Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday, 21 May 2015

Cerpen : Ku Terluka

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga jejak kaki ke sini. Haha. Alhamdulillah juga sebab SEM 2 baru je habis tepat pukul 10 pagi tadi. Terlepas satu beban. And kini tinggal satu sem je lagi. Huhu. 

Yeay. Kali ni kehadiran aku bersama cerpen. Before tu, sory klau tak best dan tak memuaskan hati anda. So.. Happy reading. Jangan lupa tinggalkan komen ye.. ^^



“ Awak suka apa?”

“ Macam-macam saya suka. Kenapa?”

“ Takkan tak ada benda yang awak tak suka?”

Aku tertawa kecil. Kepalaku dianggukkan.

“ Ada. Benci orang hipokrit.”

Aku menghembus nafas perlahan. Bila teringat kenangan lalu, hati dia pasti akan terusik. Hati dia pasti akan menangis.

“ Kenapa? Saya tengok cara awak macam awak pernah terluka. Kan?”

Aku tersentak. Dia macam tahu-tahu je apa yang aku rasa. Lantas aku pantas ketawa. Ketawa yang dibuat-buat.

“ Tak adalah. Mana ada. Saya okay je.”

Dia merenungku tajam.

“ Jangan gelak sekadar menutup luka awak. Penat awak tau tak?”

Aku terdiam terus. Yes. Selama ni memang itu yang aku lakukan. Tutup luka ni dengan gelak tawa biar tiada sesiapa pun yang perasan. Tapi lelaki yang berdiri depan aku ni terlebih dahulu perasan.

“ Biarlah. Saya yang tanggung. Bukan orang lain.”

Aku pantas menoleh ke arah lain. Tak sanggup nak hadap wajah dia. nanti aku takut akan mengalirkan air mata.

“ Look on my eyes Safia. I know you.”

“ No. Biar. Saya dah penat. Biar saya berpura-pura daripada buat orang sekeliling saya risau.”

Aku pantas berjalan meninggalkan dia.

“ Tapi awak! Saya sayangkan awak tahu tak?”

Tersentak aku buat seketika. Sayang? Alif? But why?

“ Dah lama Safia. Lama sangat saya dah mula simpan perasaan ni. dah dua tahun Safia. Tapi saya tahu masa tu awak tak boleh terima cinta sesiapa pun disebabkan hati awak terluka. Hati awak baru dilukai oleh Hazim. Kan? betul tak cakap saya ni?”

Aku mengetap bibir geram. Mana dia tahu semua ni?

“ Saya tahu sebab Hazim pernah jadi kawan baik saya dulu. Dulu dia pernah cakap dekat saya yang dia cintakan awak. tapi saya tak percaya sebab dia selalu rapat dengan Fatin. Awak rasa dia ikhlas? Dan masa tu awak tak berjuang sikit pun. Awak tak penat ke? Tak penat ke menyimpan perasaan dalam diam demi dia?”

Air mataku mengalir tanpa dipinta. Aku masih membelakangi dia. tak sanggup untuk berhadapan dengan dia lagi.

“ Come on Safia. Awak sanggup biarkan hati awak terus dilukai? Sanggup? Saya yakin yang awak berdua ada jodoh. Saya yakin sangat. Tapi dengan sikap korang berdua macam ni. awak akan biarkan hati awak terus terluka. Percayalah cakap saya ni.”

Bahu aku dah terhinggut menahan tangis.

“ Safia. Jujur dengan saya. Awak masih sayangkan dia kan?”

Aku menangis teresak-esak selepas mendengar pertanyaan dia. aku terus berpaling menghadap dia dengan wajah yang merah. Mata yang merah dan hodoh ni. aku bertentang mata dengan dia.

“ You know what? Kalau boleh diputarkan masa, saya harap dapat kenal awak sebelum dia.”

“ Because I love you Safia. Tapi saya faham, saya memang takkan dapat tempat dalam hati awak tu.”

“ Saya tak nak berharap apa-apa dan biarlah ia terus menjadi rahsia. Alif. Thanks.”

“ My pleasure.”

**
Aku memandang sepi ke arah Alif. Dan aku menoleh pula ke arah lain apabila mendapati insan yang berdiri di sebelahnya sedang menatap aku. Aku rasa marah tiba-tiba.

“ Safia.”

“ Alif. Saya akan jumpa awak lepas ni. nampaknya awak ada kawan. Saya pergi dulu.”

Belum sempat aku nak melangkah, lenganku yang berlapik itu dicapai terlebih dahulu. Aku menanti dengan geram.

“ Please. Jangan pergi. Saya ada something nak cakap dengan awak ni.” Suara Alif.

Aku terdiam. Melihat renungan Alif yang penuh mengharap itu membuatkan aku mengangguk. Tapi tidak sesekali untuk memandang wajah di sebelahnya itu.

“ Jom ikut saya. Hazim. Jom.”

Aku mengekori langkah mereka berdua dengan rasa tak tenteram. Apa yang Alif nak buat ni?

“ Alif? Kau nak bawa kami berdua ke mana ni?”

Aku pandang belakang Hazim. Dah lama aku tak tengok dia. hampir setahun kami hilang contant. Aku yang sengaja menghilangkan diri aku daripada dia. Demi hati aku. tapi nampaknya usaha aku gagal bila Alif bawa aku berjumpa dengan HAzim.

“ Nak perbetulkan keadaan.”

Serentak itu, langkah aku dan Hazim terhenti. Alif pula sudah mengambil tempat dekat meja kosong bersama seorang gadis. Aku dan Hazim terdiam memerhati mereka berdua.

“ Mari la duduk. Jangan la berdiri kalau terkejut pun.”

Aku hanya menurut dan duduk di sisi Alif. Manakala Hazim duduk di sebelah gadis itu.

“ Kenapa kau panggil kami bertiga ni?” Soal Hazim ingin tahu.

Alif mengerlingku sekilas sebelum memandang ke arah mereka berdua.

“ Aku nak kau dan kau hentikan semua ni.”

Tiba-tiba muka Alif jadi serius. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Macam sesuatu akan terjadi.

“ Apa yang kau maksudkan ni?”

Hazim masih mendiamkan diri.

“ Fatin. Please. Kau tahu tak yang kau ni ex Hazim je. kenapa kau masih terkejar-kejar dia? kau memang tak tahu malu ke?”

Das! Yes. Memang berdas-das Alif keluarkan kata-kata hanya untuk Fatin. Aku yang dengar ni pun dah tersentap. Apatah lagi Fatin.

“ Alif!” Hazim nampaknya meradang. Aku tersenyum sinis. Alif? Ini yang kau kata cinta? Dia cintakan aku? tak Alif. Tak! Aku yang bertepuk sebelah tangan. Memang sebelum ni dia ada bagi harapan dekat aku. tapi tak mungkin untuk kali kedua.

“ Aku cakap benda yang betul. Hazim. Kau sedar tak yang Safia terlalu mencintai kau? Kau sedar tak semua tu?”

Aku terkedu. Ya Allah. Alif! Kenapa mesti kau cakap macam tu? air mataku dah mula bergenang.

“ Dan kau sedar tak dalam diam dia terluka atas sikap kau tu. kau tahu tak? Kau cakap dekat aku kau sayang dia. tapi kenapa mesti kau masih melebih-lebih dengan Fatin. Kenapa? Dah lama aku sabar dengan korang berdua ni tau tak? Dah lama. Sampai aku dah tak sanggup tengok Safia orang yang aku sayang terus terluka.”

Aku mengetap bibir. Ya Allah. Alif!

“ Alif! Apa yang kau merepek ni? aku kawan je dengan Fatin ni.”

“ Kawan? Huh! Dia? kau tau dia anggap kau apa?”

Fatin aku lihat masih mendiamkan diri. Hazim pula tekun melihat Alif.

“ Dia cuba pisahkan kau daripada Safia. Kau sedar tak semua tu? Dia masih sayangkan kau. Sebab dengki dengan Safia. Dia sanggup buat apa saja demi buatkan kau kembali pada dia. kau sedar tak? And are you serious you love her?”

Aku terteguk air liur. Aku menggenggam kuat tanganku. Air mataku dah mengalir ke pipi. Aku dah tak tahan. Aku nak pergi.

“ Alif. Saya pergi dulu. Korang berbincanglah.”

Terus aku bangkit daripada pembaringan.

“ Tunggu. Saya hantar awak balik. before that.”

Matanya tajam merenung ke arah Fatin dan Hazim.

“ Aku memang dari dulu lagi tak puas hati dengan kau Fatin. Dan kau Hazim. Kalau betul kau sayangkan Safia, tolong jangan biarkan dia terluka lagi. Kalau tak aku yang akan rampas dia dan takkan biar dia lepas dekat tangan kau lagi. Jom Safia!”

Alif. Terima kasih. Tapi kenapa?

**
Aku tatap skrin telefon dengan hati yang senang. Terukir juga senyuman aku selepas mendengar perkhabaran itu. Alhamdulillah.

“ Saya yakin. Saya yakin awak. InsyaAllah saya akan cuba. Awak tunggu saya erk.”

Terus aku mendail nombor dia dengan hati yang senang.

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam. Aik? Macam terlebih teruja je?”

Aku tertawa kecil. malu aku dibuatnya.

“ Serius la sikit. Haish.”

“ Haha. Okay. Sorry. So?”

“ So what?”

“ Setuju tak? Saya takut awak tak setuju. Yelah. Saya ni siapa bagi awak. bukankah awak..”

“ Stop awak. stop. Tu cerita lama.”

Aku terdiam. Aku memandang ke luar tingkap. Dah sebulan pertemuan aku dengan Hazim dan Fatin berlalu. Semenjak Alif berterus terang pada mereka berdua, mereka berdua terus mendiamkan diri. Alif pun dah tak contact mereka berdua lagi. Aku juga dah malas nak fikir hal mereka.

“ Sorry my dear.”

Kini, dia la orang yang sentiasa ada di samping aku. tak kira susah atau senang. Dalam diam aku dah mula suka dia. Tapi cinta tu, InsyaAllah lepas kahwin mungkin boleh dipupuk.

“ Lupakan okay. So, saya ni okay ke? Takut juga awak.”

Hujung minggu ni aku akan berjumpa dengan keluarga Alif. Takut pun ada. Teruja pun ada. Aku dah bersedia dari segi fizikal. Tapi mental? Haha. Takut!

“ Relaks awak. mak saya tak makan orang okay. Haha.”

“ Awak ni. saya serius. But, thanks sebab sudi terima saya. Sudi tunggu saya dan tak lelah mencintai saya walaupun saat ini saya masih belum mampu mencintai awak.” JUjurku dengan senyuman kecil.

“ Saya faham. Saya yang patut berterima kasih tau sebab awak sudi terima orang yang tak seberapa ni.”

“ Haha. Okay stop. It’s not funny. Hurmm.. Okaylah. Saya nak tidur dulu. Esok kita jumpa. Bye awak.”

“ Okay. Bye.”

Ya Allah. Aku harap jodoh aku dan Alif akan berkekalan hingga ke Jannah.

**
Terketar-ketar aku melangkah ke arah bilik yang disebut tadi. Mataku dah merah sebab menangis. Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu bilik itu dengan tangan yang menggeletar.

“ Akak?!”

Aku terus terduduk selepas melihat jasad yang tidak sedarkan diri itu. Tubuhku dipeluk erat oleh adik Alif. Di situ juga air mataku tak henti-henti mengalir. Ya Allah. Dugaan apa lagi ni?

“ Ma..macam mana dia boleh jadi macam ni?” Soalku dengan perasaan takut.

“ Ada orang langgar abang. Langgar lari. Abang baru lepas bersenam masa tu. Dia tengah berjalan sambil minum air. Dia tak sedar ada kereta belakang dia. tup-tup masa dia nak lintas, kereta tu terus langgar dia.”

Aku menangis, menangis dan menangis lagi. Ya Allah. Alif! Jangan tinggalkan saya!

“ Akak bawa banyak bersabar erk? InsyaAllah. Doakan abang cepat sembuh.”

Alif. Lagi dua minggu kita nak kahwin. Kenapa awak dalam keadaan macam ni? saya sayangkan awak tahu tak? Sedarlah Alif. Sedarlah!

“ Assalamualaikum.”

Aku tersentak saat mendengar suara itu. suara yang telah lama aku tidak dengar. Suara yang sudah luput dalam hati aku ni. suara yang tak mungkin membuat aku tersenyum lagi. Dan hari ni tiba-tiba dia muncul. Kenapa?

“ Waalaikumussalam. Abang Hazim. Masuklah.”

Aku sedar dia sedang berdiri sebelah aku. aku langsung tidak menghiraukan kelibat dia.

“ maafkan aku Alif. Baru hari ni kita berjumpa. Aku bersalah sangat dekat kau dan dekat Safia. Aku bersalah sangat. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu dia bahagia bila bersama kau. Kau cepatlah sedar. Kau dah nak kahwin kan?”

Luluh hati aku selepas mendengar dia berkata demikian. Ya Allah. Kuatkan hati aku ni.

“ Alif. Baik kau cepat sedar. Kalau tak aku yang akan kahwin dengan dia.”

Aku tersentak. Tapi tak pula menoleh melihat ke arah dia.

“ Aku balik dulu Alif. Esok aku datang lagi.”

Aku mengetap bibir melihat dia mula melangkah. Alif. Apa patut saya buat?

“ Tunggu!”

Aku terus menoleh ke arah dia yang sedang melihat aku. aku tersenyum tawar.

“ Adik. Akak keluar kejap. Jaga abang Alif erk.”

Terus aku keluar dan diekori dia. aku mengambil tempat diluar wad itu.

“ Buat apa awak datang?” Soalku acuh tak acuh.

“ Dia kawan saya. Takkan saya tak boleh lawat dia?”

“ Setelah lima bulan awak menghilang. Baru hari ni awak datang lawat? Kawan jenis apa macam tu? Huh?” 
Aku tersenyum sinis.

Terdengar keluhan daripada mulut dia.

“ Saya pergi sembuhkan luka saya. Saya juga pergi tenangkan hati saya.”

“ Oh. Luka. Ingat dia seorang je yang terluka. Ingat orang lain tak? Bagusnya tindakan awak ni.”

Aku tertawa sinis. Sangat sinis. Sakit hati aku dengar penjelasan dia.

“ Maafkan saya awak. saya tahu saya banyak salah dekat awak. saya tak tahu Fatin tu.”

“ Mempergunakan awak? macam tu? Tak apa. tak kisah. Dia kan ex-girlfriend awak? mestilah kena jaga hati dia sebaik mungkin. Kan?”

“ Tapi dalam hati ni saya mencintai orang lain. Bukan Fatin.” Tegasnya.

Aku tersenyum sinis. Aku dah tak percaya kata-kata dia. muak aku dengar.

“ Sudahlah Hazim. Cukuplah.”

Terus aku bangun ingin beredar daripada situ.

“ Saya cintakan awak bukan Fatin! Saya ingat tindakan saya selama ni betul. Tapi saya tak sedar awak terluka. Maafkan saya!”

Langkahku terhenti. Aku mengetap bibir. Dah terlambat Hazim. Dah terlambat. Saya akan kahwin dengan Alif. Dan saya dah mula sayangkan dia. pergilah Hazim. Pergi.

“ Just go from my life. I don’t need you in my life. I need him not you.”

**
Dua bulan berlalu…

Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan kau pernah hilang
Hilang dari cintaku

See! Sedap kan suara saya? Haha. Okay. Mesti terkejut kan tiba-tiba terima surat daripada saya. Jujur saya katakan, saya takut sangat kehilangan awak. dan saya bersyukur sebab tak lama lagi awak akan jadi milik saya. Tapi saya tak tahu kenapa hari ni tiba-tiba saya tergerak hati nak tulis surat untuk awak. maybe tak lama lagi saya akan pergi kot.

Tapi, tak apa kan? awak kuat tanpa saya. Awak kuat. Saya yakin. Satu je saya nak katakan. Kalau benar awak sayangkan saya. Terima dia. Terima Hazim semula. Dia amat mencintai awak. saya tahu jauh di sudut hati awak masih cintakan dia.

Tak apa. saya faham. Andai saya pergi nanti, sentiasa ingat saya ye dalam ingatan awak. saya sayangkan awak. sangat-sangat. Love you Safia.

Akhirnya, air mataku menitis selepas membaca surat peninggalan arwah. Ya Allah. Dia macam tahu-tahu akan pergi.

“ Akak? Akak okay?”

Aku tersenyum hambar. Siapa sangka, selepas dua minggu dia koma. Dia terus pergi tinggalkan kami semua. Ya Allah. Sekarang dah dua bulan dia pergi meninggalkan kami semua. Aku rindukan dia YA Allah.

“ Akak. Bawa bersabar.”

Hanya adik dia setia menemani aku saat ini. aku tersenyum hambar. Aku dah tiada sesiapa dalam dunia ni. sebelum ni aku boleh bergantung harap pada Alif. Tapi kini, tak ada lagi. Ya Allah. Sakitnya aku rasakan. Sakit!

“ Adik.. akak rindukan abang kamu. Rindu sangat.”

“ Adik tahu. Kami pun rindukan dia. tapi kita kena redha akak.”

Sedang ralit aku memandang ke luar tingkap, tiba-tiba ada seseorang yang berdiri tepat di depan mata aku.

“ Abang Hazim?”

Aku tersentak. Dia buat apa dekat sini?

“ Mia. Boleh abang cakap berdua dengan akak? Kejap je.”

“ Boleh. Mia pergi dapur dulu ye.”

Aku memandang sepi ke arahnya. Tiada hati nak berbual dengan dia.

“ Sudahlah awak. dia dah bersemadi dengan tenang dekat sana. Awak kena reda.”

Aku masih mendiamkan diri.

“ Saya datang ni nak bawa awak pergi.”

“ Ke mana?”

“ Ke rumah ibu bapa saya. Saya nak kenalkan orang yang saya cintai ni kepada mereka.”

Aku tersenyum sinis. Mudahnya dia.

“ Tak serik lagi ke awak lukakan hati saya?”

“ Tak! Saya tak lukakan hati awak tapi sedang sembuhkan hati awak. ini juga permintaan terakhir Alif.”

Aku terkedu. Alif!

“ Tolong Safia. Saya tak sanggup tengok awak macam ni. please.”

“ biar. Ini hidup saya.”

“ Tapi awak ada dalam hati saya!”

Terus aku menghamburkan tangis di hadapan dia tanpa segan silu.

“ Kenapa tak dari dulu awak cakap macam ni? Kenapa? Setelah awak berjaya lukakan hati saya baru awak cakap. Kenapa Hazim kenapa?” Bentakku geram.

“ Sebab saya tak tahu perasaan awak masa tu. saya takut saya yang bertepuk sebelah tangan.”

“ Awak boleh tanya. Awak tahu tak? Awak beri harapan pada saya. Dulu saya telan je apa yang awak buat dengan Fatin. Saya telan kata-kata sindiran dia. saya telan semua tu. sebab apa? sebab saya sayangkan awak. tapi apa yang saya dapat? Terluka awak. hati saya terluka!”

“ Tapi tidak untuk kali ni. saya dah berterus terang pada Fatin. Saya dah cakap kat dia yang saya hanya cintakan awak.”

Aku tunduk memandang lantai. air mataku seka. Aku dah penat sangat. Penat!

“ Saya nak tidur. Baliklah.”

Terus aku bangun dan melangkah ke arah bilik.

“ Saya akan setia menunggu awak.”

**
‘ Kau nak tahu tak? Fatin kali ni dah betul-betul melampau. Aku yang tengok ni pun sakit mata kau tau? Mujurlah Hazim tu dah bertekad yang takkan biarkan hati kau terluka lagi.’

‘ Apa kau ni? aku tak faham.’

‘ Dia gula-gulakan mak Hazim demi dapatkan Hazim kau tau? Sampai mak dia berkenan. Aku sakit mata kau tau?’

‘ Hahaha. Biarlah. Tu hidup dia. ikut suka dia.’

‘ Beruntung kan jadi Fatin ni? Semua yang dia nak semua dia dapat.’

‘ Rezeki dia. kau ni pun.’

‘ Aku benci Fatin tu. Benci sangat.

Aku mengeluh perlahan selepas berwhatsupp dengan Asna. Kawan baik aku sejak sekolah rendah lagi. Dia juga jiran dan kawan kepada Hazim dan Fatin. That’s why dia tahu apa yang terjadi.

Entahlah Asna. Kadang-kadang aku rasa aku ni macam tak bermakna dalam hidup orang. Kadang-kadang diri aku ni macam tak wujud. Macam nak pergi jauh je daripada sini.

Alif. Alangkah bahagianya kalau awak masih ada. Hazim tu Alif. Dia dah bertekad nak jadikan saya isteri dia. patut kah saya terima awak?

" Terima dia sebab dia mencintai awak."

Kata-kata Alif beberapa bulan yang lalu bermain dalam fikirannya. Aku terdiam lagi. Hati. Masih terluka kah kau? Huh!

**
Wajah mereka berdua dipandang silih berganti. Debaran sudah menggunung. Tangan aku juga digenggam kemas oleh dia.

“ Well. Well. Well.”

Fatin. Dia sedang berdepan dengan aku dan Hazim saat ini.

“ Kau nak apa lagi Fatin? Aku dah cakap kan jangan ganggu hidup aku lagi. Aku tak nak orang yang aku cintai terluka lagi. Kau faham tak?”

Ya. Kini, aku dan Hazim menunggu hari untuk diijabkabul. Alhamdulillah. Selepas buat solat isthikarah, aku terima dia dengan hati yang terbuka. Lagipun rasa cinta tu masih ada. Dan takkan pernah hilang.

“ Kau tak cintakan dia. tapi aku! kau sedar tak Hazim? Dia tak sesuai langsung dengan kau!”

Aku menelan kata-kata itu dengan senyuman tawar. Dari dulu lagi kata-kata tu dilontarkan kepadaku. Semenjak STPM lagi. Tapi aku bersabar ja.

“ Sebab kau juga aku tak berjaya meraih hati dia balik.”

Aku memandang Hazim. Aku harap dia mampu leraikan segala kekusutan ni. aku dah tak tahan.

“ Kau boleh cakap apa saja dekat aku tapi bukan dia. dia bakal isteri aku! aku ingat bila kita jadi kawan, kau akan berubah. Tapi kau tetap sama ja!”

Aku dapat kesan riak muka Fatin yang dah berubah tu.

“ Hazim. Maafkan aku. tapi aku..”

“ Tolonglah sedar yang hati aku bukan milik kau lagi. Please!”

Tiba-tiba dia terduduk dengan linangan air mata. Aku yang melihat jadi kasihan.

“ Maafkan aku. maafkan aku. aku Cuma..”

Aku dah jadi gelabah. Tiba-tiba ja dia mengerang kesakitan.

“ Awak. tolong dia. dia tengah sakit tu. bawa dia ke hospital. Cepat.” Arahku cemas.

“ Tapi awak..”

“ Cepatlah.” Gesaku apabila Hazim macam berat hati nak tolong.

Aku menghembus nafas lega bila tengok Hazim dah mengendong Fatin ke arah kereta. Aku mengekori daripada belakang dan masuk ke tempat pemandu.

“ Biar saya yang pandu.”

“ Eh! Awak!”

“ Tak apa. awak jaga dia.”

Fatin. Harap awak okay.

**
Air mataku menitis melihat adegan yang berada depan mataku saat ini. ya Allah. Hati. Kau terluka lagi.

“ awak! jangan salah sangka. Saya tak buat apa-apa pun.”

Aku dapat kesan Fatin yang berpuas hati itu. ya Allah. Dugaan apa lagi ni? aku tak kuat Ya Allah.

“ Dia degil sebab tak nak makan. Dia suruh saya duduk dekat dengan dia kalau tak dia nak bunuh diri. Saya pun terpaksa duduk sebelah dia. tapi tak sangka dia akan peluk saya. Awak! tolonglah dengar! Saya tak salah awak.”

Aku terus keluar daripada situ. Sakit sangat! Kenapa dia ikutkan sangat kata-kata Fatin tu? Kenapa? Ya Allah.

“ Safia!” Terus tanganku direntapnya perlahan.

“ Dengar dulu penjelasan saya ni.”

Aku menghembus nafas perlahan bersama air mata. Aku pandang wajah dia. sungguh. Aku mencintai dia. tapi kalau ini caranya, boleh kah kalau kami bersama?

“ Saya reda kalau awak bersama dia. pergilah.”

Yes! Sakit sangat bila kata-kata tu diungkap. Hati aku ni. sakit sangat. Tapi tak apa kan? demi kebahagiaan orang. Aku sanggup.

“ Safia!”

Tersentak aku dibuatnya. Tiba-tiba dia berang.

“ Kenapa hati awak ni terlalu baik sangat? Sedarlah yang Fatin tu tengah perangkap kita. Dia nak pisahkan kita. Lagipun minggu depan kita dah nak kahwin. Please Safia! Please!”

Aku mengetap bibir perlahan. Air mataku mengalir lagi.

“ Safia. Please. Kali ni berjuang sikit.”

Tiba-tiba Fatin keluar dan menuju ke arah Hazim. Lengan Hazim dipautnya kuat. Hazim yang rimas berusaha melepaskan pegangan itu. tapi tak berjaya.

“ Kau pergi jelah perempuan. Kau tak layak pun digandingkan dengan dia.”

Aku tersenyum tawar. Fatin. Kau dah banyak berubah.

“ Hei! Lepaslah! Aku benci kau tau tak?”

Terkejut aku mendengar teriakan Hazim. Hazim macam separuh gila.

“ Kau tau tak aku terlalu sayangkan Safia? Kau tahu tak? Tolong jangan rampas kebahagiaan orang lain boleh tak? Boleh tak?! Tolonglah! Aku tak nak hati dia terluka lagi. Please! Lepaskan kami berdua. Please!”

Terus Hazim tarik aku selepas meluahkan kata-kata itu kepada Fatin yang ternyata terkedu itu. Maafkan saya Fatin.

**
“ Awak.”

Hampir 10 minit keadaan jadi sunyi sepi, barulah aku berani bersuara. Takut aku tengok wajah dia yang tegang tadi. Sekarang baru aku berani sebab dah nampak wajah dia tenang. Ya Allah. Berikan aku kekuatan.

“ Awak. awak okay kan?” Soalku ragu-ragu.

Tapi dia masih mendiamkan diri. Hurmm. Biarlah dia sejuk dulu. Biar. Nanti dah sejuk baru dia cakap.

“ Tolong. Jangan pergi daripada hidup saya lagi. Saya terlalu sayangkan awak Safia.”

Aku yang mendengar tersenyum hambar. Hazim.

“ biarlah kali ni hati saya yang terluka. Tapi tidak awak.”

Aku menarik nafas lega.

“ Janji?”

“ Janji!”

Kini, baru aku lega.

**
“ A..abang?”

Aku curi-curi masuk ke dalam bilik apabila kelibat dia tak ada. Lepas tu aku terus duduk di birai katil dengan badan yang penat.

“ Kenapa tak tunggu abang?”

“ Astagfirullah.”

Terkejut aku dibuatnya. Dia ni main terjah masuk ja.

“ Saya ingat abang dah masuk.”

Apabila dia duduk di sebelah aku, aku terus melentokkan kepala atas bahunya. Aku tersenyum kecil.

“ Sorry. Sayang mesti penat kan? anak papa penat tak?”

Aku tersenyum. tangannya setia mengusap perutku yang dah nampak rupa.

“ Anak papa sihat. Tak penat pun. Tapi dia buat mama dia penat pula.” Ujarku dengan nada seloroh.

“ Tak apa. malam ni papa buatkan mama tak penat lagi okay?”

Aku tertawa kecil lantas memeluk lengannya dengan erat.

“ Abang. Fatin macam mana? Dia sihat ke? ”

Tiba-tiba aku teringat soal Fatin. Kali terakhir kami jumpa dia masa dekat hospital tu. selepas tu, Hazim bertekad tak nak berdepan dengan Fatin lagi.

“ Kenapa tanya ni?”

“ Nak tahu je.”

“ Dia dah ke luar negara. Maybe sambung belajar. Entahlah. Malas nak ambil tahu.”

Aku terdiam. Aku harap dia dah berubah.

“ Sayang. Terima kasih sebab masih sudi terima abang walaupun abang sering lukakan hati sayang.”

Aku tersenyum kecil lalu mengangkat kepalaku dan berdepan dengan dia.

“ Saya terima sebab saya yakin dengan Allah. Allah dah beri petunjuk dekat saya. Abang memang jodoh saya.”

“ Tapi hati ni.”

Tangannya dibawa ke dadaku. Mukanya menjadi sayu. Aku tergeleng-geleng melihat reaksinya.

“ Saya dah okay. Dah sembuh. Abang yang sembuhkan luka ni.” balasku dengan senyuman lebar.

“ Maafkan abang. Abang janji abang akan usaha menjadi suami yang terbaik dan ayah yang baik buat anak-anak kita.”

Terus dia memelukku dengan erat. InsyaAllah. Aminn.

“ Dahlah. Sayang tidur dulu. Mesti penat tolong abang uruskan kenduri adik abang. Sekarang sayang berehat okay.”

Dia membaringkan aku dengan lembut. Aku tersenyum. makin lama aku makin sayangkan dia. ya. Dulu aku sangat terluka dengan tindakan dia. tapi kini aku bahagia dengan sikap dia. Terima kasih Ya Allah.

“ terima kasih abang.”

Dahiku dikucup perlahan sebelum dia keluar daripada bilik.

“ Everything for my wife.”

~ Tamat~

2 comments :

Popular Posts