Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 10 May 2013

Cinta Si Gadis Manis (2)


Oh! Dah seminggu aku tidak menjenguk ke sini.. Dah berhabuk dah.
Ceq terpaksa sebab exam. Ini pun tak habis lagi.
Ada lagi seminggu.
Tapi hari ini saya ambil sedikit kesempatan untuk menjenguk ke sini.
Rindulah katakan. Hehe..Entah korang rindu kat saya pun tak tahu lah. Hehe..

Anyway! Ada tak sesiapa yang tertunggu-tunggu E-novel daripada saya?
Tanya diorang macam diorang tunggu sangat. Huhu
Kalau ada harap korang bersabar.

Tapi memandangkan selepas ini harapan nak buka blog tipis sikit sebab exam belum habis.
Jadi saya uploadlah satu bab enovel di bawah ni. Harap enjoy ketika membacanya. 




Hairul memandang sepi ke arah kertas kerja yang berada di hadapannya itu. Tak ada hati nak buat kerja. Ini gara-gara teringat suara manja gadis yang di telefonnya pada pagi tadi.

Argh! Parah! Ini maknanya aku dah jatuh cinta.

" Abang Mengelamun!" Sergah Harith dengan sengihan.

" Masa bila kau masuk?" soal Hairul terpinga-pinga. Tak dengar ketukan pintu pun.

" Manalah nak dengar dah orang tu duk mengelamun dari tadi. Dah lah tersengih seorang-sorang. Macam kerang busuk dah Harith tengok. Ceh! Ada apa-apa ke ni? Cer citer sikit."

Harith menahan tawa melihat wajah cemberut abangnya itu.

" Kau tak usahlah masuk campur. My secret okey. Untuk pengetahun adik.. busuk-busuk kerang pun itu favourite kau juga. Kan?"

Hairul menjeling adiknya yang tengah menahan tawa itu.

" Anyway...ada apa datang jumpa aku ni?" soal Hairul.

" ha! Mama ajak abang dinner sama-sama. Papa pun ada. Jomlah." ajak Harith.

Hairul terdiam.

" Kalau tak join tak boleh ke? Aku busy lah. Banyak tender tak siap lagi. Nak harapkan assistant aku tu. Hurmm..Sampai bila pun tak tahu nak siap. Kerja dia duk belek-belek muka, make up sana make up sini. Dah serupa hantu aku tengok. Tunggu uban tumbuh baru nak berhenti kot." Ujar Hairul agar Harith faham akan kerjanya.

Harith tertawa selepas mendengar kata-kata Hairul.

" Cantik pa.. Minah make up tu baru cun meletop. Lagipun  Harith rasa dia ada hati dekat abang tu. Tu yang sampai make up over." Ujar Harith sambil ketawa.

" Tak ada maknanya." Hairul memusingkan pen yang berada di atas meja kerjanya.

" Jadi ke tak dinner malam ni?" Harith kembali kepada topik asal.

" Kau pun tahu kan macam mana sikap papa kebelakangan ni dengan aku. Susahlah." Terhambur keluhan kecil daripada mulutnya.

Hairul ingat lagi seminggu lepas macam mana dia dan papanya boleh bergaduh.

" Hairul! Papa nak kenalkan kamu dengan anak kawan papa. Mungkin sesuai dah untuk kamu jadi suami."

Tersentak Hairul saat mendengar kata-kata itu. Papanya iaitu En.Dahrin amat terkenal dengan sikap tegasnya. Tapi dia amat penyayang orangnya.

" Pa! Papa tak boleh buat Hairul macam ni. Papa ingat Hairul ni patung boneka ke? Selama ni Hairul ikut je cakap papa sampai cita-cita Hairul untuk jadi doktor terpaksa di tolak. Tapi masuk bab kahwin ni. Maaf..Hairul tak dapat terima lagi." Tegas Hairul.

En.Dahrin terkedu. Tapi dia buat semua ini demi kebaikan anak-anaknya.

" Hairul.."

" Cukup pa! Hairul tak mahu dengar lagi. Maaf! Hairul masuk bilik dulu."

En.Dahrin hanya memandang sepi ke arah anaknya itu.

" Abang!"

Lamunan Hairul terhenti. Di pandang wajah adiknya yang berkerut itu.

" Kenapa?" soal Harith pelik. Hairul menggeleng.

" Pasal dinner tu, nanti aku fikir-fikirkan lain. If i agree, i will inform to you." putus Hairul.

" Okey! Up to you!"

**
Batrisyia pantas menyarungkan tudung apabila di panggil oleh kedua-dua orang adiknya itu untuk segera hantar ke sekolah.

" Kejap lah! Sabar!"

Bergegas Batrisyia keluar daripada rumah.

" Balqis. Hari ni aku hantar. Boy.. kau naik basikal." arah Batrisyia dengan tegas.

Boy mencebik geram lalu berlalu pergi dengan memimpin basikalnya. Tak puas hati punya pasal. Balqis tertawa melihat gelagat adiknya itu.

" Jangan merajuk sangat. Nanti cepat tua." Sempat lagi Batrisyia melaung ke arah Boy. Terukir senyumannya.

" Akak..ingat taw kejap lagi Amir nak jumpa akak." maklum Balqis.

" Pukul berapa?"

" Dalam pukul 3 petang. Dahlah. Qis dah lambat. Jom cepat."

Batrisyia hanya menganggu.

**
" Amir!"

Panggil Batrisyia saat melihat kelibat Amir di hadapan rumahnya. Mujur tudung tidak terlucut lagi selepas menghantar Balqis ke sekolah.

" Ha! Akak! Lama tak jumpa." Tegur Amir dengan senyuman ceria.

Tak sangka dalam hampir 5 bulan tak jumpa. Akak angkat aku ni makin berseri. Ada apa-apa ke?

" Amir ada hal nak jumpa akak ke?" soal Batrisyia.

" Ya..Kita jumpa di taman permainan boleh?"

" Yelah..nanti akak menyusul."

Batrisyia kembali masuk ke dalam rumah. Ingin memaklumkan kepada ibunya terlebih dahulu.

" Mak! Oh mak!" Panggil Batrisyia.

Pn. Juria yang tengah membasuh pinggang menoleh ke belakang.

" Ada apa?" sahutnya.

" Akak nak ke taman jap. Nanti akak balik." maklum Batrisyia.

" Yelah. HAti-hati."

" Baik mak.."

**
" Ada apa nak jumpa akak ni?" soal Batrisyia apabila berhadapan dengan Amir.

Amir yang tengah mengira-ngira daun yang berguguran itu mendongak.

" Amir nak beritahu sesuatu. Tapi Amir harap akak tak marah lah."

Kerutan jelas di dahi Batrisyia. Tempat di ambilnya.

" Apa? Beritahu je.."

" Sebenarnya Amir telah beri nombor akak dekat seseorang. Hehe.." Ujar Amir dengan sengihan. Rasa bersalah pula.

Batrisyia pun apa lagi. Terloponglah dia.

" Oh..jadi ini kerja Amir ye. Maknanya lelaki yang telefon akak pagi tadi tu juga kerja Amir ye.."

Amir tersengih lalu mengangkat tangan tanda tak bersalah.

" Amir bukan apa. Dia yang beria-ria nak sebab terdengar suara akak masa kita berdua cakap kat telefon. Dia kata suara akak comel. Jadi Amir pun bagi lah. Akak jangan risau dia baik orangnya." jelas Amir bersungguh-sungguh.

Batrisyia rasa macam nak picit je hidung Amir ni. Geram punya pasal. Tapi bukan muhrim.

" Amir ni memang sengaja. Siapa yang Amir kata tu?" Alang-alang tu biar tahu semualah.

" Nama abang tu Hairul. Dia juga merupakan abang angkat Amir. Baik abang Hairul ni."

Batrisyia mencebik. Semua lelaki memang baik. Tapi itu dari segi luaran. Belum lihat dari segi dalaman lagi.

" Satu lagi...abang ni orang Perak. Jadi akak jangan risau jika akak takut terserempak dengan dia."

Batrisyia tersengih.

" Nak terserempak apanya. Muka pun akak tak tahu. Apalah Amir ni. Kalau tahu lain cerita jugalah. Dahlah. Malas nak cakap pasal lelaki tu. Jom ikut akak balik. Akak buatkan minuman." ajak Batrisyia lalu bangun berdiri.

Amir tersengih lalu hanya mengangguk. Tapi aku jamin akak akan jatuh cinta dekat abang Hairul selepas melihatnya. Rugi oo jika akak tolak lelaki sebaik abang. 

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers