Firstly. Aku nak minta maaf sangat-sangat sebab dah lama tak muncul. Hari ni baru muncul. Haha. Bagi yang tanya dan tunggu-tunggu ni. Ini lah dia hasil baru dia. Sorry sebab lama sangat baru muncul dengan cerpen baru. Aku juga nak minta maaf sebab ada kekurangan dalam cerpen ni. Bukan sikit tapi banyak aku rasa. Sorry beb. Buat dalam idea kurang jadi macam ni la. Haha. OKay. Tak nak bebel. Enjoy reading. Jangan lupa tinggalkan komen. :)
“ Kenapa dia tak suka senyum?”
Aku tersenyum dalam hati saat mendengar bisikan itu. Orang
memang boleh judge aku dengan hanya sekali pandang. Tetapi, mereka tidak tahu
apa isi hati aku dan apa yang aku alami. Orang yang benar-benar faham isi hati
aku dan kenal siapa aku je boleh tahu.
Aku melangkah masuk ke dalam dewan dengan muka yang tidak
bermaya. Saat mataku terpandang dia, aku terus menoleh ke sisi lain dan terus
ambil tempat di sebelah Husna. Ya. Husna merupakan satu-satunya kawan baik yang
aku miliki sampailah sekarang. Dia bagaikan penyelamat aku dan nyawa aku selain
orang tua aku.
“ Beb. Kau okay tak ni? kenapa nampak tak bermaya je? kau
demam erk?”
Aku tersenyum tawar. Dia cepat je kesan apa yang aku alami.
“ Aku okay. Penceramah tu belum datang erk?”
“ belum. Cikgu kata on the way. Kau cakap betul-betul. Okay
ke tak?”
Aku hanya menganggukkan kepalaku. Malas nak berbalah soal
tu.
“ Aku perasan dia asyik cari kau tadi.”
Aku hanya memandang Husna dengan pandangan kosong.
“ Dan bila kau masuk, dia terus tengok kau. Ekspresi dia
masa kau masuk macam lega.”
Aku masih mendiamkan diri dan terus pandang ke depan. Mujur
dia ada jauh di belakang.
“ Dan aku juga perasan si Syakir tu asyik toleh-toleh ke
arah kita je.”
Okay. Kali ni aku terus tumpukan perhatian pada Husna.
“ What? Syakir? Bila?”
“ Sejak kau masuk tadi. Dia, Syakir dan sorang lagi. sekawan
tu duk tengok kita dua. Terutama kau.”
Aku terus tundukkan kepala ke arah meja. Aku jadi takut nak
pandang ke belakang lagi.
“ Aku benci dia. Dia dah tipu aku hidup-hidup. Aku rasa
macam dihina pun ada. Kecewa beb.”
“ Aku faham. Dah jangan ambil port sangat. Biarlah diorang
nak pandang kau sekalipun. Asalkan kau tak kacau diorang pun dah cukup baik.”
Aku tertoleh ke arah belakang dan seperti yang Husna kata.
Dia tengok aku dengan renungan yang aku tak dapat tafsirkan. Aku cepat-cepat
toleh ke hadapan semula.
“ Dulu… kira-kira 3 bulan lepas, dia cakap yang dia still
single. Bila aku tanya dia jawab single. Sampai sebulan yang lepas aku tengok
dia macam bahagia dengan someone. Okay. Tu boleh diterima. Tapi bila Fatin
cakap yang dia dah lama couple dengan someone ni. Kira sebelum kami kenal. Aku
rasa kecewa yang amat. Rasa terhina beb. perlu ke tipu aku? dan kalau betul dah
ada someone, why must he still care about me? Aku takut aku tak dapat kawal
perasaan ni lagi.”
Aku menangis dalam hati. Teruknya perasaan ni. Ya Allah.
“ sabar beb. Mulai sekarang kau jangan tengok dia or layan
dia. biarkan dia.”
Tiba-tiba handponeku bergetar. Aku melihat skrin telefon.
Ada chat daripada dia. Saat aku buka dan baca. Aku terus offkan phone. Rasa nak
menangis!
Kenapa dengan awak?
Ada problem ke? – Izman
**
Saat aku ingin melangkah ke kanan. Dia pun turut ke kanan.
Bila aku ke kiri. Dia juga. Aku dah mula nak naik angin la ni. Demi tak nak
bertentang mata dengan dia, aku terus berpatah balik ke kelas. Jatuh terus mood
lapar aku. Jadi kenyang.
“ Fika! Wait!”
Langkahku terhenti. Tapi, untuk menoleh ke arahnya tidak
sama sekali. Aku hanya membatu di tengah-tengah koridor tersebut.
“ Kenapa awak macam mengelak daripada saya?”
Aku tersenyum sinis.
“ Saya tanya ni!”
“ Tak ada apa-apa.”
Terus aku melangkah masuk ke dalam kelas. Okay. Itu pertama
kali dia bercakap dengan aku. Mungkin aku tak boleh salahkan dia je. Sepatutnya
kau tak perlu ambil hati pun melainkan
kau ada hati dengan dia. Haha. Betul ke? Erk!
Baru saja aku duduk di kerusi. Handpone ku bergetar. Ermm.
Chat daripada dia lagi. aku membaca tanpa perasaan.
Fika. Jangan buat saya
macam ni. Apa salah saya? – Izman
Dengan ringan tangan aku menjawab pertanyaan tersebut.
Fikir sendiri. Malas
nak layan. Lepas ni jangan contact saya lagi. – Fika.
Terus aku offkan phone. Mulai hari ini, tiada lagi nama
Izman dalam hati aku. Lepas ni just focus pada STPM. Exam makin hampir. You can
Fika.
**
5 tahun kemudian
Alhamdulillah. Pengajian aku di UPM baru saja berakhir dua
hari yang lalu. Kini, aku merupakan penganggur terhormat. Haha. Bukanlah. Nak
berehat sebelum cari kerja yang tetap. Maybe, nak pergi melancong? Haha.
“ Fika. Ada orang nak jumpa kau.”
Aku baru selesai mengemas barang untuk dibawa balik ke
kampung. Hari ni hari terakhir aku berada di rumah sewa ni. Lepas ni, I will
miss this house. Haha.
“ Siapa?”
Aku menjeling pada skrin telefon. Tiada orang call pun.
“ Siapa lagi kalau bukan Zafri.”
Aku terkedu. Buat apa dia datang sini? Tanpa berlengah, aku
pantas menyarungkan tudung dan menuju ke luar rumah. Okay. Dia sedang elok
termenung di tepi kereta dia.
“ Awak? Buat apa dekat sini?” Soalku dengan tanda tanya.
“ Saja. Nak jumpa awak. Jom saya belanja makan. Esok awak
dah nak pulang ke kampung. So, tiada peluang lagi untuk kita berjumpa. Saya
pasti rindukan awak.”
Aku tertawa kecil. Zafri. Zafri. Ya. Maybe tekaan anda dia
adalah teman lelaki aku. Tapi tak. Dia kawan baik aku. Yes. Aku memang sukakan
dia. But dia? Dia dah berpunya la beb. Haha. Kecewa? Siapa tak kecewa. Just
pendam lagi baik lah labu. Tapi sekarang rasa suka tu macam dah kurang. Suka
belum cinta. Tak apa lagi kan? Haha.
“ Kejap. Saya ajak Husna. Awak tunggu kejap.”
“ Jap!”
Aku pandang dia dengan kerutan di dahi. Kenapa pula?
“ Sebelum tu, saya nak cakap something.”
Dia kelihatan nampak gelabah sikit. Aku pun tak tahu kenapa.
“ Saya sebenarnya sukakan awak. Tapi, awak tentu akan kata
saya dah ada Syikin. You wrong Fika. Syikin tu adik tiri saya. Saya gunakan
alasan makwe tu sebab saya nak tengok reaksi awak.”
Aku terkedu lagi. Kenapa aku rasa benda ni berlaku terlalu
pantas?
“ Saya tahu awak pun ada perasaan yang sama macam saya.”
Aku tunduk memandang lantai. Apa aku nak buat ni?
“ Tapi perasaan tu tak sekuat dulu. Apa patut saya buat
Zafri? Saya tak tahu. Dua tahun saya pendam perasaan ni dan anggap awak tak
lebih daripada seorang kawan. Tapi saya gagal. Dan sekarang awak cakap yang dia
adik tiri awak. Awak ingat awak tengah dalam drama ke? Hati saya macam
dipermainkan tahu tak? ”
Sedar tak sedar, aku terlalu kecewa sangat dengan dia even
pada masa yang sama aku rasa gembira kerana Syikin merupakan adik tiri dia.
“ Maafkan saya.”
Aku menggeleng dalam senyuman.
“ Dahlah. Lupakan semuanya. Saya pun malas dah nak fikir.
So, nak bawa kami pergi makan tak?” Aku kembali ceria. Lupakan sebentar tentang
hati dan perasaan tu.
“ Boleh juga. Cepat panggilkan Husna. Saya tunggu. And one
more thing.”
Aku menanti kata-kata dia yang seterusnya.
“ I will waiting for your answer because I love you.”
Dan kini, hatiku berdebar-debar kembali. Come on!
**
“ Tengok tu!”
Aku pandang Husna dengan Zafri ni dengan perasaan geram.
Kalau ikutkan hati, nak je aku sekeh dua-dua ni. Bagi diam sikit. Daripada tadi
asyik bising je. Nasib dalam kedai makan. Kalau tak, aku yang dapat malu.
“ Eh!”
Aku dan Zafri yang sedang menjamu selera mendongak melihat
Husna yang seperti terkejut itu.
“ Dah kenapa kau ni Husna?”
Husna tersengih kerang busuk. Aku tengok dia dengan perasaan
ingin tahu. Dia kembali tengok ke luar tingkap. Aku menurut saja. Sebaik sahaja
melihat ke luar tingkap, hatiku bagai direntap sesuatu. Aku jadi tersedak
terus.
“ Uhuk! Uhuk!”
“ Ya Allah. Kenapa ni? nah air.”
Aku ambil gelas huluran Zafri itu lalu minumnya dengan
rakus. Pergh! Hampir terlekat tadi. Tapi, benarkah itu dia?
“ Kau okay tak ni?” Soal Husna risau.
“ Okay. Aku nak ke tandas kejap.”
Tanpa menunggu kata-kata mereka, aku terus melangkah keluar
daripada restoran tersebut. Mujur restoran ni dalam pasar raya Tesco. So, tak
susah nak cari toilet.
Aku mengerling sekeliling. Aku harap tak bertembung dengan
dia. Tolonglah. Cukuplah 5 tahun aku dah tak ingat dia. Tapi hari ni, Allah
takdirkan kami bertemu even tak berdepan. Aku tersenyum dalam diam. Dia dah
berubah. Nampak lebih kacak, kemas, sado, dan nampak lebih berseri. Maybe dah
berkahwin.
Aku terus maju untuk ke tandas apabila menyedari ada orang
mengekori aku daripada belakang. Ya Allah. Siapa tu?
“ Fika! Wait!”
Aku tersentak sesaat. Langkahku juga terus terhenti. Suara
ni!
“ Fika?”
Dan kini, berdirilah seorang lelaki yang bernama Izman di
hadapan aku bersama senyuman manisnya itu. Aku pandang dia dengan pandangan
yang tak mampu aku tafsirkan. Macam mana dia boleh nampak aku?
“ Yes. You Fika. Fika apa khabar? Sihat?”
Aku mengundurkan dua langkah ke belakang. Aku tak sanggup
nak hadapi situasi macam ni. Tolonglah.
“ Fika? Jangan pergi. Please.”
Aku tersenyum sinis lalu memusingkan badan untuk beredar.
Tapi, saat aku menoleh Zafri berada tepat-tepat di belakang aku. Aku jadi
terkujat di situ. Wuargh! Apa perlu aku buat ni?
“ Fika? Siapa dia?”
Aku menoleh pula ke arah IZman. Kedua-duanya pernah
bertakhta dalam hati aku. Dan kini hanya Zafri yang aku sukai. Tapi, kenapa dia
perlu muncul pada waktu ini?
“ Zaf.. perkenalkan ini Izman. Rakan sekelas saya masa STPM
dulu. Dan Iz.. perkenalkan ini Zafri. Bakal suami saya.”
Even pahit tapi aku terpaksa jelaskannya. Kenapa aku rasa
pedih sangat saat perkenalkan Zafri depan Izman? Hati aku bagai tak merelakan.
Seharusnya aku gembiralah sebab aku sayangkan Zafri. Tapi?
Kau sayang belum tentu kau cintakan dia. kau faham tak Fika?
“ Oh. Yeke? Maaflah mengganggu. Saya pergi dulu.”
Air mataku rasa nak menitis saat melihat Izman berlalu.
Awak. Kenapa pengakhiran kisah kita begini? Kenapa?
“ Fika? Are you okay?”
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya. Aku
cuba memberikan senyuman yang paling ikhlas buat Zafri.
“ Fine. Jom. Sambung makan.”
Izman. Jujur saya katakan, saya pernah sayangkan awak dulu.
Awak tak akan sedar semua tu. even awak dah tipu saya. Saya tak boleh benci
awak. Izman. Jangan muncul depan mata saya lagi. please!
**
“ Beb… aku tahu siapa Izman tu dan aku tahu siapa makwe
dia.”
Aku tersentak.
“ Kau tahu? Aku pun tahu dia dah ada makwe dan nama makwe
dia tu Anisa. Tapi aku tak tahu rupa dia. Macam mana kau tahu?”
Aku tertelan air liur dan terasa pahit sangat. Rasa sukar
nak terima kenyataan ini.
“ Aku terdengar daripada kawan aku semalam. Dia cakap fasal
Izman. Dan dia ada mention nama Izman depan aku. So, dia ceritalah dan aku
tanyalah fasal makwe Izman tu. Dengar kata lama jugalah diorang tu couple. Aku
pun tak surelah berapa lama.”
Saat ini, hati aku bagai direntap. Sakit! Rasa kecewa! Rasa
ditipu-tipu hidup-hidup. Dengan hati yang masih terkejut itu, aku menyoal lagi.
“ Boleh aku tengok muka Anisa tu?” Aku tersenyum tawar.
Tabahlah hati.
“ Kejap…”
Aku menanti dengan penuh debaran. Saat Fatin menghulurkan
telefon bimbitnya ke arah aku. Aku terdiam sebentar. Aku memang tak kenal dan
aku macam lega bila tengok wajah dia. biasa-biasa je orangnya. Sudahlah Fika.
Dah kami memang tiada jodoh. Haha. Janganlah menaruh harapan dan jangan biarkan
hati kau suka dia.
“ Oh. Ermm.. aku balik kelas dululah. Terima kasih atas info
tu. hehe.”
“ No problem.”
Aku bergegas keluar daripada kelas Fatin dan menuju ke kelas
aku. Aku memang tak perasan langsung siapa yang berjalan belakang aku sampaikan
cikgu menyebut nama orang yang berada di belakang aku ni.
“ Izman. Tolong maklumkan dekat Syakir cikgu nak kerja
kursus dia.”
Aku terus rasa serba tak kena. Serta-merta tangan aku
menggeletar. Tanpa berlengah, aku pantas masuk ke dalam kelas sebelum apa-apa
terjadi. Ya Allah. Kenapa ni? Aku suka dia ke?
**
“ Fika! Hey!”
Aku tersentak besar. Husna pandang aku dengan kerutan di
dahi. Ya Allah. Lamanya aku termenung.
“ Kau okay ke tak ni?”
Aku tersenyum kecil.
“ Okay. Alhamdulillah.”
Aku menjeling dia yang berada di belakang aku itu. Kelihatan
dia sedang berfikir sesuatu. Ya Allah. Maybe, dia terfikir tentang kejadian
tadi. Dah lah tadi aku mengaku dia sebagai bakal suami aku. Apa yang aku dah
buat ni? Teruk! Kau macam dah mainkan hati dia Fika!
“ Dia okay tak?” Soalku tanpa memandang Husna.
“ Entahlah. Daripada tadi sampai nak sampai ke kereta korang
berdua ni diam je. Naik rimas aku. Apa yang terjadi sebenarnya?”
“ Izman. Kami berdua terjumpa dia. Dan aku tak sengaja
perkenalkan Zafri sebagai bakal suami aku depan dia.”
Husna kelihatan terkejut.
“ FIka! Kenapa kau buat macam tu? kau tengah kecewakan dua
hati yang bernama manusia tahu tak?”
Aku mengeluh perlahan.
“ Ya. Aku tahu. Tapi aku tak sengaja. Maafkan aku.”
“ Aku tak salah dalam hal ni. kau tak perlu minta maaf kat
aku. kau perlu minta maaf dekat Zafri.”
Aku berhenti daripada mengorak langkah. Aku menunggu Zafri
berdiri betul-betul di sisi aku. Barulah aku berani buka mulut.
“ Awak.”
Dia yang mendengar panggilan aku spontan terhenti dan toleh
ke arah aku.
“ Kenapa?” Dia masih tersenyum.
“ Saya nak minta maaf. Saya tak sengaja perkenalkan awak
tadi. Sorry. Semuanya spontan.” Pintaku.
Zafri yang tadi tersenyum sudah tidak lagi. Aku jadi takut.
Ya Allah.
“ It’s okay lah. Saya tak marah pun. Jom lah gerak.”
“ Tapi saya tahu awak mesti terfikir soal tu. I’am sorry. I
don’t mean like that. Serious! I’m just..”
Aku ketap bibir.
“ Nak larikan diri daripada dia kan?”
Aku tersentak. Aku pandang wajah dia yang semacam kecewa.
Aku menggelengkan kepalaku perlahan.
“ Tak. Awak silap.”
“ Saya tak silap. Saya tahu, dalam sinar mata awak tu. Awak
ada perasaan dekat dia kan? maybe something happen yang membuatkan awak nak
pergi dari dia. dan saya sedar lelaki tu pun sayangkan awak.”
Kenyataan itu jelas betul-betul buatkan hati aku bagai dihempap
batu.
“ Zaf! Awak dah salah faham!”
“ No! Awak jangan risau. Saya tak salahkan awak. Saya dah
tahu siapa dia dan hubungan korang berdua melalui Husna. Dan.. saya tahu awak
Cuma sayang bukan cintakan saya. Kalau tidak, awak takkan bertindak seperti tadi.”
Aku meraup wajahku perlahan. Bagaimana dia dapat baca isi
hati aku.
“ Tak! Saya tak cintakan dia! saya benci dia! pleaselah!”
Aku terus lari daripada dia dan menapak ke luar bangunan
Tesco itu. Aku nak balik naik bas. Aku perlukan ketenangan. Aku nak keseorangan.
“ Fika!”
Maaf Husna. Aku tak mampu terima kenyataan tersebut. Maybe,
aku yang silap.
“ Dengar kata hati awak.”
Aku terkedu. Kata-kata itu macam pernah aku dengar.
“ Jangan terlalu ikutkan perasaan ego tu. Atau awak akan
kalah dengan perasaan ego tu.”
Aku pantas memusingkan badan ke belakang. Ya Allah!
“ Fika. Kenapa awak lari daripada dia?”
Aku terkelu lidah untuk menjawab.
“ Jawab Fika. Kenapa?”
Dia makin mendekat. Aku pula makin menjarakkan diri daripada
dia.
“ Fika. Kenapa awak sering mengelak daripada saya? 6 tahun
Fika! 6 tahun. Saya cuba cari jawapan. Tapi tidak jumpa. Saya nak tahu sangat
kenapa awak macam benci sangat kat saya time tu. Please. Cakap dekat saya.”
Aku menggelengkan kepala dengan linangan air mata. Aku
pandang wajah dia dengan penuh kasih. Tetapi, dia hak orang. Aku perlu pergi.
“ Fika! Jangan tinggalkan saya lagi. Please!”
Saat ternampak kelibat Zafri dan Husna. Aku pantas melarikan
diri daripada situ. Tolong. Aku nak bersendirian.
“ Fika! Awas!”
“ Arh!”
**
Aku memerhati keadaan sekeliling. Kenapa tiada orang pun?
Aku dekat mana ni? Aku berjalan sampai aku tak tahu arah tuju aku yang
sebenarnya. Tiba-tiba aku ternampak kelibat seorang lelaki jauh di hadapan aku.
“ Siapa tu?”
Aku cuba mengejar kelibat itu sampailah aku betul-betul
berada di depan matanya. Dan aku tersentak besar. Izman?
“ Fika.” Dia menyebut namaku dengan senyuman.
Baru sahaja aku nak melangkah pergi, datang pula seorang
lagi lelaki. Kali ni aku benar-benar rasa nak lari. Zafri?
“ Awak.”
Aku tersenyum sinis.
“ Apa ni? Kenapa korang ada dekat sini?”
“ Awak. Terima dia. Sebab dia yang awak cinta. Bukan saya.”
Belum sempat aku nak menjawab kata-kata Zafri itu, aku terus
membuka mataku luas-luas. Ya Allah! Mimpi!
“ Alhamdulillah. Kau dah sedar.”
Aku memandang sekelilingku dengan perasaan aneh. Aku di mana
ni? Aku pandang semula wajah Husna yang sedang tersenyum itu.
“ Aku kat mana?”
“ Kau kat hospital. Tadi hampir saja kau dilanggar. Mujur
Izman sempat tarik kau. Tapi maybe terkejut kau pun pengsan. Dia yang bawa kau
ke sini.”
Izman! Aku terdiam. Hatiku menangis pilu. Ya Allah. Kenapa
dia perlu muncul lagi pada saat ini? Hatiku jadi berbelah bahgi. Apa perlu aku
buat?
“ Iz..Izman yang selamatkan aku?”
Husna mengangguk lantas tersenyum kecil. Aku terdiam lagi.
Aku menutup mataku rapat dan cuba mengingati semula kejadian tadi. Dia
tiba-tiba muncul. Pada masa itu hati aku juga mula berdebar balik. Rasa macam
nak terus terang dekat dia. Tapi aku tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan.
Ah! Lupakan Fika! Just forget about it!
“ Zafri?” Aku tiba-tiba teringatkan dia. Aku pandang Husna
inginkan jawapan.
Husna tersenyum hambar. Tangannya mengelus lembut bahuku.
Aku hairan dengan perilaku dia. kenapa? Apa yang dah terjadi?
“ Sebaik sahaja dia dah tahu keadaan kau. Dia terus minta
diri. Rasanya dia dah balik kampung. Dia kirim salam dekat kau dan dia sudah
lama maafkan kau. Dia juga harap kau akan dapatkan balik cinta sejati kau.”
Deep! Itu yang aku rasakan. Aku macam diperli. Zafri.
Maafkan aku. Aku tak sangka keadaan akan jadi macam ni. Aku yang salah. Maafkan
aku. Tapi aku perlukan kau.
Tiba-tiba pintu diketuk. Pintu dibuka dari luar dan
terjengullah wajah Izman. Aku dan Husna terdiam. Dia melangkah masuk dan
berdiri di hadapan katil aku. Tiada langsung senyuman pada wajahnya. Itu
membuatkan aku kecut perut. Adakah dia marah atas kejadian tadi? Husna mencuit
bahuku lalu berlalu keluar. Rasanya dia ingin berikan kami peluang untuk
berbincang.
“ Awak okay?” Dia menyoal. Suaranya kelihatan mendatar saja.
Aku pandangnya sekilas lantas menunduk memandang jari.
Suaraku seperti tersekat dikerongkong untuk menjawab pertanyaannya itu.
Akhirnya aku memilih untuk berdiam diri.
“ Fika. Answer me.”
Walaupun suaranya bersahaja tapi aku tahu dia sedang memaksa
aku untuk menjawab. Aku mendongak memandangnya. Dia macam tadi. Tiada senyuman
dan hanya pandang tepat ke arahku. Terlepas juga keluhan daripada mulutku.
“ Saya okay. Saya sihat. So awak boleh pergi.”
“ No! saya takkan pergi selagi saya tak dapatkan jawapan
awak. kenapa awak sering mengelak daripada saya dulu dan tiba-tiba awak diam.
Saya nak tahu sangat Fika. Please tell me.”
Wajahnya kelihatan sayu dan merayu agar aku mampu menjawab
persoalannya itu. Aku mengetap bibir. Terus aku toleh ke arah lain.
“ Saya tiada jawapan untuk itu. saya nak tidur. Harap awak
boleh keluar.”
Terus aku menarik selimut sehingga menutup wajahku. Berharap
dia pergi secepat yang mungkin. Aku dah tak sanggup untuk berdepan dengan dia.
Bukan hari ini, esok atau pun kemudian hari. Tidak sama sekali. Aku belum
bersedia.
“ I will waiting for you forever Fika.”
Sedar tak sedar air mataku dah pun mengalir selepas dia
keluar daripada situ. Hatiku menangis pilu bersama dengan air mata yang
mengalir ini.
“ Maafkan aku Izman. Aku buat semua ni bersebab. Aku tahu
kau hak orang. Jadi aku tak nak aku bertepuk sebelah tangan. Sakit Izman.
Sakit!”
Akhirnya aku memejamkan mata dan biarkan air mata ini
mengalir buat kali terakhir.
**
Zafri. Saya nak jumpa
awak. Please.
Aku kuatkan hati dengan menghantar pesanan ringkas kepada
Zafri. Selepas keluar je daripada hospital. Aku asyik teringatkan Zafri. Aku
tak nak sebab aku hubungan kami terputus. Sememangnya aku masih sayangkan dia
even tidak seutuh dulu.
Dah 10 minit berlalu tapi masih tiada balasan daripada dia.
Aku dah mula resah. Kejap-kejap aku pandang Husna. Kejap-kejap aku pandang ke
luar tingkap. Terhambur juga keluhan kecil daripada mulutku. Dan keluhan itu
membuatkan Husna memandang ke arah aku.
“ Kau kenapa ni?”
Aku ajak Husna jumpa sebab nak tenangkan fikiran. Tapi aku
menyerabutkan lagi fikiran adala. Stress!
“ Aku tengah tunggu Zaf balas message aku. tapi sampai
sekarang dia tak balas. Dia still marah aku lagi ke beb?” Aku menghamburkan
rasa keresahan aku.
Husna tersenyum melihatku.
“ Kau tengah tunggu dia?”
“ Yela. Kalau tak aku tak rasa macam ni. kau ni pun. Takkan
tak faham?”
Aku membelek lagi skrin telefon bimbit aku tu. baru sahaja
aku nak off. Tiba-tiba Zafri menghantar whatsupp. Aku menarik senyuman lega.
Akhirnya!
Okay. Petang ni kita
jumpa dekat airport KLIA. Pukul 3 petang I will be there. Bye.
Senyuman aku yang lebar tadi terus mati saat membaca chat
dia. Lagi menjadikan aku tidak tentu arah. Tiba-tiba aku rasa something yang
akan hilang daripada hidup aku. Tapi apa?
“ Husna. Dia nak tinggalkan aku ke?”
Aku meraup wajahku perlahan. Mengharap semuanya hanya mimpi.
Tapi tidak. Kenyataan! Ya Allah. Apa perlu aku buat?
“ Kenapa?”
“ Dia ajak jumpa dekat KLIA petang ni. dia nak pergi mana?”
Husna terdiam. Dia juga terkejut seperti aku.
“ Kau pergi je petang ni. Then kau tanya dia. Kau still
sayang dia ke? Maksud aku perasaan yang sama sebelum kau terjumpa Izman. Means
kau suka dia lagi?”
Kali ni aku betul-betul terkedu. Aku tak tahu!
**
Dah 10 minit aku berpusing dekat KLIA ni. Tapi kelibat Zafri
still tak jumpa. Aku dah penat ni. Nasib baik Husna tunggu dekat kereta. Kalau
tidak mesti dia bising. Akhirnya, aku call juga Zafri daripada aku terus cari
tapi tak jumpa.
Sebaik saja call di jawab. Aku terus tanya.
“ Saya dah sampai. Mana awak?”
“ Depan awak.”
Dari jauh aku dapat nampak Zafri melangkah ke arahku. Entah
kenapa sekarang ni aku rasa berdebar-debar seperti mana saat pertama kali
bertemu dengan dia dulu. Dia memang handsome. Menjadi pujaan ramai. Tapi saat
aku dapat tahu dia dah ada yang punya, aku terus matikan hasrat ingin terus
menyimpan perasaan dia.
Tapi siapa yang lebih tahu? Dia jadi juga kawan aku. sebab
itu juga aku tak boleh nak kawal perasaan tu. sebab dia saja lelaki yang
betul-betul faham isi hati aku. serius. Semenjak aku kenal Zafri. Aku dah lupa
kenangan aku dengan Izman. Aku dah lupa. Cuma semenjak dia muncul hari tu
hatiku jadi berbelah bahgi.
“ Fika.”
Aku tersentak. Kini, dia berdiri betul-betul di hadapan aku.
Dia menarik senyuman yang amat manis pada pandangan mataku. Aku turut membalas
senyumannya.
“ Awak nak ke mana Zaf? Jangan tinggalkan saya.”
Senyumannya terus mati. Tapi dia still pandang aku. Aku dah
jadi tidak tentu arah.
“ Zafri. Saya minta maaf. Saya tahu saya banyak buat salah
dekat awak. Saya tahu saya salah time tu. saya tak sepatutnya mainkan hati
orang. Tapi sekarang ni saya rasa kalau saya yang tak boleh kehilangan awak.
please jangan pergi hanya kerana saya.”
Mataku dah berair saat melafazkan kata-kata itu. Entah
kenapa hati ni jadi sensitif tiba-tiba. Tunggu masa nak menangis je ni. Wuargh!
Kenapa kau jadi macam ni?
“ Fika. Saya tak nak kerana saya awak tak dapat bersama
dengan cinta pertama awak. saya sanggup undur diri demi kebahagiaan awak. tapi
ingatlah yang awak sentiasa ada di sini.”
Dia membawa tangannya ke arah dadanya. Aku terdiam. Air
mataku menitis jua akhirnya.
“ Itu kisah lalu saya Zaf. Awak masa depan saya.”
Melihatkan Zafri yang berdiam diri itu membuatkan aku
tersenyum hambar. Tahulah kini aku yang beria-ria sedangkan tiada sesiapa pun
yang sudi. Kini aku faham. Maybe aku tidak berhak mendapat cinta sesiapapun
dalam dunia ni.
“ Kalau macam tu, saya doakan awak bahagia Zaf. Saya pergi
dulu. Assalamualaikum.”
Terus aku memusingkan badan ke belakang. Perasaan ni sama
macam aku terpaksa melepaskan Izman dulu. Tapi kini lebih lagi. Hati aku
bagaikan tak rela untuk melepaskan dia. Betul ke aku memang cintakan dia? Sebab
kemunculan Izman, hati aku jadi tergugat.
Dengan langkah yang tak bermaya, aku kembali menapak untuk
ke kereta Husna. Aku pandang sekeliling. Selamat tinggal KL. Esok aku dah nak
ke kampung. Aku takkan jejak ke sini lagi kecuali atas sebab tertentu. Bye.
Air mata. Berhentilah mengalir. Allah sedang menguji kau
sebenarnya ni. Terus aku menyeka air mataku dengan kasar sebab degil sangat.
Baru sahaja aku nak mencapai tisu dalam beg, lenganku terlebih dahulu diraih
daripada belakang. Aku pantas menoleh ke arah empunya diri yang tidak ada adab
itu. seketika aku terkedu.
“ Awak serius kan? Awak still sayangkan saya kan?”
Aku pandang dia dengan hati yang pilu. Air mataku mengalir
lagi. Kali ni lebih lebat.
“ Kalau macam tu. Kahwin dengan saya!”
Kali ni aku terus menangis. Zafri!
**
Aku pandang dia. Dia pandang aku. Bila dia mengangguk. Aku
terus menggeleng. Bila dia tersenyum. Aku hanya kaku. Bila tanganku digenggam.
Aku hanya membiarkan. Aku kembali menoleh ke hadapan.
“ Fika. Boleh saya jumpa awak kejap. Kejap je.”
Aku hanya mengangguk lemah saat mendapat keizinan daripada
sang suami. Terus aku ikut langkah dia jauh sikit daripada sang suami.
“ Awak apa khabar? Sihat?”
“ Alhamdulillah. Sihat. Awak?”
Aku dapat tengok kesan riak kecewa dia saat ternampak aku
dengan Zafri tadi. Dia tak tahu yang aku sudah berkahwin dengan Zafri seminggu
yang lalu. Aku tak nak jemput sebab aku tak nak kami sama-sama teringat semula
kenangan lalu. Yang lalu biarkan berlalu.
“ Macam ni la Fika. Fika. Boleh saya tanya awak satu benda?”
“ Apa?”
“ Saya Cuma nak tahu kenapa dulu awak mengelak daripada
saya. Tu je. saya tak nak tahu yang lain.”
Aku tersenyum hambar.
“ Sebab dulu saya dapat tahu yang awak telah tipu saya
hidup-hidup. Ingat lagi dulu masa first kenal awak cakap awak belum berpunya.
Tapi sebulan lepas tu saya dapat tahu awak dah lama couple. Siapa yang tak
kecewa Man? Bila kita kena tipu. Tambahan pula time tu awak selalu sangat care
fasal saya sampai saya hairan. Dah ada yang punya tetapi kenapa perlu baik
dengan saya lagi? Susah saya nak teka. Sebab saya tak nak terukkan keadaan saya
ambil keputusan untuk menjauhkan diri. Saya takut tak dapat kawal perasaan saya
time tu Izman.”
Terangku dengan panjang lebar. Nampak sangat muka dia saat
ini sangat terkejut.
“ Awak suka saya time tu?”
Aku tertawa kecil.
“ Kelakar tapi itulah kenyataan. Tapi itu dulu Iz. Sekarang
tidak lagi. Saya harap awak pun dapat lupakan saya dan teruskan dengan hidup
awak bersama Anisa.”
Tiba-tiba wajah dia menjadi muram. Aku terdiam. Aku ada
tersalah cakap ke?
“ Anisa dah meninggal setahun yang lepas Fika.”
Aku terkedu. Inalillah.
“ Dia penderita kanser. Sebab itu dulu saya dekat dan rapat
sangat dengan dia. dia baik orangnya. That’s why orang kata saya couple dengan
dia. sedangkan niat saya just nak jaga dia sampai dia sembuh. Dia dah bagaikan
adik saya. Sebab time tu saya dah mula ada perasaan dekat awak. bila awak mula
menjauh, saya jadi tertanya-tanya dan akhirnya saya tutup pintu hati saya hanya
pada Anisa seorang. Tapi malangnya dia dah pergi dulu daripada saya.”
Aku dapat kesan ada air mata yang mengalir tadi. Tapi dia
cepat-cepat menyekanya sebelum aku perasan. Aku tersenyum nipis.
“ Semua dah tertulis Iz. Maybe Zafri la jodoh saya. Kita
hanya masa lalu Iz. Saya yakin awak akan dapat yang lebih baik daripada saya.
Saya doakan kebahagiaan awak.”
Dia tersenyum memandangku. Dia hanya menganggukkan
kepalanya.
“ Saya pergi dulu. Maaf ambil masa korang berdua.
Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Usai dia pergi, aku kembali mendekati Zafri yang sedang
membelek telefon bimbitnya itu. Aku merangkul lengannya dengan erat bagaikan
tidak mahu melepaskannya lagi. Tersenyum aku tengok reaksi dia.
“ Dah kenapa dengan isteri abang ni?” Dia pandang aku dengan
kerutan di dahi tapi still mampu berikan senyuman buat isterinya yang tercinta
ni.
“ Rindu.”
“ Mengada.”
Aku terus ketawa. Haha. Kelakar pula.
“ Apa yang sayang berbual dengan dia tadi?”
Aku tersenyum kecil.
“ Semua persoalan kami berdua dah terjawab abang. Dan
rasanya biarkan ia terus berlalu. Saya pun tak nak ingat lagi.”
Kami kembali melangkah untuk ke kereta. Aku pandang ke
langit. Entah kenapa aku rasa bersyukur sangat dengan apa yang aku dapat
sekarang ni.
“ Baguslah kalau macam tu. Jom balik. Abang penat. Malam
nanti kena balik kampung pula.”
“ Baik boss.”
Dalam diam aku bersyukur kerana dia lah suami aku bukan
Izman. Alhamdulillah.
**
“ Kalau macam tu. Kahwin dengan saya!”
Aku menangis mendengar permintaannya saat itu. Hatiku terus
rasa berbunga-bunga saat dia mengajak aku kahwin. Tak romantik pun tapi aku
rasa dia ikhlas sangat.
“ Awak serius ? bukan awak nak pergi ke?”
“ Ya. Tapi dengan awak.”
Masing-masing kembali berdiam. Air mataku pun dah lama
kering. Aku tersenyum juga akhirnya. Berserta anggukan aku menjawab
permintaannya.
“ Saya setuju. Saya sudi.”
Dan buat pertama kalinya aku melihat air mata jantannya
mengalir turun saat mendengar jawapan aku. Ya Allah. Adakah dia jodoh aku yang
sebenar? Kerana aku rasa sangat tenang dan rasa bahagia saat ini.
“ Fika!”
Lamunan aku tentang kejadian sebulan yang lalu terus menerpa
pergi saat terdengar namaku dipanggil. Air mataku yang mengalir itu pantas
diseka. Senyuman terus ditarik lantas aku menuju ke arah pemanggil tadi.
“ Ye saya.”
Tanganku terus digenggamnya. Aku melihat dengan renungan
tanda tanya. Dia menarik aku ke arah pelamin. Dah kenapa?
“ Abang nak hari ni jadi hari terindah buat sayang. Hari ini
hari kita. Jadi tak nak sedih-sedih. Abang tahu sayang menangis tadi. Kan?”
Aku tersentak tapi tersenyum jua akhirnya.
“ Teringat macam mana abang melamar saya dulu. saya hampir
kehilangan abang. Bila abang kata nak jumpa dekat KLIA. Saya terus rasa tak
sedap hati. Rasa sedih. Rasa tak tentu arah. Macam-macam sampaikan saya
menangis sebelum nak datang. Tapi saya lega akhirnya abang jadi suami saya.
Cantik aturan Allah. Rupanya abang jodoh saya. Izman masa lalu saya. Mungkin
sebab dia muncul, hati saya tergugat. Terima kasih abang sebab tak berputus asa
dengan saya.”
Aku pandang jauh ke dalam mata dia. Dia membalas senyumanku.
Dahiku terus dikucupnya lembut. Siapa tahu. Orang yang kita tak sangka akhirnya
orang itulah jodoh sebenar kita. Siapa juga sangka, seminggu je selepas kejadian
tu, dia terus hantar rombongan meminang. Tak sampai dua minggu kami terus di
akad nikahkan. Dua minggu selepas itu kami bersanding. Alhamdulillah.
“ You feel incomplete without me. Same with me darling. I
don’t know what I want to do if you go. Just stay with me and love me.”
“ I will because I love you. Because Allah we know each
other. Because Allah we love each other. And because of Him we married. Thanks
to Him and thanks to you to. You complete my life.”
Sekali lagi dahiku dikucupnya. Aku tersenyum bahagia.
Alhamdulillah.
“ Amboi pengantin ni. bahagia nampak?”
Kami terus menoleh ke belakang. Berdirinya Husna dan seorang
lelaki yang merupakan kawan baik Zafri di situ dengan sengihan mereka. kami
berdua hanya tersenyum malu.
“ Hari ni kan hari kami. Korang berdua bila lagi?”
Aku terus mencubit perutnya saat dia berkata demikian.
Sengajalah tu usik Husna. Sedangkan Husna cuba sebaik mungkin tak nak
bangkitkan soal itu.
Zafri tertawa kecil melihat reaksi mereka tu. Aduhai. Dah
nak tunang pun still malu-malu lagi.
“ Kau tunggu je la Zaf. Nanti aku kahwin juga dengan kawan
kau ni.”
Aku tersenyum. Aku pandang mereka berdua silih berganti
dengan orang di sebelah aku ni. macam dalam mimpi tapi inilah kenyataan. Terima
kasih Ya Allah.
“ Jom Zaf. Teman aku makan. Malam ni kau ambillah isteri kau
puas-puas. Sekarang teman aku.”
Terus wajahku berona merah. Tak guna punya bakal tunang
Husna ni. Malu la weh!
“ Haha. Okay jom. Husna. Jomlah join sekali.”
Bila Husna dan bakal tunangnya dah berlalu, Zafri pun berlalu
juga. Aku baru sahaja nak balik ke dapur tapi tak jadi bila lengaku diraih. Aku
menoleh dengan kerutan. Tadi bukan dah pergi ke?
“ Abang?”
“ Kejap. Nak bagi hadiah.”
Aku mengerutkan dahi. Hadiah? Baru saja aku nak menyoal,
dahiku terlebih dahulu dikucup. Terus hilang kerutan di dahi. Dia melihatku
dengan senyuman lebar.
“ I love you. Remember that.”
Aku tertawa kecil. Abang ni.
“ I love you to. Dah pergi.”
You complete me Zafri Hakim. Thanks. Because you be my
husband. Make sure you love me forever. Haha.
~Tamat~
Bw here.. waaaa lama nye tak singgah ke sini .. dulu ari2 singgah tapi sejak tak active sgt ni dah kurang.. anyway , loves ur writting.. kipidap.. jemput singgah ke blog saya jugak www.cupcakesred.com.my.. ada cerpen baru ><..
ReplyDelete