Dah tiga hari berlalu.
Bermakna selama tiga hari itu jugalah Aimi tidak sedarkan diri. Semua orang
sudah tentu risau akan keadaan Aimi. Mereka tidak henti berdoa agar Aimi
kembali sedar. Mereka tahu berita kematian ayahnya memberikan tamparan yang
begitu hebat buat Aimi. Sebab itulah Aimi susah nak percaya.
Kini, Imran lah yang
setia menjaga Aimi ketika Maznah dan dua orang rakan Aimi tiada. Sekali pun
Imran tidak tinggalkan Aimi kecuali ada urgent dan untuk menunaikan turutan
Allah.
Matanya merenung wajah
Aimi dengan seribu perasaan. Dia amat merindui keletah Aimi. Dia merindui suara
itu. Dia juga merindui reaksi Aimi yang nakal itu. Aimi. Bila awak nak
sedar ni. Kami semua rindukan awak.
Tiba-tiba bahunya
ditepuk perlahan. Pantas dia menoleh ke kiri. Ternyata Faiz. Dia kembali
menoleh ke arah Aimi. Kedua-dua mereka hanya mampu melihat dengan perasaan
sayu.
“ Doktor mesti sayangkan
dia kan?”
Imran tersenyum sipi
saat mendengar persoalan itu.
“ Kenapa kamu tanya
macam tu?”
“ Dah tiga hari doktor
dia tak sedar. Tiga hari tu jugalah doktor tak henti-henti menjaga dia. Saya ni
lelaki. Doktor pun lelaki. Saya tahu sangatlah.”
Imran terdiam. Tapi dia
terus tersenyum. Faiz dikerling sekilas.
“ Nampak sangat ke?”
Faiz tergelak. Bahu
Imran ditepuk sekali lagi.
“ Jelas dan terang.”
Seloroh Faiz lantas menarik senyuman.
“ Kalau Aimi pun tahu
kan?”
“ Dia akan tahu.
Sabar.”
Mereka kembali berdiam.
Sesekali terdengar keluhan daripada mulut Imran. Faiz masih setia dengan
senyuman.
“ Doktor tak nak cakap
dekat dia ke siapa penderma tu?”
Imran beralih ke sofa
di hujung bilik. Dia ambil tempat di situ. Seketika dia merenung wajah Faiz
dengan senyuman pahit. Kepalanya digelengkan.
“ Saya dah janji dengan
Razif. Tapi kalau arwah Razif tak suruh pun saya tetap tak boleh cakap. Saya
tak nak dia terluka lebih teruk. Cukuplah dengan berita kematian ayah dia.”
Faiz turut duduk di
sebelah Imran. Jauh dia merenung ke hadapan.
“ Betul juga apa kata
doktor tu. Tapi kalau dia tanya nanti apa doktor nak jawab?”
Imran terdiam. Dia juga
tak tahu nak jawab apa.
“ Tahulah saya
kelentong sikit.”
Tok! Tok!
Tiba-tiba pintu dikuak
daripada luar. Terjengul kepala Emelda yang tengah tersenyum itu. tanpa
berlengah dia pantas masuk dan menutup kembali pintu. Laju kakinya melangkah
mendekati Imran dan Faiz. Tempat kosong di depan Faiz diambil. Lantas dia
mendongak memandang Faiz dan Imran silih berganti. Dia jadi pelik bila mereka
berdua memandang dia dengan renungan yang tanda tanya?
“ Asal tengok macam
tu?” Emelda membelek dirinya sekali lagi. Rasanya aku tak pakai tudung atau
baju terkalih pun. Elok je.
Imran tersenyum
manakala Faiz menarik sengih. Kelakar tengok Emelda yang tiba-tiba jadi gelabah
itu.
“ Saya tengok sebab
Faiz tengok. Tapi saya tak boleh lah tengok lama-lama sebab nanti orang sebelah
saya ni marah. Haha.”
Terus Imran bangun dan
mendekati katil Aimi. Faiz yang mendengar terus mengulum senyum. Ada-ada saja
la doktor Imran ni.
“ Nak marah kenapa pula
doktor?” Emelda masih blur. Dia pandang Faiz inginkan jawapan. Tapi Faiz hanya
tersengih.
“ Yala. Dia kan buah
hati awak.” Usik Imran lantas melangkah ke arah pintu. Nak keluar ambil angin
kejap.
Emelda yang mendengar
perkataan buah hati terus tunduk malu. Mukanya dah merah menahan malu. Imran
yang bersedia nak keluar menoleh sekilas ke arah Faiz. Bila Faiz melihatnya,
cepat-cepat Imran mengenyit mata dengan sengihan. Good luck Faiz! Faiz yang
faham maksud Imran terus tersenyum. Tanpa berlengah, Imran pantas keluar
daripada situ.
Faiz kembali memandang
Emelda yang setia tunduk daripada tadi. Tercetus senyuman kecil daripada
mulutnya. Emelda sekarang sangat comel. Alahai.
“ Aku ada satu
permintaan ni.” Suara Faiz tiba-tiba.
Emelda terus mendongak
ke arah Faiz. Permintaan apa?
“ Lepas ni jangan
ber’aku-kau’. Tapi panggil aku dengan panggilan saya. Aku pula panggil kau
dengan panggilan awak. boleh?”
Permintaan Faiz yang
baru disebut tadi ternyata membuatkan Emelda terus tersenyum. Memang itu yang
dia inginkan selama ini. Tapi dia tak berani nak menyuarakan hasratnya sebab
dah lama mereka jadi kawan. Akhirnya Emelda hanya mengangguk.
“ So, try la panggil
saya.”
“ Erk..apa yang awak
bincangkan dengan doktor Imran tadi.”
Emelda terus pandang ke
arah lain bila selesai berkata. Dia rasa malu. Faiz yang mendengar terus
menarik senyuman panjang.
“ Bincang fasal Aimi.
You know what? He loves Aimi very much.” Maklum Faiz.
“ Yes. I know that.
Saya pun rasa Aimi sayangkan dia.”
Diam seketika. Tapi
tidak lama bila mereka terdengar suara Aimi. Emelda dan Faiz saling
berpandangan sebelum bangun dan mendekati Aimi.
“ Aimi? Kau dengar tak?
Aku ni Mel.” Panggil Emelda.
Faiz melihat jari-jari
Aimi yang mula memberikan tindak balas.
“ jari dia bergerak la
Mel. Saya pergi panggilkan doktor dulu.”
Tanpa berlengah, Faiz
terus keluar daripada situ untuk memanggil doktor. Emelda yang melihat mengucap
syukur dalam hati. Terus dia tersenyum lega.
“ Aimi. Buka mata tu
Aimi. Aku ni Mel.”
Mata itu dibuka dengan
perlahan-lahan. Bila dia ternampak wajah Emelda, terus dia menarik senyum
walaupun hambar. Tangannya terus mencapai tangan Emelda. Emelda membalas
genggaman Aimi dengan anggukan.
“ Ya. Aku Mel.
Alhamdulillah. Kau sedar juga. Risau aku tau tak?”
Emelda dah mula rasa
sebak. Air matanya dah mula bergenang. Tapi dia takkan menitiskan air mata di
hadapan Aimi.
“ Ma..maaf.” Ucap Aimi
dengan perlahan.
“ Tak apa. Yang penting
kau dah sedar. Bukan aku je risau. Orang lain pun sama. Terutama doktor
kesayangan kau tu.”
Aimi terdiam. Imran.
“ Dia jaga kau selama
tiga hari ni dengan baik sekali. Tiga hari kau tak sedar tau?”
Aimi tersentak lagi. 3
hari? Lamanya.
“ Alhamdulillah. Hari
ni kau sedar juga.”
“ Ma..maaf. Maybe aku
rasa penat sangat.”
Tiba-tiba pintu dikuak
dari luar. Muncul Imran bersama Faiz. Wajah mereka berdua penuh rasa cemas
bercampur bahagia kerana Aimi dah sedar.
“ Aimi! Ya Allah! Aimi!
Alhamdulillah. Awak dah sedar.”
Aimi yang melihat
reaksi Imran yang gelisah itu terus tersenyum kecil. kepalanya dianggukkan
sedikit. Faiz dan Emelda yang melihat pun turut tersenyum. Imran risau kalah
kawan-kawan dia ni ha.
“ Awak tau tak? Saya
rasa macam nyawa saya nak melayang tengok awak pengsan hari tu.” Sambung Imran
lagi.
Aimi hanya mendengar.
Ternyata dia amat merindui lelaki yang berada di depannya saat ini.
“ Ma..maaf.”
“ Tak apa. awak tak
salah.”
Aimi mengerling sekilas
ke arah Faiz kemudian dia menoleh ke arah lain. Dia mencari mak dia. tapi
tiada.
“ Ma..mana mak saya?”
“ Mak awak ada dekat
rumah. Kejap lagi dia datang. Awak jangan risau ye.”
Aimi mengangguk
perlahan. Teringat pula tentang ayah dia.
“ Ayah?”
Kali ni mereka berdua
terus terkedu. Tiada jawapan untuk itu. Takkan Aimi dah lupa? Masing-masing
terkelu lidah untuk menjawab persoalan itu.
Aimi yang melihat
kebisuan mereka terus menoleh ke arah lain. Tiba-tiba dia teringat kata-kata
Maznah sebelum dia pengsan hari tu. Air matanya terus bergenang.
“ A..ayah saya dah tak
ada.” Lirih suara Aimi.
Imran yang mendengar
rasa sayu. Ingin sekali dia mendakap tubuh itu. Tapi tak mungkinlah kan?
Akhirnya dia hanya mampu melihat dengan perasaan sebak.
“ Semua ni salah saya.
Saya yang menyebabkan ayah saya meninggal. Kalau saya tak menyusahkan ayah
saya. Mesti ayah saya tak pergi.”
Kali ni air matanya
terus mengalir. Dia menoleh ke arah Imran semula.
“ Tak. Bukan salah
awak. Awak jangan salahkan diri awak.” Lembut Imran membalas. Dia tak nak emosi
Aimi menjadi lebih teruk. Takut Aimi akan hilang kawalan.
“ Salah saya! Semua
salah saya!”
Tiba-tiba Aimi
bertindak agresif. Dia terus bangun dan menarik jarum yang berada pada tangan
kirinya. Dahinya berkerut menahan sakit. Tapi hanya sekejap bila dia terus
menurunkan kakinya sehingga menjejak lantai.
“ Aimi! Awak nak ke
mana?” Soal Imran kalut. Emelda yang setia berada di belakang mereka terus
menerpa ke arah Aimi. Dia menghalang Aimi turun daripada katil.
“ Aku nak pergi! Jangan
halang aku! Aku nak pergi jumpa ayah aku!” Aimi semakin membentak. Emelda yang
memaut tubuh Aimi daripada pergi pun dah jadi tak berdaya. Bentakan Aimi
semakin kuat.
“ Aimi! Hey! Rileks
Aimi.” Imran cuba menenangkan Aimi. Tapi malangnya bila Aimi berjaya terlepas
daripada Emelda. Kini dia berdiri tepat di depan Imran. Matanya dah menahan
rasa sakit dan sedih.
“ Tepi! Jangan halang
saya!”
Aimi terus menolak
tubuh Imran ke tepi. Tapi apalah daya dia sebagai seorang perempuan.
“ Aimi!”
Jerkahan Imran itu
mengejutkan Faiz dan Emelda terutamanya Aimi. Aimi yang berusaha menolak Imran
tadi terus terkaku pada tempatnya. Dia sangat terkejut. Melihatkan wajah tegang
Imran itu membuatkan dia terus tunduk memandang lantai.
Imran meraup wajahnya
perlahan. Calm down Imran! Calm down!
“ Kenapa awak jadi
macam ni?” Nada Imran sudah rendah. Aimi masih tunduk.
“ Awak kena terima
hakikat Aimi. Yang pergi tetap akan pergi. Apa yang berlaku ada hikmahnya Aimi.
Bukan salah awak dan awak tak perlu salahkan diri awak. Sebab ayah awak tak
pernah salahkan awak.” Sambung Imran sambil merenung wajah Aimi yang sugul itu.
“ Tapi..”
Aimi terus jatuh
terduduk. Saat itu juga dia menghamburkan tangis. Dia tak kuat sebenarnya. Dia
dah kehilangan orang yang dia sayang. Mana mungkin dia mampu jadi sekuat yang
orang lain inginkan?
Imran yang melihat Aimi
sudah menangis itu turut duduk melutut di depan Aimi. Senyuman hambar ditarik.
“ Awak kena kuat Aimi.
Awak kena banyak bersabar. Awak perlu banyak berdoa. Percayalah yang ayah awak
tak pernah salahkan awak atas kematian dia.” pujuk Imran lagi.
Emelda yang hanya
melihat tadi terus duduk dan memaut lembut bahu Aimi. Dia ingin memberikan
kekuatan kepada Aimi. Dia tahu Aimi amat perlukan sokongan sekarang ni.
“ Aimi. Stop salahkan
diri kau. Kau langsung tak bersalah.” Suara Emelda pula.
Aimi terus memeluk
Emelda. Dia tak kuat. Dia nak ayah!
“ Mel. Awak tenangkan
lah dia. Saya keluar dulu.”
Imran bangun dengan
senyuman tawar. Saat dia menoleh ke belakang, dia dapat lihat wajah muram Faiz.
Faiz terdiam tapi terus menganggukkan kepalanya. Mereka berdua terus keluar
daripada situ. Ingin memberi ruang kepada Aimi.
Aimi menyeka air
matanya saat dia berjaya mengawal perasaannya. Dia meleraikan pelukan dan
mendongak melihat Emelda. Emelda terus tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.
Belakang Aimi diusap perlahan.
“ Dah. Kau jangan
nangis lagi. Kau kan kuat? Kalau mak kau tengok pun mesti mak kau tak suka. Dia
lagi sedih.” Emelda masih cuba memujuk.
Aimi hanya mendiamkan
diri.
“ Mel.”
“ Ya?”
“ Bawa aku ke kubur
ayah aku. Boleh?”
Dan Emelda terus
terkedu. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya.
“ Boleh.”
**
“ Doktor.”
Imran yang sedari tadi
asyik tunduk mengenangkan Aimi terus mendongak melihat Faiz yang tersandar pada
dinding itu.
“ Kenapa?”
“ Apa kata doktor lamar
dia.”
“ Ha?”
Faiz yang kelihatan
tenang itu direnung. Lamar?
“ Ya. Doktor sayang
dia. Dia pun sama. Tak salah kan kalau doktor dengan dia disatukan?” Faiz
memberikan cadangan.
Imran terdiam. Pada
masa yang sama dia tak sangka Faiz boleh memberikan idea sebegitu.
“ Saya tak sanggup
tengok Aimi terus bersedih macam tu. Dia perlukan sokongan dan kasih sayang.
Dia bukanlah sekuat yang kita sangkakan.” Sambung Faiz lagi lalu menarik
senyuman nipis.
Imran mengerling pintu
bilik rawatan Aimi. Ya. Aimi bukanlah sekuat yang kita sangkakan. Dia lebih
banyak memendam.
“ Sebab tu saya
sarankan doktor kahwin dengan dia.” Kali ni Faiz terus memandang Imran dengan
wajah yang tenang. Walaupun tiada senyuman tapi riak Faiz cukup menjelaskan
yang dia sememangnya serius apa yang dia katakan sebentar tadi.
“ Dia mesti akan tolak
Faiz. Dia baru 18 tahun. Saya? Saya dah 24 tahun Faiz.” Imran tergeleng
seketika sambil menarik senyuman kecil.
“ 18 bukan 17 tahun.
Lagipun umur sebaya kami memang dah boleh kahwin.”
Imran melihat Faiz
dengan riak tidak percaya. Faiz dah tersengih panjang.
“ Faiz?”
Faiz tergelak besar
bila melihat reaksi Imran yang tidak percaya itu. Kepalanya digaru perlahan.
“ Kalau saya dah mampu
doktor. Memang saya dah lamar Mel tu jadi isteri saya. Tapi saya baru lepas
SPM. Result pun tak keluar lagi. Haha.”
Imran pula tertawa
kecil.
“ Tak apa. Kalau dah
niat tu baik. InsyaAllah akan dipermudahkan.’
“ Jadi doktor.
Pertimbangkanlah idea saya tu.”
Faiz tersengih lantas
melangkah ke arah Imran. Bahu Imran ditepuk perlahan. Imran yang menerima
tepukan itu hanya tersenyum.
Tiba-tiba pintu bilik
rawatan Aimi dikuak. Serentak mereka berdua menoleh ke arah pintu tersebut.
Keluarlah Emelda dengan senyuman kecil. selepas menutup pintu kembali, Emelda
mendekati Faiz dan Imran.
“ Doktor. Dia nak
ziarah kubur arwah ayah dia.” Maklum Emelda dengan senyuman kecil.
Imran dan Faiz saling
berpandangan sebelum menoleh semula ke arah Emelda.
“ Serius ke ni Mel?”
Soal Imran inginkan kepastian.
“ Ya. Dia sendiri yang
cakap macam tu. Rasanya dia dah boleh terima hakikat.”
Faiz menarik nafas
lega. Baguslah kalau macam tu.
“ Kalau macam tu petang
ni kita bawa dia pergi. Saya pergi uruskan prosedur keluar hospital dulu.”
Tanpa berlengah, pantas
Imran melangkah meninggalkan mereka berdua. Hatinya rasa lega bila Aimi dah
terima hakikat. Moga Aimi akan terus jadi kuat.
Faiz dan Emelda turut
tersenyum melihat kesungguhan Imran itu. Sekilas Emelda mengerling ke arah Faiz
yang tengah tersenyum itu.
“ Awak bincang apa tadi
dengan Imran?” Soal Emelda ingin tahu. Dia terus melabuhkan punggung pada
kerusi kosong di belakangnya itu.
Faiz tidak menjawab
terlebih dahulu. Dia turut duduk di sebelah Emelda.
“ Awak rasa?”
Emelda merengus geram.
Orang tanya dia. Dia tanya kita balik. Faiz yang mendengar rengusan Emelda itu
terus tergelak. Dia terus menoleh ke arah Emelda yang memasamkan muka itu.
“ Alolo. Marah pula
dia.”
Emelda mencebik. Nak
pujuk la tu.
“ Okay. Saya nak
beritahu la ni.” Faiz menarik sengihan. Emelda masih tidak menoleh ke arah dia.
Hanya dia setia memandang Emelda.
“ Saya suruh doktor
Imran melamar Aimi.”
Kali ni Emelda terus
menoleh ke arah Faiz gara-gara terkejut.
“ What? Seriously?”
Faiz mengangguk dengan
senyuman. Wajah teruja Emelda itu membuatkan dia geli hati.
“ Habis doktor setuju
ke?”
“ Entahlah. Maybe
sedang fikirkan lagi kot. Yela Aimi baru 18 tahun.”
“ Tak salah pun.
Lagipun doktor Imran lebih daripada mampu.”
Faiz mengangguk sekali
lagi.
“ Saya harap doktor
Imran setuju la melamar Aimi. Saya nak tengok Aimi bahagia.”
Emelda kembali merenung
ke hadapan. Dia dapat membayangkan hidup Aimi di sisi doktor Imran itu. Faiz
tersenyum melihat reaksi Emelda. Dia terus merenung Emelda dengan rasa senang
hati.
“ Kalau saya yang lamar
awak?” Tercetus soalan itu daripada mulut Faiz.
Emelda yang mendengar
terus mengerutkan dahinya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Faiz yang setia
merenungnya itu. Hatinya terus berdegup kencang saat mendapat renungan itu.
“ Ma..maksud awak?”
Gugup Emelda jadinya.
“ Saya nak lamar awak
jadi suri hati saya. Awak terima tak?”
Emelda terkedu.
Lidahnya kelu untuk menjawab soalan itu. Terus dia menoleh ke arah lain.
“ La..lambat lagi la
awak. Ki..kita masih muda.”
Faiz tersenyum kecil.
suka tengok Emelda gelabah macam tu.
“ Saya gurau je la.
Saya pun still tak mampu nak lamar awak.”
Faiz terus menyandarkan
kepalanya pada dinding. Matanya merenung siling dengan senyuman panjang.
“ Awak ni!”
Emelda terus tampar
lengan Faiz gara-gara geram yang amat. Faiz yang menerima tamparan itu terus
tergelak. Kelakar tengok reaksi Emelda itu.
“ Tapi satu hari nanti
saya akan tunaikan janji saya tu.”
“ Make sure you will do
that Muhammad Faiz.”
“ I will Nur Emelda.”
No comments :
Post a Comment