Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 8 June 2015

Cerpen : I Choose To Love You

Assalamualaikum semua. 

Wah. Dah lama tak jenguk ke sini. Yeay.. Ada cerpen baru. Okay. Terlebih teruja. Haha. 
Tapi.. Ermm..sebenarnyakan.. Erm...Ermm... Guys! Sorry! Huhu. Kenapa aku rasa cerpen ni terlalu boring. Jalan ceritanya juga macam dah terbiasa. Huhu. Tapi aku tulis apa yang aku rasa nak tulis. Tolong guys. Jangan marah aku... Hehehe. Okay. Aku nak kena marah ke nak kena berleter ke nak kena kritik ke. Aku tak peduli. Yang penting aku puas dengan karya aku. Huhu. Tapi... tipula kalau kata tak terasa. Haha. Dah2. Sambung baca. HUhu



“ Sudahlah tu. Kau menangis air mata darah sekalipun takkan merubah apa-apa. Laki tu pun bodoh betullah. Sanggup dia tinggalkan kawan aku yang baik ni. Memang nak kena penumbuk betullah. Nasib baik masa tu aku tak ada.”

Riana tersenyum kecil.

“ Aku bukan menangis untuk dia. Aku menangis sebab kesal dengan diri aku. Aku terlalu bodoh sebab percayakan sangat kata-kata dia tu. Sedangkan belakang aku dia pasang lain. Nasib baik kami belum berkahwin. Allah dah beri petunjuk dulu kat aku. Alhamdulillah.”

Marsha pula menghembus nafas lega sebaik sahaja mendengar jawapan Riana. Dia paling takut kalau Riana jadi tak rasional selepas lelaki tu tinggalkan dia.

“ Bagus. Sekarang ikut aku balik rumah. Mak kau dah bising suruh kau balik. Daripada semalam lagi. Dia terlalu risaukan kau. Kau tau?”

Riana mengeluh perlahan. Mak ni pun. Mesti nak cakap fasal jodoh dia.

“ Kau tahu kan mak aku nak aku kahwin dengan pilihan dia? Aku tak sanggup weh.”

Marsha tertawa kecil. Bahu rakannya itu dipeluk kejap.

“ Kau belum tengok siapa lelaki tu kau dah boleh kata tak sanggup. Percayalah cakap aku. Kau akan bahagia dengan dia.”

“ Huh. Tak nak. Aku dah serik weh. Aku tak nak la jadi macam drama dan novel tu. lepas kahwin terus ditinggalkan. Tak nak!”

Marsha merengus geram. Terus kepala rakannya itu disekeh. Puas.

“ Hei! Sakitlah!”

“ Tu bagi kesedaran sikit dekat kau. Kau ni pun. Percaya sangat kisah novel dan drama tu. Ini realiti tau. Tak semua seperti dalam novel dan drama tau? Yang penting niat tu kerana Allah. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar. Dah jom balik. Aku sebagai rakan dan sepupu kau ni nak juga tengok kau bahagia.”

Riana terdiam. Tapi sesaat kemudian dia tersenyum pula. Pantas dia memeluk Marsha.

“ Eh! Dah kenapa kau ni?”

“ Aku bahagia dapat kawan macam kau. Terima kasih sebab faham aku.”

“ Itu baru namanya sahabat. Dah jom. Balik nanti tengok bakal suami kau.”

“ Marsha!”

Marsha hanya tersengih. Geli hati tengok muka Riana. Mahu tak mahu Riana kena turutkan juga arahan ibunya tu.

**
Mulutnya diketap kuat. Tangan Marsha jadi mangsa cengkamannya. Marsha yang merasa sakit tu hanya mampu menahan. Dia tahu Riana tengah tahan perasaan geram, sedih or marah maybe? Suka? Entahlah.

“ Mak tak nak jadi macam sebelum ni. Lelaki mana entah kamu ambil lepas tu terus dia tinggalkan kamu. Mak tak nak. Kamu nak jadi macam tu lagi ke? Menderita kerana seorang lelaki?”

Riana masih mendiamkan diri. Macam orang kena soal oleh seorang polis. Dahlah kena berhadapan dengan ibunya dan seorang lelaki yang dia cukup kenali. Huh!

“ Mak Cuma nak yang terbaik untuk kamu. Mak bagi peluang dulu kamu kenal-kenal. Dalam masa tiga bulan macam tu lah. Lepas tu terus kahwin.”

“ What?!” Riana terjerit kerana terkejut.

Marsha dan Hajah Hasnah menahan senyum. Sabar je lah dengan Riana yang suka terjerit ni.

“ Yes. Any problem?” Soal Hajah Hasnah.

“ But.. Arh! Mak. Terlalu cepat.”

Marsha mencuit pinggang Riana. Lantas dia terus berbisik sesuatu ke telinga Riana.

“ Dia terlalu teruja dan sayangkan kau rasanya. Dan kau perlu terima. Mana tahu dia dapat bahagiakan kau.”

Riana yang mendengar terus merengus geram. Wajah lelaki itu ditatapnya lagi buat sekalian kalinya. Tetapi lelaki itu tetap tenang dengan senyumannya. Riana yang melihat dah jadi sakit hati pula.

“ Mak biarkan kamu berbual dulu. Marsha jom ikut makcik.”

Tanpa berlengah, pantas Marsha dan Hajah Hasnah berlalu ke dapur. Memberikan peluang kepada mereka berdua untuk berbincang.

“ Kenapa kau?” Soal Riana tanpa berselindung.

“ Kenapa? Salah ke? Aku Cuma nyatakan hasrat aku je.”

Lelaki yang bernama Hafiz itu bersuara dengan tenang. Dia tahu akan reaksi Riana dengan kehadirannya pagi ini. Tapi dia bukanlah lelaki yang cepat melatah. Nak dapatkan hati Riana yang kental tu kena bawa banyak bersabar.

“ Tapi… kita kan dulu… kita..”

“ Itu dulu. Ini sekarang.” Wajah Hafiz yang santai tadi berubah serius.

Riana terkelu lidah untuk membalas kata-katanya.

“ Riana. I choose to love you. Not anyone else. You!”

“ Tapi dulu kita juga yang sering bergaduh. Kita ni macam anjing dengan kucing. Dan aku benci kau sebab selalu cari fasal dengan aku. Takkan kau tak faham?” Riana menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu.

Hafiz tersenyum nipis. Perlahan keluhan dilepaskan sebelum betul-betul bersedia menjawab persoalan Riana.

“ Actually, sebelum ni aku dah mula sayangkan kau. Tapi disebabkan aku ego dan aku cemburu tengok kau dengan orang lain, aku terus cuba cari fasal dengan kau. Sampai kau jadi benci dengan aku. Selepas tamat belajar, aku terus pindah daripada Kuala Lumpur ni demi lupakan kau. Dua tahun aku cuba. Tapi aku gagal.”

Hafiz berjeda seketika sebelum menyambung semula ceritanya.

“ Sampai akhirnya, aku terserempak dengan kau minggu lepas. Kau tak perasan masa tu sebab kau bergaduh dengan boyfriend kau. Eh silap! Ex baru betul. Jadi, waktu tu aku tak boleh mengalah lagi. Aku terus datang sini dan jumpa mak kau.”

Riana terkedu. Ya Allah. Apakah yang sedang terjadi sekarang ni?

“ Boleh je aku cari orang lain demi lupakan kau. Tapi aku tetap dengan pendirian aku. I choose to love you. And I promise that one day you also choose to love me.”

Dan kali ni, Riana betul-betul dah tak boleh balas kata-kata Hafiz. Akhirnya, Riana bangun dan menuju ke biliknya. Serentak itu, air matanya pula mengalir. Entah kenapa, tapi dia dapat rasakan sesuatu ketika Hafiz merenungnya tadi. Ya Allah!

Hafiz yang hanya melihat langkah Riana itu tersenyum hambar. Aku tahu kau susah nak terima aku. Tapi aku janji Riana. Aku akan bahagiakan kau.

**
Berkali-kali wajahnya diraup bagi membuang keresahan yang bertandang dalam hatinya saat itu. Sebaik sahaja dia ternampak kelibat itu, dia terus bangun dan cuba untuk memberikan senyuman. Tapi dia gagal. Rasa debaran di hati mengatasi segala-galanya.

“ Sorry lambat.”

Riana hanya mendiamkan diri. Senyum pun tak. Angguk pun tak. Dia hanya mengekori langkah Hafiz. Entahlah. Selepas mendengar pengakuan Hafiz tempoh hari, sedikit sebanyak dia tergerak hati untuk mengenal Hafiz dan berfikir tentang perkahwinannya. Maybe benar, orang yang kita benci tu la akan sayangkan kita.

“ Kau nak ke mana?” Soal Hafiz memecah kesunyian di antara mereka berdua.

Riana masih mendiamkan diri. Dia tak tahu kenapa, daripada tadi nak cakap satu patah haram pun tak terkeluar. Suara tu macam tersekat dekat kerongkong ni. Dah serupa orang bisu pula gayanya.

“ Okay. Aku tahu destinasi kita. Jom.”

Hafiz terus bergegas ke arah sebuah kedai jam. Perkara pertama yang dia perlu buat adalah membelikan Riana sebuah jam tangan. Kenapa? Sebab Riana ni obses dengan jam tangan semenjak sekolah menengah lagi.

“ Kenapa kita masuk sini?” Soal Riana dengan kerutan di dahi.

“ Kau pilih je kau nak yang mana. Aku belanja.”

Riana terlongo seketika sebelum menggelengkan kepalanya.

“ Tak payahlah. Jam aku yang ni pun ada lagi kan?”

“ Ini dari aku. Sekurang-kurangnya aku ada juga benda nak bagi dekat kau.”

Riana terkedu. Matanya meliar sekitar kedai jam itu. Ya. Memang dia terlalu gilakan jam tangan. Tapi kali ni rasa obses tu seakan-akan hilang apabila berada di sisi Hafiz. Entahlah.

“ Aku tak nak. Aku nak benda lain. Jom lah.”

Hafiz yang melihat Riana keluar daripada kedai jam itu terus mengekori.

“ Kau nak apa?”

Riana berhenti daripada melangkah. Tajam dia merenung wajah Hafiz.

“ Kenapa?”

Hafiz mengerutkan dahinya. Kenapa?

“ Kenapa apa? Aku tak faham.”

“ Kenapa kau pilih aku? Banyak lagi wanita lain diluar sana yang kau boleh pilih. Aku ni bukanlah sebaik mana pun.”

“ Itu.. tunggu selepas kita kahwin. Sekarang jom aku belanja makan.”

Hafiz terus melangkah. Sememangnya dia belum bersedia untuk berikan jawapan kepada Riana. Kalau boleh lepas mereka berkahwin baru dia akan beritahu. Maafkan aku Riana. Tapi kau terlalu istimewa. Aku tak nak sakitkan hati kau. Kalau boleh aku nak kau tenang je bersama aku.

“ Hafiz..”

Riana menahan diri daripada mengeluarkan air matanya. Dia berdiri tepat di belakang Hafiz.

“ Kenapa?”

Riana menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya. Dia memandang Hafiz yang sedang merenung wajahnya ketika itu. Selepas itu dia terus tersenyum kecil.

“ Tolong aku. Aku ternampak ex aku tadi.” Luah Riana.

Hafiz tersentak.

“ Kau nak aku tolong apa? Mana dia?”

“ Dalam kedai makan tu. kalau boleh aku tak nak jumpa dia dah. tapi aku perasan tadi dia ada nampak kita dua. So, kalau boleh…”

“ Jom.”

Terus lengan Riana yang berlapik itu ditariknya ke arah pasangan kekasih yang kelihatan mesra itu. Riana pula hanya mampu membisu di sisi Hafiz. Hatinya tak kuat.

“ Hai friend.” Sapa Hafiz dengan senyuman.

Riana masih tunduk. Dia tak sanggup berdepan dengan Fendi.

“ Erk. Hai. Riana?”

Hafiz yang perasan Fendi sedang memandang Riana itu pantas menarik Riana ke belakangnya. Riana yang terkejut itu pantas mendongak melihat belakang Hafiz.

“ Aku tak tahu sebab apa dan kenapa. Tapi satu je aku nak cakap. Kau memang lelaki tak guna sebab tinggalkan Riana. Tapi aku juga nak ucap terima kasih. Kalau bukan sebab kau, aku takkan kahwin dengan dia. Anyway, kau patut ucapkan tahniah dekat kami sebab kami akan berkahwin tak lama lagi.”

Riana yang mendengar tersenyum dalam hati. Dalam diam, dia kagum dengan sikap Hafiz yang sentiasa tenang itu. Hafiz.

Fendi pula sudah terkedu. Terdiam seribu bahasa.

“ Aku rasa itu je aku nak cakap. Riana.. Jom. Kita kena cari cincin pula selepas ni.”

Terus Hafiz dan Riana beredar daripada situ meninggalkan Fendi dalam keadaan marah.

“ Hafiz. Thanks.” Ucap Riana sebaik sahaja langkah mereka berhenti jauh daripada kedai itu.

Hafiz yang masih berdiri membelakangi Riana menahan sebak. Dia cuba kawal dirinya sehabis baik.

“ Aku lakukan semua ini sebab aku sayangkan kau. Aku tak nak kau terseksa lagi gara-gara dia. and please… kita kahwin?”

Terus Hafiz menoleh ke arah Riana yang sudah terlopong itu. tiba-tiba saja air matanya mengalir laju selepas mendengar permintaan Hafiz itu.

“ Aku tak sanggup tunggu 3 bulan lagi. 3 bulan tu bagi aku 3 tahun.”

Riana mengetap bibirnya dengan seribu perasaan.

“ Aku tahu. Kau tak cintakan aku. tapi percayalah, selepas kita kahwin aku akan bibitkan rasa cinta tu dalam hati kau.”

Matanya dipejam erat sebelum menatap wajah mengharap Hafiz. Perlahan-lahan senyumannya diukir.

“ InsyaAllah.”

**
“ Mak Ucu! Pak Ucu! Cepatlah! Kita nak ambil gambar ni!”

Jeritan budak berusia 8 tahun itu memenuhi ruang rumah Haji Rahman dan Hajah Hasnah ketika itu. Hampir semua orang ketika itu kelam kabut menjalankan tugas masing-masing. Tak lepas tangan dibuatnya. Tapi semua orang tetap merasakan kemeriahannya ketika itu.

“ Ya Allah Zaril. Kenapa yang kelam kabut sangat ni?” Tegur Riana. Melihat sikap anak buahnya yang tergesa-gesa itu membuatkan dia juga jadi tergesa-gesa. Haih.

“ Mama suruh cepat. Katanya nak ambil gambar.”

Riana tersenyum kecil. Along ni pun satu. Tak menyempat betul.

“ Okay. Tapi Zaril masuk dulu. Mak Ucu nak panggil Pak Ucu kejap. Okay sayang?”

“ Okay.”

Hilang saja kelibat Zaril ke dalam rumah, Riana pantas menoleh untuk memanggil suaminya. Tetapi, belum sempat pun nak menoleh, pinggangnya terlebih dahulu dirangkul oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan suaminya.

“ Kenapa tu?”

Riana tersenyum kecil.

“ Dia panggil kita ambil gambar. Jomlah.”

Riana terus berjalan masuk ke dalam rumah. Satu sebab dia nak elakkan diri daripada Hafiz. Kedua sebab dia malu. Arh! Kau ni. Dah jadi isteri dia pun.

“ Along.”

Riana mendekati kakaknya yang tengah sarat mengandung itu. Zaril yang berada dalam dukungan alongnya itu diambil.

“ Muncul pun. Hafiz. Meh sini. Kita ambil gambar sama-sama. Takkanlah nak lepaskan peluang bergambar bersama pengantin baru kan?”

Terus berona merah wajah Riana ketika itu. Hafiz yang menyedari hal itu tertawa kecil lantas mendekati Riana. Pinggang isterinya dirangkul mesra.

“ Tak payah nak malu-malu dengan abang. Abang tak makan orang.”

Riana yang mendengar kata panggilan Hafiz itu terus rasa seram sejuk. Mak! Kena panggil dia abang ke? Walaweh! Malu!

“ Pak Ucu. Kenapa muka Mak Ucu merah?”

Ha sudah! Riana pantas menekup pipinya. Mujur Zaril dah berada dalam dukungan Hafiz.

“ Yeke?” Usik Hafiz lantas mencuit pipi isterinya itu.

“ Okay. Tak merah dah. Zaril kena tengok depan. Kamera dekat sana.”

Selepas berjaya mengalihkan pandangan Zaril. Pantas pipi isterinya dikucup. Riana yang sememangnya 
terkejut itu jadi lebih terkejut.

“ Abang baru tahu isteri abang comel ketika dia malu.”

Riana menahan geram. Ish! Tak habis-habis nak usik aku. Tanpa sebarang amaran, pinggang suaminya pula dicubit geram.

“ Ouch!” Hafiz terjerit kecil apabila tiba-tiba ja pinggangnya dicubit. Mak aii! Ketam juga tangan isteri aku ni.

“ Tu balasan sebab selalu usik saya. Padan muka abang.” Riana tertawa kecil selepas melihat reaksi Hafiz ketika itu.

Hafiz mencebir. Aduhai. Sabar je la.

“ Okay semua! Tengok sini!”

“ Tapi abang bersyukur. Dah ada Riana dalam hidup abang ni pun dah cukup rahmat. Thanks dear.”

Riana dan Hafiz terus berbalas senyuman sebelum pandang semula ke hadapan.

Klik!

**
“ Percayalah cakap aku. Kau akan bahagia dengan dia.”

Kata-kata Marsha sebulan yang lepas tiba-tiba bermain dalam fikirannya. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Bahagia? Yeke? Entahlah. Tapi dia akui, dalam seminggu ini dia rasa bahagia sangat bila berada di samping Hafiz.

Marsha. Terima kasih sebab yakinkan aku sebelum ni. Aku janji aku akan cintakan suami aku sepanjang hayat aku. I choose to love him because he’s my husband.

“ Riana..”

Tiba-tiba tubuhnya dipeluk daripada belakang. Riana masih statik ditempatnya tanpa berbuat apa-apa. tapi bibirnya setia mengukirkan senyuman.

“ Esok kenduri rumah abang pula. Abang harap sayang bersabar banyak-banyak. Sebab family sebelah abang tu banyak mulut murai dan berbisa sikit.” Pesan Hafiz. Dalam hati dia takut sangat andai kata-kata ibu saudaranya akan mengguris hati isterinya itu.

“ Kalau abang boleh bertahan dengan family Riana. InsyaAllah Riana pun boleh.”

Hafiz tersenyum lega.

“ Sayang bahagia?”

Riana hanya mengangguk.

“ Sayang cintakan abang?”

Kali ni Riana hanya mendiamkan diri. Dia jadi serba salah untuk menjawab. Hafiz yang menyedari hal itu terus tersenyum. Dia mengeratkan lagi pelukan.

“ Take your time. Abang takkan paksa. Abang akan tunggu waktu tu. And I won’t touch you until you really love me.”

Tanpa dipinta, air mata Riana mengalir deras ke pipi tanpa pengetahuan Hafiz. Ya Allah. Kenapa Hafiz terlalu baik? Aku tak layak untuk bergandingan bersama dia. Kenapa dia pilih untuk terus mencintai aku?

“ Abang pilih untuk terus mencintai Riana sebab hati abang. Dulu, abang ego. Suka salahkan orang lain. Tapi semenjak abang kenal Riana. Abang jadi berubah. Ibu abang pun sedar. Abang lebih suka senyum. Lebih suka tolong orang dan lebih suka bermanja dengan ibu abang. Riana telah merubah abang dari jauh. Sikap Riana yang suka tolong orang tu sedikit sebanyak menarik perhatian abang waktu tu. Riana memang tak sedar sebab Riana bencikan abang waktu tu. yelah muka abang ni dah dilabel sebagai pembuli waktu tu. Haha.”

Riana tersenyum kecil.

“ Abang malu waktu tu. abang memang tak berani nak cakap dekat Riana tentang perasaan abang. Jadi pendam je la.”

“ Tapi.. kenapa mesti Riana?”

Hafiz terus memusingkan badan isterinya itu untuk berdepan dengannya.

“ Sebab hati abang kenal siapa pasangan dia. Dan hati abang juga tak pernah nak duduk diam setiap kali berdepan dengan sayang. Like now.”

Terus Hafiz mencapai tangan kanan Riana lalu diletakkan pada dadanya. Riana tersentak sebaik sahaja dapat merasai denyutan jantung Hafiz yang laju itu.

“ Dah terbukti kan?”

Riana hanya mengangguk.

“ So, lepas ni maybe sayang pula kot.”

Riana tersengih pula.

“ Kita doa sama-sama ye sayang. InsyaAllah.”

Terus Riana memeluk Hafiz dengan perasaan yang dia sendiri tidak dapat gambarkan. Terima kasih ya Allah. Terima kasih abang.

**
“ Abang?”

Hafiz yang sedang membetulkan kedudukan sampinnya itu terus menoleh ke belakang saat mendengar suara Riana.

“ Laa.. sayang. Kenapa tak pakai tudung lagi? Nanti lewat pula.”

Riana menggigit bibir. Tiba-tiba dia rasa tak sedap hati. Tapi dia tak tahu macam mana nak cakap dekat Hafiz tentang perasaannya itu.

“ Riana?”

Hafiz jadi pelik dengan reaksi Riana yang banyak mendiamkan diri semenjak tadi. Kenapa?

“ Abang!”

Terus Riana memeluk Hafiz tanpa sempat dia berbuat apa-apa. Akhirnya, Hafiz hanya membiarkan lalu membalas pelukan Riana dengan erat. Belakang Riana diusapnya dengan penuh kasih sayang.

“ Kenapa ni? Ada apa-apa yang terjadi ke?” Soal Hafiz dengan perasaan risau.

Riana terus meleraikan pelukan lantas tersenyum.

“ Riana pergi siap dulu. Terima kasih.”

Kini, barulah Riana rasa sedikit lega. Entahlah. Apabila Hafiz ada di sisinya, dia rasa dilindungi. Dia tak tahu jika Hafiz hilang daripada pandangan dia. Maybe benar, jauh di sudut hatinya rasa cinta itu sudah ada. Cuma dia masih menafikan rasa cinta itu.

“ Riana!”

Riana yang baru sahaja nak keluar terus menoleh ke arah Hafiz.

“ Are you  okay?”

“ Yes. I’m okay. Don’t worry.”

Terus Riana keluar daripada bilik. Debarannya makin terasa tetapi dia kuatkan hati dan terus melangkah ke bilik tetamu untuk bersiap. Ya Allah. Jauhkanlah perasaan tidak senang hati ini. Moga majlis hari ini berjalan dengan lancar.

**
“ Beb.. Aku nak ucapkan terima kasih dekat kau.”

Marsha yang leka jadi pengapit Riana daripada mula sampai dah nak habis majlis tersentak. Pantas dia menoleh ke arah Riana.

“ Kenapa pula?”

“ Sebab kau yakinkan aku tentang Hafiz.”

Marsha tersenyum nipis.

“ Aku percaya dia. Aku juga percayakan kau. Dia tu baik Cuma dulu dia ego. Aku dah tahu lama dah rahsia dia. Cuma dia tak nak aku cakap dekat kau. Dia malu. Lagipun masa tu kita still form 4 okay.”
Riana tersenyum pula. Hafiz. Tak sangka kan?

“ Eh! Aku ke sana dululah. Kau pergilah masuk rumah. Ada banyak makanan kat dalam. Suami kau sibuk je tu.”

Riana hanya memandang langkah Marsha ke khemah hujung rumah. Perlahan-lahan kepalanya tergeleng melihat perilaku Marsha. Dari dulu sampai sekarang Marsha tak pernah nak berubah. Dengan makan je dia tau.

Penat tengok kerenah Marsha, Riana ambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah. Tetapi, entah kenapa dia merasakan dirinya bagai diperhati seseorang. Pantas dia menoleh ke belakang. But, tiada sesiapa yang dicurigai pun. Riana jadi semakin takut.

Tanpa berlengah, dia pantas masuk ke dalam rumah. Keluhan dilepaskan sebaik sahaja ternampak kelibat ibu mertuanya itu.

“ Ibu.”

“ Eh! Riana. Duduklah. Meh makan dengan ibu. Suami kamu tu kalau dah jumpa kawan habis semua orang dia lupa.”

Riana tersengih. Betullah apa yang ibu mertuanya cakap tu.

“ Ibu.. terima kasih sebab sudi terima Riana.”

“ Ibu yang patut ucapkan terima kasih. Kalau bukan kerana Riana mungkin sampai saat ini anak ibu tu masih membujang.”

Riana menoleh ke luar pintu utama. Wajah suaminya yang sedang tertawa itu dipandangnya dengan hati yang tenang.

“ Ibu.. sebelum Riana dia ada berhubungan dengan sesiapa tak?” Spontan Riana menyoal ibu mertuanya.

Datin Farah terdiam seketika selepas mendengar soalan menantunya itu.

“ Kenapa kamu tanya?”

“ Riana Cuma nak tahu. Kalau ada Riana rasa serba salah sebab rampas dia daripada abang Hafiz.”

“ Tak. Kamu tak. Memang betul sebelum ni Hafiz tu pernah berkawan dengan seseorang ni. Tapi Hafiz Cuma anggap kawan je. Tak lebih daripada tu. Cuma yelah. Perempuan tu yang jadi agresif sampai nak bunuh diri gara-gara Hafiz nak kahwin. Tapi sekarang ibu pun tak tahu apa yang jadi dekat dia. Entahlah. Malas nak fikir.”

Riana terkedu. Ya Allah. Adakah aku yang bersalah?

“ Sudah. Kamu jangan fikir lagi. Yang penting kamu dan Hafiz bahagia. Ibu nak keluar kejap. Kamu makan lah buah ni.”

Terus Datin Farah berlalu ke luar rumah. Riana pula masih mendiamkan diri dengan memikirkan soalan cerita ibu mertuanya sebentar tadi.

“ Sayang.”

Tiba-tiba bahunya dipaut mesra. Riana yang sedang leka berfikir itu terus tersentak. Melihat sahaja wajah Hafiz, Riana menghadiahkan senyuman walaupun tidak manis.

“ Kenapa ni?”

Hafiz sedar. Sejak daripada pagi tadi lagi Riana berkelakuan aneh. Langsung tiada riak ceria pada wajahnya. Yang ada hanya wajah yang gusar.

“ Kenapa apa? Saya okay.”

Terus Riana pandang ke arah lain. Tiba-tiba juga dia berasa tidak sedap hati.

“ Riana.. Please. Tell me what’s the problem. Jangan tipu abang. Abang nampak sendiri Riana tak bahagia. Kan?”

Riana terkedu. Pantas kepalanya digelengkan.

“ Tak. Riana bahagia. Betul. Cuma.. Riana rasa tak sedap hati la bang.” Akhirnya, Riana luahkan juga rasa tak sedap hatinya tu.

“ Kenapa pula?”

Pantas Hafiz membawa Riana ke dalam pelukannya. Riana hanya membiarkan.

“ Jangan risaulah. Mungkin perasaan sayang je tu. Jangan berfikir yang bukan-bukan ye sayang.”

Riana hanya mengangguk.

“ Saya nak keluar kejap.”

Riana menggigit bibir. Tak. Aku betul-betul rasa lain. Ya Allah.

**
“ Riana!”

Riana yang terkocoh-kocoh lari itu terus terhenti. Badannya memusing ke belakang. Wajahnya digeleng beberapa kali sebelum menangis teresak-esak. Dalam hatinya saat ini hanya inginkan Hafiz suaminya. Menyesal dia keluar tadi tanpa berteman. Ya Allah.

“ Tolonglah! Jangan ganggu aku lagi! Kau dah bahagia dengan kekasih kau. Aku bahagia dengan suami aku. Please! Kau nak apa lagi?”

Fendi tertawa kecil. Sinis. Terus tangan Riana ditariknya kasar.

“ Lepaskan aku! Hey!”

“ Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak jadi milik aku. bertuah kau kan? selepas tinggalkan aku terus dapat suami yang kaya raya. Yang mewah. Wah!”

Riana terus merentap tangannya kembali. Dia dah tak sedih tapi rasa amarah menyerangnya tiba-tiba.

“ Hey! Aku tak tinggalkan kau. Tapi kau yang tinggalkan aku! kau dah lupa ke ha? Kau yang buat aku terkapai-kapai seorang diri dulu sebab pergi dekat wanita lain. Sekarang ni kau nak salahkan aku pula! Kau ni memang lelaki tak guna!!!” Jerkah Riana dengan sekuat hati.

Pangg!

Pipi Riana jadi mangsa tamparan Fendi. Gara-gara marah yang amat Fendi terus menampar wajah Riana. Dia terlalu geram dan sakit hati.

“ Aku ingat dulu kau akan datang kat aku dan melutut bagai. Tapi tak sangka kau ada orang lain.”

“ Sekurang-kurangnya dia lebih baik daripada kau! Dia tak dayus macam kau! Kau lelaki kejam!”

Sekali lagi pipi Riana jadi mangsa. Belum sempat Riana nak berbuat apa-apa, tubuhnya terlebih dahulu ditolak dengan kasar oleh Fendi.

“ Arghh!”

Riana mengerang kesakitan akibat tolakan Fendi itu. kini, dia terdampar di tengah-tengah jalan raya tanpa kereta. Belum sempat Riana nak bangun, Fendi terlalu dahulu menyepak badan Riana dengan kuat sekali.

“ Arghh!” Sekali lagi Riana menjerit kesakitan. Dia berharap sangat kala ini ada seseorang akan menolong dia.

“ Matilah kau! Haha! Aku lebih puas tengok kau mati. Kalau aku tak dapat dia pun tak boleh dapat!”

Riana terus mengerang kesakitan. Dia ingin menjerit tetapi dia dah hilang kekuatan itu. kelibat Fendi sudah hilang. Kini, dia tak mampu untuk berbuat apa-apa. sesekali dia menoleh sekeliling. Ya Allah!

“ Adik! Kereta! Awas!”

“ Arghh!”

**
Suasana hiba menyelubungi wad kecemasan ketika itu. Masing-masing tunduk dengan perasaan sedih dengan kejadian yang menimpa Riana. Terutama Hafiz. Dia kelihatan sangat berserabut saat itu.

“ Hafiz.”

Datin Farah mendekati Hafiz lantas ditariknya ke dalam pelukan. Hatinya sakit melihat keadaan anaknya itu.

“ Isteri Hafiz ibu. Isteri Hafiz! Menyesal Hafiz tak ikut dia tadi. Hafiz tak bertegas ibu. Hafiz..”

“ Syuhhh. Semua ini ketentuan takdir sayang. Hafiz tak boleh asyik salahkan diri. Kalau benda dah nak jadi kita tak boleh nak halang.”

Hafiz masih setia memandang ke arah pintu kecemasan. Air matanya mengalir tanpa dipinta. Dia terlalu sayangkan Riana. Tolonglah. Dia tak sanggup untuk kehilangan Riana buat kali kedua. Baru dua minggu mereka hidup bersama. Ya Allah. Tolong selamatkan Riana Ya Allah.

“ Hafiz.”

Panggil pula Haji Rahman. Senyuman tawar terukir pada wajah ayah mertuanya itu.

“ Ya ayah.”

“ Kamu dah tahu perbuatan siapa?”

Hafiz terdiam. Sesaat kemudian, dia menggelengkan kepala. Tak. Dia langsung tak tahu. Yang dia tahu, ada saksi mengatakan Riana mengerang kesakitan di tengah-tengah jalan sebelum ada sebuah kereta melanggarnya.

“ InsyaAllah. Polis tengah jalankan siasatan. Nanti kita tahulah.” Suara Datuk Taufiq pula.

“ Mudah-mudahan.”

Tiba-tiba lampu wad kecemasan dah bertukar ke warna hijau. Keluar pula seorang doktor yang merawat Riana itu.

“ Doktor! Macam mana keadaan isteri saya?” Soal Hafiz tak sabar.

“ Keadaan dia kritikal saat ini. Dia cedera parah. Dia juga banyak kehilangan darah. Kami dapati mungkin sebelum dia kemalangan dia terlebih dahulu dipukul. Sebab terdapat kesan lebam pada kedua-dua pipi isteri encik dan lebam pada perut.”

Bagai batu terhempap atas kepala Hafiz saat mendengar kata-kata doktor ketika itu. Terus dia jatuh terduduk di samping ibunya.

“ ya Allah. Anak aku.” Hajah Hasnah meraung kesedihan.

“ Harap korang semua boleh bersabar. Buat saat ini kita doakan je lah yang terbaik buat dia. Dan 
kemungkinan isteri encik akan berada dalam koma.”

Terus pandangan Hafiz jadi kelam lalu terus rebah di sisi Datin Farah.

“ Ya Allah Hafiz!”

**
“ Abang. Dulu abang selalu cakap isteri abang ni istimewa. You choose to love me. But, abang tak menyesal?”

“ Sekali abang buat pilihan. Abang tak pernah menyesal. If I choose to love you. I will. Until now dear.”

“ Alolo. Sweetnya suami saya ni.”

“ Well. Suami siapa kan? Haha.”

“ Hafiz.”

Tepukan itu terus membawa Hafiz ke alam yang nyata. Air matanya yang mengalir tadi pantas disekanya. Senyuman pahit diukir buat Marsha.

“ Dah sehari suntuk aku tengok kau jaga Riana. Aku rasa baik kau pergi balik dan berehat. Kesian aku tengok kau ni.” Suara Marsha.

Hafiz tersenyum kecil.

“ Aku takkan pernah penat sebab aku sayang dia. aku takkan tinggalkan dia. aku takut masa dia sedar aku tak ada di samping dia.”

Marsha terdiam. Wajah Hafiz yang tidak terurus itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa kasihan bagi orang yang melihatnya.

“ Tapi aku tau Riana mesti lagi sedih kalau kau tak jaga kesihatan diri kau. Dah seminggu Hafiz. Seminggu kau setia berada di sisi dia. Aku tau Riana sedang dengar perbualan kita. Dan aku yakin dia mesti nak tengok kau yang suka senyum dan kemas dulu tu. Cuba kalau dia sedar sekarang, mesti dia sedih tengok kau macam ni. Kau nak dia sedih ke?”

Hafiz terdiam pula. Ada betul juga kata Marsha tu.

“ Baliklah sekejap. Biar aku pula jaga dia. InsyaAllah, kalau dia dah sedar aku cepat-cepat contact kau.”

Akhirnya,  Hafiz melepaskan keluhan kecil.

“ Yelah. Aku pergi dulu.”

Sebelum pergi, dahi Riana dikucupnya dengan penuh rasa kasih sayang.

“ Abang pergi dulu sayang. Ingat, abang akan sentiasa tunggu sayang.”

Marsha hanya mampu tersenyum hambar melihat Hafiz. Riana. Sekarang dah terbukti yang dia betul-betul sayangkan kau. Dia tak boleh kehilangan kau Riana. Cepatlah sedar. Aku tak sanggup tengok dia macam ni lagi.

Belum sempat Hafiz nak keluar, tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Hafiz dan Marsha tersentak dengan kehadiran Hajah Hasnah dan Haji Rahman yang kelihatan cemas itu.

“ Mak? Kenapa ni?”

“ Polis dah tahu siapa yang buat Riana macam ni.”

Hafiz tersentak. Terus wajahnya berubah riak.

“ Siapa mak? Cepat cakap. Hafiz nak jumpa dia!”

**
Bukk!

“ Hafiz! Sudahlah tu!”

Dadanya berombak kencang sebaik sahaja melihat wajah yang telah membuatkan isterinya koma itu. Dia mendekati lagi lelaki itu untuk menumbuk tetapi dihalang abahnya.

“ Sudah! Hafiz sudah! Selebihnya kita serahkan pada pihak polis. Tak guna kamu pukul dia hidup-hidup.”

Mulutnya yang berdarah itu dikesatnya dengan perlahan. Sesekali dia mengaduh kesakitan. Kesan tumbukan Hafiz yang kuat itu.

“ Kau nak apa ha?! Apa yang kau tak puas hati dengan isteri aku? Dia tak kacau kau pun kenapa mesti kau buat dia macam ni? Jawablah!!” Amuk Hafiz dengan nafas yang tak dapat dikawal. Dia terlalu marah.

Fendi tertawa. Kemudian dia tersenyum pula. Sinis. Cukup sinis!

“ Kalau aku tak boleh dapat dia. kau pun tak boleh!”

Bukk!

Belum sempat Fendi nak berbuat apa-apa, wajah itu sekali lagi menjadi mangsa amarah Hafiz.

“ Kau tak berhak! Aku suami dia! Apa salah dia ha? Kau yang tinggalkan dia dulu. Bukan dia!”

“ Sebab dia dapat lebih baik daripada aku! Aku tak puas hati! Dia dapat apa yang dia nak. Kemewahan? Kasih sayang? Hidup senang? Aku tak puas hati! Aku cemburu kau tau tak? Aku tak sanggup dia dapatkan semua itu kalau bukan daripada aku sendiri. Dia cabar aku! Ya. Memang aku yang tinggalkan dia tapi aku ingat selepas tu dia akan datang dan merayu dekat aku. Tapi aku silap!”

Hafiz merengus geram. Dinding pula jadi mangsa tumbukannya. Dia terlalu sakit hati dengan lelaki yang bernama Fendi itu.

“ Disebabkan kau lah isteri aku koma. Kau tau tak? Kau pukul dia cukup-cukup. Kau tinggal dia macam tu saja. Dan sekarang kau boleh bersenang-lenang dekat luar? Ha?! Kau memang lelaki tak guna!!”

Terus Hafiz berlari keluar daripada balai polis sebelum dia buat sesuatu yang lebih teruk. Air matanya terus mengalir tanpa dipinta. Sakit sangat! Hatinya sakit!

“ Sayang.”

Datin Farah mendekati Hafiz. Hafiz terus memeluk ibunya bersama esakan kecil. Datin Farah hanya mampu mengusap belakang Hafiz dengan perasaan sedih. Air matanya turut mengalir melihat penderitaan Hafiz dan Riana saat ini.

“ Hafiz salah ke ibu? Hafiz tak minta semua ni terjadi. Hafiz Cuma nak jadi suami yang terbaik pada Riana. Hafiz.. Hafiz..”

“ Syuhh! Hafiz tak salah sayang. Semua ini ketentuan Allah. Kita sebagai hambanya perlu bersabar banyak-banyak. Jangan pernah berhenti berdoa sayang. InsyaAllah doa kita akan diperkenankan. Dah.. dah. Lelaki mana boleh nangis. Tak hero lah.”

Hafiz meleraikan pelukan bersama senyuman kecil.

“ Ha. Macam ni la anak ibu. Jom kita ke hospital. Fasal Fendi tu kita serahkan pada pihak polis.”

Hafiz hanya mengangguk sebelum berlalu bersama ibunya untuk ke hospital. Riana! Tunggu abang!

**
Orang kata kalau nak rasai hidup bahagia, kena rasai kepahitannya dulu. Begitu juga dengan Riana dan Hafiz. Pelbagai onak dan duri telah mereka lalui sepanjang hidup bersama ini. Tapi alhamdulillah. Dah genap sebulan usia perkahwinan mereka. Riana pun telah sedar beberapa hari yang lepas.

Orang yang paling gembira mestilah Hafiz. Sampai naik rimas juga Riana dengan keprihatinan Hafiz tu. Tapi dia faham. Hafiz Cuma mahukan yang terbaik untuk dirinya.

“ Sayang? Nak apa-apa lagi tak? Abang nak pergi ambil.”

Riana pantas menggelengkan kepalanya bersama kerutan di dahi. Tolonglah. Aku dah kenyang. Daripada pagi tadi asyik makan je. Huhu. Nasib baik dah ada dekat rumah.

“ Betul ni?” Soal Hafiz lagi.

“ Ye betul. Abang. Meh duduk sebelah Riana jap.” Pinta Riana dengan senyuman.

Hafiz tanpa banyak songeh terus berlalu dan duduk di sebelah Riana. Perlahan-lahan tubuh Riana ditarik ke dalam pelukannya.

“ Abang.. apa jadi sepanjang Riana tak sedarkan diri?” Soal Riana ingin tahu. Dia berasa selesa sangat berada dalam pelukan Hafiz.

“ Macam-macam sayang. Sampai abang rasa abang tak sanggup nak hadapi sorang-sorang.”

Apabila mengingatkan kembali kejadian Riana itu membuatkan dia jadi marah. Mujurlah Fendi dah ditahan pihak polis.

“ Abang. Macam mana dengan Fendi tu?”

“ Dah ditangkap. Sayang jangan risau. Dia takkan ganggu isteri abang lagi.”

Riana tersenyum. Tangan Hafiz digenggamnya sekuat hati.

“ Saya nak minta maaf sebab tak ikut cakap abang masa tu. Kalaulah..”

“ Syuhh. Semua itu takdir Allah sayang. Lagipun benda dah berlaku kan? yang penting Riana dah ada di sisi abang.”

Ubun-ubun isterinya itu dikucup dengan penuh rasa kasih sayang.

“ Abang.. Riana nak beritahu sesuatu ni.”

Riana menggigit bibir bersama debaran yang semakin kencang.

“ Apa tu sayang?”

Terus Riana memusingkan badan dan berdepan dengan suaminya itu. Renungan Hafiz dibalas bersama senyuman manis. Hafiz yang melihat menjongket kening nakal.

“ Kenapa tengok abang macam tu?”

Riana tersengih lantas menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya.

“ Abang. Abang suami Riana kan? Abang juga pilih Riana sebagai isteri abang.”

“ Yes. I choose to love you Riana. My wife. Ops! Sorry. My lovely wife.”

Riana tersenyum bahagia. Kepalanya dianggukkan sebelum tersenyum kembali.

“ I also choose to love you my lovely husband. Yes. I love you. Really really really really love you.”

Sepi. Masing-masing hanya berbalas senyuman dan pandangan.

“ Abang tak salah dengar kan?”

Riana tertawa kecil lantas menggelengkan kepala.

“ Tak. Betullah apa yang abang dengar tu.”

Terus dahi isterinya dikucup dan tubuh itu ditarik ke dalam pelukan dengan erat. Ya Allah. Terima kasih.

“ Terima kasih sayang. Ini lah saat-saat yang abang nantikan.”

“ Maaf sebab Riana cakap lambat. HEhe.”

“ Tak apa sayang.”

“ Abang…”

“ Hmmm..”

Riana meleraikan pelukan.

“ Abang lelaki pertama yang berjaya membuatkan hati Riana berdebar hebat.”

Tangan lelaki itu dicapai dan dibawa ke dadanya bersama senyuman. Hafiz yang merasai debaran itu tersenyum lebar.

“ And abang juga lelaki yang paling baik pernah Riana ada. Abang lah suami Riana yang paling disayangi. Dan abang juga lelaki yang paling handsome dalam dunia ni. Haha.”

Hafiz tertawa kecil. ada-ada je.

“ Thanks tau sebab sudi bersabar dengan Riana.”

Terus pipi suaminya dicium. Selepas itu, pipinya pula berona merah dengan tindakannya sendiri. Hafiz pula jadi terkaku akan perlakuan pantas isterinya itu.

“ Abang. Jom pergi honeymoon.”

Hafiz tersenyum nakal.

“ Ke mana? Bila?”

“ Bila abang free.”

“ Sekarang pun boleh.”

Terus ditolak Riana ke atas katil. Riana yang tengok Hafiz hanya mampu tersenyum.

“ I love you. Forever in my life Riana.”

“ Me to. Even many man outside there. I will choose to love you.”

~Tamat~

7 comments :

  1. Bagi saya, karya akak tak pernah bosan tapi semakin menarik...saya suka..hehehe..teruskan berkarya akak...

    -peminatsetia

    ReplyDelete
  2. Salam sis, nice story thru. Tak adalah bosan, it just nice. Tapi nak komen sikit, kalau boleh bgtau la hafiz suka riana ni mcm mana, secara detailed I mean. Sbb dlam cerpen ni sis ada bgtau kan, cuma still trtanya² lgi kehidupan sek. men. Hafiz riana ni mcm mana. But I enjoy your karya sis. Santai dan senang d hadam. Good luck for the next next and next karya. *peace*

    ReplyDelete
  3. best lah akak punya story nie and setiap kali baca mana mana karya akak makin menariklah... teruskan berkarya lagi ye kak

    ReplyDelete
  4. Salam. Cerpen yang sangat menarik. Tahniah. Salam

    ReplyDelete
  5. Good fuck for next cerpen👌👌👌

    ReplyDelete
  6. Macammana ek nak buat blog cerpen mcm ni

    ReplyDelete
  7. wan ammatullah zahra15 April 2021 at 12:53

    best sangat citer nii ....

    ReplyDelete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers