Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 30 July 2013

His Heroin Or Wife? 20





Dahlia ternganga sebentar apabila dia disuruh pergi ke taman tasik di sekitar taman perumahannya pada petang itu. Pelik lah Haikal ni. Kenapa dia tiba-tiba ajak aku datang sini pula.

Dan sekarang dia telah pun berada di tempat itu. Dia perhati sekeliling. Tapi tiada orang. Ini yang buat dia gerun ni. Peluh mula merintik di dahi. Haish! Time ni juga kau nak menggelebah Dahlia. Calm down please!

“ Dahlia!”

Dahlia menoleh ke belakang apabila mendengar namanya dipanggil. Tapi tiada orang pun?

“ Dahlia!”

Dahlia menoleh pula ke kanan. Pun tiada orang. Jelas timbul kerutan di dahinya. Siapa yang panggil aku ni?
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa berlengah, dia pantas menjawab.

“ Helo.” Mata Dahlia tak habis-habis memerhati sekeliling. Rasa takut mencengkam di hati.

“ Dengarlah Dahlia. Lagu ini khas buatmu dari ku.”

Terkedu Dahlia mendengar suara Haikal yang lembut itu. Terkaku sebentar apabila dia dengar Haikal menyanyikan lagu.

“Bisakah ku tanpamu
Bisakah ku tanpamu
Hatiku mulai rapuh
Hatiku mulai sepi
Bisakah ku tanpamu.”


Merdu sungguh suara Haikal pada pandangan Dahlia waktu itu.

“Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Kan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah
Hanya untukmu.”


Dahlia menekup mulut tanda dia amat terharu.

“ Pusing ke belakang Dahlia…”

Dahlia pantas menoleh ke belakang apabila disuruh. Betapa terkejutnya dia melihat Haikal sedang memainkan gitar. Telefonnya pantas dimatikan.

“Relakah ku tanpamu
Relakah ku tanpamu

Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Kan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah

Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu
Menyempurnakan aku
Akan ku buatkan semua yang terindah.”


Kini Haikal berada tepat di hadapan Dahlia. Senyuman manis dihadiahkan khas kepada Dahlia daripada hatinya.

“ Awak?” Dahlia merenung Haikal dengan tanda tanya.

Haikal tersenyum. Gotarnya diletakkan di tepi. Kemudian dia melutut di hadapan Dahlia. Dahlia yang melihat terkejut.

“ Dahlia. Saya tahu saya bukanlah manusia yang sempurna dan baik untuk awak. Tapi percayalah yang saya akan sayang dan jaga awak seumur hidup saya. Saya janji saya takkan sia-siakan hidup awak. Kepercayaan awak saya takkan sia-siakan. Dahlia…”

Haikal menghulurkan sebentuk cincin kepada Dahlia. Kepalanya didongakkan melihat Dahlia yang rasa sebak itu.

“ Sudi tak awak menjadi isteri saya? Menjadi sang ratu di hati saya buat selama-lamanya?”

Dahlia menekup mulut. Air matanya perlahan menitis. Tak sangka dia akan dapat kejutan sebegini.

“ A..awak… Awak ikhlas ke nak kahwin dengan saya? Awak tak rasa saya menyusahkan ke?” Soal Dahlia pula. Air matanya pantas diseka. Kini hanya senyuman terhias di bibirnya.

Haikal mengangguk.

“ Saya dah bersedia. Saya ikhlas. Awak langsung tak menyusahkan saya malah awak buat saya bahagia. Jujur saya katakan yang saya tak pernah jumpa perempuan macam awak lagi sepanjang saya hidup. Dan awaklah orang pertama yang berjaya buat hati saya bergetar hebat.”

Dahlia mengangguk perlahan. Dengan perlahan dia turut melutut di hadapan Haikal.

“ Kalau begitu cakap awak, saya setuju. Ya saya setuju! Encik Lee Min Ho.” Ujar Dahlia dengan anggukan.
Haikal mengucap syukur di hati. Cincin yang berada digenggamannya itu dihulurkan kepada Dahlia.

“ Tanda pengikat kita. Dan terima kasih kerana sudi jadi isteri saya.”

Dahlia mengambil huluran Haikal dan tersenyum. Sama-sama.

“ Tahniah!”

Tiba-tiba tepukan gemuruh dapat didengari mereka berdua. Bunyi itu datang dari arah kanan. Dahlia yang terkejut itu menoleh ke kanan. Dan dia tersentak.

“ Papa?” Apa yang papa buat di situ?

“ Tahniah!” Muncul Irfan dan Irsya.

Dahlia terkebil-kebil melihat mereka. Kemudian dia memandang Haikal. Haikal tersenyum.

“ Semua ini rancangan mereka. Mereka yang tolong saya.” Jelas Haikal.

Dahlia menggeleng perlahan. Tak patut mereka ni.

“ Dan..” Haikal tersengih melihat Dahlia yang makin geram itu.

“ Banyak sungguh kejutan untuk saya kan?” Dahlia bertambah geram melihat wajah Haikal yang nakal itu.

“ Belakang awak..” Maklum Haikal lalu berlalu daripada situ.

Dahlia yang tak faham hanya menoleh ke belakang. Terbeliak matanya melihat insan yang sedang berdiri di hadapan matanya sekarang. Dengan segak bergaya.

“ Along!” Terus dipeluk Alongnya itu.

“ Ouch! Ganasnya adik along ni.” Rungut Darwish iaitu abang kepada Dahlia.

Dahlia pantas menolak Darwish ke tepi apabila Darwish berkata demikian. Nak rajuk arh!

Darwish tersengih. Adik aku ni masih tak berubah. Masih manja macam dulu.

“ Tak lawalah rajuk macam tu. Nanti malulah kalau Haikal tengok.” Usik Darwish dengan sengihan.

“ Along!” Geram!

Kemudian mereka yang berada disitu ketawa dengan telatah Dahlia. Tapi dalam hati dia bahagia.

“ Macam mana along boleh ada di sini? Dari London?” Dahlia merenung wajah abangnya itu. Memang jauh beza. Makin hensem adalah abang aku sorang ni.

Darwish tersengih. Dijeling ke arah Haikal.

“ Buah hati awak yang suruh along balik. Macam mana dia dapat tahu along tinggal di luar negara pun tak tahu lah. Tapi along hargai dia sebab dia dah bersusah payah suruh along balik demi adik along ni.”

Dicuit perlahan hidung Dahlia.

“ Sekarang… Along akan terus berada di sini. Along takkan balik ke sana dah.” Sambung Darwish lalu melangkah ke arah Haikal.

“ Thanks Haikal. Dan aku harap kau mampu jaga adik aku elok-elok.” Tangan Haikal dicapai dan disalam.

Haikal tersengih lalu mengangguk. Pasti!

Dahlia yang melihat jadi terharu. Terima kasih Haikal. Susah payah kau pasti akan aku hargai.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers