Ya Allah! Sorry guys! Sorry sesangat. Aku tau aku salah. Yala. Janji semalam nak post cerpen. Tapi hari ni baru cerpen. Wuargh! Nak nangis sebenarnya. Haha. Sory sangat. Sebab cik writer kekeringan idea nak sambung story cerpen ni. Suka buat sekerat-sekerat lepas tu hilang.
Dan aku nak minta maaf sesangat sebab cerpen baru untuk tahun 2016 ni tak begitu memuaskan. Aku tahu mesti jalan ceritanya akan bosan dan klise sangat. Macam biasa. Tapi itu je yang aku mampu lakukan setakat ini. Aku minta maaf guys. Harap jangan kecam saya. Hahaha. Okay. Tak nak bebel dah. Baca ja la. Bye. ><
“ Adra! Adra!”
“ Yo! Wait a minute!”
Adra Qaisara. Dia merupakan seorang gadis yang periang.
Sedang melanjutkan pelajaran di UIA. Tapi dah semester last. Dan dia juga bakal
bertunang tidak lama lagi. Masalahnya dia sendiri tidak tahu siapa bakal
tunangnya tu. Tup tup, mama dia call cakap dia akan ditunangkan hujung tahun ni
dengan seorang lelaki. Dan mama dia kata lelaki tu sekarang dah balik Malaysia.
So, that’s mean lelaki tu dulu tidak menetap kat sini. Kan?
“ I think your mom want to meet you.”
Adra mengerling ke luar tingkap. Mukanya dah berubah teruja.
Ada mama dan papa.
“ Beb. Aku keluar dulu. Kalau aku balik lambat kau tidur la
dulu. Aku bawa kunci pendua.”
Adra menyarungkan tudungnya dengan kemas lalu berpelukan
seketika dengan teman serumahnya itu sebelum keluar menyarungkan kasut.
“ Okay bebeh.”
Selepas pintu rumah ditutup, langkahnya terus maju menuju ke
arah kedua orang tuanya itu. Senyuman lebar ditarik. Kedua-dua tangan mama dan
papanya disalam. Lepas tu dia terus peluk mereka dengan penuh kasih sayang.
“ Mama dan papa dari mana ni?”
Datin Fiza tersenyum tipis. Manakala Datuk Faris terus masuk
ke dalam kereta. Bersedia nak bawa Adra bertemu dengan seseorang.
“ Dari rumah. Jom ikut mama. Nak jumpa kawan mama.”
Adra mengerutkan dahi. Melihatkan mama dan papanya yang
sudah masuk ke dalam kereta itu, dia hanya menurut. Tapi tertanya-tanya juga.
Siapa kawan mamanya tu? Dan tak tahu kenapa hatinya dah rasa lain semenjak
tadi. Dah kenapa?
Hampir 15 minit perjalanan, akhirnya mereka sampai di
Putrajaya. Adra yang melihat tempat tersebut semakin tertanya-tanya.
“ Ma? Takkan nak jumpa kawan mama dekat sini?”
Adra keluar daripada kereta . Orang ramai menjejaki tempat
itu. Memandangkan cuti hujung minggu. So, ramai orang datang sini. Jadi tak
hairanlah ramai orang.
“ Jom ikut je mama. Ada seseorang tengah tunggu kita dekat
dalam. Jom.”
Adra hanya menurut. Tapi bila terfikir yang dia sudah lama
tak datang ke sini. Dia tersenyum panjang. Masjid Putrajaya yang tersergam
indah itu memang mampu membuatkan hatinya menjadi tenang. Masalah yang ada
seakan hilang.
“ Adra?”
Adra yang ralit memandang ke arah masjid tersentak selepas
ditegur. Dia pantas menoleh ke depan. Ada seorang wanita berusia dalam
linkungan 40-an sedang tersenyum ke arahnya. Manis makcik ni bertudung dan
berjubah. Setahunya dulu makcik ni tidak bertudung. Dan seingatnya dulu, mama
dia pernah cerita yang makciknya ni berasal daripada Korea dan berkahwin dengan
pakcik dia. Lepas tu, terus masuk Islam. Alhamdulillah.
“ Makcik! Apa khabar?” Tegur Adra lantas menyalam tangan
makciknya itu.
“ Alhamdulillah sihat. Adra?”
“ Sihat juga. Pakcik mana makcik?”
“ Ada. Pergi mana entah dengan anak dia.”
Adra tersentak. Anak? Semenjak bila makcik aku ni ada anak?
Pening dengan persoalan itu, dia menarik lengan mamanya agar berjauhan sedikit
dengan makciknya itu. Datin Fiza yang tidak tahu apa-apa hanya menurut.
“ Kenapa ni sayang?”
“ Makcik ada anak erk?” Soal Adra ingin tahu.
“ Yela. Kamu tak tahu ke? Tu la. Dulu time raya mama suruh
ramah dengan adik-beradik. Dia tak nak. Suka sangat ikut abang kamu beraya
dengan kawan-kawan dia. Sekarang tengok? Tapi mama tak salahkan kamu juga.
Sebab dia jarang balik Malaysia. Duduk Korea.”
Adra yang mendengar penjelasan mamanya itu hanya mengangguk
faham. Lepas tu mereka kembali menapak ke arah makciknya itu.
“ FIza. Kamu dah beritahu Adra ke?”
“ Nak beritahu la ni. mana dia?”
Adra yang mendengar namanya disebut jadi tertanya. Apa benda
yang mama aku cakap ni? kenapa aku makin rasa semacam je ni?
“ Ha! Tu pun dia!”
Adra yang masih memikirkan sesuatu itu pantas menoleh ke
arah yang ditunjukkan makciknya itu. serentak itu dadanya terus berdebar-debar.
Makin kelibat itu hampir, makin berdebar jadinya. Sedar yang diri tu tak mampu
menahan panahan lelaki itu, dia pantas tunduk memandang lantai. Syuh! Jangan
rasa macam ni?!
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Adra tersenyum. Nama je duduk Korea lama tapi bahasa Melayu
lancar. Yala dah nama pun anak Melayu.
“ Adra. Kalau mama cakap jangan terkejut tau.”
Datin Fiza dan makcik Adra saling berpandangan sebelum memandang
ke arah Adra yang semakin tertanya-tanya itu. Cuma lelaki yang tengah berdiri
di depannya saat itu sahaja kelihatan tenang.
“ Apa ma?”
“ Sebenarnya dia bakal tunang kamu.”
“ What?!”
**
“ Mikail?”
Mikail tersentak selepas bahunya disentuh perlahan. Senyuman
pantas ditarik. Debaran yang menggila tu sedaya upaya ditahan dan ditepis
dengan sehabis baik. Wajah yang menenangkan hatinya itu dipandang sekilas
sebelum menoleh ke arah mamanya.
“ Ya ma?”
“ Kamu tahu kan Adra?”
Mikail tersenyum tipis sebelum menganggukkan kepalanya. Wajah Adra yang terkejut itu membuatkan dia
geli hati.
“ Bakal tunang. Siapa yang tak kenal?”
Datin Fiza dan Hae Won makcik Adra tersenyum tipis.
“ Adra?”
Adra terteguk air liur. Biar betul? Muka macam Korea ni
bakal tunang aku? Anak makcik? Aku memang tak nafikan dia memang handsome sebab
dia kacukan Melayu-Korea kan? Mata dia sedikit sepet bila tersenyum. Rambutnya
pendek dan disikat kemas. Tinggi juga. Putih. Ada sedikit janggut. Ah! Perfect
la aku katakan. Betul ke ni?
“ Mama. Kenapa Adra tak tahu pun dia anak makcik?” Bisik
Adra sambil menjeling ke arah Mikail.
“ Dia baru balik Malaysia sayang.”
Mikail sedar yang dirinya diperhati itu tergelak. Dia
menarik mamanya agar menjauh sedikit daripada mereka. dia nak katakan sesuatu.
“ Mama. She looked so nicely. She plain. She looked so
surprise when see me. I think she so cute. Really mom?”
Hae Won atau nama Islamnya Aminah itu tertawa kecil.
“ I think you fall in love with her. Right?”
Mikail tersenyum.
“ Macam baru lepas tengok hantu pun ada ma.”
“ Haish. Tak baik cakap macam tu. Dia terkejut la. Mikail
pun sama. Duduk lama sangat dekat Korea tu. No wonder she don’t know you.”
Mikail tersengih pula. Kepalanya yang tidak gatal itu
digarunya perlahan.
“ Jom jumpa mereka. I think you should talk to her for a
while maybe?”
“ Yes. I want talk to her just a few minutes. Can I?”
“ Sure.”
**
Adra dan Mikail. Kini mereka berada di luar Masjid
Putrajaya. Mereka berada di rimbunan pokok-pokok yang berderetan seberang jalan
itu. Dan mereka masing-masing masih mendiamkan diri. Tidak tahu nak cakap apa.
Lebih kepada melayan perasaan sebenarnya.
“Nama awak apa?”
Adra mula mengeluarkan suara. Dia tidak tahan kalau
terus-terusan berdiam macam ni. sampai bila nak habis?
Mikail yang terkejut disoal mula mengukirkan senyuman.
“ Adam Mikail. You must Adra Qaisara right?”
Adra hanya menganggukkan kepalanya.
“ Erk. Kenapa?”
“ Means?”
“ Why you choose me? I mean why you want to marry with me?
We don’t know each other. And..”
Adra tidak jadi meneruskan kata-katanya bila perasan Mikail
sedang perhatikannya. Adra jadi malu.
“ No wonder why my mom want me to know you. Want me to marry
with you. Now I have that reason. Adra Qaisara.”
Mikail menarik senyum. Manakala Adra masih mendiamkan diri.
“ You know what? Actually, saya dah tahu awak siapa. From my
mom. Perkahwinan ni pun atas persetujuan saya. Awak tak setuju?”
Adra terdiam. Dia tak tahu nak jawab apa. Nampak je macam
penduduk Korea tapi bahasa Melayu lancar gila. Yala. Dah ayah dia orang sini.
Okay! Apa yang aku melalut ni?
“ Mikail. Awak tak menyesal?”
“ Kenapa pula?”
“ Because….”
Adra menggigit bibir. Apa alasan yang aku nak bagi ni?
“ Adra?”
“ Sebab kita jauh beza. Erk. Ya. Awak tengoklah diri awak.
You look perfect! But I? I haven’t nothing. I just nothing.”
Terhambur keluhan kecil daripada mulut Adra. Mikail yang
mendengar terus beriak serius. Dia cukup tak suka Adra merendah-rendahkan
dirinya. Selalu salahkan dirinya. Sedangkan semua tu tak penting.
“ Adra! Don’t said like that. Please. You is you. Jangan
pernah membezakan diri you dengan orang lain. “
“ But..”
“ No. just one thing Adra. Perkahwinan tidak memilih
seseorang berdasarkan rupa paras dan kelebihan seseorang itu. Perkahwinan lebih
tertumpu pada cinta sejati, tanggungjawab seorang suami dan isteri dan
perkahwinan menyatukan hati dua insan yang suci.”
Penerangan Mikail yang serius itu berjaya membuatkan Adra
kembali berdebar-debar. Tak tahu kenapa tapi dia susah sangat nak lawan
kata-kata Mikail. Ya Allah. Adakah benar Mikail ni jodoh aku?
“ Adra?”
“ Yes. Awak yakin ke yang saya ni ditakdirkan untuk awak?”
Mikail tersenyum.
“ Saya yakin. InsyaAllah.”
**
Sedar tak sedar. Baru 5 jam yang lalu Adra dan Mikail telah
sah jadi suami isteri. Perasaan tu jangan cakaplah. Macam-macam dirasai
terutama Adra. Sampai menggigil habis tangan dia. Sekarang dia dah habis
belajar dan sah jadi isteri kepada Mikail. Kerja dia sekarang? Entah! Haha.
Majlis baru je selesai. Kakinya mula melangkah masuk ke
dalam bilik. Penat. Nak rehatkan diri. Tapi kan? Langkah Adra terhenti. Dia
menoleh seketika ke belakang. Berharap kelibat Mikail tidak muncul ketika ini.
Takut juga kalau Mikail tiba-tiba muncul dan ikut dia sampai ke dalam bilik.
Wuahh! Dia tak selesa kot.
Dah yakin tiada, barulah kakinya laju masuk ke dalam bilik.
Dah kahwin ni perasaan dia lain macam sikit. Dah sebilik dengan lelaki kan? So,
kena bagi masa nak hadam sikit. Haha. Apa kau merepek ni Adra?
“ Adra!”
Adra tersentak. Alahai baru je nak masuk. Nama dia dah
dipanggil. Kalau gerangan yang memanggil tu orang yang tak akan kacau dia tak
apa. Ni masalahnya gerangan itu suami dia! Mak!!
“ Erk. Ya?” Adra mula rasa kekok semacam.
Mikail tersenyum. Adra diam. Aduhai. Kalau awak lama-lama
macam ni memang parah la saya sebab selalu akan teringatkan awak Adra.
“ Jom solat Asar sama-sama.” Ajak Mikail.
Adra terdiam. Ala. Ingat baru boleh tidur kejap. Tapi tak
elok tidur lepas Asar Adra. Huhu. Yela.
“ Erk. Okay.”
Mahu tak mahu Adra masuk juga ke dalam bilik bersama Mikail.
Pergerakan dia menjadi perlahan sebab nak bagi Mikail masuk dulu ke dalam bilik
air. Lepas tu dia boleh turun ke bawah. Tak selesa nak kongsi satu bilik. Ah!
Kau kenapa Adra? Dia suami kau la!
“ Adra pergilah ambil wuduk dulu. Abang tunggu sini.”
Adra terteguk air liur. Abang? Erm. Kekok pula aku rasa.
“ Tak apalah. Awak la pergi dulu. Saya nak buang perhiasan
ni kejap.” Ujar Adra memberikan alasan lantas menuju ke meja solek. Dia
menanggalkan kerongsang-kerongsang yang ada pada tudung dan selendangnya itu.
Kemudian dia tunduk untuk mencari tisu. Nak buang mekap. Nak solat kena buang
mekap dulu. Baru sah solat.
Tapi saat dia mendongak melihat cermin. Dia tersentak
apabila Mikail berada tepat-tepat di belakangnya. Kedudukan mereka saat ini
terlalu rapat. Sampai Adra dapat dengar deruan nafas Mikail. Mikail yang
melihat Adra diam tidak bergerak itu menarik senyuman.
“ Adra. Terima kasih sebab sudi terima abang sebagai suami
awak. You know what? You looks so beautiful today.”
Ubun-ubun Adra dikucupnya sebelum melangkah masuk ke dalam
bilik air. Tapi senyuman langsung tidak lekang daripada bibirnya. Adra yang
melihat Mikail pergi pantas menyentuh dadanya. Ya Allah! Berdebar gila aku
rasakan tadi. OMG!
“ Oppa. I think I fall in love with you.”
**
Matanya meliar memerhati sekeliling. Tetapi insan yang ingin
menemui dirinya itu tidak juga muncul. Terhambur keluhan kecil daripada
mulutnya. Hampir 15 minit dia menunggu, tapi batang hidung minah tu pun belum
kelihatan. Adra merengus geram. Kang aku balik nanti jangan asyik salahkan aku
je! Benci!
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama yang terpapar
pada skrin saat itu pantas membuatkan dadanya kembali berdebar. Dengan debaran
yang kian memuncak dia menyambut panggilan itu.
“ Assalamualaikum Adra.”
“ Waalaikumussalam.”
“ Adra ada di mana ni?”
Adra mengetap bibir. Dia terlupa nak minta izin tadi sebab
dia tergesa-gesa ke sini semata-mata nak jumpa Hana. Tapi hampeh!
“ Sorry awak. Saya terlupa nak cakap tadi sebab awak dah
pergi kerja. Saya tergesa-gesa sampai terlupa. Saya ada dekat mall tengah
tunggu Hana. Sorry erk awak.” Adra memohon maaf.
“ Yeke? Kalau macam tu. Tunggu sana. Kejap lagi abang
datang.”
Adra tersentak. Dia nak datang? Mak! Kenapa? Dia bukan kerja
ke?
“ Erk.. awak tak kerja ke?”
“ Abang cuti halfday. Tunggu tau. Abang letak dulu.
Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Adra kembali menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg.
Mengingatkan perkahwinannya dengan Mikail yang baru masuk seminggu itu menyebabkan
dia tersenyum kecil. Tak sangka Mikail romantik orangnya. Manalah dia tak
terpikat. Tapi… kenapa lidah ni susah sangat nak panggil dia abang? Sebab tak
biasa? Nonsense!
“ Adra! Sorry!”
Adra terkejut. Ha! Muncul pun kau!
“ Aku ingat kau dah terbang ke Marikh dah sampai lupa aku
kat sini.” Sindir Adra dengan wajah yang selamba.
Hana tersengih sebab dia tahu dia bersalah.
“ Aku terbangun lambat tadi. Sorry erk. Tak apa. sekarang
aku belanja pengantin baru ni makan. Erk?”
Adra mencebik. Nak pujuk aku la tu.
“ Tak payah. Kejap lagi laki aku nak datang. Suruh je la dia
belanja.”
Hana terlopong. Sesaat kemudian dia tersengih nakal.
“ Laki kau risau la tu. Sapa tak sayang bini oii!”
Adra buat muka toya. Hana ni kan!
“ Dah jom. Tak payah nak buat muka toya kau tu. tak kuasa
aku nak layan. Sekarang ikut aku. kita pergi shopping dulu.”
Hana terus tarik tangan Adra agar mengikutinya. Adra hanya
menggelengkan kepala saat melihat wajah teruja Hana. Shopping je dia tau. Adeh!
**
Adra menghayunkan kakinya ke arah kerusi kosong yang
terletak di hadapan kedai baju tersebut. Melayan kerenah Hana yang banyak
songeh itu membuatkan dia sangat penat! Penat nak berdiri. Penat nak tunggu.
Penat ! Daripada tunggu dia dekat dalam baik tunggu dekat luar ni. Boleh juga
duduk. Tak la sakit sangat kaki aku ni. Huh!
Penat melihat Hana yang banyak ragam itu, dia menoleh pula
melihat sekeliling mall itu. Orang tak ramai sangat. Maybe sebab bukan hujung
minggu. Sedang ralit dia melihat sekeliling, dia terperasankan seseorang. Cepat
sahaja dia terus bangun berdiri. Tapi tidak pula dia melangkah ke arah orang
itu. Hanya memerhati dari jauh.
“ Adra?”
Hana yang baru selesai membeli baju itu pantas menegur Adra
yang ralit memandang seseorang. Sampai aku yang dah tercegat depan mata dia ni
pun tak perasan. Siapa yang dia tengah tengok tu?
Adra langsung tidak menghiraukan kelibat Hana. Matanya tetap
tertumpu pada kehadiran seseorang itu. ikutkan hati nak saja kakinya melangkah
ke arah insan itu. tapi dia tak mampu. Dia takut nak berdepan dengan insan itu
buat kali kedua. Hati dia tak sekuat yang disangkakan.
“ Adra! Kau jangan cakap kau sedang tengok dia!” Keras Hana
berkata. Dia tahu siapa yang Adra tengah tengok sekarang.
Adra tersentak. Pantas dia menoleh memandang Hana yang
sedang merenungnya itu. Tajam!
“ Tengok apa?” Terus Adra berpura-pura tidak tahu. Dia
berjalan meninggalkan Hana dekat belakang. Tapi matanya tetap mencari insan
tadi. Bila dicari, insan itu dah hilang. Terlepas juga keluhan kecil daripada
mulutnya.
“ Kau dah ada suami! Kau ingat sikit Adra!”
Adra terdiam. Langkahnya terus mati. Dia menjeling ke arah
Hana yang sudah berwajah ketat itu.
“ Ya. Aku ingat sampai bila-bila.”
“ Dan kau juga kena ingat apa yang dia buat dekat kau 5
tahun yang lalu. Kalau kau tak ingat meh aku tolong ingatkan kau. Dan tolong
jangan cuba nak tegur dan jumpa dia. please!”
Adra tersentak mendengar kata-kata Hana yang berbaur arahan
itu. Dia terus tunduk memandang lantai. Hana memang satu-satunya kawan baik
yang dia miliki sampai sekarang. Tak mungkin dia nak sia-siakan Hana. Hana
cukup memahami dirinya.
“ Okay! Jom balik?” Pujuk Adra pula. Dia tak sanggup tengok
Hana terus-terusan marah macam tu.
“ Kata nak tunggu suami kau? Dia belum sampai ke?”
Adra menepuk dahi. Allah! Terlupa!
“ Kejap. Aku call dia.”
Belum sempat Adra nak mendail nombor suaminya. Suaminya
terlebih dahulu berada tepat di depannya saat ini. Hana dan Adra yang melihat
terus terdiam. Tapi sekejap saja bagi Hana. Adra yang melihat terus terkelu
lidah nak berkata-kata. Suaminya itu setia mengukirkan senyuman manis buat dia.
“ Maaflah sebab terpaksa pinjam isteri awak ni Encik
Mikail.” Sengih Hana selepas mengatakan sedemikian.
Mikail tersenyum tipis. Kepalanya dianggukkan perlahan.
“ Saya faham. It’s okay. Boleh saya belanja awak berdua
makan?” Tawar Mikail.
“ Boleh sangat. Sebab kami pun dah lapar ni Encik Mikail.”
Adra yang mendengar kata-kata Hana itu terus menyiku lengan
Hana. Hana dah melampau! Tak tahu malu betul kawan aku ni. Hana yang menerima
perbuatan Adra itu hanya tersengih panjang. Tahu yang Adra tengah menahan
geram.
“ Okay. Kalau macam tu jom lah. Hana jalan dulu.”
Hana yang faham mereka perlukan privasi terus berjalan
meninggalkan mereka berdua. Kini, tinggalkan Adra dengan Mikail.
“ Maaf sebab abang terlambat. Ada emergency kerja tadi.”
Mikail memohon maaf. Sebab dia tahu dia salah.
Adra yang mendengar masih mendiamkan diri. Perlu ke dia
minta maaf? Sedangkan dia tak salah.
“ Awak tak salah. Jangan risau. Jom lah. Kata nak pergi
makan. Saya pergi temankan Hana.”
Belum sempat Adra nak melangkah, lengannya terlebih dahulu
direntap lembut oleh Mikail. Terus kaku langkahnya saat itu. dia menoleh
memandang Mikail.
“ Abang pun perlukan teman.” Perlahan saja Mikail berkata
tapi sudah mampu membuatkan jantung Adra berdebar hebat. Terus Adra mengalihkan
pandangan ke arah lain. Tak mahu Mikail tahu apa perasaannya ketika ini.
“ Jom..jomlah.” Adra sudah gugup. Dia cuba meleraikan
pegangan. Tapi gagal. Mikail lebih pantas menggenggam tangannya. Dia tak mahu
melepaskan Adra lagi. dia terlalu sayangkan Adra.
“ Okay. Jom!”
Mereka beriringan berjalan menuju ke restoran terdekat. Hana
yang sudah jauh di hadapan cuba dikejar. Cepat sungguh minah ni jalan. Adra
yang melihat sudah menahan senyum. Nak bagi privasi la tu. Alahai.
“ Abang perasan tadi Adra cari someone. Cari abang ke?”
Langkah Adra terus menjadi perlahan selepas mendengar soalan
itu. Mulutnya rapat terkunci. Dia sudah berpeluh. Tak mungkinlah dia nak
berterus terang dekat Mikail. Lagipun benda tu dah tak penting dalam hidup dia.
“ Erk. Haah.” Adra terus memejamkan matanya. Maaf awak. Saya
terpaksa tipu.
“ Beb! cepat!”
Gara-gara laungan Hana itu, Adra terus saja mengejar langkah
Hana dan meninggalkan Mikail di belakang. Dia tak sanggup nak berdepan dengan
Mikail saat ini. jantungnya dah berdegup kencang. Kalau dia lebih lama berdiri
di sisi Mikail, dia takut dia akan tewas. Sedangkan dia dah benar-benar jatuh
cinta terhadap suaminya itu.
**
“ Adra!”
“ Kau nak apa lagi? Belum puas kau tipu aku hidup-hidup?
Sekarang kau nak hancurkan hidup aku pula? Macam tu? Hati aku ni bukan batu
tau?!”
Hana yang setia berada di sisi Adra dah mengelus lembut bahu
Adra seraya memberikan kekuatan. Dia faham perasaan Adra ketika ini. Dia
sebagai sahabat baik Adra sentiasa menyokong Adra daripada belakang.
“ Aku minta maaf. Tapi aku buat semua ni bersebab Adra.”
“ Sebab nak buktikan pada ex kau yang kau boleh bahagia
tanpa dia? Akhirnya kau dan dia pun getback semula. Macam tu? Wahh! Heaven
gila!”
Adra dah mengelus lembut pipinya yang basah itu. Dia tidak
sangka Ikhwan tergamak memperlakukan dia sebegini. Dah berjaya buat aku sayang
dia. Akhirnya hati aku pula disakiti teruk. Aku terluka!
“ Ikhwan! Aku takkan maafkan kau. Tergamak kau mempergunakan
kawan aku ni demi kepentingan kau. Kalau kau tak sayang dia kenapa kau mesti
cakap sayang? Kau memang kejam Wan!” Suara Hana pula dengan penuh kebencian.
Ikhwan terdiam. Hatinya jadi sayu melihat air mata Adra
ketika ini. Maafkan aku Adra. Aku terpaksa.
“ Dah. jom kita pergi Adra. Aku harap lepas ni kau takkan
muncul lagi depan mata kami. Atau kami yang akan pergi daripada hidup kau.”
Terus tangan Adra ditarik Hana agar tinggalkan tempat itu.
tinggalkan tempat itu bermakna tinggalkan segala-galanya berkenaan lelaki yang
bernama Ikhwan itu. Biarkan ia terkubur selamanya di jauh sudut hati ini.
**
Terhambur keluhan kecil daripada mulut Adra saat teringat
kenangan silamnya 5 tahun yang lalu. Sesaat kemudian dia tersenyum hambar pula.
Memang. Memang benar dulu aku sangat sayangkan kau Ikhwan. Tapi kini, aku
benar-benar mencintai suami aku Mikail. Aku tak nak kehilangan Mikail lagi.
seperti mana aku pernah kehilangan kau dulu.
Terasa sentuhan pada bahunya itu, dia pantas menoleh ke
belakang. Ternyata Mikail sedang melihat dia dengan renungan tanda tanya.
Adra yang melihat pandangan itu hanya
tersenyum sipi. Terus dia bangun dan salam suaminya itu.
“ Dah makan?” Soal Adra lantas mengikat rambutnya dengan
kemas. Dia perlu siapkan makanan untuk Mikail. Ralit sangat termenung.
“ Belum.”
“ Kalau macam tu Adra pergi panaskan makanan. Awak tunggu
kejap.”
Baru sahaja Adra ingin melangkah, lengannya terlebih dahulu
dicapai. Tapi tak pula Adra menoleh memandang Mikail. Mikail yang tidak berpuas
hati apabila Adra tidak melihatnya itu terus memeluk Adra daripada belakang.
Serentak itu jantung Adra kembali berdegup pantas. Dia hanya menggigit bibir
menerima perilaku Mikail itu.
“ Abang rasa Adra ada masalah. Daripada semalam lagi. Kenapa
ni? Cuba cerita dekat abang.”
Adra menggigit bibir dengan lebih kuat. Dia memilih untuk
berdiam. Dia tak nak tewas dengan perasaannya lagi.
“ Adra. Abang sayangkan Adra tau tak. Sebab tu abang tak nak
tengok isteri abang ni sedih-sedih.”
Mikail meleraikan pelukan lalu memusingkan badan Adra agar
berdepan dengan dia. Adra yang setia tunduk daripada tadi ditolak perlahan
dengan jari Mikail. Mikail tersenyum melihat wajah Adra yang polos itu.
“ Now tell me what’s wrong dear.”
Adra mula merasakan matanya dah panas. Dah berair matanya
saat ini. keprihatinan Mikail benar-benar meruntun hatinya. Dia jadi semakin
sayang akan Mikail. Dia dah tak kuat, air matanya laju saja mengalir ke pipi.
Mikail yang terkejut itu terus menarik Adra ke dalam pelukannya.
“ Hey! Kenapa ni? Abang ada buat salah ke sayang?”
Semakin kuat pula tangisan Adra saat itu. akhirnya Mikail
lebih memilih untuk berdiam diri. Biarkan Adra melepaskan tangisnya. Hanya
tangannya setia mengelus lembut belakang Adra seraya menenangkannya.
‘ Because I love you very much oppa!’
**
“ Hana!”
Hana yang baru selesai habiskan kerjanya terus menoleh saat
namanya dipanggil. Saat memandang empunya suara itu, dia terkejut kecil. Terus
kakinya laju melangkah ke luar kedai printing tersebut.
“ Encik Mikail? Encik buat apa dekat sini? Dan macam mana
encik tahu saya kerja dekat sini?” Bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Hana
pada Mikail.
Mikail menarik senyuman. Dia melihat seketika ke arah kedai
Hana. Selepas itu dia melirik pada jam tangannya pula.
“ Boleh saya curi masa awak sikit?”
Hana terus mengangguk. Dia yakin kalau sampai suami kawan
baik dia datang cari dia ni, mesti ada sesuatu yang telah berlaku dan dia harus
ambil tahu. Kalau nak harapkan Adra cerita? Memang tak la.
“ Boleh. Lagipun saya pun tengah free. Jomlah duduk dekat
situ.”
Ajak Hana lantas mengambil tempat di sofa hujung kedai
tersebut. Mikail ambil tempat di hadapan Hana. Wajahnya dah beriak serius.
“ Ada apa ni Encik Mikail? Adakah fasal Adra?” Tebak Hana
juga dengan beriak serius.
“ Yes. Saya tak tahu kenapa dengan dia. Semenjak balik
daripada shopping Selasa lepas tu, dia macam sembunyikan sesuatu daripada saya.
Bila saya tanya dia asyik nak nangis. Dah 2 hari Hana. Saya risau tengok dia.
ada sesuatu yang berlaku ke sebelum saya sampai masa tu?”
Hana terkedu. Tengok wajah Mikail yang penuh mengharap itu
membuatkan dia tidak sampai hati nak menyembunyikan cerita yang sebenar.
Maafkan aku Adra. Suami kau berhak tahu kisah silam kau. Dia betul-betul
sayangkan kau Adra. Jangan kau hampakan dia. Dia sebenarnya yang kau cari bukan
Wan.
“ Sebenarnya, sebelum tu dia ada terjumpa dengan seseorang
yang pernah buat hati dia terluka dulu. Yang berjaya mempermainkan hati dia.
Tapi nasib baik just terjumpa dari jauh. Nasib baik juga saya sempat nampak dan
halang. Benda akan jadi lebih parah kalau lelaki tu nampak Adra juga.”
Mikail terdiam. Dia tidak tahu selama ini Adra pernah
terluka. Dia ingat dia lelaki pertama yang berjaya memiliki hati dia.
“ apa lelaki tu buat?” Soal Mikail ingin tahu.
Hana tersenyum hambar. Dia menoleh memandang ke luar kedai
seketika sebelum kembali menoleh ke arah Mikail.
“ Dia permainkan hati Adra. Dia tipu Adra. Dia jadikan Adra
sebagai alat untuk dia dapatkan kembali cinta ex dia. dan bila mereka getback,
Adra yang merana. Bila dia dah berjaya buat Adra sayang dia, time tu jugalah
dia tinggalkan Adra. Saya yang tengok dia time tu rasa nak menangis.”
Hati Mikail jadi bara. Tak sangka masih wujud lelaki macam
tu dekat dunia ni. Memang tak berhati perut langsung. Sampai hati dia buat hati
isteri aku macam tu dulu. Kenapa dia mesti kenal dengan awak dulu Adra. Kalau
awak kenal saya dulu kan bagus.
“ Tapi satu kenyataan yang tak boleh diubah Encik Mikail.”
Hana memandang tajam ke arah Mikail. Sesaat kemudian dia
menarik senyuman yang paling ikhlas pada Mikail.
“ Dia betul-betul cintakan Encik Mikail. Bagi dia, Wan tu
masa lalu dia dan rasa sayang Wan tu dah lama mati Encik Mikail. Yang dia
benar-benar sayang dan cinta sekarang ini adalah encik.”
Hati Mikail terus berdebar-debar. Senyuman kecil ditarik.
Adra.
“ Dia memang seorang yang suka berahsia ke Hana?”
Giliran Hana pula menarik sengih. Kali ni sengihannya lebih
panjang.
“ Pandai! Ya. Dia memang suka berahsia tambah-tambah
berkenaan dengan hati. Pandai-pandailah Encik Mikail pikat hati dia. nampak je
dia kayu macam tu tapi hati dia dah cair dah saya rasa.”
Mikail pula tertawa kecil. Kalau macam tu, mudah je. Tunggu
abang Adra!
**
‘ Pakai cantik-cantik.
Malam ni kita makan dekat luar. Abang tunggu dekat restoran tu malam ni. Nanti
abang SMS alamat.’
Adra yang baru menerima pesanan ringkas daripada suaminya
itu mengerutkan dahi. Mimpi apa suami aku ni? tiba-tiba nak makan dekat luar.
Dia yang cakap kalau boleh tak nak makan makanan luar kecuali masakan aku. or
masakan aku tak sedap?
Terhambur keluhan kecil daripada mulutnya. Agaknya yela tu.
masakan aku tak sedap. Dah la aku tak pandai nak layan suami. Dingin je aku
bagi. Berdosanya aku rasa. Ya Allah. Kata cintakan Mikail tapi kenapa layanan
sebegini aku bagi. Mesti dia sentap.
Raut wajah Adra yang bertukar muram itu makin lama makin
sedih. Sampai matanya dah berair. Tunggu masa nak menitis saja. Belum sempat
dia nak bangun dan berlalu ke dapur, telefon bimbitnya sekali lagi berbunyi.
Pesanan ringkas lagi.
‘ I love you my dear.
I miss you. Tolong kembalikan isteri abang yang dulu.’
Kali ni air matanya benar-benar menitis laju ke pipi. Ya
Allah. Aku benar-benar berdosa buat suami aku macam ni. Maafkan Adra abang. Adra
janji Adra akan jaga abang sebaik mungkin. Adra juga takkan bersikap dingin
lagi. Maafkan Adra.
**
10 minit dah berlalu. Tapi dia masih berada dalam teksi. Dia
melihat sekeliling. Time ni jugalah jalan nak jammed pun. Hish. Buang masa aku
betul lah. Tidak rela membiarkan suaminya menunggu lama, dia terus memberikan
duit tambang pada pemandu teksi tersebut lantas keluar daripada teksi.
Laju saja kakinya melangkah ke arah yang ingin ditujui.
Rasanya restoran tu tak terletak jauh sangat dari sini. Maybe dalam 5 minit
lagi sampai. Yes. Aku mesti bersemangat. Aku rindukan suami aku. Abang. Tunggu
Adra!
Ralit sangat dia berjalan, dia tak sedar dia hampir
terlanggar orang. Sampai dah bertembung bahu barulah dia perasan. Cepat-cepat
dia meminta maaf sebab dia ingin cepat sampai ke restoran tersebut. Dia sudah
nampak restoran itu daripada jauh.
“ Maaf.”
Ujar Adra lantas kembali menyambung langkahnya. Senyumannya
ditarik apabila restoran itu kini benar-benar ada di depan matanya. Lagi 5 langkah saja yang diperlukan. Baik aku
cepat!
“ Adra!”
Tapi, langkah Adra terus mati saat mendengar suara itu.
Tubuhnya terus kaku. Dia takut apa yang dia fikirkan sekarang ini akan jadi
kenyataan.
“ Adra!”
Perlahan-lahan Adra memusingkan badan ke belakang dan saat
wajah yang ingin dihindarinya itu sudah berada depan matanya saat ini, dia
terus kaku. Senyumannya terus mati. Serta-merta rasa marah itu kembali
bertandang dalam hati. Tapi dia lebih suka memendam.
“ Ma..maaf. Silap orang.”
Ikhwan terus merentap lengan Adra saat Adra ingin berlalu
daripada situ.
“ Lepaslah!” Berang Adra lalu merentap tangannya semula.
“ Adra. Awak dah lupa ke? Saya ni Ikhwan.”
Adra terus menoleh ke arah lain. Dia tersenyum sinis.
“ Ikhwan mana? Oh! Ikhwan yang telah berjaya mempermainkan
hati seorang perempuan tu ke? Entah. Aku tak kenal. Tolong ke tepi! Aku dah
lewat.”
Terus Adra berlalu dan berdiri tepat di sisi Ikhwan tanpa
menoleh ke arahnya.
“ Aku dah tak kenal dan tak ingat langsung siapa Ikhwan
Ruzaini. Jadi please tolong juga lupakan Adra Qaisara.” Tegas Adra dengan hati
yang cuba ditenangkan.
“ Tak boleh.”
Tangan Adra dicapainya pantas. Adra yang terkejut dengan
perilaku Ikhwan itu terus cuba melepaskan tangannya. Tapi gagal. Dia rasa nak
menangis. Dia tak nak suaminya nampak dan terus salah faham!
“ Lepaskan aku! Tolong Wan! Kita dah tak ada apa-apa
hubungan lagi.” Adra cuba merayu.
“ Aku masih cintakan kau Adra.”
“ Tipu! Cukuplah sekali kau tipu aku hidup-hidup! Kau ingat
aku nak percayakan kau lagi?! Jangan mimpi!”
Ikhwan tersentak manakala Adra memandang Ikhwan dengan penuh
perasaan benci. Aku harap lepas ni aku takkan jumpa dia lagi.
“ Adra!”
Terkejut mereka berdua lantas menoleh ke arah belakang. Adra
terkedu manakala Ikhwan hanya berlagak biasa.
“ Lepaskan dia.”
Mikail datang menghampiri dengan riak selamba. Sedangkan
dalam hati dah sumpah seranah lelaki itu. dia dah dengar segala-galanya tadi.
Alhamdulillah isterinya itu benar-benar sudah lupakan Ikhwan.
“ Kau siapa nak halang aku?”
Mikail tersenyum lantas menarik lengan Adra daripada
pegangan Ikhwan. Kemudian tangan isterinya itu digenggam dengan erat. Adra yang
menerima genggaman itu turut membalasnya. Hatinya terus jadi tenang dan selamat
bila berada di samping Mikail.
“ Sebab dia isteri aku. Dia milik aku. Dan aku cintakan
dia.” Ucap Mikail dalam satu nafas. Adra yang mendengar terus rasa terharu.
Hatinya menangis apabila mengingatkan perbuatannya selama ini pada Mikail. Dia
rasa berdosa.
Ikhwan yang mendengar pengakuan itu terus terundur ke
belakang. Dia sangat terkejut. Langsung tidak percaya akan berita itu. senyuman
sinis dipamerkan tetapi Cuma seketika bila dia dapat lihat sinar bahagia dalam
mata Adra. Perlahan-lahan senyuman hambar ditarik.
“ Adra. Tahniah. Maaf sebab kacau kau tadi. Tapi aku Cuma
nak kau tahu kenapa aku buat macam tu sebelum ni. sebab aku betul-betul
sayangkan kau. Cuma aku tersepit dengan keadaan. Ex aku tu calon pilihan mami
aku. tapi sekarang kami dah putus. Aku dengan life aku dia dengan life dia.
sebab tu aku usaha cari kau balik. tapi sayang kau dah jadi hak milik orang
lain. Aku doakan korang bahagia. Maafkan aku sekali lagi Adra.”
Usai berkata demikian, Ikhwan terus berlalu meninggalkan
Adra dan Mikail. Adra yang melihat kepergian Ikhwan terasa lega. Tapi pada masa
yang sama dia sedih kerana Ikhwan dah berubah banyak. Maafkan aku Wan. Tapi aku
benar-benar cintakan Mikail. Suami aku. kau berhak cari kebahagiaan kau sendiri
Wan. Aku doakan kau jumpa jodoh kau yang sebenar.
“ Sayang.”
Adra tersentak. Dia menoleh melihat wajah Mikail. Senyuman
kecil ditarik.
“ Maaf sebab lambat. Jalan jammed.” Jelas Adra dengan riak
risau.
“ It’s okay. Jom masuk. Kita makan.”
Belum sempat Mikail ingin melangkah, lengannya terlebih
dahulu dirangkul Adra. Mikail yang melihat terkejut kecil. Wajah Adra yang
sedang tersenyum itu dipandang seketika.
“ Because I’m your wife right?” Adra sengih. Mikail
tersenyum.
“ And because I love you my husband. Adra tahu Adra banyak
buat salah selama ni. selalu abaikan abang. Selalu buat hal sendiri. Adra minta
maaf. Adra janji lepas ni ADra akan cuba jadi isteri yang baik dan solehah.
Okay abang?”
Mikail tersenyum lagi tapi kini lebih lebar. Terus dia
menarik Adra lebih rapat dengannya. Ubun-ubun isterinya itu dikucup seketika
sebelum memandang tepat ke dalam mata Adra.
“ Sure my dear. Sebab awak tu isteri saya. Lepas ni jangan
harap orang lain boleh ambil awak tu dari abang tau.”
Adra tertawa kecil. terus kepalanya dianggukkan.
“ Of course! Jom masuk. Lapar!”
Mikail mengangguk dan mereka sama-sama berjalan masuk ke
dalam restoran tersebut. Sekarang, Mikail benar-benar rasa bahagia.
Alhamdulillah. Doanya dimakbulkan. Segala-galanya berjalan dengan lancar.
Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya Kau lebih mengetahui segala-galanya.
“ Adra. Promise with me one thing.”
“ Apa?”
“ Sentiasa ada di sisi abang. Abang sayangkan Adra. Abang
tak sanggup kalau Adra pergi daripada hidup abang.”
“ Tak abang. Adra takkan tinggalkan abang. Bukan hanya sebab
Adra isteri abang tapi sebab hati Adra dah menjadi milik abang sepenuhnya.”
“ That’s my wife.”
“ And that’s my husband.”
~Tamat~
simple tapi best...sweetjer mikail dan adra..
ReplyDelete-imah
Ahhhhhh.....cayaq cayaq.....penuh ke'sweet'an 😍
ReplyDeleteAhhhhhh.....cayaq cayaq.....penuh ke'sweet'an 😍
ReplyDeletecerita yang sngt menarik...sweet angat :)
ReplyDeleteSweet sangat... I think I'm gonna get sick.. keep it up.. <3 <3
ReplyDelete#sweet sampai diabetes ekeke..tersengih2 baca. good job writer!
ReplyDeleteSweet. Excellent
ReplyDeleteNice writing. Sila kunjungi juga blog saya di bac2u.blogspot.com
ReplyDelete