Air mataku mengalir lagi. Betapa murahnya air mataku hari
ini. Hati ini amat merindui dia. Sangat-sangat merindui suamiku yang tercinta.
Sudah dua bulan dia pergi menghilangkan diri tanpa berita.
Ya Allah.. abang. Kamu di mana? Kamu tak rindukan kami
berdua ke?
“ mama…” pantas air mataku seka.
“ ya sayang..” aku melihatnya dengan senyuman.
“ bila papa nak balik?” aku tersentap. Ya Allah anakku. Macam mana mama nak beritahu kamu. Sedangkan mama pun tak tahu.
Kepalanya ku usap.
“ sabar ya sayang. Tak lama lagi papa baliklah tu. Sabar ya.. jom kita turun. Nanti dah nak berbuka. Anak mama ni puasa kan?”
“ pastilah mama. Kalau tak puasa berdosa.” Aku tersenyum.
Muhamad Afiq bin Aryan. Itu adalah cahaya mataku dan Aryan. Baru mencecah 5 tahun. Tapi dah faham perasaan mama sendiri.
“ mama.. cepatlah.”
“ ya sayang..”
*****
“ macam mana Ju? Kau dah dapat berita tentang suami aku?”
Gelengan Ju buat aku mengeluh.
“ sabar ya… aku tahu kau seorang yang kuat. Insya-Allah Hafiz akan cuba lagi cari suami kau. Aku yakin kebolehan dia.” Aku tersenyum hambar.
“ terima kasih Ju. Jasa kau dan suami kau amat aku hargai.”
Ucapku.
“ kan kita kawan. Kawan akan saling membantu tidak kira dalam keadaan susah ataupun senang. Kan?” aku hanya mengangguk.
“ kalau kau tak ada aku pun tak tahulah. Terima kasih
sangat. Okeylah. Aku kena pergi ambil Afiq dulu ni. Lepas tu kita jumpa di
pejabat.”
“ yelah. Hati-hati di jalan raya.” Aku tersenyum lalu mengorak langkah ke kereta.
“ macam mana dengan sekolah? Okey?” soalku lalu
mendukungnya.
“ best sangatlah mama. Cikgu ajar macam-macam.” Aku
tersenyum lalu membawanya masuk ke dalam kereta.
“ mama.. Afiq nak Tanya sikit boleh?” soalnya ketika aku sedang memandu.
“ tanyalah.”
“ tadi cikgu ada Tanya Afiq. Mana papa?” aku tersentak.
Ya Allah.. apa lagi jawapan yang harus aku berikan. Afiq tak
bersalah dan tak berhak di tipu. Tapi takkan aku nak beritahu dia yang papa dia
lari entah ke mana. Ya Allah bantulah hamba.
“ mama… kereta!!” aku tersedar. Pantas aku mengelak daripada
sebuah kereta daripada terlanggar.
Aku memberhentikan kereta di tepi jalan. Ya Allah apa yang aku telah buat tadi. Hampir saja aku mencederakan Afiq.
“ mama okey ke?” aku menoleh ke arah Afiq. Aku tersenyum.
“ mama okey. Maafkan mama ya sayang. Mama tak sengaja.” Afiq ku tarik ke dalam pelukan.
Abang.. abang tahu tak yang Natrah sangat rindukan abang.
Natrah amat memerlukan abang ketika ini. Kenapa abang harus pergi di saat
Natrah rasa susah sangat untuk hadapinya seorang diri. Kenapa bang…
Air mataku gugur jua akhirnya. Aku memang kalah dengan air mata.
“ mama… jom cari papa nak?” pelukan ku eratkan. Mama sedang
usaha cari papa sayang.
“ mama… jangan nangis.” Aku tersenyum lalu leraikan pelukan.
“ jangan nangis mama. Papa ada pesan yang kalau mama nangis, papa akan nangis juga.” Aku ketap bibir sekuat hati.
Ya Allah sememangnya kanak-kanak tak pandai menipu. Abang..
anak abang ni rindukan abang.
Setiap kali aku lihat Afiq pasti aku sangat merindui Aryan.
Wajahnya persis ayahnya.
“ mama akan cuba ya sayang..” ujarku sambil mengusap
bahunya.
“ janji ya mama? Afiq tak nak papa marah sebab biarkan mama
menangis. Afiq dah janji dengan papa.”
Aku tersenyum lalu mengangguk.
“ ya.. mama janji.”
Sesungguhnya apa yang terjadi di sebalik semua ini pasti ada hikmah di sebaliknya. Abang.. Natrah akan tetap tunggu abang. Natrah harap kita dapat raya bersama tahun ini. Natrah dan Afiq akan setia menunggu abang.
*****
“ mama!!!”
Aku tersentak saat mendengar jeritan Afiq dari bilik. Aku
yang berada di dapur segera menuju ke bilik Afiq.
Sampai saja di bilik. Aku lihat Afiq sedang menangis.
“ sayang.. kenapa ni? Kenapa nangis? Cuba beritahu mama…”
pujukku sambil mengusap rambutnya.
“ a..afiq.. mimpi papa ke.ke..malangan…” ujarnya dalam
esakan.
Usapanku terhenti.
“ Afiq takut mama. Afiq takut kalau papa betul-betul dah
pergi tinggalkan kita.”
Aku tersenyum hambar. Kuatkan hati ku Ya Allah.
“ Afiq.. itu Cuma mainan tidur. Jangan risaulah. Papa takkan
tinggalkan kita. Papa Cuma ada urusan yang perlu di uruskan.” Ujarku tenang.
“ tapi Afiq tetap takut kalau papa..” aku menggeleng laju.
“ tak sayang. Percayalah kata mama. Nanti papa pasti balik.
Ya sayang…”
Afiq mengangguk perlahan. Air matanya ku seka. Hati ibu mana yang tidak sedih saat melihat anaknya turut menderita.
Hari ini sudah genap 20 hari umat Islam berpuasa. Tapi Aryan
belum balik. Sebarang berita masih belum ku dapat daripada Ju dan suaminya
Hafiz. Sedih hati ini terpaksa ku tahan.
Ini semua demi kebaikan Afiq.
*****
Kini aku sedang berada di Mall untuk mencari barang
keperluan raya untuk Afiq. Waktu malam menjadi pilihanku kerana aku tidak
sibuk. Afiq pun lebih senang memilih.
“ mama..mama.. tahun ni kita pakai baju warna hijau ya. Nanti masa papa balik.. pasti papa suka. Kan papa suka warna hijau. Ye mama?” aku tergamam saat mendengar kata-kata Afiq.
“ ikut suka Afiqlah. Yang penting Afiq suka. Ya sayang..”
Aku melihat baju melayu yang berada di hadapan mataku ketika
ini. Rasa sebak kembali menular di hati. Aku bagaikan melihat Aryan sedang
memakai baju melayu yang berwarna hijau ini. Rasa sedih aku tidak mampu
bertahan lagi saat melihat sebuah keluarga yang turut menggayakan baju mereka.
Ya Allah tabahkan hati ku untuk menempuhi semua ini. Aku tahu aku terlalu lemah tapi kuatkan aku untuk tempuhi semua ini bersama anakku.
“ mama.. jangan nangis.” Suara Afiq buat aku tersedar. Aku
tersenyum.
“ taklah sayang. Mana ada mama menangis.”
“ tapi mata mama merah.” Aku terus cuba ukir senyuman.
“ betul mama tak nangis. Mata mama masuk habuk lah. Pergilah Afiq tengok baju yang Afiq suka. Mama belanja.”
“ okey..”
Mujur ada Afiq saat hati aku sedih dan tak kuat tempuhi semua ini.
Tiba-tiba bahuku di cuit. Aku menoleh ke belakang.
“ awak Natrah kan?” soal seorang lelaki yang tidak pernah aku kenali.
“ erk… ya..” dia tersenyum.
“ saya F arid. Kawan suami awak Aryan.” Aku tersentak.
“ awak kenal suami saya jadi awak mesti tahu suami saya ada
di mana kan?” soalku penuh mengharap.
Kerutan di dahinya kembali meruntuhkan harapanku.
“ kenapa dengan Aryan.setahu saya dua bulan lepas saya jumpa
dia, dia okey je.”
Ternyata Farid ni pun tak tahu.
“ panjang ceritanya Farid.” Aku menoleh melihat Afiq yang
tekun memilih pakaian yang dia suka.
“ tak apa. Awak ceritakan kepada saya. Jom kita pergi minum. Sambil itu awak boleh ceritakan kepada saya.” Aku menilik jam.
“ okeylah. Kejap saya nak panggil anak saya.”
Aku mengorak langkah ke arah Afiq.
“ sayang.. jom kita pergi makan dulu. Nanti kita datang
balik.” Pujukku.
“ okey mama..” aku tersenyum dan memimpinya keluar dari
kedai.
“ sebelum dia pergi kerja masa tu. Ada tak dia pesan atau
berkelakuan aneh terhadap awak?”
“ tak de pula. Tapi apa yang saya ingat, dia pesan kepada
saya supaya jaga Afiq sebaik mungkin sepanjang dia tiada di rumah. Dan masa tu
layanan dia amat berlainan daripada sebelumnya.”
Dan masa tu Aryan memberi kucupan di dahiku begitu lama. Ya Allah apa yang sebenarnya telah terjadi kepada suamiku.
“ saya Cuma ambil tak kisah pada mulanya sebab saya ingat
dia hanya tunjukkan kasih sayang. Tapi
selepas itu, dia tidak balik-balik dan telefon pun tak. Saya telefon pun
langsung tak dapat. Laporan sudah di buat. Pihak polis pun masih belum menemuinya.”
Jelasku.
“ mungkin masa itu dia dah tahu yang dia takkan dapat balik ke rumah. Awak ada perasan atau ada tak dia buat kerja yang bagi awak pelik. Ada?”
Aku berfikir sejenak.
“ tak pula. Erk… kali terakhir awak jumpa dia di mana?”
“ masa tu saya jumpa dia di Mall. Keadaan dia masa tu
kelihatan ceria. Saya Tanya dia kenapa. Dia kata nak bagi surprise untuk
keluarga dia. Jadi saya tak ambil tahu dengan lebih lah.”
“ masa tu awak ingat tak bila? Tarikh?” soalku penuh mengharap.
“ seingat saya masa tu… erk… awal bulan 5. Ya..” aku
tersentak.
Sama ada 1 atau 2 hari bulan. Dua tarikh tu adalah tarikh yang paling bermakna buat kami berdua. Aryan pergi masa tu dalam 5 haribulan. Dah berlalu dah hari penting kami. Jadi apa masalahnya ni?
“ awak boleh tolong saya kan? Tolong carikan Aryan. Kami
berdua sangat merinduinya. Kami harap pada Syawal nanti dia akan berada bersama
kami. Tolong ya?” pimtaku lalu melihat Afiq yang sudah terbaring di pahaku.
“ insya-Allah. Saya akan usahakan. Awak jangan risaulah. Saya yakin yang dia berada dalam keadaan yang baik-baik saja.” Aku Cuma tersenyum.
Mudah-mudahan.
*****
Keriuhan Afiq bersama
sepupunya masih tidak mampu untuk
buat aku rasa lebih tenang. Suamiku masih belum pulang. Lagi dua hari
menjelang raya. Tapi sebarang berita daripada Aryan langsung tidak aku dapat.
Adakah dia benar-benar sudah lupakan kami berdua? Adakah dia memang sudah pergi tinggalkan kami. YA ALLAH bantulah hamba. Berilah hamba petunjuk-Mu.
“ Natrah…” aku menoleh ke kiri.
“ ya mak…”
“ kamu menungkan apa tu?” soal ibu mertuaku. Keluarga mereka
sendiri pun tak tahu di mana Aryan berada sekarang.
“ tak ada apa-apalah.”nafiku lalu tersenyum.
“ mak tahu kamu rindukan Aryan.” Aku tersentap tapi masih
tersenyum. Aku melihat keletah Afiq dan anak buahku yang lain. Sangat meriah.
Kan bagus kalau aku pun dapat jadi macam tu.
“ sabarlah Natrah. Mak yakin yang Aryan akan balik juga raya ni. Sabar ya sayang. Allah sedang menguji kamu tu.” Aku hanya mampu tersenyum.
“ terima kasih mak. Mak sajalah tempat saya mengadu selain
abang Aryan.” Ucapku.
“ tak ada apalah. Lagipun kamu sudah mak anggap seperti anak mak sendiri. Sudahlah tu. Pergilah main sekali dengan anak kamu tu. Seronok sangat mak tengok tu. Mak pergi dapur dulu.”
Aku tersenyum dan terus-terusan melihat keletah Afiq.
Abang.. anak abang ni semakin membesar. Dah makin matang pun dia. Abang tak teringin ke tengok anak abang yang hensem ni…
“ Natrah…” aku menoleh ke belakang.
“ ya kak Ita..” Kak Ita atau Jesnita merupakan kakak ipar
aku.
“ kakak ada perkara sikit nak beritahu kamu ni.” Kak Ita mengambil tempat di sebelahku.
“ nah…” aku mengerutkan dahi melihat surat yang di hulurkan
kak Ita.
“ surat apa ni kak?” soalku langsung mengambil huluran surat itu.
“ kamu baca dulu baru kamu tahu. Kakak juga nak minta maaf
kerana tidak beri surat ini lebih awal. Kakak masuk dulu.”
Langkah kak Ita di biarkan sepi. Surat yang berada di genggaman ketika ini amat kun anti-nanti untuk di buka. Tapi bersediakah aku? Hati aku mengatakan yang surat ini daripada Aryan. Ya Allah kuatkan hati aku.
Dengan perlahan ku membuka kepingan surat itu.
Salam sayang buat isteriku yang tersayang Natrah…
Abang minta maaf jika pemergian abang selama ini buat Natrah
dan Afiq sedih. Abang minta maaf sangat-sangat kerana tinggalkan kalian. Abang
tahu abang salah tapi abang terpaksa sayang. Abang pasti semasa Natrah membaca
surat ini abang sudah lama pergi.
Natrah..
Sebenarnya abang terpaksa tinggalkan kalian berdua atas
sebab. Kalau boleh abang pilih. Abang ingin bersama dengan keluarga kita.
Bersama Afiq. Tapi kesihatan abang lebih penting jika inginkan keluarga
bahagia.
Abang minta maaf kerana abang tidak beritahu rahsia ini terlebih awal. Abang tak sanggup. Maafkan abang sangat- sangat. Sebenarnya abang sedang menghidap penyakit kanser hati tahap 3. Sudah 2 bulan lebih abang hidapi penyakit ini. Tapi sengaja abang tak beritahu seba tak nak Natrah risau.
Maafkan abang sekali lagi. Abang akan usaha untuk sembuhkan
penyakit abang ni dan sedang menunggu penderma yang sesuai. Abang juga tidak
beritahu Natrah kerana abang tak nak Natrah berkorban untuk abang. Abang tak
nak kerana Natrah sudah banyak berkorban untuk abang. Abang tak mahu tambahkan
lagi rasa bersalah di hati kita berdua.
Insya-Allah kalau ajal abang masih panjang. Hari Raya ini kita akan bertemu sayang. Tapi kalau tidak harap maafkan abang ya sayang. Sesungguhnya abang tidak meminta semua ini terjadi. Abang juga doakan semoga Afiq dapat menjadi insan yang Berjaya dan dapat menjaga mamanya. Kirim salam sayang abang kepada Afiq.
Abang rasa sampai disini saja. Abang harap Natrah dapat
harungi semua ini dengan tabah. Terima kasih juga kerana telah buat hidup abang
lebih bermakna dengan hadirnya kalian berdua. Akhir kata selamat hari raya ya
sayang. Beritahu juga Afiq yang abang tidak akan lupakan dia.
Yang ikhlas suamimu Aryan..
Surat itu ku peluk erat. Air mataku laju turun tanpa henti.
Sungguh aku langsung tidak duga semua ini akan terjadi kepada Aryan. Ya Allah
aku memohon pada-Mu sangat-sangat. Sembuhkanlah suamiku yang sedang berperang
dengan penyakitnya itu.
Aku sangat meminta pada-Mu. Sekurang-kurangnya berilah aku
dan Afiq untuk bertemunya buat kali terakhir pada hari raya ini. Sesungguhnya
aku belum bersedia dengan semua ini.
Ya Allah…
*****
“ abang.. makan ubat
ni. Abang masih belum sembuh sepenuhnya lagi.”
Ubat ku hulurkan kepada Aryan. Dia menyambut dengan
senyuman.
“ terima kasih sayang. Afiq mana?” aku tersenyum lalu mengurut
kakinya.
“ apa lagi kalau tak main dengan sepupu dia tu. Itu jela
kerjanya.”
Aryan ketawa kecil. Aku hanya mampu tersenyum.
Sungguh aku tak sangka dapat bersama kembali dengan suamiku
Aryan. Aku sangat bersyukur saat berjumpa dengannya pada hari raya dua minggu
yang lepas. Semua itu bagaikan mimpi. Tapi tidak dan aku sangat berterima kasih
kepada Allah.
Kerana Dia aku dapat bersama lagi dengan Aryan. Alhamdulilah
juga kerana dia semakin sembuh selepas membuat pembedahan tanpa pengetahuan
kami sekeluarga.
*****
Rasa sebak hadir saat mendengar suara azan Raya pada pagi
raya ini. Orang pertama yang aku ingin jumpa adalah Aryan. Tapi aku tahu tahu
dia di mana dan adakah dia dalam keadaan sihat.
Ibu.. ayah… selamat hari raya Natrah ucapkan. Semoga roh
kalian di cucuri rahmat.
Selepas balik daripada menziarahi kubur orang tuaku. Aku
mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Ju dan Hafiz. Mereka berdua telah
banyak membantu aku dalam pencarian Aryan. Tapi kini tidak lagi kerana aku
sudah tahu apa punca yang menyebabkan Aryan menghilang dengan tiba-tiba.
Selepas itu aku terus balik ke rumah mertuaku. Afiq
kelihatan sangat ceria pagi itu. Aku yang sedih berubah ceria dengan perlahan
gara-gara Afiq. Terima kasih anakku.
“ mama..mama..bawalah kuih raya ke depan.” Ujar Afiq dengan senyuman cerianya.
“ ya sayang. Nanti mama bawa.” Aku bawa apa yang patut ke
hadapan.
Kak Ita dan keluarganya telah pun keluar untuk menziarahi kawan. Mak berada di rumah sebelah. Sekarang tinggal aku dan Afiq sajalah. Ya Allah aku rasa sunyi tanpa abang Aryan. Berilah aku kesempatan untuk berjumpa dengannya. Sungguh aku sangat merinduinya.
Akan adakah keajaiban itu? Aku pun tak tahu. Aku rasa raya
tahun ini tidak bermakna bagiku tanpa suami di sisi.
Kelopak mataku mula berkaca. Aku tak boleh begini. Kalau
Afiq Nampak pasti dia sedih. Pantas aku meraup muka dan menyeka air mata di
hujung tubir mata. Aku cuba ukirkan senyuman yang paling manis buat Afiq.
“ Assalamualaikum…” aku tersentak. Pergerakan ku untuk ke dapur bersama Afiq tergendala.
“ waalaikumussalam…” jawabku lalu menoleh ke arah pintu.
“ sayang…” aku terkedu. Air mataku tak semena-mena mangalir keluar.
“ papa!!” Afiq sudah pun berlari mendapatkan papanya.
“ a..abang. a.. abang kah itu?” soalku tersekat-sekat dengan suara yang serak.
“ ya sayang. Abang ni. Papa Afiq.” Aku mengucap syukur di
hati. terima kasih Ya Allah kerana aku dapat bertemu kembali dengan suamiku.
Pantas aku mendapatkan Aryan dan memeluknya. Afiq yang berada dalam dukungan Aryan turut ku peluk.
“ abang.. Natrah rindukan abang sangat-sangat.” Luahku dalam
tangisan.
Pelukan di leraikan. Air mataku di sekanya. Sudah lama aku
tidak berasa perasaan begini.
“ abang pun. Maafkan abang kerana baru balik.” Aku
menggeleng.
“ Natrah tak salahkan abang. Sekarang Natrah rasa gembira sangat-sangat. Abang dah sembuh kan?” soalku sambil menatap wajah yang amat aku rindui selama ini.
“ Alhamdulilah sayang. Atas berkat usaha dan doa orang
ramai. Abang sembuh.” Aku tersenyum.
“ anak papa ni kenapa? Diam je..” pandangan kami berdua teralih pula kepada putera kami.
Ketawa kami berdua meletus. Pantas Aryan membawanya dalam dukungan.
“ maafkan papa. Nakal ye anak papa ni..” hidungya di cuit.
Aku hanya mampu tersenyum akan telatah mereka beruda. Sesungguhnya aku amat merindui suasana sebegini. Alhamdulilah sekali lagi dan syukur sangat. Terima kasih Ya Allah atas keajaiban-Mu. Sungguh aku tak mampu membalas jasa-Mu melainkan doa.
Semoga kebahagiaan kami akan berkekalan….
~TAMAT~
No comments :
Post a Comment