Pada mulanya, hanya
jari-jarinya saja yang bergerak. Kini, matanya pula bergerak-gerak.
Lama-kelamaan mata itu dibuka perlahan-lahan. Saat ada cahaya yang masuk ke
dalam matanya. Pantas dia menutup matanya kembali tapi tidak lama bila dia
berjaya mengawal anak matanya itu.
“ Alhamdulillah. Awak
dah sedar Aimi.”
Aimi cuba memerhati
sekeliling. Melihatkan wajah nurse Izati itu. Barulah dia faham yang dia berada
di hospital. Ternyata Allah masih panjangkan umurnya. Sekali lagi dia melihat
wajah nurse yang bernama Izati itu. Dia ingin membuka mulut untuk bertanya tapi
gagal. Mulutnya seakan-akan berat untuk berkata-kata. Akhirnya, dia hanya
mendiamkan diri. Badannya juga terasa masih lemah.
“ Aimi. Kalau nak
apa-apa just minta dekat akak tau. Badan Aimi masih lemah. Aimi baru lepas
pembedahan. Tak boleh gerak banyak.”
Aimi hanya mendiamkan
diri. Tapi dia masih dengar apa kata-kata Izati itu.
“ Aimi. Saya keluar
dulu. Nanti Doktor Imran akan datang. Kamu rehat dulu la ya.”
Aimi hanya melihat
tubuh Izati yang keluar daripada bilik tersebut. Aimi memejamkan matanya
kembali. Dia cuba ingatkan kembali apa yang berlaku sebelum dia tidak sedarkan
diri sebelum ini.
“ I love you.”
Bila ayat itu berlegar
dalam fikirannya. Dia terus membuka mata. Peristiwa di saat dia rasa dia takkan
hidup lama itu kembali bermain dalam fikirannya. Dia telah meluahkan
perasaannya time tu. Mengingatkan semua itu membuatkan dia malu. Terus dia
menekup wajah dengan rasa malu yang amat tebal. Agaknya, Imran dengar tak time
tu?
“ Assalamualaikum.”
Suara garau itu
membuatkan Aimi meletakkan tangannya ke sisi. Terus dia membuka mata dan
melihat ke arah pemilik suara itu. Imran. Tapi dia buat biasa. Salam dijawab
dalam hati.
“ Alhamdulillah. Kamu
dah sedar.” Imran mengucapkan syukur melihat keadaan Aimi yang sudah sedar itu.
Aimi memilih untuk
mendiamkan diri. Sebab dia memang tidak berdaya untuk bercakap sekarang. Hanya
senyuman yang mampu dia beri.
“ Aimi. Awak nak
apa-apa ke?”
Imran jadi risau
kembali bila melihat Aimi hanya berdiam. Takkan ada masalah lagi pada jantung
barunya itu?
Aimi terus
menggelengkan kepalanya. Tapi senyuman setia pada bibirnya walaupun tawar.
“ Kalau macam tu
rehatlah. Awak perlukan rehat yang lebih. Saya keluar dulu ye.”
Aimi hanya melihat
tanpa menghalang. Memang dia tak nak jumpa Imran buat masa ini sebab dia malu.
Malu sangat. Jadi, biarlah dia berjauhan seketika dengan Imran. Ni pun mujurlah
dia baru sedar. Kalau lama sikit mesti Imran akan tanya soal itu. Argh! Mana
aku nak letak muka?
Imran yang baru keluar
daripada bilik rawatan Aimi mengeluh hampa. Dia rindu sangat nak dengar suara
Aimi. Tapi Aimi hanya mendiamkan diri saja tadi. Mungkin keadaan Aimi yang baru
sedar membuatkan Aimi lemah. Jadi, dia tak ada kekuatan untuk bersuara. Maybe
la. Think positif la Imran.
Tiba-tiba telefon
bimbitnya berbunyi. Tanpa berlengah dia pantas menjawab panggilan tersebut.
“
Helo.”
“ Helo doktor. Ayah
Aimi dah nak dikebumikan. Doktor nak balik sini tak?”
Imran mengerling
sekilas ke arah jam tangannya. Pantas langkahnya laju diatur ke luar hospital.
“ Tunggu saya. Kejap
lagi saya datang.”
Pakcik. Biarlah buat
kali terakhir saya hantar pakcik. Saya mewakilkan Aimi. Saya tahu kalau Aimi
tahu mesti dia nak jumpa pakcik. Pakcik tunggu saya.
**
Kakinya melangkah
perlahan ke hadapan. Matanya meliar melihat sekeliling. Kini, di sekelilingnya
hanya ada pasir. Adakah dia terdampar di padang pasir? Kenapa dia ada dekat
sini? Sesaat kemudian, dia terus melajukan langkah bila dia ternampak
seseorang.
Saat kakinya dah maju.
Kelibat itu datang menghampiri. Bila kelibat itu sudah berada depan matanya.
Terus bibirnya mengukirkan senyuman.
“ Ayah!”
Tubuh ayahnya terus
dipeluk. Dia rindu sangat dekat ayahnya itu. Tapi Cuma sesaat bila ayahnya
meleraikan pelukan. Yang pasti, dia dapat lihat ketenangan pada wajah tua itu.
Ayahnya setia mengukirkan senyuman.
“ Aimi. Jaga diri. Ayah
dah tak boleh jaga kamu selepas ini.”
Aimi mengerutkan dahi.
Dia tidak faham apa yang ayah dia sedang katakan. Baru saja dia nak membalas
kata ayahnya itu, muncul seorang lagi dan berdiri di sisi ayahnya. Imran?
“ Aimi. Jangan
tinggalkan Imran. Ayah tahu kamu sayangkan dia. Percaya pada ayah. Dia akan
jaga kamu sebaik yang mungkin.”
Dia menoleh melihat
Imran yang tersenyum itu.
“ Awak. Ikut saya?”
Dalam keadaan
teragak-agak dia cuba mencapai tangan Imran tapi gagal bila kelibat ayahnya dan
Imran tiba-tiba hilang. Dia terus menoleh sekeliling. Tiada!
“ Ayah! Im! Mana kamu
berdua pergi?!”
Laju kakinya berjalan
tapi tiada. Kelibat itu benar-benar dah hilang. Akhirnya, dia terduduk dengan
linangan air mata. Baru saja dia bangun, dia terus membuka matanya.
“ Ya Allah!”
Aimi terus melihat sekeliling.
Ya Allah! Kenapa dengan mimpi tu? Dahinya yang berpeluh itu dilap perlahan.
Perlahan-lahan dia bangun duduk walaupun terasa pedih pada dada. Sekali lagi
dia memejamkan matanya tapi Cuma sekejap bila wajah Imran bermain dalam
fikirannya.
“ Ayah. Kenapa dengan
ayah?”
Perlahan-lahan kakinya
cuba menjejak lantai. Dahinya sudah berkerut menahan sakit. Dadanya disentuh
perlahan. Dia dapat rasakan kesan jahitan di situ. Tapi dia tidak peduli. Yang
dia tahu dia nak keluar daripada sini. Dia nak jumpa dengan ayahnya.
Saat kakinya dah
mencecah lantai, dia cuba untuk berdiri. Bila dia rasa dah stabil dengan
keadaannya, dia terus memulakan langkah. Tapi baru selangkah, dia terus
terjatuh.
“ Argh!”
Rasa sakit pada dada
dan tubuhnya terasa pedih. Dahinya dah berpeluh gara-gara menahan sakit. Tapi
dia tidak berputus asa. Sekali lagi dia cuba bangun berdiri. Dan sekali lagi
bila dia mula melangkah, saat itu juga dia mula hilang pertimbangan.
“ Arh!”
Aimi terus memejamkan
matanya bila tubuhnya ingin mencecah lantai. Tapi, kenapa dia tiba-tiba rasa
macam di awan-awangan. Dia kembali membukakan matanya. Dan terpampang wajah
Imran yang beriak serius itu di depan matanya. Erk!
“ Awak nak pergi mana?
Kan saya dah cakap awak tak boleh bergerak. Awak baru lepas buat pembedahan.”
Suara itu kelihatan keras.
Aimi yang mendengar
terus terdiam. Perlahan-lahan Imran memimpin Aimi agar duduk semula ke katil.
Tubuh Aimi terus dibaringkan dengan perlahan. Sesudah itu, Imran terus
menyelimutkan Aimi agar Aimi tidak kesejukan.
“ Awak buat saya risau
la Aimi. Kalau nak apa-apa just panggil saya atau nurse kat sini.” Sekali lagi
Imran bersuara. Tapi kali ini nadanya dah kembali kendur.
Aimi menggigit bibir.
Dia tahu dia salah. Tapi dia Cuma nak cari ayah dia.
“ A..ayah.”
Dengan susah payah, dia
mengeluarkan suara. Imran yang terdengar terus terkedu. Aimi cari ayah dia ke?
Ya Allah! Macam mana aku nak cakap ni?
“ Kenapa Aimi?” Imran
buat-buat tanya sedangkan dia sudah dengar tadi.
Aimi cuba sekali lagi
untuk mengeluarkan suara tapi dia sudah tidak berdaya. Dia terasa lemah.
Akhirnya dia terus menggelengkan kepalanya. Terus dia menoleh ke arah lain. Dia
kecewa sangat bila tidak dapat jumpa dengan ayahnya. Kenapa dia lemah sangat
ni?
Imran yang melihat
kebisuan Aimi mula rasa sedih. Takkan dia nak cakap yang ayah Aimi dah tak ada?
Mustahil. Biarlah makcik yang beritahu sendiri. Dia tak kuat nak lihat Aimi
menitiskan air matanya.
“ Aimi. Awak perlukan
apa-apa ke?”
Aimi terus
menggelengkan kepalanya tanpa melihat Imran. Sedar tak sedar, air matanya telah
pun menitis tanpa pengetahuan Imran. Dia terus memejamkan matanya. Dia tak nak
sesiapa tahu yang dia tengah menangis. Imran yang melihat Aimi menutup mata itu
terus terdiam.
“ Awak rehatlah. Saya
keluar dulu.”
Keluar saja Imran
daripada situ. Aimi kembali membuka matanya. Serentak itu air matanya makin
laju mengalir. Malam itu, dia kembali menangis. Entah sebab apa tapi dia berasa
sangat sedih. Sangat sedih!
**
Keesokan harinya,
Maznah bersama Faiz dan Emelda datang ke hospital bagi menjenguk Aimi. Tapi,
sebelum itu mereka berjumpa dahulu dengan Imran. Dan kini mereka berada dalam
bilik kerja Imran.
“ Im. Makcik risau la.”
Maznah menyuarakan rasa risaunya.
Imran mengeluh kecil.
Bukan Maznah saja risau. Tapi dia pun sama. Dia takut akan penerimaan Aimi
nanti. Tapi kalau tak diberitahu, lagilah Aimi akan curiga.
“ Tapi makcik. Kalau
tak beritahu saya takut dia akan syak yang bukan-bukan.” Suara Faiz pula.
Emelda hanya mendiamkan
diri. Dia tidak tahu nak cakap apa sebab dia risaukan Aimi. Sebenarnya dua hari
ni mereka semua menerima tamparan yang besar dalam hidup mereka. Dimulakan
dengan pemergian Razif kemudian pemergian Azmir. Seterusnya keadaan Aimi yang
kritikal sebelum mendapat penderma. Sungguh! Semua itu merupakan ujian yang
sangat berat buat mereka.
“ Tak apa. Biar makcik
beritahu dia. Tapi kamu semua tolong makcik ye. Makcik takut dia tak dapat
dikawal.”
Imran hanya
menganggukkan kepalanya. Dia tahu. Lepas Aimi tahu ayahnya dah meninggal. Pasti
Aimi akan sedih dan maybe masa tu dia sebagai doktor perlu memberikan ubat
penenang.
Hampir 10 minit mereka
berbincang, akhirnya mereka menuju ke bilik rawatan Aimi. Saat kaki melangkah
masuk. Mereka dapat melihat keadaan Aimi yang tengah tidur itu. Maznah sebagai
ibu terus rasa sayu melihat keadaan anaknya itu. Dia tiada saat anaknya
bertarung nyawa. Dia juga tiada untuk menemani Aimi. Mak apakah dia?
Faiz dan Emelda pula
terus rasa sebak. Mengingatkan Aimi terus mengingatkan mereka terhadap
pengorbanan Razif. Sesungguhnya, mereka berdua merupakan kawan yang paling
mereka sayangi. Mereka berdua sangat baik. Moga roh Razif dicucuri rahmat.
“ Aimi.”
Panggil Imran perlahan.
Senyuman cuba diukir walaupun perit. Aimi yang mendengar namanya dipanggil
pantas membuka matanya dengan perlahan-lahan. Terpampang figura Imran di
hadapannya. Tapi dia tidak memberikan senyuman melainkan renungan kosong.
“ Aimi.”
Aimi yang mendengar
suara yang sangat dia rindui itu terus menoleh ke arah kiri. Terus matanya
berkaca-kaca saat melihat kehadiran Maznah.
“ Mak!”
Maznah terus
menghampiri Aimi lalu memeluk tubuh yang tengah terbaring itu. Air mata yang
mula bergenang ditahan sebaik yang mungkin.
“ Ya sayang. Mak ada di
sini.”
Saat pelukan terlerai.
Aimi menoleh pula ke arah Faiz dan Emelda. Senyuman lebar diberikan kepada
mereka berdua.
“ Korang.”
Giliran Emelda pula
berpelukan dengan Aimi. Tanpa dapat ditahan, mereka berdua terus menitiskan air
mata. Tak tahan kalau asyik-asyik berpura-pura kuat. Mereka bukan robot tapi
manusia biasa yang ada perasaan.
“ Kau sihat Aimi?”
Soal Faiz saat mereka
sudah meleraikan pelukan. Melihat anggukan Aimi, Faiz terus tersenyum. Tapi
dalam hati dia rasa tidak tenang selagi berita kematian ayah Aimi tidak
diberitahu.
“ Mak. Mana ayah?”
Nah! Itulah soalan yang
paling ditakuti oleh mereka yang berada di situ. Masing-masing dah terdiam.
Tapi Maznah masih setia mengukirkan senyuman walaupun hambar. Dia cuba kuatkan
hati untuk memberitahu Aimi. Aimi yang melihat semua terdiam dah rasa lain.
Terus dia memandang ke arah Maznah.
“ mak? Mana ayah?
Kenapa semua diam?” Bertalu-talu Aimi mengeluarkan soalan. Dia mula rasa tidak
sedap hati.
“ Aimi. Dengar apa yang
mak nak cakapkan ni.”
Tangan anaknya mula
digenggam. Aimi terus mendiamkan diri dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada
kata-kata yang akan dikeluarkan oleh Maznah itu.
“ Apa yang terjadi ada
hikmahnya sayang. Dan mak nak kamu kuat terima ujian Allah kali ni walaupun
sukar sangat untuk diterima. Ya sayang ya?”
Aimi membuat anggukan
tapi dia masih tidak tenang.
“ Kenapa mak? Apa yang
terjadi?”
Maznah tersenyum lagi.
Kali ni dia perlu kuat.
“ Aimi. Ayah sayangkan
kamu tau. Walaupun ayah dah tak ada dia sentiasa ada dalam hati kamu.”
“ maksud mak?”
Aimi dah mula rasa nak
menangis.
“ Ayah dah pergi nak.
Ayah dah kembali pada PenciptaNya.”
Terus air matanya
mengalir ke pipi. Dia tidak percaya. Tak! Tak percaya!
“ mak mesti tipu kan?
Mak tipu kan? Ni semua helah mak kan?”
Aimi ketawa kecil. tapi
ketawa yang dibuat-buat. Dan ketawa itulah menyakitkan hati mereka semua yang
berada di situ. Maznah terus menggelengkan kepalanya. Dia terus menarik Aimi ke
dalam pelukannya.
“ Tak sayang. Mak tak
tipu. Ayah dah tak ada sayang. Ayah dah pergi tinggalkan kita buat
selama-lamanya.”
Hanya air matanya yang
mengalir. Tapi dia terus diam tidak memberikan reaksi. Imran yang menyedari hal
itu terus menjadi risau.
“ Aimi. Aimi.” Imran
memanggil.
Maznah mula meleraikan
pelukan. Melihatkan Aimi berdiam membuatkan dia risau.
“ Aimi?”
Aimi melihat semua
orang yang berada di situ dengan senyuman. Belum sempat dia nak mengatakan
sesuatu, dia terus rebah di sisi Maznah. Pandangannya yang kabur terus jadi
gelap.
“ Ya Allah! Aimi!”
No comments :
Post a Comment