Sakitnya kaki aku ni. Gara-gara dialah aku jadi macam ni.
Macam manalah aku boleh berjumpa dengan mamat macam tu. Tak boleh tahan aku.
Nasiblah aku ni penyabar juga. Tengoklah kalau aku ditakdirkan berjumpa dengan
dia lagi, pasti aku kerjakan dia cukup-cukup.
Tapi mama aku kata tak boleh berdendam dengan orang.
Walaupun orang tu buat hati kita sakit. Sabar jelah. Bak kata orang dulu-dulu
tak baik berdendam nanti bertukar suka. Ye ke? Jadi aku kena lebih jadi
penyabar.
Lagipun tahun ni kan aku nak ambil SPM jadi rasa sabar dan
reda tu kenalah meningkat sikit. Papa dan mama aku kata orang perempuan ni tak
elok sikap dia kalau tak bersabar. Kata papa dan mama aku pegang sehinggaah
hari ini.
Terlupa pula. Cerita panjang-panjang sampai lupa nak
perkenal diri. Heheh…
Noor Eryna Binti Malik. Itulah nama aku. Nama famoust aku
kat umah ialah akak. Manakala dekat sekolah ialah Rin. Banyak sebenarnya telah
berlaku dalam hidupku ini. Kalau nak tahu lebih lanjut. Jom kita ikuti kisah
aku ini.
*****
“ kaki kau ok?” soal Siti yang merupakan kawan baik aku dari
kecil lagi.
“ ok.” Balasku bersahaja.
“ kau tak marah mamat tu ke?” soal dia lagi dan buat tumpuan
aku untuk membaca pun terganggu.
“ Siti. Semalam memang aku marah dan geram. Tapi selepas aku
fikir-fikirkan balik kata-kata papa dan mama aku. Rasa marah dan geram itu
beransur hilang. Lagipun aku kena belajar bersabar. Mungkin dia tak sengaja.”
Ujarku dengan jelas.
Tak sengaja? Yelah tu. Haha…
“ baguslah. Aku suka dengan sikap kau ni. Macam nilah kawan
aku.” Aku Cuma tersengih.
“ kenapa… selama ni aku bukan kawan kau ke?” soalku bernada
sindir.
“ mestilah kawan. Walau apapun yang terjadi, kau tetap kawan
aku.” Aku tersenyum.
“ Rin!!” panggilan seseorang buat aku dan Siti menoleh.
“ kenapa?” soalku kepada Zatul. Bukan penyanyi mentor 6 tu
ya. Hehe..
“ cikgu panggil kau.” Aku tersentak.
“ kenapa pula? Aku ada buat salah ke?” soalku bernada risau.
“ haah. Kenapa?” soal Siti pula.
“ bukanlah. Aku tak tahu. Tapi kau jangan risaulah. Kau tak
ada salah.” Aku tersengih.
“ oklah. Siti boleh ikut kan?” Zatul hanya mengangguk lalu
beredar pergi.
“ APA?” aku dan Siti hampir nak pengsan apabila mendengar
kenyataan cikgu. Sungguh terkejut. Apatah lagi aku.
“ kenapa saya pula cikgu. Kan ramai lagi orang yang berkebolehan.
Saya tak lah sehebat mana.” Bela diriku.
“ cikgu pilih kamu sebab kamu berkebolehan. Kalau orang lain
cikgu tak boleh nak harap. Tapi dengan kamu cikgu jadi yakin sedikit. Kamu
jangan risau yang lain itu. Itu semua cikgu akan uruskan dan tolong kamu.” Aku
mengeluh dalam hati.
“ tapi cikgu saya rasa tugasan ini sangat berat. Kalau saya
tak boleh buat yang terbaik bagaimana?”
Cikgu Mira tersenyum.
“ cikgu yakin kamu boleh buat. Percayalah. Jangan risau Siti
boleh temani kamu.” Siti mengangguk lalu menepuk bahuku perlahan.
“ yelah. Tapi kalau saya tak boleh bawa kemenangan kepada
sekolah kita. Saya minta maaf ya.” Ujarku.
“ adat perlawanan Rin. Kamu jangan risau. Asalkan kamu sudah
berusaha.” Nasihat cikgu Mira bersama senyuman. Cikgu ni memang tak pernah
lekang dengan senyuman.
“ baiklah. Saya terima.” Putusku. Mereka berdua hanya
tersenyum lega. Aku harap aku dapat buat yang terbaik. Yalah aku di pilih masuk
pertandingan balas pantun tu. Dahlah aku ni kurang pandai dalam bab tu. Tapi dah
cikgu pilih. So tak boleh nak buat apa dah. Aku harap boleh bawa kemenangan.
Amin…
*****
Huarrhhh!!!
Hari ini sudah berapa kali dah aku menguap. Bangun lewat pun
masih juga nak menguap. Mujur juga lah aku `cuti’. Jadi bolehlah bangun lambat.
Dan nasib jugalah hari ini cuti. Bila teringatkan tentang pertandingan itu.
Kecut perut juga aku ni. Lagi seminggu je ni.
Dengan bantuan cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Aku dapatlah
juga mereka-reka dan membuat pantun. Ya Allah macam manalah nanti. Dahlah lawan
dengan 10 buah sekolah. Huhu…
“ akak! Belum bangun lagi ke?” laung ibu dari bawah.
“ bangun dah. Nanti akak turun.” Sahutku. Aku kena bersiap
cepat. Kejap lagi papa marah pula anak dara bangun lewat.
“ macam mana dengan persediaan akak?” soal papa di meja
makan.
“ alhamdulilah. Bolehlah sikit-sikit. Tapi akak masih
lemahlah.”
“ takpa. Usaha. Lagi seminggu kan?” soal mama. Aku hanya
mengangguk.
“ papa dan mama akan sentiasa sokong akak dari belakang.
Ingat tu.” Aku hanya tersenyum.
“ terima kasih papa dan mama. Akak janji akak akan buat yang
terbaik.”
“ Insya-Allah kamu boleh lakukan.” Ujar papa. Aku hanya
mengangguk.
“ kejap lagi akak pergi siap-siap. Kita nak keluar.” Aku
mengangkat kening.
“ pergi mana?”
“ jalan-jalan. Tenangkan fikiran akak tu. Tak boleh kalau stress
sangat. Nanti satu apa pun tak leh nak fikir.” Ujar papa. Aku tersengih.
“ terima kasih papa. Oklah akak pergi siap..” ujarku lalu
berlalu ke bilik.
Aku ni sebenarnya anak tunggal dalm keluarga. Sebab tu lah
mama dan papa aku terlalu sayangkan aku. Aku pun tak bolehlah buat mereka
kecewa. Jadi aku harus berusaha lebih.
*****
Suasana di mall masa itu sungguh riuh. Orang terlalu ramai.
Biasalah hari minggu macam ni. Ramai orang akan datang. Begitu jugalah dengan
aku. Hehe…
“ akak… kalau nak apa-apa beritahu je. Papa belanja hari
ini.” Ujar papa dan buat aku tersenyum girang.
“ betul ni. Tak marah?” soalku kembali.
“ betul.” Aku hanya mengangguk bersama senyuman.
Kami ambil keputusan untuk masuk dalam Jusco. Dalam tu
terdapat banyak barang. Dari satu baris ke satu baris kami bergerak. Tapi aku
satu apa pun tiada menarik untuk di beli.
“ akak tak nak apa-apa?” soal mama.
“ belum ada yang menarik perhatian akak la ma.” Ujarku
sambil memaut lengan mama. Kami memang begini. Papa di belakang hanya tersenyum
dan berjalan saja ke mana arah kami pergi. Macam pengawal pula. Hehe…
Sampai saja di depan buku Popular, aku tertarik untuk masuk.
Jadi aku menarik mama dan papa untuk masuk ke dalam.
“ akak nak novel boleh?” soalku kepada papa.
“ ikut suka kamulah. Asalkan kamu gembira.” Aku tersenyum.
“ thnks pa. mama jom ikut.” Ajakku.
Kami pun berlalu ke bahagian baris yang terletaknya novel.
Sampai saja di situ, aku tunggu apa lagi, terus capai dan baca synopsis dia.
Mama pun turut begitu. Papa menghilang ke tingkat 2. Kami sekeluarga memang
minat membaca. Aku dan mama memang sukakan novel. Mungkin aku ikut sikap mama.
Hehe…
Selepas di belek-belek beberapa buah buku. Aku mengambil
keputusan untuk membeli dua buah novel daripada penulis kegemaran ku. 566 Hari
Mencari Cinta dari Ilya Abdullah dan Akhirnya Aku Kahwin dari Herna Diana.
Penulis ni memang Awesome la….
“ akak dah habis pilih?” soal mama. Aku hanya mengangguk.
“ mama ambil buku apa?” soalku kembali.
“ Maaf Jika Aku Tak Sempurna dari Acik Lana. Wow ma.. novel
terlaris dan best ni. Nanti akak boleh pinjam erk?” mama menjeling manja.
“ kamu ni. Mesti lah boleh.” Aku tersengih.
Yay… novel tu best kowt… mesti layan. Mujur mama minat novel
juga. Kalau tak aku tak dapat baca banyak-banyak. Heheh…
“ macam mana?” aku dan mama menoleh apabila mendengar suara
papa.
“ sudah. Papa ambil buku apa tu?” soalku.
“ buku cara mencipta pantun dan segalanya. Baik untuk kamu.”
Aku tersenyum.
“ Wow….”
“sudahlah. Jom kita gerak. Nanti lambat pula sampai rumah.”
Aku dan mama hanya mengangguk.
Bagi aku papa dan mama memang sporting. Sangat-sangat
sporting. Heheh…
Aku melihat sekeliling. Kelibat papa dan mama masih belum
kelihatan. Aku sedang berada di depan kedai Popular. Tengah tunggu papa dan
mama habis bayar. Lambat juga. Yelah orang ramai beratur.
Tiba-tiba aku terdengar perbualan seorang lelaki dan
perempuan di belakang.
“ awak ni kenapa?” soal lelaki sebab suara tu lelaki. Aku
tak berani menoleh sebab nanti aku takut kena belasah sebab dengar perbualan
orang.
“ kenapa dengan saya? Awak tu yang salah.” Ujar si perempuan
pula. Mungkin bagi membela diri.
“ saya dah tak tahanlah dengan awak. Mujur juga saya belum
sayangkan awak sepenuh hati.” tudia… kira mereka ni pasangan couple lah ni.
Zaman la macam-macam.
“ awak. Kenapa ni? Apa salah saya. Saya Cuma bercakap je
dengan dia. Salah ke?”
Owh.. kes jeles lah ni.
“ cakap apanya sampai berpegang tangan. Saya tak sangka awak
macam ni. Saya ingat awak orang baik-baik. Tapi perbuatan awak tadi jelas
menunjukkan awak ni perempuan murahan!”
Aku tertelan air liur. Biar betul mamat ni. Kesian perempuan
tu. Siapa agaknya terdengar perbualan mereka. Aku rasa aku je.
“ awak. Sampai hati awak cakap saya macam tu. Awak yang
terima saya buat apa?”
Lorh..
“ sebab awak yang beria-ria nak akan saya. Saya sudah cukup
rimas tahu tak. Mulai hari ini dan detik ini. Saya dan awak sudah tiada apa-apa
lagi hubungan. Lagipun saya nak tumpu kepada SPM. Jadi awak pergilah dekat
jantan tadi tu.”
Aku melihat lelaki itu berlalu di depan aku. Rasanya nak
lari dari perempuan tu.
“ awak.. jangan lah macam ni.”
Aik? Tak malunya perempuan tu. Sampai terkejar-kejar. Tak
pakai tudung rupanya. Tapi kalau dia pakai tudung lagi comel. Kesian lelaki
tadi. Tapi ok juga dia putuskan hubungan. Kan dia kata nak ambil SPM. Bagus tu.
Tindakan yang bagus.
Saya bangga dengan awak. Cheh.. apasal pula dengan aku ni.
Hehe… tapi kenapa ya aku macam pernah Nampak muka lelaki tadi. Ah… perasaan aku
je tu. Lagipun dari sisi pula aku tengokk. Mana nak cam. Hurmm..
“ akak!” aku tersentak dan jadi terpinga-pinga.
“ akak ni tengok apa sampai mama dan papa panggil pun tak
menyut.” Ujar mama. Aku tersengih sambil tergaru-garu kepala yang tidak gatal.
“ sorry. Leka sangat tadi tengok dua orang manusia.” Bela
diriku. Papa dan mama hanya tergeleng-geleng.
Aku Cuma mampu tersengih. Apalah aku ni. Lain kali jangan
buat macam tu dah. Buat malu je. Huhu..
*****
Gementar. Takut. Gelisah. Risau. Macam-macam perasaan ada
dekat aku ketika ini. Yalah sebentar je lagi aku akan di bawa ke sekolah lain
untuk berlawan dalam pertandingan berbalas pantun itu. Ya Allah bantulah ku di
saat aku susah untuk menjawab dan membalas pantun tu nanti. Huhu…
Ya Allah. Ramainya orang. 10 buah sekolah. Wakil sekolah
dalam 5 orang. Aku, adik form 4, kakak form 6, dan dua orang adik form 3.
Merekalah yang wakil sekolah termasuk aku. Aku tengok latihan mereka boleh
tahan juga dari aku ni. Takutnya hanya Allah saja yang tahu.
“ kau sudah bersedia?” soal Siti. Aku hanya mengangguk.
“ ok pelajar. Selepas ini giliran kamu. Cikgu harap kamu
dapat buat yang terbaik. Tak menang pun tak apa aslkan kamu sudah buat yang
terbaik.” Sokong cikgu Mira. Kami hanya mengangguk dan tersenyum.
“ akak. Kalau adik ada buat salah, maafkan ya.” Ujarku
kepada kakak form 6 itu.
“ kita sama-sama perbetulkan. Boleh?” aku mengangguk lantas
tersenyum.
Sebelum masuk ke dalam dewan, aku menarik nafas dalam-dalam
dan hembuskannya. Siti yang sentiasa menyokong buat aku lega sedikit. Cikgu
yang mengharap buat kami bersemangat. Aku harap dapat buat yang terbaik. Amin…
“ dipersilakan pelajar dari SMKSRI MUDA dari Penaga.” Kami
pun masuk apabila di panggil juruacara.
Aku mengambil tempat di hujung sekali. Taklah rasa gugup
sangat nanti.lawan kami adalah sekolah MRSMSKB. Mereka aku rasa hebat juga.
“ baiklah sudah sedia?” kami semua hanya mengangguk.
“ baiklah. Kita mulakan dengan pantun ini. Selepas itu kita
mulakan dari sekolah Penaga.” Aku sudah
bersedia.
*****
“ Tahniah!!” jeritan kawan sekelas ku buat aku dan Siti
terkejut beruk. Mana tak nya. Sedap-sedap berjalan, lepas tu tak sampai nak
masuk tiba-tiba ada orang menjerit. Memang terkejutlah. Gila betul mereka ni.
“ Tahniah Rin.” Ucap Zatul.
“ terima kasih. Macam mana korang boleh tahu ni.” Ujarku.
“ adalah.” Aku dan Siti hanya menjongket bahu.
“ kau boleh sangka tak , boleh menang?” soal Zatul lagi.
“ entahlah. Aku bagai di awangan, tak sangka aku boleh
menang.” Berpantun lah pula. Haha…
“ eleh.. lepas menang terus berpantun. Kah…kah..kah..” aku
hanya tersengih.
“ Rin. Tahniah.” Ucap Zimi pula. Aku hanya tersenyum. Kawan
lelaki sekelas aku ni kan…kebanyakan baik-baik belaka. Aku pun tak rapat sangat
dengan mereka. Lagipun bukan muhrim kan.
“ petang ni kita keluar nak?” cadang Zatul.
“ ke mana?” soal Siti.
“ ke megamall. Kita jalan-jalan sambil tu kita belanja Rin
sebab menang. Nak?” aku tersenyum
girang.
“ are you sure? Mahu
belanja aku?” soalku dengan ceria.
“ aku serius lah. Tapi tak taw lah kalau kawan kita yang
lain.”
“ korang memang kawan aku yang baik lah. Hehe…soal kenderaan
korang jangan risau. Nanti aku suruh mama aku hantar. Boleh?” cadangku pula.
“ no problem…” ujar Zatul,Siti dan kawan aku yang lain
serentak. Antaranya Aina dan Ika.
Baguslah. Korang ni memang kawan akulah. Tak sangka aku.
Heheh…
*****
Kini aku dan empat orang
kawan aku berada di megamall. Selepas mama ku hantar kami di sini, kami terus
menuju ke KFC. Lama aku tak makan. Dan aku free lah hari ini. Sebab empat orang kawan aku belanja. Keh..keh..keh…
“ korang. Aku nak masuk kedai Popular lah. Korang nak ikut
tak?” soalku selepas habis ronda dalam Jusco.
“ aku nak.” Ujar Siti.
“ kami malas lah. Kau pun tahu kami ni tak suka sangat
membaca. Jadi kami ronda jelah dekat area sini. Nanti selesai, kau telefon.”
Ujar Zatul.
“ ok. No problem. See you.”
Zatul, Aina dan Ika ni sekepala. Mereka tidak berapa suka
sangat membaca. Tapi mereka ni boleh tahan pandai juga. Sebab kalau dalam bab
pelajaran, mereka memang focus. Aku tabik merekalah.
“ kau nak beli apa?” suara Siti mematikan lamunanku.
“ novel. Kau?”
“ samalah. Jom.” Kami terus gerak ke sana. Aku dan Siti
sekepala juga. Yelah, kami sama-sama suka baca novel. Kadang-kadang kami
bertukar novel. Itulah paling di sukai kami.
Sedang khusyuk aku membaca, tiba-tiba aku di tolak dari
belakang dan menyebabkan aku terundur ke hadapan sedikit. Mujur tak langgar rak
buku. Siti ka? Masalahnya Siti berada di
hadapanku. Siapa pula ni.
Aku menoleh ke belakang. Rupanya lelaki.
“ maaf. Saya tak sengaja. Lagipun saya terlalu khusyuk
membaca sampai tak sedar ada orang di belakang. Sorry.” Ucap lelaki itu. Aku
Cuma tersenyum lalu mengangguk.
Tiada apa lagi harus aku perkatakan jadi aku terus kepada
pembacaanku yang tergendala tadi. Kira ok jugalah dia minta maaf. Tapi bila di
fikir-fikirkan balik kenapa ya aku macam pernah jumpa dengan lelaki itu.
“ psstt…” bisikan itu buat aku mendongak. Siti melambai
tangannya dan aku mengangkat kening tanda kenapa.
“ sini..” panggil dia dan aku menurut.
“ kau ni kenapa?” soalku.
“ lelaki tu.” Ujar Siti lalu menujukkan siapa gerangan yang
dikatakan Siti. Aku melihat ke arahnya dan ternyata lelaki yang tidak sengaja melanggar
aku tadi.
“ kenapa?”
“ dia yang langgar kau tadi kan?” aku hanya mengangguk.
“ so?”
“ sebelum ni aku pernah jumpa dengan dia.” Aku tersentak .
ingatkan aku je yang perasan Siti pun sama juga.
“ cuba kau ingat balik. Aku pun rasa apa yang kau rasa.”
Ujarku.
“ kejap. Kau pergilah sambung bacaan.” Hek eleh minah ni.
Takkan fikir lama sangat. Tapi tak apalah aku pun menuju ke tempat aku semula.
Lelaki tadi pun aku tengok bukan main khusyuk lagi. Dan ini pertama kali aku
Nampak lelaki suka baca novel. Jarang tahu nak jumpa orang lelaki yang suka
membaca novel ni.
“ maaf..” teguran seseorang itu buat aku mendongak.
“ ya.” Ternyata lelaki tadi. Kenapa pula? Tak puas hati?
“ saya macam pernah jumpa awak lah.” Aku tersentak. Sah
memang sebelum ni aku pernah jumpa dia. Siti dan dia ni pun kata macam tu.
Memang sah lagi sahih lah.
“ tapi saya tak ingat lah di mana.” Ujarnya sambil mengurut
dagu.
“ hahh!!” suara Siti buat aku dan lelaki itu menoleh ke
arahnya. Dia Cuma tersengih. Apalah minah ni. Kalau nak menjerit pun janganlah
kuat sangat. Buat malu kaum Hawa je.
“ maaf. Rin sini jap.” Panggil Siti dan aku menurut. Lelaki
itu masih memerhatikan kami tapi aku tidak hiraukan.
“ aku dah tahu di mana kau pernah jumpa dengan dia” aku
teruja ingin tahu.
“ so? Where?” soalku.
“ di sini juga. Di mega mall ini juga. Yang kaki kau sakit
tu.” Aku tersentak. Biar betul. Aku jumpa lagi dengan dia.
Dan Siti buat aku teringat lagi peristiwa itu.
“ Ya Allah…sakitnya kaki aku ni.” Aduku kepada Siti lalu
terduduk. Mujurlah aku tidak berada di tengah-tengah orang ramai duk lalu
lalang.
“ eh? Kau kenapa ni?” soal Siti.
Aku bengang betul lah.
“ siapa yang pijak kaki aku tadi ni. Tak Nampak ke atau
gelong.” Luahku tidak puas hati. aku memerhati sekeliling dan ternampak seorang
lelaki yang sedang melihatku.
“ ha..mesti angkara awak kan?” soal ku kasar. Siti yang
terkejut terus memandang kea rah lelaki itu.
“ sakit ke? Maaf saya tak sengaja.” Kenyataan dari lelaki
itu buat aku bertambah bengang. Sabar
Rin..sabar..
“ tak sengaja? Takkan orang sebesar saya macam ni pun tak
Nampak. Saya ni orang tahu bukannya benda kecil sampai awak tak Nampak.” Ujarku
dalam nada lembut tapi penuh dengan amarah.
“ maaf sangat. Saya terburu-buru tadi. Saya lari lepastu
saya tak perasan ada awak sebab saya lari tadi tengok belakang. Jadi saya tak
perasan awak. Maaf.” Jelasnya.
Aku mendengus dan dengan bantuan Siti aku bangkit semula.
Sakit masa terasa. Yelah kena pijak. Sakit kowt..dah lah aku pakai kasut biasa.
Macam selipar jugalah.
“ orang lari tengok depan bukan belakang. Apalah… sudahlah…
Siti jom.” Aku dengan kaki terjongket-jongket berjalan pergi. Perjalanan jadi
perlahan sebab kaki aku sakit. Mujur ada Siti. Kalau tak tak tahulah.
“ awak…” langkahku dan Siti terhenti.
“ saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja. Tolong
maafkan saya.?” Aku memandang dia dan Siti silih ganti. Apabila Siti mengangguk
aku pun mengangguk.
“ yelah saya maafkan. Tapi tolong jangan buat lagi sama ada
pada saya atau orang lain. Ingat kalau nak lari tengok depan bukan belakang.”
Sempat lagi aku beri nasihat kepadanya.
“ terima kasih. Saya akan ingat nasihat awak. Terima kasih
sekali lagi. Awak memang seorang yang baik.” Aku hanya tersenyum lalu menarik
Siti untuk berlalu.
Haih…nasib tak begitu baik…
*****
Kenapa aku asyik teringatkan dia selepas aku bertemu di
Popular tu ya. Dan aku rasa macam dah banyak kali aku terjumpa dengan dia
termasuk di Popular tu. Tapi di mana?
“ Oit!!” sergahan Siti buat aku tersentak lantas mematikan
lamunanku.
“ kau ni lah. Kalau tak sergah orang tak sah. Tak ada kerja
lain ke?” soalku lalu kembali melihat buku. Sebenarnya mata terarah ke buku.
Tapi fikiran melayang entah ke mana.
“ memang tak ada. Kan aku masih sekolah.” Hek eleh minah ni.
Nak buat lawak pula.
“ sudahlah. Pergi sana. Orang nak baca buku ni. Nak SPM.”
Yelah lagi beberapa bulan je kowrt..
debaran makin terasa.
“ baca buku ke termenung. Kau jangan ingat aku tak tahu.
Dari tadi aku duk perhati kau ni bukan baca buku sebenarnya tapi duk fikir kan
tentang lain. Siapa tu? Tentang mamat kat Popular tu erk..?” aku tersentak.
Macam manalah dia boleh tahu. Sungguh tepat tekaanmu itu
kawanku. Huhu…
“ so?”
“ apasal? Kau dah tertarik?” aku membulatkan mata.
“ kau gila. SPM pun tak past lagi dan amaran keras dari papa
dan mamaku supaya jangan nak bercinta pada zaman persekolahan ni ya…” ujarku
sambil mendabik dada. Kononnya patuh akan arahan.
Siti mencebik.
“ apa-apa je lah. Malas nak layan kau. Nanti aku jangkit kat
kau pula.” Aku tersengih. Kalau tak nak layan tak yah lah layan. Apalah…
Aku kembali fikirkan tentang mamat tu. Bagilah aku petunjuk
atau ingatkan aku di mana pertemuan aku dengan dia tu. Di mana? Boleh pening
aku macam ni. Sudahlah Rin. Benda tak penting pun. Apa lagi yang penting kalau
bukan SPM ni. Focus…!!
*****
Pejam celik pejam celik. Akhirnya SPM aku sudah pun habis.
Semalam baru je selesai kertas terakhir. Aku apa lagi enjoylah. Yuhuuu…
Selepas ini aku bolehlah pulang ke kampong. Kampong yang
terletak di Sungai Petani. Dekat je. Tak jauh mana pun. Tak sabarnya aku nak
bertolak malam ni. Jadi selepas ini aku tak dapat lagi jumpa Siti lah. Kalau
nak jumpa semula tunggu lah apabila keputusan keluar.
Dan kami boleh selalu berhubung melalui telefon. Betul
tak?...
Pemandangan di kampong itu amat membuai perasaan aku. Sudah
lama aku tidak ke sini. Rindu sangsat. Tambahan pula zaman kanak-kanak.
Teringat dekat kawan aku Fadil. Dia kawan sekampung aku dulu. Kira jiran lah.
Kira masa aku umur 6 tahun, aku telah berpindah ke Penaga.
Jadi selepas itu aku tak tahu apa yang dah jadi dengan dia. Apabila umur aku
mencecah 13 tahun, aku pulang semula ke kampong ini untuk mencarinya.
Tapi hampa apabila di maklumkan keluarga dia sudah berpindah
ke Kuala Lumpur. Rupa dia pun aku tak tahu macam mana. Bila ingatkan balik, aku
jadi rindu dekat dia. Dialah satu-satunya kawan yang mengerti perasaan aku
ketika itu. Walaupun aku masih kecil tapi sikap dia macam terlebih matang dari
umur dia.
Kiranya aku bangga lah dia jadi kawan aku. Satu perkataan
dari dia aku tak boleh lupakan sampai bila-bila.
“ nanti besar, Padel
arap Rin apat ahwin dengan Padel. Sebab Padel ayang kat Rin sepenuh hati Padel.” Itulah
ayatnya. Nama manja dia Padel.
Bila aku teringat ayat tu, tergelak aku di buatnya. Biasalah
zaman kanak-kanak. Memang penuh dengan imaginasi. Heheh…
“ kita sudah sampai..” suara papa buat aku tersedar dari
lamunan.
“ jom turun. Jumpa atok dan nenek.” Suruh mama. Aku hanya
menurut.
“ apa khabar nek, atok?” soalku selepas bersalaman dengan
mereka.
“ Baik. Alhamdulilah. Kamu sihat?” aku hanya mengangguk.
“ATOK… atok ada dengar dari sesiapa tak tentang keluarga
Padel tu.” Soalku ketika ambil angin di luar bersama atokku.
“tak pula. Setahu atuk selepas mereka berpindah ke KL tu.
Atok dah tak tahu apa-apa dah. Dengar kata juga mereka berpindah ke tempat lain
pula selepas ke KL tu. Kesian Padel tu asyik berpindah je.” Aku hanya berdiam
diri.
“ kamu teringin ke nak jumpa dengan Padel tu?” soal atok
lalu buat aku tersenyum.
“ mestilah. Rindu nak jumpa dengan dia. Nak dengar telatah
dia. Entah macam mana rupa dia sekarang. Mesti banyak berubah kan.” Ujarku.
“ mestilah. Nama pun dah besar. Masa tu kamu sama-sama umur
6 tahun. Sekarang dah 17 tahun. Mesti lah banyak berubah.” Aku hanya tersengih.
Tiba-tiba telefon rumah berbunyi.
“ atok masuk dulu. Mana tahu panggilan untuk atok.” Aku
hanya mengangguk.
Pemandangan di sekeliling diperhati. Tak banyak berubah. Hanya rumah di sekitar
sini bertambah. Padel di manakah kau? Kalaulah kita ada kesempatan untuk jumpa
walaupun sekali. Ingin aku katakan yang aku pun sayangkan kau.
Dulu kaulah yang selalu menggembirakan hati aku saat aku berduka. Kau
jugalah selalu buat aku tertawa. Memang aku merindui saat itu. Tapi malangnya
aku telah berpindah dan tinggalkan kau di sini. Maafkan aku Padel.
“ akak!” laungan atok buat aku naik ke atas rumah.
“ ye atok.” Sahutku apabila berada di hadapannya.
“ panggilan untuk kamu ni.” Aku berkerut dahi. Untuk aku?
Mana mungkin. Henset aku kana da.
“ siapa atok?” soalku pelik.
“ orang yang kamu rindui. Nah..” siapa pulalah atok ni.
Aku pun menyambut huluran telefonn dari atok.
“ helo..” ucapku.
“ helo..” lelaki?.. siapa?
“ ini siapa?” soalku.
“ takkan dah lupa. Lama sudah kita tak berjumpa. Rindulah.”
Lorh.. siapa kah itu?
“ maaf. Tapi memang saya tak kenal.”
Mujur juga keluarga
aku dan atok dan nenek ada di luar.
“ ok… dengar elok-elok ya. nanti besar, Padel harap Rin
dapat kahwin dengan Padel. Sebab Padel sayang kat Rin sepenuh hati Padel.
Ingat?” aku tersentak. Itukan ayat dari Padel. Jangan-jangan…
“ Padel?” soalku.
“ hurm..” aku tersentak dan berasa sebak.
“ it that’s you?” soalku lagi tanda sukar percaya. Rasa nak
nangis je.
“ yes. This is me. Muhamad Fadil Bin Din. Atau Padel.” Aku
menekup mulut dan terduduk.
Ya Allah terima kasih. Doaku telah di makbulkan. Walaupun
aku tak dapat berjumpa dengan dia. Dapat bercakap pun aku sudah bersyukur.
Alhamdulilah. Tapi suara dia aku macam pernah dengar sebelum ni. Argh..
perasaan aku je tu..
“ helo… Rin masih ada di sana?” aku tersedar dan tersenyum.
“ yap. Saya still here. Macam mana awak tahu saya ada di
sini?” soalku.
“ entah. Tiba-tiba saya terfikir fasal awak dan tergerak
hati untuk telefon ke rumah atok awak. Dan saya tak sangka awak juga berada di
sana. Kiranya doa saya telah di makbulkan.” Aku tersenyum.
“ kita ni sama ya.. sama-sama doa kita di makbulkan.
Walaupun saya masih tak dapat berjumpa dengan awak tapi saya lega apabila
dengar suara awak.” Ucapku bersama senyuman.
“ betul ke? Kalau begitu saya datang ke sana boleh?”
“ are you sure?”
“ mestilah. Lagipun SPM dah habis. Jadi boringlah duduk di
sini.”
“ boleh saja..”
“ erk.. awak..” aku menjongket kening.
“ yap…”
“ awak masih ingat kata-kata terakhir saya?” aku berkerut
dahi cuba ingat kembali.
“ ayat terakhir awak? Setahu saya ayat terakhir awak adalah
jumpa lagi.” Gurauku.
“ Rin.. I’m serious ok.”
“ok-ok. Tapi ayat yang mana?” soalku.
“ tadi tu. Baru saja saya beritahu dan tak sangka awak masih
ingat.” Aku tersentak. Adakah yang kahwin tu.
“ erk…ayat yang awak nak kahwin dengan saya masa besar. Itu
ke?” soalku ragu-ragu.
“ yes.. tak sangka awak masih ingat. Terharunya saya.” Aku
ternsenyum.
“ mestilah ingat sebab masa tu awak kelakar. Dan kalau awak
nak tahu sampai sekarang atau bila-bila saya tetap akan ingat. Sebab masa itu
di zaman kanak-kanak yang penuh riang.” Balasku ceria.
“ tapi saya betul-betul maksudkan.” Aku terdiam.
“ maksud awak?”
“ itu bukan main-main Rin. Saya betul-betul maksudkan. Saya
juga sayangkan awak bukan hanya sebagai kawan mahupun adik. Saya tahu mungkin
itu cinta zaman monyet. Tapi saya tak tahu kenapa sampai saat ini rasa itu
bertambah dan saya rasa dah jatuh hati kat awak. Saya betul-betul maksudkan
Rin.” Aku terkedu.
Apa ni Padel. Apa yang awak cuba maksudkan. Saya ingat itu
hanyalah imaginasi dan hanya main-main. Yelah zaman kanak-kanak. Tapi tak
sangka awak….erk…
“ awak… saya tahu awak terkejut. Saya pun terkejut sebab
macam mana saya boleh jatuh hati dekat awak tanpa melihat rupa, sikap dan
segalanya tentang awak. Yang saya tahu kali terakhir, saya menangis saat awak
telah berpindah. Biasalah budak kecil.” Aku tersenyum hambar.
“ awak..ingat ni. Suatu hari nanti, pasti saya akan pergi
meminang awak. Jangan mengelak ya…” aku tersentak.
Aku tak mampu berkata apa-apa lantas mematikan talian. Aku
tak sanggup dah ingin mendengar. Masakan betul. Mungkin dia bergurau je tu.
Tapi nada dia sangat serius dan bersungguh-sungguh. Arhh… lupakan Rin. Kau kena
focus terhadap kerja pula selepas dapat keputusan. Yap…
*****
5 tahun kemudian…
Aku tersenyum saat melihat kelibat papa,mama, atok dan nenek
di luar rumah. Kini aku berada di kampong menikmati cuti kerana sudah habis
belajar. Atok dan nenek pun sangat gembira saat aku datang.
“ Rin… tadi ada orang telefon.” Ujar mama apabila aku duduk
di sisinya.
“ siapa ma?” soalku.
“ kawan kamu.” Aku tersenyum.
“ tahulah kawan tapi nama apa?”
“ Padel.” Aku tersentak. Mereka memandang ku pelik.
“ kenapa?” soalku.
“ dia ada kata yang dia akan datang meminang.” Beritahu papa
pula dan buat aku tercengang.
Biar betul. Takkan kowt…
“ papa tipu ni. Nak gurau dengan Rin ya..” usikku.
Sebenarnya bagi menyedapkan hati yang sudah berdebar ni.
“ papa serius Rin. Tapi baguslah kalau begitu. Tak lama lagi
papa dan mama akan jadi atok dan nenek pula. Ye tak?”ujar papa dan buat mereka
tertawa.
Aku mengetap gigi. Padel… kenapa kau selalu buat aku
tertanya-tanya dan geram.
5 tahun sudah kau langsung tak hubungi dan kata apa-apa
tentang itu. 5 tahun Padel. aku ingat kau gurau je jadi aku ambil tak kisah dan
lupakan. Tapi hari ini kau muncul dengan berita yang mengejutkan.
Padel… kenapa dengan kau ni. Dan kalau aku tahu rupa kau dah
lama aku pergi cari kau. Dalam hati ni tertanya-tanya. Adakah dia serius? Aku
pun tak tahu dan bertambah bingung.
“ Rin naik atas dulu.” Pintaku dan berlalu naik ke atas
dalam keadaan serba tertanya-tanya.
*****
“ maafkan saya…awak taka pa-apa?” aku bangun dari terduduk
dan mendongak.
“ tak apa. tapi lain kali kalau nak jalan tengok depan.”
Ujarku dalam nada lembut.
Perkara macam ni pernah berlaku sebelum ni. Masa tu aku baru
berumur 17 tahun. Tak sangka berlaku buat kali kedua. Jangan-jangan mamat yang
sama.
Aku terus mendongak selepas berdiri secara tegak dan melihat
dengan teliti wajah yang berada di hadapanku.
Erk… kenapa aku macam pernah jumpa dia macam dah beberapa
kali. Dan tahi lalat atas mata sebelah kiri dia mengingatkan aku tentang
sesuatu. Adakah betul ini mamat yang melanggar aku beberapa tahun yang lalu.
“ excuse me…” dia melambai-lambai tangan di hadapan mataku.
Aku tersedar.
Aku rasa memang sah dia.
“ awak ni pernah lalui kejadian seperti ini kan?” soalku.
Dia tersengih.
“ hurm.. mungkin pernah sekali sebab perempuan itu bagi saya
nasihat dan amaran. Bila teringatkan hal tu saya tertawa sendirian.” Aku
tersentak. Tak salah lagi. Jadi betullah ni mamat tu.
Tak sangka aku dapat jumpa dengan kau semula. Kita ni macam
ada jodoh pula. Dekat tempat yang sama pula tu.
“ kenapa?” soalnya. Aku tersenyum.
“ sebab saya kenal awak..” ujarku lalu berlalu meninggalkan
dia dalam keadaan terpinga-pinga. Biarkan dia tertanya-tanya. Lagipun aku ada
kerja perlu di buat.
Baru saja aku ingin melangkah keluar dari mall, mamat tadi
menyaingi aku dan sekarang dia berada
dihadapan ku.
“ awak…adakah awak ni saya kenal?” soalnya. Aku tersenyum
dan menjongket bahu.
Aku ingin berlalu tapi di halangnya. Hissh… payah betullah
mamat ni.
“ ke tepi boleh?”
“ tak. Selagi awak belum jawab soaln saya.” Aku mengetap
bibir. Tak faham bahasa sungguh.
“ ok Fine!. Kita pernah jumpa 5 tahun yang lalu. Awak juga
pernah lakukan perbuatan yang sama seperti tadi. So.. boleh ke tepi?” selepas
mendengar keteranganku dia memberi laluan.
Kenapa ya kita ni macam sudah lama kenal. Dan….aku teringat
sesuatu.
““ sebab awak yang beria-ria nak akan saya. Saya sudah cukup
rimas tahu tak. Mulai hari ini dan detik ini. Saya dan awak sudah tiada apa-apa
lagi hubungan. Lagipun saya nak tumpu kepada SPM. Jadi awak pergilah dekat
jantan tadi tu.”
Erk…aku jadi kaku. Langkahku menjadi perlahan dan terhenti.
Dia ialah mamat yang bergaduh di depan Popular tu. Ya Allah… sungguh Engkau
mengetahui segalanyan dan buat aku teringat secara tak sengaja akan kejadian
itu. Itulah pertemuan kedua aku dan dia.
Aku dengan perlahan-lahan menoleh ke belakang dan tak sangka
mamat tu mengejar aku. Aku menoleh semula ke depan kerana rasa malu.
“ awak…” panggilannya buat aku memusingkan badan.
“ jadi awaklah yang jadi mangsa pijakan saya?” aku
mengangguk kecil.
“ tak sangka selepas 5 tahun kita akan berjumpa semula. Di
tempat yang sama pula tu.” Aku hanya tersenyum kecil.
“ dan saya juga pernah bertemu dengan awak buat kali kedua.
Di depan Popular. Kali ketiga di dalam Popular. Dan entah mengapa saya rasa
macam sudah terlalu lama saya mengenali awak. Saya tak tahu kenapa. Tapi saya
biarkan. Mungkin Allah akan berikan saya petunjuk suatu hari nanti. Saya pergi
dulu.” Bergegas aku pergi dari dia. Aku rasa suara dia pun aku macam pernah
dengar.
Dalam lebih 5 tahun begitu. Ya Allah siapakah dia?
*****
Kunjugan mengejut dari keluarga Padel dan dia buat aku tak
senang duduk dalam bilik. Kalau boleh mahu je aku pi serang dia tapi aku masih
tak tahu rupa dia yang sebenar. Kalau aku pi dan silap orang, naya aku.
Dan buat aku terkejut, tujuan dia adalah ingin datang
meminang. Sekarang mereka tengah berbincang. Aku tak boleh dan masih belum
dapat berikan jawapan. Papa dan mama kata mereka yang akan tentukan.
Takkan begitu. Tapi aku redha dan terima sebab dia orang
yang baik dan orang yang aku kenal. Walaupun 16 tahun tidak berjumpa. Rasa
sayang dalam hati ini masih ada untuk dia.
“ Rin…” panggilan mama buat aku mendongak.
“ Padel nak jumpa dengan kamu.” Aku tersentak.
“ tak mahu lah ma. Akak belum bersedialah.” Ujarku berikan
alasan. Boleh diterima tak alasan tu.
“ tapi dia nak sangat jumpa dengan akak tu. Pergilah.
Lagipun tak lama lagi korang akan berkahwin juga.” Aku mengeluh.
“ tapi ma..kalau selepas dia melihat rupa akak yang tidak
begitu dia sukai ini dan tolak pinangan ni macam mana? “ soalku risau. Haih…
kata tak suka tapi sekarang takut di tolak pula. Rin..Rin..
“ akak pergi dulu. Mama rasa itu tak jadi masalah. Padel
takkan tarik balik pinangan ni. Percayalah. Jadi akak turun ya. Dia ada di
bawah pokok rendang belakang rumah. Pergi ya…” pujuk mama dan aku dengan rasa
berat pun mengangguk.
Saat aku sampai di tempat yang mama beritahu, aku ternampak
seorang lelaki sedang memerhati alam fenomena. Mungkin. Rasanya dialah Padel.
macam mana agaknya rupa dia.
Makin dekat aku berjalan , makin hebat getaran di dada ini.
Entah mengapa latar belakang Padel aku macam pernah Nampak sebelum ni. Macam
baru beberapa hari yang lepas. Arrh.. mungkin perasaan aku je tu..
Dengan lafaz Bismillah, aku terus melangkah dan sekarang
dalam lima langkah lagi aku akan berada di belakangnya. Tapi biarlah aku berada
jauh sikit dari dia. Lima langkah je pun.
“ Padel?” panggilku dengan berdebar-debar.
Dia dengan perlahan pun memusingkan badan dan ketika itu aku
sangat-sangat terkejut.
“ awak!” sukar untuk aku percaya. Dia hanya tersenyum.
“ hai awak… tak percaya?” soalnya dan buat aku terdiam dan
kaku di situ. Ternyata Padel adalah orang yang selalu secara kebetulan aku
jumpa. Dia adalah mamat yang langgar aku tempoh hari.
“ eerrkk… awak sudah tahu ke siapa saya?” soalku. Dia
tersenyum lalu mengangguk.
“ macam mana?”
“ sebab keluarga awak.”
Aku berkerut dahi.
“ keluarga saya? Kenapa
pula dengan keluarga saya?” soalku lagi.
“ semalam saya dapat
utusan daripada keluarga awak. Dan di dalamnya terdapat sepucuk surat dan
sekeping gambar.”
“ gambar?”
“ ya. Gambar. Dan selepas saya melihat gambar itu, saya
sangat-sangat terkejut sebab itu adalah orang yang saya jumpa tempoh hari di
mall. Surat yang saya dapat itu ada mengatakan yang di dalam gambar itu adalah
awak.” Aku tersentak.
Mak aii.. ini mesti
angkara mama dan papa ni. Tahu sangat.
“ jadi saya tak
teragak-agak dan tertanya-tanya lagi siapakah wanita yang selalu jadi mangsa
saya tu.” Aku mencebik.
“ yelah tu. Tapi kalau
saya bukan yang awak sangkakan? Awak takkan kahwin dengan saya?” dugaku.
“ tak. Saya tetap akan
kahwin dengan awak sebab sewaktu bersama dengan awak saja, hati saya akan
berdebar-debar. Sama setiap kali kita berjumpa secara kebetulan tu.” Aku
terdiam.
ternyata inilah sikap dia
yang sukar untuk aku fahami.
“ tapi kalau betul awak
sayangkan saya, kenapa awak boleh ‘couple’ dengan seorang perempuan yang awak
kata murahan itu.” Sindirku dan perkataan murahan ditekan.
“ itu satu lagi saya tak
sangka yang awak boleh dengar. Saya buat begitu sebab saya cuba ingin lupakan
awak sebab kita tak mungkin bersama. Tapi ternyata saya tak mampu apatah lagi
selepas pertemuan pertama kita di mall masa itu. Selepas 11 tahun tak
berjumpa.”
Aku memandangnya dengan
perasaan sebak. Tak sangka dia begitu tegar menyanyangiku. Aku sama sekali tak
sangka.
“ dan… saya juga ingin
katakan pada awak jika diberikan peluang untuk berjumpa. Saya pun sayangkan
awak.” Ujarku bersama senyuman.
Dia tersenyum manis ke
arahku. Dan pada itulah getaran di dada
ku terasa begitu cepat.
Ya Allah terima kasih
sekali ku ucapku kepada-Mu kerana pertemukan aku dengan Padel. orang yang
selalu berjumpa secara kebetulan itu ternyata dia. Sama sekali aku tak sangka.
Orang yang di sangka jauh ternyata berada dekat denganku.
Alhamdulilah atas
kurniaan-Mu.
“ terima kasih Padel…”
~~TAMAT~~
P/s: moga anda akan terhibur.. sorry kalau cerpen ini tidak begitu best... thnks juga kpada yg sudi membaca.
No comments :
Post a Comment