Tweet Diary
~ Aku ni gila ke apa?
Kenapa boleh mimpi macam tu? Orang yang aku tak kenal pula tu. Tapi annoying
gila. Siapa awak wahai lelaki yang muncul dalam mimpi aku tu? ~
Pen aku letakkan di atas meja selepas menulis dalam buku
yang digelar tweet diary tu. Aku menongkat dagu pula. Tajam pandangan aku
terarah pada luar library. Macam mengharap seseorang seperti lelaki dalam mimpi
aku tu muncul. Okay gila aku ni.
Arh! Kalau termenung je tak ada kerja wahai tuan empunya
diri. Tapi kenapa mata aku still tertarik tengok ke luar library? Ada yang
menarik ke dekat luar sana?
Sesaat. Dua saat. Dan tiga saat. Aku terkedu seketika. Eh!
Aku terus tunduk memandang meja. Gila! Kenapa aku boleh renung lelaki yang
tiba-tiba muncul tu? Dahlah terkantoi. Ayo! Malu!
Aku buka semula tweet diary aku.
Tweet Diary
~ Kantoi? Adakah aku
terkantoi tadi? Aku pun tak perasan macam mana boleh ralit sangat tengok luar
library sampai tak perasan ada someone dekat luar tu. Haish. Malu! Tolong! ~
Aku tutup buku dengan perlahan dan menarik nafas dengan
perlahan-lahan juga. Dengan teragak-agak aku mendongak semula ke arah luar
library. Alhamdulillah. Kelibat lelaki tu dah hilang. Tapi siapa dia erk?
Kenapa nampak familiar sangat?
“ Ehem..ehem..”
Kejung terus aku dekat kerusi. Okay! Siapakah itu? Siapakah
gerangan itu? Mak!
“ Saya nak tanya sikit.”
Aku masih menjadi patung dekat sini. Dan gerangan itu masih
setia berdiri di sisi aku. aku sikit pun tak menoleh. Okay teruk aku dekat
situ. Nampak kesombongan tak? Okay merepek!
“ Erk… ya?”
Aku masih tak menoleh. Terkejut punya fasal.
“ Awak tengok apa dekat luar tu? tengoklah saya. Saya sikit
punya handsome dekat sini.”
Okay. Aku dah mula rasa ‘ What the?’.
“ Awak nak tanya apa? tanya je la.” Okay. Aku dah mula geram
lalu toleh ke arah dia.
And.. aku terkedu seketika. Ya Allah! Omg! Lelaki ni! lelaki
tadi?! Mak!!!!
“ Awak tengah cari saya ke tadi?”
Aku tersenyum buat-buat. Dia still tersenyum tapi aku rasa
malu dekat sini. Sangat!
“ Erk. Tak la. Kenapa pula saya nak cari awak? saya tak
kenal awak pun.”
Aku terus tengok ke arah lain. Aku cepat-cepat kemas buku.
Nak lari daripada dia. Lelaki yang aku terusya tadi. Aduh!
“ Memang tak kenal. Saya pun tak kenal. Sebab tu saya nak
berkenalan.”
Tanpa berlengah, aku pantas bangun dan memberikan sedikit
senyuman pada dia sebelum beredar daripada situ. Malu! Lari! Arh!
**
Tweet Diary
~ Sob sob sob. Hari ni
dua kali aku dapat malu dengan lelaki tu. Malu sangat! Rasa macam nak menyorok
dalam beg. First time aku tertengok lama dekat luar library tu. kedua time aku
keluar daripada library. Dia tiba-tiba kejar aku. Aku pula gara-gara gelabah
dan nak cepat, tak perasan jalan depan aku tu basah sebab baru lepas mop. Aku
pun apa lagi. Hampir-hampir tergelincir la jadinya. Sebab apa hampir? Sebab ada
someone tarik aku daripada belakang. And siapa dia? He! OMG! Malu gila masa tu.
Arhh!!~
“ Diana!”
Aku terus tutup buku diary aku tu lepas dipanggil.
“ Apa?”
“ Ada orang nak jumpa kau dekat bawah. Katanya nak bagi
barang.”
Aku tergaru-garu kepalaku yang tidak gatal tu. Siapa?
“ Kau tau siapa?”
“ Entah. Lelaki. Handsome. Pakwe kau erk?”
Aku terteguk air liur. Lelaki? Okay! Jangan cakap lelaki
pagi tadi. Mak!
“ Kau boleh tolong ambilkan tak? Please!”
“ Kenapa pula? Dia nak jumpa kau kan?”
“ Please!” Aku merayu sekali lagi. Aku tak nak berdepan
dengan lelaki tu dah buat kali ketiga. Tak nak!
“ Bagi aku sebab kenapa?”
Aku mencebik. Kena bagi sebab segala pula.
“ Okay fine. Aku turun. Bye!”
**
“ Nah..”
Terkebil-kebil aku tengok huluran dia. Buku?
“ For what?”
Aku pandang pula wajah dia. Asal awak ni familiar sangat
erk? Saya ada jumpa dengan awak ke sebelum ni?
Tell me please!
“ Awak akan tahu jawapannya bila baca buku ni. Awak juga
akan tahu siapa saya bila awak habis khatam buku ni.”
Aku terkedu. Dia macam tahu-tahu je aku nak tau siapa dia.
Haha. Tapi tak ke pelik?
“ Awak kenal saya ke?”
Tapi dia Cuma tersenyum. benci!
“ Saya pergi dulu.”
Aku pun berpusing ke belakang sambil melihat buku yang baru
diberi tadi. Aku kembali melangkah ke arah hostel. Tapi mata dan otak ni tak berhenti berfikir fasal lelaki tadi.
Arh! Memeningkan lah.
“ Awas! Awak!”
Huh? Suara dia kan? Belum sempat aku nak toleh ke belakang.
Ada seseorang tarik aku ke tepi. Aku yang elok sedang berfikir tadi terus jadi
patung dan tak dapat berfikir apa yang terjadi sebentar tadi. Tiba-tiba kena
tarik. And tiba-tiba juga rasa macam dilindungi.
“ Awak okay?”
Aku terus jarakkan diri daripada dia. Lelaki tadi. Tapi apa
yang sedang berlaku?
“ Awak ni. awak hampir-hampir kena langgar dengan motor
tadi. Nasib baik saya sempat tarik awak. lain kali jalan tengok depan. Bukan
bawah.”
Aku terkebil-kebil tengok wajah dia.
“ Kenapa dengan saya?”
Aku pandang diri aku. and aku baru sedar ada secalit darah
pada jari kaki aku.
“ Ya Allah. Awak? Awak okay ke tak ni? Kaki awak. saya rasa
awak terjatuh tadi dan kaki awak terseret dekat jalan.”
Bila tengok jari dia nak sentuh kaki aku. aku terus jarakkan
diri. Aku menggigit bibir. Belum sempat dia nak buka mulut, aku terus berlari
daripada situ. Aku tak rasa sakit langsung. Tapi kenapa aku rasa dia macam
terlalu ambil berat tentang aku? Ya Allah.
**
Tweet Diary
~ Aku mimpi lagi. Tiga
kali benda yang sama. Prince charming dalam mimpi aku tu tunduk pada kaki aku
dan bantu menyembuhkan luka pada jari kaki aku ni. Aku pula tak menghalang
tindak-tanduknya itu. Aku tak tahu kenapa. Lelaki dalam mimpi aku tu pula tak
pernah mendongakkan kepalanya ke arah aku. Ingin aku tahu juga siapa dia yang
sebenar. Macam berlaku tadi.~
Aku menoleh ke luar tingkap. Aku kerling ke arah jari kaki
kanan aku. Dah berbalut. Sikit je lukanya. Tiba-tiba aku teringat buku
pemberian lelaki pagi tadi. Aku mencapai buku tersebut lalu dibuka dengan
perlahan-lahan.
Tweet Man.
~ Aku tak tahu siapa
dia. Tapi aku nak kenal dia. Aku nak sayang dia. Aku juga nak tahu
segala-galanya fasal dia. Pelik kan aku ni?~
Aku terus tutup buku tu. Ya Allah. Adakah dia cakap fasal
aku?
“ Diana. Kaki kau dah okay ke?”
Ilia datang menjenguk. Aku Cuma tersenyum tipis sambil
mengangguk.
“ Aku dengar-dengar senior kita yang selamatkan kau. Betul
ke?”
Senior? Patutlah tak pernah nampak.
“ maybe kot. Entahlah.”
“ Dia senior kita. Senior yang paling baik. Senior yang
paling handsome dalam kampus ni dan senior yang sangat pandai.”
Aku terdiam. Aku terbayang wajah lelaki tu.
“ And one more thing. Dia gentlemen tau. Susah nak dapatkan
hati dia.”
Aku terpandang buku dia. Rasa ingin tahu membuak-buak dalam
hati aku. Nak tahu isi dalam buku tu dengan lebih banyak lagi. Cuma tak berani.
Rasanya belum sampai waktunya lagi.
“ Nah.. untuk kau.”
Surat?
“ Baca jangan tak baca. Aku pergi dulu. Rehatkan diri tu.
Esok kau ada kelas.”
Surat? Aku memejam mataku erat. Surat itu aku buka dalam
keadaan mata tertutup. Bila rasa dah sedia baru aku mula membaca.
‘ Sudi tak saya jadi
lelaki gentlemen buat awak? Sudi tak awak jadikan saya ni suami awak suatu hari
nanti? Lelaki gentlemen ni nak curi hati awak. Izinkan tak?’
Aku terus tersenyum. Lelaki tu.
**
Tweet Diary
~ Tadi dia ajak aku
keluar makan. Tapi aku tak nak. Malu.~
“ Diana.”
OMG! Dia sedang berdiri depan mata aku sekarang ni.
“ awak tak nak balik ke?”
Aku pandang dia dengan gelengan. Aku nak baliklah tapi bukan
dengan dia dan bukan dengan sesiapa. Nak keseorangan buat sementara.
“ Awak nak tunggu siapa lagi?”
“ Prince charming.”
Tersedar yang aku dah tersasul, aku terus menutup mulut.
Malu! Again!
“ Siapa?” Nampak dia tersenyum kecil. Manis.
“ Entah. Prince charming
dalam mimpi saya kot.”
Aku menggigit bibir. Tolonglah pergi.
“ Sayalah prince charming tu. Nah untuk awak.”
Aku sambut pemberiannya. Sebuah buku lagi? Haih!
“ fasal apa pula buku ni?”
“ Fasal awak. saya pergi dulu.”
Aku hanya memandang dia yang sudah berlalu pergi tu. Ni kali
kedua dia bagi aku buku nota kecil. Tapi buku satu lagi tu pun aku baru baca
satu muka surat. Tiada keberanian nak baca lebih-lebih.
Aku meletakkan buku dia di sebelah buku diary kecilku. Aku
tengok kedua-duanya dengan senyuman. Sama-sama cantik. Sama-sama cute. Okay!
Merepek aku ni!
Tweet Diary
~ Makin hari aku rasa
dia makin dekat dengan aku. Kenapa? And aku rasa aku makin selesa dengan dia
even aku tak kenal pun siapa dia. Ada juga orang gelar dia lelaki gentlemen.
Gentlemen ke?~
**
“ Awak! Awak ni siapa?”
Akhirnya, suara aku terkeluar juga menyoal lelaki yang
sedang leka menyembuhkan luka pada kaki aku itu. Dan seperti jangkaan aku, dia
mendongak dengan senyuman. Aku pula jadi terkedu selepas tengok rupa dia.
“ Prince charming awak. Bukan dalam mimpi je. Dalam realiti
pun.”
Aku terdiam. Aku memandang diri aku dan dia. Kami berdua
berpakaian macam duduk dalam istana. Aku baru perasan. Cuma..
“ Diana! Bangun!”
“ Huh!”
Aku tersedar daripada mimpi selepas mendengar jeritan di
telinga aku ni. Sakit kot!
“ Amboi. Sedapnya kau bermimpi. Kau dah lewat nak ke kelas
la.”
Aku kerling jam di dinding. Ada lagi sejam. Sempat lagi.
Tapi mimpi tadi. Betul ke itu dia?
“ Kau pergi dulu. Nanti aku menyusul.”
Aku cepat-cepat capai buku aku dan dia.
Tweet Diary
~ Hari ni aku dapat
tahu siapa lelaki dalam mimpi aku tu. Betul ke itu dia?~
Aku buka pula buku pertama dia. Dengan penuh keberanian, aku
membuka helaian kedua.
Tweet Man
~ Aku rasa aku dah
jumpa princess dalam mimpi aku tu. And aku rasa itu dia. Cuma.. aku belum
bersedia nak berdepan dengan dia. Dah dua hari aku nampak dia dekat kampus ni.
Cuma aku tak berani nak tegur lagi. Teruknya!~
Tweet Man
~ Dah dua minggu aku
perhati dia dari jauh. Dan dalam dua minggu juga aku jadi makin suka dia.
Entahlah. Perasaan ini hadir tanpa aku pinta. Setiap kali aku tengok dia mesti
aku tersenyum sendirian. Kawan aku kata aku ni dah angau. Haha. Gila kan?~
Tweet Man
~ Okay. Kalau termasuk
hari ni, dah tiga kali aku mimpikan benda yang sama. Aku rindu dia ke? Or ini
petanda jodoh? Erk!~
Cukuplah aku baca sampai muka surat ke 4. Aku tak sanggup
baca lagi. Rupanya, dia dah tahu aku daripada awal lagi. Aku tersenyum kecil.
Ternyata prince charming aku tu wujud.
**
‘ Untuk awak princess
ku.’
Hatiku jadi berbunga-bunga tengok ada sekuntum bunga dekat
meja aku. Ilia di sebelah sudah tersengih-sengih memandang aku. Aku tahu bunga
ni daripada dia. Oh! So sweet!
“ Mesti senior tu bagi kan? Sweetnya. Gentlemen sangat.”
“ Gentlemen ke? Aku tengok biasa je.”
Aku menyimpan kad dia ke dalam beg. Okay. Aku masih tak nak
akui dia gentlemen. Ala. Benda kecil macam ni je pun nak kata gentlemen ke?
“ Biasa? Ish kau ni. Dia tengah cuba pikat kau tau tak?”
“ Tak tau.”
Aku tahan senyum tengok muka Ilia. Haha.
“ Malas cakap dengan kau ni.”
Aku mengerling ke arah pintu kelas. Aku ternampak kelibat
dia. Aku yakin dia berada di situ. Aku yakin sangat.
Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Aku terus tunduk memandang
bawah. Okay! Terkantoi yang aku harapkan dia muncul. Ternyata, benar dugaan
aku. Tiba-tiba muncul macam tu. Terkejut aku.
“ Dia sedang cari kau la.”
Aku still tunduk tengok lantai. aku buat selamba walaupun
dalam hati ni berdetak hebat.
“ Diana!”
Mak! Kenapa dia panggil nama akak? Tak nak tengok! Tak nak!
“ I’m waiting. Always.”
Waiting? For what? Dengan terpinga-pinga aku mendongak
melihat dia. dia masih dengan senyuman manisnya itu. aku pula jadi
tertanya-tanya.
“ For?”
Belum sempat aku nak tanya lebih lanjut, dia terus pergi.
What? Aku kerling Ilia. Dia hanya menjongketkan bahu. Arh! Tak kira! Aku kena
tahu hari ini juga. Jadi, laju kaki aku melangkah untuk mengejar dia.
“ Wait! Awak!”
Tapi dia still tak berhenti. Malah makin menjauh daripada
aku. tak boleh! Aku kena kejar dia juga!
“ Lelaki yang saya tak tahu nama! Tunggu!”
Tebalkan muka kau Diana. Tebalkan! Malu!
“ Awak!”
Tercungap-cungap aku dibuatnya. Arh! Penat! Aku penat dah
nak kejar langkah dia yang semakin menjauh tu.
“ Awak?” Aku tertoleh ke kiri.
“ Untuk awak. dia bagi. Dia kata dia tak boleh berdepan
dengan awak sekarang ni. so dia suruh saya bagi surat ni untuk awak.”
Aku mencapai tanpa kata. Huh! Gentlemen? Ini yang kau kata
gentlemen Ilia? Pleaselah!
**
‘ Will you marry me
one day?’
Aku mencebik. Kahwin? Tak nak! Pagi ni je aku dapat lagi
surat dia dengan sekuntum bunga mawar. Ni dah masuk seminggu dia buat benda
yang sama dan tanya soalan yang sama. Dia tak pernah munculkan diri depan aku
dah selepas hari tu.
Tweet Diary
~ Aku benci nak
mengaku tapi aku rindu dia. Okay gila kan? Lelaki yang tak berapa nak gentlemen
tu… Okay. Kalau aku cakap macam tu nanti ada orang marah. So lelaki gentlemen
la. Mana awak!?~
Aku capai satu buku daripada dia. Buku kedua yang aku tak
pernah sentuh pun. Baru hari ni terdetik nak buka dan baca. Ada dalam lima
halaman je.
Tweet Man and for you
princess.
~ Hari ini. Aku
beranikan diri tegur dia. Selepas dia sedar dengan kehadiran aku. Sebenarnya
aku nak tergelak tengok reaksi dia masa tu. Cute sangat. Saya tahu awak malu.
Saya Cuma nak cakap saya kenal awak. bukan tak kenal. Cuma awak lari.~
~ Hari ini aku
sangat-sangat risau dengan keadaan dia. Gila motor tu! tak nampak ke orang yang
aku sayang tengah melintas? Risau gila. Nasib baik aku sempat tarik dia ke
tepi. Kalau tidak aku akan berasa bersalah seumur hidup. Dan.. peristiwa petang
tadi mengingatkan aku pada mimpi tu. sama sangat. Cuma dia tak benarkan aku
rawat kaki dia. yelah. Kau tu bukan muhrim dia. ada hati nak sentuh kaki dia.~
~ Aku mengaku. Aku dah
mula mencintai dia. Aku ada dengar yang hati dia sukar untuk dicuri. Dia kata
hati dia hanya layak untuk sang suami. Jangan risau. Tiba masanya nanti saya
akan pergi meminang awak. Okay?~
~ Awak! Mungkin kita
perlu berjauhan buat seketika.~
~ Saya cintakan awak.
Saya akan rindukan awak. Dekat halaman belakang sekali. Ada sebentuk cincin.
Kalau benar kita ada jodoh, awak pakailah cincin tu. Kalau tidak. Saya harap
awak tolong buang semua barang pemberian saya. Maafkan saya. Saya pergi dulu.
Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman.~
Ya Allah. Apa maksud dia? Aku membuka halaman belakang buku
itu. Aku mengambil cincin tersebut. Okay. Aku akan simpan cincin ni. Aku tak
tahu bila dan kenapa. Cuma aku rasa Allah hadirkan dia untuk aku. Maybe benar
dia jodohku. InsyaAllah.
**
3 tahun berlalu…
“ Mak! Tengok Amir ni!”
Aku merengus geram tengok gelagat budak nakal ni.
“ Haha. Padan muka akak. Werk!”
“ Amir! Kau memang nak kena dengan akak kan? Kejam!”
Ada ke patut dia pergi simbah air untuk basuh kereta tu
dekat aku. Aku Cuma tersiram dia dengan air paip je pun. Dia balas dua kali
ganda lebih teruk daripada tu. Kejam!
“ Diana! Dah la tu. Kamu lupa ke kejap lagi kamu nak ke
rumah kawan kamu.”
“ Oh ya. Hampir terlupa. Thanks mak.”
Tanpa berlengah, aku pantas bergerak ke bilik untuk bersiap.
Selepas bersiap, aku bergerak ke arah meja solek. Aku tengok wajah aku yang
sudah bertudung itu dekat cermin.
“ Senyum Diana. Senyum. Kau kuat. Kau comel. Kau kena yakin.
Okay? Dan..”
Aku menyentuh lembut cincin yang berada di leher aku ni. aku
jadikan rantai semenjak tiga tahun yang lalu. Walau apa pun yang terjadi, aku
takkan pernah tanggalkan cincin ni. aku sayang cincin ni seperti mana aku
sayangkan tuan dia.
“ Saya rindu awak. awak pergi mana? Baliklah cepat.”
Hampir saja air mataku nak menitis tapi cepat diseka. Aku
tak boleh sedih. Aku kena kuat. Senyum Diana. Senyum!
**
Laju kakiku melangkah ke arah kereta. Entah kenapa aku rasa
ada seseorang sedang perhati aku. Aku jadi takut. Ya Allah. Lindungilah aku.
Tolong Ya Allah.
Baru je aku nak buka pintu kereta, aku terdengar sesuatu
daripada belakang. Ya Allah. Meremang habis bulu roma aku ni.
“ Diana.”
Aku terteguk air liur. Mana dia tau nama aku? Ya Allah.
“ Siapa awak? Pergi!”
Aku masih berdiri tegak sebelah kereta. Nak buka pintu
kereta pun tak bermaya. Sangat takut. Awak! Ya Allah. Kenapa aku berharap
sangat dia muncul saat ini?
“ Look at me. Please..”
Aku menggenggam kuat cincin aku. Ya Allah. Awak.
“ Diana. Nothing to worry about. I’m always with you.”
Aku tersedar sesuatu. Ayat-ayat tu. Suara tu. Tanpa
berlengah, aku pantas menoleh ke belakang untuk melihat empunya suara itu.
“ Awak!”
“ Hai princess.”
Aku menggigit bibir.
“ Kejam awak ni! kalau tak takutkan saya tak boleh ke?”
Dia tersengih lalu mendekati aku.
“ Sorry my princess. Saya teruja sangat nak jumpa awak. Awak
okay kan?”
“ Tak!”
“ Sorry la dear.”
Aku mencebik. Kemudian, aku tengok dia dari bawah ke atas.
Kenapa dia nampak lain sangat? Nampak.. erk.. lebih handsome?
“ Diana?”
“ Awak ni siapa?” Okay. Soalan apa yang aku tanya tu?
“ Haha. Awak! sayalah. Prince charming awak.”
“ Tapi kenapa nampak lain? Betul ke awak prince charming
saya?”
Aku jadi ragu-ragu. Haha.
“ Betul. Tak percaya? Nak saya buktikan?”
“ Why not?”
“ Okay. Tiga tahun yang lalu. Ada seorang perempuan ni
tengok saya dari jauh dan saya beranikan diri saya tegur perempuan tu.
kemudian, saya juga hadiahkan dua buah buku saya pada dia. saya juga selamatkan
dia daripada kemalangan. Saya juga selalu muncul dalam mimpi dia.”
Aku tersentak.
“ Can you trust me?”
Aku tersenyum akhirnya.
“ Can. Ke mana awak menghilang selama ini?”
“ Saya ada je dekat dengan awak. Cuma awak tak perasan je.
Hehe.”
“ Ha?”
“ Jom balik. Bak kunci kereta. Biar saya pandu. Hari ini
princess berehat okay.”
Ya Allah. Dia masih menjadi misteri.
**
“ Diana.”
Aku yang sedang elok duduk sambil termenung tersedar selepas
ditegur oleh dia. Aku tersenyum ke arah dia.
“ Awak. Awak buat apa dekat sini? Ke mana awak pergi selama
ni?”
“ Saya nak habiskan pengajian saya dulu. Maafkan saya and
saya nak cakap sesuatu.”
“ Apa?”
Tiba-tiba dia menghulurkan aku sebentuk cincin.
“ Awak?”
“ Satu cincin untuk satu tuan. Takkan cincin tu nak
keseorangan? Mestilah dia nak berteman juga. Kan?”
Aku memegang cincin yang berada di leher aku.
“ Maksud awak?”
“ Will you marry me?”
**
“ Cepat! Sarungkan cincin tu. cepat!”
Aku tersenyum malu. Aduhai! Kenapa lah ramai sangat orang
tengok ni. Naik malu dibuatnya.
“ Are you ready princess?”
Aku hanya mengangguk lantas mengeluarkan rantai yang setia
berada pada leher aku ni. cincin yang bersama rantai tadi aku keluarkan lalu
aku sarungkan pada jari manis dia. Alhamdulillah. Kini aku sah bergelar isteri
dia. Bahagianya aku rasa. Ternyata mimpi tu petunjuk yang dia akan datang
melamar aku.
“ Thanks my princess.”
“ Thanks to my prince charming.”
Tanganku digenggam erat. Siapa sangka prince charming yang
muncul dalam mimpi aku tu menjadi realiti. Haha. Tweet Diary! Aku rindu nak
tulis.
**
Tweet Diary
~Kalau kau tanyakan
padaku cara dia or layanan dia? Aku tak tahu nak cakap. Haha. Gentlemen ke or
tak ke aku tak dapat nak bezakan. Okay. Aku teruk. Haha. Nama je dah jadi
isteri. Tak pe. Baru tiga hari jadi isteri dia. Aku masih boleh belajar. Yela. Cinta
selepas kahwin kan?~
Aku kerling sebelah kiriku. Aku nampak dia tulis sesuatu
pada buku kecilnya juga. Aku tertawa kecil. Aku mengerling ke arah buku kecil
dia tu. Okay. Boleh nampak dia tulis apa. Haha.
Tweet Man
~ Weh! Tolong aku. Aku
ni masih tak gentlemen ke? Aku rasa sebelum ni dah gentlemen dengan bagi
sekuntum bunga kat dia. Bagi buku diary aku dan tak lupa juga cincin tu. Tapi
tu pun tiga tahun yang dulu. Haha. Sekarang? Setiap pagi aku mesti gerak dia
dengan ciuman di dahi. Tak sweet lagi ke? Nak buat macam mana lagi ni? Help!~
Aku menahan diri daripada senyum. Ya Allah. Besar pengorbanan
dia terhadap aku.
“ Abang.” Panggilku lembut.
“ Yes my princess?”
“ Abang dah cukup gentlemen la bagi saya.” Ucapku ikhlas.
“ Princess?”
Aku tersengih lantas menganggukkan kepalaku.
“ Terbaca. Hehe. Sorry my prince.”
Dia datang dekat dan terus memeluk aku. Ya Allah. Aku bersyukur
dapat suami seperti dia. Sangat bersyukur.
“ Nantikan kejutan abang esok. Okay my princess?”
Aku hanya tersenyum. Kejutan lagi? Okay. Hanya mampu berdiam
diri dan terima. Haha.
**
Arh! Penatnya! Rasanya hari ni paling penat kot. Dari pagi
sampai petang asyik teman mak beli barang kahwin. Sang suami pula ikut ibunya. Kami
berpisah sementara hari ini. Rindu pula aku rasa. Tapi dalam berjauhan ni pun,
dia tak pernah lupa untuk hantar pesanan ringkas yang sweet dekat aku. Haha.
‘ I love you.’
‘ Miss me?’
‘ Waiting for me.’
Yes. Itulah message yang aku dapat selang lima minit. Haha.
“ Akak? Mak nak tanya sikit boleh?”
“ Apa tu mak?”
“ Kamu kenal suami kamu dah lama ke?”
Aku tersenyum. Teringat pertama kali kami berkenalan.
“ Semenjak belajar dekat U. kenapa mak?”
“ mak suka dia. pandai kamu pilih.”
Okay. Aku terdiam seketika. Kembang setaman dah rasa. Haha.
“ Bukan orang pilih mak. Tapi dia yang datang meminang.
Haha.”
“ Takkan punya dia datang pinang kamu kalau kamu tak suka
dia.”
Okay. Aku dah mula tersenyum lebar.
“ Mak suka dia. Hormat orang tua. Pandai ambil hati keluarga
dia. tak cepat baran. Pandai kawal perasaan. Mak sukalah semuanya fasal dia.
Mak bersyukur sangat dia jadi suami kamu.”
Okay. Aku dah mula rasa sebak.
“ Okay. Nanti akak cakap dekat dia erk?”
My prince charming. Thanks you so much. For everything.
**
‘ Waiting surprise from
me.’
Aku tergelak. Alahai suami aku ni. Ha! Aku terlupa. Kesian para
pembaca sebab dah nak dekat penamat masih tak tahu nama suami aku yang
gentlemen ni. Haha. Maaf erk?
Nama diberi Muhammad Fakrul. Suami kepada Diana. Okay. Tu cukup
kan? Haha.
“ Sayang!”
Aku melajukan langkah menuju ke arah dia. aku tengok dia
yang berpakaian tuxedo sambil memegang sekuntum bunga lagi. Okay. Kejutan apa
lagi yang dia nak bagi pada aku?
“ This is for you my lovely wife.”
Aku menyambut hulurannya dengan senang hati. Belum sempat
aku nak berbuat apa-apa. dahiku terlebih dahulu dikucup lembut oleh sang suami.
“ Jom ikut abang.”
Kami berdua melangkah masuk ke dalam rumah. Tapi hari ni aku
rasa ada kelainan sikit. Sebaik sahaja sampai dekat ruang tamu. Mulut aku
sedikit ternganga. Cantiknya!
“ Tutup mulut tu sayang.”
Aku tersengih malu. Cantik kot! Pandai gila suami aku ni
buat. Bayangkan. Di tengah-tengah ruang tamu ni ada sebuah meja. Ada makanan
dan ada candle. Macam makan malam yang romantik tu la. Ada lagi ni. meja tu
dikelilingi kelopak bunga mawar. Banyak. Ya Allah. Terharunya!
“ My princess suka?”
“ Suka sangat abang. Thanks.”
“ Just for you.”
Alahai. Dia ni kalau nak bagi kejutan nombor satu.
“ Ada satu lagi. Bak cincin princess.”
Aku hanya menurut perintah dia.
“ Princess tengok ni.”
Sekali lagi aku terkedu. Alahai. Berkurun lama aku simpan
cincin tu. aku baru sedar belakang cincin tu ada tertulis nama aku.
“ Abang! Kenapa sweet sangat ni?” Aku terjerit.
“ Haha. Suami siapa kan?”
“ Thanks my prince charming. I love you.”
First time aku ucapkan perasaan aku pada dia. Malu!
“ I waiting for that my princess. I love you to.”
Akhirnya kami berdua tersenyum dalam kegembiraan yang tiada
siapa pun dapat gambarkan.
**
Tiga tahun yang lalu…
Aku sedang ralit tengok buku. Tapi terbantut bila tiba-tiba
je dadaku berdebar semacam. Why? Jadi aku kembali meletakkan buku tadi ke rak. Dan
masa tu juga aku ternampak dia. Lelaki tu.
Aku mengintai sekeliling. Okay. Nak usya dia la. Haha. Gila kau
ni!
“ Lama kau menyepi. Hari ni baru aku dapat jumpa kau. Jadi aku
nak usya. Tak kira!” Ujarku seorang diri sambil memerhati dia dari jauh.
Okay aku mengaku. Dia nampak handsome sangat. Haha.
“ Dah tak ada kerja lain nak buat ke selain usya saya?”
Aku tersentak. Mak! Dia perasan! Aku pantas duduk untuk
mengelakkan diri daripada direnung. Mak! Kantoi!
“ Diana.”
Aku menoleh ke kanan. Aku tersengih kecil.
“ Sorry. Tak sengaja.”
Aku baru nak pergi tapi tak jadi bila dia cakap something.
“ I will be your husband. This is my promise.”
Dalam diam aku tersenyum. Make sure you will do that
Muhammad Fakrul. I will waiting for that.
“ And.. you is my princess. Are you?”
“ Yes prince charming.”
~Tamat~
lagi...
ReplyDeleteBest..lain daripada yang lain
ReplyDeleteSorry la sis.. xbrape nk best sgt.. keep it up
ReplyDeleteYeah..nice cervel
ReplyDeleteSweet dan best
ReplyDeleteWahhh nice. Best, cuma ada yg kurang faham, scene ni kat mana, scene tu kat mana. Tapi cerita ni memang sweet. Penuh tanda tanya juga yg buat kan orang nak baca sampai ending.
ReplyDeleteBest sangat sangat citer nih seriously
ReplyDeleteDik, best cerpen you, entertaining. tp lg best kalau boleh proof read dan betulkan simple english sebelum post. contoh : you are...bukan you is...i am waiting @ i've been waiting ... teruskan berkarya.. :)
ReplyDeletebest simple tapi nice keep it up okay 😊🌹
ReplyDelete