Finally ada juga sambungan enovel ni. Haha. Maaf ye. Busy sangat. Dan untuk pengetahuan anda. Enovel ni aku buat panjang sikit. Sengaja. Kalau pendek sangat tak nampak menarik. So, aku cuba buat panjang sikit. InsyaAllah dalam 20 bab lagi habis la kot. Haha. Okay. Happy reading.
Bunyi deruman kereta
yang memasuki halaman rumahnya ketika itu menyentakkan lamunannya. Tanpa
berlengah, dia pantas menyarungkan tudung sebelum membuka pintu. Bila matanya
terpaku pada pemilik kenderaan tersebut, dia terus kaku. Nak keluarkan suara
pun rasa macam tersekat.
“ Assalamualaikum.”
Waalaikumussalam. Dia
hanya mampu menjawab dalam hati sebab tidak sangka dengan kehadiran lelaki itu.
Apabila lelaki itu tidak berganjak. Dia pun tidak berganjak. Masing-masing kaku
pada tempat dan masing-masing saling merenung. Dalam hati hanya Allah saja yang
tahu perasaan mereka.
“ Ya Allah. Kenapa kamu
tercegat dekat sini? Ada tetamu kan?”
Suara lantang itu terus
menyedarkan dia daripada terus merenung lelaki itu. Terus dia berganjak masuk
ke dalam sikit. Biar ibu dia saja yang uruskan segala-galanya. Hatinya dah
berdegup kencang saat mendapat renungan lelaki itu tadi.
“ Zill! Dah lama sampai?
Maaflah. Dina ni boleh pula termenung.”
Zill tersenyum sipi
mendengar kata-kata ibu Dina itu.
“ Baru je.”
Dina yang menyedari
Zill akan masuk ke dalam rumah terus bergerak ke dapur. Dia dah tak tentu arah.
Jadi serba tak kena habis. Teringat yang dia perlu buat air untuk tetamu. Dia
pantas mencapai teko. Tangannya lincah membancuh kopi dan seterusnya menyusun
pinggan dan cawan ke dalam dulang. Tapi tidak pula dia melangkah dan menghantar
dulang tersebut ke hadapan. Dia tak mahu bertembung dengan Zill!
“ Dina! Apa yang
menungkan tu?”
Dina tersentak. Terus
dia menyerahkan dulang air tadi kepada ibunya. Biar ibunya yang uruskan
segala-galanya.
“ Ibu je la yang pergi
hidang. Dina ada kerja sikit ni.”
Dina terus bergerak ke
arah sink. Dia buat-buat sibuk sedangkan dia nak lari daripada Zill. Ibunya
yang melihat hanya tergeleng-geleng melihat sikap Dina. Dia tahu Dina Cuma nak
mengelak.
“ Dina. Apa pun yang
terjadi, lebih baik Dina pergi jumpa dia. Ibu tak tahu apa masalah korang
berdua. Tapi bincang lah baik-baik. Dia datang dengan baik. Takkan nak
menghalau secara kasar pula? Pergilah.” Pujuk ibunya lembut.
Terhambur keluhan kecil
daripada mulut Dina. Dengan hati yang berat dia terus mengangguk dan mengambil
dulang air tadi semula. Perlahan kakinya melangkah ke arah ruang tamu.
“ Minumlah.”
Selepas menghidangkan
tetamu air, dia terus duduk di sofa. Kepalanya setia tunduk memandang ke bawah.
Sebenarnya dia malu sangat dengan Zill. Kali terakhir mereka jumpa selepas
peristiwa dia tertolak kak Aimi. Zill meninggalkan dia seorang diri. Lepas tu
Zill dan Dina dah tidak berjumpa. Dina pun sering mengelak bila Zill ingin
berjumpa. Tapi hari ni, Zill sendiri yang datang.
“ Dina.”
Lembut Zill memanggil
Dina. Dia sebenarnya datang dengan niat yang ikhlas. Sebab dia masih sayangkan
Dina. Jadi dia ingin memperbaiki hubungan mereka. Walaupun Dina tak terima
cinta dia, dia sanggup tunggu even 10 tahun sekalipun.
“ Minumlah. Nanti sejuk
pula. Saya nak ke dapur.”
Baru saja Dina ingin
berlalu. Lengannya terlebih dahulu dicapai. Terus langkahnya mati. Dina terus
menoleh ke belakang. Tajam Zill merenung dirinya. Dan yang pasti renungan itu
yang dia sentiasa rindui. Ya Allah! Apa aku nak buat ni?
“ Duduk. Please.” Rayu
Zill lantas melepaskan pegangannya.
Dina menurut dengan debaran
yang kian memuncak. Dia cuba berlagak tenang dan terus memandang ke arah Zill.
“ Kenapa Zill?”
Zill tersenyum nipis.
Sekurang-kurangnya Dina masih mahu berbual dengannya.
“ Saya datang sini
sebab saya rindu awak. Saya tahu saya bukan orang yang awak cari. Tapi, maaf
saya tak boleh lupakan awak.”
Dina terus menoleh ke
arah lain bila menyedari renungan redup Zill itu. Dina memejamkan matanya erat.
Inginkan kekuatan dan ketenangan.
“ Zill. Saya baru nak
masuk 17 tahun. Awak pula dah 22 tahun. Kita jauh beza Zill. Awak lebih berhak
cari orang lain.” Jujur Dina dengan senyuman hambar.
“ Saya sanggup tunggu
Dina. Kalau awak suruh saya datang meminang awak selepas habis sekolah pun saya
sanggup.”
“ But not me! Banyak
benda lagi yang perlu kita belajar Zill. Saya sedang cuba berubah Zill. Awak
pun perlu juga. Saya tak nak kahwin lagi sebab saya tak bersedia. Banyak benda
lagi saya perlu perbaiki. Zill. Baliklah. Lupakan saya. Please.” Dina pula
merayu. Air matanya dah bergenang. Berharap sangat Zill faham isi hatinya.
Zill terdiam.
Melihatkan mata Dina yang mula merah itu. Dia terus tersenyum tapi tawar.
“ Awak nekad ke Dina?”
Dina menarik nafasnya
dalam-dalam. Sekuat hati dia cuba beriak tenang. Akhirnya, dia menganggukkan
kepalanya. Sedaya upaya dia mengukirkan senyuman manis. Walaupun hakikatnya
tawar.
“ Itu keputusan saya
Zill. Kalau betul kita ada jodoh. Satu hari nanti pasti kita akan bertemu
lagi.”
Zill terdiam lagi.
Wajahnya diraup lembut. Tidak percaya dengan keputusan Dina sebentar tadi.
“ Saya dah sedar Zill.
Saya dah banyak buat dosa dengan orang apatah lagi dengan Allah. Saya bersyukur
sebab dapat kenal dengan lelaki sebaik awak. Cukuplah sampai sini Zill. Biar
kita perbaiki dulu hubungan kita dengan Allah.” Sambung Dina lagi. Kini, dia
berasa lebih tenang.
Zill membuat anggukan
perlahan. Senyuman tawar diukir.
“ Betul kata awak.
Terima kasih Dina. Tapi saya nak awak tahu, hati saya dah tak boleh buang nama
awak. Jadi, saya harap awak tak marah.”
Terus Zill bangun.
Melihatkan Dina yang terdiam itu, dia terus memusingkan badan untuk beredar.
“ Saya tak berhak
halang Zill. Pergilah. Jangan datang lagi.”
Terus Dina melangkah
masuk ke dapur. Serentak itu air matanya terus mengalir. Puas diseka tapi
degil. Tetap nak turun juga. Akhirnya dia terduduk dengan esakan kecil. Zill.
Maafkan saya. Maafkan saya.
Zill yang masih berada
di ruang tamu mengetap bibir sekuat hati. Dia dapat dengar esakan kecil Dina.
Tapi kalau itu yang Dina nak. Dia rela. Dia kena terima. Walaupun hati
terseksa. Tak mahu hatinya sakit lagi selepas dengar esakan kecil Dina, laju
kakinya melangkah keluar. Dalam hati bertekad, satu hari nanti pasti dia akan
datang ke sini lagi. Pasti!
**
“ Saya minta maaf kak.”
Aimi sebenarnya baru
balik daripada berjumpa dengan Emelda. Bila dia sampai saja dekat rumah, dia
ternampak Dina. Belum sempat Aimi nak berkata apa-apa, terus Dina menyatakan
tujuan dia datang ke situ.
“ Saya betul-betul
minta maaf kak. Kalau bukan sebab saya
akak tak masuk hospital.”
Dina bersungguh-sungguh
meminta maaf pada Aimi. Dia rasa bersalah sangat sebab tolak Aimi dulu. Air
matanya yang dah lama mengalir itu seakan tidak mahu berhenti. Aimi yang
melihat keadaan Dina itu menjadi sebak. Terus dia tarik tubuh Dina ke dalam
pelukannya.
“ Akak dah lama maafkan
Dina. Dina tak salah. Memang keadaan akak lemah tu yang masuk hospital.”
Aimi membelai lembut
kepala Dina. Dina masih menangis. Aimi mengukirkan senyuman kecil. Biarlah Dina
menangis buat seketika. Biar Dina luahkan segala apa yang dia rasa.
“ Akak. Maafkan saya.”
“ Syuhh. Dah. tak nak
nangis. Akak tak ambil hati pun.”
Pelukan terlerai. Dina
terus menyeka air matanya. Dia cuba mengukirkan senyuman kecil. Aimi pula
mengusap lembut bahu Dina dengan anggukan.
“ Akak dah lama maafkan
Dina. Dah. Tak payah fikir.”
Dina tunduk. Perasaan
malu dan bersalah menebal dalam hati.
“ saya bersalah sangat
sebab buat hubungan akak dan Razif hampir renggang. Maaf ye akak.” Sekali lagi
Dina memohon.
Aimi terus tersenyum.
Dina.Dina.
“ Tak ada apa-apa la.
Lagipun akak dengan abang Razif tu Cuma kawan je. No relationship.” Jujur Aimi
lantas tersengih.
Dina yang mendengar
terkedu.
“ Tapi kenapa kak?”
Aimi tahu Dina pasti
terkejut. Dia terus memaut lembut bahu Dina lantas berjalan menuju ke pangkin
rumah.
“ Kami sesuai jadi
kawan Dina. Lagipun sekarang ni akak rasa akak cintakan orang lain.”
Dina terdiam.
“ Kami tak ditakdirkan
bersama Dina. Dia lebih berhak dengan orang lain.” Sambung Aimi lagi bila
melihat Dina diam saja daripada tadi.
“ Akak. Susah kan kalau
nak melepaskan orang yang kita sayang?”
Ternyata, soalan yang
diajukan Dina itu menarik perhatian Aimi. Terus Aimi memandang tepat ke arah
Dina yang sudah berwajah muram itu.
“ Kenapa ni Dina? Ada
masalah ke?”
Dina tersenyum hambar.
“ Entahlah kak. Tapi
saya dah lepaskan dia. Saya cakap dekat dia jangan cari saya. Biar kami
perbaiki hubungan dengan Allah dulu. Biar saya fokus pada diri saya dulu. Even
susah dan sakit sangat time tu kak.” Luah Dina dengan perasaan lirih.
Aimi yang dengar
terdiam. Sesaat kemudian dia tersenyum pula.
“ Anggap ini ujian
Allah. Percayalah. Kalau dah jodoh tak ke mana Dina. Akak percaya yang jodoh
korang sebenarnya panjang.”
Bibir Dina terus
tersenyum kecil.
“ InsyaAllah kak.
Terima kasih kak.”
“ No problem my dear.”
“ Boleh Dina tanya
sikit?”
“ Yes? Apa dia?”
Aimi terus menoleh ke
arah jalan. Dia tiba-tiba rindukan seseorang. Dah dekat seminggu dia tak
menjejakkan kaki ke hospital. Sebab utama nak mengelak. Walaupun semalam
sebenarnya dia ada appointment dengan Doktor Imran. Terhambur juga keluhan
kecil daripada mulutnya.
“ Siapa orang yang
berjaya bertakhta dalam hati akak tu?”
Aimi tersentak. Dina
yang memandang terus tersenyum.
“ Ermm. Dina tak kenal.
Tapi, akak takut nak cakap dekat dia. Sebab akak tahu akak tak sempat pun nak
rasa perasaan tu lebih lama.”
Dina mengerutkan dahi.
Tak begitu faham dengan kata-kata Aimi.
“ Maksud akak?”
Aimi tersentak. Aku
terlepas cakap ke?
“ Tak ada apa-apalah
Dina. Yang pasti, dia seorang lelaki yang baik. Penyayang. Suka buat lawak.
Yang paling penting dia selalu ada di sisi akak bila akak perlukan dia.” Luah
Aimi lantas tersenyum. Teringat pula wajah Imran yang lucu itu.
Dina yang mendengar
terus tersengih.
“ Siapa tu kak? Ala.
Cakap lah. Nak tahu nama.”
Aimi tersengih.
Wajahnya dah memerah menahan malu. Terus dia menggelengkan kepalanya.
“ Rahsia la Dina.”
“ Bolehlah kak. Please.
Saya tak akan cakap dekat sesiapa pun.”
Aimi tunduk memandang
jari. Tapi Cuma sekejap bila dia kembali memandang ke arah Dina yang inginkan
jawapan itu. Dengan debaran yang kian memuncak, dia menyebut juga nama lelaki
itu.
“ Imran.”
Graateful for sharing this
ReplyDelete