Akhirnya. Berkurun lama ada juga cerpen baru. Maafin. Haha. Aku tak nak bebel panjang sebab korang bukan baca pun. By the way.. cerpen ni hasil tangan dua orang. Means hasil tangan aku dengan seorang adik ni. Aku tolong dia. Lagipun ada kisah dia juga dalam cerpen ni. So, enjoy kayh?
Suasana pantai amat mendamaikan hati aku. Angin yang
sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajahku
dan sekali gus membuatkan aku merasa lebih tenang. Segala masalah yang
aku hadapi bagaikan lenyap begitu sahaja.
Aku memerhati sekeliling. Orang terlalu ramai. Maybe sebab
musim cuti sama. So, orang ramai bercuti ke sini. Arh! Terasa damai sangat
sekarang ni. Aku toleh sekilas ke arah pantai. Di mana abah dan adik-beradik
aku sedang bermain air. Tersenyum aku seketika. Gelagat mereka mencuit hati
aku.
“ Akak! Mari la join sekali!” salah seorang adik aku
melaung.
Aku terus menggelengkan kepala.
“ Tak nak la. Korang main je la!”
Gila ke apa nak aku main air dengan pakaian aku macam ni?
Aku tunduk tengok diri aku. Aku mengenakan jubah berwarna purple bersama dengan
tudung bulat labuh yang sama warna juga. Memang langsung tak sesuai la kalau
ajak main sama. Haha. Mahu orang tengok pelik. Sekarang pun orang dah tengok
pelik. Tapi apa yang nak pelik? Bukannya aku tak pakai baju. Entah dorang ni!
Aku ambil tempat dan duduk bersila jauh sikit daripada air.
Sempat juga aku menangkap gambar pemandangan indah di pantai pada waktu petang.
Cantik sangat. Tak rugi aku datang sini. Sedang elok aku ambil gambar, aku tak
sengaja terambil gambar sebuah keluarga. Aku terus letakkan kamera dekat bawah
dan melihat ke arah mereka.
Kelihatan ada seorang wanita sebaya mak aku disertai 3 orang
hero dan seorang princess tengah jogging. How sweet! Comel pula aku tengok
dorang tu. Haha. Lepas tu dua orang hero yang kelihatan lebih muda dari aku tu
melintasi aku pula. Memang aku nak tersenyum je la. Comel! Aku perasan pula
seorang lagi hero belakang makcik tu. maybe anak sulung sebab nampak lebih tua.
Nampak matang sikit. Tak la tua sangat. Haha. Dan dia tengah dukung princess.
Adik dia maybe. Haih! Mana la aku tak cair weh! Handsome. Sweet! Arh! Okay
melebih. Haha.
“ Akak! Dah kenapa senyum sorang-sorang?” Soal adik aku
dengan riak muka tertanya-tanya.
Aku tersedar. Cepat-cepat aku cover dengan seriuskan muka
balik.
“ Eh! Mana ada! Tapi salah ke senyum sorang-sorang? Tak
kacau kau pun kan?”
Sempat aku menjongketkan kening ke arah dia dengan renungan
tajam. Haha.
"Kau ingat cantik buat mcm tu?" Dengusnya lantas
berlalu pergi.
Tak puas hati la tu. Haha.
"Tahu takut. Suka hati aku la. Yang kau sibuk-sibuk tu
kenapa?" Gumam aku perlahan. Sibuk je dia.
Aku kembali toleh ke depan. Dan aku tersentak. Alamak!
Dorang perasan ke aku cakap sorang-sorang? Sebab dorang macam tertengok aku je
tadi. Adeh! Cover selagi boleh! So, aku hadiahkan senyuman pada mereka. Haha.
Dan lega bila mereka turut balas senyuman aku. Okay! Rasa
teruja kejap. Kah! Tambah-tambah anak sulung makcik tu. senyuman dia pergh!
Bikin cair hati perempuan macam aku ni. Adeh! Melebih kau Fasihah! Sempat
jugalah aku perhati sampai dorang dah hilang. Aku tersenyum lantas kembali
melihat ke arah abah dan adik-adik aku.
Tiba-tiba aku terdengar derapan kaki orang. Erk! Siapa pula
tu? Gara-gara nak tahu. Aku cepat-cepat toleh ke belakang. Ya Allah! Dua hero
tadi! Mereka datang balik? Kenapa erk? Aku lihat mereka dengan senyuman. Dah
dorang senyum dekat aku. Nak kata apa lagi? Balas je la. Senyuman tu kan satu
sedekah.
Tapi kenapa senyum dekat aku? Macam pelik je. Ke aku pelik
sangat petang ni? Biarlah! Aku toleh semula ke depan. Dan aku tersentak besar.
Ya Allah! Makcik tu lalu depan aku. Tapi kenapa depan aku? Sah-sah la depan aku
tu ada air. Aku tunduk tengok kasut makcik tu. Tak basah ke? Okay! Aku melalut
apa ni?
Aku angkat muka bila perasan ada seorang lagi lalu depan
aku. Bila aku tengok muka empunya diri tu. Aku terkedu besar. Hero sulung
makcik tu tengok aku then senyum. Yang lebih mengejutkan bila jarak aku dengan
dia lebih kurang satu inci je. Nasib baik aku duduk. Kalau bangun? Fikir sendirilah.
Aku ingatkan sampai situ ja. Tapi selepas tu lagi dua orang
hero pula lalu depan aku dan semestinya dengan senyuman juga. Dah kenapa dengan
dorang ni? Senyum pandang-pandang aku. Apa salah aku? Aku buat salah ke? Kenapa
banyak kejutan sangat ni?! Wuargh!
“ Akak?”
Aku terus menoleh gara-gara terkejut.
“ Apa?”
“ Kenapa akak nampak terkejut?”
Aku terdiam. Aku cari keluarga tadi. Dah hilang. Arh!
Jauhnya aku mengelamun.
“ Tak ada. Tak ada apa-apa lah.”
Terus aku tutup muka. Rasa malu dan pelik menerpa ke dalam
hati. Aiseyman! Lupakan soal tadi. Lupa! Tapi rupa lelaki tadi aku memang tak
boleh lupa. Adeh!
**
Huargh!! Akhirnya dapat datang ke pantai balik. Yela cuti
raya kan? Macam biasa la. Datang sini untuk melepaskan stress. Dan semestinya
pemakaian aku dah tak macam aku datang hari tu. Haha. Aku memandang sekeliling.
Kelihatan ramai juga orang datang sambil menikmati keindahan pantai.
Sambil-sambil aku melihat orang, aku ternampak seseorang yang aku rasa macam
kenal. Aku tersentak bila pasti macam dia. Tapi?
"Dia? Lama juga aku tak nampak dia dengan family dekat sini. Tapi dia dengan
siapa tu?" Gumam aku perlahan. Eh salah orang kut.
"Fasihah! Ya Allah, lama dah tak jumpa kau. Mana kau
menghilang?"
Aku tersentak dan terus toleh ke arah lain saat dengar nama
aku dijerit. Bila dapat kenal pasti siapa aku terus tersenyum lebar. Anis!
Sahabat tercinta aku.
"Anis! Kau pun sama. Aku ada je cuma sibuk sikit. Rindu
arh dengan kau. Do you miss me, honey??" Kataku sambil tersenyum nakal.
Hahaha. Jangan salah faham. Aku dengan bestfriend aku memang
macam ni.
" Of course I miss you so much, dear. Jom pergi lepak
dekat bawah pokok sana. Nak feeling dengan kau." Katanya seraya memaut
lembut tangan aku.
" Kau apa cerita sekarang? Semakin comel dan berseri je
aku tengok. Ada sesuatu kau sorok dari aku ke? Yela dah berbulan aku tak dengar
khabar kau, sunyi sepi je selepas tamat belajar." Anis bertanya kepada
aku.
" Mana ada comel dan berseri. Kau ni dah bermata empat
rabun lagi ke? Aku tak sorok apa-apa pun dari kau. Aku macam ni la, kerja balik
makan tidur. Ada masa free aku datang la melepaskan stress dekat sini."
Mataku memandang orang lalu lalang disitu.
" Sedap mulut kau kata aku macam tu. Aku hempuk kang
dengan buah kelapa baru kau tahu, kau lupa ke kau sedang berhadapan dengan
siapa." Mencerlung matanya ke arah aku.
Aku tertawa kecil. Kelakar tengok reaksi geram dia tu.
"Wohoo! Rileks la. Aku tak kahwin lagi kut. Tolong bagi
buah kelapa kau untuk pakcik yang menjaja air kelapa dekat sana. Ada juga
faedahnya. Jom la pergi makan. Lapar pulak bila jumpa kau ni. Lagipun dah lama
kita tak melepak bersama kan, kan?" Muka comel aku bagi dekat Anis. Anis
apa lagi tunjuk muka cuak dia la. Haha.
Kami berjalan menuju ke sebuah gerai berhampiran pantai itu.
Kami melilau mencari tempat duduk digerai. Yela musim cuti mana tak ramai orang
kat sini. Alhamdulillah pemilik gerai ni dapat rezeki lebih hari ni.
"Kau nak makan apa?" Soal Anis.
" Macam biasalah, nasi goreng USA dan jus oren."
Kataku kepada pelayan di gerai itu. Then, dia berlalu pergi selepas mengambil
pesanan daripada kami.
Aku kembali tengok ke arah Anis. Dan aku mengerutkan dahi
saat melihat dia. Dah kenapa tengok aku macam tu?
"Asal kau pandang aku macam tu? Tersenyum-senyum, macam
orang tak betul dah aku tengok kau ni, lempang kang." Aku mengangkat
tanganku untuk menampar bahu kawan aku.
"Eh! Sejak bila tangan ni pandai nak lempang orang,
hah? Kau tak ada boyfriend ke? Tapi tipu la kau kata tak da.” Ujarnya sambil
mencebik tanda tak percaya.
"Eh betul la. Siapa la nak kan aku ni." Ujarku
dengan nada sayu. Berlakon je lebih. Haha.
Belum sempat dia nak membuka mulut. Makanan dah sampai dulu.
Selamat! Tak ada la dia tanya banyak. Haha. Mulut dia kecoh juga kot.
"Nasib makanan dah sampai, kalau tak memang aku akan
jadi mak nenek kau nanti." Bebel Anis sambil merenung tajam ke arah aku.
Aku apa lagi senyum jela yang mampu. Melebih karang ada juga
yang masuk dalam laut sebab kena humban dengan mak nenek ni. Yalah menjawab je
kerjanya. Minta jauh la. Hehe. Maaf Anis
sebab mengata kau dalam diam.
" Kau ni dah kenapa geleng-geleng lepas tu berkerut dahi bagai?"
Aku tersentak. Erk! Ye ke aku tergeleng-geleng? Erk! Tanpa
mendengar jawapan aku dia dah layan makanan yang sudah siap terhidang depan
kami. Apa-apa jela mak nenek. Malas nak layan kau.
Selesai makan, kami membuat keputusan untuk pergi berjalan
di tepi pantai. Ambil angin sambil berbual. Lagipun dah lama kami tak gosip.
Haha. Tapi elok je kami tengah berbual, tiba-tiba ada sepasang pasangan lalu
betul-betul depan kami.
Bila aku dapat kenal pasti lelaki yang lalu depan kami tadi.
Aku tersedar.
"Eh! Jap. Macam kenal mamat ni. Dia ke? Tapi dengan
siapa? Sebelum ni tak pernah jumpa pun." Getusku dalam hati.
Pada masa yang sama dia tersenyum ke arah aku. Betul la dia
tapi selepas tu dia dah pergi jauh dari kami. Tu siapa ye? Kekasih hati dia ke?
Ish, apa aku melalut ni. Tak kisah la kekasih dia ke, isteri ke. Yang kau kisah
apa hal? Kau da jatuh hati dekat dia? Minta jauh.
"Fasihah? Hello, kenapa kau tetiba diam ni. Dah kena
sampuk dengan hantu laut ke?" Anis merenung ke arah aku dengan reaksi bingung.
Aku apa lagi terus cover dengan sengihan. Fokus pada Anis.
Tapi dalam hati tertarik-tarik nak tengok ke arah dorang. Cuma tak
berkesempatan.
"Hehe tak ada apa la Anis. Jom la sambung jalan balik.”
Tanpa berlengah lagi
aku dan Anis sambung perjalanan kami yang terbantut sebentar tadi. Tengah seronok
berjalan sambil berbual. Tiba-tiba Anis
merengek. Aku tengok dia pelik.
" Aduh!! Kejap-kejap, aku rasa hurm nak, hehehe."
Anis pandang aku dan buat muka comel lepas tu berkerut
balik.
"Kau kenapa? Kau jangan buat aku panik boleh tak? Cepatlah
cakap." Desak aku sambil merenung dia dengan wajah kerisauan.
"Aku nak pergi tandas jap nak buang apa yang
patut."
Menonong dia pergi meninggalkan aku yang terkebil-kebil ni.
Ish minah ni, ada ke patut dia tinggalkan aku macam tu je. Lepas ni konfirm dia
cari aku macam hilang anak pulak. Biarkan, siapa suruh tinggal aku macam patung
cendana. Rungut aku dalam hati.
Sambil menunggu Anis melepaskan hajat dia, aku membuat
keputusan untuk menunggu dia di bangku yang disediakan. Tanpa berlengah aku
terus duduk apabila ternampak bangku yang masih kosong.
Huh! Akhirnya dapat juga aku melepaskan lelah. Penat
berjalan. Mataku mula meliar melihat suasana pantai itu. Semakin ramai orang
berkunjung ke sini. Tak hairan sebab musim cuti kan? Lagipun dah petang. Sedang
aku seronok melayan panorama pantai. Tiba-tiba aku rasa macam ada seseorang yang
duduk di sebelah aku. Gara-gara mahu tahu, aku terus menoleh ke sisi aku.
Tak fasal juga aku tersentak kecil bila lihat lelaki tadi
duduk di sisi aku sambil melihat ke arah pantai. Maybe perasan aku tengok ke
arah dia, so dia toleh ke arah aku dengan senyuman manisnya itu. Oh gosh! Tak
mahu dicop sombong aku balas senyumannya. Yang pasti kekok sangat. Then, kami
sama-sama toleh semula ke arah pantai.
Selepas itu, hanya kedengaran ombak pantai sahaja. Sunyi
sepi. Aku dengan dia macam dalam dunia sendiri. Tapi nak juga dengar suara dia
tegur aku. Kahkah. Perasan kau Fasihah! Seminit kemudian. Tiba-tiba dia
mengeluarkan suara sekali gus membuatkan aku tersentak lagi.
"Hai."
Aku terus menoleh dan melihat ke arahnya yang menyapa aku
itu. Senyuman pula langsung tak lekang daripada bibirnya. Yang pasti jantung
aku dah mula membuat kerjanya. Dan aku pun jadi blur gila. Bila dah dapat
hadam, baru lah aku tersenyum balik.
Tapi, belum sempat aku nak menjawab, dia dah bangun dan
berlalu pergi. Peliknya dia ni. Tegur aku lepas tu pergi macam tu je. Awak tahu
tak awak buat saya dah tak tentu arah sekarang ni? Huargh!
Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Bila tengok nama di
skrin, aku pantas mengangkat panggilan tersebut. Confirm dia tengah cari aku.
Mak nenek ni la.
" Assalamualaikum , hello mak nenek. Aku dekat bangku
ni. Kau cari la aku sampai dapat. Siapa suruh kau menonong pergi macam tu je.
Balasan buat kau, hehe." Bebel aku kepada Anis.
" Wa'alaikumussalam, sedap spicy kau panggil aku mak
nenek. Nasib kau tak da dekat depan aku sekarang ni. Kalau tak memang lumat dah
aku tumbuk kau. Yela, aku cari sampai jumpa, kejam betul hati kau buat aku
macam ni." Rungut Anis kesedihan lantas mematikan talian tanpa sempat aku
nak jawab.
Akhirnya aku terus tertawa kecil. Mesti kelakar reaksi dia
sekarang ni. Anis. Anis. Aku simpan telefon ke dalam beg dan pandang semula ke
hadapan. Tapi aku terus terkelu lidah bila aku perasan ada seseorang tengah
pandang aku daripada tadi. Bila aku tengok dia, dia terus berlalu.
Aku tengok dia pergi sampai akhirnya aku mengeluh kecil. Dah
kenapa dengan lelaki tu? Pelik! Mahu buat aku terfikir juga ni. Huarh! Sadis!
**
Beberapa hari telah pun berlalu. Ini bermakna dah dekat
seminggu kejadian terserempak dengan lelaki tu berlalu. Aku tak habis fikir
betul fasal dia. Entah! Aku pun tak faham. Dah kenapa lately ni asyik terfikir
lelaki asing tu je. Huh! Buang masa betul lah. Baik sambung kerja.
Yalah. Takkan aku nak tinggalkan butik aku ni dekat pekerja
aku je. Kesian la dorang. Nama je boss tapi menyusahkan pekerja apa kes kan?
So, aku kena juga kerja balik. Lupakanlah kejap fasal lelaki tu Fasihah!
" Boss!" Sergahan salah seorang pekerja aku, Rina
membuatkan aku tersentak. Sekali gus membuatkan aku melupakan fasal kes minggu
lepas.
"Apa dia intan payung yang paling bagus dalam
menguruskan butik saya." Perli aku lantas sambung kerja aku yang
tergendala tadi.
"Maaf la boss, saja je buat macam tu. Yela boss tu buat
kerja ke termenung? Tu pasal saya sergah tadi. Ada apa-apa yang menarik ke
waktu cuti sampai tersenyum sorang-sorang ni? " Tanya Rina kepadaku dengan
riak muka ingin tahu dia tu.
Aku merenung tajam ke arah dia. Rina ni pekerja aku
merangkap kawan baik aku sejak aku kenal dengan dia. Dia ni dah la cantik,
tinggi pula tu. Boleh dikatakan cukup pakej la. Tak macam aku pendek tapi
comel. Okay! Perasan kau Fasihah!
" Banyak cantik muka kau, aku tengah cuci baju tak
nampak ke? Ada ke patut kata aku termenung, buang masa je. Dah kau nampak aku
tengah buat kerja, buat kerja la. Pasal cuti aku mestilah menarik. Sapa tak
suka bercuti? Rugi kau tolak tawaran aku nak ajak kau pergi bercuti." Ejek
aku dekat Rina.
Butik aku ni boleh dikatakan butik untuk pengantin dan
muslimah, semua baju aku jual. Hehe.
" Eleh orang tanya sikit dah sentap. Bukan saya tak nak
pergi la dah ada hal lain yang saya perlu uruskan nak buat macam mana." Ujarnya sambil bermain dengan pen.
" Yang kau ni tak da kerja ke nak buat. Kacau aku je
kerjanya. Jangan sampai aku potong gaji kau kot.” Ujarku dengan senyuman sinis
pada dia. Lebih pada nak mengusik je sebenarnya.
" Tahula awak boss. Tapi tak perlu la sampai potong
gaji. Saya ni cukup makan-makan je takkan la tak kesian. Jahat punya
kawan." Ujarnya dengan riak tak puas hati. Belum cukup dengan tu, kaki
pula dihentaknya ke lantai. Tanda protes la tu. Haha.
Bila dia berlalu, aku pula tersengih. Aku bukan apa. Cuma
tak nak terlalu layan dia. Aku kalau dengan dia berbual. Sampai ke esok pagi
pun belum tentu habis. Mulut kecoh biasa
la tu. Lagipun takkanlah aku nak potong gaji dia. Tak ada sebab. Haha. Sambung
kerja la Fasihah.
Sedang aku mengira stok pakaian bulan ni. Telinga aku
tiba-tiba terdengar bunyi bising dekat depan. Pelik! Siapa pula yang buat kecoh
dalam butik aku ni. Tanpa berlengah aku terus keluar untuk melihat apa yang
telah berlaku.
" Rina? Kenapa ni? Kecoh je aku dengar. Sampai dalam
bilik boleh dengar. Ada apa sebenarnya ni." Aku memandang pelik ke arah
Rina.
Rina tengok aku kemudian memuncungkan mulutnya ke arah gadis
di depannya saat itu. Oh! Aku baru perasan. Aku tengok perempuan tu dengan
senyuman senget. Seksi gila. Apa yang dia buat dekat sini? Kalau nak beli
pakaian macam dia rasanya bukan butik aku tempatnya. Ke dia silap butik? Dah tu
mata tu pula asyik jeling ke arah aku je. Apa? Nak cari fasal?
" Ye cik? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?"
Soalku. Custome always right Fasihah.
"I Jasmine. I nak cari baju muslimah design
terbaru." Ujarnya dengan gaya
angkuh extra gedik nak termuntah aku tengok.
Sabar jela dengan pelanggan aku ni. Sombong betul dia ni
belum ditambah dengan kegedikan dia. Nasib kau ni pelanggan aku. Kalau tak
memang aku dah seret kau keluar dari sini.
"Oh sila ikut saya ye cik. Baju ni untuk siapa ye?"
Dengan senyuman aku menyoal dia. Tapi hampa bila dia beri aku jelingan maut.
Haih! Ni memang cari fasal namanya. Aku sepak jangan tanya kenapa.
"Untuk auntie I. I nak bagi hadiah untuk hari jadi
dia." Jawabnya sambil membelek baju dekat situ.
Aku membuat anggukan kecil. Aku tengok dia dengan perasaan
sabar. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Sempat juga dia tengok ke arah aku
sebelum menjawab panggilan tersebut. Macam nak makan orang je gayanya.
“ Hello you. Kenapa?
I ada dekat butik sparkle ni. You datang sini la. Okay bye.”
Dia kembali memilih baju bila panggilan tamat.
" Hurm cik. Saya pergi ke hadapan kejap. Pilih la yang
mana suka. Rina tolong ye? "
“ Okay.”
Aku biarkan je dorang memilih baju yang dorang suka. Aku
gerak ke pintu utama butik. Sebenarnya nak tenangkan diri kejap. Sebab dari
tadi rasa semacam je. Baru je aku nak tolak pintu ke arah luar, ada seseorang
terlebih dahulu tolak ke arah dalam. Aku terdiam seketika.
Tapi bila aku tengok ke arah tuan punya diri. Aku tersentak
kecil. Dia pun macam tu juga. Masing-masing terkedu. Cuma, tak lama bila aku
sedar yang aku dah memandangnya terlalu lama. Cepat-cepat aku berikan dia
laluan untuk masuk. Maybe lelaki ni yang Jasmine maksudkan tadi.
“ Awak!”
Aku baru nak berlalu. Dia dah panggil. So, sekarang aku
membelakangi dia. Tak tahu kenapa hati aku tak kuat nak berdepan dengan dia.
Jantung dah mula memainkan rentak. Argh! Dah kenapa? Tapi kan? Betul ke dia
panggil aku? Okay! Blur kejap.
“ Awak?”
Aku jadi teragak-agak nak toleh. Tapi dia macam menanti
jawapan aku. So, aku pun toleh ke arah dia dengan senyuman kekok.
“ Saya ke?”
“ Yela. Takkan patung sebelah awak pula?”
Aku tersengih kekok. Buat lawak pula.
“ Kenapa dengan saya?” Soalku bila dia macam tak ada tanda
nak cakap.
“ Awak buat apa dekat sini?” Soalnya dengan senyuman
manisnya tu.
“ Erk.”
Aku tak sempat jawab bila Jasmine dan Rina datang. Aku pula
cepat-cepat tengok ke arah lain. Tak nak kantoi dengan Jasmine.
“ You! Jom. I dah dapat apa yang I nak.” Suara Jasmine dengan
riak gembira.
Aku tengok pula ke arah lelaki itu. Dia pun turut tersenyum.
But, why he don’t looked happy. I mean, nampak macam paksa diri untuk senyum.
Tak macam senyum dekat aku tadi. Okay! Perasan kau!
“ Okay jom. You pergi dulu. Nanti I menyusul.”
“ Okay.”
Usai saja kelibat Jasmine hilang. Dia kembali fokus padaku.
Aku pula dah terkelu lidah nak berkata-kata. Mujur Rina dah masuk ke dalam
kembali.
“ Saya tak tahu kenapa. Tapi saya makin yakin yang saya
perlu tahu awak.”
Aku terkedu. Kedengaran tegas kata-kata dia.
“ Apa awak maksudkan ni?” Aku tersenyum sinis. Berpura-pura
tak tahu apa-apa.
“ Awak sang misteri tu.”
Dia berlalu tanpa sempat aku menanya lebih lanjut.
Sepatutnya aku yang cakap dekat dia. Dia yang sang misteri. Bukan aku. muncul
then menghilang. Arghh! Serabut!! Siapa kau wahai sang misteri!!!
**
Bosannya duduk rumah. Hari minggu macam ni tak ada benda
yang boleh dibuat ke? Bosan ya amat. Hurmm. Teringin juga nak jenguk ke pantai.
Tapi kena jimat duit minyak. Haha. Bukan dekat tapi jauh juga. Aduduh! Apa
benda aku nak buat ni? Aku pandang siling dengan renungan kosong.
Tok! Tok!
Aku menoleh ke arah pintu saat diketuk. Siapa lagi kalau
bukan Rina. Dia stay dengan aku.
" Ye! Masuk la. Aku tak kunci pun pintu tu."
Laungku lantas bangun duduk.
Dia masuk ke dalam bilik aku dengan senyuman. Aku tengok dia
yang sentiasa senyum tu. Cemburu aku tengok. Sentiasa senyum macam tak ada
masalah satu pun.
"Awak tak mandi lagi? Jom keluar pergi mall cuci mata.
Lama dah kita tak keluar bersama. Tak bosan ke duduk kat rumah? Cepat la
bersiap. Hari ni saya belanja awak. Awak cakap je nak apa. Saya tunggu dekat
bawah tau. Dah bangun. Cepat sikit."
Aku terlopong saat dengar dia cakap dan terus keluar sebaik
sahaja selesai. Pergh! Macam bertih jagung dah dia cakap tadi. Alahai Rina.
Bukan main excited kau. Haha.
" Fasihah! Lamanya awak bersiap. Cepatlah sikit. Saya
tunggu awak dekat kereta jela jangan lupa kunci pintu rumah tau."
Aku baru nak pakai tudung kot. Dia dah keluar ke kereta.
Sabar je la. Excited sangat tu yang jadi macam tu. yang penting dia belanja
hari ni. Kahkah! Mari kita habiskan duit dia. Hahaha.
“ Okay jom.”
Hampir 10 minit memandu. Akhirnya sampai ke shopping mall.
Aku hanya ikut je ke mana Rina pergi. Lepas satu kedai, satu kedai lagi dia
masuk. Tapi hampeh! Tak ada satu barang pun dia beli. Haih dia ni. Aku dah
lenguh kaki kot.
" Rina jom ke kedai buku jap. Aku nak cari novel. Dah
lama aku tak beli novel." Ujarku bila nampak kedai buku popular. Bersinar
terus mata aku. Haha.
" Baiklah tapi jangan lama sangat. Awak bila jumpa je
novel macam nak berumah dekat situ terus sampai lupa nak balik." Bebel
Rina.
Aku senyum jela. Apa yang dia kata tu semuanya betul. Maklum
la aku kan hantu novel. Aku dan Rina terus masuk dan pergi dekat bahagian
novel. Makin bersinar mata aku bila banyak novel baru. Tangan aku baru nak
capai satu novel tapi tak sempat bila tubuhku dirempuh dari tepi. Akibatnya,
aku hampir tersungkur ke belakang.
" Aduh! Sakitnya bahu aku!” Aduhku lantas usap bahuku
perlahan. Orang ke apa yang rempuh aku tadi. Tak reti tengok jalan ke apa?
" Eh! Sorry. Sorry tak sengaja. Awak tak apa-apa?"
Dia merendahkan tubuhnya untuk melihat aku. Yelah aku kan pendek.
Tapi aku terdiam sejenak. Aku jadi makin takut nak angkat
muka tengok empunya diri. Kenapa suara dia familiar sangat? Dengan rasa
ragu-ragu aku dongakkan kepala untuk tengok dia. dan kami berdua terkedu
seketika. Dia!
“ Awak?!” Serentak kami menjerit. Tapi tak kuat sangatlah.
Terkejut punya fasal.
“ Awak okay?” Soalnya prihatin.
Aku terus menganggukkan kepalaku. Rasa segan menerpa ke
dalam diri aku. nak tengok dia pun jadi takut. Aku baru nak lupa fasal kejadian
minggu lepas. Tup-tup dia muncul pula depan mata aku. Habis? Macam mana nak
lupa kalau gini caranya?
" Fasihah? Awak tak apa-apa?" Muncul Rina sambil
tangan dia membelek muka aku. Macam budak kecil pulak aku dengan layanan Rina
ni. Malu aku dibuatnya. Dah la di depan mamat misteri ni.
"Aku okay la. Sikit je ni." Tenang aku berkata-kata.
Then, terdengar orang berdehem. Terlupa aku sekejap yang
mamat misteri ni masih ada depan kami.
“ Eh! Maaf.” Suara Rina dengan sengihan. Aku Cuma berdiam
diri.
" Hurm it’s okay. Jom saya belanja makan."
Pelawanya dengan senyuman.
Aku? mestilah tak nak. Aku nak mengelak weh! Tolonglah! Tapi
Rina menghancurkan segala-galanya.
" Eh! Boleh je. Jom Fasihah. Orang dah ajak takkan nak
tolak. Tak baik tahu kita tolak." Dia mula dah memujuk. Haih.
" Yelah. Tapi
sebelum tu zip mulut kau dulu okey?" Sempat aku berbisik kepada Rina
sebelum kami berdua ikut langkah lelaki tu dari belakang.
Sebelum tu, aku pergi ke kaunter dulu bagi buat bayaran.
Novel wajib aku ambil. Kalau tak rugi je la datang. Sebaik sahaja selesai, aku
melangkah ke arah mereka berdua yang tengah menunggu itu. Bila nampak aku, Rina
berdiri di sisi aku. Dia aku biarkan jalan dahulu. Tapi ada juga dia cuba nak
berbual dengan aku. Cuma, aku ambil kisah tak kisah je.
" Korang nak makan dekat mana? Cakap je saya
belanja." Soalnya sambil memandang ke arah kami.
Belum sempat aku nak beri reaksi apa-apa, Rina tiba-tiba
tarik tangan aku jauh sikit daripada dia. aku tersentak seketika. Dah kenapa?
"Kau kenapa
Rina?" Soal aku inginkan kepastian.
"Awak tu jalan boleh tak tengok depan. Awak hampir langgar
dia la." Terang Rina satu persatu.
Aku terdiam. Aku toleh ke arah dia. Dia masih tak perasan
yang kami dah berhenti ikut dia. Aku tengok ke arah Rina semula. Dia nampak
gusar. Aku mengeluh kecil. Jauh sangat mengelamun. Ini jadinya.
“ Sorry.” Ucapku dengan senyuman hambar.
“ Saya rasa awak ada something wrong anywhere dengan dia
kan?” Tebak Rina dengan kerutan di dahi.
Aku terdiam lagi. Aku sambung jalan diikuti Rina. Sampai
kami dah ada betul-betul belakang lelaki misteri tu.
“ Encik?” Rina memanggil dia.
“ Ya?”
Aku tengok Rina dengan rasa tak sedap hati. Apa pula yang
dia nak buat ni?
“ Saya nak ke tandas kejap. Korang masuk la dulu pesan apa
yang patut.”
Belum sempat aku nak tarik lengan Rina. Dia pergi dulu
meninggalkan aku terpinga-pinga. Dia sengaja! Yes! Dia memang sengaja!!!!
“ Jom. Kita makan pizza sudah lah erk?”
Aku tersenyum hambar. Ikutkan je la. Akhirnya aku ambil
tempat dan tengok je dia ambil pesanan. Betul. Semenjak aku jumpa dia, hati aku
tak pandai nak duduk diam. Asyik buat kerja dia je. Huh! Kenapa dengan aku ni?
Dan apasal lelaki tu asyik muncul depan aku je lately ni. Hairan aku.
“ Menungkan apa?”
Dia muncul dengan pizza hut. Aku diam. Tak nak cakap
apa-apa. Rasa segan.
“ Fasihah?”
Aku tersentak. Dia tahu nama aku? of course la boleh tahu
dah Rina sebut kuat-kuat tadi.
“ Apa.”
“ Kenapa awak macam nak lari dari saya?”
Aku tersenyum dalam hati. Oh! Sedar ke?
“ Dah tu nak saya buat apa lagi? saya tak kenal awak.
tup-tup jumpa lagi.”
“ Tapi saya nak kenal dengan awak. Cuma, awak tak nak beri
peluang dekat diri awak.”
Aku terkedu bila dia renung aku tajam.
“ Semakin banyak kebetulan ni. Semakin saya yakin dengan
petunjuk Allah. Awak orangnya.”
Aku tergamam. apa yang dia sedang maksudkan ni?
“ Maaf. Saya tak faham. Saya nak balik.”
Aku cepat-cepat keluar daripada restoran pizza hut tu. Tak
sanggup nak berdepan dengan lelaki misteri tu lagi.
“ Awak! wait!”
Aku usaha nak lari dari dia. Tapi gagal bila aku hampir nak
terjatuh. Gara-gara nak cepat sangat. Mujur aku sempat stabilkan balik
pergerakan aku. Cuma dah terlambat bila dia dah berdiri tepat di depan aku.
Rina pun nampak Cuma dia ambil keputusan berdiri jauh daripada kami. Aku tengok
dia inginkan pertolongan. Tapi dia tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
“ Fasihah. Benarkan saya kawan dengan awak? Hati saya kuat
mengatakan awak orangnya. Awak sang misteri tu.”
Aku picit dahi. Aku makin tak faham lah!
“ benda apa yang awak cakap ni? Saya tak faham.”
Aku toleh ke arah lain. Dan aku ternampak seseorang.
Jasmine! Ya Allah!
“ Saya suka awak Fasihah!”
Dan aku terus tengok dia dengan renungan tidak percaya.
“ Awak…”
“ You!”
Cuma dah terlambat bila Jasmine dah muncul. Saat ini aku
bagai tersepit di tengah-tengah. Dia pula nampak serba salah bila Jasmine
muncul. Apa ni?! Ya Allah!
**
Aku bermain dengan pen. Jauh aku merenung ke depan. Tak
hiraukan keadaan sekeliling langsung. Bila teringat kejadian semalam. Aku jadi
malu. Tambah-tambah bila Jasmine muncul. Terus aku rasa nak pitam. Mujur sang
misteri tu ada.
Bila dia tahu Jasmine ada. Dia terus tarik lengan Jasmine
pergi dari situ. Aku pula Cuma tengok dengan tertanya-tanya. Tak hilang lagi
dari terkejut selepas dia luahkan perasaan dia tu. Sampai sekarang aku still
tak percaya. Betul ke dia suka aku? Ke sekadar main-main je? Argh!
“ Boss. Ada orang nak jumpa dekat depan.”
Aku tersedar. Aku tengok Rina dengan kerutan di dahi. Siapa
pula nak jumpa? Rina pun nampak serba salah je.
“ Siapa weh?”
“ pergilah tengok.”
Mahu tak mahu aku ke depan bagi menemui seseorang yang
langsung aku tidak tahu siapa. Tapi bila dah ke depan dan tangkap kelibat yang
sedang tunggu aku tu. Serta-merta langkah aku terhenti dan aku rasa macam nak
lari je. Huargh!
“ Fasihah…”
Aku tak sempat nak berlalu bila dia sempat halang dengan
badan dia. Aku tengok dia inginkan jawapan.
“ Saya nak cakap sikit. Saya Cuma nak tahu jawapan awak je.
Then, saya akan pergi. Maybe awak takkan jumpa saya lagi.” Aku tersentak bila
dia cakap macam tu.
Mahu tak mahu aku mengangguk dan ikut dia sehingga ke luar
butik. Aku biarkan dia sandar pada kereta dia. Aku pula hanya berdiri kaku
depan dia.
“ Saya tak tipu fasal semalam.” Ujarnya tiba-tiba bernada
serius.
“ Jasmine?”
“ Dia Cuma sepupu saya. Tak lebih dari tu.”
Aku tersenyum sinis. Boleh percaya ke?
“ Fasihah. Saya Cuma nak satu jawapan je dari awak. Awak
suka saya?”
Aku terkedu. Aku sendiri tak tahu aku suka dia ke tak. Tapi
saat ini aku tak boleh terima dia. Terlalu cepat. Lagipun teringat wajah
Jasmine semalam. Buatkan aku gerun weh!
“ Awak?”
Aku terdiam lagi. Aku takut nak bagi jawapan. Akhirnya aku
menoleh ke arah lain. Tak mampu lawan renungan mata dia tu.
“ Okay. Saya dah tahu jawapan awak. terima kasih.”
Aku tengok dia yang sudah masuk ke dalam kereta. Aku dapat
kesan riak hampa dia juga. Sekali gus buatkan hati aku rasa nak menjerit.
Kenapa semuanya berlaku terlalu cepat?! Ya Allah!
“ Fasihah. I will waiting for you.”
Terus dia berlalu meninggalkan aku dengan rasa sakit di
hati. Kenapa aku mesti rasa macam ni?!
**
“ Fasihah! Ni!”
Aku yang baru selesai makan melangkah ke arah ruang tamu
bila Rina memanggil. Dia tunjukkan aku surat khabar. Aku dengan blur nya tengok
apa yang Rina nak tunjuk. Dan hati aku tersentak saat baca tajuk akhbar tu.
CEO syarikat besar
sudah bertunang dengan pilihan hatinya.
Aku katup mulut. Serentak itu air mataku mengalir ke pipi.
Aku tengok Rina inginkan kepastian. Bila dia mengangguk dengan senyuman hambar.
Terus aku jatuh terduduk di sisinya.
“ Sabar weh. Sabar.”
Aku tutup mata. Adakah ini yang dia maksudkan? Kata nak
tunggu aku konon? Semua lelaki sama je!
“ No wonder dia datang butik semalam. Rupanya…”
Aku terus seka air mata dan bangun berdiri. Surat khabar
tadi aku tengok sekilas. Terpampang wajah dia dengan Jasmine. Huh! Kenapa aku
mesti jadi macam ni sebab dia?
Tengku Khairul Syamel? Ya Allah!
**
Deruan ombak pantai menenangkan jiwaku yang tengah
berkecamuk ni. Aku tunduk tengok air pantai yang mengena pada kakiku. Aku
tersenyum seketika. Aku jalan sepanjang air pantai dan terhenti bila ternampak
seseorang.
Aku mengetap bibir. Aku kerling ke arah langit. Lelaki tu
macam Khairul. Ya Allah! Tolonglah. Kata nak move on. Tak perlu ingat tentang
dia lagi. kau datang pantai ni sebab nak tenangkan hati dan fikiran kau. So,
please stop thinking about him Fasihah! Kalau tak sia-sia kau ambil cuti yang
panjang semata-mata nak ke sini.
“ Fasihah!”
Aku bergerak jauh dari pantai dan melangkah ke arah kerusi
kosong. Aku tersenyum ke arah orang yang memanggil aku tu. Siapa lagi kalau
bukan Anis. Dia dah duduk tetap dekat sini. Katanya nak kerja sini pula. Aku
ikutkan je la.
“ Kau cuti ke?” Soalnya lantas duduk di sisi aku.
“ Haah. Cuti panjang. Entah sampai bila.”
Aku renung jauh ke hadapan. Tiba-tiba telefon bimbit aku
berbunyi. Rina? Kan aku dah kata jangan cari aku.
“ Helo Rina?”
“ Fasihah. awak tak baca surat khabar ke?”
“ Kenapa?”
“ Tengku tu hilang. Seminggu lepas bertunang dia menghilang.
Tapi sempat putuskan pertunangan mereka.”
Aku tersentak besar. What?
“ Dan kita ada masalah besar.”
Aku terdiam. Aku toleh ke arah Anis yang tertanya-tanya tu.
“ Masalah apa?”
“ Jasmine datang serang butik awak. Dan… dia cuba nak
musnahkan butik awak.”
“ Allah!”
“ Saya nak awak datang kejap ke butik. Please?”
“ InsyaAllah. Esok saya gerak. Thanks Rina.”
Selepas tamatkan panggilan. Aku terus fokus pada Anis. Air
mata dah bergenang. Dalam kepala aku sekarang ni jangan cakap. Berserabut!
“ Beb. Aku takut.”
“ Jangan takut. Tak apa. Allah ada beb. kalau ada masalah
baik kau pergi balik. risau aku tengok.”
Aku membuat anggukan. Aku tetap kena balik ke butik.
“ nanti aku datang balik.”
Rina! Tolong jagakan butik aku kejap! Aku janji aku akan
balik.
**
“ Mana perempuan tu?! Keluar!!”
Aku terus keluar daripada bilik kerjaku saat terdengar suara
yang aku sangat kenal dekat luar. Tanpa berlengah aku melangkah ke depan butik.
Rina nampak serabut. Yala. Nak uruskan butik lagi dengan pelanggan macam
Jasmine ni lagi. Memang menyakitkan hati.
“ Cik. Jangan buat kecoh dekat butik saya please?” ujarku
dengan baik-baik.
“ Eh! Kau jangan nak berlagak baik la! Sebab kau dia putus
tunang dengan aku! kau memang perempuan
tak guna!”
Aku terdiam. Takkan sebab aku?
“ Apa cik merepek ni?” Aku masih cuba bersabar.
Dia menarik senyuman sinis. Tapi tidak lama bila mukanya
berubah muram pula. Aku dah terdiam.
“ Dia memang cintakan kau. Dia langsung tak cintakan aku.
Dan sekarang dia dah menghilang. Tiada sesiapa pun tahu. Takkan kau tak
sedar?!”
Aku termangu.
“ Tapi kenapa kau tak terima dia?”
Aku toleh ke arah lain. Rasa nak menangis.
“ Kau jangan menyesal kalau dia betul-betul pergi dari hidup
kau.”
Belum sempat aku nak bertanya lagi Jasmine terlebih dahulu
keluar daripada butik. Serentak itu air mataku mengalir ke pipi. Arh! Kenapa
ni?
“ Saya rasa apa yang dia cakap tu betul Fasihah. Awak
terlalu ego. Awak terlalu nafikan perasaan awak pada dia.” Rina bersuara dengan
senyuman hambar.
Aku terpinga-pinga. Tapi akhirnya aku menangis lagi. Mana
awak pergi Sang Misteri!
**
Sebulan kemudian…
Selepas hampir seminggu aku dan Rina usaha naikkan nama
butik balik. Aku dan Rina mampu menghembus nafas lega sebab kami berjaya. Jasmine
pula dah tak kacau aku. Dia macam reda dengan apa yang terjadi. Malah dengar
dia juga dah berhijrah ke luar negara.
Aku? Aku ambil cuti yang sangat panjang. Tenangkan fikiran
dan cuba nak move on. Move on? Kau sedang tipu diri kau Fasihah. Sedangkan kau
tengah tunggu dia kan? Tunggu dia dekat pantai ni setiap hari. Dah hampir
sebulan Fasihah! Tapi dia tak muncul-muncul pun.
Aku mengeluh kecil. Kenapa aku still tunggu dia sedangkan
dia dah pergi. Aku tengok ke arah pantai. Ramai orang bermandi manda petang ni.
Musim hujung minggu sama. Aku tarik senyuman hambar.
Perlahan-lahan aku mendekati gigi air pantai. Aku duduk situ
sambil melihat panorama petang. Teringat pula di mana pertama kali aku jumpa
dia dekat sini. Arh! Aku rindu dia!
“ Hai.”
Aku duduk tegak. Aku toleh ke kiri. Eh! Semenjak bila lelaki
ni duduk sebelah aku? Dah tu tengok aku
sambil tersenyum pula. Aku tak balas senyuman dia tapi terus tengok ke arah
lain. Dia ni silap orang ke?
“ Tak kenal ke? Dah lupa kita ke?”
Aku tengok dia sekali lagi. Siapa lelaki ni?
“ Siapa?”
“ Dulu. kami pernah datang. Dengan mak kita. Saya dengan
adik saya dan abang saya. Dah lupa ke?”
Aku cuba mengimbas memori lalu. Aku amati wajah dia. Dan
bila dapat kesan, aku tersentak besar. Ya Allah! Adik sang misteri tu ke?
“ Ingat pun.”
Dia kembali tengok ke arah pantai. Aku pula dah tergamam.
ini adik dia. Jadi dia?
“ Awak tak rindu abang saya ke?”
Aku terkedu. Siapa kata tak rindu.
“ Dia rindu awak Fasihah. Terlalu rindu.”
Aku tersenyum hambar. Kalau rindu kenapa tak datang cari?
“ Dia takut nak cari awak sebab awak tak nak terima dia. Dia
kecewa Fasihah. Dia tunang tu pun sebab terdesak. Sebab mama saya. Tapi dia akhirnya minta putus bila dia
asyik teringatkan awak. dia tak boleh go on. Awak tak kesiankan dia ke
Fasihah?”
Aku tutup telinga. Tak mahu dengar apa-apa lagi. Aku takut
kalau aku nangis lagi.
“ Awak langsung tak ada perasaan dekat dia ke?”
Aku pejamkan mata. Tipulah kalau kata tak ada.
“ Kalau betul awak ada perasaan dekat dia. Awak beritahu lah
dia.”
Aku buka mata dan toleh ke arah dia. Dia tersenyum lantas
bangun duduk. Aku jatuhkan tangan aku ke bawah. Melihat dia pergi begitu je.
Buatkan aku terpinga-pinga. Tapi pada masa yang sama aku sedih. Sedih kalau
betul aku tak dapat jumpa dia lagi.
Tak tahu kenapa aku rasa macam tak kena. Aku rasa macam
diperhati. Tapi adik dia dah pergi tadi. Tak mahu terus layan perasaan. Aku
bangun berdiri. Dan renung jauh ke hadapan. Tapi aku tak sempat nak berlalu
bila ada seseorang lalu tepat di hadapan aku. Cuma kali ini dia tidak
tersenyum. Cuma berdiri kaku depan aku. Turut membuatkan aku terkaku.
“ Fasihah.”
Aku tersedar. Aku pantas menoleh ke arah lain. Ya Allah! Dia
muncul jua akhirnya!
“ Maaf. Saya kacau awak lagi.”
Aku gigit bibir. Kenapa suasana sekarang rasa menyedihkan?
Dia dah muncul Fasihah. Takkan nak biar dia pergi lagi macam hari tu?
“ kenapa awak yang perlu hadir dalam hidup saya?” Ujarnya
lagi.
Aku tarik nafas dalam-dalam dan beranikan diri melihat ke
arah dia.
“ Awak sang misteri. Kenapa awak misteri sangat?” Akhirnya.
Keluar juga suara aku.
Dia tersenyum. Dan senyuman itulah yang aku rindukan sangat.
“ Sebab awak pun misteri sangat. Sebab awak misteri la yang
buatkan saya jatuh cinta.”
Aku tahan diri daripada menitiskan air mata. Cuba kuatkan
hati.
“ Mudahnya?”
“ Ye. Semenjak pertama kali kita bertemu.”
“ Tapi..”
“ Sampai bila nak sembunyi ni Fasihah? Kenapa awak setia
tunggu dekat pantai ni kalau bukan sebab saya kan?”
Aku terkedu. Dia tahu ke aku tunggu dia?
“ Mata awak menceritakan segala-galanya Fasihah.”
Aku larikan gerak mata aku ke lain. Serentak itu tangan aku
terketar-ketar. Jantung mula memainkan rentak. Aku tarik senyuman kecil. kekok
sebenarnya.
“ So? Takkan nak lari lagi?”
Aku tutup telinga dan berlalu daripada dia.
“ tak nak dengar! Tak nak dengar!”
“ Hahahaha. I got you Fasihah!”
“ Bla bla bla!”
“ kita kahwin?”
“ Lalalalala.”
“ Hahaha.”
Tapi hati aku dah tersenyum sekarang. Aku toleh ke arah dia
sekilas. Dia nampak gembira sangat. Ini kah yang dia nak kan selama ini?
Bermakna dia sangat mengharapkan aku. Aduh! Aku rasa nak tersenyum juga ni.
“ Fasihah!”
Langkahku terhenti. Bersedia mendengar kata-kata dia yang
seterusnya.
“ I love you! Marry me?”
Terus aku berlalu tanpa memberi jawapan pada dia. Sang
Misteri. Aku malu! Argh!
**
Sebulan kemudian…
“ Fasihah…”
Aku menarik senyuman saat ternampak ibu mertuaku. Ya. Baru
semalam aku sah menjadi isteri kepada Tengku Khairul Syamel. Sengaja time dekat
pantai tu buat dia sengsara. Haha.
" Fasihah, mama nak minta maaf sebab sakitkan hati
kamu. Mama tak tahu yang Khai dah jumpa kamu balik, kalau mama tahu, mama
takkan paksa Khai bertunang dengan Jasmine. Mama buat semua ni sebab ingin
mengembalikan senyuman anak mama. Sejak pertama kali, jumpa kamu di pantai dia
terus mengharapkan kamu akan bertemu kembali dengan dia. Tapi mungkin Allah nak
uji dia, Allah pisahkan korang. Dan sejak itu, dia hanya murung dan serius
saja. Sejak bertemu kamu kembali, mama rasa anak mama dah kembali. Terima kasih
Fasihah. Jaga anak mama sampai jannah ye." Luah mama dengan rasa sayu.
Aku terus tarik mama dalam pelukan.
“ Tak apa ma. Fasihah faham. Yang penting dia dah jadi suami
Fasihah. InsyaAllah Fasihah akan jaga dia seperti mana Fasihah jaga diri sendiri.”
Ucapku lantas leraikan pelukan.
“ Alhamdulillah. Memang Khai memilih menantu yang betul.
Mama keluar dulu ye?”
Hilang saja kelibat mama ke luar bilik. Terasa pula ada
pelukan daripada belakang. Aku tersenyum lagi.
“ Abang bahagia sangat. Abang ingat abang terpaksa lepaskan
sayang pergi. Jahat kan sayang? Buat orang sengsara tunggu jawapan dia.”
Aku tertawa kecil. Aku pusingkan tubuhku ke arah dia. Aku
tatap wajahnya dalam-dalam.
“ Mana boleh lepaskan sang misteri ni macam tu je.
Berhari-hari kita tunggu tau?”
Hidung aku pula dicuit nakal. Dia menarik senyuman manis.
Dan senyuman itu lah yang paling aku rindui setiap hari.
“ Hug me please? I miss you so much!”
Dia mendepakan kedua-dua tangan dia. Aku tersengih. Tanpa
berlengah aku memeluk dirinya erat. Ya Allah! Sesungguhnya aku bersyukur sangat
apa yang aku dapat ketika ini. Terima kasih ya Allah!
“ Just don’t stay away from me again dear.”
“ InsyaAllah. Abang kan sang misteri saya.”
“ Sang misteri abang juga.”
Akhirnya kami terus tersenyum dalam pelukan. Alhamdulillah.
For sure, you always be my mystery guy.
~Tamat~
No comments :
Post a Comment