Cerpen baru lagi. Rasanya maybe ini cerpen terakhir sebelm buka skolah. Haha. So, aku rasa tak ada benda apa dah nak bebel lagi. Happy reading.
Kakinya laju melangkah ke dalam masjid. Dia sudah terlambat untuk solat
berjemaah. Tak mengapalah asalkan dia tidak terlepas waktu Zuhur. Jadi,
cepat-cepat dia melangkah masuk ke dalam masjid tersebut dan menunaikan solat
Zuhur.
“ Alhamdulillah.”
Mulutnya mengucap syukur sebaik sahaja selesai menunaikan solat
Zuhur. Akhirnya, dia melangkah keluar daripada masjid dengan langkah yang
tenang.
“ Bro.”
Teguran itu mematikan langkahnya. Kini, dia berada di tangga
masjid. Kepalanya ditoleh ke belakang. Ternyata Irfan.
“ Dah? Jom. Kita kena balik ke pejabat ni.”
“ Okay.”
Sebaik sahaja dia melangkah, tiba-tiba ada seorang perempuan lalu
di depannya. Matanya terus tertarik pada perempuan tersebut sebaik sahaja
perempuan itu terpandang ke arahnya. Kedua-duanya membalas senyuman sebelum
perempuan itu kembali melangkah.
Safiy yang melihat perempuan tadi berlalu terus berdebar-debar
tanpa sebab. Tapi, selepas beristighfar dia terus kembali tenang.
“ Aku pergi tandas jap. Kau tunggu aku dekat kereta.”
Irfan terus berlalu meninggalkan Safiy yang terpinga-pinga tu.
“ Sekarang juga nak bocor pun. Tadi sebelum solat bukan nak bocor
siap-siap. Irfan..Irfan.”
Akhirnya, dia kembali melangkah keluar daripada masjid. Tiba-tiba
matanya tertangkap sesuatu saat dia lalu di kawasan taman masjid.
“ Eh! Dompet. Mesti dompet perempuan tadi.”
Tanpa berlengah, dia terus berlari untuk mengejar perempuan tadi.
Tapi hampa, kelibat perempuan tadi tidak kelihatan di mana-mana. Terlepas
keluhan kecil daripada mulutnya. Matanya masih meliar di kawasan masjid.
Akhirnya, dia ternampak sebuah kereta kancil baru keluar daripada perkarangan
masjid.
“ Ah! Tu mesti dia. aku kena cepat!”
Cepat-cepat dia berlalu ke kereta. Mujur juga Irfan dah berada
dalam kereta.
“ Bro. cepat kejar kereta kancil tu. cepat!” Arah Safiy sebaik
sahaja masuk ke dalam kereta. Irfan yang terpinga-pinga itu hanya menurut tanpa
sebarang bantahan.
“ Kenapa dengan kereta tu?” Soal Irfan sebaik sahaja berjaya kesan
kelibat kereta kancil tersebut.
“ Aku nak bagi dompet ni. aku rasa dia tak perasan yang dompet dia
terjatuh.”
Pedal minyak ditekan supaya dapat mengejar kereta kancil tadi
dengan lebih dekat. Hampir 5 minit mengejar, akhirnya Irfan berjaya juga
menyekat kereta tersebut dengan berhenti betul-betul di hadapannya.
Safiy pun tanpa berlengah, pantas keluar dan menuju ke kereta
Kancil tersebut. Tingkap kereta diketuk.
“ Cik. Buka kejap tingkap ni.” Arah Safiy dengan sopan.
Apabila tingkap kereta diturunkan, terus perempuan tadi menghamburkan
perasaan geramnya.
“ Kenapa yang sesuka hati berhenti macam tu ha? Ingat tengah lumba
ke? Tak tahu ke bahaya? Kalau kemalangan macam mana? Bahaya tau tak? Haih!”
Safiy tersenyum kecil. Sabar.
“ Tak. Saya Cuma nak berikan dompet ni je. Dompet awak kan?” Jelas
Safiy dengan senyuman. Dalam hati tu rasa geram jugalah. Tapi sabar je la.
Perempuan itu terus terkedu. Dompet itu diambil dengan perasaan
bersalah.
“ Erk. Terima kasih.”
Sebaik sahaja mendengar ucapan perempuan itu, Safiy pun terus
berlalu ke kereta. Alhamdulillah. Selesai masalah. Tapi kena hambur juga. Nasib
badan.
**
Mulutnya diketap. Sesekali dia mengetuk meja dengan pen. Penat,
dia toleh pula ke arah luar tingkap. Akhirnya, keluhan terlepas daripada mulut
dia.
“ ya Allah. Aku rasa bersalah sangat marah dia hari tu. Tapi, aku
tak sengaja.”
Kepalanya yang tidak gatal itu digaru perlahan. Perasaan bersalah
semakin menyelubungi dirinya. Agaknya, bila lagi aku boleh berjumpa dengan dia?
“ Qisya?”
Teguran itu menyentakkan lamunan Qisya.
“ Beb.”
Qisya hanya mampu memberikan senyuman kepada rakan sepejabatnya
itu.
“ Kau kenapa? Daripada tadi aku nampak kau serba tak kena je.”
“ Entahlah. Aku tak tahu nak cerita macam mana dekat kau. Tapi
yang pasti aku tengah rasa bersalah gila sekarang ni. Selagi aku tak minta maaf
dekat dia. Selagi tu la aku rasa bersalah.” Luah Qisya dengan senyuman hambar.
“ Siapa yang kau maksudkan ni?” Soal Qila tidak faham.
“ Semalam, ada seorang lelaki ni beria-ria kejar kereta aku sampai
hampir kemalangan. Aku marah lah dia sebab buatkan orang cemas. Tengok-tengok
dia Cuma nak bagi aku dompet. Dompet aku tercicir masa keluar daripada masjid.
Rupanya itu niat dia. Bukan sengaja nak kejar kereta aku. Aku rasa bersalah
gila ni.”
Qila tersenyum kecil.
“ Kau doakan je lah agar kau dan dia dipertemukan lagi. InsyaAllah
aku yakin dia mesti dah maafkan kau. Lagipun kau tak sengaja. Kalau aku pun aku
akan marah dia juga.”
Qisya terdiam. Harap-harap macam tu la. Tapi tetap rasa bersalah.
“ Sudah. Sekarang ni kerja kau dah siap belum? Esok kita ada
dinner dengan dua buah syarikat besar. So, aku nak ajak kau pergi shopping. Nak
beli shawl baru. Hehe.”
Qisya terfikir. Dinner? Arh! Malasnya nak pergi.
“ Kalau aku tak pergi tak boleh ke?”
“ Mana boleh. Wajib! Dah pergi kemas barang. Lepas tu ikut aku.”
Qisya hanya mencebik. Terdesak!
**
Seorang segak mengenakan kemeja berwarna biru. Seorang lagi pula
segak mengenakan baju Melayu berwarna hitam. Tetapi, kedua-dua mereka kelihatan
kekok untuk terus berada dalam majlis makan malam tersebut. Sebab apa? Sebab
jejaka yang mengenakan baju Melayu tadi diperhati.
“ Bro. aku nak balik!”
Safiy hanya mampu membalas senyuman setiap orang yang memandang ke
arahnya. Malu beb! orang lain semua mengenakan kemeja. Aku je pakai baju
Melayu. Ini semua gara-gara kau Irfan. Kata boleh pakai pakaian bebas.
Irfan tertawa kecil. bahu rakannya itu dipaut mesra.
“ Sorry. Tapi bos yang suruh kau pakai. Kau jangan marah aku
pula.”
“ Banyaklah kau punya bos. Kau sengaja nak malukan aku ke apa?”
Safiy sudah hilang sabar.
“ Aku tak tahu lah. Aku dengar bos kata boleh pakai apa-apa pun.
Tema bebas. Tengok-tengok, ini jadinya. Sorry lah.”
Safiy merengus geram. Terpaksa tebalkan muka jugalah untuk terus
berada dekat sini. Kalau balik apa pula kata bos aku nanti. Nasib..nasib.
“ Kau duduk sini. Makan dan tenangkan minda kau dulu. Aku nak
pergi sana jap.”
Safiy menjeling geram ke arah Irfan yang sudah melangkah itu.
Kalau tak kau kawan aku. dah lama aku sekeh kepala kau Irfan! Haih!
“ Beb! Sampai bila kena tunggu ni? Aku nak balik weh.”
Suara itu menarik perhatian Safiy untuk menoleh ke belakang. Entah
kenapa, dia macam kenal akan suara itu.
“ Ala. Lagi sejam kita baliklah. Kau dah pakai cun-cun ni nak
balik. rugi lah beb.”
Safiy tersentak dua saat. Dia?
“ Ish. Benci lah aku dengan kau ni. dah la. Aku pergi makan lagi
bagus.”
Akhirnya, Qisya melangkah meninggalkan Qila bersama rakan-rakannya
yang lain. Penat berdiri dan penat berleter. Jadi baik aku makan dulu. Tak la
kebulur nanti.
Safiy yang sudah kenal akan perempuan tadi hanya tersenyum kecil.
Tak sangka. Kuat juga jodoh kita. Nak tegur ke tak? Tegur ke tak?
“ Aku nak makan dekat mana ni?”
Qisya meliar memerhati sekeliling. Tiada meja kosong. Satu meja tu
ada empat kerusi tapi hanya seorang je duduk. Aduhai. Dah la lelaki. Gila ke
apa aku nak pergi duduk situ. Memang tak la.
Safiy masih memerhati langkah Qisya dengan perasaan
berdebar-debar. Arh! Perasaan ini datang lagi. Tapi tidak pula dia ingin
mengusir perasaan itu pergi. Sesekali tengok Qisya yang terpinga-pinga itu,
buatkan dia tertawa sendirian. Kelakarlah awak ni.
“ Qisya! Meh duduk kat sini!”
Laungan itu mengejutkan Qisya dan Safiy. Kedua-dua mereka terus
menoleh ke arah kiri. Terdapat seorang lelaki yang kelihatan segak sedang
memandang ke arah Qisya. Safiy yang melihat Qisya sudah melangkah ke arah situ
jadi kecewa.
“ Siapa dia? Boyfriend dia ke? Qisya? Aku dah tahu nama kau. Tapi..”
Safiy masih memerhati dengan perasaan kecewa. Kecewa? Dah kenapa?
Arh! Abaikan please! Terus dia menoleh semula ke arah pentas. Hatinya cuba
untuk bersabar. Tapi tak lama apabila matanya kembali melihat ke arah Qisya
dengan lelaki itu. Nampak mesra. Siapa?
“ Bro.. Teman aku ke pentas boleh?”
Safiy tersentak. Haish. Irfan ni kacau daun aku je.
“ Buat apa? Tak nak lah aku. dengan pakai macam ni. memang tak lah
aku nak pergi.” Tolak Safiy sekeras-kerasnya.
“ Baru nak ajak kau nyanyi.”
Irfan ambil tempat di depan Safiy. Safiy hanya memandang dengan
perasaan kosong.
“ Aku perhati tadi, kau asyik sangat tengok perempuan tu. kau suka
dia erk?” Tebak Irfan.
Safiy tersentak. La.. Kawan aku ni perasan ke?
“ Kenapa? Tak boleh ke?”
Irfan tersengih. Ini kali pertama kawan aku ni menyatakan hasrat
hatinya. Haha.
“ Boleh sangat. Kalau kau nak aku tolong. Aku sangat sudi
menolong.”
“ Ceh. Tapi aku rasa dia dah berpunya la. Tengok lelaki tu.”
Terus mereka berdua menoleh ke arah Qisya yang rancak berbual
dengan seorang lelaki. Irfan memandang dengan perasaan tanda tanya. Safiy pula
hanya mampu mengeluh. Terlepas ke?
“ Kau belum tanya beb. Mana la tahu tu Cuma kawan sepejabat dia.
Kau ni.”
“ Entahlah. Malas lah. Aku nak balik. jumpa esok dekat pejabat.”
Terus Safiy bangun dan terus berlalu keluar. Dia sudah tiada hati
untuk terus berada dalam majlis itu. Dan kepergian Safiy mendapat perhatian
Qisya.
‘ Siapa lelaki tu? Kenapa macam kenal je?’ Detik hatinya. Tetapi,
dia hanya membiarkan persoalannya berlalu sebaik sahaja kelibat Safiy sudah
hilang daripada pandangan matanya.
**
Hari ini, dia bertekad untuk berjumpa dengan lelaki yang dia marah
dua hari yang lalu. Jadi, bila tiba waktu Zuhur, dia terus bergegas ke masjid
yang sama. Tapi kali ini bersama Qila. Dia tak sanggup nak tunggu keseorangan.
Tapi hampa. Hampir 10 minit menunggu di tangga masjid, kelibat
lelaki itu tiada. Terlepas keluhan daripada mulutnya. Dengan lemah, kakinya
menuju ke sebuah pondok kecil yang berada di tepi masjid tersebut.
Qila sudah setia menunggu sambil membaca buku. Tempat di sebelah
Qila di ambil.
“ Dah jumpa ke?” Soal Qila lalu menutup buku. Kini, perhatiannya
beralih kepada Qisya.
“ Tak.”
“ Kau okay tak?”
Qisya tersenyum hambar.
“ Aku okay. Jangan risau.”
Qila tersenyum kecil. Rasanya jangkaan dia tepat.
“ Kau suka dia erk?” Duga Qila bersama jongketan di kening.
Qisya tersentak. Tapi dia hanya tersenyum.
“ Jadi kau suka dia? Wah!” Qila pula jadi teruja.
“ Entahlah. Kalau aku suka dia pun aku tak tahu dia siapa.
lagipun, aku dah marah-marah dia. mesti dia benci aku kan?”
Qila tergeleng kepala mendengar jawapan Qisya.
“ Qisya. Kalau Allah nak dan dah tetapkan pun. Dengan sesiapa
sahaja boleh jadi jodoh kau. Jadi, jangan cepat fikir negatif. Cuba fikir
positif. Mungkin tak jumpa sekarang. Sebab mungkin Allah dah aturkan pertemuan
antara korang pada hari lain yang lebih sesuai? Mana kita tahu kan?”
Qisya terdiam. Betul juga.
“ InsyaAllah. Kalau korang betul ada jodoh. Mesti akan jumpa
juga.” Sambung Qila lagi lantas bangun berdiri.
“ Thanks.”
“ My pleasure. Dah jom balik. Dah lewat ni.”
“ Okay.”
**
“ Arh! Kau lambat. Aku masuk dululah. Aku nak solat berjemaah.”
Tanpa menunggu Qila. Bergegas Qisya masuk ke dalam masjid untuk
menunaikan solat Zuhur secara berjemaah. Kehadirannya kali ini ikhlas kerana
Allah. Dan dia sudah tidak memikirkan lagi soal lelaki itu. Tapi dalam diam dia
berdoa dan berharap agar Allah mempertemukan dia lagi dengan lelaki itu.
“ Allahuakbar!”
Dengan penuh keinsafan dan kesyukuran, Qisya menunaikan solat
secara berjemaah itu. Entahlah. Kali ni dia merasakan sesuatu. Dengar sahaja
suara imam tadi, dia terus rasa nak menangis. Sesungguhnya dia insan yang
paling kerdil di depan Allah. Allahu!
“ Assalamualaikumwarahmatullah..”
“ Alhamdulillah.”
Selesai sahaja solat, Qisya dan Qila terus bersiap-siap untuk
kembali ke pejabat semula. Walaupun waktu rehat masih panjang.
“ Beb. aku nak ke tandas kejap. Kau tunggu aku dekat sini.”
Qisya hanya mengangguk sambil menunggu di tangga masjid tersebut.
Dalam hati dia berdoa agar dia akan ternampak kelibat lelaki itu lagi. Walaupun
harapan semakin tipis.
‘ Ya Allah. Tolong. Aku nak jumpa dia sangat.’ Doanya dalam hati.
Sedang leka memerhati orang ramai beransur keluar daripada masjid,
matanya tertangkap satu kelibat. Seorang lelaki yang dia sangat harap dapat
berjumpa. Alhamdulillah. Bibirnya terus mengukirkan senyuman.
Tanpa berlengah, pantas dia mengejar jejak lelaki tersebut. Ya
Allah. Bantu aku.
“ Aku balik pejabat terus. So, aku balik dululah.”
Kini, Qisya berdiri betul-betul di belakang Safiy. Safiy yang
berura-ura nak masuk ke dalam kereta terus menoleh ke belakang sebaik sahaja
mendengar seseorang memanggil dirinya.
“ Encik..” Qisya dengan takut-takut memanggil lelaki tersebut.
Safiy tersentak. Qisya!
“ Cik? Ni cik yang marah saya hari tu kan?” Safiy buat-buat tanya
sedangkan hatinya suka sangat. Dah lama aku rindu nak jumpa kau.
“ Maaf. Saya nak minta maaf fasal tu. Saya tak sengaja.” Qisya
memohon maaf. Dia rasa bersalah sangat.
Safiy tersenyum kecil.
“ Tak apa. saya dah lama maafkan awak. lagipun bukan salah awak.”
Balas Safiy dengan tenang.
Qisya menarik nafas lega. Terlepas satu beban.
“ Terima kasih sebab sudi maafkan saya. Kalau macam tu saya pergi
dulu.”
“ Eh! Tunggu!”
Langkah Qisya terhenti. Wajah Safiy dipandang dengan penuh tanda
tanya.
“ Nama awak?”
“ Qisya. Awak?”
“ Safiy. Safiy Aiman. Selamat berkenalan.”
Safiy! Kau nak buat apa? Saja nak berkenalan. Aku rindu weh!
“ Oh. Okay. Ada apa-apa lagi ke?”
“ Erk.. Tak ada. Thanks.”
“ Okay.”
Terus Qisya berlalu. Sambil tu, bibirnya setia mengukirkan
senyuman. Safiy Aiman. Saya akan ingat nama awak sampai bila-bila. Ya Allah.
Andai dia jodoh yang ditakdirkan untuk aku. Pertemukanlah kami lagi nanti.
Safiy menjerit kecil. Hatinya puas. Rasanya selepas ni boleh jumpa
lagi tak? Ah! Berangan je yang mampu.
‘ Tak apalah. Janji dapat juga kenal. Yahoo!’
**
“ Kau nak pergi mana?”
Qisya jadi terkocoh-kocoh mengemaskan barangnya. Teguran Qila
langsung tidak dihiraukannya. Yang penting dia perlu cepat sampai ke tempat
yang dia ingin pergi tu sebelum terlambat.
“ Dian Qisya! Aku tengah tanya kau ni!” Qila mula berang.
“ Aku nak ke satu tempat jap. Ada hal penting. Aku pergi dulu.”
Qila memandang dengan tanda tanya. Nak ke mana pula minah ni.
Haih. Biarlah.
**
Safiy merenung jam tangannya dengan perasaan berdebar-debar.
Sambil menunggu sambil dia menyanyi kecil. Sabar wahai hati. Sabar.
“ Kau tengah tunggu siapa ni bro?” Muncul Irfan.
Safiy tersengih kecil. Kini, dia dan Irfan sedang menjamu selera
dekat kedai mamak. Tapi Safiy nak jumpa dengan seseorang. Seseorang yang dia
sangat rindui dalam diam. Tetapi kali ini atas urusan kerja. kira nak jumpa
klien la.
“ Jumpa klien. Kan kita tengah uruskan projek dekat Klang tu. Kau
dah lupa?”
Safiy meliar pandangan ke luar kedai mamak. Masih tak nampak. Ya
Allah. Tolong tenangkan hati aku.
“ Oh. Kenapa tak cakap. Siapa klien kau kali ni? Tahu tak?”
Safiy tersenyum lebar. Kepalanya dianggukkan.
“ Siapa? patutlah nampak teruja je daripada tadi.” Usik Irfan. Dia
rasa dia tahu siapa.
“ Qisya.”
“ Aku dah agak. Dia tahu tak yang kau ni..”
“ Tak.”
Irfan terlopong.
“ Tapi macam mana?”
Safiy tertawa kecil.
“ Sebab bos aku yang suruh. Aku tawarkan diri je. bos terus
setuju. Aku pun apa lagi.”
Irfan pula tersenyum.
“ Ada jodoh nampaknya. Okaylah. Aku balik pejabat dulu. Selamat
berkenalan. Haha.”
“ Haha. Apa-apa je la.”
Hilang sahaja kelibat Irfan, muncul pula Qisya dengan keadaan
termengah-mengah. Dia sedar dia sudah terlambat. Agaknya, kliennya tu akan
marah tak?
Safiy yang sudah sedar akan kehadiran Qisya terus bangun dan
berdepan dengan Qisya. Dia yakin Qisya tak tahu siapa yang dia akan berjumpa.
“ Hai Qisya. Klien Datuk Haris daripada Syarikat Express Holding.
Kan?”
Qisya terlopong. Safiy! Dah dekat sebulan tak berjumpa. Tak sangka
dapat berjumpa juga kali ni. Ya Allah.
“ Erk.. Ya. Macam mana awak tahu?”
“ Sebab saya klien awak. saya ganti bos saya.”
Qisya terteguk air liur.
“ Jomlah. Kita bincang sambil makan.”
Qisya hanya menurut. Terus dadanya berdebar kencang. Alahai!
Please! Aku datang sebab urusan kerja lah! Janganlah gelabah sangat. Nanti dia
perasan!
“ Okay. Boleh kita mulakan?” Soal Qisya pula selepas berjaya
tenangkan diri.
“ Of course.” Safiy mula berwajah serius. Kerja tetap kerja.
jangan campur dengan hal peribadi. Itu prinsipnya.
Hampir sejam perbincangan, akhirnya selesai juga. Mereka berdua
menghembuskan nafas lega sebab dah selesai. Senyuman diukir.
“ Alhamdulillah. Jadi minggu depan saya bolehlah gerak ke Jepun
untuk projek yang seterusnya.”
Qisya tersentak. Jepun? Jauhnya!
“ Jepun? Kenapa jauh sangat?”
Safiy tersenyum. Ya. Dia sendiri pun tak sanggup nak pergi sebab
jauh sangat. Tapi apakan daya. Atas urusan kerja.
“ Haah. Ada projek baru dekat sana. Dah tanggungjawab saya untuk
pergi.”
Qisya terdiam. Adakah selepas ini kami berpeluang untuk berjumpa
lagi?
“ Boleh kita jumpa minggu depan? Ada something saya nak cakap.”
Pandangan mereka bertaut.
“ Hal apa?”
“ Secret. Boleh kan?”
“ InsyaAllah.”
Dan kali ini, mereka berdua berharap sangat jodoh mereka
berpanjangan.
**
“ Safiy! Mana awak?”
Qisya rasa macam nak menangis. Insan yang dia nak jumpa tu masih
belum ditemui. Dia terlewat lima minit. Takkan Safiy dah naik plane? Ya Allah.
“ Qisya. Bawa bersabar. Kita cari lagi okay.” Qila yang ikut
memberikan sokongan.
Qisya meliarkan pandangannya di sekitar lapangan terbang KLIA
tersebut. Tapi terlalu ramai orang. Dia langsung tak dapat cam wajah Safiy.
“ Dia janji nak tunggu aku sebelum pergi. Tapi mana dia sekarang?
Ya Allah.”
Qisya jadi semakin resah. Langkahnya dilajukan menuju ke arah
balai pelepasan. Mana tahu dia sudah masuk ke dalam.
“ Safiy!”
Tak guna menjerit. Safiy mesti takkan dengar. Air matanya dah
bergenang.
“ Dia dah pergi kot.” Qila termengah-mengah mengejar langkah
Qisya.
“ Aku ada benda nak cakap dekat dia. dia pun sama. Aku akan
menyesal kalau tak cakap sekarang.”
“ Ala kau ni. dia pergi seminggu je pun kan? lepas tu kau boleh
cakap lagi.”
Qisya mengetap bibir. Arh! Kenapa aku jadi gelabah macam ni? Macam
dia takkan balik ke Malaysia lagi.
“ Aku tak tahu lah beb. hati aku rasa macam tak kena ja.”
Langkahnya makin lama makin perlahan. Kini, dia berdiri tepat di
depan balai pelepasan. Qila di belakangnya hanya mampu berdiam diri. Tak tahu
nak cakap apa lagi. Tapi dia masih berusaha cari kelibat Safiy agar Qisya tidak
bersedih lagi.
“ Beb! Aku rasa aku dah jumpa dia.” Qila tersenyum panjang.
Qisya yang tunduk tadi pantas mendongak. Dan kini, jauh di hadapan
Safiy sedang melihatnya bersama senyuman lebar.
“ Awak! Maaf!” Laung Qisya dengan linangan air mata. Kini, mereka
terpisah di antara pagar kecil. Qisya diluar. Safiy di dalam.
“ For what? Awak tak salah pun. Janganlah nangis.”
Qisya tersenyum kecil.
“ Awak kata awak nak cakap something dekat saya. Apa?”
Safiy mengerling jam tangannya. Ada lagi 10 minit sebelum aku
berangkat ke Jepun. Rasanya inilah masa yang sesuai.
“ Qisya! Tunggu saya! Janji awak akan tunggu saya!” Laung Safiy
dengan sekuat hati.
“ Saya tetap akan tunggu awak.”
“ Awak dah janji. Jadi, perkara seterusnya saya akan cakap dekat
awak bila saya balik daripada Jepun.”
Qisya tersentak. Tapi tak pula dia membalasnya. Hanya air mata
jadi saksi.
“ Qila! Tolong jagakan dia untuk saya. Saya pergi tak lama. ”
Pesannya pula pada Qila.
“ Yelah! Saya tahu. Cepat pergi. Dah lambat ni.”
“ Qisya. Jaga hati, jaga diri dan jaga iman. I will miss you.”
Safiy kembali melihat ke arah Qisya. Cukuplah sesaat aku lihat
dia, kalau aku tengok lebih lama, aku takut aku tak kuat untuk terus melangkah.
Satu je yang aku harapkan Ya Allah. Tolong jaga hatinya untukku. Aku cintakan
dia hanya kerana Mu Ya Allah. Satukanlah kami nanti.
Apabila Safiy mula melangkah, Qisya sudah lencun dengan air mata.
Tapi dalam hati dia berdoa agar Safiy selamat sampai dan selamat pulang. Itu je
yang dia harapkan.
‘ Awak. saya tetap akan tunggu awak.’
**
‘ Nahas
Kapal Terbang ke Jepun Terhempas. Ramai mangsa terkorban.’
Air matanya terus mengalir sebaik membaca tajuk di dada akhbar
ketika itu. Hatinya terus berdebar kencang. Lututnya juga dah tak mampu
tanggung berat badannya ketika itu. Dia terus terduduk akibat terlalu takut.
“ ya Allah!”
Jeritan itu sekali gus mengejutkan Qila yang tengah kyusyuk
menonton television ketika itu. Pantas dia menuju ke bilik Qisya.
“ Qisya? Kenapa ni?”
Qisya sudah menangis teresak-esak dalam pelukan Qila.
“ Safiy Qila. Safiy!”
Saat matanya terpandang tajuk di surat khabar itu, Qila terus
terduduk bersama Qisya. Air matanya turut mengalir. Ya Allah!
“ Qila! Safiy Qila! Safiy!”
Qila mengetap bibir. Terus dia menguatkan pelukan bagi menenangkan
Qisya. Berat dugaan ini Ya Allah.
“ Kita doakan agar semuanya selamat. InsyaAllah.”
Qisya menangis dan menangis. Tiba-tiba dia teringat semula
kata-kata Safiy semalam sebelum lelaki itu berangkat ke Jepun.
“ Qisya! Tunggu saya! Janji awak akan tunggu saya!”
Qisya memejamkan matanya erat. Awak!
“ Qisya! Qisya! Ya Allah!”
Qila tersentak apabila menyedari Qisya sudah tidak sedarkan diri.
Pantas dia mendail nombor ibu bapa Qisya. Ya Allah. Selamatkanlah mereka
berdua.
**
“ Mangsa terkorban semakin bertambah. Tetapi identiti masih belum
diketahui. Kami berharap pihak di luar sana bawa banyak bersabar. Kami akan
berusaha dengan sedaya upaya demi menyelamatkan mangsa terhempas ini.”
Qisya yang mendengar berita itu hanya mampu mengalirkan air mata.
Dalam hati dia berharap sangat yang Safiy bukanlah salah seorang daripada
mangsa yang terkorban itu.
“ Qisya. Makan dulu. Daripada semalam lagi kau tak makan. Risau
aku.”
Qisya masih setia memerhati skrin television. Qila yang melihat
jadi pilu. Ya Allah. Kuatkanlah hati Qisya.
“ Aku Cuma nak jumpa Safiy Qila. Aku just nak jumpa dia.”
“ Ya. Aku tau. Tapi, kalau kau tak makan kau takkan sembuh. Dan
kalau kau tak sembuh, kau tak boleh keluar daripada hospital ni. Macam mana kau
nak cari dan jumpa Safiy?”
Qisya tersentak.
“ Makanlah sikit. Sikit pun jadilah. Mak ayah kau pun jadi risau
tengok kau ni. Aku yakin Safiy selamat di sana. Kita hanya perlu berdoa
banyak-banyak.” Qila masih tidak putus-putus memberikan semangat buat Qisya.
Itu saja usaha yang dia ada.
“ Qila.. Kau yakin dia masih hidup?”
“ Ya. Aku yakin sangat. Selagi mereka tak tunjukkan identiti Safiy
di antara yang terkorban tu, selagi itulah aku yakin dia masih hidup.”
Akhirnya, Qisya menarik senyuman hambar. Tak! Dia harus kuat! Dia
tak boleh lemah. Kalau lemah macam mana dia nak cari Safiy!
“ Okay. Aku akan makan. Aku nak sembuh dan nak cari Safiy.”
Qila mengucap syukur. Alhamdulillah.
“ Baguslah. Okay. Sekarang makan. Lepas tu tidur.”
“ Tak. Aku nak buat solat hajat. Kita buat sama-sama erk?”
Qila hanya tersenyum lantas menganggukkan kepalanya. Safiy.
Baliklah cepat.
**
Dah seminggu berlalu. Seminggu itu jugalah Qisya tidak henti-henti
berdoa dan buat solat hajat agar Safiy selamat di sana. Itu saja harapan yang
dia ada. Qila yang melihat sudah mampu menarik nafas lega. Qisya sudah jadi
macam dulu. Cuma wajahnya dah hilang senyuman semenjak berita kapal terbang
terhempas tu.
“ Qisya.”
Qisya yang baru selesai membaca Al-Quran itu mendongak ke arah
Qila. Senyuman kecil ditarik.
“ Duduklah.”
Qila merenung wajah Qisya dengan penuh rasa kasih sayang dan
simpati. Hatinya sedih tengok Qisya macam ni.
“ Tadi, aku tengok berita. Ada lagi dua orang mangsa terkorban.
Tapi bukan Safiy.”
Qisya menarik nafas lega. Alhamdulillah.
“ Aku nak tanya kau something.”
“ Tanyalah.”
“ Kau betul-betul cintakan dia?”
“ Ya.”
“ Jadi, kau tak nak kan dia tengok kau dalam keadaan sedih macam
ni?”
Qisya terdiam.
“ Qisya. Aku tahu kau sedih. Bukan kau je, semua orang sedih akan
berita ni. tapi, kau tak boleh lemah. Kau kena kuatkan semangat kau. Aku yakin,
usaha kau ni akan berhasil. Aku yakin Allah sedang mendengar doa kita. Cuma,
satu je permintaan aku. kembalikan Qisya aku yang dulu. Aku rindu dia yang
dulu.”
Kata-kata Qila telah membuatkan Qisya menitiskan air mata buat
keberapa kali pun dia sudah tak tahu.
“ Qila. Aku minta maaf.”
Terus Qila tarik Qisya ke dalam pelukannya. Ya Allah. Sampai bila
Qisya harus macam ni.
“ Aku takut Qila. Aku takut. Ini kali pertama aku sayangkan
seorang lelaki. Dan aku takut kalau aku betul-betul kehilangan dia.”
“ Syuhh. Kita kena terima. Kalau dia bukan jodoh kau, kau tak
boleh tolak. Kita kena terima dengan hati yang terbuka walaupun perit. Qisya.
Tolong. Kuatkan semangat kau. Aku tahu ini ujian untuk kau. Allah tengah uji
kau Qisya.”
“ Aku tau. Terima kasih Qila. Kalau kau tiada, mungkin aku tak
sekuat ini.”
Qila tersenyum tawar. Sebab kau sahabat aku Qisya.
“ Jom turun. Aku dah sediakan makanan.”
Terus pelukan dileraikan. Mereka berdua bangun dan menuju ke ruang
tamu. Berita tentang kapal terbang terhempas itu masih disiarkan. Qisya lihat
dengan perasaan kecewa. Qila hanya mampu melihat. Sabar lah kawan.
“ Berita terkini. Kami baru dapat tahu, salah seorang penumpang
yang terkorban hari ini sudah diketahui identitinya. Nama penumpang tersebut
ialah Muhammad Safiy Aiman Bin Safiy Hamid. Berusia 27 tahun. Berasal daripada
Kuala Selangor.”
Qisya dan Qila. Masing-masing terhenyak dengan berita itu.
“ Ya Allah!”
“ Qisya!”
**
Setahun dua bulan kemudian…
“ Ya Allah. Daris Raiyan! Mama penat nak kejar kamu ni.”
Raiyan masih berlari dengan gelak tawanya. Anaknya yang baru
berusia setahun itu sangat aktif. Sampai naik penat ibunya mengejar.
“ Raiyan! Tunggu mama!”
Qisya menyeka peluh di dahinya. Penat kejar anaknya yang semakin
aktif tu. Tak padan dengan kecik.
“ Raiyan! Hati-hati!”
Akhirnya, Qisya terus duduk pada kerusi kosong bagi menghilangkan
lelah. Penat! Mana pergi papanya pun tak tahulah. Budak tu bukan boleh. Pantang
ditinggalkan. Mulalah nak hilang. Nak seronok la apa la. Semua ada.
“ Papa!”
Jeritan itu mengejutkan Qisya. Raiyan hanya pandai sebut papa,mama
dan nak. Tu je yang dia pandai. Itu pun papanya yang ajar. Pantas Qisya bangun
dan menuju ke arah Raiyan sedang didukung papanya itu. Senyuman kecil diberi.
“ Nakal ye anak papa ni. Kesian mama kejar kamu.”
Qisya tersenyum. Bila tengok Raiyan. Mesti teringat dia. Bila
tengok dia mesti teringat Raiyan. Muka mirip sangat.
“ Tahu pun nakal. Yang papa dia tu pergi mana pun tak tahu lah.”
Sindir Qisya lantas mengambil Raiyan semula. Pipi anaknya itu dikucup dengan
penuh kasih sayang.
Dia tersengih lantas memaut bahu Qisya dengan erat.
“ Abang ada hal sikit tadi. Sayang jangan marah.”
Qisya tersenyum.
“ Tak la. Jom la balik. lama sangat anak kita ni bermain. Mesti
dia penat.”
“ Jom. Raiyan. Kamu nak makan aiskrim?”
“ Nak!”
Qisya mencerun ke arah suaminya itu.
“ Muhammad Safiy Aiman! Sedar sikit anak awak ni tengah batuk.”
Safiy tertawa kecil. Pipi Qisya dicuit mesra sebelum mencium pipi
tersebut.
“ Sorry sayang. Dia yang nak.”
Qisya merengus geram.
“ Dah. Jom balik!”
Terus Qisya menonong ke kereta. Malas nak layan.
“ sayang! Tunggu!”
Safiy hanya mampu tersenyum selepas melihat Qisya berlalu. Ya
Allah. Alhamdulillah. Terima kasih kerana panjangkan jodoh kami. Tak sangka,
kami masih akan bersama walaupun aku hampir terkorban waktu tu.
“ Abang! Tunggu apa lagi tu? Cepatlah!”
“ Okay sayang!”
Yang pasti. Aku cintakan isteri aku sangat-sangat dan putera kecil
kami tu.
**
Setelah berjaya menidurkan Daris Raiyan, barulah Qisya menuju ke
ruang tamu bagi menemani Safiy. Lega! Bila anaknya dah tidur barulah boleh
rehat sepuas-puasnya.
“ Abang.”
Tempat di sisi SAfiy di ambil dengan senyuman.
“ Dah tidur ke budak tu?”
“ Dah.”
Kini, mereka berdua tertumpu pada skrin televisyen.
“ Abang. Qisya nak tanya something boleh?”
“ Tanya je la. Apa?”
“ Macam mana abang boleh terselamat waktu tu? Sedangkan dekat
berita dah terang-terang cakap abang dah terkorban. Buktinya, IC abang dijumpai
bersama mayat tu. Yang meyakinkan sebab muka penumpang tu dah terbakar.”
Sebenarnya, dah lama dia nak tanya. Tapi tak berkesempatan. Setiap
kali dia nak tanya, mesti Safiy akan cakap lupakan benda yang dah berlalu. SO,
dia nak kata apa lagi?
Safiy tersenyum lantas baring di atas riba isterinya itu. wajah
Qisya direnung dengan penuh kasih sayang.
“ Hurmm.. Abang pun tak sangka sebenarnya abang boleh terselamat.
Kuasa Allah kan? Sebelum kapal terhempas tu, abang ada suruh penumpang sebelah
abang tolong jagakan dompet abang. Sebab
abang nak ke toilet. Dan, bila abang dah jauh sikit daripada dia, tiba-tiba ja
kapal terbang tu dah tak stabil kedudukannya. Abang dah cemas gila waktu tu.
Satu benda je yang abang dapat fikir waktu tu. Qisya tahu apa?”
Qisya hanya menggelengkan kepalanya.
“ Abang teringatkan Qisya. Abang dah janji nak tunggu dan suruh
Qisya tunggu. Jadi, abang rasa masa tu abang kena selamatkan diri juga walaupun
keadaan amat tipis waktu tu.”
Safiy berjeda seketika. Bila teringat waktu cemas itu, dia jadi
insaf dan betapa kerdilnya dia di atas muka bumi Allah ini.
“ Abang nak kembali semula ke penumpang tadi. Tapi, semuanya dah
terlambat, tiba-tiba ja kapal terbang tu terus menjunam ke bawah. Kami semua
apa lagi, jeritlah. Abang pun dah terduduk waktu tu. Abang berdoa banyak-banyak
agar abang selamat. Bila abang nampak jaket keselamatan, terus abang ambil dan
pakai. Abang Cuma nak selamatkan diri abang waktu tu.”
Qisya masih mendiamkan diri. Dia ingat waktu tu Safiy dah
betul-betul tiada.
“ Dan nasib abang baik. Waktu tu, tingkap sebelah kanan abang tu
terbuka. Penumpang duduk sebelah tingkap tu dah siap pakai jaket keselamatan,
jadi dia terus lompat keluar. Bayangkan? Abang pun sebenarnya tak fikir panjang
gak waktu tu. So, abang ikut dia. Abang pun lompat keluarlah dengan jaket
keselamatan abang ni. Abang hanya mampu berdoa dan minta pertolongan Allah je
waktu tu. Dan alhamdulillah. Kami terjatuh dalam kawasan air. Jadi, kami tiada
kecederaan yang serius. Kira waktu tu yang terselamat ada dalam 10 orang. Bila
dah terselamat, kami terus ke pinggir pantai. Masa tu hanya Allah je yang tahu
perasaan kami.”
Tanpa dipinta, air mata Qisya mengalir dan terjatuh atas dahi
Safiy. Dia yang mendengar pun dah rasa takut apatah lagi jika dia sendiri yang
mengalaminya.
Safiy tersenyum. pantas dia bangun dan menyeka air mata isterinya
itu.
“ Abang dah selamat sayang. Jangan nangis ye.”
“ Qisya memang dah tak kuat waktu tu. Qisya ingat abang
betul-betul dah pergi tinggalkan Qisya.”
Safiy terus tarik Qisya ke dalam pelukannya. Qisya yang sedang
menangis itu ditenangkan dengan lembut.
“ Syuhh. Yang penting abang selamat kan? Maafkan abang sayang.”
Qisya hanya mengangguk dalam pelukan Safiy.
“ Mujurlah abang dan kawan-kawan abang cepat dapatkan pertolongan.
Kalau tidak sampai sekarang abang tak keluar lagi daripada pantai tu. mujurlah
baru seminggu berita kematian abang dilaporkan.”
Safiy terjerit kecil sebaik sahaja perutnya dicubit. Terus pelukan
terlerai.
“ Janganlah sebut fasal mati. Abang ni!”
“ Tapi semua akan mati sayang.”
“ ye. Tahu. Tapi yang penting sekarang abang selamat.”
Safiy menarik senyuman. Qisya.
“ Abang sayangkan Qisya sangat-sangat.”
“ Qisya pun.”
Akhirnya, dahi Qisya dikucup lama sebagai tanda yang Safiy
betul-betul sayangkan isterinya itu. dia tak sanggup untuk kehilangan Qisya
sekali lagi. Tak.
Ya Allah. Terima kasih tolong jagakan dia waktu aku tiada di
sisinya. Sesungguhnya, Kau yang berhak menentukan jodoh kami dan Kau juga yang
berhak mengaturkan pertemuan kami. Terima kasih ya Allah.
~Tamat~
Nyaris nangis time plane le Jepun terhempas. But finally air mata menitis bila diumukn Safiy terkorban. Uhuhu best!!!
ReplyDeleteHmm tajuk cerpen buat sy teruja utk baca sbb mcm ada unsur2 islam. Mula2 baca, yes.. Nampak la islamik dia. Then makin lama makin kurang. Kenapa ikhtilat xterjaga? Kenapa perlu cintakan manusia sampai mcm tu sekali? Jgn kaburkan pndgn mata org dgn tajuk yg islamik tapi akhirnya mengarah ke zina jgak.. So keep it up. Semoga dapat menulis sesuatu yg bermanfaat kpd pembaca. Agar nnt dpt memberatkan timbangan amal di akhirat kelak. Wallahualam.
ReplyDeleteTq atas komen itu. InsyaAllah. Akn cuba lebih baik pada masa akn datang. :)
Delete