Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 20 May 2013

His Heroin Or Wife? 3




Petang sikit, Dahlia bergerak menuju ke taman reaksi untuk berjumpa dengan Faiz. Kalau dia tak pergi apa pula kata Faiz.

Dahlia cuba mengukirkan senyuman yang paling manis untuk dirinya. Dia cuba membuang perasaan kecewanya terhadap Faiz. Takut Faiz perasan. Be relax Dahlia..

Sampai saja dia di belakang Faiz yang sedang duduk itu, Dahlia terus tersenyum walaupun nampak sedikit hambar. 

“ Awak..” Panggil Dahlia perlahan.

Faiz yang terdengar namanya di panggil menoleh ke belakang. Terus lebar senyumannya melihat Dahlia.

“ Awak.. Rindunya saya dekat awak ni.” Ujar Faiz. Dahlia hanya tersenyum. 

“ Terima kasih kerana rindukan saya. Tapi saya tak rindukan awak pun..” Dahlia cuba melawak. Nak hilangkan rasa kecewanya.

“ Yelah. Siapa saya kan?” Faiz buat suara merajuk. Dahlia buat-buat ketawa. 

“ Tapi awak…” Dahlia terdiam. Dia perasan aku ke? 

“ Awak ada menyembunyikan sesuatu daripada saya ke?” 

Tersentap Dahlia. Dia dapat kesan perubahan aku rupanya. Tapi aku takkan sesekali beritahu dia sehingga esok malam. Maybe esok malam aku yang akan berhadapan dengan dia.

“ Tak lah. Mana ada.” Dalih Dahlia dengan senyuman.

Faiz merenung tajam ke arah Dahlia. Dahlia tak dapat menipu dirinya. Dahlia yang perasan dirinya di renung itu mengeluh kecil.

“ Faiz. Saya nak minta sesuatu boleh?” Soal Dahlia lalu menoleh melihat Faiz.

Faiz hanya mengangguk. 

“ Saya nak awak jujur dengan saya. Benarkah awak mencintai saya?” Soal Dahlia terus terang. Dia tahu hati dia akan sakit jika Faiz tidak mencintainya sedangkan dia mula mencintai Faiz.

Faiz terdiam mendengar soalan Dahlia. Sedaya upaya dia mengelak daripada memandang wajah Dahlia yang ingin tahu itu.

“ Mestilah. Kan awak dah tahu. Kalau tidak saya takkan pinta hubungan kita ke arah lebih serius kan?” Jawab Faiz lalu memandang Dahlia. 

Terkejut dia melihat wajah Dahlia yang disirami air mata itu. Kenapa ni? 

“ Dahlia? Hei… Kenapa ni?” Soal Faiz lembut. Dahlia pantas menyeka air matanya. 

Awak bohong Faiz. Desis Dahlia dalam hati. Sungguh tengok cara Faiz menjawab tadi membuatkan hati dia bertambah kecewa. Faiz sedang menipu dirinya sendiri. 

“ Tak. Maaf.” Dahlia mengalih pandangan. Senyuman kecil terukir. Maafkan aku Faiz tapi esok aku nak tahu siapa sebenarnya diri kau sebelum aku betul-betul mencintai kau. Maafkan aku!

Faiz mendiamkan diri. Pelik tengok perubahan pada diri Dahlia. Tak pernah pun sebelum ni Dahlia menitiskan air mata. Takkan dia terasa aku cakap macam tu saja tadi. Ish!

“ Awak jangan bohong saya ya…” Ujar Faiz. 

“ Tak.” Tapi awak yang bohong saya Faiz. Sambung Dahlia dalam hati. 

“ Betul ni?” Faiz pinta kepastian. Dahlia pantas mengangguk.

Tapi dalam hati dia rasa sungguh pilu. Rasa nak menangis lagi. Kalau benar Faiz lelaki yang jahat dan tak bermaruah. Aku akan kecewa kerana dia sanggup menipu aku. Tapi kenapa Faiz? Kenapa? Ya Allah.

“ Okey. Jom ikut saya ke satu tempat nak?” Ajak Faiz ceria. Dahlia terdiam. Kemudian kepalanya di 
anggukkan. 

**
Terkedu Dahlia melihat sekolah di hadapannya itu. Faiz di kerling sekilas. Kelihatan Faiz sedang tersenyum. 

“ Kenapa awak bawa saya ke sini?” Soal Dahlia ingin tahu. 

“ Awak ingat lagi tak kali pertama kita berjumpa? Dalam sekolah ni?” Soalan berbalas soalan nampak gayanya.

Dahlia tersenyum. Pastilah dia ingat. Mana mungkin dia akan lupa. Itu kenangan manis. 

“ Saya takkan lupa.” Sahut Dahlia perlahan. 

“ Mestilah. Saya pun tak lupa. Ingat lagi saya waktu itu. Masa hari pertama saya masuk ke sekolah ini. Time tu kita tingkatan lima. Dan waktu saya masuk ke kelas, saya perasan awak asyik perhatikan saya je. Saya pun pelik. Kenapa dengan dia ni kan? lepas tu tiba-tiba masa rehat, awak datang dan tanya nama. Terkejut saya. Berani juga awak masa tu.” Faiz menceritakan kembali apa yang pernah terjadi pada ketika dulu.

Dahlia tersengih. Memang! Kali pertama aku pandang Faiz aku seakan tertarik. Dan tanpa rasa malu aku pergi tanya nama dia sebab nak kenal lebih rapat. Haha.. 

“ Lepas tu awak rasa apa?” Soal Dahlia. 

“ saya rasa pelik. Lepas awak hulurkan salam perkenalan dan awak kata awak nak kenal rapat dengan saya. Saya terkejut. Tapi saya juga rasa gembira kerana pertama kali saya jumpa perempuan macam awak ni.” 

Dahlia tersenyum hambar. 

“ Then?” 

“ Then… Selepas setahun kita berkawan dan lepas SPM. Maksud saya lepas habis je exam SPM. Awak datang jumpa saya di luar dewan. Awak kata awak nak lebih rapat dengan saya. Awak kata tak salah kan kalau awak sukakan saya. Dan masa tu awak nak kita kawan bukan sekadar kawan.” Sambung Faiz tanpa menyedari perubahan wajah Dahlia.

Dahlia rasa sebak apabila mengingati semua itu. Dia jadi kecewa apabila teringat kata-kata Irsya akan Faiz.

“ Jadi saya pun setuju sebab saya pun berminat dengan awak. Lagipun awak baik.” 

Dahlia meraup mukanya perlahan. Wajah Faiz di kerling sekilas.

“ Biar saya sambung. Selepas keluar keputusan SPM. Dan selepas beberapa hari saya dapat tawaran sambung ke tingkatan 6. Saya terima kerana saya teringin mencuba. Dan hampir 3 bulan kita tak berhubung mahupun berjumpa, kita ditemukan sekali lagi dalam tingkatan 6. Waktu itu sayalah orang yang paling gembira.” Cerita Dahlia pula. 

Faiz tertawa kecil.

“ Tahu takpa. Tapi saya pelik sebab masa kita ditemukan kembali tu awak berlagak biasa je dengan saya. Awak tak datang untuk tanya khabar saya pun. Pelik!” Faiz mengerutkan dahi.

“ Sebab saya dah belajar rasa malu cik Faiz oii. Dan saya tak sangka awak datang dan minta hubungan kawan kita tu diteruskan. Sampailah pertengahan tahun, awak mula minta hubungan kita serius dan sampai 
sekarang.” 

Dahlia meramas-ramas jarinya. Di tahan hati agar tidak menitiskan air mata. Tak boleh saat teringat semua itu. Hatinya pasti sedih.

Faiz mengangguk perlahan.

“ Kerana saya yakin awak untuk saya. Kan Dahlia?” Faiz menoleh memandang Dahlia yang sedang ralit memandang sekolah lama mereka itu.

“ Ermm..” Dahlia tak tahu nak kata apa. Faiz..Jika kata-kata awak tu benar. Saya rasa sangat gembira. Kalau tidak saya yang paling sedih.

“ Dahlah. Jom balik.” Ajak Dahlia lalu bergerak menuju ke keretanya. Sengaja dia tidak berkongsi kereta dengan Faiz. 

“ Okey.” Faiz dalam diam tersenyum. Tak tahu apa makna senyuman itu.

~Bersambung~

2 comments :

  1. memang best.terbaik lah.gudluck.pastikn cerita slps ini lebih menarik lagi yer.. :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers