Bertemu lagi kita. Well. Cerpen baru lagi. Hehe. Ermm.. tak tahu nak cakap apa. Cuma... nak cakap terima kasih sebab sudi menjenguk ke sini dan membaca semua hasil karya yang ada dalam blog ni. Thanks you all. Tanpa korang aku tak mungkin bertahan sampai sekarang. :)
“ Abang. Nak tahu tak? Orang yang abang impi-impikan selama
ni akan muncul suatu hari nanti. Percaya tak?”
“ Tak lah. Mengarut la adik ni. Itu kan angan abang je. Mana
la nak ada perempuan yang seperti abang
inginkan tu sekarang ni.”
“ Ada. Adik yakin. Tunggu je la.”
Tidak semena-mena air mata yang dah lama bertakung dalam
tubir matanya mengalir jua. Dia teringat lagi perbualan terakhir antara dia
dengan adik kesayangannya beberapa bulan yang lalu. Tak sangka itu perbualan
terakhirnya sebelum adiknya itu menghembuskan nafas terakhir akibat kemalangan.
“ Adik. Abang rindu adik.”
Mukanya diraup perlahan. Dia rasa menyesal sebab tak
menemani adiknya waktu tu. Kalau tidak pasti tidak akan jadi begini. Arh! Tak
guna kau nak menyesal. Dah takdir dia pergi dulu.
“ Zam.”
Dia mendongak ke arah pintu bilik. Perlahan-lahan bibirnya
mengukirkan senyuman.
“ Ibu. Masuklah.”
“ Kenapa ni Zam?”
Kepala anaknya diusap perlahan.
“ Abang rindu adik.”
Dia menggogoi dalam pelukan ibunya. Sekali lagi air matanya
mengalir. Puan Haznah yang melihat pantas memeluk erat anaknya. Dia turut
merindui anak bongsunya itu. tapi apakan daya. Allah lebih sayangkan dia.
“ banyakkan bersabar sayang. Allah lebih sayangkan dia.
Kalau dia tengok Zam macam ni. mesti dia lagi sedih.”
Demi Zam. Haznah terpaksa kuatkan hati. Dia tak boleh lemah
di hadapan Zam. Dia sebagai ibu mesti memberikan kekuatan pada Zam.
Iszam hanya mendiamkan diri.
“ Banyakkan berdoa. Sedekahkan Al-Fatihah buat adik kamu tu.
doakan dia agar dapat bersemadi dengan tenang. Ye sayang ye?”
Dalam diam, Iszam menganggukkan kepalanya.
“ Kita semua rindukan dia Zam. Ibu, ayah, Izrul. Semua
rindukan dia. Tapi kita kena terima takdir sayang. Kamu sebagai anak sulung
mesti kuat. Tunjukkan contoh yang baik buat Izrul. Dia perlukan dorongan kita
semua.”
Iszam mengeluh perlahan. Izrul. Adiknya yang pertama itu
nampak murung kebelakangan ni. Manakan tidak, dia orang yang paling rapat
dengan adik bongsunya. Mestilah dia merasai kehilangan itu.
“ InsyaAllah. Zam cuba. Terima kasih ibu.”
**
Laju sekali tangannya berlari-lari di atas pena itu.
Langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Yang dia tahu dia mesti siapkan
satu lukisan sebelum pulang ke rumah hari ini. Hanya dengan melukis lah dia
dapat hilangkan tekanan itu.
“ Zam. Kami balik dulu.”
Iszam hanya mengangguk tanpa mendongak ke arah mereka.
“ Jangan lupa makan. Kau tu dah la ada gastrik.”
Iszam tersenyum dalam diam. Itu Hairul. Kawan baik Iszam.
Dia memang risau tak kena tempat.
“ Aku tahulah.” Iszam bersuara lalu mendongak melihat wajah
itu.
“ Aku ingatkan je. Okay aku gerak dulu.”
Tinggallah Iszam seorang diri dalam studio lukisan tersebut.
Hampir setengah jam juga baru dia selesai siapkan satu lukisan. Dia tersenyum
seorang diri. Dia puas sekali melihat hasil kerjanya tadi itu.
“ Adik. Alangkah bahagianya kalau adik masih ada.”
Potret adiknya ditatap dengan penuh kasih. Termasuk hari ni
dah lima lukisan potret adik dia, dia buat. Dia tak pernah jemu melukis wajah
adiknya.
Sedang ralit dia melihat lukisan dia, tiba-tiba dia
terdengar bunyi bising di depan pintu.
Tanpa berlengah, dia bergegas ke arah pintu. Pencuri ke?
“ Opocot!”
Suara yang melatah itu menarik perhatiannya. Itu kan suara
perempuan. Cepat-cepat dia membuka pintu studio.
Iszam terkedu seketika sebaik sahaja melihat insan yang
sedang membebel seorang diri itu. Tiba-tiba dia teringat wajah yang selalu dia
angan-angankan itu sampai termasuk dalam mimpi. Dan kini, dia melihat wajah itu
dalam realiti.
“ Astagfirulllah. Terkejut saya!”
Iszam tersedar sebaik sahaja mendengar suara terkejut itu.
tapi tak pula dia memberikan senyuman buat wanita itu.
“ Buat apa dekat sini?” Soal Iszam tanpa perasaan.
“ Erk. Maaf tapi tumpang kejap je. luar ni hujan.”
Iszam masih merenung insan di hadapannya itu dengan kerutan
di dahi. Ya Allah. Siapa dia? kenapa dia boleh muncul?
“ Erk. Boleh saya masuk tak?” Soal gadis itu dengan
ragu-ragu. Kalau tak kerana sejuk dia tak nak masuk. Tapi angin terlalu kuat
sampai membuatkan dia kedinginan.
Iszam memerhati keadaan dalam studionya. Berselerak.
“ Tunggu kejap.”
Iszam pantas masuk semula ke studio dan menyimpan peralatan
yang digunakan tadi. Kemudian, dia mencapai jaket dan kunci kereta lalu berlalu
semula ke gadis tadi.
“ Awak nak ke mana?” Soal gadis itu pelik.
Iszam tidak menghiraukan pertanyaan gadis itu malah dia
terus mengunci pintu studio.
“ Jom ikut saya. Nah ambil jaket ni untuk tutup kepala
awak.”
Gadis itu jadi terpinga-pinga melihat tindakan ISzam. Tapi
dia turutkan sahaja. Apabila melihat Iszam semakin jauh, dia terus berlari
tanpa menunggu lagi. Nanti dia kena tinggal.
“ Masuk.”
Pintu kereta dibuka dan tanpa berlengah, gadis itu pun
masuk. Fuh! Sejuk gila.
“ Awak siapa?” Soal Iszam sebaik sahaja membuka enjin
kereta.
“ Erk. Saya Nafisa. Boleh panggil Fisa atau Naf. Apa-apa pun
boleh. Tapi orang selalu panggil saya Fis. Macam nama lelaki kan? Hehe.”
Iszam masih mendiamkan diri.
“ erk. Maaflah sebab susahkan awak. saya ingat nak tumpang
kejap je. tapi tak sangka pula dalam studio tu masih ada orang. Maaf erk.”
Nafisa memohon maaf tanda rasa bersalah.
“ It’s okay. Saya Iszam.”
“ Oh. Awak pelajar art and design erk?”
“ Ya. Awak?”
“ Saya pelajar fashion designer.”
Iszam terdiam. Tapi tak pernah pula aku nampak dia sebelum
ni atau aku je yang tak ambil peduli akan keadaan sekeliling.
“ Erk. Rasanya hujan dah reda. Rasanya saya kena balik dulu.
Nanti papa dan mama saya risau. And thanks again.”
Baru je Nafisa nak buka pintu kereta, Iszam terlebih dahulu
memanggil namanya.
“ Saya harap lepas ni kita boleh berjumpa lagi.” Suara Iszam
tanpa menoleh ke arah Nafisa.
Nafisa yang mendengar tersenyum kecil. dalam diam dia
mengangguk.
“ InsyaAllah.”
**
“ Jangan pernah abaikan orang yang sayangkan awak tau. Ingat
tu. Dan tolong jangan tangisi kepergian saya ni. Please.”
“ Shah..”
Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir jua. Teringat
dia tentang kata-kata bakal tunang dia dua tahun yang lalu. Bakal tunang yang
telah meninggalkan dia buat selama-lamanya. Sungguh! Sampai saat ini dia tak
mungkin melupakan lelaki itu.
“ Nafisa..”
Air matanya pantas diseka. Terus dia berpura-pura sedang
melakar sesuatu pada kertas kosong itu. sedangkan otaknya kosong. Tiada idea
mahupun cadangan untuk menyiapkan tugasannya kali ini. Allah! Kenapa dengan aku
ni?
“ Nafisa. Kami nak pergi ke dewan. Nak tengok hasil kerja
pelajar art and design. Kau nak ikut tak?”
Nafisa terfikir sejenak. Pelajar art and design? Kenapa dia
macam pernah dengar?
“ Boleh juga. Kejap.”
Selesai mengemas barang, pantas dia mengikuti langkah
kawannya itu. Dalam hatinya saat ini tekad mengatakan bahawa dia akan berjumpa
dengan pelajar yang bernama Iszam itu.
“ Kat sana ada tempat kosong. Jom.”
Nafisa ikut tanpa membantah. Tapi matanya liar memerhati
kawasan sekeliling. Ramai juga orang. Dan hasil seni yang ada dekat sini pun
boleh tahan. Tapi mana Iszam?
“ Kau nak tahu tak? Dalam ramai-ramai pelajar dalam bidang
tu. Ada seseorang yang berjaya menarik perhatian pelajar perempuan dekat sini.
Handsome orangnya. Tapi sayang, dia jarang senyum. Serius je muka dia. Dan
jarang juga bercakap. Bercakap pun perkara penting-penting je.”
Terdetik di hati Nafisa tentang lelaki itu. Mungkinkah
lelaki yang Hanim maksudkan itu Iszam?
“ Ha! Tu! Kau tengok sana. Tu la orang yang aku maksudkan.”
Terus Nafisa melihat arah yang Hanim tunjukkan. Dan hatinya
tersentak. Jadi benar. Lelaki itu Iszam. Patutlah masa aku terjumpa dengan dia
masa tu dia tak senyum langsung. Tapi bercakap okay je.
“ Tapi hasil karya dia terbaik.”
Sedikit sebanyak aku dah tahu fasal dia. eh? Kenapa kau
tiba-tiba tertarik nak tahu fasal dia ni Nafisa? Erh!
“ Jom. Semua dah dibenarkan tengok hasil karya mereka. Jom
ikut aku.”
Nafisa mendekati Iszam yang sedang melukis sesuatu pada
kertas lukisannya itu. sangat tekun. tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Tanpa dia sedar, dia tersenyum melihat Iszam.
“ Fis!”
Nafisa dan Iszam. Kedua-dua mereka tersentak. Dan kedua-dua
mereka saling melihat di antara satu sama lain. Tapi tidak lama apabila Iszam
pantas menundukkan pandangan ke arah lukisannya itu. Nafisa yang menyedari hal
itu pantas berlalu daripada situ. Dia jadi malu akan tindakannya.
“ Kenapa kau ni?”
Nafisa hanya tersengih. Entahlah. Maybe cara lelaki tu kot
tarik perhatian aku.
“ Kau pergilah jalan dulu. Aku nak tengok ni.” Dalih Nafisa
sedangkan dia nak bercakap dengan Iszam.
“ Okay.”
Nafisa mendekati semula langkah Iszam yang khusyuk melukis
itu. Curi-curi Nafisa melihat hasil lukisan Iszam. Dahinya berkerut. Potret
seorang perempuan. Comel. Agaknya siapa dia?
“ Dah puas ke perhati?”
“ Opocot!”
Nafisa mengurut dadanya perlahan akibat terkejut. Adeh!
Kantoi!
“ hehe. Sorry. Saya tak berani tegur sebab awak leka sangat
lukis. Nanti kata ganggu pula.” Tersengih Nafisa menerangkan perkara sebenar.
Iszam menyimpan lukisan yang dia dah siapkan itu ke dalam
beg. Lantas dia bangun dan berhadapan dengan Nafisa. Entah mengapa, ketika ini
hatinya berdebar-debar melihat riak selamba Nafisa itu.
“ Awak buat apa dekat sini? Kawan awak dah pergi sana.”
Nafisa tersengih lagi.
“ saya nak kenal awak. Dengar kata awak menjadi perbualan
orang ramai. Tak sangka juga saya.”
Iszam hanya mengangguk mendengar kata-kata Nafisa itu. tiada
hati pula untuk dia membalas. Nafisa yang menanti kata-kata Iszam itu mengeluh
perlahan. Nampaknya macam aku je yang beria-ria nak kenal dia. adeh! Aku
sebenarnya teringin nak tengok senyuman dia tu.
“ Erk. Tak apalah. Saya pergi dulu. Anyway, cantik lukisan
awak.”
Dengan berat hati, Nafisa melangkah meninggalkan Iszam. Dia
mengetuk kepalanya sendiri akibat sikapnya yang terlalu berani tu. Haish.
Selepas Nafisa berlalu, Iszam pula tersenyum kecil melihat
gelagat Nafisa. Adik. Perempuan ni kelakar dik. Dia nampak lain sangat. Adik.
Adakah kata-kata adik dulu tu menjadi kenyataan?
**
“ Ibu. Kenapa perempuan beria-ria nak sembang dengan orang
lelaki ni? macam-macam cara dia cuba nak raih perhatian lelaki ni. kenapa eh?”
Soal Iszam kepada ibunya.
Haznah mengerutkan dahi sebaik sahaja mendengar pertanyaan
anak sulungnya itu.
“ Kenapa tiba-tiba tanya ibu macam tu?”
“ Ada seorang perempuan ni ibu. Semalam kan ada pameran
hasil karya kami semua ni. dia tiba-tiba muncul dan cuba sembang dengan Zam.”
Haznah tersenyum lalu mendekati anaknya yang duduk disofa
itu.
“ Dia suka Zam kot.” Seloroh Haznah.
“ Haish. Mengarutlah ibu ni. tak mungkinlah. Maybe dia
dengar daripada orang lain Zam ni tak pandai senyum dan serius kot. Tu yang dia
nak kenal sangat.”
Haznah tertawa kecil.
“ Anak ibu ni pun satu. Bawa-bawalah senyum sikit. Asyik
serius je. takut orang tengok tau. Nasib ada juga perempuan yang sudi
bersembang dengan Zam. Haih.. bilalah agaknya ibu boleh dapat menantu erk?”
Iszam memuncung. Menantu? Amboi ibu aku ni.
“ Ibu..”
“ Ibu faham. Jangan risau. Tapi tak salah kan kenal dulu
dengan budak tu.”
Iszam terdiam. Nafisa. Nafisa. Berani sungguh awak erh?
Hurmm.
**
Terkocoh-kocoh Nafisa mengejar kertas yang berterbangan itu.
dahla tu formula penting. Kalau hilang mana aku nak cari pula. Haish!
“ kertas! Janganlah terbang lagi. Haish!” Bebelnya seorang
diri sambil mengejar kertas itu. mujur tak ramai orang ketika itu. kalau tak
malu dibuatnya.
Nampak je kertas tu dah jatuh atas tanah. Nafisa menghembus
nafas lega. Pantas dia tunduk untuk mencapai kertas tersebut. Tapi tak sempat
pun nak ambil bila ada satu tangan yang terlebih dahulu mencapainya. Nafisa
yang kepenatan itu pantas berdiri tegak.
“ terima kasih.” Ucap Nafisa lalu mengambil huluran lelaki
yang dia tak tahu siapa itu. nak tahu apa muka pun tak tengok. Penatlah weh!
“ Sama-sama.”
Sebaik sahaja mendengar suara garau itu, pantas Nafisa
mendongakkan kepalanya. perlahan-lahan dia menarik senyuman buat lelaki itu.
“ Eh? Awak rupanya.”
Iszam tersenyum dalam hati. Aku nak uji dia. aku nak buat je
muka serius depan dia. nak tengok dia boleh tahan tak. Tiba-tiba tertarik pula
nak kenal dia ni. Haha.
“ Saya pergi dulu.”
Nafisa tergaru kepalanya yang tidak gatal itu. Nak halang atau
tak? Halang? Tak?
“ Tunggu!” Nafisa pantas mendekati Iszam.
“ Awak ada kelas ke lepas ni? jom teman saya makan boleh?”
Satu je niat Nafisa. Nak kenal siapa insan yang bernama
Iszam ni. Nak buat Iszam tersenyum. Gila ke? Tak kan?
“ Saya dah makan.”
“ Teman je. boleh kan?”
Tengok wajah Nafisa yang penuh mengharap itu membuatkan hati
Iszam terdetik. Pantas dia menepis perasaan itu.
“ Okay.”
Dalam diam, Nafisa menjerit kesukaan dalam hati. Yes!
“ Awak memang tak suka senyum ke?”
Nafisa menyoal ketika dalam perjalanan menuju ke kafe. Ada
peluang nak tanya.
“ Kenapa?”
“ Yelah. Teringin juga nak tengok awak senyum. Mesti
senyuman awak manis kan?”
“ Entah.”
“ Tapi kenapa awak tak suka senyum eh?”
“ Ikut suka sayalah.”
“ Ala. Mesti ada sebab kan? kecewa dengan ex ke? Or nak jaga
hati teman wanita? Ha! Yang mana?”
Iszam menahan senyum. Ya Allah dia ni.
“ Dua-dua pun bukan.”
“ habis tu? Awak tahu tak? Senyuman dapat tenangkan fikiran
kita tau.”
“ Tak tahu pun.”
Nafisa mendecit. Adeh! Susahnya nak pujuk hati dia untuk
senyum.
“ Saya hanya akan senyum kepada orang yang benar-benar
ikhlas pada saya. Saya takkan senyum pada sembarangan orang.”
Terus langkah Nafisa terhenti. Ya Allah. Kenapa kata-kata
dia tadi membuatkan hati aku rasa macam lain?
“ Kalau macam tu! saya ikhlas nak berkawan dengan awak.
boleh kan?”
Pantas Nafisa mengejar semula langkah Iszam.
“ Cubalah.”
Akhirnya, Nafisa menahan geram dengan telatah Iszam.
Cubalah? Okay! Baik! Kita tengok nanti.
**
‘ Hai awak!’
Terkedu Iszam sebaik membuka whatsuppnya. Nafisa? Mana dia
dapat nombor aku?
‘ Awak siapa?’
Iszam tersenyum. buat-buat tanya pula kau Zam. Haha. Saja
nak usik hati dia.
‘ Orang yang ikhlas berkawan dengan awak. awak tu je yang
jual mahal sangat.’
‘ Eh? Saya tak jual mahal. Tapi orang yang nak beli saya. Tu
yang saya naikkan saham saya.’
‘ Eii. Perasannya.’
‘ Saya memang dah lama perasan.’
‘ Apa-apa je lah.’
‘ Dari mana dapat nombor saya?’
‘ Dari Allah. Alhamdulillah.’
Iszam menahan senyum. Ya Allah. Budak ni. tak lama lagi aku
takut aku tak dapat tahan senyum dah depan dia.
‘ Ye ke? Wah. Tak sangka.’
‘ Jadi. Ucaplah tahniah pada saya. Allah nak bantu saya
kembalikan senyuman pada wajah awak tu.’
Iszam terdiam. Bukan salah sesiapa pun aku tak nak senyum.
Tapi semenjak adik aku pergi. Senyuman tu bagaikan hilang. Nafisa. Mampu ke kau
buat aku bahagia?
‘ Tak nak. Buat apa? tak ada faedah.’
‘ Eii! Geramnya! Tak apa. Tunggu suatu hari nanti. Bila saya
tak ada. Baru awak sedar saya ni penting buat awak. Werk!’
Iszam menarik senyum. Yeke? Andai benar awak untuk saya.
Saya akan pergi lamar awak nanti.
**
“ Awak! Kalau satu hari nanti terdetik di hati awak nak
kenal dengan lelaki lain. Awak teruskan niat tu. mungkin masa tu jodoh awak dah
datang.”
Nafisa tersenyum hambar sebaik teringat kata-kata arwah
bakal tunangnya itu. jauh dia pandang ke tasik dengan hati yang tenang.
“ Shah. Kalau awak tahu apa yang terjadi sekarang ni. Adakah
awak akan sokong saya? Saya tak tahu kenapa. Tapi saya macam nak buat lelaki tu
tersenyum semula. Rasa macam tak sempurna hidup kalau lelaki tu tak senyum.
Awak rasa kenapa erk?”
Dia memeluk diri dengan senyuman panjang. Sebaik puas dia
mencari ketenangan diri. Dia pun memusingkan badan untuk melangkah. Tapi dia
pula yang terundur ke belakang akibat rasa terkejut.
“ Awak!”
Iszam memandang Nafisa dengan wajah yang serius. Tegang pun
ada. Nafisa jadi gerun. Kenapa ni?
“ Erk. Kenapa awak?”
Iszam menoleh ke sisi. Mulutnya diketap. Ish! Apa aku ni?
nak cakap tapi tak terkeluar. Sia-sia kau buat wajah serius macam nak makan
orang. Haih.
“ Saya cabar awak buat saya senyum semula.”
“ hah?”
Nafisa terlopong. What? Biar betul?
“ Tak nak sudah.”
Iszam mengambil tempat pada bangku kosong. Kemudian dia
menarik keluar satu kertas kosong bersama dengan pensel kayu. Dia memerhati
jauh depan tasik. Hatinya sedikit sebanyak rasa lega selepas meluahkan
kata-kata itu.
“ Eh! Mestilah nak. Saya terima cabaran awak.”
Iszam tersenyum dalam hati. Saya tunggu awak. saya tunggu.
“ Erk.. awak nak lukis apa?”
“ Lukis wajah awak. boleh?”
Nafisa terkedu tetapi sekejap je sebelum dia betul-betul
berdiri depan Iszam dengan sengihan.
“ Boleh! Dah lama saya nak orang lukis wajah saya. Dan awak
sudi kan? jadi tolong lukis.”
Iszam pula terlopong. Tapi tak lama bila tangannya mula
memulakan aksi pada kertas lukisannya itu. tak apa Nafisa. Kalau awak tak minta
pun memang saya nak lukis potret wajah awak. nak buat tatapan. Okay. Ni gila
namanya.
“ andai satu hari nanti ada orang lamar awak. apa awak akan
buat?”
Iszam menyoal apabila keadaan jadi sunyi sepi. Nafisa yang
mendengar persoalan itu terus terdiam.
“ Eh. Tak mungkin lah. Bukan ada orang minat saya pun.”
“ Saya cakap kalau.”
“ Erk.. Entah. Maybe saya akan fikir masak-masak dulu
sebelum terima. Saya akan tanya pendapat orang tua saya. Saya akan minta
pertolongan Allah. Dan saya akan tanya dia yang… erk. Tak ada apa. ha tu la
jawapan saya. Puas?”
Nafisa mengutuk diri sendiri. Hampir tersasul fasal Shah
pula. Aduh!
Iszam yang menyedari perubahan Nafisa terhenti daripada
melukis. Kenapa?
“ Kalau saya orang yang pergi lamar awak tu?”
Dan kali ni, Nafisa benar-benar terkedu dan terdiam.
Manakala Iszam menanti jawapan dengan penuh kesabaran.
**
“ Shah. Dia betul-betul datang lamar saya. Apa patut saya
buat? Dan masa dia datang tu, dia hadiahkan potret wajah saya. Cantik dia lukis
awak. Tapi..”
Nafisa mengeluh perlahan. Dua hari lepas, Iszam tiba-tiba
datang dengan tujuan melamar aku. Aku sama sekali tak sangka dia akan buat apa
yang dia kata tu. Ya Allah. Apa patut aku buat? Aku belum bersedia nak mendirikan
rumah tangga.
Tapi kenapa? Sebab Shah?
Bukan.
Habis? Tolonglah Fis. Shah dah lama tak ada. Dia pun minta
kau cari orang lain. Please Fis. Keluar daripada perasaan kepompong kau tu.
Aku tak boleh. Aku masih sayangkan Shah.
Tapi jodoh kau yang sebenar sedang tunggu kau tau tak?
Dia ke?
InsyaAllah. Aku rasa dia. tengok. Hati kau pun tenang bila
tengok dia. kan?
Aku. Aku…
Sudahlah. Fikir demi kebahagiaan kau Fis. Kalau Shah tengok,
dia pun pasti suruh kau terima lamaran dia.
Akhirnya, Nafisa mengeluh selepas berperang dengan dirinya
sendiri.
“ Nafisa. Saya terima apa saja keputusan awak. saya tahu
semua ini mengejutkan. Tapi ini hasrat yang lahir daripada hati saya. Awak nak
tengok senyuman saya kan? saya akan berikan. Tapi selepas awak jadi hak saya.”
Kata-kata itu terus bermain dalam fikirannya. Sekali lagi
dia melihat potret yang dilukis Iszam itu. dalam diam dia tersenyum. pandai
awak lukis Zam. Saya bangga dengan awak. terima kasih.
“ Saya datang kerana Allah. Allah yang beri saya petunjuk.
Saya tahu semua ni macam cepat sangat. Cuma, saya tak suka tangguhkan hasrat
saya.”
Nafisa terus bangun daripada duduk. Potret wajahnya
diletakkan di atas katil. Telefon bimbitnya pantas dicapai dan nombor Iszam
terus didailnya. Dengan debaran dia menanti jawapan daripada Iszam.
“ Helo.”
Nafisa menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya.
“ Saya terima awak. saya terima.”
**
“ Apa awak buat ni? Saya terima awak tak bermakna awak boleh
buat saya macam ni? Awak tahu tak ini semua barang-barang peribadi saya. Awak ni
kenapa ha?!”
Nafisa tersentak sebaik sahaja dijerkah Iszam. Air matanya
yang ditahan tadi akhirnya mengalir jua. Dia tak ada niat lain pun. Dia Cuma
nak kemas tempat lukisan Zam menjadi bersih dan kemas. Niat dia datang ke
studio ingin mencari ZAm. Tapi ini yang dia dapat. Ya Allah.
“ Awak dah melampau!”
Nafisa menahan tangisannya daripada terus berlanjutan. Dia
mengerling wajah ISzam yang tegang itu. tiba-tiba dia ternampak satu potret
wajah perempuan yang sedang manis dengan senyuman. Hatinya terdetik rasa
cemburu.
“ Jadi, awak marah saya sebab tu?”
Iszam terdiam. Wajah adiknya itu ditatap dengan penuh kasih
sayang. Adik. Abang melampau ke?
“ Itu sebabnya kan?”
Nafisa tersenyum hambar. Kini, dia faham kenapa orang lain
tak boleh sentuh barangnya.
“ Saya faham. Saya ni orang luar je walaupun tak lama akan
jadi isteri awak. saya faham. Maafkan saya sebab kacau barang awak.”
Terus Nafisa berlari keluar daripada situ. Hatinya jadi
sedih dan cemburu akan sikap Iszam. Ya Allah. Kenapa rasa sakit? Kenapa? Benarkah
aku dah mencintai dia?
Iszam hanya melihat Nafisa berlalu dengan linangan air mata.
Dia terduduk melihat potret adiknya itu. air matanya mengalir jua.
“ Adik. Abang salah ke? Abang Cuma tak nak adik sakit. Abang
tak suka orang lain sentuh potret adik. Abang tak suka.”
Iszam menekup mukanya dengan penuh rasa kesal.
“ Abang. Kalau abang sayangkan dia. jangan buat dia macam
tu. dia tak tahu kisah abang. Dia tak tahu fasal adik. Jadi, tindakan dia tak
salah. Abang yang melampau. Dia tengah sedih abang. Dia tengah kecewa. Abang
pergilah pujuk dia.”
Kata-kata itu tiba-tiba bermain dalam fikirannya. Adik!
Sekali lagi dia menghamburkan tangis.
“ Adik. Maafkan abang. Abang Cuma terlalu sayangkan adik.”
Sebaik sahaja dia berjaya menenangkan dirinya semula, dia
pantas keluar untuk mencari Nafisa. Dia perlu minta maaf. Maybe ni salah dia.
Nafisa langsung tak bersalah. Dia tak tahu apa-apa pun. Ya Allah. Ampuni aku.
**
“ Shah! Saya ni tak berguna ke buat dia? Kenapa dia buat
saya macam ni? Kenapa?”
Laju air matanya mengalir memandang tasik. Di depan tasiklah
tempat dia selalu menghamburkan tangis, gembira mahupun marah. Sebab itu saja
cara untuk buatkan dia tenang.
“ Shah. Saya dah jatuh cinta pada dia. Tapi tak salah kan?”
Tunduk dia memandang jari. Cincin yang setia berada pada
jari manisnya itu dipandang sepi.
“ Agaknya dia terima aku sebab simpati kot. Yelah. Kan?”
Nafisa tersenyum dalam keadaan sakit. Apa-apa pun dia kena
reda. Maybe ini dugaan buat dia. Sabarlah wahai hati.
“ Saya tak pernah terima awak sebab simpati.”
Suara garau itu mengejutkan Nafisa daripada lamunan yang
panjang. Pantas dia bangun dan menoleh ke belakang. Iszam!
Iszam memandang tajam ke arah Nafisa. Ingin saja dia menyeka
air mata itu. tapi dia tak mampu selagi Nafisa belum menjadi hak dia.
“ Saya tak pernah kata saya terima awak sebab kasihan.”
Sekali lagi Iszam menuturkan kata-kata itu.
“ Habis tu? Apa? Kalau awak sayangkan orang lain. Kenapa
awak datang melamar saya? Kenapa?”
“ Sebab saya sayangkan awak.”
“ tapi perempuan tu siapa?”
Iszam mendekati Nafisa dengan perasaan bersalah. Bahu Nafisa
disentuh lembut. Nafisa hanya membiarkan. Tapi air matanya degil tak mahu
berhenti mengalir.
“ Maafkan saya. Saya buat awak sedih.”
Nafisa mengetap bibir.
“ Itu adik saya.”
Dengan tenang Iszam menjelaskannya kepada Nafisa. Nafisa
yang mendengar tersentak. Ya Allah. Aku dah salah sangka? Ya Allah.
“ Arwah adik saya.”
Sekali lagi Nafisa tersentak. Lagi laju air matanya
mengalir. Iszam hanya memandang dengan penuh perasaan bersalah.
“ Maafkan saya sebab buat awak sedih. Saya tak patut
rahsiakan perkara tu daripada awak. tu sebenarnya adik saya. Dah lama dia pergi
meninggalkan kami. Dia meninggal dalam kemalangan. Saya rindu dia. sebab tu
saya lukis wajah dia.”
Nafisa terduduk. Terlepas sentuhan Iszam melihat Nafisa
terduduk dengan perasaan yang sedih itu.
“ Tapi kini, wajah awak yang selalu menjadi lukisan saya.
Percayalah. Saya tak patut buat awak macam ni. Sorry dear.”
Nafisa menggeleng perlahan. Dia menarik senyuman hambar.
“ Saya yang salah sebab tuduh awak yang bukan-bukan. Maafkan
saya. Tak apa. Saya takkan marah dah lepas ni. ikut suka awak nak lukis wajah
sesiapa pun. Saya tak kisah.”
“ Tidak selain wajah bakal isteri saya. Wajah yang sentiasa
bermain dalam fikiran saya. Wajah yang sentiasa kekal di hati saya.”
Akhirnya, Nafisa mengukirkan senyuman lebar buat Iszam.
**
Tiga potret gambar adik Iszam. Dan tiga lagi potret gambar
dia. kedua-dua itu diletakkan dalam bilik mereka berdua. Nafisa yang melihat
tersenyum senang.
“ Umi. Maafkan akak. Kalau akak hadir lebih awal, pasti akak
dapat kenal dengan Umi. Jangan risau. Akak akan bahagiakan abang Umi tu dengan
sedaya upaya akak.”
Nafisa menarik nafas panjang sebaik sahaja puas dengan hasil
kerjanya. Mesti Iszam gembira tengok potret adiknya digantung. Potret aku?
Biarlah disimpan. Yang penting aku mampu membahagiakan dia. itu yang penting.
“ Sayang!”
Nafisa pantas menoleh ke belakang. Terukir senyumannya saat
melihat wajah itu.
“ Abang.”
Iszam melihat potret adiknya digantung dengan kerutan didahi.
“ Kenapa? Abang tak suka ke?” Nafisa soal dengan takut.
“ Tak lah. Abang suka. Cuma potret sayang tak ada. Mana? Meh
abang tolong gantungkan.”
Nafisa terdiam. Abang?
“ Tak payahlah. Yang penting Nafisa sentiasa ada dalam hati
abang.”
Iszam menarik senyum. Nafisa. Nafisa.
“ Ha! Inilah suami Fisa. Senyum kan manis.”
Iszam tersenyum lagi. Semenjak mereka berkahwin, Nafisa tak
pernah puas buatkan dia tersenyum. dia rasa hidupnya lengkap kini dengan
Nafisa.
“ Jom turun makan. Ibu mesti dah siapkan sarapan kan?” Ajak
Nafisa.
“ Kejap.”
Nafisa memandang suaminya itu dengan jongketan di kening?
“ Why?”
Iszam tersenyum lalu menarik Nafisa ke dalam pelukannya.
Tiba-tiba rasa nak peluk orang yang dia sayang tu.
“ Eh? Abang?”
“ Kejap je. abang rindu.”
Nafisa tersenyum. Abang.
“ Abang rindu. Dah dua hari kita terpisah gara-gara kenduri
tu. ibu la ni. tak bagi abang bersama dengan sayang sebab kenduri tu. kata
nanti hilang serilah apalah.”
Nafisa tertawa mendengar rungutan suaminya itu.
“ Betul apa yang ibu katakan tu. abang tu yang tak sabar.
Gatal.”
“ Dengan isteri abang je. dengan orang lain tak. Buktinya
abang senyum depan sayang je.”
Nafisa tersenyum bahagia. Alhamdulillah Ya Allah. Terima
kasih.
“ And one more thing. Sebenarnya, abang dah terpikat dekat sayang
saat pertama kali kita berjumpa lagi. Abang terkejut masa tu sebab wajah yang
abang angan-angankan muncul depan mata abang.”
Nafisa tersenyum lagi.
“ Terima kasih sebab lengkapkan hidup abang.”
Iszam meleraikan pelukan lalu mengucup dahi Nafisa dengan
penuh kasih sayang.
“ Sama-sama. Dah jom makan.”
Lengan suaminya ditarik.
“ Ala. Tak puas lagilah.”
“ Abang!”
Akhirnya, mereka ketawa dengan rasa bahagianya.
Alhamdulillah.
~Tamat~
No comments :
Post a Comment