Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday 5 January 2014

Sesuci Kasihmu 25





Tangannya digenggam kuat. Dengan itu dia dapat bertenang dan membuang rasa keresahan yang masih bertandang dalam dirinya saat itu. Perasaannya bercampur aduk ketika ini. Takut, sedih, marah dan tak lupa juga benci. Tapi dia dah terlambat untuk berpatah balik ke belakang kerana dia telah pun sampai tepat di depan bilik rawatan Syazwan.

Kalau diikutkan petang semalam dia ingin datang ke hospital. Tapi dia telah batalkan hasratnya kerana dia masih belum bersedia. Dia masih perlukan kekuatan untuk berjumpa dengan orang yang telah membuatnya sakit hati. Terlalu dalam sakit hati tanpa perlu dijawab.

Kini. Pada pagi ini. Dia telah mempunyai separuh kekuatan agar dapat berhadapan dengan orang yang bernama Syazwan dan Eslina. Malah dia telah bersedia untuk mengetahui apa penyakit Syazwan yang sebenar.

Dengan penuh debaran, dia menguak pintu bilik rawatan Syazwan itu. Dia juga dapat dengar suara-suara yang sedang bersembang dalam bilik itu.

“ Assalamualaikum…” Ucap Zahra sebaik sahaja masuk ke dalam bilik tersebut.

Semua yang mendengar salam itu pantas menoleh ke kiri. Semuanya terkejut terutama Syazwan. Hairul dan Eslina pula sudah mampu menghembus nafas lega kerana penantian mereka akhirnya berakhir. Zahra sudah datang untuk menemui Syazwan.

“ Waalaikumussalam..” Balas Hairul dan Eslina. Tapi Syazwan membalasnya dalam hati. Dia masih belum mampu untuk keluarkan suara. Rasa terkejutnya masih belum hilang. Adakah doanya selama ini dimakbulkan?

“ Sa..saya mengganggu ke?” Gugup Zahra keluarkan suaranya.

“ Eh? Tak lah. Memang kami tengah tunggu awak pun Zahra. Jemput duduk.”

Hairul bangun daripada duduk di kerusi. Eslina turut bangun. Mereka berdua nak beri ruang pada Zahra dan Syazwan bagi berbual. Lagipun kalau boleh Eslina nak sangat masalah mereka berdua selesai secepat mungkin.

“ Kami berdua keluar dulu. Korang berdua berbuallah.” Ujar Hairul lagi.

Pantas mereka berdua keluar daripada bilik itu. Zahra hanya melihat tanpa niat untuk menghalang. Dia sendiri masih terkejut. Tambahan pula selepas tengok perubahan pada Eslina. Dalam diam dia mengucapkan syukur. Baguslah kalau dia dah berubah.

“ Zahra…” Lembut Syazwan memanggil Zahra. Zahra kini nampak lebih berseri.

Zahra tersentak. Dia tak sedar yang Syazwan asyik leka memerhatinya semenjak tadi.

“ Maafkan saya.”

Zahra hanya berdiri sambil tertunduk. Entah kenapa, lidahnya kelu untuk bercakap dengan Syazwan. Bukankah dia nak serang Syazwan. Nak marah secukupnya. Tapi lain pula jadinya. Dia rasa malu pula nak berhadapan dengan Syazwan. Namun, rasa marah masih belum hilang dalam dirinya buat Syazwan.

“ Awak tak perlu minta maaf. Saya yang perlu minta maaf pada awak. Saya bukan seorang suami dan manusia yang baik buat awak. Saya sendiri tak mampu untuk menjaga awak sepanjang kita bersuami isteri. Dan sekarang. Saya telah biarkan awak jaga anak awak berseorangan. Maafkan saya. Saya berdosa pada awak.”

Zahra sendiri terkedu. Terkedu melihat Syazwan yang beria-ria meminta maaf pada dia dan mengalirkan air mata. Ini kali pertama dia melihat Syazwan menangis di depannya. Dia turut dapat rasakan itu tangisan keikhlasan. Namun, dia masih belum  bodoh untuk memaafkan Syazwan. Tidak semudah itu.

“ Kenapa pula awak nak meminta maaf? Memang patut pun saya dapat semua tu kan? Barulah awak puas hati.” Lembut tapi penuh dengan sindiran kata-kata yang keluar daripada mulut Zahra. Kalau boleh hari ini dia nak buang rasa marah dan bencinya pada Syazwan secukup-cukupnya. Dia juga tak peduli jika Syazwan sakit atau tak. Yang penting hatinya puas.

“ Ya! Dulu memang saya puas hati. Tapi tidak kini. Saya rasa sangat-sangat menyesal buat awak macam tu. saya tahu awak masih bencikan saya. Saya terima tapi tolonglah buang rasa benci tu dan maafkan saya. Masa saya dah tak lama. Satu je saya nak dari awak sebelum saya pergi. Maafkan saya?”

Syazwan menyeka air matanya yang masih mengalir itu. Sedaya upaya dia menahan diri daripada menjadi seorang yang lemah di depan Zahra. Namun, dia sendiri gagal. Dia terlalu berdosa pada Zahra.

Zahra mengetap bibir kuat.                                                                  

“ Awak ingat senang? Setelah apa yang awak buat pada saya macam tu. ingat senang ke saya nak lupakan? Ha?!” Zahra sudah mula membentak. Dia tak tahu dari mana datangnya semangat ingin memarahi Syazwan.

Syazwan terdiam. Nampaknya hati Zahra masih keras untuk memaafkan dia. Memang patut pun aku dimarah dan dibenci oleh dia. Dulu aku terlalu kejam buat dia.

“ Saya minta maaf..”

“ Kenapa? Kenapa sekarang awak nak minta maaf? Selepas awak sakit? Dah menyesal selepas awak sakit? Huh!”

Syazwan tersenyum hambar.

“ Ya. Saya dah dapat balasan yang setimpal. Balasan di atas apa yang telah saya lakukan pada awak. saya dah terima padahnya. Kini, saya Cuma mengharapkan kemaafan dari awak. tak kisah berapa lama tapi saya sanggup tunggu. Walaupun masa saya dah tak panjang.” Lirih sekali suara Syazwan ketika itu.

Zahra yang mendengar rasa sebak tiba-tiba. Kenapa mesti Syazwan jadi lemah macam ni? Mana Syazwan yang dulu? Mana?

“ Awak kan kuat? Awak juga kan suka pukul dan menengking orang. Tapi kenapa awak lemah sangat ni? Kenapa? Wake up Syazwan!” Nada suara Zahra sudah bertukar kepada merayu. Dia sendiri tak faham apa yang telah terjadi pada dirinya sekarang. Kejap-kejap marah. Kejap-kejap kasihan.

“ Zahra…”

“ Argh! Dahlah! Saya nak balik. Awak berlakon je lebih.”

Belum sempat Syazwan ingin menghalang, Zahra pantas keluar daripada bilik Syazwan dengan linangan air mata.

“ Wan.. Kenapa? Kenapa mesti macam tu?”

Zahra terduduk di kerusi luar bilik itu. Air matanya laju mengalir ke pipi. Dia juga rasa takut tiba-tiba.

“ Akak Zahra?”

“ Huh!” Cepat-cepat Zahra menyeka air matanya. Dia menoleh ke arah Eslina dan Hairul yang sedang merenung dirinya itu.

“ Abang Syazwan dah beritahu akak ke tentang penyakitnya?” Soal Eslina. Dia turut duduk di sebelah Zahra. Hairul hanya berdiri berhadapan dengan mereka berdua. Dia lebih selesa begitu.

“ Tak. Dia Cuma minta maaf, tapi akak pula yang marah-marah dia. Maafkan akak sebab masih belum mampu memaafkan dia. Dia telah buat hidup akak menderita.”

Eslina menganggukkan kepalanya perlahan. Dia faham apa perasaan Zahra waktu itu. Kalau dia berada di tempat Zahra. Dia juga takkan begitu mudah memaafkan Syazwan.

“ Zahra.. Awak nak tahu kan apa penyakit Syazwan.”

“ Mestilah. Kalau tak saya takkan datang ke sini. Sekarang beritahu saya. Apa penyakit dia?” Tajam Zahra memandang ke arah Hairul yang tengah memeluk diri itu.

Eslina mengerling ke arah Hairul sekilas. Dia takut Zahra tidak dapat terima kenyataan.

“ Syazwan mengalami barah otak. Barah otaknya dah sampai tahap yang paling kronik dah. Usaha doktor untuk membantu dia buat masa ini hanya boleh lambatkan virus-virus itu merebak terus di dalam badannya. Tapi, semua itu masih belum boleh menyembuhkan penyakitnya. Dia Cuma tunggu waktu saja. Kami juga hanya mampu berdoa buat dia.”

Jantung Zahra bagai ditusuk benda yang tajam pada ketika itu. Lebih tajam daripada kata-kata hinaan Syazwan pada satu ketika dahulu.

“ Akak.. kalau akak nak tahu. Setiap malam dia asyik bermimpi perkara yang sama. Dan selepas dia bangun je dari tidur. Dia mesti cari akak Zahra. Dia kata dia nak minta maaf. Kami berdua yang tengok pun dah rasa sebak. Apatah lagi akak yang dah lama hidup dengan abang Syazwan tu.” Eslina pula menyambung.

Zahra terdiam. Hanya air mata jadi penemannya ketika itu. Dia rasa lemah tiba-tiba. Tak sangka pula Syazwan dapat penyakit sebegitu. Dia ingat hanya biasa-biasa. Rupa-rupanya dia salah.

“ Kami harap awak dapat maafkan dia. Tolong buang rasa benci awak tu Zahra. Dia dah benar-benar menyesal. Lagipun dia dah dapat balasan yang setimpal di atas perbuatannya yang dulu. Tak guna juga jika awak terus-terus bencikan dia. Hanya kemaafan saja yang boleh membuatkan dia lega masa ni.”

Zahra masih juga berdiam diri. Benar juga kata-kata Hairul tadi tu. untuk apa dia terus-terus bencikan Syazwan sedangkan Syazwan dah dapat balasan yang setimpal. Allah dah turunkan azab buat dia.

“ Kami harap akak Zahra mampu memaafkan dia. Bukan sebab kami tapi sebab hati akak ikhlas. Kami tak nak hanya kerana kami suruh, akak pun boleh memaafkan dia. Kalau boleh kami nak akak ikhlas.”

Eslina menggenggam tangan Zahra seraya memberikan kekuatan. Dia tahu Zahra masih sukar untuk terima semua ini. Semuanya bagaikan mimpi.

“ Akak perlukan waktu. Maaf.. Akak pergi dulu.”

Pantas saja Zahra bangun dan berlari daripada situ. Dia dah tak hiraukan pandangan orang sekeliling. Tapi pergerakannya masih terbatas gara-gara perutnya yang memboyot itu. Dia tak mahu jika anaknya dalam keadaan bahaya.

‘ Sayang.. Mama perlukan pertolongan mu sayang. Mama masih belum dapat lupakan kebencian mama. Tapi mama juga rasa simpati pada dia. Apa patut mama buat sayang?’

**
Matanya terbuka luas. Nampak jelas cahaya di depannya itu. Selepas itu dia bangun sambil mencerna kembali apa yang telah terjadi padanya semalam. Sebaik sahaja dia berjaya ingat kembali, dia terus menumbuk katil dengan perasaan marah.

Namun tidak lama apabila dia terfikirkan Umi. Dia benar-benar terlupa untuk menelefon umi semula. Pasti umi risaukan dia sekarang.

Sebaik sahaja dia mendail nombor Umi, dia tersentak. Panggilannya tidak berjawab. Dia cuba sekali lagi. Namun, jawapannya masih sama.

‘ ya Allah. Lindungilah mereka yang berada di kampung. Janganlah berlaku apa-apa pada mereka.’

Tanpa berlengah, Izz pantas menyiapkan diri untuk pulang ke kampung. Dia takkan tenang selagi tidak melihat keadaan Umi di kampung. Dia perlu juga pulang ke sana.

Tapi belum sempat dia ingin masuk ke dalam bilik air, telefon bimbitnya kembali berbunyi. Dalam hati dia amat harapakn Umi yang telefon. Namun, Alif pula yang menelefon.

“ Helo.. Hurmm.. Ada apa?” Acuh tak acuh saja Izz menjawab panggilan tersebut.

“ Izz! Kita kena balik kampung sekarang! Umi.. dia..dia..”

“ Dia apa?” Jerkah Izz dengan perasaan takut.

“ Dia dekat hospital.”

“ What? Ya Allah.”

**
‘ Dia menghidap barah otak.’

Pantas mukanya diraup kasar. Kata-kata daripada Hairul pagi tadi kembali bermain di fikirannya. Dia rasa bersalah pula sebab marah-marah Syazwan tadi. Tapi apa boleh dia buat. Dia terlalu bencikan Syazwan.

Namun, dia juga rasa kasihan pada masa yang sama. Tak mungkin dia tak dapat maafkan Syazwan sedangkan dia pernah menyayangi lelaki itu. Runsing dibuatnya.

Akhirnya dia hanya berbaring di sofa dengan keadaan mata yang terpejam. Dia terlalu penat untuk berfikir. Lagipun tak baik juga untuk kesihatan dan anaknya itu.

Baru saja dia nak melelapkan mata, telefon bimbitnya pula berbunyi. Dengan malasnya, dia gagahkan diri menjawab panggilan tersebut sebab panggilan itu daripada Farah. Dia juga baru teringat Farah dan Alif tak ada. Keluar ke mana agaknya ye?

“ Helo.”

“ Helo kak! Akak cepat pergi siap-siap. Kejap lagi abang Alif pergi ambil akak dekat rumah.”

“ Nak pergi mana?”

“ Balik kampung. Umi ada dekat hospital sekarang ni.”

“ ha? Ya Allah.”

Zahra mula rasa cemas. Umi!

“ yelah. Akak pergi bersiap. Harap-harap Umi okey.”

“ Baiklah..”

Selepas sahaja menamatkan talian, Zahra pantas melangkah ke biliknya. Dia hanya bawa apa yang penting sahaja. Lagipun dah tak sempat. Mujurlah tudungnya belum dilucutkan selepas pulang daripada hospital tadi. Kalau tidak lagi lambatlah jawabnya.

Sebaik sahaja selesai mengemas, telefon bimbitnya sekali lagi berbunyi. Zahra jadi makin kelam kabut.

“ Helo Farah. Kenapa?”

“ Saya Hairul.”

Zahra terdiam. Ingatkan Farah. Nak apa pula ni?

“ Saya Cuma nak beritahu awak yang Syazwan tidak sedarkan diri sekarang ni. Doktor kata dia dalam keadaan tenat.” Maklum Hairul.

Zahra yang mendengar makin bertambah cemas. Itu belum tambah dengan hal Umi lagi. Ya Allah. Kenapa hari ni terlalu banyak cubaan untuk aku? Mula-mula Syazwan lepas tu Umi. Yang mana aku harus pergi?

“ Jadi? Awak nak saya buat apa?”

“ Saya nak awak datang jumpa dia buat kali terakhir. Saya takut dia tak sempat nak tengok wajah awak kali terakhir. Saya juga harap kemaafkan awak untuk dia.”

“ Not now Hairul! I have something to do. I’m sorry.”

Zahra pantas menekan punat merah bagi meletakkan panggilan. Dia dah makin runsing sekarang ni. Syazwan atau umi?

Pon! Pon!

Bunyi hon kereta mengejutkan Zahra yang sedang berfikir. Nampaknya kereta Alif dah sampai. Rasanya dia perlu melawat Umi terlebih dahulu.

‘ Maafkan saya Wan. Saya harus jumpa dengan orang yang saya lebih sayangi dulu daripada awak. saya tahu awak amat mengharapakan kemaafan dari saya. Tapi awak perlu tunggu. Kalau awak ikhlas awak pasti sudi menunggu kan?’

Dengan nekad, Zahra masuk ke dalam kereta Alif. Dengan harap kepulangannya ke kampung dapat menyembuhkan Umi sedikit demi sedikit. Syazwan? InsyaAllah selepas semuanya kembali seperti biasa. Dia akan pergi melawat Syazwan pula.

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers