Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 11 April 2015

Cerpen : Jadi Isteri Saya?

Assalamualaikum...

Wah. Lama gila aku tak muncul. Lama gila aku menyepikan diri. Haha. Biasalah. Exam baru habis. Lepas ni banyak lagi kerja perlu diselesaikan. Tapi sebab rindu nak buat cerpen Nah.. untuk korang. Harap suka. Dan maaf sebab aku kepeningan sikit bila buat cerpen ni. haha. Okay. selamat membaca.



Pada suatu hari, ada seorang jejaka datang pada seorang puteri lalu meluahkan perasaannya. Erk! Eh! Stop! Eh! Jangan korang lari! Ni bukan cerita dongeng. Tapi realiti. Haha. Saja buat saspen ini kisah. Saja nak buat bagi jadi macam cerita Cinderella tu. Kahkah.

“ Aina!”

Ah! Aku baru nak berangan nak jadi Cinderella. Kacau daun betullah.

“ Apa?”

“ Kalau aku tunjuk dekat kau, mesti kau takkan percaya.”

Aku melihat dia dengan pandangan bosan. Apa dia pula?

“ Mana?”

Ain menyerahkan aku surat khabar yang dia pegang itu. Mataku serta-merta membulat sebaik sahaja membaca tajuk utama yang terpampang di dada akhbar itu.

“ What? Kenapa mesti jadi macam ni?”

Mana la tak kecewa bila hero idaman dah kahwin. Sadis kan? Haha.

“ Terima jala. Kau memang tak ada jodoh dengan seorang pelakon.”

Aku merengus geram. Ain ni memang sengaja cari fasal dengan aku.

“ baik kau terima si Akim tu dari kau gah-gahkan sangat pelakon idaman kau ni.”

Aku mencebik. Akim yang kasanova tu? Pleaselah! Tak ingin aku. Kalau handsome okay juga. Tapi tak. Biasa-biasa je. Aku pun hairan kenapalah ramai orang suka dia.

“ Janganlah buat muka macam tu sebab si Akim tu ada dekat luar rumah sekarang.”

“ What?”

Aku terus menuju ke tingkap. Ada sebuah kereta yang tersadai luar pintu pagar rumah sewa kami. Aku terteguk air liur. Apa si kasanova tu buat dekat sini? Apa motif dia?

“ Dia tak ada kerja lain ke nak buat? Tak bosan ke tunggu depan rumah kita?”

Aku capai telefon bimbit lalu mendail nombor si kasanova tu.

“ Helo… awak saya..”

“ hey! Berapa kali saya nak cakap jangan muncul depan mata saya lagi! Awak ni memang tak faham bahasa ke apa ha? Saya meluat tengok muka awak tahu tak! Pleaselah! Pergi daripada sini sebelum saya buat laporan polis. Saya cakaplah ada orang sedang mengintip saya. Nak!” Suaraku berubah jadi keras dan marah sebaik sahaja mendengar suara dia. Ain yang dengar pun dah gerun tengok aku. Haha.

“ Tapi awak saya Cuma nak jumpa awak…”

“ Go!”

Terus aku matikan talian. Aku tengok kereta dia. Please pergi.

“ Hebat kau. Tapi tak baiklah kau buat dia macam tu. Niat dia baik la.” Bela Ain. Ain ni kalau boleh nak kesian pun tak kena cara dan orang. Orang macam tu nak dikesiankan? Tolonglah!

“ Aku bencilah. Kau tahu kan dia kasanova! Kasanova! Dia kaki perempuan! Aku tak suka dekat dengan dia. nanti mesti ex-ex dia datang serang aku. lepas tu salahkan aku. aku tak nak. Dan aku tak suka tengok dia. dia buat aku asyik marah je. tolonglah faham.” Jelasku panjang lebar.

“ Okay. Relaks. Janganlah marah. Ish kau ni.”

Aku tersengih. Mestilah marah. Aku anti betul dengan kaum lelaki macam ni. Aku tak berapa suka.

“ Tu. dia dah pergi pun.”

Maklum Ain lalu keluar daripada bilik aku. aku menghembus nafas lega. Aku mencapai telefon bimbit lalu menaip pesanan ringkas special dekat lelaki tu.

‘ Please. Jangan muncul lagi depan mata saya. Kalau awak tak nak saya benci awak. Please dengar cakap saya.’

Aku tersenyum puas. Maafkan aku tapi aku betul-betul tak boleh.

**
“ Ada pelajar baru. Ada pelajar baru.”

Aku yang baru habiskan assignment tersentak saat disergah oleh Ain. Apa? Ada pelajar baru? Ada aku kisah?

“ Dengar kata dia akan masuk kelas kita hari ni.”

Aku masih buat selamba. Ada aku kisah? Haha. Aku tak ada hati langsung nak ambil tahu fasal budak baru ke apa ke. Yang penting belajar dan belajar. Itulah life aku sepanjang aku berada dalam kampus ni. Tak menarik kan? Ada aku kisah? Haha.

“ Kau dengar tak apa aku cakap ni?” Bahu aku terus digoncang Ain. Kuat pula tu. Kes geram la ni.

“ Ye intan payung. Saya mendengar kata-kata anda itu.” Jawabku dengan senyuman yang dibuat-buat. Bila tengok muka cemberut dia terus aku tertawa kecil.

“ Kau ni! Ni yang malas cakap dengan kau ni.”

Aku tersengih lantas memaut bahunya mesra.

“ kau tahu kan aku ni macam mana?”

“ Sebab tahulah aku cakap. Budak tu lelaki. Dan muka dia familiar sangat. Sebab tu aku cakap dekat kau.”

Aku memandang Ain dengan renungan yang tak berapa nak faham. Haha.

“ Apa-apa je la.”

Tiba-tiba suasana yang hingar bingar tadi terus jadi sunyi sepi. Aik? Malaikat lalu ke apa? Aku yang seronok buat latihan terus mendongak memandang ke hadapan. Mataku terkebil-kebil melihat lecture dan seorang lelaki yang berdiri depan  kelas itu.

“ Perkenalkan. Ini pelajar baru kelas kita. Kamu boleh perkenalkan diri kamu.”

Aku menjeling Ain. Amboi! Muka dia bukan main teruja. Haha.

“ Saya Aqil Shakir. Boleh panggil Aqil. Boleh juga panggil Shakir. Tapi orang selalu panggil saya Aqil. Saya 
berasal daripada Perak. Saya berumur 23 tahun.”

Aku tersentak. Aqil Shakir. Macam aku pernah dengar nama tu. Dan kenapa tua sangat. Haha. Mulut kau!

“ Okay. Kamu boleh ambil tempat.”

Aku terus tundukkan pandangan saat dia lalu di sisi aku. Entah kenapa juga hatiku tiba-tiba jadi berdebar tak tentu fasal. Pelik. Dia hanya seorang manusia Aina.

“ Weh. Dia tengok kau.” Aku menjeling Ain di sebelah. Aku toleh pula ke arah kiri aku. rupanya dia duduk sebelah aku je. selang dua buah kerusi je. tapi kenapa dia tengok aku?

“ Ya?” Aku tegur dia sebab dia duk tenung aku daripada tadi.

“ Sorry.” Terus dia pandang ke depan. Pelik. Biarlah!

“ Kenapa dia tengok kau macam tu?” Soal Ain.

“ Macam aku tau. Dah lah. Kelas dah mula tu.”

Dalam hati aku pun tertanya-tanya juga. Sebab apa? Muka aku ni macam kawan-kawan dia or adik-beradik dia ke? Haha. Perasan kau Aina.

**
“ Awak! Wait!”

Aku yang tengah berjalan dengan Ain terhenti. Gara-gara jeritan daripada budak baru tu.

“ Nak apa?” Soalku dengan tanda tanya.

“ Awak ni Aina Maisarah kan?”

Aku tersentak. Aku toleh pandang Ain. Dia turut terkejut. Setahu aku tadi aku tak pula cakap nama aku dekat dia dan tak pula orang lain beritahu nama aku. pelik.

“ Mana awak tahu?”

Tiba-tiba dia mengukirkan senyuman lebar. Dan dia juga keluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.

“ Nah. Kepunyaan awak. terima kasih.”

Belum sempat aku nak tanya apa-apa dia terus berlalu. Aku ditinggalkan dalam keadaan yang terpinga-pinga.

“ Eh? Tu sapu tangan kau ke?” Suara Ain buat aku sedar. Aku belek sapu tangan tersebut. Kenapa macam kenal je sapu tangan ni?

“ Entahlah. Tapi dekat sini ada tertulis nama aku. maybe betul aku punya.” Aku pun dah ingat-ingat lupa la.

“ Mesti dulu korang ada terserempak kan?” Ain menduga lagi.

“ Aku tak ingat dan tak tahu. Setahu aku mana ada aku pernah bertembung dengan dia. langsung tak.” Jelasku dengan tegas.

“ Rileks. Aku bukan marah apa ka. Kau ni.”

Aku tersengih pula. Kenapa kau tiba-tiba emosi ni Aina?

“ Jom makan. Aku lapar.”

Tetapi, hati aku tetap tak nak duduk diam setiap kali lelaki tu berhadapan dengan aku. aneh!
**
Aku mula gelisah tak tentu fasal. Kejap-kejap aku garu kepala. kejap-kejap aku tengok depan belakang. Aku dah jadi tak tentu arah.

“ Kau ni kenapa? Dari tadi tengok macam cacing kepanasan je.” Ain menegur.

“ Weh. Mana buku aku? Buku warna pink aku tu. Tadi elok je aku pegang.” Aku rasa nak nangis. Tu buku rahsia aku. Macam-macam ada dalam tu. Janganlah siapa-siapa yang ambil.

“ Kau tertinggal kat kafe kot. Jom kita pi tengok.” Arah Ain. Aku hanya menurut.

Sampai saja dalam kafe, aku terus ke tempat duduk kami tadi. Aku tunduk ke bawah meja. Tak ada. Lepas tu aku tengok atas meja. Bersih tanpa habuk. Aku tengok pula dekat kerusi. Tak ada juga. Mana? Ya Allah.

“ Jumpa tak?”

“ Tak. Dah hilang.”

Aku rasa nak nangis. Tolong!

“ Maaf?”

Aku dan Ain tersentak apabila mendapat teguran itu. kami berdua terus menoleh ke belakang.

“ Ye dik?” Aku menyoal kembali.

“ Ni buku akak kan?”

Aku tersenyum lega. Alhamdulillah.

“ Ya. Terima kasih dik tolong jagakan buku akak.”

Aku mencapai buku tersebut dengan perasaan yang sangat lega. Senyuman masih mekar di bibirku.

“ Ada orang minta tolong saya jagakan. Kalau tak saya tak tahu akak tertinggal buku tu.”

Aku dan Ain terdiam. Ada orang lain?

“ Siapa adik?”

“ Lelaki tapi saya tak tahu pula nama dia.”

Aku terkedu. Lelaki?

“ Adik ingat tak muka dia macam mana?” Ain menyampuk setelah lama berdiam diri. Aku tersenyum. Thanks Ain.

“ Seingat saya putih. Tinggi sikit dari akak. Dan hari ni kali pertama saya nampak dia kak.”

Kali ni kami berdua betul-betul terdiam. Erk!
**
Sedang leka aku membelek buku pink iaitu buku rahsia aku tu. Terjatuh sehelai kertas saat aku mengangkat buku itu.

Aku tengok sekelilingku. Masing-masing leka dengan buku. Nama pun dalam library.

‘ Saya minta maaf. Saya terbaca sikit halaman buku awak. Nanti jangan tinggalkan buku lagi dekat kafe ye.’

Aku terkedu. Ya Allah. Dia baca halaman mana?

“ Ain.” Panggilku separuh berbisik.

“ Apa?”

“ Betul kan tekaan kita yang budak baru tu ambil buku aku. kan?”

“ Yela. Semua ciri-ciri budak tu cakap dekat kita sama dengan dia. kenapa?”

“ Ni..”

Aku serahkan kertas tadi pada Ain. Ain membaca dan sesaat kemudian dia tersenyum.

“ Betullah tu. ni pun tulisan dia.”

" Mana kau tau?”

“ La.. kau ni? aku kan setiausaha kelas. So semua orang aku tau macam mana. Tulisan kau ke tulisan dia ke tulisan orang lain ke aku tau. Kau bukan tak kenal aku. sekali pandang aku tau tulisan siapa dah.”

Aku tersengih kecil. Aduhai. Agaknya dia baca halaman mana erk? Jangan baca part yang sedih dan memalukan sudahlah. Huhu.

“ By the way, kalau dia terbaca part sedih kau macam mana?”

Aku terdiam. Entah. Kalau dia baca dia dah tahu separuh kisah tentang diri aku selain Ain. Aku membuka halaman sedih tersebut. Tak banyak, ada la dalam 5 halaman.

12 Mac 2014

Ayah dah tenat. Aku tak tahu nak buat apa. Aku hanya mampu berdoa banyak-banyak. Doktor ada cakap keadaan ayah dah sampai tahap kritikal. Doktor tak boleh buat apa-apa tentang penyakit ayah. Aku hanya pinta satu je. Aku harap ayah mampu tahan sakit tu. Andai benar ayah aku akan pergi, aku mohon agar dia akan pergi dengan tenang sebagaimana arwah ibu pergi.

14 Mac 2014

Air mata aku tak berhenti mengalir daripada pagi tadi. Aku bagaikan patung saja pagi tadi. Terima kasih dekat Ain sebab setia berada di samping aku. Aku dah tak mampu nak berkata apa-apa saat itu selain mengalirkan air mata. Perit sangat apabila kehilangan orang yang paling aku sayang. Kini, aku dah tak ada sesiapa selain Ain. Aku dah sebatang kara. Aku rindu ibu. Aku rindu ayah. Ya Allah.

20 Mac 2014

Aku teringat lagi. Bagaimana wajah ayah ketika dia meninggalkan aku buat selama-lamanya. Sangat tenang. Walaupun aku sedih akan kepergian dia tapi aku bersyukur sebab dia pergi dengan tenang. Alhamdulillah. Ayah dan ibu. Akak rindu korang berdua. Sangat-sangat. Sekarang akak menetap dekat rumah Ain. Orang tua Ain yang suruh akak menetap dekat sana. Kata mereka akak ni dah dianggap macam anak sendiri. Aina bersyukur ibu. Akak bersyukur sangat.

“ Aina?”

Aku tersentak. Air mata ku yang hampir mengalir diseka. Aku mengalih pandangan ke arah Ain. Aku tersenyum kecil.

“ Kau okay ke?”

“ Okay je. kenapa?”

“ Kenapa kau baca lagi part sedih tu.”

Aku tersenyum hambar.

“ Tak apa. aku okaylah. Kau buatlah kerja kau.”

Aku sambung baca lagi dua halaman. Tapi aku tak tahan. Aku rasa kalau aku sambung baca aku akan menangis dekat sini. Jadi aku tutup buku tersebut lalu dimasukkan ke dalam beg. Ya Allah. Aku rindu mereka berdua.

“ Aina… ada someone nak jumpa kau.”

“ Siapa?”

Aku mendongak melihat seseorang yang berdiri depan aku sekarang. Aku terkejut saat melihat wajah tersebut.

“ Awak?”

“ Hai. Ganggu korang berdua ke?”

“ Taklah. Kami okay je. Kenapa Aqil?”

Aku pandang muka Aqil. Tiba-tiba aku terasa dekat dengan dia. Siapa dia yang sebenarnya?

“ Aina… boleh tak saya nak berikan awak sesuatu?”

Aku pandang dia dengan kerutan di dahi. Apa benda?

“ Ain.. kalau boleh jangan biarkan dia melayan perasaan sangat lepas aku bagi sesuatu ni.”

Ain pula hanya menganggukkan kepala walaupun dia dilanda dengan seribu persoalan.

“ Apa? cepatlah bagi.” Gesaku. Aku dah makin berdebar-debar ni.

Tiba-tiba dia menghulurkan aku sebentuk cincin. Aku dan Ain terkedu. Cincin?

“ Ambillah. Saya pergi dulu.”

“ Eh! Wait!”

Aku terus menutup mulut saat terjerit tadi. Nasib baik tak ada orang di sekeliling aku. aku pandang kembali cincin tadi. Aku belek cincin tersebut. Oh My God. Kenapa tiba-tiba dia bagi cincin ni?

“ Seingat aku kan? aku macam pernah nampak cincin tu.” Ain bersuara setelah lama kami berdiam diri.

“ Serius? Kat mana?”

“ Hehe. Lupa.”

Hurmm. Kenapa makin hari lelaki tu suka bagi aku persoalan yang aku sendiri tak tahu jawapannya. Ibu. Ayah. Tolong Aina.

**
“ Ibu.. nak ikut. Aina nak ikut. Please ibu.”

“ Aina sayang. Ibu nak pergi kerja je ni. Aina duduklah dengan ayah. Ayah boleh temankan aina. Ha.. Aqil pun ada kan sayang?”

Aku menarik muncung. Rasa nak nangis pun ada. Aqil di sebelah aku hanya mampu tersengih kerang busuk. Lawak sangat ka?

“ Nak ikut!” Aku masih bertegas. Aku rasa hari ni nak dekat je dengan ibu. Aku tak kira!

“ Tak apalah sayang. Bawa je la dia. Tapi kalau dia buat perangai cakap dekat abang. Tak apa ke?” Suara ayah membuatkan aku sedikit teruja.

Ibu tersenyum kecil lalu mengusap perlahan kepalaku.

“ Degil ye anak ibu ni. Okaylah jom. Aqil.. makcik pergi dulu ye. Jaga diri baik-baik. Nanti tolong tengokkan Aina ye?”

“ Ala ibu ni. Aqil tu tak hilang okay.” Aku mula geram bila ibu asyik ambil berat tentang Aqil.

“ Okay makcik.”

Sebaik sahaja aku bersalam dengan ayah dan membalas senyuman dengan Aqil. Aku dan ibu terus bertolak.

“ Ibu. Aina nak tanya pendapat ibu ni. Ibu jawab dengan jujur tau.” Aku tersengih malu.

“ Ye sayang. Kenapa? Cuba cerita.”

“ Aqil tu macam mana? Hehe.”

Mukaku dah berona merah. Ibu pula sudah tertawa kecil.

“ Amboi anak ibu ni. Baru berumur 10 tahun dah pandai dia kan? kenapa? Kamu suka dia ke?”
Aku tersengih lagi. Sukalah juga.

“ Ibu suka je apa yang anak ibu suka. Aqil tu pun baik orangnya.”

Aku merenung muka ibu dengan senyuman.

“ Ibu… Aina malu. Kalau dia tak suka Aina? Lagipun sebelum ni Aina je nampak beria-ria dengan dia. bagi sapu tanganlah. Bagi cincin la. Cincin pun cincin 20 sen. Haha.”

Ibu turut tertawa. Gila aku ni. Macam gedik.

“ berani juga anak ibu ni kan? okay la tu. Tapi anak ibu kecil lagi tau. Jangan la asyik fikir benda tu. belajar dulu ye sayang.”

“ Baik ibu. Hehe.”

Sebaik sahaja aku menoleh ke hadapan, aku tersentak besar.

“ Ibu! Lori!”

“ ya Allah.”

Tiba-tiba kereta ibu terus membelok untuk mengelakkan diri daripada kena langgar dengan lori tu.

“ Ibu!! Arh!!”

**
“ Ibu!”

Aku tersedar daripada tidur. Ya Allah. Mimpi tu. mimpi di mana kali terakhir aku berbual dan berjumpa dengan ibu. Ibu..

Air mataku menitis perlahan. Aku mengerling Ain yang sedang tidur di sebelah. Tiba-tiba aku teringat satu nama yang sering aku sebut dalam mimpi tadi. Aqil?

“ Ibu.”

Kenapa baru sekarang aku teringat macam mana ibu meninggal? Semua tu gara-gara aku. Kerana aku! Ya Allah. Air mataku mengalir dengan laju. Teresak-esak aku menangis mengenangkan arwah ibuku.

“ Aina?”

Tiba-tiba Ain bangun dan melihat aku yang berlinang dengan air mata ni.

“ Eh? Ya Allah. Aku okay ke tak ni? Kau mimpi lagi erk?”

Aku hanya mampu menggangguk. Memang selama ni aku asyik mimpi benda yang sama. Tapi malam ni mimpi tu baru jelas. Sangat jelas. Sebelum ni mimpi tu tak jelas pun.

“ Aku… aku rindu ibu. Aku mimpi ibu. Dalam mimpi tu, kami berdua kemalangan. Ibu aku meninggal sebab aku Ain. Sebab aku!”

Terus Ain tarik aku ke dalam pelukannya.

“ Bawa bersabar Aina. Bawa bersabar.”

*Okay. Part selepas ni dah tukar nama panggilan. Harap maaf. Tuan cerpen ni kepeningan sikit. Hehe*

Ain mengetap bibir menahan hiba. Sebenarnya, dia dah tahu lama dah macam mana ibu dia boleh meninggal. Dan kenapa Aina jadi macam ni. selepas kemalangan tu, Aina jadi trauma. Gara-gara trauma tu juga Aina jadi lupa ingatan. Lupa habis apa yang terjadi dalam hidup dia sebelum kemalangan tu. Ya Allah. Kuatkan hati Aina.

“ Ain… kenapa ayah aku berahsia dengan aku selama ni? sedangkan semuanya salah aku.”

Ain tersenyum hambar.

“ Sebab dia tak pernah salahkan kau. Dia sayang kau Aina. Kau bagaikan nyawa dia.”

Aina meleraikan pelukan. Tangisannya sedikit demi sedikit sudah reda.

“ Satu lagi. Kenapa tiba-tiba dalam mimpi aku tu muncul orang yang bernama Aqil?”

Ain terdiam. Aqil? Patutlah aku rasa macam aku pernah nampak Aqil sebelum ni. Rupanya kawan Aina masa kecil. Ya Allah. Jangan-jangan Aqil memang kenal Aina saat pertama kali nampak Aina. Dan segala pemberian dia tu? Ya Allah. Kebetulan atau takdir? Ain tersenyum kecil.

“ InsyaAllah. Tak lama lagi kau akan dapatkan jawapan tu. dah sambung tidur. Esok ada kelas.”

Aina hanya menurut. Dia tak dapat berfikir dengan baik sekarang ni. dia terlalu rindukan arwah ibu dan ayahnya.

**
“ Aqil! Wait!”

Tergesa-gesa Ain mengejar langkah Aqil yang semakin laju tu. Mujur sempat. Kalau tak terlepas lagi aku nak tanya. Nasib baik juga Aina tak datang kelas hari ni kerana demam. Maybe sebab mimpi ngeri dia dapat semalam.

“ Kenapa Ain?”

“ Kau… kau Aqil pendek kan? kau Aqil yang selalu Aina kacau masa kecil-kecil dulu kan? Kau anak saudara Pak Amid kan?” Bertalu-talu yang Ain tanya tanpa sempat Aqil menjawab satu persatu.
Aqil tersentak tapi tersenyum kemudiannya.

“ Macam mana kau tahu?”

Ain menghembus nafas lega. Jadi betullah. Kiranya mimpi tu nak mengingatkan Aina fasal kisah silam dia semula.

“ Aina. Kau tahu kan apa jadi dekat dia selepas ibu dia meninggal masa tu?” Soal Ain serius.

Aqil terdiam. Ya. Dia tahu dan faham perasaan Aina. Tapi dia tak mampu berbuat apa-apa. masa tu dia hanya budak-budak yang tak tahu nak pujuk hati seorang perempuan. Dia masih budak mentah masa tu.

“ Tapi kenapa dia tak ingat aku?” Soal Aqil sekian kalinya. Dia tertanya-tanya juga. Sebab dia yang baru sekali pandang Aina pun tahu. Tapi kenapa Aina tak kenal dia?

“ Panjang ceritanya Aqil. Lain kali kalau ada masa aku cerita. Sekarang kita kena masuk kelas.”

“ And where Aina?”

Ain tersenyum hambar. Kakinya mula melangkah untuk ke kelas. Aqil hanya mengekori daripada belakang.

“ Dia demam. Semalam dia mimpi ngeri. Dia mimpi macam mana dia dan ibu dia terlibat dalam kemalangan dan sebab mimpi tu juga dia dihimpit rasa bersalah yang amat. Kau tahu tak? Daripada semalam sampai pagi ni dia asyik menangis. And now, she fever.”

Aqil tersentak. Ya Allah.

“ tapi kau jangan risau. Dia dah baik sikit sebelum aku datang sini tadi. Dia dah makan ubat.”

Aqil hanya mampu mengangguk.

“ Kau tahu tak? Aku sayang dia.”

Belum sempat Ain ingin bertanya lebih lanjut, Aqil terlebih dahulu masuk ke dalam kelas. Ain yang bagaikan baru tersedar tersengih kecil. Nampaknya cinta kau masa kecil-kecil dulu tu terbalas Aina.
**
Matanya asyik sekali merenung ke luar jendela. Kepalanya asyik terfikir soal mimpi semalam. Kenapa dia tak teringat semua tu sebelum ni? Kenapa baru sekarang dia teringat soal kejadian ngeri tu? And who that’s guy? Aqil?

“ Assalamualaikum Aina..”

Aina tersentak daripada lamunan. Ain dah balik.

“ Waalaikumussalam. Awal kau balik hari ni?”

“ Yala. Dah kawan baik aku ni sakit. Takkan aku nak biarkan kau duduk sorang-sorang? Lagipun…” Ain tersengih kecil. Suka buat kawan dia saspen.

“ Apa kau ni? cakap tersekat-sekat.”

“ Ada orang nak jumpa kau dekat luar. Jom.”

“ Kalau ye pun. Tunggulah aku pakai tudung dulu.”

“ Ops! Hehe. Okay cepat.”

Selepas Aina menyarungkan tudung. Ain terus menarik Aina sehingga ke luar rumah.

“ Bro! Ni.. Aina dah keluar.” Laung Ain dengan sengihan. Aina masih terkebil-kebil ke arah Ain. Tak faham apa yang terjadi.

“ Hai..”

Tiba-tiba muncul kelibat seorang lelaki dengan senyuman lebarnya. Aina yang melihat tersentak besar. Ain hanya mampu tersenyum. Aku harap hari ni kau akan ingat Aina.

“ Korang berboraklah dulu. Aku masuk untuk buatkan korang minuman.”

Aqil masih tersenyum. gayanya yang selamba itu sedikit sebanyak membuatkan dada Aina berdebar kencang. Dia sendiri tak tahu kenapa dia mesti berperasaan begitu.

“ Awak sihat ke tak ni? Ain kata awak demam. Ye ke?”

“ Erk. Dah okay dah.” Aina terus menoleh ke arah lain sebaik sedar wajahnya direnung semenjak tadi.

“ Aina.. mana dua barang yang saya bagi dekat awak sebelum ni?” Soal Aqil dengan wajah yang serius.

Aina terdiam. Cincin dan sapu tangan tu ke? Erk. Aku letak dalam laci bilik.

“ Kenapa awak tanya? Dan apa motif awak bagi dua benda tu?”

Aqil masih mendiamkan diri. Tiba-tiba dia teringat perbualan dia dengan Ain sewaktu dalam perjalanan ke sini.

“ Dia trauma.”

“ Trauma? Aku tak faham. Seminggu aku dan keluarga aku duduk situ. Dia nampak okay je. Cuma tak banyak bercakap. Asyik diam je. tak angguk geleng. Tu je.”

Ain tersenyum hambar.

“ Ya. Memang masa tu kau nampak dia okay. Tapi seminggu selepas tu, kami ingat dia akan baik. Dia akan okay. Lagipun keadaan dia selepas kemalangan semakin pulih. Tapi..”

“ Tapi apa Ain?” Aqil mendesak.

“ Dia berubah Aqil. Berubah sangat. Selepas kau pergi, dia kemurungan. Bila dia duduk seorang diri, dia asyik bercakap dengan diri dia. dia asyik salahkan diri dia. dia juga tak berhenti nangis. Kadang-kadang tu dia menjerit sampai aku dan ayah dia nak risau. Bila kami bawa dia jumpa doktor. Doktor kata Aina mungkin trauma sebab kejadian tu melibatkan orang yang dia sayang. Lagipun dia masih budak-budak.”

Ain berjeda seketika sebelum sambung cerita.

“ dalam masa dua minggu juga kami cuba sedaya upaya bawa dia keluar daripada kesedihan dia sampai kami terpaksa pindah rumah. Aku yang duduk sebelah rumah dia sebelum ni pun terpaksa pindah juga. Mak dan ayah aku takkan benarkan Aina keseorangan tanpa aku di sisi. Selepas pindah tu, aku la banyak berikan dia semangat dan atas saranan doktor aku buat dia lupakan kisah silam tu. tapi tak sangka dia nak lupakan juga kisah kanak-kanak dia.”

Aqil terdiam. Aina. Maafkan aku. Aku tinggalkan kau macam tu saja. Aku ingat kau okay.

“ Dalam masa sebulan jugalah. Baru dia pulih. Baru dia kembali bersemangat. Tapi bila aku cerita fasal kau or fasal sekolah. Dia terus geleng kepala tanda tak tahu apa-apa. Masa tu aku sedih sangat. Bila kami tanya doktor. Doktor kata itu kehendak diri dia sendiri. Sebab dia terlalu takut dan nak lupakan kejadian tu. Sekali gus dia lupakan juga kisah kanak-kanak dia. that’s why dia tak kenal kau. Aku yang first time tengok pun dah rasa familiar sangat. Tapi tak dia.”

Aqil mengeluh hampa.

“ Kalaulah masa tu aku ada. Mesti aku mampu tolong dia.”

Ain tersenyum pahit.

“ Tak. Kau jangan salahkan diri kau. Semua benda dah terjadi Aqil. Dah lepas pun. Selepas tu, dia dah banyak berubah. Dia seorang yang periang. Seorang yang suka mengusik. Sampailah ayah dia meninggal. Dia jadi macam dulu balik. Cuma tak teruk. Just sedih lah.”

“ Aku tahu. Sebab aku terbaca kisah dia dengan ayah dia dalam buku pink tu. banyak gila aku tak tahu soal dia. teruk aku kan? kata sayang dia. tapi?”

Aina tersengih. Perlahan dia menggelengkan kepalanya.

“ Rileksla weh. Kau ni. asalkan kau sayang dia. dah cukup weh. Berapa lama kau sayang dia ha? Dulu dia beria-ria mengurat kau kot. Sampai dia naik malu. Sampai dia rasa dia gedik pula asyik kejar kau. Haha.”

Aqil tersengih saat teringat semua tu.

“ Sejak tu la. Sejak dia ikhlas nak kawan dengan aku, sejak dia mula sukakan aku. sejak tu la aku dah sayangkan dia. Cuma.. aku je yang terlalu lembap. Haha.”

“ Kau memang. Sekarang ni, takkan nak jadi lembap juga kot. Dah macho dan sado kan?”

“ hehe. Rileks. Aku akan lamar dia nanti. Aku akan kahwin juga dengan dia. tapi dia sudi ke terima aku?”

“ Hai la kau ni.”

Akhirnya mereka sama-sama ketawa mengingatkan semua tu.
**
“ Aqil!”

Aqil tersentak. Ya Allah. Boleh berangan lagi kau.

“ Saya tengah tanya awak ni.” Aina mula geram sebab Aqil sempat lagi berangan.

“ Awak tak ingat?” Aqil sengaja buat-buat tanya. Kalau boleh dia nak Aina ingat mula kisah kanak-kanak dulu tu.

Aina mengerutkan dahi. Tak faham. Ingat? Apa benda yang aku lupa?

“ Cuba awak ingat balik dari mana saya dapat sapu tangan dan cincin tu. perah otak awak sikit.” Serius saja bunyi Aqil tu.

Aina terteguk air liur. Mana aku tau. Kalau aku tau aku tak tanyalah kau wahai Aqil.

“ Mai..”

Sekali lagi Aina tersentak sebaik sahaja mendengar suara lembut Aqil memanggilnya. Mai! Kenapa aku rasa macam pernah dengar dia panggil aku dengan panggilan tu. ya Allah. Siapa dia yang sebenarnya?


“ Awak siapa? awak kenal saya ke? Tapi kenapa saya tak kenal awak?” Bertalu-talu Aina tanya soalan. Aqil yang dengar masih tidak memberikan senyuman. Tapi dalam hati dah tersenyum. maafkan saya awak. saya nak awak yang ingat sendiri.

“ Saya takkan beritahu. Awak cuba ingat balik siapa saya. Masa tu saya pasti awak akan malu. Tapi jangan risau. Saya sedia. Saya sudi. Saya juga nak awak tahu semenjak tu la saya dah mula…”

Belum sempat Aqil habiskan ayat dia. Telefon bimbit Aqil tiba-tiba berbunyi.

“ maaf.”

Aina hanya melihat Aqil menjawab telefon. Aqil. Siapa kau? Kenapa aku terasa dekat sangat dengan kau. Ya Allah. Apa makna mimpi semalam tu? kenapa tiba-tiba nama Aqil muncul. Dan..

Aina teringat sesuatu. Dalam mimpi tu aku ada sebut cincin dan sapu tangan. Jangan-jangan…

“ ya Allah.”

Aina menekup mulut. Dia menggelengkan kepala tanda tidak percaya semua tu. Tapi? Aqil dalam mimpi aku tu dia? dan sapu tangan tu dan cincin tu. Aku? Dia? Arh!

“ Aina?” Aqil tersentak saat melihat reaksi Aina. Kenapa dengan dia?

“ Wait! Masa tu saya beria-ria nak ikut ibu saya ke tempat kerja. masa tu juga ayah dan seorang budak lelaki ada. Dan budak lelaki tu namanya Aqil. Is that you?” Dengan nada yang bergetar Aina menyoal. Air matanya hampir menitis.

Aqil yang mendengar itu terdiam seketika. Dia tak tahu nak jawab macam mana. Tapi memang tu kenyataannya.

“ If I say yes?”

Aina terundur dua langkah ke belakang. Dia teringat  muka budak lelaki dalam mimpinya tu. Aqil tu dan Aqil ni. ya Allah.

“ Korang!”

Ain memanggil apabila dia merasakan Aina teringat sesuatu.

“ mari makan dulu.”

Aqil terus berlalu meninggalkan Aina. Aina pula masih tercegat memikirkan tekaannya itu. kalau betul, that’s mean dulu aku suka dia. yeke? Arh! No way!

**
“ Aqil! Aku suka kau. Nah..”

Aqil terkebil-kebil tengok sebentuk cincin yang dihulurkan oleh Aina. Sesaat kemudian dia tersenyum kecil.

“ Cincin? For what?”

“ Aku ikhlas sayangkan kau. So aku bagi ni. Aku tau kau tak suka aku. tapi kau simpan cincin ni. bila kau rasa kau sayang aku, kau pakai cincin ni. eh! Tak boleh. Kau bagi balik cincin ni dekat aku. masa tu aku tau perasaan kau. Kalau kau tak suka aku kau boleh serahkan dekat orang lain. Kalau suka aku kau sendiri serahkan dekat aku.” Jelas Aina panjang lebar.

Aqil tersenyum. Aina..Aina. kau ni.

“ And this.”

Sapu tangan pula diberikan pada Aqil. Siap ada nama Aina Maisarah lagi pada sapu tangan tu.

“ Tanda aku selalu ingat dekat kau. Kau jangan hilangkan tau.”

Aqil memandang dua benda tu dengan hati yang berbunga-bunga. Sepatunya semua benda ni lelaki yang bagi. Ni tak. Terbalik. Haha.

“ Erk.. Aku pergi dululah. Bye.”

“ Aina.. Kau ni. kau buat aku tersayang kau la.”

**
Matanya terbuka saat  mendapat mimpi tersebut. Kali ni wajah budak lelaki dalam mimpinya sangat jelas. Segala-galanya jelas. Aina tersentak seketika. Aqil. Jadi Aqil sekarang ni Aqil tu? ya Allah. Malunya aku! jadi dulu aku pernah sukakan dia sampai aku bagi semua benda tu. Really? What?

Ain mengerling Aina yang baru bangun tu. Tapi kenapa Aina nampak semacam je? gelisah pun ada.

“ Aina?” Ain menegur.

“ Ain! Kenapa kau tak cakap dekat aku! Aqil tu.. Aqil tu… Cinta monyet aku kan?”

Ain tersentak. Tapi Cuma seketika bila dia kembali senyum.

“ Kau dah ingat?”

“ Aku mimpi. Dan dalam mimpi tu jelas sangat. Aku yang bagi cincin dan sapu tangan tu dekat dia.”

Ain mendekati Aina. Bahu sahabatnya itu dipaut mesra.

“ Baguslah kalau kau dah ingat. Dia sebenarnya sayangkan kau tau tak? Sampai ke saat ini dia tunggu kau. Dia usaha cari kau. Tapi alhamdulillah. Jodoh korang ni kuat sampai dia terjumpa kau dekat sini.”

Aina terdiam. Patutlah aku rasa dekat sangat dengan dia selama ni.

“ Mana aku nak letak muka weh? Malu!”

Ain ketawa kecil.

“ Benda dah lama kan? Kau ni pun. Jangan risaulah.”

“ Aku malu kau tau tak. Huh!”

“ Dia sayang kau.”

“ Uwaa!”

“ Haha.”

**
Mata bertentang mata. Tapi tak lama bila Aina mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dadanya dah mula berdebar.

“ Aina. Can I ask you something?”

“ Erk. Yes.”

Aina masih tunduk. Manakala Aqil sudah tersenyum melihat Aina. Aina dah jadi pemalu. Mesti dia teringat fasal dia bagi benda tu kat aku. Hehe. Comel je awak ni Aina.

“ You remember about that? I mean about us.”

Aina hanya mampu mengangguk. Dia tak mampu nak pandang wajah Aqil. Dahlah handsome. Nanti bertambah cair la aku.

“ So.. nak tahu tak jawapan saya?”

Aina masih tunduk. Tapi tak pula dia mengangguk.

“ Aina. Pandang saya.” Arah Aqil dengan lembut.

Aina hanya menurut. Perasaannya saat ini jangan cakaplah.
“ Saya sayang awak. Saya cintakan awak. Saya sukakan awak.”

Aina terkedu. Tiada kata-kata yang mampu dia ungkapkan.

“ Jadi isteri saya?”

“ Erk.. sebab?”

Aina rasa nak tampar je mulut dia tu. dah tahu buat-buat tanya.

“ Sebab saya suka awaklah saya nak kahwin dengan awak.”

Aqil masih tersenyum. Aina.. Kenapa comel sangat ni?

“ Erk.. Entah. Erk…”

“ Aina. Saya tahu awak dah banyak susah tanpa saya. Saya juga minta maaf sebab tak teman awak masa tu. saya ingat awak akan okay. Tapi saya silap. Maafkan saya. Awak jangan risau. Lepas ni saya takkan tinggalkan awak lagi. Saya sayang awak. Saya akan jaga awak dengan sepenuh hati saya. Jadi isteri saya?”

Aina yang mendengar hanya mampu menahan sebak dan rasa terharu tu. ya. Betul. Dulu Aqil yang selalu dia kacau dan Aqil selalu ambil berat tentang dia. Cuma dia kesal, dia tak dapat ingat semua kisah kanak-kanak dia dulu. Tak apa. Pelan-pelan. Nanti lama-lama ingatlah.

“ Aqil. Kalau saya cakap awak pelindung saya boleh tak? Kalau saya cakap saya perlukan awak boleh tak? Kalau saya cakap awak jodoh saya boleh tak? Kalau saya cakap awak…”

“ Aina.”

Aina terdiam. Mesti banyak gila aku soal dia tadi.

“ Walauapapun yang terjadi. Saya akan sentiasa ada di samping awak. that’s why awak kena jadi isteri saya dulu. Baru saya boleh melindungi awak.” Ujar Aqil dengan senyuman kecil.

Aina pun turut tersenyum. alhamdulillah. Andai benar dia untuk aku. aku terima Ya Allah.
“ InsyaAllah. Saya terima.”

“ Alhamdulillah.”
**
“ Aqil! Tunggu aku.”

“ Kenapa?”

Aina tersengih kerang busuk.

“ Aku rindu kau. Hehe.”

Aqil hanya mampu tersenyum kecil. Aina..Aina..

“ Kau ni la. Aku ingat apa la tadi. Dah. masuk kelas.”

“ Ala kau ni. tahulah aku ni siapa. aku sedar diri aku sapa. Hurmm.” Aina dah mula buat suara pasrah.

“ Kau ni. bukan tu la maksud aku.”

“ Aku rasa… suka aku tu sia-sia. Ermm. Tak apala. Aku pergi dulu.”

Sebaik sahaja Aina melangkah, Aqil tersenyum lagi. Aina. Aina. Sebab aku pun suka kau la aku buat macam ni. aku nak kau tunggu aku berjaya dulu. Baru aku pergi lamar kau. Itu pun kalau kau sudi.

**
“ Abang! Termenung apa tu?!”

Aqil tersentak daripada lamunan. Wajah isterinya itu dipandang dengan senyuman lebar. Perlahan-lahan dia menarik lengan Aina agar duduk di sisinya.

“ Abang teringat kisah kita masa kecil-kecil dulu. Masa tu Aina suka sangat dekat abang.”

Aina tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“ Erk. Abang. Aina sedih.” Aina buat muka sedih.

“ La. Kenapa?”

“ Aina tak ingat! Huhu!”

Terus Aina menutup muka. Aqil yang melihat tertawa kecil.

“ Rileks sayang. Kita usaha sama-sama okay. Tak lama lagi Aina ingat la. Jangan risau, yang penting abang dah jadi suami sayang tau.”

Aina tersenyum pula. Wajah suaminya dipandang dengan penuh kasih sayang.

“ terima kasih. Terima kasih sebab muncul lagi dalam hidup saya.”

“ Sebab abang percayakan jodoh. Abang percayakan Allah. Abang doa banyak-banyak agar abang dipertemukan lagi dengan Aina. And now, you be my wife. Thanks dear.”

Aina hanya mengangguk. Dia terasa bahagia sangat. Syukur alhamdulillah.

“ jom. Kita pergi rumah Ain. Nanti dia terasa pula.”

“ Ops! Terlupa. Hari ni kan pertunangan dia. Hehe.”

“ Nakal erk.”

Akhirnya mereka ketawa bersama-sama dengan rasa bahagia. Alhamdulillah.

~Tamat~

8 comments :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers