Pin! Pin! Pin!
Bunyi itu mengejutkan Dahlia yang sedang ralit memandang
baju depan butik baju tersebut. Pantas dia menoleh ke kiri.
“ Woih! Tepilah!” Arah penunggang motor tersebut. Tapi yang
peliknya dia tak berada di tepi jalan pun kan? Kenapa pula motor mainan tu boleh masuk dalam pasaraya besar ni?
Selepas memberikan laluan kepada penunggang motor tersebut.
Dia kembali melihat baju yang berada dalam butik tersebut. Dalam hati memang
nak beli. Tapi duit tak cukup lah.
“ Nanti-nanti je lah aku beli.”
Dahlia kembali meneruskan perjalanan di sekitar Sunway Pulan
Pinang itu. Bercuti tapi rasa macam tak menyeronokkanlah. Hurmp!
Kedai cenderahati di tujuinya. Inilah salah satu
kegemarannya. Suka benda-benda yang cantik. Dahlah cute lepas tu murah pula.
Memang itulah yang Dahlia suka.
Sambil-sambil dia belek sesuatu. Dia terdengar sesuatu yang
kurang menyenangkan. Dalam hati tak nak ambil tahu. Tapi dah terdengar
kesemuanya.
“ Aku nak kau uruskan lelaki tu. Tak boleh pakai betul. Apa
yang orang lain, dia tak ikut. Tapi dia lebih ikut kepala otak dia je. Benci
aku!”
Itu suara lelaki yang pertama di dengari Dahlia. Dalam diam
dia terteguk air liur.
“ Macam mana? Aku dah tak tahu nak buat apa. Semua rancangan
kita gagal lah. Dia tu hebat sangat. Mentang-mentanglah hensem.” Itu suara
lelaki yang kedua.
Dahlia sudah rasa tak tenang. Nak lari! Tolong! Selepas
meletakkan kembali barang yang dibeleknya tadi. Dia bergegas keluar daripada
kedai cenderahati itu.
“ Fuh! Lega!” Dahlia menghembus nafas lega.
Tapi baru saja dia ingin melangkah, tangannya tiba-tiba di
tarik. Lelaki pula tu.
“ Eh? Kenapa ni?” Soal Dahlia pelik. Dah lelaki tu tarik
tangan dia. Jadi dia pun terdorong untuk ikut lelaki itu sekali.
“ Lepasla!” Dahlia meronta. Tapi pegangan lelaki itu terlalu
kuat. Dahlia akhirnya mendiamkan diri.
Sampai di luar Sunway. Pegangan erat tadi akhirnya terlepas.
Dahlia sekali lagi menghembus nafas lega.
“ Awak ni siapa? Suka-suka tarik tangan saya tu kenapa? Awak
ingat saya ni boneka ke apa?” Serang Dahlia dengan amarah. Tak pernah seorang
lelaki pun yang pernah menyentuhnya sebelum ini. Ini pertama kali dan itu
membuatkan dia marah.
Saat lelaki itu menoleh, Dahlia terkejut.
“ Lee Min Ho!” Jerit Dahlia tak percaya.
Lelaki itu yang tenang tadi terus menutup mulut Dahlia.
Geram punya pasai.
“ Ish! Lepaslah!” Sekali lagi Dahlia meronta. Pegangan
lelaki itu terlepas.
“ Awak tu yang duduk tak diam. Saya bukan Lee Min Ho.” Jelas
lelaki itu perlahan.
Dahlia terlopong. Mana mungkin! Muka mirip sangat kot!
“ Okey! Jadi saya minta diri dulu.” Pinta Dahlia. Entah
siapalah dia tiba-tiba tarik tangan aku ni. Naya dia kalau papa aku dapat tau.
“ Ikut saya!”
Ah! Sekali lagi Dahlia terdorong untuk mengikut langkah
lelaki tersebut. Panas hatinya saat itu.
“ Awak! Lepaskanlah tangan saya ni! Awak dah gila ke apa?”
Jerit Dahlia.
Tiba-tiba langkah lelaki itu terhenti dan langkah Dahlia
juga terhenti. Lelaki itu kemudiannya tersenyum. Dahlia pula yang jadi
terpinga-pinga. Apa hal? Dahlah pegangan tu belum dilepaskan lelaki itu lagi.
“ Awak… Saya sayangkan awak.”
Dahlia terlopong mendengar kata-kata lelaki tersebut. Hah?
Gila ke lelaki ni?
“ Apa ni?” Soal Dahlia tak faham dan cepat-cepat merentap
tangan dia. Lelaki itu direnungnya. Tapi lelaki itu masih dalam keadaan
tersenyum.
“ Kan saya dah kata saya sayangkan awak.” Lelaki itu ulang
kembali apa yang dikatakannya sebentar tadi. Dan tangan Dahlia digapainya
semula.
Dahlia tergamam. Lidahnya kelu. What the?
“ CUT! CUT!”
Bunyi jeritan itu mengejutkan Dahlia. Segera pegangannya
terlepas daripada genggaman lelaki tersebut.
“ Apa semua ni?” Dahlia tak faham apabila tiba-tiba ramai
lelaki berkerumun di hadapan lelaki yang pegang tangannya tadi.
Kemudian dia menoleh ke belakang. Dan ia membuatnya terkedu.
Ada kamera, pengarah? Dan.. apa semua ni?
Dahlia kembali menoleh memandang lelaki tersebut. Nak
penjelasan.
“ Maaf. Tapi awak dah terlibat dalam filem saya. Walaupun
sekejap tapi saya berterima kasih kepada awak. Dan respon awak sangat baik.
Terima kasih.” Ucap lelaki itu jujur.
Dahlia yang tak faham itu jadi bengang.
“ Apa? Awak ingat saya ni boneka ke? Tiba-tiba tarik saya
supaya berlakon dengan awak. Apa awak ni? Saya pun ada harga diri tahu tak?”
Dahlia terasa nak menangis. Melihat lelaki itu masih
tersenyum Dahlia rasa nak hamburkan lagi apa yang dia rasa.
“ Awak ni memang lelaki yang tak guna. Saya dahlah tengah
stress dan awak menambahkan lagi stress saya. Dan ingat! Saya tak mahu jumpa
awak lagi.” Siap amaran keras diberi oleh Dahlia kepada lelaki tersebut.
Dengan hati yang sebal, Dahlia melangkah meninggalkan tempat
itu. Dan tanpa dia sedari, air matanya menitis sedikit demi sedikit.
~Bersambung~
No comments :
Post a Comment