Cerpen baru lagi? Oh Ya. Dan dah berkurun cerpen ni aku cuba siapkan. Cuma baru hari ni aku berkesempatan. Hehe. aku tak tau sama ada korang akan berpuas hati atau tak. Sebab last-last tu ermm.. Macam menghampakan. Huhu. Tapi aku dah cuba. Harap korang akan puasla. Tak apa. aku akan cuba lagi pada cerpen yg seterusnya.. >_<
Ting! Tong!
Bunyi loceng itu menandakan ada tetamu telah datang ke
rumahnya. Tapi sedikit pun dia tak berganjak daripada ruang tamu tu. Sebab dia
masih khusyuk menonton television. Kalau dah drama Melayu favourite dia
ditayangkan. Jangan haraplah ada orang boleh ganggu dia. Peminat setialah
katakan.
Ting! Tong!
Again! Kali ni dia sedikit tersentak. Bukan apa bunyi loceng
itu dibunyikan berkali-kali. Itu buatkan dia bengang. Nak berehat sedikit pun
tak boleh. Kacau daun je lah tetamu ni!
Tanpa berlengah, dia terus membuka pintu untuk melihat
tetamu tersebut. Alangkah terkejutnya dia melihat tetamu yang tidak diundang
itu. Sampai ternganga mulut dibuatnya.
“ Syikin?”
Syikin terus menutup pintu dan bersandar belakang pintu.
Debaran dia bertukar kencang. Aduh! Kenapa dia datang sini?
“ Syikin!”
“ Nak apa? Mira tak ada dekat sini. Dia dah balik kampung.
Pergilah balik. Menyemak je duduk sini!” Jerit Syikin lantas bergerak semula ke
depan televisyen. Tengok gambar lagi bagus.
“ Syikin!”
Ish! Tak reti bahasa ke mamat ni.
“ Nak apa!” Sekali lagi Syikin membuka pintu.
“ Saya nak jumpa awak bukan Mira.”
“ For what? Nak sakitkan hati saya lagi? Blahlah Mir! Awak
kan pakwe Mira sekarang. So sila pergi daripada sini.”
Syikin mencerun ke arah Amir dengan perasaan yang sungguh
benci.
“ Tapi… saya masih mencintai awak.”
Syikin tersenyum sinis.
“ Cinta? Huh! Kalau cinta takkanlah awak boleh terjatuh hati
dekat kawan saya kan? dusta semua tu! awak boleh tipu saya dan tipu Mira. Tapi
awak tak boleh tipu hati awak. saya tahu awak sayangkan dia. memandangkan Mira
pun sayangkan awak. saya sudi lepaskan awak. tapi tolong. Jangan sakitkan hati
dia sebagaimana awak sakitkan hati saya.”
Terus dia menutup pintu selepas cakap sedemikian. Lega!
Puas! Semua ada. Cinta? Please. Semenjak dia tahu Amir curang dia dah berhenti
mencintai Amir. Malah benci mungkin. Tapi dia bersyukur kerana dia tidak
terlalu mencintai kerana dia tahu kepercayaannya akan dikhianati.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa membuang masa
dia menjawab panggilan tersebut. Panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.
“ Helo. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam. Boleh saya bercakap dengan saudari Nurul
Asyikin?”
“ ya saya. Siapa ni?”
“ Saya wakil daripada pihak syarikat Ilham Holdings nak
beritahu saudari yang saudari dah diterima bekerja dekat sini. Saya rasa esok
saudari dah boleh datang mendaftar.”
Syikin ternganga lantas mula tersenyum lebar. Alhamdulillah.
“ terima kasih cik. Baik. Esok saya datang. Terima kasih
lagi.”
“ ya. Sama-sama. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Syikin mengucap syukur berkali-kali. Akhirnya dia dapat lari
daripada KL ni dan ke Pulau Pinang. Here we go! Dapatlah aku lupakan mamat tak
guna tu. Dan tak perlulah aku berhadapan dengan mereka berdua tu lagi. Buat
sakit hati.
**
“ Pengumuman! Bas ke Pulau Pinang akan bergerak dalam masa
lima minit lagi.”
Syikin terkocoh-kocoh naik bas yang akan membawanya ke Pulau
Pinang. Dia terlambat tapi mujurlah sempat. Kalau tak terlepas bas lagi
nampaknya.
“ Maaf cik. Tiket?”
“ Oh. Jap.”
Selepas menyerahkan tiket pada pemandu bas tersebut dia pun
mengambil tempat mengikut nombor yang tertera pada tiket basnya. Apabila
punggungnya dah mencecah pada kerusi. Dia akhirnya dapat menghembuskan nafas
lega.
Nasib baik aku sempat. Ah! Penat gila! Rasa menyesal tak
terima kereta pemberian ayah. Tak apa. Aku kan nak berdikari.
“ Excuse me…”
Kepala Syikin tertoleh ke arah kanan apabila dia rasa
dirinya ditegur.
“ Ya.”
“ Boleh tak tolong alihkan beg cik. Saya nak duduk. Ini
tempat saya. Terima kasih.”
Syikin tersengih malu. Lantas dia mengambil beg tersebut dan
letak atas ribanya. Kenapa lelaki juga yang duduk di sebelah aku ni? Alahai…
Silap beli tiket ke? Oh no!
“ Ish. Mana pergi pula telefon aku ni?”
Syikin menjeling sekilas ke arah lelaki tersebut. Apalah
yang dibebelnya tu. Kejap aku tengok bangun. Kejap duduk. Kejap tunduk. Dah
kenapa? Tak reti nak duduk diam-diam ke?
“ Maaf… Awak ada ternampak telefon saya tak?”
Syikin tersentak. Aik? Kenapa tanya aku? Aku baru saja jumpa
kau tiba-tiba tanya telefon? Eh!
“ Tak. Maaf.” Dengan senyuman plastik Syikin kembali menoleh
ke arah tingkap. Nasib kau lah duduk dengan mamat ni.
Anuar mengeluh perlahan. Mana perginya telefon bimbit aku
ni. Tadi elok je ada dalam poket ni. tiba-tiba dia teringat sesuat. Ya Allah!
Jangan-jangan..
“ Encik! Kejap ye. Saya nak turun kejap. Jangan gerak lagi.”
Syikin menoleh ke arah lelaki itu. dah kenapa? Biarlah!
Bukan hal aku pun. Tapi sebaik sahaja matanya melihat ke arah kerusi lelaki
tersebut. Dia tersenyum sinis.
Alahai! Telefon kau ada je dekat celah-celah kerusi ni. mata
dia letak mana agaknya sampai tak jumpa telefon yang sikit punya besar. Rabun
la tu.
Sesaat kemudian, Anuar kembali ke tempat duduk dengan muka
yang kecewa. Syikin yang melihat hanya mampu menahan tawa. Tak baik gelakkan
orang.
“ Awak cari apa? telefon ke? Tak jumpa lagi?” Soal Syikin
bertalu-talu.
“ Tak. Puas saya cari. Adoi.”
Syikin tersenyum. tanpa berlengah dia mengeluarkan telefon
bimbit lelaki itu dan menyerahkan semula pada tuan badan.
“ Nah..” Serah Syikin dengan senyuman.
“ Ha! Mana awak jumpa? Saya cari daripada tadi tak
jumpa-jumpa juga. Jangan-jangan awak yang curi? Ha! Baik mengaku!”
Pulak! Syikin terus mencerun ke arah Anuar dengan perasaan
yang tak puas hati.
“ Eh! Helo! Saya jumpa bukan curi okay.”
“ Eleh. Pencuri mana nak mengaku.”
“ Eh helo! Awak yang letak mata awak kat lutut nak salahkan
saya pula. Telefon awak ni elok je tersepit dekat celah kerusi ni. awak tu je
yang rabun tak nampak. Cari dengan mata ke kepala lutut?” Ujar Syikin dengan
nada yang sinis.
Anuar terdiam. Dia termalu sendiri.
“ Kenapa diam? So dah tahu salah sendiri? Jadi lepas ni cari
barang guna mata bukan kepala lutut. okay?” Penuh sinis kata-kata yang
dilontarkan oleh Syikin pada Anuar.
“ Apalah nasib duduk dengan minah sinis ni.” Anuar tak sedar yang kata-katanya tadi dapat
didengari oleh Syikin.
What? Dia panggil aku minah sinis? Amboi! Sedapnya panggilan
dia. Aduh! Hati sabar kay! Sabar!
**
“ Finally! Sampai jugak! Argh! Welcome Penang.”
Nampak sangat keterujaan Syikin ketika itu. sampai dia tak
sedar ada seseorang yang sedang memerhatinya dengan senyuman. Lantas langkah di
atur ke Syikin.
“ Seronok nampak? Kampung ke? Or balik jumpa buah hati?”
Soal Anuar dengan senyuman kecil.
Syikin tersentak. Dia mencebik. Dah kenapa tiba-tiba tanya
aku pula ni?
“ ikut suka sayalah nak datang sini buat apa pun? Yang awak
sibuk apahal?” Nampak sangat Syikin tak puas hati. Anuar yang berdiri di
sebelahnya hanya tersenyum. tiada hati nak marah langsung.
“ Saya pergi dulu. Enjoy yourself.”
Syikin ternganga melihat Anuar pergi macam tu saja. Ish!
Kenapalah aku boleh terjumpa dengan lelaki macam tu erk? Poyo je! Huh!
Tanpa berlengah dia mendail nombor orang tuanya. Sebenarnya
Pulau Pinang adalah tempat di mana dia lahir. Kuala Lumpur adalah tempat
kerjanya. Tapi itu dulu. Sekarang dia dah dapat kerja dekat Penang ni. memang
dah lama dia nak kembali kerja ke sini. Akhirnya doanya termakbul.
“ Helo. Assalamualaikum. Mak! Acik dah sampai ni.”
Syikin berjalan menuju ke sebuah kedai makan. Perutnya
tiba-tiba berkeroncong minta untuk diisi.
“ Waalaikumussalam. Kamu tunggu lagi 10 minit. Mak dan ayah
dah nak sampai.”
“ Ok.”
Sebaik sahaja meletakkan panggilan. Syikin terus saja ambil
tempat dan mengambil pesanan. Lapar punya fasal. Dari pagi dia tak makan.
Memang lapar!
Sedang asyik dia makan, datang seseorang menyergahnya
daripada belakang.
“ Acik!”
“ Prfttt!!” Habis tersembur makanan yang dia masukkan ke
dalam mulut tadi. Tawa halus sudah kedengaran akibat semburannya tu.
“ Angah!!”
Tanpa membuang masa, Syikin pantas mencubit lengan abangnya
itu dengan sekuat hati. Meluat!
“ Haha. Amboi. Sedapnya dia makan sampai tak perasan yang
kami dah sampai. Ish..Ish..Ish..”
Syazmil mengambil tempat di hadapan adiknya itu. Manakala
ibu bapa diorang duduk di sebelah Syikin.
“ Mana along?” Soal Syikin.
“ Ala.. Macam kau tak tahu acik. Along kau tu kan dah nak
kahwin. Mestilah busy.”
“ Busy dengan tunang dia ke?”
“ Tunggu lagi.”
Syikin tersengih. Kenapa aku tengok angah aku ni macam
jealous je? haha.
“ Haih mak. Nampaknya kat sini ada orang jealous lah. Bila
orang suruh kahwin dia yang kata lambat lagi. Bila along kahwin mulalah nak
jealous.” Sindir Syikin dengan sengihan.
Syamil terdiam. Mukanya memerah menahan malu.
“ mana ada!”
Haji Rashid dan Hajah Ramlah hanya tersenyum melihat gelagat
dua orang itu. Dah jadi satu adat setiap kali Syikin balik mesti gaduh. Macam
budak-budak.
“ Dah. Jom kita balik. angah bawa kereta pula lepas ni. ayah
penat.”
“ baik ayah.”
Syikin tersengih tiba-tiba.
“ Wah! First time acik dapat tengok seorang juruterbang
membawa kereta. Ingatkan dah lupa cara nak bawa kereta. Yelah sebab asyik bawa
kapal terbang je.” Kalau boleh dia nak terus-terus mengusik angahnya tu.
“ Acik! Kau ni kan?!”
“ haha.”
**
Matanya terkebil-kebil melihat sekeliling. Sampai naik pedih
matanya tengok. Mulut tu dah separuh ternganga rasanya. Lalat masuk pun memang
tak perasan agaknya. Terkedu sangatlah tu.
“ Hoi!”
Syikin tersentak daripada lamunan. Dia picit pipinya. Ouch!
Yes! Sakit. Ini bermakna dia tak bermimpi lah kan?
“ Kenapa? Macam nampak hantu je?” Syazmil mula membantu mak
dan ayahnya mengangkat barang.
“ Mak! Betul ke ini rumah kita? Kenapa lain sangat?”
Syikin menenyeh matanya berkali-kali. Tapi yes! Ini bukan
mimpi but realiti.
“ Dah berapa tahun kau tak balik acik?” Soal Syazmil dengan
wajah yang serius.
Syikin terteguk air liur. Dia mengira dalam hati. Aku rasa
baru dua tahun. Tapi setiap kali raya aku balik. Erk. Setiap kali raya kan
mesti sambut dekat rumah Maklang. Bukan dekat sini. Erk!
“ Du..dua tahun.” Dengan rasa bersalahnya Syikin menjawab.
Dia takut bila tengok renungan tajam Syazmil tu. macam nak makan orang.
“ ha. Sedaq pun! Ingatkan tak sedaq dah. yalah. Manalah nak
ingat dah orang Penang ni kan? selalu KL je.” Terkeluar dah loghat Penang dari
mulut Syazmil.
Syikin tersengih kerang busuk. Apa yang kau terkejutkan
sangat tu Syikin? Mana tak terkejut weh! Rumah yang dulunya kayu, sekarang dah
berubah jadi sebuah rumah banglo. Inilah padahnya bila dah dua tahun tak balik
kampung.
“ Dahlah angah. Jom kita masuk. Along ada dekat dalam
rasanya.”
Walaupun orang tua mereka dah masuk. Tapi Syikin dan Syazmil
masih tak masuk. Mereka setia bersandar di tepi kereta.
“ Rindu. Acik rindu semuanya dekat sini.” Luah Syikin
tiba-tiba.
“ Dan angah rindu kau. Nasib baik kali ni kau kerja dekat
sini.”
“ Sorry angah. Tapi acik janji lepas ni acik tak akan
tinggalkan rumah ni lagi.” Janji Syikin dengan bersungguh-sungguh.
“ Mana boleh. Kau kena tinggalkan juga. Nanti bila kau
kahwin? Kau kan kena ikut suami kau.”
Syikin buat muka seposen. Syazmil masih bersikap selamba.
“ Acik tau lah yang kau nak kahwin juga. Tapi janganlah duk
perli acik. Haish!”
Terus langkahnya diatur untuk masuk ke dalam rumah. Syazmil
mula mengejar dan pantas memaut mesra bahu adiknya itu.
“ Aku cakap betul. Tapi kalau boleh kita kahwin je lah
sama-sama. Kan senang?”
“ Ceh! Aku muda lagilah!”
“ Ewah! Muda lagi konon. Pleaselah!”
Syikin memuncung. Dia ni kalau tak perli aku tak sah.
“ Eleh. Angah tu dah tua tak nak ngaku.”
Syazmil tersengih lantas tumbuk bahu adiknya tu.
“ Aku sedarlah aku tua. Tapi aku tak apa. Lelaki. Lelaki
walaupun dah naik 30-an masih nampak muda tau. Bukan macam perempuan. Eheh!”
Terus Syazmil lari masuk ke dalam rumah apabila mendapat
jelingan tajam Syikin. Jelingan tidak puas hati. Haha.
“ Angah!!!”
**
“ betul ke ini tempatnya angah? Kenapa nampak mewah sangat?”
Syikin rasa tak berdaya nak bergerak masuk ke dalam bangunan
yang ada 17 tingkat tu. Rasanya tempat aku temu duga tu taklah sebesar ni. Eh!
Baru teringat. Aku temu duga dekat KL. Aku minta dekat Penang. Apa dah nyanyuk
ke aku ni? Ehe!
“ betullah. Jom masuk. Angah teman. Angah ada kawan dalam
tempat ni.”
Dengan langkah yang berat Syikin masuk ke dalam bangunan
itu. mujurlah dia dah daftar dekat KL. Kalau baru nak daftar hari ini. rasanya
lambat lagi dia nak kerja.
“ Angah. Acik nak terkuncil la. Hihi.” Maklum Syikin dengan
sengihan.
“ Kau ni pun. Tau nak bocor je. dah pergi. Angah tunggu
dekat sini.”
Maybe aku gelabah sangat. Ujar Syikin dalam hati. Matanya
meliar mencari di mana tandas. Tapi lain pula dia terserempak kali ni.
“ Eh! Ya Allah! Dia?! Alamak! Cabut!”
Syikin pantas berpatah balik ke arah Syazmil yang sedang
membaca surat khabar itu.
“ Eh? Kau dah kenapa?”
Syikin termengah-mengah gara-gara baru lepas lari. Aku
terjumpa mamat poyo tu lah. Apa yang dia buat dekat sini?!
“ Erk.. tak ada apa-apa. jom lah naik. Tak jadi. Ehe..”
Syazmil melihat Syikin dengan riak pelik. Dah kenapa dengan
adik aku ni? lain macam je.
Sebaik saja kakinya masuk ke dalam pejabat CEO. Dia mula
rasa gelabah. Dah kenapa aku jadi macam ni? sebelum ni tak pun. Jantung!
Duduklah diam-diam sat. janganlah degup laju sangat. Kang aku terpengsan juga
dekat sini kot.
“ Assalamualaikum.” Syikin memberi salam tanda hormat.
“ Waalaikumussalam.”
Sebaik sahaja mata bertentang mata. Kedua-dua mereka rasa
nak terjatuh. Tapi Syikin of course dah terundur dua langkah ke belakang. Rasa
nak pengsan betul-betul ni.
“ Awak?!” Dua-dua panggil dengan serentak.
“ Erk… Awak buat apa dekat sini? Eh?!” Syikin menepuk
dahinya kuat. Dah kenapa aku tanya macam tu? Dah terpampang dekat depan bilik
tu tertulis CEO. Tapi dia ke CEO pejabat ni? so lepas ni aku kena bekerja dekat
bawah dia? Oh Gosh!
“ Eh? Erk.. Saya kan..
Awak ke pekerja baru tu?” Anuar cuba berlagak tenang dan profesional.
“ Erk..Ya. selamat berkenalan.”
Syikin dah gelabah habis. Apa yang aku cakap tadi?
“ Duduklah.” Tanpa sedar Anuar tersenyum dengan keletah
Syikin.
Syikin hanya menurut dan tersenyum sumbing. Tak sangka dia
seorang CEO syarikat. Masa tu aku tengok dia biasa-biasa je. naik bas lagi. Tu
la. Lain kali jangan judge orang sesuka hati.
“ So.. Dah ready ke nak kerja dekat sini?”
“ Alhamdulillah. Dah.”
“ Bagus. Saya Anuar. Awak syikin kan?”
“ Erk. Ya.” Syikin dah rasa tak senang duduk.
“ Okay. Awak boleh mula kerja hari ni. By the way, saya nak
minta maaf fasal kelmarin dan terima kasih juga sebab sudi datang hari ni.”
Anuar tersenyum manakala Syikin masih mendiamkan diri.
“ Ok. Ya. Baik.”
Syikin rasa nak hantukkan kepalanya dekat meja sekarang.
Apalah yang aku jawab tadi tu? Hampeh!
**
Okay cun! Syikin rasa nak lari ja sekarang ni. rasa nak bawa
masuk kepala dalam baldi pun ada. Wuargh! Kenapa kau buat malu Syikin!
“ Are you okay?” Anuar soal dengan wajah yang cemas.
“ Erk. Saya okay. Bos jangan risau.”
Syikin bangun daripada duduk. Sakit juga punggung aku ni ha.
Macam mana boleh tak perasan yang lantai licin. Lepas tu terjatuh depan-depan
Anuar pulak. Waduh! Memang cari malu kau ni Syikin.
“ Betul ni? Kenapa muka tu berkerut je. sakit ke?”
“ Eh! Tak. Saya okay. Betul.”
Terus Syikin berlalu dan menuju ke tempatnya. Tapi
langkahnya sangat perlahan. Sakit punya fasal.
“ Syikin…”
Anuar tersenyum. degil juga adik kau ni Syazmil.
“ Jom. Ikut saya ke klinik. Now!”
Syikin terkejut apabila mendapat arahan tegas bosnya tu.
mahu tak mahu dia terpaksa ikut langkah bosnya tu. waduh!
“ Apa doktor kata?”
Syikin mengambil tempat sebelah Anuar selepas keluar
daripada bilik pemeriksaan.
“ Okay. Tak ada yang serius. Bos jangan risau okay?”
“ Okay kalau macam tu.”
Keadaan di antara mereka kembali sunyi sepi. Syikin rasa nak
cepat balik. Anuar pula rasa nak cakap something tapi tak terkeluar dek suara
ni ha. Gelabah ke? Dah kenapa?
“Awak!”
Erk! Mereka terkedu apabila mereka bersuara pada masa yang
sama. Syikin tergaru-garu keningnya manakala Anuar hanya tersenyum. Aneh!
“ Bos cakap dulu.”
“ Saya..erk..tak. saya Cuma nak cakap buruk rupa awak masa
awak jatuh tadi.”
Anuar terus menepuk dahinya. Lain yang aku nak cakap lain
yang terkeluar. Aisey!
“ What?” Syikin terkejut. Dia kata rupa aku buruk?
“ Haah. Lain kali jalan tengok mata bukan kepala lutut.”
Anuar tersedar. Ayat ni pernah dikatakan oleh orang sebelahnya ni masa
telefonnya hilang. Tak sangka dia akan ulang benda yang sama.
“ Saya mana tahu jalan tu licin. Mereka tak letak amaran ke
apa ke. Lain kali letaklah warning dulu. Susahkan orang betul.” Rungut Syikin
tak puas hati.
“ Eleh. Dia yang salah nak salahkan orang lain pula.” Bukan
niatnya nak cakap macam tu tapi dia saja suka tengok Syikin marah-marah. Rasa
nak gelak dan rasa lain.
“ Amboi. Sedapnya bos kata. Saya juga yang salah? Okay fine!
Saya salah!” Syikin terus menoleh ke arah lain dengan bengang.
“ Alololo. Merajuk pula dia. meh sini meh. Nak pujuk. Macam
budak-budak.” Anuar dah tersengih.
“ Bos!”
**
Syikin mula menggelebah. Tangannya dah menggigil. Bukan
sebab sejuk tapi sebab takut. Macam-macam yang dia fikir saat ini. sampai dia
tak boleh nak fokus dekat kerja. aduh! Apa yang perlu aku lakukan ni?
“ Ehem..Ehem…”
Anuar menegur Syikin yang langsung tidak perasan akan
kehadirannya waktu tu. dan dia sedar Syikin macam ada masalah.
“ Eh! Bos! Ada apa?” Syikin cuba berlagak tenang. Tapi dalam
hati hanya Allah saja yang tau.
“ Kenapa ni? macam ada masalah je?”
“ Erk.. tak ada apa-apa.” Nafi Syikin dengan senyuman
plastik.
“ Betul ni?”
“ Haah. Betul. Erk saya nak ke toilet kejap.”
Pantas Syikin berlari ke arah toilet dengan perasaan yang
bercampur baur. Risau, takut dan sedih. Arh! Apa patut dia buat sekarang? Dia
kembali membuka pesanan ringkas daripada dua orang yang dia benci. Dia kembali
baca apa yang mereka hantar.
‘ Saya dah putus
dengan Mira. Saya Cuma nakkan awak. saya sayangkan awak. please kembali dalam
hidup saya. Saya akan tetap cari awak sampai jumpa.’ ~Amir
Tapi dia sempat membalas sms Amir.
‘ Kau nak apa lagi?
Kita dah tak ada apa-apa. dan kenapa kau putus dengan Mira? Tolonglah jangan
cari aku lagi. Aku benci kaulah!’
‘ No! Sampai ke lubang
cacing pun saya akan cari awak. saya tahu awak ada dekat Penang sekarang ni. Awak
tunggu saya datang tau. Saya tahu awak rindukan saya.’
Syikin memicit kepalanya. kenapa lelaki ni degil sangat?
‘ Syikin. Kenapa kau
tipu aku?! kenapa kau tak cakap yang kau sayang Amir? Kenapa?! Aku ingat kita
kawan baik tapi kau tipu aku! kau tikam belakang aku! kenapa?! Aku benci kau!
Jangan sampai aku jumpa kau!’ ~Mira
Akhirnya air mata Syikin mengalir turun. Kenapa dia salahkan
aku? Aku langsung tak salah! Amir yang salah dalam hal ni. Mira.. lelaki tu
yang tipu kita berdua. Ya Allah. Apa akan berlaku ni? aku takut Amir jumpa aku
dan pergi bawa jumpa Mira. Arh! Aku tak sanggup.
Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Tapi idea ni gila. Arh!
Aku benar-benar terdesak ni.
“ Boss!”
Sebaik sahaja keluar daripada tandas, dia pantas masuk ke
pejabat Anuar. Anuar yang sedang buat kerja terkejut dengan kehadiran Syikin
waktu tu.
“ Kenapa ni?”
“ Kita kahwin!”
“ Ha?!”
**
Syafiq, Syazmil dan Anuar. Mereka bertiga langsung tak
berkalih daripada memandang ke arah Syikin yang sedang menikus itu. Syikin
langsung tak berani nak mendongak sebab dia takut abang-abangnya akan serang
dia dengan banyak soalan. Sedangkan dia tak tahu dia akan jawab apa.
“ Acik? Tell us. Why you make this decision?”
Syikin mengeluh. Angah kalau dah speaking tu maknanya dia
sedang marah.
“ Acik. Cakap pelan-pelan. Tak apa. kami dengar.”
Itu satu sifat yang Syikin puji bila berbincang dengan
along. Along seorang yang sangat penyabar. Bukan macam angah.
“ Kalau betul awak nak kahwin dengan saya. Saya okay tapi
adakah awak akan bahagia kalau awak ikut emosi? Bukan ikut kata hati.” Ujar
Anuar pula dengan wajah yang serius. Tapi dalam hati yes! Dia memang dah lama
menaruh hati pada Syikin. That’s why dia terkejut saat Syikin ajak dia kahwin.
“ okay fine! Syikin salah. Okay Syikin akan jelaskan.”
Syikin bangun dan menghadap ketiga-tiga insan tersebut.
“ Amir. Angah dan along kenal kan? dia datang cari Syikin
balik. dia nak bersama dengan Syikin setelah dia putus dengan kawan Syikin. Eh
bukan. Tapi bekas kawan Syikin. Dan Amir tu benar-benar degil. Syikin dah kata
Syikin tak sayang dia tapi dia berkeras kata Syikin sayang dia. Syikin takut
kalau dia dapat jumpa Syikin dan dia akan kotakan apa yang dia kata. Sebab Amir
ni bukan sembarangan orang. Kalau dia bertekad itulah dia akan buat. Syikin tak
nak.”
Akhirnya Syikin berjaya menerangkan perkara yang sebenar
kepada mereka bertiga dengan panjang lebar. Mujurlah mak dan ayah tak tahu.
“ Nak takut apa? dia bukan ancam ka ugut acik kan?” Syazmil
bersuara.
“ memanglah. Tapi acik trauma dah dengan lelaki tu. dulu
pernah acik kena dengan dia. dia cakap macam tu juga. Dalam Sms. Tapi lain jadi
bila dia datang jumpa acik dia pukul acik. Nasib baik sekadar tampar pipi ni
je. kalau pukul badan? Acik rasa acik tak ada depan korang dah.”
“ Habis tu? apa yang acik nak buat?”
“ Acik rasa acik tahu apa yang acik nak buat.”
“ Apa?” Soal mereka bertiga serentak. Tapi Syikin hanya
tersenyum tepi. Just wait and see.
**
Syikin tersenyum apabila barang yang dia perlukan ada depan
matanya sekarang. Dia menghembus nafas lega. Rasanya hari ni juga dia dapat
selesaikan. Harap-harap Amir tu tak sampai Penang lagi.
“ Kad kahwin, frame, cincin dan baju pengantin? Kau gila ke
acik? Apa yang kau nak buat ni?” Syazmil dah rasa pelik. Pelik sangat.
“ Mana boss Syikin?”
“ Saya ada dekat sini. Ada apa yang boleh saya bantu?”
Syikin tersenyum lantas menyerahkan sebentuk cincin lelaki
dan baju pengantin lelaki pada Anuar.
“ Awak pakai semua ni. kita akan bergambar dan masukkan
dalam frame tu. and then saya akan tangkap gambar kad kahwin ni dan kedua-dua
gambar ni akan dihantar pada Amir. So.. dia takkan ganggu saya dah bila dapat
tahu saya dah nak kahwin.” Jelas Syikin agar angah dan Anuar faham tujuannya.
“ Okay cun! Tapi kalau jadi pengantin lelaki betul-betul pun
okay apa.” Anuar mula mengusik lantas berlalu ke toilet. Syazmil yang melihat
sudah menahan tawa. Syikin pula sudah terdiam. Ha! Tau pun terkejut. Haha.
**
Seminggu telah pun berlalu. Ini juga bermakna dah seminggu
hal tu dah selesai. Tapi satu je belum selesai. Bosnya tu tak habis-habis nak
mengusik dan mengayat si Syikin ni. sampai naik darah Syikin ni ha.
“ Boss.. Please..”
Anuar tersengih melihat muka stress milik Syikin tu.
“ Saya serius Syikin. Jom kahwin?”
Syikin tersenyum dalam hati. Kahwin? Wow! Really?
“ Boss ni biar betul? Dulu dia yang cakap jangan ikutkan
emosi.”
“ Masa bila saya ikut emosi. Saya cakap betul ni. dah lama
saya sayang awak. awak tu je yang tak perasan.”
Syikin terdiam tapi dia tersenyum tepi.
“ Perasan? Eh! Dah lama saya perasan yang bos tu suka
menunjuk-nunjuk.” Ujar Syikin selamba. Anuar tersengih lantas berlalu semula ke
pejabatnya.
Sesaat kemudian dia keluar sambil bercakap dengan seseorang
dekat telefon. Syikin hanya menjeling melihat langkah bosnya tu.
“ Ha. Aku serius weh. Tapi adik kau ni yang degil. Dia kata
aku perasan dan suka menunjuk-nunjuk. So? Macam mana sekarang ni?”
Syikin terlopong. Erk! Dia cakap dekat angah?! What the..?
“ Okay cun! Dia ada depan aku sekarang. Kau nak cakap dengan
dia ke?”
Syikin terteguk air liur saat Anuar menyerahkan telefonnya
itu.
“ Angah awak nak cakap. Ambillah.”
“ helo..”
“ Acik!!!”
Terus Syikin menjauhkan telefon itu daripada telinganya.
Boleh pekak aku kalau hari-hari kena jerit macam ni. dia ni la!
“ Ish! Janganlah jerit! Sakit telingala!” Bentak Syikin
tanpa menghiraukan bosnya di depan.
“ Sorry acik. Ala acik. Kawan angah tu seriuslah. Terimalah.
Nanti acik boleh naik pelamin dengan along.”
“ Angah!” Syikin cuba mengawal suaranya. Geram!
“ By the way… angah tahu isi hati kawan angah tu. dan isi
hati kau juga. Korang sebenarnya saling sayang tapi korang ego. Pendam!
Dengarlah cakap angah ni. anuar tu dah bersusah payah untuk tawan hati kamu
tapi kamu degil. Buat-buat tak nampak kan? dan untuk pengetahuan acik. Ini kali
pertama dia jatuh cinta pada seorang gadis yang bernama Nurul Asyikin.”
Syikin terdiam. Terkedu. Terbungkam. Semua adalah. Apa yang
Syazmil cakap tadi cukup serius dan berjaya buat dia tak senang duduk.
Tambah-tambah di perhati Anuar.
“ Erk.. angah. Dia takkan buat macam Amir buat kan?” Soal
Syikin teragak-agak. Tapi yang pasti dia bahagia bila ada di samping Anuar
walaupun annoying.
“ Taklah sayang. Kawan abang tu baik. Dia takkan sia-siakan
orang yang dia cinta. Percayalah.”
Akhirnya Syikin tersenyum kecil. Mungkinkah ini dinamakan
cinta sejati?
**
“ Aku terima nikahnya Nurul Asyikin binti Haji Rashid dengan
mas kahwin RM100.00 tunai…”
“ Sah?”
“ Sah..”
“ Alhamdulillah…”
Menitis juga air mata Syikin tatkala mendengar perkataan
‘sah’. Kini secara sah, dia sudah menjadi milik Aiman Anuar. Dengan sekali
lafaz sahaja. Syikin mengukirkan senyuman manis. Dia rasa sangat bahagia.
Alhamdulillah.
Terdengar bunyi tapak kaki, Syikin segera memanggungkan
wajahnya. Mata mereka bertaut. Dia memandang Anuar tanpa berkelip. Suami aku ke
ni? Why so handsome? Dadanya sudah mula memainkan irama tatkala suaminya datang
menghampirinya.
Anuar tersenyum. tapi dalam masa yang sama dia terpaku
melihat Syikin. Syikin sangat cantik pada pandangannya. Alhamdulillah. Cintanya
bertaut juga. Walaupun tiada perkenalan lebih rapat. Hanya mengambil masa dua
minggu lantas mereka dinikahkan. Tapi semuanya berjalan dengan lancar.
Anuar melutut. Cincin emas putih bertatahkan berlian
berwarna putih yang berada di tangan kanannya direnung. Tangan kirinya mula
memegang tangan Syikin. Sejuknya! Anuar tersenyum. gelabah sangat ke sayang?
Dengan perlahan-lahan, Anuar menyarungkan cincin ke jari
manis Syikin. Sinaran flash dari kamera tidak henti-henti merakam detik itu.
Syikin rasa semakin malu. Tak perlulah ambil gambar banyak-banyak sangat. Huhu.
“ Okey, sekarang saat yang dinanti-nantikan.”
Kata-kata Syazmil mengundang tawa semua yang berada di situ.
Syikin mula rasa nak tumbuk je angahnya tu.
“ Beb. Lama-lama sikit tau. Aku nak ambil gambar
cantik-cantik.” Ujar Syazmil lalu keluarkan camera canonnya itu.
“ Sabar jela dengan abang awak tu.” Ujar Anuar perlahan.
Syikin hanya tersenyum.
Perlahan dahi Syikin dikucup. Masa ini dia dapat rasakan
perasaan itu. sungguh damai dan bahagia. Ya Allah.
“ Okey.”
Anuar melepaskan kucupan lantas memberikan senyuman pada
Syikin.
“ Terima kasih sebab sudi terima abang. Abang bahagia.”
Bisik Anuar lantas bangun meninggalkan Syikin.
Syikin tersenyum dalam hati. Terima kasih juga saya ucapkan.
Abang.
**
Tangannya digenggam erat. Bagai tak mahu melepaskannya lagi.
Dia rasa kalau Syikin hilang daripada dia, pasti dia akan bersedih.
“ Abang..”
“ hurmm..”
Syikin melihat sisi Anuar. Kemudian dia toleh ke hadapan.
Terbentang luas pemandangan di pantai itu pada waktu petang.
“ Saya sayangkan abang tau.”
“ Sayang je? Cinta?”
“ Cinta jugala. Semuanya tentang abang saya suka.” Balas
Syikin sambil tersenyum malu. Dia mengemaskan pegangannya.
Anuar tersenyum lantas menarik Syikin ke dalam pelukannya.
“ Abang bersyukur sangat kerana kita dipertemukan dalam bas
tu. kalau tak maybe kita takkan sampai ke tahap ini. masa abang mula-mula kenal
sayang tu. abang rasa sayang comel sangat. Rasa nak cubit je pipi ni. tapi
lepas accident telefon abang tu. abang rasa meluat pula.”
“ Abang!”
Anuar ketawa kecil. pelukan dieratkan.
“ Tapi abang bahagia. Kalau sayang tak hadir dalam hidup
abang. Maybe abang tak tahu apa maknanya bahagia yang sebenar. Terima kasih
juga dekat angah sayang tu. dia lah yang banyak tolong abang dapatkan hati
sayang.”
Syikin rasa sebak. Air matanya bergenang. Tunggu masa nak
turun.
“ Jom. Kita jalan sampai ke sana.”
Ajak Syikin lantas meleraikan pelukan.
“ jom kita lawan? Siapa yang sampai dekat sana dulu. Dia
menang. Siapa kalah dia kena masak malam ni.” Cabar Anuar dengan sengihan.
“ Okay. Boleh! No problem. Jom!”
“ Bila abang cakap satu dua tiga. Kita lari.”
“ Deal.” Syikin mula ready. Matanya tajam memandang ke
hadapan.
“ Okay. One.. two..” Belum sempat Anuar habiskan sampai tiga
dia dah lari terlebih dahulu meninggalkan isterinya yang terpinga-pinga itu.
“ Abang!! Tak aci!! Mana boleh macam ni?!!” Tapi dia tetap
berlari mengejar langkah Anuar.
“ Haha. Bolehlah! Cepat kejar abang!”
“ Abang!!”
Setiap kali aku berada di sampingnya aku rasa bahagia. Apa
maknanya kalau bukan cinta? Kan? Terima kasih abang. I love you Anuar!
~Tamat~
No comments :
Post a Comment