Wah. Lama gila aku tak muncul. Lama gila aku menyepikan diri. Haha. Biasalah. Exam baru habis. Lepas ni banyak lagi kerja perlu diselesaikan. Tapi sebab rindu nak buat cerpen Nah.. untuk korang. Harap suka. Dan maaf sebab aku kepeningan sikit bila buat cerpen ni. haha. Okay. selamat membaca.
Pada suatu hari, ada seorang jejaka datang pada seorang
puteri lalu meluahkan perasaannya. Erk! Eh! Stop! Eh! Jangan korang lari! Ni
bukan cerita dongeng. Tapi realiti. Haha. Saja buat saspen ini kisah. Saja nak
buat bagi jadi macam cerita Cinderella tu. Kahkah.
“ Aina!”
Ah! Aku baru nak berangan nak jadi Cinderella. Kacau daun
betullah.
“ Apa?”
“ Kalau aku tunjuk dekat kau, mesti kau takkan percaya.”
Aku melihat dia dengan pandangan bosan. Apa dia pula?
“ Mana?”
Ain menyerahkan aku surat khabar yang dia pegang itu. Mataku
serta-merta membulat sebaik sahaja membaca tajuk utama yang terpampang di dada
akhbar itu.
“ What? Kenapa mesti jadi macam ni?”
Mana la tak kecewa bila hero idaman dah kahwin. Sadis kan?
Haha.
“ Terima jala. Kau memang tak ada jodoh dengan seorang pelakon.”
Aku merengus geram. Ain ni memang sengaja cari fasal dengan
aku.
“ baik kau terima si Akim tu dari kau gah-gahkan sangat
pelakon idaman kau ni.”
Aku mencebik. Akim yang kasanova tu? Pleaselah! Tak ingin
aku. Kalau handsome okay juga. Tapi tak. Biasa-biasa je. Aku pun hairan
kenapalah ramai orang suka dia.
“ Janganlah buat muka macam tu sebab si Akim tu ada dekat
luar rumah sekarang.”
“ What?”
Aku terus menuju ke tingkap. Ada sebuah kereta yang tersadai
luar pintu pagar rumah sewa kami. Aku terteguk air liur. Apa si kasanova tu
buat dekat sini? Apa motif dia?
“ Dia tak ada kerja lain ke nak buat? Tak bosan ke tunggu
depan rumah kita?”
Aku capai telefon bimbit lalu mendail nombor si kasanova tu.
“ Helo… awak saya..”
“ hey! Berapa kali saya nak cakap jangan muncul depan mata
saya lagi! Awak ni memang tak faham bahasa ke apa ha? Saya meluat tengok muka
awak tahu tak! Pleaselah! Pergi daripada sini sebelum saya buat laporan polis.
Saya cakaplah ada orang sedang mengintip saya. Nak!” Suaraku berubah jadi keras
dan marah sebaik sahaja mendengar suara dia. Ain yang dengar pun dah gerun
tengok aku. Haha.
“ Tapi awak saya Cuma nak jumpa awak…”
“ Go!”
Terus aku matikan talian. Aku tengok kereta dia. Please
pergi.
“ Hebat kau. Tapi tak baiklah kau buat dia macam tu. Niat
dia baik la.” Bela Ain. Ain ni kalau boleh nak kesian pun tak kena cara dan
orang. Orang macam tu nak dikesiankan? Tolonglah!
“ Aku bencilah. Kau tahu kan dia kasanova! Kasanova! Dia
kaki perempuan! Aku tak suka dekat dengan dia. nanti mesti ex-ex dia datang
serang aku. lepas tu salahkan aku. aku tak nak. Dan aku tak suka tengok dia.
dia buat aku asyik marah je. tolonglah faham.” Jelasku panjang lebar.
“ Okay. Relaks. Janganlah marah. Ish kau ni.”
Aku tersengih. Mestilah marah. Aku anti betul dengan kaum
lelaki macam ni. Aku tak berapa suka.
“ Tu. dia dah pergi pun.”
Maklum Ain lalu keluar daripada bilik aku. aku menghembus
nafas lega. Aku mencapai telefon bimbit lalu menaip pesanan ringkas special
dekat lelaki tu.
‘ Please. Jangan
muncul lagi depan mata saya. Kalau awak tak nak saya benci awak. Please dengar
cakap saya.’
Aku tersenyum puas. Maafkan aku tapi aku betul-betul tak
boleh.
**
“ Ada pelajar baru. Ada pelajar baru.”
Aku yang baru habiskan assignment tersentak saat disergah
oleh Ain. Apa? Ada pelajar baru? Ada aku kisah?
“ Dengar kata dia akan masuk kelas kita hari ni.”
Aku masih buat selamba. Ada aku kisah? Haha. Aku tak ada
hati langsung nak ambil tahu fasal budak baru ke apa ke. Yang penting belajar
dan belajar. Itulah life aku sepanjang aku berada dalam kampus ni. Tak menarik
kan? Ada aku kisah? Haha.
“ Kau dengar tak apa aku cakap ni?” Bahu aku terus digoncang
Ain. Kuat pula tu. Kes geram la ni.
“ Ye intan payung. Saya mendengar kata-kata anda itu.” Jawabku
dengan senyuman yang dibuat-buat. Bila tengok muka cemberut dia terus aku
tertawa kecil.
“ Kau ni! Ni yang malas cakap dengan kau ni.”
Aku tersengih lantas memaut bahunya mesra.
“ kau tahu kan aku ni macam mana?”
“ Sebab tahulah aku cakap. Budak tu lelaki. Dan muka dia
familiar sangat. Sebab tu aku cakap dekat kau.”
Aku memandang Ain dengan renungan yang tak berapa nak faham.
Haha.
“ Apa-apa je la.”
Tiba-tiba suasana yang hingar bingar tadi terus jadi sunyi
sepi. Aik? Malaikat lalu ke apa? Aku yang seronok buat latihan terus mendongak
memandang ke hadapan. Mataku terkebil-kebil melihat lecture dan seorang lelaki
yang berdiri depan kelas itu.
“ Perkenalkan. Ini pelajar baru kelas kita. Kamu boleh
perkenalkan diri kamu.”
Aku menjeling Ain. Amboi! Muka dia bukan main teruja. Haha.
“ Saya Aqil Shakir. Boleh panggil Aqil. Boleh juga panggil
Shakir. Tapi orang selalu panggil saya Aqil. Saya
berasal daripada Perak. Saya
berumur 23 tahun.”
Aku tersentak. Aqil Shakir. Macam aku pernah dengar nama tu.
Dan kenapa tua sangat. Haha. Mulut kau!
“ Okay. Kamu boleh ambil tempat.”
Aku terus tundukkan pandangan saat dia lalu di sisi aku.
Entah kenapa juga hatiku tiba-tiba jadi berdebar tak tentu fasal. Pelik. Dia
hanya seorang manusia Aina.
“ Weh. Dia tengok kau.” Aku menjeling Ain di sebelah. Aku
toleh pula ke arah kiri aku. rupanya dia duduk sebelah aku je. selang dua buah
kerusi je. tapi kenapa dia tengok aku?
“ Ya?” Aku tegur dia sebab dia duk tenung aku daripada tadi.
“ Sorry.” Terus dia pandang ke depan. Pelik. Biarlah!
“ Kenapa dia tengok kau macam tu?” Soal Ain.
“ Macam aku tau. Dah lah. Kelas dah mula tu.”
Dalam hati aku pun tertanya-tanya juga. Sebab apa? Muka aku
ni macam kawan-kawan dia or adik-beradik dia ke? Haha. Perasan kau Aina.
**
“ Awak! Wait!”
Aku yang tengah berjalan dengan Ain terhenti. Gara-gara
jeritan daripada budak baru tu.
“ Nak apa?” Soalku dengan tanda tanya.
“ Awak ni Aina Maisarah kan?”
Aku tersentak. Aku toleh pandang Ain. Dia turut terkejut.
Setahu aku tadi aku tak pula cakap nama aku dekat dia dan tak pula orang lain
beritahu nama aku. pelik.
“ Mana awak tahu?”
Tiba-tiba dia mengukirkan senyuman lebar. Dan dia juga
keluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.
“ Nah. Kepunyaan awak. terima kasih.”
Belum sempat aku nak tanya apa-apa dia terus berlalu. Aku
ditinggalkan dalam keadaan yang terpinga-pinga.
“ Eh? Tu sapu tangan kau ke?” Suara Ain buat aku sedar. Aku
belek sapu tangan tersebut. Kenapa macam kenal je sapu tangan ni?
“ Entahlah. Tapi dekat sini ada tertulis nama aku. maybe
betul aku punya.” Aku pun dah ingat-ingat lupa la.
“ Mesti dulu korang ada terserempak kan?” Ain menduga lagi.
“ Aku tak ingat dan tak tahu. Setahu aku mana ada aku pernah
bertembung dengan dia. langsung tak.” Jelasku dengan tegas.
“ Rileks. Aku bukan marah apa ka. Kau ni.”
Aku tersengih pula. Kenapa kau tiba-tiba emosi ni Aina?
“ Jom makan. Aku lapar.”
Tetapi, hati aku tetap tak nak duduk diam setiap kali lelaki
tu berhadapan dengan aku. aneh!
**
Aku mula gelisah tak tentu fasal. Kejap-kejap aku garu kepala.
kejap-kejap aku tengok depan belakang. Aku dah jadi tak tentu arah.
“ Kau ni kenapa? Dari tadi tengok macam cacing kepanasan
je.” Ain menegur.
“ Weh. Mana buku aku? Buku warna pink aku tu. Tadi elok je
aku pegang.” Aku rasa nak nangis. Tu buku rahsia aku. Macam-macam ada dalam tu.
Janganlah siapa-siapa yang ambil.
“ Kau tertinggal kat kafe kot. Jom kita pi tengok.” Arah
Ain. Aku hanya menurut.
Sampai saja dalam kafe, aku terus ke tempat duduk kami tadi.
Aku tunduk ke bawah meja. Tak ada. Lepas tu aku tengok atas meja. Bersih tanpa
habuk. Aku tengok pula dekat kerusi. Tak ada juga. Mana? Ya Allah.
“ Jumpa tak?”
“ Tak. Dah hilang.”
Aku rasa nak nangis. Tolong!
“ Maaf?”
Aku dan Ain tersentak apabila mendapat teguran itu. kami
berdua terus menoleh ke belakang.
“ Ye dik?” Aku menyoal kembali.
“ Ni buku akak kan?”
Aku tersenyum lega. Alhamdulillah.
“ Ya. Terima kasih dik tolong jagakan buku akak.”
Aku mencapai buku tersebut dengan perasaan yang sangat lega.
Senyuman masih mekar di bibirku.
“ Ada orang minta tolong saya jagakan. Kalau tak saya tak
tahu akak tertinggal buku tu.”
Aku dan Ain terdiam. Ada orang lain?
“ Siapa adik?”
“ Lelaki tapi saya tak tahu pula nama dia.”
Aku terkedu. Lelaki?
“ Adik ingat tak muka dia macam mana?” Ain menyampuk setelah
lama berdiam diri. Aku tersenyum. Thanks Ain.
“ Seingat saya putih. Tinggi sikit dari akak. Dan hari ni
kali pertama saya nampak dia kak.”
Kali ni kami berdua betul-betul terdiam. Erk!
**
Sedang leka aku membelek buku pink iaitu buku rahsia aku tu.
Terjatuh sehelai kertas saat aku mengangkat buku itu.
Aku tengok sekelilingku. Masing-masing leka dengan buku.
Nama pun dalam library.
‘ Saya minta maaf. Saya terbaca sikit halaman buku awak.
Nanti jangan tinggalkan buku lagi dekat kafe ye.’
Aku terkedu. Ya Allah. Dia baca halaman mana?
“ Ain.” Panggilku separuh berbisik.
“ Apa?”
“ Betul kan tekaan kita yang budak baru tu ambil buku aku.
kan?”
“ Yela. Semua ciri-ciri budak tu cakap dekat kita sama
dengan dia. kenapa?”
“ Ni..”
Aku serahkan kertas tadi pada Ain. Ain membaca dan sesaat
kemudian dia tersenyum.
“ Betullah tu. ni pun tulisan dia.”
" Mana kau tau?”
“ La.. kau ni? aku kan setiausaha kelas. So semua orang aku
tau macam mana. Tulisan kau ke tulisan dia ke tulisan orang lain ke aku tau.
Kau bukan tak kenal aku. sekali pandang aku tau tulisan siapa dah.”
Aku tersengih kecil. Aduhai. Agaknya dia baca halaman mana
erk? Jangan baca part yang sedih dan memalukan sudahlah. Huhu.
“ By the way, kalau dia terbaca part sedih kau macam mana?”
Aku terdiam. Entah. Kalau dia baca dia dah tahu separuh
kisah tentang diri aku selain Ain. Aku membuka halaman sedih tersebut. Tak
banyak, ada la dalam 5 halaman.
12 Mac 2014
Ayah dah tenat. Aku
tak tahu nak buat apa. Aku hanya mampu berdoa banyak-banyak. Doktor ada cakap
keadaan ayah dah sampai tahap kritikal. Doktor tak boleh buat apa-apa tentang
penyakit ayah. Aku hanya pinta satu je. Aku harap ayah mampu tahan sakit tu.
Andai benar ayah aku akan pergi, aku mohon agar dia akan pergi dengan tenang
sebagaimana arwah ibu pergi.
14 Mac 2014
Air mata aku tak
berhenti mengalir daripada pagi tadi. Aku bagaikan patung saja pagi tadi.
Terima kasih dekat Ain sebab setia berada di samping aku. Aku dah tak mampu nak
berkata apa-apa saat itu selain mengalirkan air mata. Perit sangat apabila
kehilangan orang yang paling aku sayang. Kini, aku dah tak ada sesiapa selain
Ain. Aku dah sebatang kara. Aku rindu ibu. Aku rindu ayah. Ya Allah.
20 Mac 2014
Aku teringat lagi.
Bagaimana wajah ayah ketika dia meninggalkan aku buat selama-lamanya. Sangat
tenang. Walaupun aku sedih akan kepergian dia tapi aku bersyukur sebab dia
pergi dengan tenang. Alhamdulillah. Ayah dan ibu. Akak rindu korang berdua.
Sangat-sangat. Sekarang akak menetap dekat rumah Ain. Orang tua Ain yang suruh
akak menetap dekat sana. Kata mereka akak ni dah dianggap macam anak sendiri.
Aina bersyukur ibu. Akak bersyukur sangat.
“ Aina?”
Aku tersentak. Air mata ku yang hampir mengalir diseka. Aku
mengalih pandangan ke arah Ain. Aku tersenyum kecil.
“ Kau okay ke?”
“ Okay je. kenapa?”
“ Kenapa kau baca lagi part sedih tu.”
Aku tersenyum hambar.
“ Tak apa. aku okaylah. Kau buatlah kerja kau.”
Aku sambung baca lagi dua halaman. Tapi aku tak tahan. Aku
rasa kalau aku sambung baca aku akan menangis dekat sini. Jadi aku tutup buku
tersebut lalu dimasukkan ke dalam beg. Ya Allah. Aku rindu mereka berdua.
“ Aina… ada someone nak jumpa kau.”
“ Siapa?”
Aku mendongak melihat seseorang yang berdiri depan aku
sekarang. Aku terkejut saat melihat wajah tersebut.
“ Awak?”
“ Hai. Ganggu korang berdua ke?”
“ Taklah. Kami okay je. Kenapa Aqil?”
Aku pandang muka Aqil. Tiba-tiba aku terasa dekat dengan
dia. Siapa dia yang sebenarnya?
“ Aina… boleh tak saya nak berikan awak sesuatu?”
Aku pandang dia dengan kerutan di dahi. Apa benda?
“ Ain.. kalau boleh jangan biarkan dia melayan perasaan
sangat lepas aku bagi sesuatu ni.”
Ain pula hanya menganggukkan kepala walaupun dia dilanda
dengan seribu persoalan.
“ Apa? cepatlah bagi.” Gesaku. Aku dah makin berdebar-debar
ni.
Tiba-tiba dia menghulurkan aku sebentuk cincin. Aku dan Ain
terkedu. Cincin?
“ Ambillah. Saya pergi dulu.”
“ Eh! Wait!”
Aku terus menutup mulut saat terjerit tadi. Nasib baik tak
ada orang di sekeliling aku. aku pandang kembali cincin tadi. Aku belek cincin
tersebut. Oh My God. Kenapa tiba-tiba dia bagi cincin ni?
“ Seingat aku kan? aku macam pernah nampak cincin tu.” Ain bersuara
setelah lama kami berdiam diri.
“ Serius? Kat mana?”
“ Hehe. Lupa.”
Hurmm. Kenapa makin hari lelaki tu suka bagi aku persoalan
yang aku sendiri tak tahu jawapannya. Ibu. Ayah. Tolong Aina.
**
“ Ibu.. nak ikut. Aina nak ikut. Please ibu.”
“ Aina sayang. Ibu nak pergi kerja je ni. Aina duduklah
dengan ayah. Ayah boleh temankan aina. Ha.. Aqil pun ada kan sayang?”
Aku menarik muncung. Rasa nak nangis pun ada. Aqil di
sebelah aku hanya mampu tersengih kerang busuk. Lawak sangat ka?
“ Nak ikut!” Aku masih bertegas. Aku rasa hari ni nak dekat
je dengan ibu. Aku tak kira!
“ Tak apalah sayang. Bawa je la dia. Tapi kalau dia buat
perangai cakap dekat abang. Tak apa ke?” Suara ayah membuatkan aku sedikit
teruja.
Ibu tersenyum kecil lalu mengusap perlahan kepalaku.
“ Degil ye anak ibu ni. Okaylah jom. Aqil.. makcik pergi
dulu ye. Jaga diri baik-baik. Nanti tolong tengokkan Aina ye?”
“ Ala ibu ni. Aqil tu tak hilang okay.” Aku mula geram bila
ibu asyik ambil berat tentang Aqil.
“ Okay makcik.”
Sebaik sahaja aku bersalam dengan ayah dan membalas senyuman
dengan Aqil. Aku dan ibu terus bertolak.
“ Ibu. Aina nak tanya pendapat ibu ni. Ibu jawab dengan
jujur tau.” Aku tersengih malu.
“ Ye sayang. Kenapa? Cuba cerita.”
“ Aqil tu macam mana? Hehe.”
Mukaku dah berona merah. Ibu pula sudah tertawa kecil.
“ Amboi anak ibu ni. Baru berumur 10 tahun dah pandai dia
kan? kenapa? Kamu suka dia ke?”
Aku tersengih lagi. Sukalah juga.
“ Ibu suka je apa yang anak ibu suka. Aqil tu pun baik
orangnya.”
Aku merenung muka ibu dengan senyuman.
“ Ibu… Aina malu. Kalau dia tak suka Aina? Lagipun sebelum
ni Aina je nampak beria-ria dengan dia. bagi sapu tanganlah. Bagi cincin la.
Cincin pun cincin 20 sen. Haha.”
Ibu turut tertawa. Gila aku ni. Macam gedik.
“ berani juga anak ibu ni kan? okay la tu. Tapi anak ibu
kecil lagi tau. Jangan la asyik fikir benda tu. belajar dulu ye sayang.”
“ Baik ibu. Hehe.”
Sebaik sahaja aku menoleh ke hadapan, aku tersentak besar.
“ Ibu! Lori!”
“ ya Allah.”
Tiba-tiba kereta ibu terus membelok untuk mengelakkan diri
daripada kena langgar dengan lori tu.
“ Ibu!! Arh!!”
**
“ Ibu!”
Aku tersedar daripada tidur. Ya Allah. Mimpi tu. mimpi di
mana kali terakhir aku berbual dan berjumpa dengan ibu. Ibu..
Air mataku menitis perlahan. Aku mengerling Ain yang sedang
tidur di sebelah. Tiba-tiba aku teringat satu nama yang sering aku sebut dalam
mimpi tadi. Aqil?
“ Ibu.”
Kenapa baru sekarang aku teringat macam mana ibu meninggal?
Semua tu gara-gara aku. Kerana aku! Ya Allah. Air mataku mengalir dengan laju.
Teresak-esak aku menangis mengenangkan arwah ibuku.
“ Aina?”
Tiba-tiba Ain bangun dan melihat aku yang berlinang dengan
air mata ni.
“ Eh? Ya Allah. Aku okay ke tak ni? Kau mimpi lagi erk?”
Aku hanya mampu menggangguk. Memang selama ni aku asyik
mimpi benda yang sama. Tapi malam ni mimpi tu baru jelas. Sangat jelas. Sebelum
ni mimpi tu tak jelas pun.
“ Aku… aku rindu ibu. Aku mimpi ibu. Dalam mimpi tu, kami
berdua kemalangan. Ibu aku meninggal sebab aku Ain. Sebab aku!”
Terus Ain tarik aku ke dalam pelukannya.
“ Bawa bersabar Aina. Bawa bersabar.”
*Okay. Part selepas
ni dah tukar nama panggilan. Harap maaf. Tuan cerpen ni kepeningan sikit. Hehe*
Ain mengetap bibir menahan hiba. Sebenarnya, dia dah tahu
lama dah macam mana ibu dia boleh meninggal. Dan kenapa Aina jadi macam ni.
selepas kemalangan tu, Aina jadi trauma. Gara-gara trauma tu juga Aina jadi
lupa ingatan. Lupa habis apa yang terjadi dalam hidup dia sebelum kemalangan
tu. Ya Allah. Kuatkan hati Aina.
“ Ain… kenapa ayah aku berahsia dengan aku selama ni?
sedangkan semuanya salah aku.”
Ain tersenyum hambar.
“ Sebab dia tak pernah salahkan kau. Dia sayang kau Aina.
Kau bagaikan nyawa dia.”
Aina meleraikan pelukan. Tangisannya sedikit demi sedikit
sudah reda.
“ Satu lagi. Kenapa tiba-tiba dalam mimpi aku tu muncul
orang yang bernama Aqil?”
Ain terdiam. Aqil? Patutlah aku rasa macam aku pernah nampak
Aqil sebelum ni. Rupanya kawan Aina masa kecil. Ya Allah. Jangan-jangan Aqil
memang kenal Aina saat pertama kali nampak Aina. Dan segala pemberian dia tu?
Ya Allah. Kebetulan atau takdir? Ain tersenyum kecil.
“ InsyaAllah. Tak lama lagi kau akan dapatkan jawapan tu.
dah sambung tidur. Esok ada kelas.”
Aina hanya menurut. Dia tak dapat berfikir dengan baik
sekarang ni. dia terlalu rindukan arwah ibu dan ayahnya.
**
“ Aqil! Wait!”
Tergesa-gesa Ain mengejar langkah Aqil yang semakin laju tu.
Mujur sempat. Kalau tak terlepas lagi aku nak tanya. Nasib baik juga Aina tak
datang kelas hari ni kerana demam. Maybe sebab mimpi ngeri dia dapat semalam.
“ Kenapa Ain?”
“ Kau… kau Aqil pendek kan? kau Aqil yang selalu Aina kacau
masa kecil-kecil dulu kan? Kau anak saudara Pak Amid kan?” Bertalu-talu yang
Ain tanya tanpa sempat Aqil menjawab satu persatu.
Aqil tersentak tapi tersenyum kemudiannya.
“ Macam mana kau tahu?”
Ain menghembus nafas lega. Jadi betullah. Kiranya mimpi tu
nak mengingatkan Aina fasal kisah silam dia semula.
“ Aina. Kau tahu kan apa jadi dekat dia selepas ibu dia
meninggal masa tu?” Soal Ain serius.
Aqil terdiam. Ya. Dia tahu dan faham perasaan Aina. Tapi dia
tak mampu berbuat apa-apa. masa tu dia hanya budak-budak yang tak tahu nak
pujuk hati seorang perempuan. Dia masih budak mentah masa tu.
“ Tapi kenapa dia tak ingat aku?” Soal Aqil sekian kalinya.
Dia tertanya-tanya juga. Sebab dia yang baru sekali pandang Aina pun tahu. Tapi
kenapa Aina tak kenal dia?
“ Panjang ceritanya Aqil. Lain kali kalau ada masa aku
cerita. Sekarang kita kena masuk kelas.”
“ And where Aina?”
Ain tersenyum hambar. Kakinya mula melangkah untuk ke kelas.
Aqil hanya mengekori daripada belakang.
“ Dia demam. Semalam dia mimpi ngeri. Dia mimpi macam mana
dia dan ibu dia terlibat dalam kemalangan dan sebab mimpi tu juga dia dihimpit
rasa bersalah yang amat. Kau tahu tak? Daripada semalam sampai pagi ni dia
asyik menangis. And now, she fever.”
Aqil tersentak. Ya Allah.
“ tapi kau jangan risau. Dia dah baik sikit sebelum aku
datang sini tadi. Dia dah makan ubat.”
Aqil hanya mampu mengangguk.
“ Kau tahu tak? Aku sayang dia.”
Belum sempat Ain ingin bertanya lebih lanjut, Aqil terlebih
dahulu masuk ke dalam kelas. Ain yang bagaikan baru tersedar tersengih kecil.
Nampaknya cinta kau masa kecil-kecil dulu tu terbalas Aina.
**
Matanya asyik sekali merenung ke luar jendela. Kepalanya
asyik terfikir soal mimpi semalam. Kenapa dia tak teringat semua tu sebelum ni?
Kenapa baru sekarang dia teringat soal kejadian ngeri tu? And who that’s guy?
Aqil?
“ Assalamualaikum Aina..”
Aina tersentak daripada lamunan. Ain dah balik.
“ Waalaikumussalam. Awal kau balik hari ni?”
“ Yala. Dah kawan baik aku ni sakit. Takkan aku nak biarkan
kau duduk sorang-sorang? Lagipun…” Ain tersengih kecil. Suka buat kawan dia
saspen.
“ Apa kau ni? cakap tersekat-sekat.”
“ Ada orang nak jumpa kau dekat luar. Jom.”
“ Kalau ye pun. Tunggulah aku pakai tudung dulu.”
“ Ops! Hehe. Okay cepat.”
Selepas Aina menyarungkan tudung. Ain terus menarik Aina
sehingga ke luar rumah.
“ Bro! Ni.. Aina dah keluar.” Laung Ain dengan sengihan.
Aina masih terkebil-kebil ke arah Ain. Tak faham apa yang terjadi.
“ Hai..”
Tiba-tiba muncul kelibat seorang lelaki dengan senyuman
lebarnya. Aina yang melihat tersentak besar. Ain hanya mampu tersenyum. Aku
harap hari ni kau akan ingat Aina.
“ Korang berboraklah dulu. Aku masuk untuk buatkan korang
minuman.”
Aqil masih tersenyum. gayanya yang selamba itu sedikit
sebanyak membuatkan dada Aina berdebar kencang. Dia sendiri tak tahu kenapa dia
mesti berperasaan begitu.
“ Awak sihat ke tak ni? Ain kata awak demam. Ye ke?”
“ Erk. Dah okay dah.” Aina terus menoleh ke arah lain sebaik
sedar wajahnya direnung semenjak tadi.
“ Aina.. mana dua barang yang saya bagi dekat awak sebelum
ni?” Soal Aqil dengan wajah yang serius.
Aina terdiam. Cincin dan sapu tangan tu ke? Erk. Aku letak
dalam laci bilik.
“ Kenapa awak tanya? Dan apa motif awak bagi dua benda tu?”
Aqil masih mendiamkan diri. Tiba-tiba dia teringat perbualan
dia dengan Ain sewaktu dalam perjalanan ke sini.
“ Dia trauma.”
“ Trauma? Aku tak faham. Seminggu aku dan keluarga aku duduk
situ. Dia nampak okay je. Cuma tak banyak bercakap. Asyik diam je. tak angguk
geleng. Tu je.”
Ain tersenyum hambar.
“ Ya. Memang masa tu kau nampak dia okay. Tapi seminggu
selepas tu, kami ingat dia akan baik. Dia akan okay. Lagipun keadaan dia
selepas kemalangan semakin pulih. Tapi..”
“ Tapi apa Ain?” Aqil mendesak.
“ Dia berubah Aqil. Berubah sangat. Selepas kau pergi, dia
kemurungan. Bila dia duduk seorang diri, dia asyik bercakap dengan diri dia.
dia asyik salahkan diri dia. dia juga tak berhenti nangis. Kadang-kadang tu dia
menjerit sampai aku dan ayah dia nak risau. Bila kami bawa dia jumpa doktor.
Doktor kata Aina mungkin trauma sebab kejadian tu melibatkan orang yang dia
sayang. Lagipun dia masih budak-budak.”
Ain berjeda seketika sebelum sambung cerita.
“ dalam masa dua minggu juga kami cuba sedaya upaya bawa dia
keluar daripada kesedihan dia sampai kami terpaksa pindah rumah. Aku yang duduk
sebelah rumah dia sebelum ni pun terpaksa pindah juga. Mak dan ayah aku takkan
benarkan Aina keseorangan tanpa aku di sisi. Selepas pindah tu, aku la banyak
berikan dia semangat dan atas saranan doktor aku buat dia lupakan kisah silam
tu. tapi tak sangka dia nak lupakan juga kisah kanak-kanak dia.”
Aqil terdiam. Aina. Maafkan aku. Aku tinggalkan kau macam tu
saja. Aku ingat kau okay.
“ Dalam masa sebulan jugalah. Baru dia pulih. Baru dia
kembali bersemangat. Tapi bila aku cerita fasal kau or fasal sekolah. Dia terus
geleng kepala tanda tak tahu apa-apa. Masa tu aku sedih sangat. Bila kami tanya
doktor. Doktor kata itu kehendak diri dia sendiri. Sebab dia terlalu takut dan
nak lupakan kejadian tu. Sekali gus dia lupakan juga kisah kanak-kanak dia.
that’s why dia tak kenal kau. Aku yang first time tengok pun dah rasa familiar
sangat. Tapi tak dia.”
Aqil mengeluh hampa.
“ Kalaulah masa tu aku ada. Mesti aku mampu tolong dia.”
Ain tersenyum pahit.
“ Tak. Kau jangan salahkan diri kau. Semua benda dah terjadi
Aqil. Dah lepas pun. Selepas tu, dia dah banyak berubah. Dia seorang yang
periang. Seorang yang suka mengusik. Sampailah ayah dia meninggal. Dia jadi macam
dulu balik. Cuma tak teruk. Just sedih lah.”
“ Aku tahu. Sebab aku terbaca kisah dia dengan ayah dia
dalam buku pink tu. banyak gila aku tak tahu soal dia. teruk aku kan? kata
sayang dia. tapi?”
Aina tersengih. Perlahan dia menggelengkan kepalanya.
“ Rileksla weh. Kau ni. asalkan kau sayang dia. dah cukup
weh. Berapa lama kau sayang dia ha? Dulu dia beria-ria mengurat kau kot. Sampai
dia naik malu. Sampai dia rasa dia gedik pula asyik kejar kau. Haha.”
Aqil tersengih saat teringat semua tu.
“ Sejak tu la. Sejak dia ikhlas nak kawan dengan aku, sejak
dia mula sukakan aku. sejak tu la aku dah sayangkan dia. Cuma.. aku je yang
terlalu lembap. Haha.”
“ Kau memang. Sekarang ni, takkan nak jadi lembap juga kot.
Dah macho dan sado kan?”
“ hehe. Rileks. Aku akan lamar dia nanti. Aku akan kahwin
juga dengan dia. tapi dia sudi ke terima aku?”
“ Hai la kau ni.”
Akhirnya mereka sama-sama ketawa mengingatkan semua tu.
**
“ Aqil!”
Aqil tersentak. Ya Allah. Boleh berangan lagi kau.
“ Saya tengah tanya awak ni.” Aina mula geram sebab Aqil
sempat lagi berangan.
“ Awak tak ingat?” Aqil sengaja buat-buat tanya. Kalau boleh
dia nak Aina ingat mula kisah kanak-kanak dulu tu.
Aina mengerutkan dahi. Tak faham. Ingat? Apa benda yang aku
lupa?
“ Cuba awak ingat balik dari mana saya dapat sapu tangan dan
cincin tu. perah otak awak sikit.” Serius saja bunyi Aqil tu.
Aina terteguk air liur. Mana aku tau. Kalau aku tau aku tak
tanyalah kau wahai Aqil.
“ Mai..”
Sekali lagi Aina tersentak sebaik sahaja mendengar suara
lembut Aqil memanggilnya. Mai! Kenapa aku rasa macam pernah dengar dia panggil
aku dengan panggilan tu. ya Allah. Siapa dia yang sebenarnya?
“ Awak siapa? awak kenal saya ke? Tapi kenapa saya tak kenal
awak?” Bertalu-talu Aina tanya soalan. Aqil yang dengar masih tidak memberikan
senyuman. Tapi dalam hati dah tersenyum. maafkan saya awak. saya nak awak yang
ingat sendiri.
“ Saya takkan beritahu. Awak cuba ingat balik siapa saya.
Masa tu saya pasti awak akan malu. Tapi jangan risau. Saya sedia. Saya sudi.
Saya juga nak awak tahu semenjak tu la saya dah mula…”
Belum sempat Aqil habiskan ayat dia. Telefon bimbit Aqil
tiba-tiba berbunyi.
“ maaf.”
Aina hanya melihat Aqil menjawab telefon. Aqil. Siapa kau?
Kenapa aku terasa dekat sangat dengan kau. Ya Allah. Apa makna mimpi semalam
tu? kenapa tiba-tiba nama Aqil muncul. Dan..
Aina teringat sesuatu. Dalam mimpi tu aku ada sebut cincin
dan sapu tangan. Jangan-jangan…
“ ya Allah.”
Aina menekup mulut. Dia menggelengkan kepala tanda tidak
percaya semua tu. Tapi? Aqil dalam mimpi aku tu dia? dan sapu tangan tu dan
cincin tu. Aku? Dia? Arh!
“ Aina?” Aqil tersentak saat melihat reaksi Aina. Kenapa
dengan dia?
“ Wait! Masa tu saya beria-ria nak ikut ibu saya ke tempat
kerja. masa tu juga ayah dan seorang budak lelaki ada. Dan budak lelaki tu
namanya Aqil. Is that you?” Dengan nada yang bergetar Aina menyoal. Air matanya
hampir menitis.
Aqil yang mendengar itu terdiam seketika. Dia tak tahu nak
jawab macam mana. Tapi memang tu kenyataannya.
“ If I say yes?”
Aina terundur dua langkah ke belakang. Dia teringat muka budak lelaki dalam mimpinya tu. Aqil tu
dan Aqil ni. ya Allah.
“ Korang!”
Ain memanggil apabila dia merasakan Aina teringat sesuatu.
“ mari makan dulu.”
Aqil terus berlalu meninggalkan Aina. Aina pula masih
tercegat memikirkan tekaannya itu. kalau betul, that’s mean dulu aku suka dia.
yeke? Arh! No way!
**
“ Aqil! Aku suka kau. Nah..”
Aqil terkebil-kebil tengok sebentuk cincin yang dihulurkan
oleh Aina. Sesaat kemudian dia tersenyum kecil.
“ Cincin? For what?”
“ Aku ikhlas sayangkan kau. So aku bagi ni. Aku tau kau tak
suka aku. tapi kau simpan cincin ni. bila kau rasa kau sayang aku, kau pakai
cincin ni. eh! Tak boleh. Kau bagi balik cincin ni dekat aku. masa tu aku tau
perasaan kau. Kalau kau tak suka aku kau boleh serahkan dekat orang lain. Kalau
suka aku kau sendiri serahkan dekat aku.” Jelas Aina panjang lebar.
Aqil tersenyum. Aina..Aina. kau ni.
“ And this.”
Sapu tangan pula diberikan pada Aqil. Siap ada nama Aina
Maisarah lagi pada sapu tangan tu.
“ Tanda aku selalu ingat dekat kau. Kau jangan hilangkan
tau.”
Aqil memandang dua benda tu dengan hati yang berbunga-bunga.
Sepatunya semua benda ni lelaki yang bagi. Ni tak. Terbalik. Haha.
“ Erk.. Aku pergi dululah. Bye.”
“ Aina.. Kau ni. kau buat aku tersayang kau la.”
**
Matanya terbuka saat
mendapat mimpi tersebut. Kali ni wajah budak lelaki dalam mimpinya
sangat jelas. Segala-galanya jelas. Aina tersentak seketika. Aqil. Jadi Aqil
sekarang ni Aqil tu? ya Allah. Malunya aku! jadi dulu aku pernah sukakan dia
sampai aku bagi semua benda tu. Really? What?
Ain mengerling Aina yang baru bangun tu. Tapi kenapa Aina
nampak semacam je? gelisah pun ada.
“ Aina?” Ain menegur.
“ Ain! Kenapa kau tak cakap dekat aku! Aqil tu.. Aqil tu…
Cinta monyet aku kan?”
Ain tersentak. Tapi Cuma seketika bila dia kembali senyum.
“ Kau dah ingat?”
“ Aku mimpi. Dan dalam mimpi tu jelas sangat. Aku yang bagi
cincin dan sapu tangan tu dekat dia.”
Ain mendekati Aina. Bahu sahabatnya itu dipaut mesra.
“ Baguslah kalau kau dah ingat. Dia sebenarnya sayangkan kau
tau tak? Sampai ke saat ini dia tunggu kau. Dia usaha cari kau. Tapi
alhamdulillah. Jodoh korang ni kuat sampai dia terjumpa kau dekat sini.”
Aina terdiam. Patutlah aku rasa dekat sangat dengan dia
selama ni.
“ Mana aku nak letak muka weh? Malu!”
Ain ketawa kecil.
“ Benda dah lama kan? Kau ni pun. Jangan risaulah.”
“ Aku malu kau tau tak. Huh!”
“ Dia sayang kau.”
“ Uwaa!”
“ Haha.”
**
Mata bertentang mata. Tapi tak lama bila Aina mengalihkan
pandangannya ke arah lain. Dadanya dah mula berdebar.
“ Aina. Can I ask you something?”
“ Erk. Yes.”
Aina masih tunduk. Manakala Aqil sudah tersenyum melihat
Aina. Aina dah jadi pemalu. Mesti dia teringat fasal dia bagi benda tu kat aku.
Hehe. Comel je awak ni Aina.
“ You remember about that? I mean about us.”
Aina hanya mampu mengangguk. Dia tak mampu nak pandang wajah
Aqil. Dahlah handsome. Nanti bertambah cair la aku.
“ So.. nak tahu tak jawapan saya?”
Aina masih tunduk. Tapi tak pula dia mengangguk.
“ Aina. Pandang saya.” Arah Aqil dengan lembut.
Aina hanya menurut. Perasaannya saat ini jangan cakaplah.
“ Saya sayang awak. Saya cintakan awak. Saya sukakan awak.”
Aina terkedu. Tiada kata-kata yang mampu dia ungkapkan.
“ Jadi isteri saya?”
“ Erk.. sebab?”
Aina rasa nak tampar je mulut dia tu. dah tahu buat-buat
tanya.
“ Sebab saya suka awaklah saya nak kahwin dengan awak.”
Aqil masih tersenyum. Aina.. Kenapa comel sangat ni?
“ Erk.. Entah. Erk…”
“ Aina. Saya tahu awak dah banyak susah tanpa saya. Saya
juga minta maaf sebab tak teman awak masa tu. saya ingat awak akan okay. Tapi
saya silap. Maafkan saya. Awak jangan risau. Lepas ni saya takkan tinggalkan
awak lagi. Saya sayang awak. Saya akan jaga awak dengan sepenuh hati saya. Jadi
isteri saya?”
Aina yang mendengar hanya mampu menahan sebak dan rasa
terharu tu. ya. Betul. Dulu Aqil yang selalu dia kacau dan Aqil selalu ambil
berat tentang dia. Cuma dia kesal, dia tak dapat ingat semua kisah kanak-kanak
dia dulu. Tak apa. Pelan-pelan. Nanti lama-lama ingatlah.
“ Aqil. Kalau saya cakap awak pelindung saya boleh tak?
Kalau saya cakap saya perlukan awak boleh tak? Kalau saya cakap awak jodoh saya
boleh tak? Kalau saya cakap awak…”
“ Aina.”
Aina terdiam. Mesti banyak gila aku soal dia tadi.
“ Walauapapun yang terjadi. Saya akan sentiasa ada di
samping awak. that’s why awak kena jadi isteri saya dulu. Baru saya boleh
melindungi awak.” Ujar Aqil dengan senyuman kecil.
Aina pun turut tersenyum. alhamdulillah. Andai benar dia
untuk aku. aku terima Ya Allah.
“ InsyaAllah. Saya terima.”
“ Alhamdulillah.”
**
“ Aqil! Tunggu aku.”
“ Kenapa?”
Aina tersengih kerang busuk.
“ Aku rindu kau. Hehe.”
Aqil hanya mampu tersenyum kecil. Aina..Aina..
“ Kau ni la. Aku ingat apa la tadi. Dah. masuk kelas.”
“ Ala kau ni. tahulah aku ni siapa. aku sedar diri aku sapa.
Hurmm.” Aina dah mula buat suara pasrah.
“ Kau ni. bukan tu la maksud aku.”
“ Aku rasa… suka aku tu sia-sia. Ermm. Tak apala. Aku pergi
dulu.”
Sebaik sahaja Aina melangkah, Aqil tersenyum lagi. Aina.
Aina. Sebab aku pun suka kau la aku buat macam ni. aku nak kau tunggu aku
berjaya dulu. Baru aku pergi lamar kau. Itu pun kalau kau sudi.
**
“ Abang! Termenung apa tu?!”
Aqil tersentak daripada lamunan. Wajah isterinya itu
dipandang dengan senyuman lebar. Perlahan-lahan dia menarik lengan Aina agar
duduk di sisinya.
“ Abang teringat kisah kita masa kecil-kecil dulu. Masa tu
Aina suka sangat dekat abang.”
Aina tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“ Erk. Abang. Aina sedih.” Aina buat muka sedih.
“ La. Kenapa?”
“ Aina tak ingat! Huhu!”
Terus Aina menutup muka. Aqil yang melihat tertawa kecil.
“ Rileks sayang. Kita usaha sama-sama okay. Tak lama lagi
Aina ingat la. Jangan risau, yang penting abang dah jadi suami sayang tau.”
Aina tersenyum pula. Wajah suaminya dipandang dengan penuh
kasih sayang.
“ terima kasih. Terima kasih sebab muncul lagi dalam hidup
saya.”
“ Sebab abang percayakan jodoh. Abang percayakan Allah.
Abang doa banyak-banyak agar abang dipertemukan lagi dengan Aina. And now, you
be my wife. Thanks dear.”
Aina hanya mengangguk. Dia terasa bahagia sangat. Syukur
alhamdulillah.
“ jom. Kita pergi rumah Ain. Nanti dia terasa pula.”
“ Ops! Terlupa. Hari ni kan pertunangan dia. Hehe.”
“ Nakal erk.”
Akhirnya mereka ketawa bersama-sama dengan rasa bahagia.
Alhamdulillah.
~Tamat~
terbaik lah....
ReplyDeletesy tringin menulis seperti anda ^^
ReplyDeleteBest cita ni...
ReplyDeleteSweet
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekongsikan tiuntuk membuat cerpen .komembuat Mohan tunjuk ajar terima kasih
ReplyDeleteSaya pun tak ada tips. Haha. Saya main buat je. Saya belajar melalui penulisan2 novel yg bagus2.
DeleteSalam. Manis. Tahniah. Salam
ReplyDelete