“ Haih. Tak sabarnya.”
Wajahnya cukup teruja
saat ini. Dah nama pun nak jumpa dengan buah hati. Mestilah teruja tak terkira.
Tambahan pula dia baru saja pulang daripada outstation. Rindu dekat buah hati
tu jangan cakaplah. Dan hari ni dia buat sedikit surprise.
Kakinya tepat berdiri
depan rumah Puteri. Senyuman kecil ditarik. Tak dapat dijangka reaksi Puteri
nanti setelah melihat kehadirannya saat ini. Malam pula tu. Jangan-jangan dah
tidur.
“ Assalamualaikum.”
Imran memberi salam.
Kepalanya terteleng ke kiri dan kanan. Tapi tiada sesiapa pun yang keluar untuk
menyambut kehadirannya. Takkan dah tidur? Akhirnya, Imran ambil keputusan untuk
masuk saja ke dalam. Mujur pintu pagar tidak berkunci.
Sebaik sahaja kakinya
berdiri depan pintu rumah Puteri, pintu itu pula diketuknya. Tapi hampa. Masih
tiada sahutan. Tanpa ragu-ragu tombol pintu itu dipulas. Dan Imran terkerjut.
Ternyata tidak berkunci. Haish. Bahaya betullah Puteri ni. kang ada pencuri
masuk siapa yang susah?
“ Puteri!”
Imran sudah melangkah
masuk. Tapi keadaan sangat gelap. Macam tak berpenghuni lagaknya. Tapi
samar-samar dia dapat dengar suara orang di tingkat atas. dengan debaran dan
perlahan-lahan dia melangkah ke tingkat atas. sampailah ke satu bilik yang
pintunya tidak ditutup rapat. Imran melangkah ke situ saat ada cahaya daripada
bilik tersebut.
“ You ni. Janganlah.
Geli lah.”
Imran mengetap bibir.
Pintu itu ditolak perlahan. Dan yah! Dia dapat tengok Puteri sedang duduk
berdua-duaan dengan seorang lelaki yang dia tidak kenal. Imran dapat tengok
betapa mesranya mereka. Sampai berpelukan. Imran dah bara. Terus dengan kasar
dia tolak pintu itu sampai bunyi dan menarik perhatian mereka.
“ Puteri!”
Puteri dan lelaki di
sebelahnya itu ternyata terkejut dengan kehadiran Imran. Puteri yang duduk tadi
terus berdiri tegak. Bibirnya dah menggigil gara-gara takut. Semuanya dah
terkantoi. Imran dah tahu!
“ Im.. dengar dulu
penjelasan I. Please Im..” Puteri cuba merayu lalu mendekati Imran. Tapi Imran
tersenyum sinis malah langsung tidak menghiraukan Puteri. Tajam dia merenung ke
arah Puteri.
“ I begitu percayakan
you Puteri. I terlalu cintakan you. Tapi ini balasan you pada I? Kenapa Put?
Kenapa? Apa cinta I ni tak cukup lagi ke?”
Imran rasa nak
menangis. Tapi dia tahan selagi boleh. Hatinya dah cukup panas melihat adegan
panas tadi. Jangan sampai dia pergi tumbuk muka lelaki itu.
“ Tak. Semua ini tak
seperti yang you fikirkan.”
“ What?!” Jerkah Imran.
Dia dah tak boleh sabar. Dia pun ada tahap kesabarannya juga.
“ Bukan seperti yang I
fikirkan? Habis apa? Ha? Dengan apa yang I nampak ni.. berdua-duaan. You kata
bukan seperti yang I fikirkan? What the hell!?”
Terus Imran tumbuk
pintu bilik dengan kasar. Wajahnya dah menyinga menahan marah teramat. Puteri
yang melihat dah terkedu. Dia terkejut dengan tumbukan itu. akhirnya dia
memilih untuk berdiam diri. Tapi air matanya dah menitis ke pipi.
“ I kesal dengan you
Puteri. Kesal. Kita dah nak bertunang tapi ini balasan yang I dapat? Stupid!”
Imran meraup wajahnya
kasar. Dia cuba menenteramkan hatinya kembali. Istighfar banyak-banyak Im. Istighfar!
“ Rasanya sampai sini
saja hubungan kita. Kita putus Put. Dan I nak warning you. Kalau lepas ni you
kacau I dan cari I lagi. I takkan teragak-agak laporkan hal ni pada papa you.”
Mencerun Imran ke arah Puteri yang ketakutan itu.
“ Tapi you..”
“ Enough!” Jerit Imran
dengan wajah yang terlalu kecewa.
“ Enough Puteri. Just
enough. I dah penat.”
Tanpa menunggu lebih
lama, cepat sahaja kaki Imran melangkah meninggalkan kawasan rumah itu. Hatinya
sakit sangat. Rasa macam tertusuk benda tajam. Terlalu kejam! Sakit! Apa dosa
dia pada Puteri? Ya Allah!
**
“ Abang.”
Imran tersedar daripada
lamunan yang panjang apabila bahunya disentuh lembut. Seketika dia menoleh
memandang Aimi sebelum menoleh semula ke luar tingkap. Hatinya sangat tenang
saat ini. dan tiba-tiba tadi teringat pula peristiwa di mana hubungan dia
dengan Puteri putus.
Maybe ada hikmahnya
disebalik kejadian itu. Lagipun dia dah lama maafkan Puteri. Cuma dia harap
Puteri dapat apa yang dia perlukan. Sememangnya peristiwa itu berjaya membawa
separuh hatinya sebelum ini. Tapi, Allah dah berikan ubat dan sebelah inilah
ubatnya.
“ Abang okay ke tak
ni?” Risau Aimi menyoal.
“ Abang okay. Jangan
risau.”
Imran pantas mencapai
kedua-dua belah tangan Aimi dan dikucupnya perlahan. Wajah Aimi ditatap dengan
penuh rasa sayang dan cinta. Tak menahan dahi Aimi dikucupnya. Lama. Aimi yang
menerima kucupan itu hanya mampu menahan debaran.
“ Abang terlalu
cintakan Aimi.”
Aimi tersenyum. Dia
melarikan pandangan ke luar tingkap. Mereka dalam perjalanan nak ke hotel.
Majlis resepsi diadakan di sana. Dan kini mereka berada dalam kereta.
“ Abang.. Macam tak
percaya je Aimi dah kahwin.” Ujar Aimi sambil tertawa kecil.
“ Kenapa tak percaya
pula?” Imran setia menggenggam tangan Aimi.
“ Yela. Umur saya still
18 tahun lagi kot. Tak padan dengan baru habis spm. Macam tak percaya tahu tak?
Abang lainlah. Dah nak masuk 25 tahun.” Jelas Aimi.
Imran yang mendengar
dah menarik senyum. Suka tengok wajah kelat Aimi. Comel pun ada.
“ Percaya pada jodoh
sayang. Dah jodoh sayang sampai awal. Lagipun okay apa kahwin muda. Lagi berkat
hidup tu.”
Aimi tersenyum sinis.
Ada saja alasan dia ni. Sabar je la.
Dalam 20 minit jugalah
mereka saling berbual sampailah kereta berhenti tepat-tepat di depan sebuah
hotel. Dan mereka berdua dapat lihat sudah ramai orang berkerumun di situ
semata-mata nak sambut kedatangan mereka.
“ Smile because this is
our day dear.” Sempat Imran berpesan sebelum turun daripada kereta.
Aimi menarik senyuman
yang paling manis buat dirinya dan tetamu yang hadir. Imran di sebelah dah
menggenggam erat tangannya. Masing-masing saling berbalas senyuman sebelum
melangkah masuk ke dalam dewan hotel tersebut.
“ And I am sure you
will like this.”
Terpegun seketika Aimi
saat masuk ke dalam dewan tersebut. Semuanya serba putih. Macam dalam faiytail.
Cantik sangat. Aimi sempat melirik sekilas ke arah Imran. Dalam hati dia rasa
bersyukur sangat Imran telah menjadi suaminya.
“ Thanks abang. Aimi
tak sangka Aimi akan dapat kejutan macam ni.”
Dia sangkakan ibu
mertuanya hanya akan membuat simple-simple saja sampai dia nak datang tengok
pun tak bagi. Rupanya salah tekaannya. Sungguh! Dia rasa sangat terharu saat
ini. Rasa nak pergi peluk ibu mertuanya sekarang jugak. Tahan Aimi! Tahan!
Mereka berjalan sampai
menuju ke pelamin yang kelihatan cantik itu. Masing-masing mengambil tempat.
Pengapit mula menjalankan tugas. Siapa? sudah tentulah si Faiz dan Emelda.
Mereka saja yang setia. Haha.
Makin lama makin ramai
tetamu yang hadir. Imran dan Aimi pula tidak lokek memberikan senyuman even
penat sekalipun. Tetamu dah datang jadi kena hargai.
“ Aimi. Jom turun jumpa
family abang.”
Perlahan-lahan Aimi
melangkah turun daripada pelamin sambil dipimpin oleh Imran. Ya Allah.
Bahagianya aku rasakan sekarang.
“ Abang.” Panggil Aimi
lantas menoleh ke arah Imran.
“ Yes my dear.” Imran
turut menoleh ke arah Aimi.
“ Kenapa Aimi rasa
bertuah sangat dapat suami macam abang? Kenapa Aimi rasa macam tak layak pun
ada?”
Imran tersenyum.
Aimi..Aimi. Suka cakap macam tu.
“ Sebab Aimi jodoh
abang. Okay? Dah fullstop! Tak nak tanya soalan tu dah.”
Aimi terdiam saat Imran
menoleh ke arah lain. Bila Imran melangkah, dia turut melangkah. Tapi matanya
saat itu terpandang sesuatu. Terdetik satu nama dalam hatinya. Razif! Terus dia
menoleh ke arah Imran. Niat di hati nak cakap tapi nampak macam Imran terlalu
sibuk. Akhirnya dia sendiri melangkah meninggalkan Imran di situ. Matanya still
tercari-cari kelibat Razif. Sebab dia yakin itu Razif.
“ Aimi! Aimi!”
Langkah Aimi terhenti.
Bila tengok Emelda datang ke arahnya. Dia terus diam.
“ Kau nak pergi mana?”
Lelah Aimi tengok Emelda saat ini.
“ Beb. Korang ke ajak
Razif datang?”
Emelda terkedu. Razif?
“ Ma..maksud kau?”
Gugup Emelda menyoal.
“ Ya Razif. Aku macam
ternampak dia tadi.” Maklum Aimi lantas melihat sekeliling. Tapi hampa tiada.
Orang dah la makin ramai dalam dewan tu. terhambur juga keluhan kecil daripada
mulutnya.
Emelda terus terdiam.
Dalam hati rasa tidak senang. Macam mana Aimi boleh nampak Razif sedangkan
Razif dah tiada. Ya Allah. Tak boleh jadi ni. kena cakap dekat Faiz ni.
“ Aimi. Baik kau pergi
dekat Imran sekarang. Dia cari kau tadi. Risau juga dia.” Pesan Emelda lantas
tersenyum.
Aimi hanya mengangguk.
Ikutkan saja langkah Emelda yang menuju ke arah Imran itu. Tapi sempat juga
menoleh ke belakang. Dia amat yakin itu Razif.
“ Sayang.”
Imran terus menghembus
nafas lega saat Aimi berdiri depannya saat ini. Emelda yang kesan kerisauan
Imran itu hanya tersenyum. itu namanya orang sayang bini. Tanpa berlengah, dia
pantas meninggalkan mereka dua lantas mencari kelibat Faiz.
“ Maaf.” Ucap Aimi.
“ Pergi mana tadi?
Risau abang.”
“ Tadi macam ternampak
Razif la bang. Tu yang pergi cari. Tapi dah hilang. Abang ada jemput dia erk?”
Dan Imran terus terkedu
saat mendapat pertanyaan itu. Razif?
“ Erk. Tak ada pula.
Abang terlupa.” Imran memerhati sekeliling. Betul ke apa yang isteri aku cakap
ni?
“ Tapi tadi tu siapa?”
Aimi tergaru-garu keningnya yang tidak gatal itu.
Imran hanya
menjongketkan bahu. Tak mahu Aimi terus memikirkan Razif. Cepat sahaja dia menggenggam
tangan itu. senyuman kecil ditarik.
“ Sekarang ikut abang.
Ibu nak jumpa sayang tau. Jom.”
Apabila Aimi
mengangguk, cepat sahaja Imran membawa Aimi ke arah familinya. Tapi dia sempat
perhati sekeliling. Dalam hati dah naik risau. Macam mana kalau Aimi nampak
sekali lagi wajah yang mirip Razif tu? Ya Allah.
**
Faiz pandang Emelda.
Emelda pandang Faiz. Masing-masing terdiam. Masing-masing juga sedang berfikir.
Dan akhirnya terlepas keluhan daripada mulut mereka.
“ mungkin perasaan dia
je kot.” Ujar Faiz bagi menyedapkan hati.
Emelda terus
menggelengkan kepalanya. Tempat kosong di sebelah Faiz terus di ambil. Sekarang
pun dah pukul 5. Ramai dah beransur pulang. Kejap lagi selesailah majlis ini.
“ Tak. Saya nampak dia
tercari-cari. Saya risau juga. Lagipun Razif dah tak ada. Macam mana dia boleh
kata dia nampak Razif. Tak ke pelik?”
Faiz terdiam lagi. dia
teringat lagi di mana dia dan Imran ada ternampak wajah yang mirip sangat
dengan Razif sebelum ini. Tapi hanya melihat tak berbuat apa-apa. Lagipun ada
tujuh orang muka yang sama dalam dunia ni. jadi tak hairanlah. Cuma bila Aimi
dah nampak, susah sikit.
“ Sebelum ni saya dan
Imran dah pernah nampak dah. mirip sangat dia dengan Razif. Maybe pelanduk dua
serupa.” Jelas Faiz lantas menoleh memandang Emelda yang ternyata terkejut itu.
“ Kalau Aimi tanya
macam mana kita nak jawab? Saya takut lah awak.” Emelda dah meraup wajahnya.
Risau kawan baiknya itu akan sedih dan kembali salahkan dirinya seperti sebelum
ini.
Faiz mengetap bibir.
Dia sendiri tak tahu nak buat macam mana. Lagipun ini diluar kawalan mereka.
semua tak sangka ada orang mirip Razif muncul depan Aimi tadi.
“ InsyaAllah perkara
macam ni takkan berlaku. Doa kan agar lelaki tu tak muncul depan Aimi lagi.”
Pujuk Faiz agar Emelda dapat tenangkan diri.
Emelda menoleh seketika
ke arah pasangan pengantin itu. Melihatkan wajah Aimi yang cukup gembira itu
memang tidak sanggup untuk dia beritahu perkara yang sebenar kepada Aimi. Dia
yakin sangat Aimi akan bersedih lagi. tambahan pula dalam tubuhnya itu ada
organ milik Razif. Allahu! Beratnya dugaan ini.
“ Dah lah Mel. Lupakan
okay?”
Faiz bangun dan
tersenyum depan Emelda. Dia tatap wajah Emelda yang masih dalam kerisauan itu.
“ Selagi saya ada
takkan jadi apa-apa okay?” Ujar Faiz dengan senyuman. Sedangkan dia sendiri
tahu tiada kaitan pun dengan Aimi.
Emelda yang mendengar
dah mengerutkan dahi.
“ Eh? Apa kaitannya
pula?” Emelda dah blur.
“ Yala. Sebab saya
disamping awak. Bila awak dalam kesusahan. Saya akan pergi selamatkan awak.
Okay. Sweet tak saya?” Faiz cuba berseloroh dengan muka confidentnya tu.
Emelda yang mendengar
dah buat muka seposen. Tanpa berlengah, lengan itu pantas ditamparnya. Geram!
Orang serius. Dia boleh main-main pula.
“ Ouch! Sakitlah
sayang.” Sengih Faiz sambil mengelus lembut lengannya itu. Tak sakit pun
sebenarnya. Saja manja terlebih.
“ Ha! Nak lagi ke?”
Ugut Emelda bila Faiz macam sengaja cari fasal.
Akhirnya Faiz terus
ketawa besar. Seronok usik Emelda sampai merah pipi dibuatnya. Tapi Cuma sesaat
bila dia kembali menarik senyum.
“ Awak kena percayakan
saya. InsyaAllah. Aimi takkan jumpa dia lagi.”
Emelda terdiam.
Melihatkan wajah Faiz yang tengah tersenyum itu. Hatinya yang gundah tadi terus
menjadi sedikit tenang. Akhirnya dia turut menarik senyum.
“ Ha. Macam tu la. Kan
manis senyum macam tu.” Puji Faiz lantas tersengih.
“ Yela. Kalau tak
senyum tak manis la?”
“ Haha. Awak sentiasa
manis dalam hati saya. Jangan risau.”
“ Eleh. Macam nak
percaya.”
“ Percayalah.”
Dan akhirnya mereka
terus ketawa dengan telatah mereka sendiri. Mengada! Haha.
No comments :
Post a Comment