“ Abang!”
Aimi menapak ke arah
Imran dan Faiz yang sedang berbual dengan seseorang itu. Aimi mula rasa tak
sedap hati. Dan kenapa macam akan ada sesuatu yang akan terjadi? Melihatkan
wajah Faiz dan Imran yang macam terkedu tu. Dia pasti ada sesuatu yang
dirahsiakan daripada mereka.
Dia sengaja keluar nak
cari Imran sebab kata Emelda mereka keluar ambil angin. Tapi ambil angin apa
sampai belakang bangunan ni? Dia jadi syak wasangka.
“ Erk.. Aimi. Buat apa
kat sini?” Dengan perasaan kalut Imran menyoal. Faiz di sebelahnya dah mula
menayangkan sengih bagi menutup rasa gugup. Manakala Firhan di depannya dah
menarik nafas dalam. Bersedia untuk terima sebarang kemungkinan yang akan berlaku
pada dirinya kejap lagi.
“ Aimi cari abang la.
Abang pula buat apa dekat sini dengan Faiz?”
Sempat Aimi mengerling
ke arah seorang lelaki yang membelakanginya saat itu. Dalam hati terdetik ingin
tahu siapa lelaki itu. Tapi lelaki itu tidak menoleh langsung ke arahnya. Imran
yang menyedari jelingan Aimi itu pantas mendekati Aimi. Dia juga sempat
memberikan isyarat kepada Faiz agar berlalu daripada situ. Biarkan Firhan
bersendirian. Itu lebih selamat.
“ Saja ambil angin. Jom
kita masuk. Kesian Mel kat dalam sorang-sorang.” Ajak Imran lantas menarik
lembut lengan Aimi agar mengikuti langkahnya.
Aimi pun tanpa bersyak
apa-apa hanya mengikut. Tapi masih juga dia menoleh ke belakang. Maybe perasaan
aku je kot. Usai saja Aimi dan Imran berlalu, barulah Faiz dan Firhan mampu
menarik nafas lega.
“ Nasib kau tak toleh
belakang. Kalau tidak haru kita bertiga.” Ujar Faiz menyatakan rasa gelisahnya
itu.
“ Aku pun terkejut
juga. By the way.. aku tak sempat nak tengok muka dia tadi. Comel tak?” Sempat
lagi Firhan mengusik siap dengan sengihan lagi.
Faiz yang mendengar dah
menjeling semacam.
“ Amboi? Ada hati ke?
Sorry lah tapi dia hak milik orang.”
“ Nak tahu je la.”
“ Comel juga sampai
dulu aku pernah simpan hati dekat dia. Haha. Tapi itu dulu lah.”
Firhan yang mendengar
dah tersengih.
“ Sekarang?”
Faiz tersenyum lantas
mula melangkah bersama Firhan.
“ Sekarang aku dah ada
orang yang paling bermakna dalam hidup aku. Dia lah cinta sejati aku. Acewah.”
Tercetus terus ketawa
daripada mereka berdua. Macam-macam.
“ Bro. Thanks sebab
sudi tolong kami. Hope lepas ni kau boleh bersedia kalau berdepan situasi macam
tadi.” Pesan Faiz.
“ No hal. Kau boleh
percayakan aku. okaylah. Aku gerak dulu. Sebenarnya bakal tunang aku tengah
tunggu dalam kereta.”
Okay. Kenyataan itu jelas
mengejutkan Faiz sampai bulat mata dia tengok Firhan. Firhan yang melihat
reaksi Faiz terus tersengih. Dah agak Faiz mesti terkejut.
“ Kau serius? Kenapa
kau tak cakap dari awal tadi? Boleh buat noh!”
Firhan ketawa lagi.
seronok tengok orang terkejut.
“ Ala. Baru bakal
tunang belum bakal isteri. Okaylah. Aku gerak dulu. assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Faiz hanya melihat
Firhan pergi dengan senyuman. Dalam hati tak percaya yang Firhan dah nak
bertunang. Dan tak percaya juga mereka boleh jadi rapat dalam jangka masa yang
pendek. Demi Aimi, mereka sanggup lakukan apa saja.
**
Semenjak lepas keluar
daripada KFC tadi sampailah dah nak sampai rumah ni. Aimi hanya membisu. Imran
di sebelah dah tak senang duduk melihat kebisuan Aimi. Dia risau kalau Aimi
terlalu fikirkan hal tadi. Seketika dia memicit kepalanya perlahan. Tak tahu
nak buat apa. dia tak boleh tengok kalau Aimi berdiam. Kalau berdiam selalunya
ada masalah. Dia kenal sangat dengan Aimi tu.
“ Sayang.”
Perlahan tangan kanan
Aimi dicapainya lantas digenggam erat. Aimi yang menyedari hal itu hanya
membiarkan. Tapi matanya tidak lepas memandang ke luar tingkap. Fikirannya
sekarang ni bercelaru. Fikirkan Razif. Fikirkan kejadian tadi dan fikirkan
hal-hal yang dia sendiri tiada jawapannya.
“ Kenapa ni? ada
masalah ke? Humm..” Lembut Imran menyoal. Sesekali dia menoleh ke arah Aimi.
Aimi hanya
menggelengkan kepalanya. Tidak mahu menyerabutkan kepala otaknya.
“ Tipu.”
Aimi tersenyum sipi.
Terus dia menoleh memandang Imran yang tengah memandu itu. Ditatapnya wajah
Imran dengan penuh kasih sayang. Serentak itu juga Imran menoleh memandang
Aimi. Seketika mereka saling berpandangan sebelum Imran kembali memandang ke
hadapan. Aimi juga terus menoleh ke arah lain. Dadanya dah berdebar laju.
Aiseyh! Nak curi-curi tengok last-last kantoi.
“ Kenapa ni sayang?”
Imran menyembunyikan senyum.
“ Tak ada.”
Aimi tersenyum senget.
Tak ada apa-apa la sangat kan? Hati! Berhenti berdebar boleh tak? Wuargh!
“ Sayang.”
“ hurmm..”
“ Nak pergi honeymoon
tak?”
Aimi tersentak. Terus
dia menoleh memandang Imran. Honeymoon?
“ Abang kan kerja. Buat
apa nak honeymoon?” Dengan polos Aimi menyoal.
Imran dah tertawa kecil
melihat reaksi Aimi. Sampai terjongket kening dia mengerling Aimi.
“ Buat apa? Haih.
Soalan? Mestilah nak berdua je dengan isteri abang ni. Lagipun….”
Sengaja Imran berjeda
sambil tersengih. Aimi yang sememangnya tak sabar nak dengar kata-kata
seterusnya itu setia menunggu. Berdebar pula jadinya.
“ Lagipun…”
Aimi menjeling geram.
Pantas dicubit lengan Imran. Geram! Imran yang menerima cubitan itu terus
ketawa.
“ Cepatlah! Jangan buat
saspen boleh?” Marah Aimi.
“ Okay-okay. Maksud
abang, kita boleh dapat anak sekali. Cukup pakej tu. Tu baru namanya
honeymoon.” Imran terus kerling Aimi dengan renungan romantisnya.
Aimi yang menerima
renungan itu pantas memandang ke hadapan. Dia mengulum senyum. Tak mahu Imran
sedar yang dia sedang tahan debaran dan senyum. Malu pun ada juga.
“ Aimi?”
“ Tengok depan! Kereta
banyak!” Arah Aimi dengan nada getarnya. Imran yang mendengar dah tersengih.
Suka tengok Aimi malu-malu.
“ Nanti kita pergi ye.”
Imran meleretkan suaranya.
Tapi Aimi hanya
mendiamkan diri. Cukuplah dia menggenggam erat tangan Imran sebagai jawapan.
Aimi ikut saja apa kata abang. Because you’re my love.
**
Suasana ketika
sangatlah sunyi. Hanya bertemankan bunyi cengkerik di luar dan angin bayu malam
yang boleh mendamaikan jiwa. Tapi, masih belum mampu buat hati seorang gadis
Aimi Aisya tenang. Fikirannya asyik fikirkan soal Razif. Dia tak tahu kenapa. Lately
ni dia selalu nampak someone yang mirip dengan Razif. Tapi bila dia cuba
mencari kelibat tu hilang.
Akhirnya, terhambur
juga keluhan daripada mulutnya. Matanya meliar sekeliling rumah. Hari dah
malam. Dan dah lewat sangat. Tapi dia tak dapat melelapkan matanya. Jadi, dia
memilih untuk setia berdiri dibalkoni bilik dengan melihat panorama malam yang
indah itu.
Tiba-tiba dia terasa
pinggangnya dirangkul. Serentak itu dia terus menoleh ke belakang. Kelihatan
Imran sedang tersenyum ke arahnya.
“ Apa yang sayang
berdiri kat sini? Kan sejuk. Nanti demam pula.” Bisik Imran lantas meletakkan
dagunya di atas bahu Aimi.
Aimi yang menerima
perlakuan itu hanya mendiamkan diri. Tapi hatinya dah mula bermain rentak. Yang
pasti dia tak suka. Malu!
“ Saja. Ambil angin.”
Balas Aimi perlahan. Matanya mendongak melihat langit. Banyak bintang malam ni.
cantik pula tu.
Imran yang ralit
memandang Aimi itu menguntum senyum. Melihatkan Aimi sangat ralit memandang
langit, dia turut berbuat demikian.
“ Sayang. Nanti sayang
nak sambung study dekat mana?”
Tiba-tiba Imran
menyoal. Dia mula memeluk Aimi daripada belakang. Tak puas rasanya bila tak
dapat peluk Aimi even sehari. Nanti jadi rindu.
“ Entahlah. Tak tahu
lagi dekat mana. Yang penting course tu.”
“ Abang tak kisah Aimi
nak belajar dekat mana pun. Ingat yang abang sentiasa sokong daripada
belakang.”
Aimi tersenyum menerima
kata-kata itu. Perlahan-lahan dia menyentuh tangan Imran yang setia memeluknya
itu. Dielus tangan itu dengan lembut. Dia rasa sangat-sangat bersyukur memiliki
lelaki ini sebagai suaminya.
“ Abang. Aimi tak tahu
apa akan jadi pada Aimi if abang tak ada. Aimi takut kalau Aimi tak mampu
berjuang seorang diri. Ayah dah tak ada. Mak pun dah duduk jauh. Dan kalau
abang pun pergi nanti, Aimi tak tahu. Aimi takut.”
Matanya mula
berkaca-kaca memandang ke langit. Even senyuman masih terukir, hatinya dah
menangis pilu. Dia bukanlah sekuat yang disangkakan. Dia juga lemah dan seperti
orang lain juga. Manusia biasa.
Imran yang mendengar
kata-kata itu pantas meleraikan pelukan. Terus dia memusingkan badan Aimi ke
arahnya. Perlahan juga dia menolak dagu Aimi agar memandang tepat ke matanya.
“ Sayang. No matter
what happen, you always in my heart. And I will make sure you always be my side
forever. I won’t leave you my dear. Not ever. Remember this. I love you. Really
really really love you Aimi Aisya.” Dengan penuh perasaan dan syahdu Imran
melafazkan kata-kata itu. Lembut dia merenung ke mata Aimi.
Aimi terus tunduk. Air
matanya dah mengalir ke pipi. Dia mengetap bibir kuat. Dia tak mahu menangis
lagi.
“ Abang takkan biarkan
sayang keseorangan. Ingat. If abang tak ada pun Allah ada sayang. You’re not be
alone. I’m promise!”
Imran kembali merangkul
pinggang Aimi sehingga membuatkan Aimi kembali mendongak melihat ke arahnya.
Mata itu sudah merah kerana menangis. Imran yang melihat pantas menyeka air
mata itu. Dia menggelengkan kepalanya dengan perlahan.
“ And please. Don’t
cry. I hate when you cry. Abang tak suka bila tengok Aimi nangis. Abang rasa
separuh jiwa abang pergi bila tengok Aimi nangis.” Imran cuba memujuk.
Aimi menarik senyum.
Air matanya dah kering.
“ Aimi cuba abang.
Thanks abang. Abang adalah segala-galanya dalam hidup Aimi kini. Terima kasih
sangat-sangat abang.”
Tubuh Imran terus
dipeluknya erat. Dan Imran mengeratkan lagi pelukan itu dengan kemas. Ubun-ubun
Aimi dikucupnya perlahan. Masing-masing terus tersenyum. InsyaAllah. Sampai ke
Jannah jodoh kita Aimi Aisya.
“ I love you.
Seriously.”
“ I love you to abang.”
No comments :
Post a Comment