Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday 21 September 2016

Cerpen : Dia Sang Misteri

Assalamualaikum.

Akhirnya. Berkurun lama ada juga cerpen baru. Maafin. Haha. Aku tak nak bebel panjang sebab korang bukan baca pun. By the way.. cerpen ni hasil tangan dua orang. Means hasil tangan aku dengan seorang adik ni. Aku tolong dia. Lagipun ada kisah dia juga dalam cerpen ni. So, enjoy kayh? 



Suasana pantai amat mendamaikan hati aku. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajahku  dan sekali gus membuatkan aku merasa lebih tenang. Segala masalah yang aku hadapi bagaikan lenyap begitu sahaja.

Aku memerhati sekeliling. Orang terlalu ramai. Maybe sebab musim cuti sama. So, orang ramai bercuti ke sini. Arh! Terasa damai sangat sekarang ni. Aku toleh sekilas ke arah pantai. Di mana abah dan adik-beradik aku sedang bermain air. Tersenyum aku seketika. Gelagat mereka mencuit hati aku.

“ Akak! Mari la join sekali!” salah seorang adik aku melaung.

Aku terus menggelengkan kepala.

“ Tak nak la. Korang main je la!”

Gila ke apa nak aku main air dengan pakaian aku macam ni? Aku tunduk tengok diri aku. Aku mengenakan jubah berwarna purple bersama dengan tudung bulat labuh yang sama warna juga. Memang langsung tak sesuai la kalau ajak main sama. Haha. Mahu orang tengok pelik. Sekarang pun orang dah tengok pelik. Tapi apa yang nak pelik? Bukannya aku tak pakai baju. Entah dorang ni!

Aku ambil tempat dan duduk bersila jauh sikit daripada air. Sempat juga aku menangkap gambar pemandangan indah di pantai pada waktu petang. Cantik sangat. Tak rugi aku datang sini. Sedang elok aku ambil gambar, aku tak sengaja terambil gambar sebuah keluarga. Aku terus letakkan kamera dekat bawah dan melihat ke arah mereka.

Kelihatan ada seorang wanita sebaya mak aku disertai 3 orang hero dan seorang princess tengah jogging. How sweet! Comel pula aku tengok dorang tu. Haha. Lepas tu dua orang hero yang kelihatan lebih muda dari aku tu melintasi aku pula. Memang aku nak tersenyum je la. Comel! Aku perasan pula seorang lagi hero belakang makcik tu. maybe anak sulung sebab nampak lebih tua. Nampak matang sikit. Tak la tua sangat. Haha. Dan dia tengah dukung princess. Adik dia maybe. Haih! Mana la aku tak cair weh! Handsome. Sweet! Arh! Okay melebih. Haha.

“ Akak! Dah kenapa senyum sorang-sorang?” Soal adik aku dengan riak muka tertanya-tanya.

Aku tersedar. Cepat-cepat aku cover dengan seriuskan muka balik.

“ Eh! Mana ada! Tapi salah ke senyum sorang-sorang? Tak kacau kau pun kan?”

Sempat aku menjongketkan kening ke arah dia dengan renungan tajam. Haha.

"Kau ingat cantik buat mcm tu?" Dengusnya lantas berlalu pergi.

Tak puas hati la tu. Haha.

"Tahu takut. Suka hati aku la. Yang kau sibuk-sibuk tu kenapa?" Gumam aku perlahan. Sibuk je dia.

Aku kembali toleh ke depan. Dan aku tersentak. Alamak! Dorang perasan ke aku cakap sorang-sorang? Sebab dorang macam tertengok aku je tadi. Adeh! Cover selagi boleh! So, aku hadiahkan senyuman pada mereka. Haha.

Dan lega bila mereka turut balas senyuman aku. Okay! Rasa teruja kejap. Kah! Tambah-tambah anak sulung makcik tu. senyuman dia pergh! Bikin cair hati perempuan macam aku ni. Adeh! Melebih kau Fasihah! Sempat jugalah aku perhati sampai dorang dah hilang. Aku tersenyum lantas kembali melihat ke arah abah dan adik-adik aku.

Tiba-tiba aku terdengar derapan kaki orang. Erk! Siapa pula tu? Gara-gara nak tahu. Aku cepat-cepat toleh ke belakang. Ya Allah! Dua hero tadi! Mereka datang balik? Kenapa erk? Aku lihat mereka dengan senyuman. Dah dorang senyum dekat aku. Nak kata apa lagi? Balas je la. Senyuman tu kan satu sedekah.

Tapi kenapa senyum dekat aku? Macam pelik je. Ke aku pelik sangat petang ni? Biarlah! Aku toleh semula ke depan. Dan aku tersentak besar. Ya Allah! Makcik tu lalu depan aku. Tapi kenapa depan aku? Sah-sah la depan aku tu ada air. Aku tunduk tengok kasut makcik tu. Tak basah ke? Okay! Aku melalut apa ni?

Aku angkat muka bila perasan ada seorang lagi lalu depan aku. Bila aku tengok muka empunya diri tu. Aku terkedu besar. Hero sulung makcik tu tengok aku then senyum. Yang lebih mengejutkan bila jarak aku dengan dia lebih kurang satu inci je. Nasib baik aku duduk. Kalau bangun? Fikir sendirilah.

Aku ingatkan sampai situ ja. Tapi selepas tu lagi dua orang hero pula lalu depan aku dan semestinya dengan senyuman juga. Dah kenapa dengan dorang ni? Senyum pandang-pandang aku. Apa salah aku? Aku buat salah ke? Kenapa banyak kejutan sangat ni?! Wuargh!

“ Akak?”

Aku terus menoleh gara-gara terkejut.

“ Apa?”

“ Kenapa akak nampak terkejut?”

Aku terdiam. Aku cari keluarga tadi. Dah hilang. Arh! Jauhnya aku mengelamun.

“ Tak ada. Tak ada apa-apa lah.”

Terus aku tutup muka. Rasa malu dan pelik menerpa ke dalam hati. Aiseyman! Lupakan soal tadi. Lupa! Tapi rupa lelaki tadi aku memang tak boleh lupa. Adeh!

**
Huargh!! Akhirnya dapat datang ke pantai balik. Yela cuti raya kan? Macam biasa la. Datang sini untuk melepaskan stress. Dan semestinya pemakaian aku dah tak macam aku datang hari tu. Haha. Aku memandang sekeliling. Kelihatan ramai juga orang datang sambil menikmati keindahan pantai. Sambil-sambil aku melihat orang, aku ternampak seseorang yang aku rasa macam kenal. Aku tersentak bila pasti macam dia. Tapi?

"Dia? Lama juga aku tak nampak  dia dengan family dekat sini. Tapi dia dengan siapa tu?" Gumam aku perlahan. Eh salah orang kut.

"Fasihah! Ya Allah, lama dah tak jumpa kau. Mana kau menghilang?"

Aku tersentak dan terus toleh ke arah lain saat dengar nama aku dijerit. Bila dapat kenal pasti siapa aku terus tersenyum lebar. Anis! Sahabat tercinta aku.

"Anis! Kau pun sama. Aku ada je cuma sibuk sikit. Rindu arh dengan kau. Do you miss me, honey??" Kataku sambil tersenyum nakal.

Hahaha. Jangan salah faham. Aku dengan bestfriend aku memang macam ni.

" Of course I miss you so much, dear. Jom pergi lepak dekat bawah pokok sana. Nak feeling dengan kau." Katanya seraya memaut lembut tangan aku.

" Kau apa cerita sekarang? Semakin comel dan berseri je aku tengok. Ada sesuatu kau sorok dari aku ke? Yela dah berbulan aku tak dengar khabar kau, sunyi sepi je selepas tamat belajar." Anis bertanya kepada aku.

" Mana ada comel dan berseri. Kau ni dah bermata empat rabun lagi ke? Aku tak sorok apa-apa pun dari kau. Aku macam ni la, kerja balik makan tidur. Ada masa free aku datang la melepaskan stress dekat sini." Mataku memandang orang lalu lalang disitu.

" Sedap mulut kau kata aku macam tu. Aku hempuk kang dengan buah kelapa baru kau tahu, kau lupa ke kau sedang berhadapan dengan siapa." Mencerlung matanya ke arah aku.

Aku tertawa kecil. Kelakar tengok reaksi geram dia tu.

"Wohoo! Rileks la. Aku tak kahwin lagi kut. Tolong bagi buah kelapa kau untuk pakcik yang menjaja air kelapa dekat sana. Ada juga faedahnya. Jom la pergi makan. Lapar pulak bila jumpa kau ni. Lagipun dah lama kita tak melepak bersama kan, kan?" Muka comel aku bagi dekat Anis. Anis apa lagi tunjuk muka cuak dia la. Haha.

Kami berjalan menuju ke sebuah gerai berhampiran pantai itu. Kami melilau mencari tempat duduk digerai. Yela musim cuti mana tak ramai orang kat sini. Alhamdulillah pemilik gerai ni dapat rezeki lebih hari ni.

"Kau nak makan apa?" Soal Anis.

" Macam biasalah, nasi goreng USA dan jus oren." Kataku kepada pelayan di gerai itu. Then, dia berlalu pergi selepas mengambil pesanan daripada kami.

Aku kembali tengok ke arah Anis. Dan aku mengerutkan dahi saat melihat dia. Dah kenapa tengok aku macam tu?

"Asal kau pandang aku macam tu? Tersenyum-senyum, macam orang tak betul dah aku tengok kau ni, lempang kang." Aku mengangkat tanganku untuk menampar bahu kawan aku.

"Eh! Sejak bila tangan ni pandai nak lempang orang, hah? Kau tak ada boyfriend ke? Tapi tipu la kau kata tak da.” Ujarnya sambil mencebik tanda tak percaya.

"Eh betul la. Siapa la nak kan aku ni." Ujarku dengan nada sayu. Berlakon je lebih. Haha.

Belum sempat dia nak membuka mulut. Makanan dah sampai dulu. Selamat! Tak ada la dia tanya banyak. Haha. Mulut dia kecoh juga kot.

"Nasib makanan dah sampai, kalau tak memang aku akan jadi mak nenek kau nanti." Bebel Anis sambil merenung tajam ke arah aku.

Aku apa lagi senyum jela yang mampu. Melebih karang ada juga yang masuk dalam laut sebab kena humban dengan mak nenek ni. Yalah menjawab je kerjanya. Minta jauh la. Hehe.  Maaf Anis sebab mengata kau dalam diam.

" Kau ni dah kenapa geleng-geleng  lepas tu berkerut dahi bagai?"

Aku tersentak. Erk! Ye ke aku tergeleng-geleng? Erk! Tanpa mendengar jawapan aku dia dah layan makanan yang sudah siap terhidang depan kami. Apa-apa jela mak nenek. Malas nak layan kau.

Selesai makan, kami membuat keputusan untuk pergi berjalan di tepi pantai. Ambil angin sambil berbual. Lagipun dah lama kami tak gosip. Haha. Tapi elok je kami tengah berbual, tiba-tiba ada sepasang pasangan lalu betul-betul depan kami.

Bila aku dapat kenal pasti lelaki yang lalu depan kami tadi. Aku tersedar.

"Eh! Jap. Macam kenal mamat ni. Dia ke? Tapi dengan siapa? Sebelum ni tak pernah jumpa pun." Getusku dalam hati.

Pada masa yang sama dia tersenyum ke arah aku. Betul la dia tapi selepas tu dia dah pergi jauh dari kami. Tu siapa ye? Kekasih hati dia ke? Ish, apa aku melalut ni. Tak kisah la kekasih dia ke, isteri ke. Yang kau kisah apa hal? Kau da jatuh hati dekat dia? Minta jauh.

"Fasihah? Hello, kenapa kau tetiba diam ni. Dah kena sampuk dengan hantu laut ke?" Anis merenung ke arah aku dengan reaksi bingung.

Aku apa lagi terus cover dengan sengihan. Fokus pada Anis. Tapi dalam hati tertarik-tarik nak tengok ke arah dorang. Cuma tak berkesempatan.

"Hehe tak ada apa la Anis. Jom la sambung jalan balik.”

 Tanpa berlengah lagi aku dan Anis sambung perjalanan kami yang terbantut sebentar tadi. Tengah seronok  berjalan sambil berbual. Tiba-tiba Anis merengek. Aku tengok dia pelik.

" Aduh!! Kejap-kejap, aku rasa hurm nak, hehehe."

Anis pandang aku dan buat muka comel lepas tu berkerut balik.

"Kau kenapa? Kau jangan buat aku panik boleh tak? Cepatlah cakap." Desak aku sambil merenung dia dengan wajah kerisauan.

"Aku nak pergi tandas jap nak buang apa yang patut."

Menonong dia pergi meninggalkan aku yang terkebil-kebil ni. Ish minah ni, ada ke patut dia tinggalkan aku macam tu je. Lepas ni konfirm dia cari aku macam hilang anak pulak. Biarkan, siapa suruh tinggal aku macam patung cendana. Rungut aku dalam hati.
 
Sambil menunggu Anis melepaskan hajat dia, aku membuat keputusan untuk menunggu dia di bangku yang disediakan. Tanpa berlengah aku terus duduk apabila ternampak bangku yang masih kosong.
Huh! Akhirnya dapat juga aku melepaskan lelah. Penat berjalan. Mataku mula meliar melihat suasana pantai itu. Semakin ramai orang berkunjung ke sini. Tak hairan sebab musim cuti kan? Lagipun dah petang. Sedang aku seronok melayan panorama pantai. Tiba-tiba aku rasa macam ada seseorang yang duduk di sebelah aku. Gara-gara mahu tahu, aku terus menoleh ke sisi aku.

Tak fasal juga aku tersentak kecil bila lihat lelaki tadi duduk di sisi aku sambil melihat ke arah pantai. Maybe perasan aku tengok ke arah dia, so dia toleh ke arah aku dengan senyuman manisnya itu. Oh gosh! Tak mahu dicop sombong aku balas senyumannya. Yang pasti kekok sangat. Then, kami sama-sama toleh semula ke arah pantai.

Selepas itu, hanya kedengaran ombak pantai sahaja. Sunyi sepi. Aku dengan dia macam dalam dunia sendiri. Tapi nak juga dengar suara dia tegur aku. Kahkah. Perasan kau Fasihah! Seminit kemudian. Tiba-tiba dia mengeluarkan suara sekali gus membuatkan aku tersentak lagi.

"Hai."

Aku terus menoleh dan melihat ke arahnya yang menyapa aku itu. Senyuman pula langsung tak lekang daripada bibirnya. Yang pasti jantung aku dah mula membuat kerjanya. Dan aku pun jadi blur gila. Bila dah dapat hadam, baru lah aku tersenyum balik.

Tapi, belum sempat aku nak menjawab, dia dah bangun dan berlalu pergi. Peliknya dia ni. Tegur aku lepas tu pergi macam tu je. Awak tahu tak awak buat saya dah tak tentu arah sekarang ni? Huargh!

Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Bila tengok nama di skrin, aku pantas mengangkat panggilan tersebut. Confirm dia tengah cari aku. Mak nenek ni la.

" Assalamualaikum , hello mak nenek. Aku dekat bangku ni. Kau cari la aku sampai dapat. Siapa suruh kau menonong pergi macam tu je. Balasan buat kau, hehe." Bebel aku kepada Anis.

" Wa'alaikumussalam, sedap spicy kau panggil aku mak nenek. Nasib kau tak da dekat depan aku sekarang ni. Kalau tak memang lumat dah aku tumbuk kau. Yela, aku cari sampai jumpa, kejam betul hati kau buat aku macam ni." Rungut Anis kesedihan lantas mematikan talian tanpa sempat aku nak jawab.

Akhirnya aku terus tertawa kecil. Mesti kelakar reaksi dia sekarang ni. Anis. Anis. Aku simpan telefon ke dalam beg dan pandang semula ke hadapan. Tapi aku terus terkelu lidah bila aku perasan ada seseorang tengah pandang aku daripada tadi. Bila aku tengok dia, dia terus berlalu.

Aku tengok dia pergi sampai akhirnya aku mengeluh kecil. Dah kenapa dengan lelaki tu? Pelik! Mahu buat aku terfikir juga ni. Huarh! Sadis!

**
Beberapa hari telah pun berlalu. Ini bermakna dah dekat seminggu kejadian terserempak dengan lelaki tu berlalu. Aku tak habis fikir betul fasal dia. Entah! Aku pun tak faham. Dah kenapa lately ni asyik terfikir lelaki asing tu je. Huh! Buang masa betul lah. Baik sambung kerja.

Yalah. Takkan aku nak tinggalkan butik aku ni dekat pekerja aku je. Kesian la dorang. Nama je boss tapi menyusahkan pekerja apa kes kan? So, aku kena juga kerja balik. Lupakanlah kejap fasal lelaki tu Fasihah!

" Boss!" Sergahan salah seorang pekerja aku, Rina membuatkan aku tersentak. Sekali gus membuatkan aku melupakan fasal kes minggu lepas.

"Apa dia intan payung yang paling bagus dalam menguruskan butik saya." Perli aku lantas sambung kerja aku yang tergendala tadi.

"Maaf la boss, saja je buat macam tu. Yela boss tu buat kerja ke termenung? Tu pasal saya sergah tadi. Ada apa-apa yang menarik ke waktu cuti sampai tersenyum sorang-sorang ni? " Tanya Rina kepadaku dengan riak muka ingin tahu dia tu.

Aku merenung tajam ke arah dia. Rina ni pekerja aku merangkap kawan baik aku sejak aku kenal dengan dia. Dia ni dah la cantik, tinggi pula tu. Boleh dikatakan cukup pakej la. Tak macam aku pendek tapi comel. Okay! Perasan kau Fasihah!

" Banyak cantik muka kau, aku tengah cuci baju tak nampak ke? Ada ke patut kata aku termenung, buang masa je. Dah kau nampak aku tengah buat kerja, buat kerja la. Pasal cuti aku mestilah menarik. Sapa tak suka bercuti? Rugi kau tolak tawaran aku nak ajak kau pergi bercuti." Ejek aku dekat Rina.

Butik aku ni boleh dikatakan butik untuk pengantin dan muslimah, semua baju aku jual. Hehe.

" Eleh orang tanya sikit dah sentap. Bukan saya tak nak pergi la dah ada hal lain yang saya perlu uruskan nak buat macam mana." Ujarnya  sambil bermain dengan pen.

" Yang kau ni tak da kerja ke nak buat. Kacau aku je kerjanya. Jangan sampai aku potong gaji kau kot.” Ujarku dengan senyuman sinis pada dia. Lebih pada nak mengusik je sebenarnya.

" Tahula awak boss. Tapi tak perlu la sampai potong gaji. Saya ni cukup makan-makan je takkan la tak kesian. Jahat punya kawan." Ujarnya dengan riak tak puas hati. Belum cukup dengan tu, kaki pula dihentaknya ke lantai. Tanda protes la tu. Haha.

Bila dia berlalu, aku pula tersengih. Aku bukan apa. Cuma tak nak terlalu layan dia. Aku kalau dengan dia berbual. Sampai ke esok pagi pun  belum tentu habis. Mulut kecoh biasa la tu. Lagipun takkanlah aku nak potong gaji dia. Tak ada sebab. Haha. Sambung kerja la Fasihah.

Sedang aku mengira stok pakaian bulan ni. Telinga aku tiba-tiba terdengar bunyi bising dekat depan. Pelik! Siapa pula yang buat kecoh dalam butik aku ni. Tanpa berlengah aku terus keluar untuk melihat apa yang telah berlaku.
 
" Rina? Kenapa ni? Kecoh je aku dengar. Sampai dalam bilik boleh dengar. Ada apa sebenarnya ni." Aku memandang pelik ke arah Rina.

Rina tengok aku kemudian memuncungkan mulutnya ke arah gadis di depannya saat itu. Oh! Aku baru perasan. Aku tengok perempuan tu dengan senyuman senget. Seksi gila. Apa yang dia buat dekat sini? Kalau nak beli pakaian macam dia rasanya bukan butik aku tempatnya. Ke dia silap butik? Dah tu mata tu pula asyik jeling ke arah aku je. Apa? Nak cari fasal?

" Ye cik? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Soalku. Custome always right Fasihah.

"I Jasmine. I nak cari baju muslimah design terbaru." Ujarnya  dengan gaya angkuh extra gedik nak termuntah aku tengok.

Sabar jela dengan pelanggan aku ni. Sombong betul dia ni belum ditambah dengan kegedikan dia. Nasib kau ni pelanggan aku. Kalau tak memang aku dah seret kau keluar dari sini.

"Oh sila ikut saya ye cik. Baju ni untuk siapa ye?" Dengan senyuman aku menyoal dia. Tapi hampa bila dia beri aku jelingan maut. Haih! Ni memang cari fasal namanya. Aku sepak jangan tanya kenapa.

"Untuk auntie I. I nak bagi hadiah untuk hari jadi dia." Jawabnya sambil membelek baju dekat situ.

Aku membuat anggukan kecil. Aku tengok dia dengan perasaan sabar. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Sempat juga dia tengok ke arah aku sebelum menjawab panggilan tersebut. Macam nak makan orang je gayanya.

“ Hello you.  Kenapa? I ada dekat butik sparkle ni. You datang sini la. Okay bye.”  

Dia kembali memilih baju bila panggilan tamat.

" Hurm cik. Saya pergi ke hadapan kejap. Pilih la yang mana suka. Rina tolong ye? "

“ Okay.”

Aku biarkan je dorang memilih baju yang dorang suka. Aku gerak ke pintu utama butik. Sebenarnya nak tenangkan diri kejap. Sebab dari tadi rasa semacam je. Baru je aku nak tolak pintu ke arah luar, ada seseorang terlebih dahulu tolak ke arah dalam. Aku terdiam seketika.

Tapi bila aku tengok ke arah tuan punya diri. Aku tersentak kecil. Dia pun macam tu juga. Masing-masing terkedu. Cuma, tak lama bila aku sedar yang aku dah memandangnya terlalu lama. Cepat-cepat aku berikan dia laluan untuk masuk. Maybe lelaki ni yang Jasmine maksudkan tadi. 

“ Awak!”

Aku baru nak berlalu. Dia dah panggil. So, sekarang aku membelakangi dia. Tak tahu kenapa hati aku tak kuat nak berdepan dengan dia. Jantung dah mula memainkan rentak. Argh! Dah kenapa? Tapi kan? Betul ke dia panggil aku? Okay! Blur kejap.

“ Awak?”

Aku jadi teragak-agak nak toleh. Tapi dia macam menanti jawapan aku. So, aku pun toleh ke arah dia dengan senyuman kekok.

“ Saya ke?”

“ Yela. Takkan patung sebelah awak pula?”

Aku tersengih kekok. Buat lawak pula.

“ Kenapa dengan saya?” Soalku bila dia macam tak ada tanda nak cakap.

“ Awak buat apa dekat sini?” Soalnya dengan senyuman manisnya tu.

“ Erk.”

Aku tak sempat jawab bila Jasmine dan Rina datang. Aku pula cepat-cepat tengok ke arah lain. Tak nak kantoi dengan Jasmine.

“ You! Jom. I dah dapat apa yang I nak.” Suara Jasmine dengan riak gembira.

Aku tengok pula ke arah lelaki itu. Dia pun turut tersenyum. But, why he don’t looked happy. I mean, nampak macam paksa diri untuk senyum. Tak macam senyum dekat aku tadi. Okay! Perasan kau!

“ Okay jom. You pergi dulu. Nanti I menyusul.”

“ Okay.”

Usai saja kelibat Jasmine hilang. Dia kembali fokus padaku. Aku pula dah terkelu lidah nak berkata-kata. Mujur Rina dah masuk ke dalam kembali.

“ Saya tak tahu kenapa. Tapi saya makin yakin yang saya perlu tahu awak.”

Aku terkedu. Kedengaran tegas kata-kata dia.

“ Apa awak maksudkan ni?” Aku tersenyum sinis. Berpura-pura tak tahu apa-apa.

“ Awak sang misteri tu.”

Dia berlalu tanpa sempat aku menanya lebih lanjut. Sepatutnya aku yang cakap dekat dia. Dia yang sang misteri. Bukan aku. muncul then menghilang. Arghh! Serabut!! Siapa kau wahai sang misteri!!!

**
Bosannya duduk rumah. Hari minggu macam ni tak ada benda yang boleh dibuat ke? Bosan ya amat. Hurmm. Teringin juga nak jenguk ke pantai. Tapi kena jimat duit minyak. Haha. Bukan dekat tapi jauh juga. Aduduh! Apa benda aku nak buat ni? Aku pandang siling dengan renungan kosong.

Tok! Tok!

Aku menoleh ke arah pintu saat diketuk. Siapa lagi kalau bukan Rina. Dia stay dengan aku.

" Ye! Masuk la. Aku tak kunci pun pintu tu." Laungku lantas bangun duduk.

Dia masuk ke dalam bilik aku dengan senyuman. Aku tengok dia yang sentiasa senyum tu. Cemburu aku tengok. Sentiasa senyum macam tak ada masalah satu pun.

"Awak tak mandi lagi? Jom keluar pergi mall cuci mata. Lama dah kita tak keluar bersama. Tak bosan ke duduk kat rumah? Cepat la bersiap. Hari ni saya belanja awak. Awak cakap je nak apa. Saya tunggu dekat bawah tau. Dah bangun. Cepat sikit."

Aku terlopong saat dengar dia cakap dan terus keluar sebaik sahaja selesai. Pergh! Macam bertih jagung dah dia cakap tadi. Alahai Rina. Bukan main excited kau. Haha.

" Fasihah! Lamanya awak bersiap. Cepatlah sikit. Saya tunggu awak dekat kereta jela jangan lupa kunci pintu rumah tau."

Aku baru nak pakai tudung kot. Dia dah keluar ke kereta. Sabar je la. Excited sangat tu yang jadi macam tu. yang penting dia belanja hari ni. Kahkah! Mari kita habiskan duit dia. Hahaha.

“ Okay jom.”

Hampir 10 minit memandu. Akhirnya sampai ke shopping mall. Aku hanya ikut je ke mana Rina pergi. Lepas satu kedai, satu kedai lagi dia masuk. Tapi hampeh! Tak ada satu barang pun dia beli. Haih dia ni. Aku dah lenguh kaki kot.

" Rina jom ke kedai buku jap. Aku nak cari novel. Dah lama aku tak beli novel." Ujarku bila nampak kedai buku popular. Bersinar terus mata aku. Haha.

" Baiklah tapi jangan lama sangat. Awak bila jumpa je novel macam nak berumah dekat situ terus sampai lupa nak balik." Bebel Rina.

Aku senyum jela. Apa yang dia kata tu semuanya betul. Maklum la aku kan hantu novel. Aku dan Rina terus masuk dan pergi dekat bahagian novel. Makin bersinar mata aku bila banyak novel baru. Tangan aku baru nak capai satu novel tapi tak sempat bila tubuhku dirempuh dari tepi. Akibatnya, aku hampir tersungkur ke belakang.

" Aduh! Sakitnya bahu aku!” Aduhku lantas usap bahuku perlahan. Orang ke apa yang rempuh aku tadi. Tak reti tengok jalan ke apa?

" Eh! Sorry. Sorry tak sengaja. Awak tak apa-apa?" Dia merendahkan tubuhnya untuk melihat aku. Yelah aku kan pendek.

Tapi aku terdiam sejenak. Aku jadi makin takut nak angkat muka tengok empunya diri. Kenapa suara dia familiar sangat? Dengan rasa ragu-ragu aku dongakkan kepala untuk tengok dia. dan kami berdua terkedu seketika. Dia!

“ Awak?!” Serentak kami menjerit. Tapi tak kuat sangatlah. Terkejut punya fasal.

“ Awak okay?” Soalnya prihatin.

Aku terus menganggukkan kepalaku. Rasa segan menerpa ke dalam diri aku. nak tengok dia pun jadi takut. Aku baru nak lupa fasal kejadian minggu lepas. Tup-tup dia muncul pula depan mata aku. Habis? Macam mana nak lupa kalau gini caranya?

" Fasihah? Awak tak apa-apa?" Muncul Rina sambil tangan dia membelek muka aku. Macam budak kecil pulak aku dengan layanan Rina ni. Malu aku dibuatnya. Dah la di depan mamat misteri ni.

"Aku okay la. Sikit je ni." Tenang aku berkata-kata.

Then, terdengar orang berdehem. Terlupa aku sekejap yang mamat misteri ni masih ada depan kami.

“ Eh! Maaf.” Suara Rina dengan sengihan. Aku Cuma berdiam diri.

" Hurm it’s okay. Jom saya belanja makan." Pelawanya dengan senyuman.

Aku? mestilah tak nak. Aku nak mengelak weh! Tolonglah! Tapi Rina menghancurkan segala-galanya.

" Eh! Boleh je. Jom Fasihah. Orang dah ajak takkan nak tolak. Tak baik tahu kita tolak." Dia mula dah memujuk. Haih.

 " Yelah. Tapi sebelum tu zip mulut kau dulu okey?" Sempat aku berbisik kepada Rina sebelum kami berdua ikut langkah lelaki tu dari belakang.

Sebelum tu, aku pergi ke kaunter dulu bagi buat bayaran. Novel wajib aku ambil. Kalau tak rugi je la datang. Sebaik sahaja selesai, aku melangkah ke arah mereka berdua yang tengah menunggu itu. Bila nampak aku, Rina berdiri di sisi aku. Dia aku biarkan jalan dahulu. Tapi ada juga dia cuba nak berbual dengan aku. Cuma, aku ambil kisah tak kisah je.

" Korang nak makan dekat mana? Cakap je saya belanja." Soalnya sambil memandang ke arah kami.

Belum sempat aku nak beri reaksi apa-apa, Rina tiba-tiba tarik tangan aku jauh sikit daripada dia. aku tersentak seketika. Dah kenapa?

 "Kau kenapa Rina?" Soal aku inginkan kepastian.

"Awak tu jalan boleh tak tengok depan. Awak hampir langgar dia la." Terang Rina satu persatu.

Aku terdiam. Aku toleh ke arah dia. Dia masih tak perasan yang kami dah berhenti ikut dia. Aku tengok ke arah Rina semula. Dia nampak gusar. Aku mengeluh kecil. Jauh sangat mengelamun. Ini jadinya.

“ Sorry.” Ucapku dengan senyuman hambar.

“ Saya rasa awak ada something wrong anywhere dengan dia kan?” Tebak Rina dengan kerutan di dahi.

Aku terdiam lagi. Aku sambung jalan diikuti Rina. Sampai kami dah ada betul-betul belakang lelaki misteri tu.

“ Encik?” Rina memanggil dia.

“ Ya?”

Aku tengok Rina dengan rasa tak sedap hati. Apa pula yang dia nak buat ni?

“ Saya nak ke tandas kejap. Korang masuk la dulu pesan apa yang patut.”

Belum sempat aku nak tarik lengan Rina. Dia pergi dulu meninggalkan aku terpinga-pinga. Dia sengaja! Yes! Dia memang sengaja!!!!

“ Jom. Kita makan pizza sudah lah erk?”

Aku tersenyum hambar. Ikutkan je la. Akhirnya aku ambil tempat dan tengok je dia ambil pesanan. Betul. Semenjak aku jumpa dia, hati aku tak pandai nak duduk diam. Asyik buat kerja dia je. Huh! Kenapa dengan aku ni? Dan apasal lelaki tu asyik muncul depan aku je lately ni. Hairan aku.

“ Menungkan apa?”

Dia muncul dengan pizza hut. Aku diam. Tak nak cakap apa-apa. Rasa segan.

“ Fasihah?”

Aku tersentak. Dia tahu nama aku? of course la boleh tahu dah Rina sebut kuat-kuat tadi.

“ Apa.”

“ Kenapa awak macam nak lari dari saya?”

Aku tersenyum dalam hati. Oh! Sedar ke?

“ Dah tu nak saya buat apa lagi? saya tak kenal awak. tup-tup jumpa lagi.”

“ Tapi saya nak kenal dengan awak. Cuma, awak tak nak beri peluang dekat diri awak.”

Aku terkedu bila dia renung aku tajam.

“ Semakin banyak kebetulan ni. Semakin saya yakin dengan petunjuk Allah. Awak orangnya.”

Aku tergamam. apa yang dia sedang maksudkan ni?

“ Maaf. Saya tak faham. Saya nak balik.”

Aku cepat-cepat keluar daripada restoran pizza hut tu. Tak sanggup nak berdepan dengan lelaki misteri tu lagi.

“ Awak! wait!”

Aku usaha nak lari dari dia. Tapi gagal bila aku hampir nak terjatuh. Gara-gara nak cepat sangat. Mujur aku sempat stabilkan balik pergerakan aku. Cuma dah terlambat bila dia dah berdiri tepat di depan aku. Rina pun nampak Cuma dia ambil keputusan berdiri jauh daripada kami. Aku tengok dia inginkan pertolongan. Tapi dia tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

“ Fasihah. Benarkan saya kawan dengan awak? Hati saya kuat mengatakan awak orangnya. Awak sang misteri tu.”

Aku picit dahi. Aku makin tak faham lah!

“ benda apa yang awak cakap ni? Saya tak faham.”

Aku toleh ke arah lain. Dan aku ternampak seseorang. Jasmine! Ya Allah!

“ Saya suka awak Fasihah!”

Dan aku terus tengok dia dengan renungan tidak percaya.

“ Awak…”

“ You!”

Cuma dah terlambat bila Jasmine dah muncul. Saat ini aku bagai tersepit di tengah-tengah. Dia pula nampak serba salah bila Jasmine muncul. Apa ni?! Ya Allah!

**
Aku bermain dengan pen. Jauh aku merenung ke depan. Tak hiraukan keadaan sekeliling langsung. Bila teringat kejadian semalam. Aku jadi malu. Tambah-tambah bila Jasmine muncul. Terus aku rasa nak pitam. Mujur sang misteri tu ada.

Bila dia tahu Jasmine ada. Dia terus tarik lengan Jasmine pergi dari situ. Aku pula Cuma tengok dengan tertanya-tanya. Tak hilang lagi dari terkejut selepas dia luahkan perasaan dia tu. Sampai sekarang aku still tak percaya. Betul ke dia suka aku? Ke sekadar main-main je? Argh!

“ Boss. Ada orang nak jumpa dekat depan.”

Aku tersedar. Aku tengok Rina dengan kerutan di dahi. Siapa pula nak jumpa? Rina pun nampak serba salah je.

“ Siapa weh?”

“ pergilah tengok.”

Mahu tak mahu aku ke depan bagi menemui seseorang yang langsung aku tidak tahu siapa. Tapi bila dah ke depan dan tangkap kelibat yang sedang tunggu aku tu. Serta-merta langkah aku terhenti dan aku rasa macam nak lari je. Huargh!

“ Fasihah…”

Aku tak sempat nak berlalu bila dia sempat halang dengan badan dia. Aku tengok dia inginkan jawapan.

“ Saya nak cakap sikit. Saya Cuma nak tahu jawapan awak je. Then, saya akan pergi. Maybe awak takkan jumpa saya lagi.” Aku tersentak bila dia cakap macam tu.

Mahu tak mahu aku mengangguk dan ikut dia sehingga ke luar butik. Aku biarkan dia sandar pada kereta dia. Aku pula hanya berdiri kaku depan dia.

“ Saya tak tipu fasal semalam.” Ujarnya tiba-tiba bernada serius.

“ Jasmine?”

“ Dia Cuma sepupu saya. Tak lebih dari tu.”

Aku tersenyum sinis. Boleh percaya ke?

“ Fasihah. Saya Cuma nak satu jawapan je dari awak. Awak suka saya?”

Aku terkedu. Aku sendiri tak tahu aku suka dia ke tak. Tapi saat ini aku tak boleh terima dia. Terlalu cepat. Lagipun teringat wajah Jasmine semalam. Buatkan aku gerun weh!

“ Awak?”

Aku terdiam lagi. Aku takut nak bagi jawapan. Akhirnya aku menoleh ke arah lain. Tak mampu lawan renungan mata dia tu.

“ Okay. Saya dah tahu jawapan awak. terima kasih.”

Aku tengok dia yang sudah masuk ke dalam kereta. Aku dapat kesan riak hampa dia juga. Sekali gus buatkan hati aku rasa nak menjerit. Kenapa semuanya berlaku terlalu cepat?! Ya Allah!

“ Fasihah. I will waiting for you.”

Terus dia berlalu meninggalkan aku dengan rasa sakit di hati. Kenapa aku mesti rasa macam ni?!

**
“ Fasihah! Ni!”

Aku yang baru selesai makan melangkah ke arah ruang tamu bila Rina memanggil. Dia tunjukkan aku surat khabar. Aku dengan blur nya tengok apa yang Rina nak tunjuk. Dan hati aku tersentak saat baca tajuk akhbar tu.

CEO syarikat besar sudah bertunang dengan pilihan hatinya.

Aku katup mulut. Serentak itu air mataku mengalir ke pipi. Aku tengok Rina inginkan kepastian. Bila dia mengangguk dengan senyuman hambar. Terus aku jatuh terduduk di sisinya.

“ Sabar weh. Sabar.”

Aku tutup mata. Adakah ini yang dia maksudkan? Kata nak tunggu aku konon? Semua lelaki sama je!

“ No wonder dia datang butik semalam. Rupanya…”

Aku terus seka air mata dan bangun berdiri. Surat khabar tadi aku tengok sekilas. Terpampang wajah dia dengan Jasmine. Huh! Kenapa aku mesti jadi macam ni sebab dia?

Tengku Khairul Syamel? Ya Allah!

**
Deruan ombak pantai menenangkan jiwaku yang tengah berkecamuk ni. Aku tunduk tengok air pantai yang mengena pada kakiku. Aku tersenyum seketika. Aku jalan sepanjang air pantai dan terhenti bila ternampak seseorang.

Aku mengetap bibir. Aku kerling ke arah langit. Lelaki tu macam Khairul. Ya Allah! Tolonglah. Kata nak move on. Tak perlu ingat tentang dia lagi. kau datang pantai ni sebab nak tenangkan hati dan fikiran kau. So, please stop thinking about him Fasihah! Kalau tak sia-sia kau ambil cuti yang panjang semata-mata nak ke sini.

“ Fasihah!”

Aku bergerak jauh dari pantai dan melangkah ke arah kerusi kosong. Aku tersenyum ke arah orang yang memanggil aku tu. Siapa lagi kalau bukan Anis. Dia dah duduk tetap dekat sini. Katanya nak kerja sini pula. Aku ikutkan je la.

“ Kau cuti ke?” Soalnya lantas duduk di sisi aku.

“ Haah. Cuti panjang. Entah sampai bila.”

Aku renung jauh ke hadapan. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Rina? Kan aku dah kata jangan cari aku.

“ Helo Rina?”

“ Fasihah. awak tak baca surat khabar ke?”

“ Kenapa?”

“ Tengku tu hilang. Seminggu lepas bertunang dia menghilang. Tapi sempat putuskan pertunangan mereka.”

Aku tersentak besar. What?

“ Dan kita ada masalah besar.”

Aku terdiam. Aku toleh ke arah Anis yang tertanya-tanya tu.

“ Masalah apa?”

“ Jasmine datang serang butik awak. Dan… dia cuba nak musnahkan butik awak.”

“ Allah!”

“ Saya nak awak datang kejap ke butik. Please?”

“ InsyaAllah. Esok saya gerak. Thanks Rina.”

Selepas tamatkan panggilan. Aku terus fokus pada Anis. Air mata dah bergenang. Dalam kepala aku sekarang ni jangan cakap. Berserabut!

“ Beb. Aku takut.”

“ Jangan takut. Tak apa. Allah ada beb. kalau ada masalah baik kau pergi balik. risau aku tengok.”

Aku membuat anggukan. Aku tetap kena balik ke butik.

“ nanti aku datang balik.”

Rina! Tolong jagakan butik aku kejap! Aku janji aku akan balik.

**
“ Mana perempuan tu?! Keluar!!”

Aku terus keluar daripada bilik kerjaku saat terdengar suara yang aku sangat kenal dekat luar. Tanpa berlengah aku melangkah ke depan butik. Rina nampak serabut. Yala. Nak uruskan butik lagi dengan pelanggan macam Jasmine ni lagi. Memang menyakitkan hati.

“ Cik. Jangan buat kecoh dekat butik saya please?” ujarku dengan baik-baik.

“ Eh! Kau jangan nak berlagak baik la! Sebab kau dia putus tunang dengan aku! kau memang perempuan 
tak guna!”

Aku terdiam. Takkan sebab aku?

“ Apa cik merepek ni?” Aku masih cuba bersabar.

Dia menarik senyuman sinis. Tapi tidak lama bila mukanya berubah muram pula. Aku dah terdiam.

“ Dia memang cintakan kau. Dia langsung tak cintakan aku. Dan sekarang dia dah menghilang. Tiada sesiapa pun tahu. Takkan kau tak sedar?!”

Aku termangu.

“ Tapi kenapa kau tak terima dia?”

Aku toleh ke arah lain. Rasa nak menangis.

“ Kau jangan menyesal kalau dia betul-betul pergi dari hidup kau.”

Belum sempat aku nak bertanya lagi Jasmine terlebih dahulu keluar daripada butik. Serentak itu air mataku mengalir ke pipi. Arh! Kenapa ni?

“ Saya rasa apa yang dia cakap tu betul Fasihah. Awak terlalu ego. Awak terlalu nafikan perasaan awak pada dia.” Rina bersuara dengan senyuman hambar.

Aku terpinga-pinga. Tapi akhirnya aku menangis lagi. Mana awak pergi Sang Misteri!

**
Sebulan kemudian…

Selepas hampir seminggu aku dan Rina usaha naikkan nama butik balik. Aku dan Rina mampu menghembus nafas lega sebab kami berjaya. Jasmine pula dah tak kacau aku. Dia macam reda dengan apa yang terjadi. Malah dengar dia juga dah berhijrah ke luar negara.

Aku? Aku ambil cuti yang sangat panjang. Tenangkan fikiran dan cuba nak move on. Move on? Kau sedang tipu diri kau Fasihah. Sedangkan kau tengah tunggu dia kan? Tunggu dia dekat pantai ni setiap hari. Dah hampir sebulan Fasihah! Tapi dia tak muncul-muncul pun.

Aku mengeluh kecil. Kenapa aku still tunggu dia sedangkan dia dah pergi. Aku tengok ke arah pantai. Ramai orang bermandi manda petang ni. Musim hujung minggu sama. Aku tarik senyuman hambar.

Perlahan-lahan aku mendekati gigi air pantai. Aku duduk situ sambil melihat panorama petang. Teringat pula di mana pertama kali aku jumpa dia dekat sini. Arh! Aku rindu dia!

“ Hai.”

Aku duduk tegak. Aku toleh ke kiri. Eh! Semenjak bila lelaki ni duduk sebelah  aku? Dah tu tengok aku sambil tersenyum pula. Aku tak balas senyuman dia tapi terus tengok ke arah lain. Dia ni silap orang ke?

“ Tak kenal ke? Dah lupa kita ke?”

Aku tengok dia sekali lagi. Siapa lelaki ni?

“ Siapa?”

“ Dulu. kami pernah datang. Dengan mak kita. Saya dengan adik saya dan abang saya. Dah lupa ke?”

Aku cuba mengimbas memori lalu. Aku amati wajah dia. Dan bila dapat kesan, aku tersentak besar. Ya Allah! Adik sang misteri tu ke?

“ Ingat pun.”

Dia kembali tengok ke arah pantai. Aku pula dah tergamam. ini adik dia. Jadi dia?

“ Awak tak rindu abang saya ke?”

Aku terkedu. Siapa kata tak rindu.

“ Dia rindu awak Fasihah. Terlalu rindu.”

Aku tersenyum hambar. Kalau rindu kenapa tak datang cari?

“ Dia takut nak cari awak sebab awak tak nak terima dia. Dia kecewa Fasihah. Dia tunang tu pun sebab terdesak. Sebab mama  saya. Tapi dia akhirnya minta putus bila dia asyik teringatkan awak. dia tak boleh go on. Awak tak kesiankan dia ke Fasihah?”

Aku tutup telinga. Tak mahu dengar apa-apa lagi. Aku takut kalau aku nangis lagi.

“ Awak langsung tak ada perasaan dekat dia ke?”

Aku pejamkan mata. Tipulah kalau kata tak ada.

“ Kalau betul awak ada perasaan dekat dia. Awak beritahu lah dia.”

Aku buka mata dan toleh ke arah dia. Dia tersenyum lantas bangun duduk. Aku jatuhkan tangan aku ke bawah. Melihat dia pergi begitu je. Buatkan aku terpinga-pinga. Tapi pada masa yang sama aku sedih. Sedih kalau betul aku tak dapat jumpa dia lagi.

Tak tahu kenapa aku rasa macam tak kena. Aku rasa macam diperhati. Tapi adik dia dah pergi tadi. Tak mahu terus layan perasaan. Aku bangun berdiri. Dan renung jauh ke hadapan. Tapi aku tak sempat nak berlalu bila ada seseorang lalu tepat di hadapan aku. Cuma kali ini dia tidak tersenyum. Cuma berdiri kaku depan aku. Turut membuatkan aku terkaku.

“ Fasihah.”

Aku tersedar. Aku pantas menoleh ke arah lain. Ya Allah! Dia muncul jua akhirnya!

“ Maaf. Saya kacau awak lagi.”

Aku gigit bibir. Kenapa suasana sekarang rasa menyedihkan? Dia dah muncul Fasihah. Takkan nak biar dia pergi lagi macam hari tu?

“ kenapa awak yang perlu hadir dalam hidup saya?” Ujarnya lagi.

Aku tarik nafas dalam-dalam dan beranikan diri melihat ke arah dia.

“ Awak sang misteri. Kenapa awak misteri sangat?” Akhirnya. Keluar juga suara aku.

Dia tersenyum. Dan senyuman itulah yang aku rindukan sangat.

“ Sebab awak pun misteri sangat. Sebab awak misteri la yang buatkan saya jatuh cinta.”

Aku tahan diri daripada menitiskan air mata. Cuba kuatkan hati.

“ Mudahnya?”

“ Ye. Semenjak pertama kali kita bertemu.”

“ Tapi..”

“ Sampai bila nak sembunyi ni Fasihah? Kenapa awak setia tunggu dekat pantai ni kalau bukan sebab saya kan?”

Aku terkedu. Dia tahu ke aku tunggu dia?

“ Mata awak menceritakan segala-galanya Fasihah.”

Aku larikan gerak mata aku ke lain. Serentak itu tangan aku terketar-ketar. Jantung mula memainkan rentak. Aku tarik senyuman kecil. kekok sebenarnya.

“ So? Takkan nak lari lagi?”

Aku tutup telinga dan berlalu daripada dia.

“ tak nak dengar! Tak nak dengar!”

“ Hahahaha. I got you Fasihah!”

“ Bla bla bla!”

“ kita kahwin?”

“ Lalalalala.”

“ Hahaha.”

Tapi hati aku dah tersenyum sekarang. Aku toleh ke arah dia sekilas. Dia nampak gembira sangat. Ini kah yang dia nak kan selama ini? Bermakna dia sangat mengharapkan aku. Aduh! Aku rasa nak tersenyum juga ni.

“ Fasihah!”

Langkahku terhenti. Bersedia mendengar kata-kata dia yang seterusnya.

“ I love you! Marry me?”

Terus aku berlalu tanpa memberi jawapan pada dia. Sang Misteri. Aku malu! Argh!

**
Sebulan kemudian…

“ Fasihah…”

Aku menarik senyuman saat ternampak ibu mertuaku. Ya. Baru semalam aku sah menjadi isteri kepada Tengku Khairul Syamel. Sengaja time dekat pantai tu buat dia sengsara. Haha.

" Fasihah, mama nak minta maaf sebab sakitkan hati kamu. Mama tak tahu yang Khai dah jumpa kamu balik, kalau mama tahu, mama takkan paksa Khai bertunang dengan Jasmine. Mama buat semua ni sebab ingin mengembalikan senyuman anak mama. Sejak pertama kali, jumpa kamu di pantai dia terus mengharapkan kamu akan bertemu kembali dengan dia. Tapi mungkin Allah nak uji dia, Allah pisahkan korang. Dan sejak itu, dia hanya murung dan serius saja. Sejak bertemu kamu kembali, mama rasa anak mama dah kembali. Terima kasih Fasihah. Jaga anak mama sampai jannah ye." Luah mama dengan rasa sayu.

Aku terus tarik mama dalam pelukan.

“ Tak apa ma. Fasihah faham. Yang penting dia dah jadi suami Fasihah. InsyaAllah Fasihah akan jaga dia seperti mana Fasihah jaga diri sendiri.” Ucapku lantas leraikan pelukan.

“ Alhamdulillah. Memang Khai memilih menantu yang betul. Mama keluar dulu ye?”

Hilang saja kelibat mama ke luar bilik. Terasa pula ada pelukan daripada belakang. Aku tersenyum lagi.

“ Abang bahagia sangat. Abang ingat abang terpaksa lepaskan sayang pergi. Jahat kan sayang? Buat orang sengsara tunggu jawapan dia.”

Aku tertawa kecil. Aku pusingkan tubuhku ke arah dia. Aku tatap wajahnya dalam-dalam.

“ Mana boleh lepaskan sang misteri ni macam tu je. Berhari-hari kita tunggu tau?”

Hidung aku pula dicuit nakal. Dia menarik senyuman manis. Dan senyuman itu lah yang paling aku rindui setiap hari.

“ Hug me please? I miss you so much!”

Dia mendepakan kedua-dua tangan dia. Aku tersengih. Tanpa berlengah aku memeluk dirinya erat. Ya Allah! Sesungguhnya aku bersyukur sangat apa yang aku dapat ketika ini. Terima kasih ya Allah!

“ Just don’t stay away from me again dear.”

“ InsyaAllah. Abang kan sang misteri saya.”

“ Sang misteri abang juga.”

Akhirnya kami terus tersenyum dalam pelukan. Alhamdulillah. For sure, you always be  my mystery guy.

~Tamat~

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers