berona
merah dengan tindakannya sendiri. Hafiz pula jadi terkaku akan perlakuan pantas
isterinya itu.
“ Abang. Jom pergi honeymoon.”
Hafiz tersenyum nakal.
“ Ke mana? Bila?”
“ Bila abang free.”
“ Sekarang pun boleh.”
Terus ditolak Riana ke atas katil. Riana yang tengok Hafiz
hanya mampu tersenyum.
“ I love you. Forever in my life Riana.”
“ Me to. Even many man outside there. I will choose to love
you.”
~Tamat~
Bagi saya, karya akak tak pernah bosan tapi semakin menarik...saya suka..hehehe..teruskan berkarya akak...
ReplyDelete-peminatsetia
Salam sis, nice story thru. Tak adalah bosan, it just nice. Tapi nak komen sikit, kalau boleh bgtau la hafiz suka riana ni mcm mana, secara detailed I mean. Sbb dlam cerpen ni sis ada bgtau kan, cuma still trtanya² lgi kehidupan sek. men. Hafiz riana ni mcm mana. But I enjoy your karya sis. Santai dan senang d hadam. Good luck for the next next and next karya. *peace*
ReplyDeletebest lah akak punya story nie and setiap kali baca mana mana karya akak makin menariklah... teruskan berkarya lagi ye kak
ReplyDeleteSalam. Cerpen yang sangat menarik. Tahniah. Salam
ReplyDeleteGood fuck for next cerpen👌👌👌
ReplyDeleteMacammana ek nak buat blog cerpen mcm ni
ReplyDeletebest sangat citer nii ....
ReplyDelete