Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 7 April 2012

Cerpen : Cinta Di Menara Eiffel


 
Dua hari lagi aku ingin pergi ke Paris bagi menyambung pelajaran aku. Tak sabarnya aku ingin melihat Menara Eiffel. Itulah anganku setelah sekian lama menunggu. Hehehe…

 “Ita!!”

Aku menoleh apabila terdengar nama aku dipanggil. Melihat umi, aku tersenyum.

 “ dah siapkan semua barang yang diperlukan?” soal umi.

dah. Cuma tunggu nak pergi saja.” Ujarku sambil tersengih.

amboi anak umi ni tak sabar nampak. Ingat pesan umi, apabila berada di sana jangan lupa umi dan abah di sini. Jangan lupa Allah.” Pesan umi.

insya-Allah Ita akan ingat semua pesan umi itu. Jangan risau umi. Alin kan ada bersama.”

yela. Jom turun. Alin ada di bawah ingin jumpa kamu.”

Aku mengangguk dan turun bersama umi. Saat melihat Alin, aku tersenyum.

 “ kenapa tiba-tiba datang pula ni. Barang kau dah siapkan ke?” aku mengambil tempat di sisinya.

sudah. Lebih awal daripada kau.”

aku datang ni nak ajak kau pergi sekolah lama kita. Aku teringin nak jumpa cikgu Haisah.”

bagus juga cadangan kau tu. Bila kita nak pergi?”

sekarang?” aku berfikir sejenak.

ok kalau begitu. Aku pergi beritahu umi dulu.” Pantas aku menuju ke dapur ingin bertanya umi.

umi… Ita nak keluar jap. Boleh?”

jangan balik lambat. Nanti abah marah.” Pesan umi. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

*****
Kad jemputan perkahwinan, aku tatap. Tak sangka kawan aku sorang ni nak kahwin dah. Memang umur aku ni patut berkahwin dah. Tapi aku ingin menyambung pelajaran terlebih dahulu. Sayang lah kalau nak kahwin begitu saja. Satu lagi, calon pun tak de.

sayang lah kita tak dapat pergi ke majlis perkahwinan Anis.” Ujarku kepada Alin.

tula. Tapi kita boleh ucapkan tahniah sebelum kita pergi.”

kita pergi sekarang lah. Kalau tadi Anis yang bagi sendiri kan senang. Tapi orang lain yang tolong sampaikan.”

boleh juga. Tapi umi kau tak risau ke. Kita kata pergi sekejap je.”

takpa. Nanti aku beritahu.”

ok.”

Aku rasa berdebar-debar pula. Kenapa ya. Adakah aku akan jumpa seseorang di sana. Itu tak mungkin. Jangan banyak berfikir Ita.

*****
Air mataku yang mengalir ku seka. Tak sanggup ingin berpisah dengan umi dan abah. Tapi inilah impian aku.

umi, abah. Ita pergi dulu.” Serak suaraku.

jaga diri baik-baik. Ingat makan tu jangan lewat sangat. Alin tolong tengok-tengokkan anak makcik ni ya.” Pesan umi.

pasti makcik. Kalau dia ingkar arahan saya, saya akan kenakan hukuman padanya.” Kami semua tertawa kecil. Alin… Alin… sempat lagi kau buat lawak. Orang tengah sedih lah.

beri perhatian. Kepada sesiapa yang ingin berlepas ke Paris. Anda di minta naik sekarang.’

sudahlah. Pergi masuk. Arahan tu.” Aku dan Alin mengangguk.

Perlahan-lahan aku dan Alin melangkah masuk ke balai pelepasan. Sebelum masuk, buat kali terakhir aku menoleh k e belakang ingin melihat umi dan abah.

Selamat tinggal Malaysia. Aku pasti akan merindui kau.

Ita!!”

Aku menoleh. Alangkah terkejutnya aku. Orang yang menegur aku adalah cinta monyet aku. Alif. Tapi dia buat apa di sini.

hai…” ucapku. Alin sudah masuk ke dalam. Aku masih tercegat kat luar ni bersama dengan Alif. Nasib-nasib aku jumpa pula dengan dia.

lama tak jumpa. Apa awak buat di sini?” soalnya.

nak jumpa Anis untuk ucapkan tahniah. Selepas ni kami tak dapat berjumpa dah.”

kenapa?” aku tersenyum.

saya menyambung pelajaran ke Paris. Lagi dua hari saya dah nak bertolak. Jadi saya datanglah. Awak pula buat apa di sin?”

oh… saya uruskan persiapan di sini” ha.. persiapan. Takkan dia suami Anis. Dalam kad tadi… patutlah aku tak tengok dengan teliti. Sedihnya…

tahniah juga untuk awak. Kahwin juga ya. Tak sangka betul.”

alhamdulillah. Inilah namanya jodoh.” Tak sanggup lagi ingin bersembang dengan kau Alif. Biar lah aku pergi dulu.

saya minta diri. Assalamualaikum.” Pantas aku masuk ke dalam. Semua itu biarlah menjadi kenangan.

Ita aku pergi toilet jap.” Ujar Alin lalu bangun. Suara Alin mematikan lamunanku.

Aku hanya mengangguk. Hampir 5 jam aku berada dalam kapal terbang ni. Sampai kebas semua badan aku ni.

Kenapa aku masih teringatkan dia. Itukan sudah lama. Lupakanlah.

*****
Wah…. Cantiknya Paris. Tak sia-sia aku datang ke sini. Selamat datang Paris.

 “ oit. Sudah-sudahlah tu. Malam nanti kita boleh ronda-ronda ya. Sekarang kita kena pergi ke tempat penginapan dulu.”

 “ ala kau ni. Tak menyempat betul la. Aku tahulah kau pun tak sabar juga.” Alin tersengih.

Itu je kau tahu.

oklah. Jom. Aku pun mengantuk sangat ni.” Sekarang aku rasa letih sangat. Beberapa jam berada dalam kapal terbang memang meletihkan.

Sambil-sambil aku dan Alin berjalan memerhati pemandangan di Paris, aku ternampak seorang kanak-kanak yang menangis. Mana ibu dan ayah dia.

 “ Alin, jom ikut aku.” Lengan Alin ditarik menuju ke tempat kanak-kanak itu.

excuse me.. why you crying?” soalku pada kanak-kanak itu.

mummy… daddy…” aku garu kepala yang ditutupi tudung itu. Macam mana aku nak buat ni.

Alin. Macam ne ni?” Alin menggeleng tanda tidak tahu.

where are you mum and dad?” soalku lagi.

I don’t know.” Kata kanak-kanak itu dengan tangisan.

Apa yang perlu dibuat. Dia ni hilang dari pandangan ibu dan bapanya. Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki yang lengkap berpakaian seperti orang ternama.

 “ mr…” panggil aku.

Dia menoleh. Muka macam orang Melayu. Tapi ada iras orang putih.

you call me?” yelah. Dahtu hantu ke. Apalah encik ni.

yes. Can you help me?”

sure.” Aku nak cakap cam ne ye.

do you know speak in Malay?” harap-harap dia tahu. Aku ni pun bukan petah sangat dalam bahasa Inggeris ni.

yes. Apa yang boleh saya bantu.” Boleh tahan. Ini menyenangkan kerja aku lagi.

kanak-kanak ini kehilangan ibu dan bapanya. Boleh awak tolong hantarkan ke balai polis atau ke mana-mana tempat yang selamat. Risau saya.”

boleh. Tapi dengan satu syarat.” Amboi. Ni nak tolong ke tak ni. Kalau tak ikhlas sudahlah.

encik. Kalau nak tolong pun kena ada syarat ke? Ini ikhlas ke tak.” Alin menyiku aku tanda bersabar. Biarlah apa yang aku nak kata. Betul apa.

 Dia tersenyum. “ saya ikhlas. tapi…. Oklah. Jika kita dapat berjumpa lagi, saya akan beritahu syarat itu. Saya pergi dulu.” Dia dan kanak-kanak itu pun berlalu pergi.

Geram betullah aku. Alin ni tak habis-habis dengan sengih dia. Bukannya nak tolong.

*****
Bibirku menguntum senyuman setiap kali teringat peristiwa petang tadi. Comel la gadis itu. Dengan muka geram dia tu lagi comel.

Muhamad Fatah termenung.” Sergah Lan.

kau ni. Kalau tak kacau aku tak boleh ke. Orang nak termenung jap pun tak boleh.” Bebel aku.

ala. Sory. Tapi aku perasan kau ni asyik tersenyum je. Ada cite ke yang belum kau beritahu aku.”

ada. Tapi biarlah rahsia.”

ala. Beritahu je lah. Nanti aku belanja kau.” Rayunya.

betul ni. Ok. Aku cerita.” Dari A sampai Z aku cerita kepada Lan.

aku rasa kau dah suka dekat gadis itu. Mungkin.” Ujarnya selepas habis aku cerita.

entahlah. Biarlah. Kalau ada jodoh pasti aku akan jumpa dia.”

amin…” aku tersenyum.

*****
Ya Allah terima kasih atas apa yang kau berikan padaku selama ini. Aku harap aku dapat harungi segala cabaran yang akan datang’

Diari itu aku tutup dan simpan. Air masak di capai. Alin yang sedang tidur itu di pandang. Penat betul hari ini.

Apalah yang umi dan abah sedang buat ya. Rindu pula.

Tiba-tiba aku teringat lelaki itu. Kalau tengok betul-betul. Hensem juga mamat tu. Tapi dia macam bukan orang islam je. Muka dia ada Melayu ada iras orang putih. Siapa lah dia itu.

Kalau aku jumpa dia lagi… arrhh… tak nak. Dia minta syarat. Geram pula kalau teringat hal itu. Kalau boleh aku macam nak sepak je kaki dia tu. Biar dia rasa. Tapi tak sopan lah. Merosakkan nama orang Melayu je.

Hurmmm…

*****
kita di takdirkan bersama’
aku tahu kita ada jodoh’
jangan buat aku tertanya-tanya’

Ayat itu sering berlegar-legar dalam fikiran aku. Aku pun tak tahu kenapa. Bila tanya Alin katanya tak tahu.

Ita!!!”

Laungan Alin buat aku menoleh.

Kau daftar dah atau belum?”

belum. Aku tunggu kau. Lagipun orang ramai lah.” Aku melihat sekeliling. Kebanyakannya orang Melayu.

jom ikut aku. Kalau lambat tak sempat nak tahu di mana tempat kuliah.” Aku hanya menurut.

Sampai saja di depan meja pendaftaran, perkara pertama ditanya mestilah nama. Tapi suara itu seperti pernah ku dengar. Di mana ya?

tak dengar ke nama apa?” aku tersentak. Garangnya.

Nur Jesnita bt Aziz.” Kataku. Sombong ngat haih. Sampai tak nak panggung kepala. Nasib-nasib.

ok. Sila isi borang ini.” Ujarnya lalu melihatku.

terima kasih.” Pantas aku berlalu pergi. Tak tahan.

kau kenapa?” tegur Alin.

mamat tu lah. Tahu marah je. Tak reti-reti nak sabar ke tak taw. Geram tahu tak.” Aku tidak puas hati atas layanan diberi. Mujurlah aku tak tengok wajahnya. Kalau tidak mahu aku tenyeh je muka tu.

 “ sabarlah.” Pesan Alin. 


*****
‘aku inginkan dirimu’
‘ datang dan temui aku’
‘kan ku katakan padamu’
‘aku sangat mencintai dirimu’

“ Fatah!!!” alahai siapa pula yang panggil ni. Kacau betullah. Orang nak dengar lagu pun tak boleh. Kacau daun betul.

“ woih.. kau duk dalam bilik lagi buat apa. Bukan ke kita kena handle budak baru.”

“ Lan. Kau kalau tak kacau aku boleh tak. Itu aku tahu. Kejap lagi aku turun lah.” Aku mendengus tanda tak puas hati.

“ sory la beb. Tapi pihak perempuan sudah bising lah. Lagipun petang nanti nak pergi menara Eiffel pula.”

 “ok-ok. Aku turun sekarang.” Alahai badan. Kau terpaksa tahan penat lah dalam minggu ni. Nasib-nasib.

“Lan. Semua orang sudah berkumpul ke?” soalku sambil melihat sekeliling. Ramai juga orang Melayu yang datang ke sini.

“ sudah. Semua cukup. Jadi boleh lah kita bertolak sekarang.” Aku mengangguk tanda setuju.

“ please keep quiet!!” laungku. Semua orang diam dan melihat ke arahku.

“ good. We will go in one minute again. Before that I want cooperation from all of you for follow instructions. Understand?”

“ yes!!” bagus.

“ Ita. Aku rasa kita macam pernah jumpa mamat tu lah.” Bisik Alin.

“ siapa? Mana?”

“ yang beri arahan tadi tu lah.” Siapa? Aku tak kenal pun.

“ mengarutlah. Dekat sini sorang pun kita tak kenal. Inikan pula lelaki tu. Jangan nak memandailah cik Alin.”

“ ikutlah. Aku rasa aku betul. Kalau kau tak caya nanti bila sampai sana kita perhati betul-betul.”

“ kau gila ke apa. Tak de masa aku nak perhati orang. Tengok menara Eiffel lagi bagus daripada layan kau.”

Alin hanya mencebik. Nanti aku pula yang jadi tak betul. Alin..Alin…

*****
Menara Eiffel yang tersergam indah di depan mataku ini buatkan aku terpegun. Aku sama sekali tidak sangka dapat melihat depan mata macam ni. Syukur sangat.

“ Alin. Cantiknya.” Aku sudah lebih teruja ni.

“ aku tahu. Kau ni terlebih teruja ni.”

“ mestilah. Bukannya selalu dapat peluang macam ni.” Alin menggeleng tanda macam-macam dengan sikapku ini.

“ maafkan saya.” Tegur seseorang.
Aku dan Alin menoleh.

“ betullah. Awak berdua masih ingatkan saya?” mamat mana pula ni. Tapi muka dia macam pernah aku tengok. Di mana ya…

“ awak yang tolong kanak-kanak itu kan?” ujar Alin.

“ betul. Tak sangka korang berdua pelajar baru di sini.” Oh… patutlah Alin beria-ria kata pernah jumpa. Jadi aku yang salah. Huhuhu…

“ kawan awak ni tak ingat saya ke?” mestilah ingat. Alin menyiku aku supaya bercakap.

“ kenal. Takkan dah lupa pula orang bantu saya itu.” Kataku sambil tersenyum. Senyum tak ikhlas.

“ ha.. baru saya teringat encik ada syarat untuk kawan saya ni kan?” Alin…. 

Kenapa kau ungkit tentang itu. Haisshh… kawan yang tak boleh diharap langsung.

“ oh. Lupakan lah. Saya pun sudah lupa apa yang ingin saya minta.” Fuh!! 

Nasib dia lupa. Ok sekarang aku tarik balik kata aku yang dia tak ikhlas itu. Baik la juga.

“ saya Fatah.” Ujarnya.

“ saya Alin. Kawan saya ni Jesnita.” Aku hanya tersenyum. Tiba-tiba aku rasa kekok la pula dengan mamat ni. Dahlah depan menara Eiffel ni.

“ Jesnita. Sedap nama. Boleh saya panggil Jes saja.” Aku hanya mengangguk. Malas nak cakap. Dahlah sejuk.

“ kau ni tak de suara ke?” bisik Alin. Biarlah aku nak cakap ke tak. Tapi aku tak nafikan yang mamat ni boleh tahan hensem. Apa nama dia tadi… ha Fatah. Rupanya orang islam.

“ satu lagi. Jangan panggil encik la. Panggil je Fatah.” Ujarnya lagi.

“ Fatah!!”

“ maaf. Saya kena pergi dulu. Insya-Allah kalau kita dapat berjumpa lagi saya akan bawa korang berdua mengelilingi Paris. Assalamualaikum.” Pantas dia berlari meninggalkan kami.

“ waalakumussalam.” Kata kami serentak.

“ sekarang kau percaya cakap aku?” aku tersengih.

“ ye. Aku percaya. Sory.” Rayuku.

“ ala. Sorylah. Ala buchuk-buchuk anak mama ni.” Alin tersenyum akhirnya.

“ macam tulah. Tak mahu lah merajuk-merajuk macam ni. Nanti cepat tua.”

“ yelah. Jom.”

*****
‘ sebelum kamu ingin memperbaiki cinta kamu dengan orang tersayang, perbaikilah dulu cinta kamu kepada Allah S.W.T.’
‘sesungguhnya kita berusaha pasti akan berjaya’

Hatiku amat tenang seketika tadi. Sekarang kembali berdebar-debar. Aku tidak tahu kenapa. Kelas lambat lagi ingin mula.

“ Ita. Kau belum siap lagi ke.”

“ pergi mana?” Alin menepuk dahi.

“ hari ini kan hari last kita untuk sesi suai kenal. Kalau lambat kena marah.” 

Aku hanya mengangguk. Penatlah. Aku belum habis fikir lagi ni. Apa maksud di sebalik kata-kata Fatah semalam.

‘ jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan’

Apa maksudnya?.... tolong..

“ Fatah!!!” laungku apabila ternampak dia. Aku menapak ke arahnya. Alin aku biarkan bersendirian.

“ saya nak tanya sikit.” Ujarku.

“ apa?” aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya.

“ apa maksud kata-kata awak semalam. Tolong beritahu saya. Saya buntu la memikirkannya. Fatah tolong.” Rayuku. Dia tersenyum.

“ saya masih belum boleh beritahu awak kerana satu jawapan yang pasti belum saya dapat daripada awak.”

“ jawapan apa?”

“ awak kena tanya hati awak dulu. Kalau masih belum dapat jawapan minta pertolongan Allah.”

“ tapi… “

“ jangan risau seminggu lagi saya akan beritahu. Saya minta diri dulu.” Dia pun berlalu meninggalkan aku yang terpinga-pinga itu.

Dengan perasaan kecewa aku pulang ke tempat duduk di mana Alin duduk.

“ kau ni kenapa. Sedih je aku tengok.” Tegur Alin.

“ Fatah tula. Tak faham betullah aku. Kau tahu tak apa maksud ayat dia semalam.”

“ ayat apa?”

“ macam ni ayatnya.. ‘ jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan’ ha… ingat?”

“ oh… kenapa? Kau tak faham ke?” aku pantas mengangguk.

“ maksudnya perahu tu macam orang. Tak berpenghuni tu tiada orang di sisi. Yang tak singgah ke pelabuhan tu… macam ne ye..”

“ wait… aku tak faham lah. Cuba terang dengan lebih mendalam.”

“ ok. Jangan biarkan hati kau tu tertanya-tanya tentang di mana seseorang itu berada setelah kau sedari siapa yang berada di dalam hati kau itu. Kiranya macam jangan kau pergi tanpa tahu apa isi hati kau. Faham?”

Itukah maksudnya. Begitu mendalam maksudnya. Dan apa tujuan Fatah berikan aku ayat itu. Adakah aku berada di dalam hatinya. Tapi aku masih belum rasa apa-apa.

“ kau tak perasan lagi ke?” soal Alin.

“ perasan tentang apa?”

“ kenapa Fatah beri ayat macam tu kat kau. Dahlah maksudnya begitu mendalam. Nasiblah aku ambil sastera. Kalau tidak kita dua tak tahu maksudnya.”

“ itu yang aku pelik. Kenapa dia buat begitu. Kau tahu ke?”

“ apasalah kau lambat sangat nak pick up. Itu maksudnya Fatah tu ada hati kat kau. Kau tengoklah dalam minggu ni pun layanan dia terhadap kau tidak pernah kasar. Perasan tak?”

“ betul ke. Aku tak perasan pun. Aku pun tengah pening ni. Macam-macam yang terjadi la dalam minggu ni. Umi tolong Ita. Huhuhu.”

“ sudah. Kalau kau nak kan jawapan, kau buatlah solat hajat atau solat istikharah. Mungkin dengan itu kau akan dapat jawapan yang pasti.”
Betul juga katanya.

*****
Jesnita…Jesnita….
Kau selalu buat aku tertanya-tanya. Tapi aku rasa sekarang kau yang tertanya-tanya. Aku tidak boleh beritahu lagi apa maksudnya kerana aku belum tahu isi hati kau. Aku mengaku yang aku sudah jatuh hati kat kau Jes. Macam mana nak luahkan pun belum tahu.

“ Fatah!!”

“ what?”

“ ada orang nak jumpa di bawah.” Siapa? Lagipun sudah malam ni.
Aku dengan malas pun turun ke bawah. Sampai saja di bawah, aku ternampak kelibat Jesnita. Dia ke yang nak jumpa.

“ assalamualaikum.” Ucapku.

“ waalaikumussalam.” Balas Jesnita. Alin berada jauh di belakang kami.

“ awak ke nak jumpa saya?” dia mengangguk.

“ ada apa?”

“ saya nak tahu kenapa awak tujukan ayat itu kepada saya. Sekarang saya tahu apa maksudnya. Jadi tolong beritahu saya kenapa.” Aku tersenyum. Itu rupanya yang buat Jes ni gelisah.

“ maaf. Saya tidak boleh beritahu lagi. Kecuali saya sudah tahu isi hati seseorang itu.”

“ isi hati siapa? Arrhh… oklah. Pergi dulu.”

“ Jes!! Tunggu!!” laungku. Langkahnya terhenti.

“ awak marah saya?” dia menggeleng.

“ jangan risau. Minggu depan kita akan dapat jawapan yang amat pasti.” Ujarku sambil tersenyum.

Dia dengan muka geram mungkin pun berlalu pergi. Sabarlah wahai hati.
Aku harap kau dapat bersabar Jesnita. Aku tak mahu terburu-buru. Biarlah rahsia dulu. Aku nak kita perbaiki cinta kita kepada yang Esa dahulu. Aku harap kau mengerti.

*****
‘indah… damai…tenang… bahagia… Hanya sebuah mimpi?’

Ita … jangan kau sedari yang berharga itu apabila dia telah hilang daripada pandangan matamu.

Aku tahu itu. Aku cuba dalami apa perasaan sebenar aku. Hari ini genaplah seminggu untuk aku tahu apa maksud Fatah. Aku sedang runsing ni. Aduhai…

“ Alin. Can you help me?”

“ apa?”

“ petang ni aku akan berjumpa dengan Fatah. Tapi aku tak berani. Aku belum bersedia. Jadi boleh tak kau tolong sampaikan pesanan kepadanya. Kan kau sama kelas dengan dia.”

“ Ita. Dengar sini. Kau tak boleh takut. Oklah. Macam ni. Kau sudah tahu apa yang dimaksudkan Fatah?” aku hanya menjongket bahu.

“ kau tak boleh macam ni. Kalau betul kau tak bersedia. Kau kena tahu juga apa yang ingin diberitahu Fatah. Aku harap kau pergi.”

“ kau teman?”

“ nop. Kau kena pergi seorang diri. Ini antara kau dan dia.” Baiklah. Aku akan jumpa dia.

Aku lewat ke atau terlebih awal ni. Hampir setengah jam aku tunggu tapi tak datang-datang pun. Aku balik baru tahu.

Aku pandang menara Eiffel di hadapan aku ini. Tempat ini menjadi pilihan Fatah sendiri. Katanya tempat inilah yang menemukan aku dengannya.

“ maaf. Lambat.” Aku menoleh. Fatah kelihatan termengah-mengah.

“ takpa. Jadi boleh kita teruskan.”

“ ok.” Dia kembali serius. Tidak pernah aku lihat mukanya yang serius. Tiba-tiba hati aku ni berdebar-debar pula.

“ sebenarnya tujuan saya berikan ayat itu kepada awak kerana hati ini ada nama awak. Saya sudah mula jatuh cinta Jes.”

Aku terkedu. Jadi betul lah tekaan aku selama ini.

“ tapi… kita berkawan dulu boleh. Saya tak sukala kalau masa belajar saya bercinta.” Ujarku lantang. Ita…Ita…

“ itu terpulang kepada awak. Saya tak memaksa. Tapi apa isi hati awak terhadap saya?”

“ maaf. Saya tak tahu. Saya hanya anggap sebagai kawan saja selama ini. Harap awak faham.” Dia tersenyum.

“ saya tahu. Saya akan cuba buatkan hati awak jatuh hati kepada saya. Jesnita.” Aku tergamam.

 “ Awak nak tahu. Punca utama buat saya tertarik dekat awak adalah muka awak yang comel. Banyak ragam itu. Pertama kali saya jumpa awak, jujur saya katakan yang saya tidak boleh lupakan awak. Sampai dalam tidur pun muka awak muncul. Aneh kan?”

Aku tertawa kecil. Ada-ada sajalah Fatah ni.

“ itu ertinya awak sudah tak berapa nak betul.” Ujarku sambil tertawa.

“ tak. Itu ertinya saya mungkin jodoh awak.” Senyuman aku mati. Katanya begitu serius dan menusuk kalbu. Tak sangka aku akan hadapi perkara macam ini. Di depan Menara Eiffel ini.

“ Jes. Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama itu, mungkin aku tidak akan bersama kau lagi. Pernah awak dengar ayat ini?”

“ tak.”

“ tak apa lah. Jes. Saya betul-betul ikhlas mencintai awak. Semua itu kerana Allah yang titipkan perasaan ini. Saya tahu saya hanyalah manusia biasa.” Aku tanpa sedar berasa kagum dengan Fatah. Apakah perasaan ini.

*****
Hampir setahun aku berada di Paris ini. Ini juga bermakna yang perkenalan aku dengan Fatah juga genap setahun pada esok hari. Aku tak nafikan sepanjang sesi persahabatan kami, aku mula tertarik akannya. Aku seakan sudah jatuh cinta. Tapi aku tak tahu bagaimana ingin luahkannya.
Alin sendiri pun tidak tahu akan hal ini.

Memang benar kata orang, perasaan cinta itu akan hadir tanpa di pinta. Satu saja buat aku tertarik akan Fatah. Iman dia dan ketulusan dia. Itulah rahsia dia. Hurmm….

Kini aku berada di depan Menara Eiffel sekali lagi. Atas permintaan Fatah. Esok kan dia dah nak balik. Jadi aku pun ikut je lah. Tapi Alin ada. Tak boleh berdua-duaan. Dosa tu…

“ Alin. Mana Fatah ni. Lambatnya. Dia selalu macam ni.” Rungutku. Hampir satu jam tunggu tapi tak datang-datang pun.

“ eh? Itu bukan Lan ke?” aku melihat ke arah yang di tunjukkan Alin.

“ yala. Apa yang dia buat kat sini. Dia menuju ke sini lah.”

“ hai…” katanya dalam keadaan termengah-mengah.

“ apa yang kau buat kat sini? Mana Fatah?” soalku.

“ ini yang aku nak beritahu ni. Sekarang dia ada di lapangan terbang. Dia beri surat ini kat Jes.” Huluran surat dari Lan aku ambil.

Dengan rakusnya aku koyak bahagian atas dan membacanya.

Salam Jesnita…

Maaf kerana buat awak tertunggu-tunggu. Saya terpaksa pergi dulu. Maksud saya terpaksa pulang ke Malaysia terlebih dahulu. Ada hal yang tak dapat dielakkan. Harap awak dapat maafkan saya. Saya tahu lepas ni awak akan memarahi saya kerana sikap saya ini. Tapi saya terdesak. Saya tidak boleh beritahu kenapa. Awak akan tahu setelah berjumpa dengan saya. Akhir kata saya tidak akan lupakan awak.

Love you Jesnita…

Tanpa di pinta air mataku mengalir keluar. Kenapa kau buat aku macam ni. Tanpa khabar apa-apa pun kau pergi begitu sahaja. Hanya surat saja yang kau berikan.

Perasaan aku bercampur baur ketika ini.

“ Lan. Dia sudah bertolak?” soalku.

“ ya. Baru saja. Dia minta maaf kat Jes kerana tak dapat datang. Dia terpaksa pulang terlebih dahulu. Katanya ada hal penting.”

“ lebih penting dari saya. Lebih penting daripada perasaan saya.” Tanpa sengaja aku meninggikan suara. Aku tidak puas hati.

“ Ita. Sabar ya. Mungkin dia ada hal. Sabar ya.” Pesan Alin. Air mataku semakin galak menurun.

“ satu lagi dia ada kata yang dia belum tahu apa perasaan Jes. Tapi dia kata yang dia akan tunggu .”

Senang saja dia cakap. Sekarang baru aku tahu apa itu cinta. Seperti sekarang. Apabila Fatah tiada di depan mata baru aku nak melalak menangis. Ita….Ita… sabar duhai hati.

Air mata ku seka. Selepas dapat bertenang, aku dan Alin pun kembali semula ke rumah sewa.

Aku rasa kurang bersemangat pula. Hari masih berbaki 9 bulan sebelum dapat pulang ke tanah air. Mungkin aku tiada jodoh dengan Fatah. Betul. Aku harus lupakannya. Tapi itu tidak mungkin. Cinta yang baru tersemai di hati ini tidak mungkin akan dilupakan begitu sahaja.

“ Ita… ada orang telefon ni.” Laung Alin. Aku dengan lemahnya masuk ke dalam rumah.

“ helo..” ucapku.

“ helo. Jes ke ni? Ini Fatah.” Aku tersentak.

“ kenapa awak telefon. Bukan ke awak sudah lupakan saya.” Suaraku meninggi tiba-tiba.

“ Jes. Maafkan saya. Saya tidak akan lupakan awak. Saya terdesak. Saya Cuma nak tahu perasaan awak. Selama setahun kita berkawan, awak belum beritahu apa pun tentang perasaan awak.” Telefon digenggam kuat. Seperti mana hati ini.

“ saya tidak dapat beritahu kerana awak tiada di sini. Kalau awak nak tahu tunggulah setahun lagi. Bye!!..” pantas aku tutup telefon.

Fatah… kini giliran awak pula yang harus tunggu. Dulu saya. Kalau lah sekarang saya berada di Malaysia pasti Fatah akan cari aku sampai dapat.

*****
Esok aku akan pulang ke Malaysia. Tak sabarnya ingin jumpa umi dan abah. Juga Fatah… selama setahun aku berada di sini, setiap kali aku berada di depan Menara Eiffel. Aku akan teringatkan dia. Mana mungkin aku dapat lupakan dia begitu saja.

Macam mana lah keadaan dia di sana. Tanpa khabar berita. Aku sabarkan hati ingin berjumpa dengannya. Rindu sangat.

Semalam aku dapat berita dari umi yang ada orang dapat meminang. Aku memang terkejut. Aku tak tahu siapa kerana umi tidak mahu beritahu. Katanya esok baru aku tahu kerana esok aku pulang ke tanah air.

Apa lagi cubaan yang harus aku tempuhi. Fatah pun belum jumpa. Kalau betul aku bukan dengan Fatah sekalipun aku tidak akan terima pinangan itu. Aku masih belum buat keputusan yang pasti.

Ita… umi kau telefon ni.” Laung Alin dari bawah.

Pantas aku turun lalu menjawab panggilan umi.

assalamualaikum umi.”

waalaikumussalam.”

ada apa umi telefon ni. Tak sabar nak jumpa Ita ke?”

itu pun betul juga. Tapi ada satu hal lagi yang amat penting.” Hatiku kembali berdebar.

apa itu umi.”

macam mana dengan pinangan ini. Kamu terima atau tidak.” Aku mengetap bibir.

kalau tunggu esok tak boleh ke umi.”

kalau boleh sekarang.”

Ita tak mahu terima umi. Ita masih tunggu seseorang umi.” Luahku.

kalau macam tu. Umi dan abah pun tak boleh nak kata apa. Ini masa depan kamu. Esok bila sampai jangan lupa telefon umi ye. Biar umi jemput.”

yelah. Assalamualaikum umi.”

waalaikumussalam.” Ganggang telefon di letak. Fatah aku tetap akan tunggu kau. Aku harap kita dapat berjumpa di sini. Bukan di Malaysia.

*****
Menara Eiffel aku pandang buat kali terakhir. Lagi beberapa jam aku akan pulang ke tanah air. Aku pasti akan merindui Paris. Semua yang telah berlaku di sini pasti aku akan ingat sampai bila-bila.

“ Ita!! Aku pergi toilet jap. Kau tunggu aku di sini taw.” Aku hanya mengangguk.

Aku terus-menerus pandang menara Eiffel ini. Macam tak pernah tengok pula. Tapi buat kali terakhir.

“ Ita!! Jom..” laung Alin dari jauh.

Baru aku ingin melangkah pergi, ada seorang kanak-kanak yang menghulurkan sekuntum bunga mawar.

“ I’m sorry. But who give me this flower?” soalku kepada kanak-kanak itu.
Kanak-kanak itu hanya menggeleng.

Aneh…

Aku tatap bunga yang berada di tangan aku ketika ini. Ini adalah bunga kegemaran aku. Aku melihat sekeliling. Tiada orang yang dicurigai.

“ Alin… kau pergi dulu. Nanti aku menyusul!!” laungku.

“ takpa. Aku tunggu.” Balasnya. Aku tersenyum.

Aku dengan perlahan menapak ke Alin apabila penat menatap menara Eiffel itu.

Baru dua langkah aku melangkah, ada orang melaung namaku.

“ Jesnita!!! Jesnita!!!”

Aku menoleh.

Ada seorang lelaki yang aneh bagi pandangan mataku. Aku tidak jadi melangkah apabila lelaki itu menapak ke arahku.
Macam kenal la lelaki itu. Siapa ya.

Apabila lelaki itu semakin dekat, baru aku tahu siapa. Itu juga buat aku terkejut.

“ a..awak?” aku menekup mulut tanda tidak percaya.

“ betul. Ini saya.”

“ awak buat apa di sini?.” Perasaan aku ketika ini tidak dapat digambarkan.

“ saya datang ingin mengubati luka di hati awak.” 

“ maafkan saya kerana buat awak tertunggu. Awak juga buat saya geram.” Sambungnya lagi.

“ memang patut awak geram sebab awak buat saya marah dan menangis. Awak tahu ini kali pertama saya menangis kerana lelaki.” Luahku. Anak matanya aku renung.

“ maafkan saya sekali lagi. Saya terpaksa balik cepat masa itu kerana keluarga saya kemalangan. Tetapi sekarang mereka sihat.”

Aku terkedu. Nampaknya selama ini aku tersalah faham.

“ maafkan saya.” Luahku dan tanpa dipinta air mataku mengalir.

“ tak apa. Jes. Jangan menangis. Saya tak sanggup lagi ingin melihat awak menangis kerana saya. Tolong seka air mata itu. Please…” rayunya.

Aku tersenyum. Dengan segera aku seka air mataku.

“ macam mana awak tahu saya berada di sini?” soalku lagi.

“ saya ikut kata hati. Hati saya kuat mengatakan yang awak berada di sini.”

“ jadi awak masih belum lupakan saya?”

“ tak. Sama sekali tak.”

“ awak nak tahu. Kerana awaklah saya tolak pinangan orang yang datang taw.”

“ kenapa awak tolak?” aku terlopong.

“ kenapa? Salahkah saya tolak. Awak nak tahu sepanjang saya berada di sini saya asyik teringatkan awak. Rindu saya makin hari makin bertambah. Saya tolak sebab saya cintakan awak Fatah. Sanggup awak kata begitu. Awak sanggup kalau saya menikahi orang yang tidak dicintai?..” air mataku kembali menitis.

“ tidak.. mestilah tidak. Tapi kenapa awak tolak pinangan saya.” Ha… aku menekup mulut tanda tidak percaya.

“ betul. Keluarga saya yang datang pinang awak. Saya datang sini pun sebab awak tolak pinangan itu. Tapi kalau orang lain yang pinang awak tolak. Itu bermakna awak setia dengan saya. Kan?” ujarnya sambil tersengih.
Aku mencebik.

“ mengada…”

“ betul…” tiba- tiba dia melutut dan menghulurkan sekuntum bunga mawar.

“ Jesnita… sudikah awak menjadi isteri saya?” aku menekup mulut.
Ya Allah Fatah…

“ awak.. ramai orang tengok ni. Malulah saya.” Semua orang pandang. Ada yang senyum, ada orang ambil gambar. Alin ni menghilang ke mana pula.

“ biarlah orang nak tengok. Selagi awak belum jawab soalan saya, saya akan tetap terus melutut.” Aku mengetap bibir. Fatah…

“ Fatah… saya dengan ikhlasnya terima lamaran awak.” Ujarku sambil tersenyum.

“ Alhamdulilah. Jes aku pinang kau dengan bismillah.”

“ aku terima dengan alhamdulillah.”

Akhirnya kami sama-sama ketawa bahagia. Tak aku menyangka sama sekali Fatah akan datang.

Terima kasih Fatah…

*****
“ assalamualaikum cinta…” aku yang sedang melihat pemandangan di Paris terkejut. Tiba-tiba datang.

“ waalaikumussalam rindu…” balasku.

Kini aku sedang berbulan madu di Paris bersama suami yang tersayang. Fatah…

“ sayang buat apa..” aku tersenyum. Bahuku di peluk erat.

“ tengok pemandangan di sini. Tiba-tiba teringat pula kenangan yang berlaku di sini dulu.”

“ yang dulu tak usak lah ingat. Ingat yang sekarang sudahlah.” Hish… mengada…

“ mengada…” aku mencebik.

“ abang mengada dengan ayang je.” Aku tersenyum. Macam-macam la Fatah ni.

Aku dibawa ke dalam pelukannya.

“ Jes… abang akan sentiasa mencintai Jes dan menjaga Jes seumur hidup abang.” Luahnya. Aku menjadi terharu.

Pelukannya aku balas.

“ Jes pun begitu.”

“ Jes… abang nak anak boleh boleh?...” ujarnya sambil tersenyum nakal. Aku telan air liur.

“ Jes… jes… penat..” cepat-cepat aku lari masuk ke dalam bilik.

Tapi tidak semudah itu apabila Fatah cepat-cepat meraih pinggang aku dari belakang.

“ Jes… tidak kira ke mana pun Jes lari. Abang tetap dapat. Abang sayang Jes sepenuh hati abang.”

Aku tersenyum bahagia.

“ Jes pun sayang dan cintai abang.”

Tamat…

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers