Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 28 August 2012

Cerpen : Kasihmu Sahabat



Aku memandang sekeliling. Tiada. Aku kembali menoleh ke kiri. Masih tiada. Ke hadapan pula. Juga tiada. Aku mengeluh dan duduk di stesen bas. Penat menanti tapi bus belum datang. Sampai bila aku harus tunggu ni.
Berejam aku tunggu ni. Habislah nanti kena marah dengan papa.

“ hei..bro!” terasa tepukan di bahuku.
“ oit! Kau buat apa di sini? Menyemak je..”  aku menjelingnya tanpa perasaan.

“ kau ni lah. Aku nak cakap sikit.”
“ cakap je… kenapa tetiba minta izin ni.” Aku menoleh ke kiri dan kanan. Bus masih belum kelihatan. Panas dah punggung aku ni duduk berejam kat sini. Haih…

“ aku nak kau tolong aku.”
“ tolong apa?”

“ tolong pikat seorang perempuan. Selepas itu kalau berjaya kau maklumkan kepadaku.” Aku berkerut dahi. Gila ke apa dia ni.

Aku pegang dahi dan tengkuknya. Tak panas pun.
“ aku oklah.” Aku memandangnya tajam.

“ kau ni kenapa? Kalau kau nak pikat perempuan pikat je lah. Asal suruh aku pikat pula. Lagipun aku tak semestinya suka dekat perempuan yang akan aku pikat tu.”
“ sebab itulah aku nak kau pikat dan cari seorang gadis yang boleh buat kau gembira dan tenang. Aku pun tak risau dah lepas ni.” Aku semakin tertanya-tanya ni. Apa ke heinyer dia ni. Macam ada masalah je.

“ weh.. cuba kau beritahu apa masalah kau sebenarnya ni. Kau nak risaukan aku kenapa? Aku bukannya buat apa-apa pun. Lagipun aku boleh jaga diri. Aku pun dah besar panjanglah.”
“ aku nak Tanya satu soalan kat kau. Kalau kau dapat tahu sesuatu yang buat kau sedih. Apa yang kau akan buat?” aku menjongket bahu.

“ entah. Aku tak dapat fikirkan sekarang sebab aku tak alami semua itu. Aku akan rasa jika aku alami semua tu. Ni.. what wrong with you Aman? Do you have any problem?” soalku tenang.
“ ya..memang aku ada masalah. Masalah risau kat kau.” Aku tersenyum senget.

“ risaukan aku? Kau tak usah risau sangatlah. Aku tahulah jaga diri. Lagipun kau tu yang sepatutnya dirisaukan..”
“ aku nak esok kau tunggu di sini selepas kelas berakhir. Aku tak kira. Aku pergi dulu.” Tegasnya.

Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Apasal dengan mamat tu. Semacam je. Haishh.. ini yang buat aku tak senang duduk ni. Mesti ada masalah ni. Selagi aku tak tahu, selagi tu lah aku tidak dapat duduk senang. Aman..Aman..

*****
“ Firdaus! Firdaus! Bangun! Bertuah punya budak.” Suara tengkingan mama buat aku tersedar daripada tidur.

Aku mengerdipkan mata berkali-kali sebelum menggeliat.
“ ada apa ma?” soalku lalu bangun duduk. Mengantuk masih terasa.

“ ada apa? Kamu tengok jam. Pukul berapa dah sekarang? Kamu tiada kelas ke?” aku tenyeh mata beberapa kali.

Aku mengambil jam randik di sebelah. Baru pukul 8 pagi.
“ baru pukul 8 ma. Awal lagi. Kelas abang mula pukul 9.” Jelasku masih dalam keadaan yang mamai.

“ eloklah tu. Perangai abang dan adik sama je. Sudah. Bangun dan pergi mandi. Mama tunggu kat bawah. Sarapan. Lepas ni adik kamu pula.”
Aku hanya melihat mama keluar dari bilik. Huargghh! Mengantuknya. Dahlah semalam tidur lewat. Gara-gara Aman lah ni.

“ Firdaus! Jangan sambung tidur!” laung mama.
Ala mama ni. Baru nak mengelat. Nampaknya tak jadi.

 “ ABANG… tolong adik boleh?” aku yang sedang  memakai kasut untuk ke kelas menoleh ke arah adik aku yang nakal ni. Tak padan dengan perempuan.
“ hurmm.. apa?”

“ tolong hantar adik ke sekolah. Tayar basikal adik pancit lah.” Aku berdiri setelah selesai mengikat tali kasut.

“ boleh. Tapi hantar naik baslah. Nanti adik nak balik dengan apa?” dia tersengih.
“ itu tak jadi masalah. Kawan adik ada. Boleh erk?”

“ mama dan papa?”
“ mereka sudah tahu. Mereka yang benarkan. Tolong erk?” aku menilik jam. Ada lagi lima belas minit sebelum pukul 9. Sempat ke ni. ala kalau tak sempat buat-buat sempatlah.

“ ok jom. Tapi hari Sabtu pun ada kelas ke?”
“ tusyen. Kan tahun ni adik ambil SPM.” Aku hanya mengangguk.

Aku  suka dengan sikap adik aku yang berdikari ni. Tengoklah adik siapa. Hehe.. kadang-kadang tak boleh juga. Nakal sangat dia ni. Tapi kalau tak  ade dia dalam rumah ni, pasti akan rasa lain. Adik aku tu yang paling riuh dalam rumah.
“ abang. Dah sampai. Adik turun dulu.” Suara adik aku menyetakkan lamunanku. Pantas tanganku di capai dan di salam.

Aku menghantarnya dengan pandangan. Belajarlah rajin-rajin adikku. Moga kau akan dapat keputusan yang cemerlang.

*****
Bukk!

Aku mengutip buku yang terjatuh akibat perlanggaran tadi.

“ maafkan saya. Saya tak sengaja.” Pohonku sambil mengutip bukunya.
“ tak  apa. Saya pun bersalah sebab terburu-buru.” Aku kembali berdiri dan menyerahkan buku kepadanya.

“ terima kasih.” Aku tersenyum lalu mengangguk.
“ minta diri.” Aku memberi ruang untuk dia. Comel. Cis… apalah aku ni.

“ Oit!” aku menoleh ke kanan.
“ ha.. ada apa kau nak jumpa aku. Tapi bukan dekat stesen bas ye.” Aman tersengih.

“ jom aku belanja kau makan. Aku perlu beritahu kau sesuatu.”
Hurmm.. apa agaknya itu. Ikut jelah. Lagipun makan free. Hihi…

“ aku nak perkenalkan kau dengan seseorang.” Aku kini berada di sebuah restoran.
“ siapa?” dia tersenyum dan melambai tangannya. Mungkin panggil orang.

“ Daus.. perkenalkan ini Umairah.” Aku mendongak dan memandang insan yang bernama Umairah itu.
Aku tersentak.

“ awak?” kata kami serentak. Selepas itu kami sama-sama ketawa kecil.
“ tak sangka kita akan berjumpa lagi selepas pelanggaran tadi.” Ujarku.

“ korang dah kenal?” aku menggeleng.
“ tak. Tapi kami terjumpa tadi sebab terlanggar. Tak sangka ini kawan kau.”

“ erk.. salah tu. Bukan kawan.” Aku berkerut dahi dan memandang Aman meminta penjelasan.
“ sabar. Ini adik akulah.” Aku terdiam. Adik? Sebelum ni dia tak pernah beritahu aku pun dia ada adik. Aku ingat dia anak tunggal.

“ itu baru betul. Hai saya Umairah.” Aku tersenyum.
“ saya Firdaus.” Aku masih tertanya-tanya kenapa dia perkenalkan aku dengan adik dia. Macam ada sesuatu yang dia sorokkan. Mesti selidik ni.

“ mesti kau tertanya-tanya. sorry sebab tak beritahu kau. Dia baru masuk tahun ni. Kiranya semester pertama. Kita dah di tahun akhir.” Aku mendengar sambil menjeling Umairah. Inilah gadis yang aku kata comel.
Macam Najwa Latif. Comel sangat. Macam nak picit je pipi dia yang tembam tu. Haih… tak baik aku ni. Hehe…

“ erk… abang. Irah dah lewatlah. Irah perlu pergi dulu. Nanti kita jumpa di rumah. Assalamualaikum.”
“ waalaikumussalam.”

Selepas Umairah pergi, aku kembali memandang Aman dengan pandangan yang pelik.
“ pe hal?” soalnya.

“ sepatutnya aku yang Tanya kau. Kau ni dah kenapa? Tetiba je perkenalkan adik kau tu dekat aku.”
“ saja.” Aku melihatnya dengan mengecilkan mata. Pelik tapi apa.

“ aku nak kau pikat dia. Aku nak kau cintai dia dan jaga dia seperti mana kau jaga diri sendiri.” Hampir tersedak aku dibuatnya.
“ ehem…ehem.. kau ni kenapa?” dia tersenyum.

“ janji ya? Kalau kau sudah mulai jatuh hatii dekat dia. Aku nak kau cintai dia betul-betul dan jangan tinggalkan dia.ya?”
“ tapi..”

“ please…” aku tak sanggup menghampakannya. Dengan muka yang penuh mengharap tu. Jadi aku terus mengangguk. Entah kenapa sikap dia berubah kebelakangan ni.

*****
Dua bulan sudah berlalu. Dalam dua bulan itu juga aku akui yang aku  semakin tertarik akan Umairah. Aku masih belum berani buat kesimpulan kerana ia masih baru. Jadi aku hanya pendamkan. Mungkin itu hanya perasaan suka sebagai kawan. Mungkin..

Dalam dua bulan ni juga, aku jarang dapat jumpa dengan Aman seperti dulu. Entah mengapa. Aku ingin bertanyakan kepada Umairah. Tapi aku tak berani. Lagipun adakah dia tahu? Aman tu pun bukannya suka sangat beritahu orang lain masalah dia. Termasuk keluarga.
Tapi hari ini aku bertekad untuk menanyakan Umairah soal abangnya. Apa nak jadi jadilah.
Petang itu, aku berjumpa dengan dia di perpustakaan. Sebenanya kebetulan jumpa. Jadi ada peluanglah.

“ erk..maaf kalau ganggu awak. Tapi saya nak Tanya sesuatu.” Ujarku perlahan. Tak mahu ganggu orang lain yang sedang menelaah.
“ tak  apa. Tanya je.” Dia tersenyum.

“ abang awak ada masalah ke sebab kebelakangan ni saya jarang jumpa abang awak.” Kelihatan dia sedang berfikir sesuatu dan kembali tersenyum.

“ sebenarnya saya pun tidak tahu. Tapi yang saya tahu dia selalu pergi ke hospital. Katanya melawat kawan. Saya pun tak tahu siapa.” Aku tersentak.
Buat apa dia ke situ. Melawat kawan. Siapa? Sepatutnya dia akan kongsi rahsianya dengan aku. Tapi kali ini tidak.

“ saya tahu awak risaukan abang saya. Tapi awak jangan risaulah. Dia tu kuat orangnya.” Aku tersenyum.
“ itu saya tahu. Tak usah beritahu pun saya dah tahu.” Ujarku bergurau. Umairah hanya tersenyum.

Sesungguhnya gadis ini telah buat hatiku berdebar-debar apabila dia tersenyum. Gadis yang bertudung labuh ini juga telah buat aku lebih mengenali Tuhan. Adakah aku layak untuk dia?
“ awak…” dia melambai-lambai tangannya di hadapanku.

“ erk..saya..”
“ kenapa? Awak berangan erk… teringatkan siapa tu. Saya? Hehe…” aku tersengih dan memandangnya.

“ awak percaya tak kalau saya kata yang telahan awak tadi betul? Saya memang sedang fikirkan awak.” Senyumannya mati dan tunduk memandang buku.
“ maaf jika kata-kata saya keterlaluan. Tapi saya beritahu awak perkara yang benar.” Luahku. Aku rasa sekaranglah masa yang sesuai untuk aku luahkan perasaan. Apa yang kau suruh tu Aman memang terjadi. Aku bukan cintai adik kau sebab suruhan kau. Tapi ia memang lahir dari hati ini untuk mencintainya. Dia persis sama dengan kau.

“ maaf.. saya kena pergi dulu.” Aku terus minta diri selepas dia berdiam diri terlalu lama. Mungkin dia terkejut akan pernyataan aku. Biarkan dia berfikir dulu.
Tutt! Tutt! Tutt!

Telefonku yang berada dalam beg pantas aku ambil dan jawab.
“ helo…”

“ helo… Daus. To…tolong aku.” Aku tersentak mendengar suara Aman yang lemah itu.

“ eh Aman, kau kenapa ni? Cuba beritahu aku.” Aku bergerak laju ke stesen bus.
“ a..a..aku.. Daus… to..tolong… da..datang ke ru..rumah a..aku se..sekarang.”

Belum sempat aku balas, talian terputus. Ya Allah kenapa dengan Aman. Ya Allah lindungilah dia. Aku perlu berpatah balik bagi menemui Umairah. Lagipun dia kan adik Aman.
Pantas aku melangkah semula ke perpustakaan. Mujur juga Umairah masih berada di situ.

“ awak… tolong ikut saya.” Arahku lembut.
“ ke mana?” soalnya terkejut.

“kita keluar dulu. Nanti saya beritahu awak.” Aku pantas mengemaskan buku dia dan keluar dari perpustakaan. Keselamatan Aman lebih penting.
“ awak…” aku menoleh dan tersenyum.

“ kita kena pergi ke rumah awak sekarang juga. Abang awak. Ada sesuatu berlaku kepada dia.” Maklumku. Dia seperti terkejut.
“ kenapa dengan dia?” aku menggeleng tanda tidak tahu.

“ yang penting sekarang kita kena pergi ke rumah awak. Cepat.”

*****
Buat pertama kalinya air mata aku gugur melihat dia dalam keadaan yang lemah. Aku tak sanggup melihat dia menderita. Ya Allah selamatkanlah Aman.

“ awak..” pantas air mataku seka. Tak mahu Umairah Nampak.
“ ya..” balasku sambil tersenyum.

“ saya tahu awak risaukan dia. Tapi kita harus berdoa banyak-banyak. Insya-Allah dia akan selamat dan sembuh.”
Aku terkesima. Sungguh. Selepas mendengar dia berkata begitu. Aku rasa lebih tenang dan dadaku terasa lapang. Macam ada perasaan lain yang muncul dalam hati ni.

“ terima kasih.” Ucapku sambil tersenyum.
“ sama-sama.”

Seketika kemudian doktor pun keluar. Dengan debaran yang semakin hebat, aku bertanya kepada doktor akan keadaan Aman.
“ macam mana dengan Aman?” soalku.

Doktor menggeleng lemah. Apa maksudnya?
“ maksud doktor?” doktor itu memegang bahuku.

“ sabarlah. Sesungguhnya Allah lebih menyanyangi dia. Banyakkan berdoa kepada dia.” Aku terkedu.
“ adakah abang saya sudah tiada?” soal Umairah dengan suara yang bergetar.

“ ya.. maafkan kami. Kami sudah lakukan sedaya upaya. Tapi kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana Allah lebih sayangkan dia. Bawa bersabar ya. Saya minta diri dulu.”
 Air mataku gugur tanpa segan silu dihadapan Umairah. Aku amat berasa kehilangannya. Ya Allah…

“ awak… sabar ya..” aku memandangnya sekilas.
“ saya tak kuat. Saya seperti bermimpi. Saya tak sangka dia akan tinggalkan saya dulu. Awak sebagai adik dia pun mesti rasa yang sama seperti saya.” Ujarku lemah.

Dia tunduk dan memegang begnya dengan kuat. Aku dapat rasakan kesedihan dia.
“ saya tahu awak sedih. Menangislah. Kalau itu yang buat awak lega.” Aku tak mampu menangis lagi. Tambahan pula di hadapan Umairah. Aku tak boleh lemah di hadapan dia. Aku tak nak dia sedih.

“ a..awak… maafkan saya. Sebenarnya saya tahu apa yang terjadi kebelakangan ni terhadap dia.” Luahnya dalam nada serak.
“ tak mengapa. Lagipun sekarang bukan saat yang sesuai. Jangan paksa diri untuk luahkan.”

Dia menggeleng dan mendongak melihatku. Matanya merah kerana menangis. Ingin saja aku seka air mata kau tu Umairah. Tapi aku tak boleh. Kita bukan muhrim.
“ saya kena beritahu juga. Sebenarnya saya seorang saja yang tahu apa yang terjadi kepadanya. Ibu dan ayah saya langsung tak tahu. Dia yang suruh rahsiakan. Sebenarnya dia hidapi penyakit barah. Dalam dua bulan sebelum ni, dia sebenarnya pergi ke hospital bagi membuat rawatan fisioterapi. Itupun saya yang suruh. Saya tak mahu dia beputus asa. Maafkan saya kerana…. Sa.. saya tak beritahu lebih awal.”

Dia menangis lagi. Sesungguhnya aku sangat terkejut mendengar kenyataan Umairah. Patutlah kebelakangan ni dia asyik berkata yang bukan-bukan. Ya Allah macam mana aku tak boleh perasan semua itu. Ya Allah … Aman maafkan aku.
“ kita masuk tengok Aman ya..” ujarku kepada Umairah sambil tersenyum kelat. Dia hanya mengangguk.

Kakiku lemah ingin melangkah masuk ke dalam. Tapi aku ingin menatap wajahnya buat kali terakhir.
“ awak… saya tak kuat.” Aku tersenyum pahit.

“ jangan risau. Saya ada untuk temani awak. Percayalah.” Ujarku memberi rangsangan kepadanya. Dia hanya tersenyum hambar.
Dengan perlahan-lahan aku dan Umairah masuk ke dalam bilik rawatan Aman. Segala debaran dapat di rasa kini.

 Sekujur tubuh yang kaku sedang terbaring lemah di katil. Umairah ku lihat menekup mulutnya tanda tidak tahan untuk melihat semua ini. Aku tersenyum hambar bagi menyakinkan dia.
“ sa…sa…saya.. rindukan abang.” Luahnya dalam sebak. Aku yang melihat pun sudah berasa sebak. Dia adalah kawan yang sangat baik dan berharga untukku.

“ saya tahu… saya pun amat rindukan dia. Tapi dah takdir dia akan pergi dulu. Saya harap awak dapat bersabar.”
Aku mengetap bibir sekuat hati bagi tidak menitiskan air mata di hadapan Umairah. Aku tak boleh sedih. Kalau tidak Umairah pasti akan rasa yang sama.

Aman.. aku harap kau tenang di sana. Moga roh kau di cucuri rahmat. Amin…

*****
“ ya Allah Aman. Kenapa ni? Apa yang terjadi kat kau ni.”

Aku jadi gelabah dan cemas melihat keadaan Aman. Mulutnya berlumuran darah. Mukanya pucat tapi dia masih mampu tersenyum.
“ Daus… akhi..akhirnya… kau…da..datang..ju..ju..ga…” ujanya tersekat-sekat lalu tersenyum.

“ Ya Allah abang.” Muncul Umairah dalam keadaan panik.
“ Umairah.. telefon ambulan. Cepat!” arahku. Dia menurut dan keluar dari bilik Aman.

“ Aman..sabar ya. Kejap lagi ambulan datang. Ya Allah kau kenapa ni. Macam mana boleh jadi macam ni?”
“ ma..maafkan aku. Aku tak sengaja untuk ti..tidak be..beritahu kau. A..aku tak…nak… kau sedih. La..lagipun… aku ok … je…” dia masih cuba mengukir senyuman untuk aku. Sesungguhnya kau memang seorang yang kuat.

“ aku tak salahkan kau Aman. Kau berhak kerana itu hal peribadi kau. Aku dah lama maafkan kau.” Ujarku.
“ te..te..terima kasih Daus. A..aku… nak minta… satu permintaan bo..boleh tak?” soalnya dalam keadaan sakit. Aku hanya mengangguk.

“ kau..jan..ji ya?” aku mengangguk lagi.
“ to..tolong jaga adik… aku Umairah. A..aku.. ta..tahu kau mencintai dia. Ja..jadi aku nak kau kahwini dia… to..tolong Daus. A..aku tak nak… se..selepas dia kehilangan aku… dia akan bertambah sedih. Aku harap kau mampu bahagiakan dia… da..dan.. cin…cintai dia sepenuh hati. to..tolong ya.”

Aku tersentak. Aman…
“ Fir..Firdaus…” aku tersenyum.

“ pasti Aman. Aku janji yang aku akan jaga dia sebaik mungkin. Aku akan jaga dia macam aku jaga diri aku sendiri. Aku akan mencintai dia sepenuh hati aku. Aku akan pegang janji kau tu. Ya…” janjiku.
Dia tersenyum dan menggenggam erat tanganku.

“ kau sabar ya Aman. Ambulan akan tiba tak lama lagi.” Ujarku beri dia semangat. Jangan kau pengsan Aman.
“ awak.. ambulan akan tiba sekejap lagi. Abang.. sabar ya..” Umairah mengambil tempat disebelahku.

“ adik… adik jaga diri ya… ja..jangan lawan cakap ibu dan ayah. Ja..jangan lawan cakap sua..suami. jangan se…sedih akan kehilangan abang. Ab…abang tak nak melihat Umairah sedih dan asyik… menangis. Janji ya…?”
Aku melihat Umairah sangat terkejut akan permintaan abangnya itu.

“ abang.. apa yang abang cakap ni. Abang akan sembuh. Percayalah. Umairah akan sentiasa ada di samping abang. Jangan cakap macam tu.”
Aman tersenyum kecil.

“ Umairah… ma..masa abang tak pan..panjang dah di dunia ini. Ab..abang minta maaf kerana ti..tidak dapat jaga adik dah se..selepas ini. Ja.. jadi ab..abang nak adik sa..sabar dan terima Firdaus seba..sebagai suami. Ya?” aku tersentak.
“ Aman. Tak baik cakap macam tu. Percayalah kau akan sembuh. Sudah jangan mengarut lagi. Ambulan dah datang. Umairah tolong panggil mereka.” Suruhku tenang. Sedangkan hati ini ingin menangis jika aku benar-benar akan kehilangan kawan sebaik kau Aman.

Tanganku di genggam erat oleh dia. Umairah juga tidak dapat berganjak dari situ kerana tangannya juga turut di genggam.
“ Umairah….”

“ ya…adik terima permintaan abang. Adik  janji.” Aku pantas menoleh ke arahnya. Umairah…
“ al..alhamdulilah. te..terima kasih semua. Sam..sampaikan salam buat ayah dan ibu..”

“ abang…” suara Umairah mematikan lamunanku terhadap kejadian setahun  yang lalu.
“ hurmm…”

“ abang kenapa ni? Abang menangis?” aku tersentak. Aku menangis ke? Patutlah mata aku rasa berair je.
“ abang…” aku tersenyum ke arahnya.

“ abang tidak ada apa-apa. Abang Cuma teringatkan pesanan akhir arwah Aman.” Luahku.
“ Mai tahu abang rindukan dia. Mai sendiri pun amat rindukan dia. Jadi kita patut sedekahkan doa kepadanya.” Aku tersenyum lalu mengangguk.

Aman.. seperti yang kau ingini. Aku dan Umairah telah pun bersatu. Kami telah berkahwin selepas aku habiskan pengajianku. Kami bukan terpaksa Aman. Tapi atas kerelaan hati. sebab kami saling mencintai. Terima kasih Aman. Kalau bukan kerana kau, kami tidak mungkin dapat bersama.
Akan aku abadikan segala kenangan sepanjang kita berkawan di hati ini. Aman.. ingatlah bahawa aku selalu akan bersama kau. Walaupun kau telah pergi, kau tetap dalam ingatan.

Kaulah kawan sejatiku.

~~TAMAT~~
P:s// cerpen kali ni so simple kan? sebab dah tak de idea. ini je yg ada masa yg aku tengah tulis tu.
      oklah kan? hehe... harap anda terhbur..

Friday 24 August 2012

Cerpen : Harapan Syawal



Air mataku mengalir lagi. Betapa murahnya air mataku hari ini. Hati ini amat merindui dia. Sangat-sangat merindui suamiku yang tercinta. Sudah dua bulan dia pergi menghilangkan diri tanpa berita.
Ya Allah.. abang. Kamu di mana? Kamu tak rindukan kami berdua ke?

“ mama…” pantas air mataku seka.

“ ya sayang..” aku melihatnya dengan senyuman.

“ bila papa nak balik?” aku tersentap. Ya Allah anakku. Macam mana mama nak beritahu kamu. Sedangkan mama pun tak tahu.
Kepalanya ku usap.

“ sabar ya sayang. Tak lama lagi papa baliklah tu. Sabar ya.. jom kita turun. Nanti dah nak berbuka. Anak mama ni puasa kan?”
“ pastilah mama. Kalau tak puasa berdosa.” Aku tersenyum.

Muhamad Afiq bin Aryan. Itu adalah cahaya mataku dan Aryan. Baru mencecah 5 tahun. Tapi dah faham perasaan mama sendiri.
“ mama.. cepatlah.”

“ ya sayang..”

*****
“ macam mana Ju? Kau dah dapat berita tentang suami aku?”
Gelengan Ju buat aku mengeluh.

“ sabar ya… aku tahu kau seorang yang kuat. Insya-Allah Hafiz akan cuba lagi cari suami kau. Aku yakin kebolehan dia.” Aku tersenyum hambar.
 “ terima kasih Ju. Jasa kau dan suami kau amat aku hargai.” Ucapku.

“ kan kita kawan. Kawan akan saling membantu tidak kira dalam keadaan susah ataupun senang. Kan?” aku hanya mengangguk.
“ kalau kau tak ada aku pun tak tahulah. Terima kasih sangat. Okeylah. Aku kena pergi ambil Afiq dulu ni. Lepas tu kita jumpa di pejabat.”

“ yelah. Hati-hati di jalan raya.” Aku tersenyum lalu mengorak langkah ke kereta.
 “ MAMA!” aku tersenyum saat melihat Afiq lari ke arahku dengan riangnya.
“ macam mana dengan sekolah? Okey?” soalku lalu mendukungnya.

“ best sangatlah mama. Cikgu ajar macam-macam.” Aku tersenyum lalu membawanya masuk ke dalam kereta.

“ mama.. Afiq nak Tanya sikit boleh?” soalnya ketika aku sedang memandu.
“ tanyalah.”

“ tadi cikgu ada Tanya Afiq. Mana papa?” aku tersentak.
Ya Allah.. apa lagi jawapan yang harus aku berikan. Afiq tak bersalah dan tak berhak di tipu. Tapi takkan aku nak beritahu dia yang papa dia lari entah ke mana. Ya Allah bantulah hamba.
“ mama… kereta!!” aku tersedar. Pantas aku mengelak daripada sebuah kereta daripada terlanggar.

Aku memberhentikan kereta di tepi jalan. Ya Allah apa yang aku telah buat tadi. Hampir saja aku mencederakan Afiq.
“ mama okey ke?” aku menoleh ke arah Afiq. Aku tersenyum.

“ mama okey. Maafkan mama ya sayang. Mama tak sengaja.” Afiq ku tarik ke dalam pelukan.
Abang.. abang tahu tak yang Natrah sangat rindukan abang. Natrah amat memerlukan abang ketika ini. Kenapa abang harus pergi di saat Natrah rasa susah sangat untuk hadapinya seorang diri. Kenapa bang…

Air mataku gugur jua akhirnya. Aku memang kalah dengan air mata.
“ mama… jom cari papa nak?” pelukan ku eratkan. Mama sedang usaha cari papa sayang.

“ mama… jangan nangis.” Aku tersenyum lalu leraikan pelukan.

“ jangan nangis mama. Papa ada pesan yang kalau mama nangis, papa akan nangis juga.” Aku ketap bibir sekuat hati.
Ya Allah sememangnya kanak-kanak tak pandai menipu. Abang.. anak abang ni rindukan abang.

Setiap kali aku lihat Afiq pasti aku sangat merindui Aryan. Wajahnya persis ayahnya.

“ mama akan cuba ya sayang..” ujarku sambil mengusap bahunya.

“ janji ya mama? Afiq tak nak papa marah sebab biarkan mama menangis. Afiq dah janji dengan papa.”

Aku tersenyum lalu mengangguk.
“ ya.. mama janji.”

Sesungguhnya apa yang terjadi di sebalik semua ini pasti ada hikmah di sebaliknya. Abang.. Natrah akan tetap tunggu abang. Natrah harap kita dapat raya bersama tahun ini. Natrah dan Afiq akan setia menunggu abang.
*****
“ mama!!!”

Aku tersentak saat mendengar jeritan Afiq dari bilik. Aku yang berada di dapur segera menuju ke bilik Afiq.

Sampai saja di bilik. Aku lihat Afiq sedang menangis.
“ sayang.. kenapa ni? Kenapa nangis? Cuba beritahu mama…” pujukku sambil mengusap rambutnya.

“ a..afiq.. mimpi papa ke.ke..malangan…” ujarnya dalam esakan.
Usapanku terhenti.
“ Afiq takut mama. Afiq takut kalau papa betul-betul dah pergi tinggalkan kita.”
Aku tersenyum hambar. Kuatkan hati ku Ya Allah.
“ Afiq.. itu Cuma mainan tidur. Jangan risaulah. Papa takkan tinggalkan kita. Papa Cuma ada urusan yang perlu di uruskan.” Ujarku tenang.

“ tapi Afiq tetap takut kalau papa..” aku menggeleng laju.
“ tak sayang. Percayalah kata mama. Nanti papa pasti balik. Ya sayang…”

Afiq mengangguk perlahan. Air matanya ku seka. Hati ibu mana yang tidak sedih saat melihat anaknya turut menderita.
Hari ini sudah genap 20 hari umat Islam berpuasa. Tapi Aryan belum balik. Sebarang berita masih belum ku dapat daripada Ju dan suaminya Hafiz. Sedih hati ini  terpaksa ku tahan. Ini semua demi kebaikan Afiq.

*****
Kini aku sedang berada di Mall untuk mencari barang keperluan raya untuk Afiq. Waktu malam menjadi pilihanku kerana aku tidak sibuk. Afiq pun lebih senang memilih.

“ mama..mama.. tahun ni kita pakai baju warna hijau ya. Nanti masa papa balik.. pasti papa suka. Kan papa suka warna hijau. Ye mama?” aku tergamam saat mendengar kata-kata Afiq.
“ ikut suka Afiqlah. Yang penting Afiq suka. Ya sayang..”

Aku melihat baju melayu yang berada di hadapan mataku ketika ini. Rasa sebak kembali menular di hati. Aku bagaikan melihat Aryan sedang memakai baju melayu yang berwarna hijau ini. Rasa sedih aku tidak mampu bertahan lagi saat melihat sebuah keluarga yang turut menggayakan baju mereka.

Ya Allah tabahkan hati ku untuk menempuhi semua ini. Aku tahu aku terlalu lemah tapi kuatkan aku untuk tempuhi semua ini bersama anakku.
“ mama.. jangan nangis.” Suara Afiq buat aku tersedar. Aku tersenyum.

“ taklah sayang. Mana ada mama menangis.”

“ tapi mata mama merah.” Aku terus cuba ukir senyuman.

“ betul mama tak nangis. Mata mama masuk habuk lah. Pergilah Afiq tengok baju yang Afiq suka. Mama belanja.”
“ okey..”

Mujur ada Afiq saat hati aku sedih dan tak kuat tempuhi semua ini.
Tiba-tiba bahuku di cuit. Aku menoleh ke belakang.

“ awak Natrah kan?” soal seorang lelaki yang tidak pernah aku kenali.
“ erk… ya..” dia tersenyum.

“ saya F arid. Kawan suami awak Aryan.” Aku tersentak.
“ awak kenal suami saya jadi awak mesti tahu suami saya ada di mana kan?” soalku penuh mengharap.

Kerutan di dahinya kembali meruntuhkan harapanku.
“ kenapa dengan Aryan.setahu saya dua bulan lepas saya jumpa dia, dia okey je.”
Ternyata Farid ni pun tak tahu.
“ panjang ceritanya Farid.” Aku menoleh melihat Afiq yang tekun memilih pakaian yang dia suka.

“ tak  apa. Awak ceritakan kepada saya. Jom kita pergi minum. Sambil itu awak boleh ceritakan kepada saya.” Aku menilik jam.
“ okeylah. Kejap saya nak panggil anak saya.”
Aku mengorak langkah ke arah Afiq.
“ sayang.. jom kita pergi makan dulu. Nanti kita datang balik.” Pujukku.

“ okey mama..” aku tersenyum dan memimpinya keluar dari kedai.

“ JADI awak tak tahu suami awak ke mana selama dua bulan lebih ini?” aku hanya mengangguk.
“ sebelum dia pergi kerja masa tu. Ada tak dia pesan atau berkelakuan aneh terhadap awak?”

“ tak de pula. Tapi apa yang saya ingat, dia pesan kepada saya supaya jaga Afiq sebaik mungkin sepanjang dia tiada di rumah. Dan masa tu layanan dia amat berlainan daripada sebelumnya.”

Dan masa tu Aryan memberi kucupan di dahiku begitu lama. Ya Allah apa yang sebenarnya telah terjadi kepada suamiku.
“ saya Cuma ambil tak kisah pada mulanya sebab saya ingat dia  hanya tunjukkan kasih sayang. Tapi selepas itu, dia tidak balik-balik dan telefon pun tak. Saya telefon pun langsung tak dapat. Laporan sudah di buat. Pihak polis pun masih belum menemuinya.” Jelasku.

“ mungkin masa itu dia dah tahu yang dia takkan dapat balik ke rumah.  Awak ada perasan atau ada tak dia buat kerja yang bagi awak pelik. Ada?”
Aku berfikir sejenak.

“ tak pula. Erk… kali terakhir awak jumpa dia di mana?”
“ masa tu saya jumpa dia di Mall. Keadaan dia masa tu kelihatan ceria. Saya Tanya dia kenapa. Dia kata nak bagi surprise untuk keluarga dia. Jadi saya tak ambil tahu dengan lebih lah.”

“ masa tu awak ingat tak bila? Tarikh?” soalku penuh mengharap.
“ seingat saya masa tu… erk… awal bulan 5. Ya..” aku tersentak.

Sama ada 1 atau 2 hari bulan. Dua tarikh tu adalah tarikh yang paling bermakna buat kami berdua. Aryan pergi masa tu dalam 5 haribulan. Dah berlalu dah hari penting kami. Jadi apa masalahnya ni?
“ awak boleh tolong saya kan? Tolong carikan Aryan. Kami berdua sangat merinduinya. Kami harap pada Syawal nanti dia akan berada bersama kami. Tolong ya?” pimtaku lalu melihat Afiq yang sudah terbaring di pahaku.

“ insya-Allah. Saya akan usahakan. Awak jangan risaulah. Saya yakin yang dia berada dalam keadaan yang baik-baik saja.” Aku Cuma tersenyum.
Mudah-mudahan.

*****
Keriuhan Afiq bersama  sepupunya masih tidak mampu untuk  buat aku rasa lebih tenang. Suamiku masih belum pulang. Lagi dua hari menjelang raya. Tapi sebarang berita daripada Aryan langsung tidak aku dapat.

Adakah dia benar-benar sudah lupakan kami berdua? Adakah dia memang sudah pergi tinggalkan kami. YA ALLAH bantulah hamba. Berilah hamba petunjuk-Mu.
“ Natrah…” aku menoleh ke kiri.

“ ya mak…”
“ kamu menungkan apa tu?” soal ibu mertuaku. Keluarga mereka sendiri pun tak tahu di mana Aryan berada sekarang.

“ tak  ada apa-apalah.”nafiku lalu tersenyum.
“ mak tahu kamu rindukan Aryan.” Aku tersentap tapi masih tersenyum. Aku melihat keletah Afiq dan anak buahku yang lain. Sangat meriah. Kan bagus kalau aku pun dapat jadi macam tu.

“ sabarlah Natrah. Mak yakin yang Aryan akan balik juga raya ni. Sabar ya sayang. Allah sedang menguji kamu tu.” Aku hanya mampu tersenyum.
“ terima kasih mak. Mak sajalah tempat saya mengadu selain abang Aryan.” Ucapku.

“ tak ada apalah. Lagipun kamu sudah mak anggap seperti anak mak sendiri. Sudahlah tu. Pergilah main sekali dengan anak kamu tu. Seronok sangat mak tengok tu. Mak pergi dapur dulu.”
Aku tersenyum dan terus-terusan melihat keletah Afiq.

Abang.. anak abang ni semakin membesar. Dah makin matang pun dia. Abang tak teringin ke tengok anak abang yang hensem ni…
“ Natrah…” aku menoleh ke belakang.

“ ya kak Ita..” Kak Ita atau Jesnita merupakan kakak ipar aku.

“ kakak ada perkara sikit nak  beritahu kamu ni.” Kak Ita mengambil tempat di sebelahku.
“ nah…” aku mengerutkan dahi melihat surat yang di hulurkan kak Ita.

“ surat apa ni kak?” soalku langsung mengambil huluran surat itu.
“ kamu baca dulu baru kamu tahu. Kakak juga nak minta maaf kerana tidak beri surat ini lebih awal. Kakak masuk dulu.”

Langkah kak Ita di biarkan sepi. Surat yang berada di genggaman ketika ini amat kun anti-nanti untuk di buka. Tapi bersediakah aku? Hati aku mengatakan yang surat ini daripada Aryan. Ya Allah kuatkan hati aku.
Dengan perlahan ku membuka kepingan surat itu.

Salam sayang buat isteriku yang tersayang Natrah…
Abang minta maaf jika pemergian abang selama ini buat Natrah dan Afiq sedih. Abang minta maaf sangat-sangat kerana tinggalkan kalian. Abang tahu abang salah tapi abang terpaksa sayang. Abang pasti semasa Natrah membaca surat ini abang sudah lama pergi.
Natrah..
Sebenarnya abang terpaksa tinggalkan kalian berdua atas sebab. Kalau boleh abang pilih. Abang ingin bersama dengan keluarga kita. Bersama Afiq. Tapi kesihatan abang lebih penting jika inginkan keluarga bahagia.

Abang minta maaf kerana abang tidak beritahu rahsia ini terlebih awal. Abang tak sanggup. Maafkan abang sangat- sangat. Sebenarnya abang sedang menghidap penyakit kanser hati tahap 3. Sudah 2 bulan lebih abang hidapi penyakit ini. Tapi sengaja abang tak beritahu seba tak nak Natrah risau.
Maafkan abang sekali lagi. Abang akan usaha untuk sembuhkan penyakit abang ni dan sedang menunggu penderma yang sesuai. Abang juga tidak beritahu Natrah kerana abang tak nak Natrah berkorban untuk abang. Abang tak nak kerana Natrah sudah banyak berkorban untuk abang. Abang tak mahu tambahkan lagi rasa bersalah di hati kita berdua.

Insya-Allah kalau ajal abang masih panjang. Hari Raya ini kita akan bertemu sayang. Tapi kalau tidak harap maafkan abang ya sayang. Sesungguhnya abang tidak meminta semua ini terjadi. Abang juga doakan semoga Afiq dapat menjadi insan yang Berjaya dan dapat menjaga mamanya. Kirim salam sayang abang kepada Afiq.
Abang rasa sampai disini saja. Abang harap Natrah dapat harungi semua ini dengan tabah. Terima kasih juga kerana telah buat hidup abang lebih bermakna dengan hadirnya kalian berdua. Akhir kata selamat hari raya ya sayang. Beritahu juga Afiq yang abang tidak akan lupakan dia.

Yang ikhlas suamimu Aryan..
Surat itu ku peluk erat. Air mataku laju turun tanpa henti. Sungguh aku langsung tidak duga semua ini akan terjadi kepada Aryan. Ya Allah aku memohon pada-Mu sangat-sangat. Sembuhkanlah suamiku yang sedang berperang dengan penyakitnya itu.
Aku sangat meminta pada-Mu. Sekurang-kurangnya berilah aku dan Afiq untuk bertemunya buat kali terakhir pada hari raya ini. Sesungguhnya aku belum bersedia dengan semua ini.
Ya Allah…
*****
  abang.. makan ubat ni. Abang masih belum sembuh sepenuhnya lagi.”
Ubat ku hulurkan kepada Aryan. Dia menyambut dengan senyuman.
“ terima kasih sayang. Afiq mana?” aku tersenyum lalu mengurut kakinya.

“ apa lagi kalau tak main dengan sepupu dia tu. Itu jela kerjanya.”
Aryan ketawa kecil. Aku hanya mampu tersenyum.
Sungguh aku tak sangka dapat bersama kembali dengan suamiku Aryan. Aku sangat bersyukur saat berjumpa dengannya pada hari raya dua minggu yang lepas. Semua itu bagaikan mimpi. Tapi tidak dan aku sangat berterima kasih kepada Allah.

Kerana Dia aku dapat bersama lagi dengan Aryan. Alhamdulilah juga kerana dia semakin sembuh selepas membuat pembedahan tanpa pengetahuan kami sekeluarga.
*****
Rasa sebak hadir saat mendengar suara azan Raya pada pagi raya ini. Orang pertama yang aku ingin jumpa adalah Aryan. Tapi aku tahu tahu dia di mana dan adakah dia dalam keadaan sihat.

Ibu.. ayah… selamat hari raya Natrah ucapkan. Semoga roh kalian di cucuri rahmat.
Selepas balik daripada menziarahi kubur orang tuaku. Aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Ju dan Hafiz. Mereka berdua telah banyak membantu aku dalam pencarian Aryan. Tapi kini tidak lagi kerana aku sudah tahu apa punca yang menyebabkan Aryan menghilang dengan tiba-tiba.
Selepas itu aku terus balik ke rumah mertuaku. Afiq kelihatan sangat ceria pagi itu. Aku yang sedih berubah ceria dengan perlahan gara-gara Afiq. Terima kasih anakku.

“ mama..mama..bawalah kuih raya ke depan.” Ujar Afiq dengan senyuman cerianya.
“ ya sayang. Nanti mama bawa.” Aku bawa apa yang patut ke hadapan.

Kak Ita dan keluarganya telah pun keluar untuk menziarahi kawan. Mak berada di rumah sebelah. Sekarang tinggal aku dan Afiq sajalah. Ya Allah aku rasa sunyi tanpa abang Aryan. Berilah aku kesempatan untuk berjumpa dengannya. Sungguh aku sangat merinduinya.
Akan adakah keajaiban itu? Aku pun tak tahu. Aku rasa raya tahun ini tidak bermakna bagiku tanpa suami di sisi.

Kelopak mataku mula berkaca. Aku tak boleh begini. Kalau Afiq Nampak pasti dia sedih. Pantas aku meraup muka dan menyeka air mata di hujung tubir mata. Aku cuba ukirkan senyuman yang paling manis buat Afiq.

“ Assalamualaikum…” aku tersentak. Pergerakan ku untuk ke dapur bersama Afiq tergendala.
“ waalaikumussalam…” jawabku lalu menoleh ke arah pintu.

“ sayang…” aku terkedu. Air mataku tak semena-mena mangalir keluar.
“ papa!!” Afiq sudah pun berlari mendapatkan papanya.

“ a..abang. a.. abang kah itu?” soalku tersekat-sekat dengan suara yang serak.

“ ya sayang. Abang ni. Papa Afiq.” Aku mengucap syukur di hati. terima kasih Ya Allah kerana aku dapat bertemu kembali dengan suamiku.

Pantas aku mendapatkan Aryan dan memeluknya. Afiq yang berada dalam dukungan Aryan turut ku peluk.
“ abang.. Natrah rindukan abang sangat-sangat.” Luahku dalam tangisan.
Pelukan di leraikan. Air mataku di sekanya. Sudah lama aku tidak berasa perasaan begini.
“ abang pun. Maafkan abang kerana baru balik.” Aku menggeleng.

“ Natrah tak salahkan abang. Sekarang Natrah rasa gembira sangat-sangat. Abang dah sembuh kan?” soalku sambil menatap wajah yang amat aku rindui selama ini.
“ Alhamdulilah sayang. Atas berkat usaha dan doa orang ramai. Abang sembuh.” Aku tersenyum.

“ anak papa ni kenapa? Diam je..” pandangan kami berdua teralih pula kepada putera kami.
“ yalah.. dari tadi papa dan mama tak habis-habis asyik duk cakap je. Mana Afiq ada peluang nak cakap.”  

Ketawa kami berdua meletus. Pantas Aryan membawanya dalam dukungan.

“ maafkan papa. Nakal ye anak papa ni..” hidungya di cuit.

Aku hanya mampu tersenyum  akan telatah mereka beruda. Sesungguhnya aku amat merindui suasana sebegini. Alhamdulilah sekali lagi dan syukur sangat. Terima kasih Ya Allah atas keajaiban-Mu. Sungguh aku tak mampu membalas jasa-Mu melainkan doa.
Semoga kebahagiaan kami akan berkekalan….

~TAMAT~


Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers