Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 19 March 2013

Cinta Bersatu (14)






Aku bangun dengan senyuman. Aku ingin mulakan hari ini dengan senyuman ceria. Kalau boleh aku nak buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Tapi aku masih belum bersamanya. Aku masih belum bersedia. Mujur dia mengerti. Dia memang seorang yang mengerti perasaan aku. Aku teringat lagi apa kata-katanya semalam.

" Saya takkan paksa awak untuk menerima saya. TApi saya nak awak belajar buang perasaan benci itu. Selagi perasaan itu ada di dalam hati awak, selagi itulah awak akan jadi ragu-ragu untuk terus mencintai saya."

Aku meleraikan pelukan dan mendongak melihatnya. Aku tersenyum dalam bahagia.

" Awak.. awak kan dah janji yang awak nak lembutkan hati saya. NAk buang benci saya ni. Nak sembuhkan luka di hati saya ni. Walaupun ianya hanya secebis, tapi ia amat menyentap perasaan saya." luahku kepadanya.

" Ya..saya dah berjanji dan saya akan turuti janji saya. Saya akan lembutkan kembali hati awak yang keras tu."

Aku tertawa kecil. Macam keras sangat hati aku ni. TApi memang pun.

" Jadi... mulai hari ini kita berkawan dulu. Atau macam pasangan kekasih kat luar tu. Kita cuba kenali hati budi masing-masing kembali. Seperti kita berjumpa kali pertama."

Anuar tersenyum lalu mengangguk akan kata-kataku. AKu juga berharap yang ini permulaan kehidupan aku sebagai seorang isteri dan pelajar yang baik.

" Dee.."

Aku tersentak saat terdengar namaku dipanggil. Aku melihat ke arah pintu. Walaupun kami sudah berbaik tapi kami masih duduk berasingan bilik. Aku lebih selesa begitu sampailah aku dapat terimanya dengan sepenuh hati.

" Belum bangun ke?" soalnya sambil tersenyum.

" dah..awal bangun." Aku turun daripada katil.

" Hari ni kan hujung minggu. Cuti. Jadi saya bangun nak tolong isteri saya ni buat kerja rumah." katanya.

AKu yang sedang mengemaskan katil menjeling ke arahnya dengan ekor mata. Dia ni sebenarnya pelajar praktikal. Tapi dia berada di tahun terakhir. JAdi dia berusaha dalam latihan praktikalnya itu untuk mendapat sijil.

" Baguslah kalau begitu. Awak tunggu saya dibawah." suruhku lalu mencapai tuala untuk mandi.

AKu memandangnya dengan senyuman sebelum menghilang ke dalam bilik air. Terasa indah pula apabila hubungan aku dan dia jadi begini.

****
" Awak! Slow sikitlah!"

Aku termengah-mengah kerana belum dapat mengejarnya. Dia ni berjoging ke berlari.

" Cepatlah!"

Urgh! Malasnya aku. Ni atas paksaan dialah. Kalau dia tak paksa, aku tak mahu nak berjoging dengan dia pagi ni. Duduk rumah kemas rumah lagi bagus.

" Awak pergi dululah." laungku kuat. Mujur orang tak berapa ramai di taman pagi ni.

Aku sudah tak tahan. Penat sangat. Aku terduduk di bangku yang disediakan. AKu menyandar di kepala bangku. Aku mendongak memandang langit.

Huh! Penat sungguh! cantik cuaca pagi ni. Burung sedang bertebangan dengan gembira. Macam perasaan aku hari ini. Bagai di awangan pula aku rasa. Hurmm.. adakah ini perasaannya ketika seorang perempuan sedang bercinta?

" Awak.." Aku menoleh ke kiri.

" Kenapa datang balik?" soalku.

" Takkan nak tinggalkan awak. Jom ikut saya."

Aku tegakkan badan.

" Nak ke mana?" soalku pelik.

" Ikut je." Tanganku ditariknya. Mahu tak mahu aku terpaksa membuntuti langkahnya.

Dia membawaku ke kedai bunga. Bunga? Kenapa dia bawa aku ke sini.

" Awak tunggu jap. Saya masuk dalam." ujarnya dan berlalu tanpa sempat aku menghalang.

Tiba-tiba mataku tertumpu pada satu kuntuman bunga. Bunga ros yang cantik sekali pada pandangan mataku. TApi yang peliknya kenapa aku tidak suka bunga ros. Aku pun tak tahu. MUngkin kerana ia berduri dan bunga ini digunakan untuk pasangan kekasih.

" Awak..nah.."

Aku melihat Anuar. Dia menghulurkan sekuntum bunga teluki kepadaku.

" Apa ni?" soalku pelik. Dan bunga itu bunga kegemaran ku. BUnga yang aku sangat suka daripada kecil lagi.

" Untuk awak... saya tahu ini bunga kesukaan awak." balasnya sambil tersenyum.

Aku menyambut hulurannya. Aku mengambil kuntuman bunga teluki itu. Ia persis bunga ros tapi sebenarnya ia sangat berlainan.

" Kenapa awak suka bunga ini?" soalnya ketika kami kembali melangkah.

Aku tersenyum menyambut soalannya. Aku pun tidak tahu sebenarnya. Ia suka secara tiba-tiba. TApi aku tertarik akan bunga ini kerana bunga ini cantik. Warnanya berlainan dan ia macam tersimpan banyak rahsia didalamnya. Tengoklah saja susunan bunga tersebut.

" Entahlah. Macam mana awak tahu saya suka bunga ni?" soalku kembali.

" That secret." Dia tersengih menjawab soalanku. Main secret pulak dah.

Tapi yang pasti aku gembira sangat hari ini. Yalah.. sebab dapat bunga kesukaan ni. Hehe.. Dan buat kali pertama aku dihadiahi bunga oleh seorang lelaki. Lelaki itu adalah suami aku sendiri.

" Awak nak tahu tak yang awak ni bertuah dapat suami macam saya ni."
Aku melihatnya dengan dahi berkerut.

" asal pulak?"

" sebab saya tak kedekut menghadiahi awak bunga ni." Aku mencebik. Mula dah perasan dia tu.

" Tak usah nak perasan kat sini. Pagi-pagi ni." kataku selamba.

" Saya tak peduli..." katanya sambil menarik pipiku geram.

Aku merengus geram.

" ISh! Lepaslah. Awak ni memang sengaja kan?" ujarku tak puas hati. Pipiku yang tembam ini ditenyeh.
Kesian kau pipi ditarik oleh orang yang tak faham bahasa ni. Huh!

" Ala..tomeinya dia bila marah macam tu."

Aku tidak pedulikan pujukannya itu. Aku terus melangkah dan melangkah sambil menghidu bau bunga teluki ini. sangat wangi. Terima kasih suamiku.

" Anuar!"

Langkahku terhenti. Sepertinya aku terdengar seseorang memanggil Anuar. Aku menoleh ke belakang. Kelihatan seorang perempuan yang sedang berhadapan dengan Anuar. Dan muka mereka berdua serius sangat.

Siapa perempuan tu? Apakah hubungan mereka berdua? Aku jadi semakin tertanya-tanya. Macam ada yang tak kena je ni.



~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers