Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday, 25 May 2015

Cerpen : Takdir Itu Indah

Halo halo halo. 

Wah .. cerpen baru lagi. Haha. Ni kira balas dendam sebab lama dah tak on ke cam na ni? kahkah. 
Btw. Atas permintaan seseorang..cerpen ini terhasil. Harap diorang enjoy ketika membacanya. 



“ Satu! Dua! Satu! Dua! Cepat!”

Aku mengeluh perlahan. Aku tahu aku tak boleh mengeluh. Tetapi dengan keadaan fizikal aku dan dengan perut aku yang sakit. Aku tak mampu nak teruskan lagi. Aku benar-benar letih. Kenapa mereka kejam sangat? Tahulah ni kursus. Tapi just kursus! Simpatilah sikit pada pelajar-pelajar ni. Kami ni baru 19 tahun. Tapi diperlakukan macam budak 10 tahun. Aku tak sanggup!

“ Kechik? Kau okay tak?”

Aku tersenyum hambar apabila riak wajahku dilihat oleh dia.

“ Sakit perut sikitlah.”

Apabila disuruh lompat bintang sebanyak sepuluh kali. Aku hanya menurut. Sampai naik pitam aku dibuatnya. Dah lah aku lapar. Dengan tekanan darah aku rendah. Ya Allah. Kuatkan aku. Dua hari je dekat sini.

“ Tikah. Muka kau pucat lah.”

Aku tersentak. Pucat sangat ke?

“ Aku okay. Cuma sakit perut je. bila nak habis ni? aku lapar.”

“ Aku pun lapar. Tapi kita tetap kena bertahan. Dah datang sini kena jadi kuat sikit.”

Aku terdiam. Aku tak rela langsung nak ke sini. Gara-gara dipaksa sebenarnya. Wuarhh!

“ Okay! Kamu semua boleh pergi makan dulu. Tepat pukul 8 sila berkumpul dekat bawah ni semula.”

Akhirnya, aku boleh menarik nafas lega. Kursus JPAM ni amat mencabarkan minda dan fizikal aku. Dah lah aku ni kecik.

“ Makan banyak-banyak Tikah.” Tegur Aisyah.

“ Yela. Aku tahu. Tapi aku tak ada selera.”

Maybe rindu pada mak dan ayah aku dekat rumah. Ini lah jadinya bila rasa tak bersemangat.

“ Makan sikit pun jadilah Tikah. Bagi tenaga balik dekat tubuh badan kau tu. malam ni aktiviti lebih berat menanti kita.”

Aku terdiam sambil menghirup air kosong. Pandanganku juga kosong memandang ke hadapan. Tiada reaksi aku untuk aku membalas kata-kata Aisyah tadi.

Sambil ralit aku termenung, tiba-tiba mataku menangkap kelibat seorang lelaki yang tinggi. Dia juga melihat aku. tetapi sekejap apabila aku terus tunduk memandang meja. Arh! Nak balik!

“ Makan cepat beb. nanti lambat pula. Lambat kena denda kot.”

Aku hanya mengangguk lemah. Tanpa berlengah, aku pantas pergi ke tandas untuk membasuh tangan. Tapi berselisih pula dengan lelaki tadi. Dia tersenyum tapi tak pula aku membalasnya. Tiada hati pun. Sebab hati aku sememangnya tiada dekat sini.

“ Jom Tikah!”

“ Okay.”

**
Wuarghh!

Ya Allah. Mengantuknya. Tahan sikit wahai mata. Aku tak boleh tidur. Nanti kena denda. Bila ada dekat sini kena berjaga-jaga sikit. Nanti dapat malu.

“ Beb. bila nak habis ni?” Rungutku dengan malas.

“ Sabar. Baru pukul 10. Malam ni memang tak la dapat tidur awal.”

Aku menongkat dagu dengan rasa sebal. Arh! Tak rela satu hal. Satu hal lagi, aku perasan seorang lelaki ni asyik jeling barisan aku je. Nasib baik dia duduk sebelah kawan aku.

“ Baik semua! Malam ni kita ada latihan special. Semua di minta pergi berkumpul dekat ruang tengah tu. cepat bergerak! Lambat kita akan ambil tindakan.”

Okay. Ni yang paling aku tak suka. Sabar wahai hati. Sabar.

“ Cepat Tikah.”

Aku pantas berlari masuk dalam barisan. Kalau lambat free kena marah. Tuan AA tu bukan main lagi. Garang kot. Silap sikit memang kena la.

“ Baris! Baris! Sedia!”

Semua orang senang diri dalam barisan kawad. Aku cuba tahan kantuk dan penat yang terasa ni. aku harap sangat masa berlalu dengan cepat. Ni baru sehari. Lusa baru nak balik. Sadisnya!

“ Okay semua! Kita akan adakah latihan. Latihan menyelamatkan mangsa daripada bahaya.”

Aku hanya mendengar penerangan daripada ketua di situ yang dipanggil Tuan Hasdie. Bagi aku Tuan Hasdie ni lah paling baik dan kelakar. Tegas tu kadang-kadang je.

“ Baik. Pilih pasangan masing-masing.”

Aku setia bersama Aisyah.

“ Antara korang berdua. Salah seorang mesti angkat pasangan korang macam ni.”

Aku terteguk air liur. Nak cempung? Weh! Agak-agak arh. Aku kecik kot.

“ Tak apa Tikah. Biar aku je angkat kau. Kita tipu sikit. Dia takkan nampak punya.”

Aku hanya menurut. Sebab aku memang tak mampu nak angkat orang pun. Kah Kah.

“ Jom Tikah. Dah ready?”

Aku hanya mengangguk. Dan sesaat kemudian, dia berjaya mencempung aku sehingga ke seberang jalan. Aku tahu dia penat tapi dia gagahkan juga. Aku rasa malu gila.

“ penat weh.” Ujarnya.

“ Aku tahu. Jom kita lari. Semua pakat lari ke sana semula. Tak payah angkat.”

Aku mengaku aku sangat penat malam ni. Tapi apa yang mampu aku buat? Hanya bertahan dan bersabar.

“ Weh. Kau perasan sesuatu tak?”

Aku yang tengah rehatkan minda itu tersentak.

“ Apa?”

“ Aku perhati dari pagi tadi lagi. Ada someone tengah perhati kau kot.”

Aku terdiam. Aku tau dah lama Aisyah. Cuma malas nak ambil peduli.

“ Dia suka kau kot.”

Aku tertawa kecil. Aku? Dia suka? Arh! Kelakarnya.

“ Tengok. Dia asyik jeling kau je.”

Aku mengerling sekilas ke arah lelaki itu. Tinggi. Kurus dan putih aku rasa. Yeke? Entah. Tapi aku tak dapat nampak muka dia dengan jelas. Yelah. Mata aku ni kan rabun jauh. Kah kah. Sedih!

“ Aku mengantuk. Bila nak habis!”

“ Sabar je la.”

**
Hari ini hari kedua aku menjalani kursus JPAM ni. segala penat lelah dirasai. Sampai luka lutut-lutut aku ni. tapi tak berapa teruk lagi. Boleh aku tahan lagi. Tapi sekarang aku dah tak tahan. Aku nak menangis!

“ Tikah kau okay?” Tegur Aisyah.

Aku menghembus nafas kasar. Aku cuba tahan dan tenangkan fikiran. Tak boleh nangis Tikah! Tak boleh! Tapi sakit!

“ Korang dengar sini! Sebelum ni! tiada sesiapa lagi pun ada orang nak mencuri! Tapi kehadiran kamu semua kali ni. amat mengecewakan saya! Pumping lagi 5! Cepat!”

Ya Allah! Seorang yang salah tapi semua kena. Kejam! Kejam! Air mataku dah bergenang. Aku dah cuba bertahan selama dua hari ni. tapi sekarang aku hampir tewas. Sebab lutut aku sakit sangat! Dah berdarah aku rasa! Arh! Ya Allah. Tolonglah kuatkan hati aku ni.

“ Tolong! Pakcik ni pengsan!”

Aku menghembus nafas lega. Sebaik sahaja ada orang cakap macam tu. semua  orang dah boleh bangun. Aku bangun dengan kudrat yang masih ada. Kuatkan juga. Tapi hati aku tak sekuat yang disangkakan. Air mataku dah bergenang. Tunggu masa nak turun je ni. Aduh!

“ Tikah?”

Aisyah memeluk bahuku dengan riak bimbang.

“ A..aku. aku okay.” Suaraku dah bernada serak. Cuba tahan tangis. Aku tak boleh menangis dekat sini. Tak boleh!

“ jom kita makan dulu.”

Aku turutkan sahaja. Tapi aku hanya minum. Hilang selera aku bila tubuh aku terasa sakit dan sengal. Aku hanya duduk temankan mereka makan.

“ Kau tak nak makan ke Tikah?”

“ Tak ada selera lah. Korang makanlah. Aku nak pergi basuh cawan ni kejap.”

Dengan langkah yang sakit dan perlahan, aku bergerak ke tempat basuh pinggan. Mujur orang tak ramai.

“ Awak okay?”

Aku tersentak apabila tiba-tiba ditegur. Aku tersenyum hambar.

“ Okay.”

“ Tapi wajah awak menunjukkan sebaliknya.”

Aku terdiam. Ini lelaki yang aku kata asyik perhati aku tu. tak sangka dia perasan.

“ Tak. Saya okay. Maaf.”

Tanpa menghiraukan sesiapa. Aku pantas bergerak ke bilik. Masuk je dalam bilik, aku pantas menghamburkan tangis pada tapak tangan aku. sakit sangat! Aku tak mampu lagi untuk bertahan. Ya Allah! Mak! Akak nak balik!

“ Ya Allah Tikah! Kau okay ke ni?”

Aisyah datang dengan riak risau. Aku pantas memeluknya. Aku nangis dalam pelukannya.

“ ya Allah Tikah. Sabar. Jangan nangis. Aku ada. Allah ada. Kuatkan semangat kau.”

Aku meleraikan pelukan dan duduk di atas lantai. perlahan-lahan aku menarik seluar aku. bila tengok je lutut aku. aku tergamam. ya Allah! Merah! Darah! Lebam!

“ Ya Allah. Lutut kau. Kejap aku sapukan ubat.”

“ Jangan. Aku tak nak.” Halangku.

“ Tapi lutut kau mesti dirawat. Arh! Mereka kejam! Sanggup buat kita macam ni. ini namanya kes penderaan. Kalau ye pun marah tapi tak perlu libatkan semua orang. Arh! Benci!” Aisyah menghamburkan rasa marahnya.

Aku tersenyum tawar. Pantas aku menutup semula kakiku itu. Aku bangun berdiri semula walaupun sukar.

“ Jom lah. Kita kena ke kelas lepas ni. lewat nanti kena marah pula.” Ujarku lembut.

“ Tapi kau?”

“ Aku okay. Jom.”                       

Aku terpaksa kuatkan hati. Kalau diikutkan aku dah tak tahan. Tapi aku tak nak memalukan nama sekolah dan nama aku.

**
Aku tulis pun salah. Tengok depan pun salah. Aku rasa serba tak kena je ni. sebab aku dapat kesan seseorang sedang perhatikan aku. Haish!

Tumpuan aku jadi terganggu. Dah lah lapar. Akhirnya, aku menukar tempat dengan Aisyah agar diriku dilindungi Aisyah yang tinggi sikit daripada aku ni. Fuh! Lega!

“ Okay semua. Kita akan…”

Aku dah tak dapat hadam apa kata-kata yang telah disampaikan sebab ngantuk menguasai diri aku. dan rasa sakit ni tiba-tiba berdenyut-denyut. Mahu tak mahu aku terpaksa tahan.

Tiba-tiba sikuku disenggol. Aku menoleh ke arah Aisyah. Dia menghulurkan aku sehelai kertas yang dilipat kecil-kecil. aku mengambil tanpa banyak songeh.

Awak tak okay. Saya nampak. Kenapa awak tak beritahu keadaan awak pada ketua?
~LH~

Aku pantas mengerling ke arah kiri di mana pemberi surat ini berada. Aku tahu siapa yang bagi sebab dia je yang selalu perhati aku. bila aku nampak dia yang tengah khusyuk mendengar ceramah itu, aku mengeluh kecil. kenapa dia terlalu ambil berat fasal aku? ini kali pertama ada seseorang yang bernama lelaki sedar kehadiran aku di sini.

“ Balaslah. Dia tengah tunggu tu.” Bisik Aisyah tanpa melihat aku.

Dengan lemahnya aku membalas surat dia.

Terima kasih tapi tak mengapa. Saya okay. Thanks again.

Selepas tulis apa yang patut, pantas kertas itu dihulurkan buat Aisyah agar diberikan kepada dia. Nama dia Lokman Hakim. Macam mana aku tahu? Dia menjadi perhatian dalam kursus ni. sebab dalam kursus ni ada dua orang yang bernama Lokman Hakim. Dan dua-dua orang ni nakal. Haha.

“ Ada orang tu dilamun cinta.”

Aku tahan senyum. Siapalah yang Aisyah maksudkan kalau bukan Lokman tu. Akhirnya aku hanya menongkat dagu dan memandang ke hadapan. Arh! Tak sabar menunggu hari esok. Nak baliklah.

**
“ Tikah! Tikah!”

Aku yang ralit berwhatsupp dengan adik aku tu terus mendongak ke hadapan. Aku lihat Aisyah berlari ke arah aku dengan tergesa-gesa.

“ Apa hal kau ni?”

“ Nah.”

Aku tengok surat yang dia hulurkan dengan kerutan di dahi. Dah nak balik pun ada orang bagi surat lagi ke?

“ Lokman bagi. Ambil je lah. Aku nak pergi hantar barang secepat mungkin ni.”

Belum sempat aku nak berkata apa-apa dia terus berlalu dengan cepat. Aku pun nak hantar beg juga. Tapi aku beratur. Dia? terus masuk macam tu je. adoi!

Aku perhati surat yang berada pada tangan aku. Aku tengok keadaan sekeliling. Cari juga kelibat yang memberikan surat ni. tapi tak nampak batang hidung pun. Balik dah kot.

Tak apa. kita simpan dulu. Balik nanti kita baca okay. Jadi aku menyimpan surat itu dalam poket seluarku. Tak sabarnya nak balik rumah! Yeay!

“ Assalamualaikum.”

Aku tersentak saat satu suara garau menegurku. Aku menoleh ke kanan. Dia!

“ Waalaikumussalam. Awak buat apa lagi kat sini? Bukan dah balik ke?” soalku hairan.

“ Belum lagi. Orang yang akan datang ambil saya tu tak sampai lagi.”

Aku hanya mengangguk sipi. Tak ada hati nak cakap lebih-lebih. Jadi, aku hanya membisu dan memandang ke hadapan.

“ Erk.. boleh tak kita jadi kawan?”

Aku tersenyum kecil. hairan.

“ Boleh. Tapi kenapa erk? Saya rasa dengan tubuh badan saya macam ni dan macam budak darjah 6 ni. Sudi ke kawan dengan saya lagi?”

“ Itu belakang kira. Yang penting hati ikhlas nak berkawan. Saya tak pandang semua tu. saya tahu hati awak baik.”

Aku terdiam.

“ Saya harap kita akan jadi kawan. Saya akan contact Aisyah dan tanya dia. kalau awak nak tahu Aisyah la jadi orang tengah kita.”

Amboi kawan aku tu.

“ Jangan marah dia. saya yang paksa. Dia siap bagi amaran lagi jangan pernah sakiti hati awak.”

Aku tahan senyum. Aisyah! Pandai ko kan.

“ InsyaAllah.”

**
Alhamdulillah. Dah dua hari kursus JPAM tu berlalu. Siapa sangka juga aku dan Lokman tu terus menjadi kawan sehingga ke hari ini. Malam-malam je dia mesti whatsupp aku. kadang-kadang aku segan. Kadang-kadang aku rimas.

Yalah. Aku ni bukan jenis suka sembang dengan lelaki selain ayah, abang dan adik aku je. Aisyah pun ada cakap yang Lokman sukakan aku. Lokman nak berusaha curi hati aku ni. Aku tertawa kecil selepas mendengar Aisyah cakap macam tu.

Tapi memang tak dapat nafikan, sebanyak sedikit kata-kata Aisyah betul. Aku pula jadi makin tak keruan jadinya. Yalah. Aku tak pernah hadapi situasi macam ni. dan aku belum bersedia pun nak terima sebarang kemungkinan tentang orang yang bernama lelaki ni. tak!

Aku pandang ke luar jendela dengan hati yang tertanya-tanya. Andai aku tak pergi kursus tu. pasti tak jadi macam ni. pasti tak akan jumpa dia. dan pasti sampai saat ini aku tak berkawan dengan dia.

“ Jangan pernah salahkan takdir Tikah. Ini yang Allah telah tetapkan untuk kau. Dan telah tertulis dekat Loh Mahfuz lagi.”

Kata-kata Aisyah semalam membuatkan aku terus tersedar.

“ Astagfirullah. Ampunkan aku Ya Allah.”

Cuma berat aku nak terima kenyataan yang Lokman Hakim tu sedang berusaha mencuri hati aku ni. akhirnya, keluhan aku lepaskan.Teringat aku akan kandungan surat yang terima daripada dia tu. Dia cuma bertanya sudi atau aku jadi kawan dia. Hurmm..

“ Tikah?”

Muncul Aisyah dengan senyuman. Maybe dah habis waktu rehat.

“ Kenapa aku tengok kau muncung je ni?”

Aku tersenyum kecil.

“ Tak adalah. Aku Cuma teringat sesuatu je.”

“ Teringatkan Lokman la tu.”

Aku terdiam.

“ Aisyah. Kenapa dia mesti nak berkawan dengan aku? aku tak minta semua ni berlaku pun.”

“ Jangan pernah salahkan diri kau dan jangan pernah salahkan takdir. Anggap ini ujian buat kau. Lagipun ia dah tertulis kau akan berjumpa dengan dia. tak salahkan kalau berkawan dulu. Aku tengok Lokman tu baik Tikah. Nakal tu perkara biasa. Lagipun dia ada cakap dekat aku, kau berjaya merubah dia sebanyak sedikit. Kau bagaikan cahaya dia Tikah.”

Aku terkedu.

“ Dia ikhlas Tikah. Dan dia kata dia nak jadikan kau suri hati dia nanti.”

“ Tapi aku…”

“ Kalau dia jahat, kalau dia teruk. Tak mungkin aku akan biarkan dia curi hati kawan aku ni.”

“ Aku takut.”

“ Kau kawan je dulu. Dia kata dia akan beri kau masa.”

“ Semua berlaku dengan pantas Aisyah. Aku tak mampu nak berfikir. Dengan final exam nak dekat lagi.”

“ Rileks. Aku dah beritahu dia keadaan kita. Dan dia faham. Kau cakap dengan dia. Bincang apa yang patut. Cakap dekat dia final exam kita dah nak dekat. Mesti dia faham punyalah.”

Akhirnya, aku hanya berdiam diri sambil terfikir. Lokman Hakim. Arh!

**
Sedar tak sedar, dah dua minggu berlalu. Final exam pun dah habis. Dalam dua minggu ni jugalah aku dan dia langsung tak contact. Aku dah cakap dekat dia jangan ganggu aku waktu terdekat ni. siap main cabar mencabar lagi. Lawak kan? Dia kata kalau dia dapat bertahan tak contact aku selama dua minggu ni, aku harus setuju jadikan dia pakwe aku.

Mula-mula memang rasa berat nak terima permintaan dia. Tapi bila fikir kemungkinan yang akan dihadapi, aku setuju. Dan sekarang aku dan dia couple. Arh!

‘ Lokman nak tanya Ika something. Boleh?’

Aku baca whatsupp dia dengan kerutan di dahi.

‘ Tanya je la.’

‘ Lokman ikhlas sayangkan Ika. Tapi Ika ikhlas ke terima Lokman?’

Aku terkelu lidah untuk berkata-kata. Ya Allah. Ikhlaskah aku?

‘ Kenapa Lokman tanya macam tu?’

‘ Sebab Lokman tak nak Ika rasa terbeban dengan hubungan ni.’

‘ InsyaAllah. Ika ikhlas. Lagipun kita sedang kenal hati budi masing-masing kan?’

‘ Tapi Lokman akan rasa bersalah kalau Ika tak bahagia bila bersama Lokman.’

Aku tersenyum kecil. sepanjang sebulan aku kenal dia, aku tak pernah lelah dan rasa rimas berkawan dengan dia. betul cakap Aisyah. Lokman ni baik orangnya. Nakal tu biasalah kan?

‘ Jangan risau. Ika okay.’

‘ Kalau suatu hari nanti Lokman pergi melamar Ika. Ika sudi terima tak?’

Okay. Kali ni aku tak tahu nak bagi jawapan untuk soalan itu.

‘ Ika tak tahu. Tapi andai benar Lokman jodoh Ika. Ika terima dengan hati yang terbuka.’

‘ Jangan paksa diri Ika kalau tak boleh terima Lokman. Lokman janji, Lokman akan buat terbaik dan cuba berubah demi Ika. Lokman tahu Ika bukan macam perempuan lain. Ika lain sangat dengan ex Lokman. Sebab tu Lokman sayangkan Ika sangat-sangat.’

Aku terdiam. Ya Allah. Adakah dia jodoh aku?

‘ InsyaAllah. Doakanlah agar kita ada jodoh.’

**
“ Tikah! Ya Allah. Aku ada berita ni.”

Aku yang ralit baca novel mendongak ke arah Aisyah. Dia nampak macam cacing kepanasan.

“ Kau apa hal?”

“ Lokman. Dia.. dia..”

Aku mula rasa tak sedap hati.

“ Kenapa dengan dia?”

“ Dia accident. Ada orang langgar dia. dan kami syak ex dia yang langgar dia.”

Aku terkedu dan terus terduduk apabila mendengar berita itu. Air mataku dah mula bergenang.

“ Dia dekat mana sekarang?”

“ Hospital. Tapi aku tak sure dekat mana. Kita doa banyak-banyak agar dia cepat sembuh.”

Baru dua bulan kami berkenalan. Dan aku mengaku sekarang aku mula sayangkan dia. Tapi perkara ni sukar untuk aku terima. Ya Allah. Selamatkanlah dia. Kenapa ex dia mesti buat dia macam ni? Lokman tak salah!

“ Ex dia benar-benar melampau. Dia sedar tak yang Lokman tu ada kau. Dia ingat dengan langgar Lokman dia akan bahagia? Ish! Geram pula aku rasa.”

Aku tunduk memandang jari. Lokman. Jangan tinggalkan Ika. Ika tak cakap lagi pun perasaan Ika dekat Lokman. Ika tahu Lokman setia menunggu Ika.

“ Ex dia tak suka aku Aisyah. Lokman dah cerita semuanya pada aku. Sampai Lokman warning dia jangan ganggu dia dan aku. tapi tak sangka dia berani buat Lokman macam ni. Aisyah. Aku takut.”

Terus Aisyah tarik aku ke dalam pelukan dia.

“ Sabar. Kita doa banyak-banyak. Dia akan sembuh. Aku yakin.”

Lokman. Tunggu Ika.

**
“ Woi! Kau betina tu kan?”

Aku tersentak besar. Aku dan Aisyah yang baru keluar melawat Lokman tersentak melihat ex Lokman. Dia tak takut ke? Dah langgar orang tapi berani datang lagi.

“ Woi! Mulut kau tu jaga sikit. Kau tu yang betina.” Marah Aisyah.

“ Jadi betullah kau ni buah hati dia? Hei! Kenapa kau mesti kacau kami berdua ha? Gara-gara kau aku dan dia berpisah. Kau tahu tak?”

“ Hei! Kau jangan pernah salahkan kawan aku. kawan aku langsung tak bersalah dalam hal ni. kau tu yang salah. Dah berpisah ada hati terhegeh-hegeh lagi dekat Lokman. Eh! Kau sedar tak semua  ni berpunca daripada kau. Lokman dah cuba jaga hubungan korang sebelum ni. tapi apa kau buat? Kau hancurkan semuanya. Kau curang dengan dia. kau tinggalkan dia. itu yang kau kata kawan aku ni rampas dia daripada kau? Hei! Tolong sikit.”

Aku terdiam. Aku hanya mampu mendengar dan melihat mereka berdua bergaduh. Aku langsung tak ada hati nak bercakap. Aku lebih risaukan keadaan Lokman.

“ Tapi dia masih sayangkan aku kalau dia ni tak muncul!”

“ Jangan pernah salahkan orang lain kalau diri sendiri yang tak mahu mengaku salah. Jom balik Tikah. Sakit pula hati aku tengok minah ni. dah langgar orang masih berani datang sini. Sepatutnya kau yang mati.”

“ Astagfirullah. Bawa bersabar Aisyah.”

“ Aku dah cuba Tikah. Tapi dia yang terlalu melampau. Dah jom balik.”

Belum sempat aku nak berkata-kata, Aisyah terlebih dahulu menarik aku untuk beredar. Aku hanya mampu berdoa agar dia diberi kesedaran.

“ Tak guna punya betina!”

Aku pantas menoleh ke belakang saat mendengar jeritan tu. Tapi langkahku terhenti apabila perutku rasa sakit.

“ Ya Allah Tikah!”              

Dengan terketar-ketar tangan aku menyentuh perut. Dan terdapat banyak darah dekat situ. Aku terduduk dengan tangan yang terketar-ketar.

“ Haha. Puas hati aku! puas!”

“ Doktor! Tolong!”

Aku mengetap bibir menahan sakit. Tikaman dia terlalu dalam dan membuatkan aku sangat sakit.

“ Tolong tangkap perempuan ni! dia tikam kawan saya!”

Aku menggenggam erat tangan Aisyah.

“ Jangan tinggalkan aku Tikah. Jangan. Kuatkan semangat kau. Demi Lokman. Dia tengah tunggu kau tu.”

Aku tersenyum tawar. Lokman.

“ Doktor!”

Akhirnya, aku hanya mendengar suara Aisyah yang kabur-kabur itu.

**
5 tahun berlalu..

Aku melihat mereka berdua dengan senyuman kecil. Pantas aku mendekati mereka.

“ Aisyah! Kau ke mana? Lama tak nampak.”

“ Kau tahu kan aku tengah busy dengan kerja. kau tak pa la. Ada buah hati yang sanggup tolong.”

Aku tertawa kecil melihat Aisyah yang sedang mencebik itu.

“ Mana Lokman?” Soal dia lagi. Aku pula kerling insan yang berdiri di sebelahnya.

“ Tanya Lokman aku. siapa pula lelaki ni.”

Aisyah tersengih.

“ My future husband.”

Aku terlopong. What?

“ Sampai hati kau baru cakap dekat aku.”

“ Hehe. Janganlah marah. Sekarang mana Lokman.”

Aku menoleh ke belakang. Apabila nampak kelibat dia aku terus panggil agar keluar.

“ Bro! Apa khabar?”

“ Baik. Kau?”

“ Macam ni la. So macam mana? Bila nak kahwin?”

Mukaku terus berona merah. Boleh pula kawan aku ni tanya macam tu. Aduhai.

“ Lamar pun belum. Macam mana nak kahwin.”

“ Tu la kau. Lambat sangat. Orang dah nak kahwin bulan depan.”

Aku menahan senyum. Mereka berdua ni kalau jumpa tak gaduh tak sah.

“ Aku tengah tunggu masa yang sesuai je ni.”

“ Yela tu. baik cepat sikit sebelum dia dirampas. Ha masa tu melopong la kau.”

Terletus ketawa kami selepas mendengar kata-kata Aisyah. Akhirnya, aku memandang Lokman dengan rasa senang hati. Terima kasih Lokman. Ika terharu sebab Lokman sanggup tunggu sampai sekarang.

“ Dah jom masuk. Kedai aku ni terbuka untuk kau.” Suara Lokman lalu melangkah masuk bersama mereka.

Aku pula masih tidak berganjak. Aku tersenyum ke langit. Duhai langit. Dulu, aku sering mengeluh dan tertanya-tanya kenapa semua ini harus terjadi. Sampai aku kena tikam dan Lokman kemalangan. Tapi sekarang aku sedar, semua ini dugaan daripada Allah untuk uji kami berdua. Dan sekarang aku yakin dia jodoh aku. terima kasih Ya Allah.

“ Ika?”

Aku tersentak. Aku tengok dia dengan senyuman.

“ Kenapa tercegat lagi dekat sini? Jom masuk.”

“ Lokman masuklah dulu. Kejap lagi Ika masuk.”

“ Kenapa? Apa yang Ika fikirkan?”

Dia turut sama memandang langit. Aku tersenyum.

“ Rasa cepat sangat masa berlalu kan? tak sangka kita boleh bertahan sampai sekarang. Lokman. Terima kasih sebab sanggup tunggu Ika sampai saat ini.”

“ Sebab Lokman sayangkan Ika. Sebab Lokman cintakan Ika. That’s why Lokman sanggup tunggu.”

“ Thanks.”

**
Terkocoh-kocoh aku masuk ke kedai roti apabila mendapat pesanan ringkas daripada Aisyah. Dia kata Lokman tak sedarkan diri. Ya Allah. Lindungilah dia.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam kedai roti, aku terdiam buat seketika. Tak ada orang pun.

“ Lokman! Aisyah! Mana korang ni?”

Tiba-tiba aku terdengar petikan gitar daripada belakang. Dengan perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Dan aku terus tergamam melihat Lokman yang sedang memetik gitar itu.

Akan ku jaga kisah cinta kita
Jangan pernah ada hati yang terluka
Sungguh ku takut jika engkau jauh
Karena aku takut kau berpaling dariku

Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi, pergi meninggalkanku
Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau hilang, hilang dari cintaku

Jangan ada dusta di antara kita
Karena ku tak sanggup hidup tanpa cintamu
Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi, pergi meninggalkanku

Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau hilang, hilang dari cintaku

Sampai rambutku memutih, sampai nafasku terhenti
Cinta ini kan tetap abadi

(Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu)
(Jangan pernah kau pergi, pergi meninggalkanku)
Wooo ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
 
Jangan pernah kau hilang, hilang dari cintaku
Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi, pergi meninggalkanku
Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau hilang, hilang dari cintaku

Ku takut kehilanganmu.

Sebaik sahaja dia selesai menyanyi. Dia mendekati aku dengan senyuman manis. Aku pula menahan diri daripada mengalirkan air mata kerana terharu dengan apa yang dia buat.

“ Ika. Sudi Ika jadi suri hati Lokman?”

Aku merenung wajahnya dengan penuh kasih sayang. Ya Allah. Adakah ini masanya?

“ Ika.. Lokman sanggup terima apa sahaja keputusan Ika.”

Aku tersenyum. Aku mencapai bunga yang dia pegang tadi.

“ Kalau sampai sekarang saya berada di samping awak. takkan saya tak setuju lagi?” putusku lalu mencium bau bunga tadi.

“ Alhamdulillah. Terima kasih Ika.”

Aku hanya tersenyum. aku pandang pula ke belakang. Nampaknya Aisyah bersubahat dengan Lokman agar buat aku lari balik ke sini. Hampeh betul.

“ Yeay! Tak lama lagi makan nasi minyaklah aku.”

Aku tersenyum malu.

“ Aku yakin korang memang berjodoh. Tikah. Aku doakan kau bahagia. Lokman. Jangan pernah kau buat dia menangis.”

Aku tertawa kecil.

“ Baik boss!” Balas Lokman dengan rasa senang hati.

“ Sekarang belanja aku makan. Cepat. Buah hati aku ni pun dah lapar.”

Akhirnya, aku membiarkan mereka menjamu selera bersama Lokman. Manakala aku keluar dengan langkah yang perlahan-lahan. Sampai saja diluar aku mendongak ke langit.

Duhai langit. Tak sangka hari ini tiba juga. Aku ingat hari ini takkan tiba. Tapi aku berterima kasih dekat semua orang yang sudi mendoakan kebahagiaan aku bersama dia. Duhai langit, tak sangka kan semua ini terjadi dekat aku.

Satu je aku nak cakap. Aku bahagia. Aku sayangkan dia.

“ Kenapa keluar?”

Dia berdiri di sisiku. Kami berdua berbalas senyuman.

“ Lokman tak menyesal kenal Ika? Lokman tak menyesal nak kahwin dengan Ika?”

“ Kenapa cakap macam tu? Lokman tak pernah menyesal. Sekali Lokman sayangkan Ika. Selamanya Lokman sayang. Lokman sepatutnya ucapkan terima kasih sebab Ika sudi terima Lokman. Bagi Lokman, Ika special sangat. Ika tak macam perempuan lain.”

“ Ika pun berterima kasih dekat Lokman.”

Kami berdua kembali memandang langit. Sesungguhnya, takdir Allah cukup indah. Cuma kadang-kadang kita rasa kita ni tak berguna. Kadang-kadang rasa tak adil. Tapi itulah yang sebaiknya buat kita.

“ Sayang. Cinta. Semua itu lahir disebabkan Allah.”

“ Dan cinta kita juga kerana Allah.”

~Tamat~

1 comment :

Popular Posts