Hai. Muncul lagi dengan cerpen baru. Untung la sebab cuti tu yang ada cerpen baru. Bila aku mula kerja balik cerpen baru mungkin lambat nak ada. Haha. By the way... Cerpen ni aku buat atas permintaan seorang akak. Dan yes. Kisah benar seorang akak ni. Akak. Saya dah cuba buat yang terbaik. Dan terima kasih sebab percayakan saya. Hehe. So.. sesiapa yg rasa teringin nak kisah dia jadi cerpen.. boleh je suruh aku buat. Haha. Tapi best ke tidak tu I dont know la. Okay tak nak bebel panjang. Jemput baca. kihkih.
Jodoh itu milik Allah. Ya betul. Sebab Allah tahu semuanya
mengenai kita. Bila dan apa akan berlaku seterusnya. Begitu juga dengan aku.
Tak sangka, umur aku yang baru mencecah 19 tahun dan masih belajar ni sudah
menjadi isteri orang. Bersuamikan lelaki yang mudah setahun pula tu.
Semuanya bermula apabila aku tersilap nombor. Aku nak
telefon jiran aku. Tapi tercall orang lain. Melalui itu la kami kenal.
Perkenalan kami hanya pendek saja. Kami just ambil masa 3 bulan kenal dan lepas
tu dia terus datang dengan rombongan meminang.
Siapa tak terkejut kan? Kahwin pada umur yang muda. Aku lagi
terkejut. Haha. Tapi alhamdulillah. Yang penting restu orang tua. Aku bahagia
hidup dengan dia. Dan kini, kami dikurniakan cahaya mata lelaki.
Tapi kebahagiaan itu Cuma seketika. Cuma mampu bertahan 2
tahun. Tidak lama bila aku dapat tahu dia ada orang ketiga. Hati perempuan mana
tak sedih bila dapat tahu orang yang dia sayang ada orang lain. Suami dia pula
tu. Cuba cakap? Tambahan pula kami sudah mempunyai seorang anak lelaki.
Dan kini, aku tengah tunggu dia pulang untuk jelaskan
segala-galanya. Aku dapat tahu pun daripada kawan dia. Tapi aku masih tak
percaya ,sampailah aku nampak dengan kepala mata aku sendiri yang dia ada
orang lain. Ada bukti lagi. Aku cuba kuatkan hati. Demi anak aku.
“ Assalamualaikum.”
Dia dah balik. Aku cuba maniskan muka. Senyuman ditarik
walaupun nampak hambar.
“ Waalaikumussalam.”
Aku salam tangan dia lalu mengekori dia sampai ke sofa. Dia
duduk melepaskan lelah. Manakala aku pula duduk sambil memangku putera aku. Aku
cuba mengambil nafas. Aku nak selesaikan malam ni juga. Aku tak nak tangguh or
aku akan terluka lebih teruk.
“ Abang. Saya nak cakap sikit.”
Aku kerling dia yang sedang memicit kepala itu.
“ Boleh beri abang berehat sekejap tak?”
Walaupun kedengaran agak perlahan tapi aku tahu dia sedang
menahan kesabaran.
“ Lia tak nak tunggu lebih lama lagi. Lia nak selesaikan
malam ni juga.” Tegasku lalu memandang tajam ke arahnya.
Dia yang elok tengah picit dahinya tadi terus membuka
matanya dan memandang ke arah ku. Wajahnya yang tertanya-tanya membuatkan aku
tersenyum sinis.
“ Kenapa ni Lia? Ada masalah ke?”
“ Bukan Lia tapi abang. Abang ada sembunyikan sesuatu
daripada Lia ke?”
Dia terdiam. Tapi dia masih memandangku. Aku pula terus
toleh ke arah lain. Sambil itu aku mengelus lembut rambut putera aku itu. Itu
saja sumber kekuatan aku kini.
“ Lia nak abang mengaku.”
“ mengaku apa?”
“ Mengaku yang abang ada perempuan lain!”
Aku pandang dia dengan hati yang bara. Dia kelihatan
terkejut dengan kata-kata aku sebentar tadi. Belum sempat aku nak sambung lagi,
tiba-tiba puteraku menangis. Maybe dia terkejut.
“ Rasanya Razman nak tidur. Lia pergi tidurkan dia dulu.
nanti Lia turun.”
Baru saja aku nak bangun. Razman terlebih dahulu diambil
dia.
“ biar abang dodoikan dia. nanti abang turun. Abang pun nak
selesaikan malam ni juga.”
Dengar saja kenyataan dia tu. ternyata betullah dia memang
ada perempuan lain. Tapi semenjak bila agaknya? Air mataku terus mengalir ke
pipi. Ya Allah. Adakah dia bukan jodoh ku yang sebenar? Kenapa hal ini harus
terjadi? Ujian ni berat Ya Allah.
Hampir setengah jam menunggu. Akhirnya dia turun ke bawah.
Tapi kali ni pakaian dia lebih santai. Maybe dia pergi bersihkan diri dulu baru
turun. Dan kini dia duduk betul-betul berhadapan dengan aku.
“ Jadi.. betullah…”
Tanganku dicapai sebelum sempat aku habiskan kata-kata aku.
Aku terus pandang dia dengan renungan terluka.
“ Maafkan abang. Abang tahu abang salah. Ya. Abang memang
ada perempuan lain. Tapi abang tetap sayangkan family ni. Abang sayangkan Lia.”
Terus aku tarik tangan aku daripada genggamannya. Tersenyum
sinis aku dibuatnya setelah dengar perkataan sayang tu.
“ Sayang? Ada makna lagi ke perkataan sayang tu? kalau betul
sayang abang takkan pasang lain.”
Dia meraup wajahnya perlahan. Dia kelihatan kesal dengan apa
yang berlaku.
“ Maafkan Lia. Tapi Lia tak boleh terima semua ni. Abang
ingat hati Lia ni barang mainan ke? Hati Lia ni bukan untuk dipermainkan tahu
tak? Kalau betul abang sayang Lia abang tak patut buat macam ni. Anak kita.
Kesian dia bang.”
Dia membuat anggukan kecil lantas bangun dan duduk di sisi
aku pula.
“ Ya. Abang tahu. Abang salah. Maafkan abang.”
Aku menggeleng kecil. Dia ingat ini kesalahan kecil ke? Ini
melibatkan perasaan tau tak?
“ Boleh. Tapi dengan satu syarat.”
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum toleh memandang dia.
Dengan kekuatan yang masih berbisa, aku mengungkap perkataan yang paling
dibenci oleh semua perempuan dan Allah.
“ Ceraikan Lia.”
Serentak itu air mataku mengalir laju ke pipi. Dengan pantas juga aku bangun dan
membelakangi dia.
“ tapi Lia..”
“ Ceraikan Lia atau Lia akan pergi minta pada mahkamah
sendiri. Abang pilih lah.”
Terus aku berlalu naik ke atas. Ya Allah. Sesungguhnya Kau
lebih tahu segala-galanya. Kuatkan hati aku Ya Allah. Itu saja yang aku pinta
kini. Andai dia bukan jodohku yang sebenar, aku redha.
**
3 tahun kemudian…
Aku tergaru-garu kepalaku yang tidak gatal itu. Seketika aku
memerhati sekeliling. Dah puas perhati, aku tatap pula jam tangan aku. Dah puas
tatap aku tengok pula skrin telefon bimbit aku. tapi still tak ada.
Aku merengus geram. Tadi kata suruh tunggu dekat sini pukul
2 petang. Sekarang dah 2.30. Ish minah ni. Sengaja nak buat aku marah ka apa?
Aku nak ambil anak aku lagi kejap lagi. Nak kena pergi sekolah mak aku lagi
nanti. Kang lewat siapa yang susah? Haish.
“ Adelia!”
Aku pantas menoleh ke belakang saat mendengar namaku
dipanggil. Akhirnya, orang yang ditunggu muncul juga. Aku tengok dia kecik
besar kecik besar je sekarang ni. Yang dia tahu sengih kerang busuk dia ja.
Tahu salah sendiri la tu.
“ Sorry. Terlepas bas tadi. Ni pun abang aku tolong hantar.
Sorry sangat beb.”
Aku kerling jam tanganku sekian kalinya.
“ Jomlah masuk. Nanti aku kena pergi jumpa mak aku pula.”
Terus kami berdua masuk ke dalam kedai buku Hasani itu. Tujuannya
nak teman minah ni beli buku kahwin je pun. Nak beli tu pun nak berteman
segala. Hadui. Sabar je la dengan minah ni. Nasib kawan aku.
“ Kau carilah. Aku nak ke rak novel dulu.”
“ Okay.”
Sebaik sahaja aku ke rak buku novel. Aku perasan ada seorang
pemuda sedang memilih novel juga. Tapi matanya asyik tengok skrin telefon.
Tangannya yang sebelah lagi dah pegang sebuah novel. Nak beli ke tak tu?
“ Yang ni ke?”
Aku yang tengah baca sinopsis novel ni terdengar pula dia
kata apa tadi. Tak tahu nak pilih ke macam mana?
“ Maaf cik.”
Aku tersentak. Dia perasan aku ke? Dengan perlahan-lahan aku
menoleh ke arahnya. Aku menjongket kening tanda kenapa. Tapi kenapa reaksi dia
macam terkejut?
“ Helo?” Aku pula yang sergah dia. Yala. Dia diam je dari
tadi.
“ Oh. Sorry.”
Belum sempat aku nak tanya apa-apa dia terus pergi. Macam tu
je? Dah kenapa dengan mamat tu? Biarlah. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.
Tengok je nama dekat skrin aku dah mula tengok jam.
“ Helo mak.”
“ Mana kamu? Tak sampai lagi ke?”
Aku tersengih walaupun mak tak nampak.
“ Kejap lagi orang sampai. Okay mak? Bye. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Tanpa berlengah, aku pantas mencari kelibat minah tu. Menghilang
ke mana pula dia? Aku lajukan langkah ke arah rak buku agama. Ha. Tu pun dia.
“ Beb. mak aku dah call. Rasanya aku tak boleh teman kau
lebih lama kat sini. Nanti bising pula mak aku. aku pergi dulu erk.”
Dia nampak kecewa tapi tersenyum akhirnya.
“ Yela. Hati-hati tau.”
“ Okay boss. Bye.”
**
Terkocoh-kocoh aku berlari masuk ke dalam kawasan sekolah
bila sedar diri dah lewat. Kereta dah la letak dekat luar. Senang. Malas nak
berurusan dengan pak guard sini. Bila dah sampai depan pejabat sekolah, aku
terus masuk ke dalam. Mak kata tadi mak ada dalam pejabat. Maybe sini la.
Aku masuk-masuk je. Terpampang wajah mak yang sedang
bergelak tawa dengan seseorang itu. Aku menghembus nafas lega. Mujur jumpa
juga. Kalau tak haru juga nak cari kat tempat lain.
“ Mak.” Tegurku bila mak dan lelaki yang sedang membelakangi
aku tu tiada tanda untuk berhenti.
“ Ha Lia. Sampai pun kamu. Ni mak nak kenalkan kamu dengan
anak angkat mak.”
Aku menanti lelaki itu menoleh ke belakang. Masa ini jugalah
mak nak kenalkan aku dengan seseorang pun. Tapi saat mata dia dan kami
bertembung. Masing-masing terkejut besar terutama aku. Tapi dia nampak lebih
tenang daripada tadi. Agaknya dia dah tahu kot siapa aku dekat kedai buku tadi.
“ Hai.” Sapanya dengan senyuman lebar.
Aku hanya mengangguk menerima sapaannya.
“ Mak ada beli buku dengan dia tadi. Dia jual buku. Kamu
berdua berbuallah la dulu. Mak nak jumpa orang kejap. Lia nanti tunggu mak
dekat kantin sekolah.”
Usai saja mak berlalu, aku terus menoleh ke arahnya. Dia
keluarkan beberapa buah buku dan hulurkan kepadaku. Aku menyambut dengan hati
yang berat. Aku tak ada hati nak beli buku. Tapi tengok tajuk buku macam
menarik.
“ Awak. Awak kenal Rasullullah tak?”
Tiba-tiba dia menyoal. Aku yang mendengar pertanyaan dia tu
rasa macam nak tumbuk muka dia je. Apa jenis soalan ni? Cara dia tanya macam
aku tak kenal siapa Rasul tu. Dengan rasa geram aku jawab dia balik.
“ Eh. Awak boleh tak tanya soalan yang elok-elok sikit? Nak
bagi laku pun carilah idea yang bernas sikit. Macam tak ada soalan lain dah.
Hanya orang yang tak kenal agama Islam je tanya macam tu.” Balasku dengan
sedikit kasar. Tapi masih rendahkan suara sebab duduk dalam pejabat kan?
Tiba-tiba dia ketawa. Aku yang tengok jadi pelik. Aku terus
letak buku tadi di tapak tangan dia. Malas nak layan.
“ Awak ni garang la. Takut saya.”
Aku tersenyum sinis. Malas nak berbalah, aku terus keluar
daripada situ.
“ Kalau dah takut jangan datang dekat. Pergi jauh-jauh.”
Aku terus membawa kakiku ke arah kantin sekolah. Seketika
aku menoleh saat perasan ada seseorang sedang ikut belakang aku. Ternyata
lelaki tadi dan seorang lagi lelaki. Maybe kawan dia kot.
Aku terus berjalan tanpa menghiraukan mereka. Sampai saja di
kantin, aku terus ambil tempat. Belum sempat aku nak lepaskan lelah, kawan
lelaki tadi datang dekat dan cakap sesuatu dekat aku.
“ Awak. Kawan saya nak kenal dengan awak.”
Aku tengok dia dengan renungan kosong. Aku hanya buat
selamba dan terus pura-pura tengok skrin telefon. Nak makan tapi tak lapar
lagi.
“ Kawan saya tu baik. Dia ikhlas nak kenal awak.”
Aku buat acuh tak acuh dengan kata-kata dia. Bila aku buat
bodoh, dia terus pergi. Dalam hati sudah ketawa besar. Padan muka. Kacau aku
lagi. Ingat aku nak sangat ke? No la! Dia tak tahu lagi aku ni janda anak
seorang. Kalau tahu aku rasa dia akan lari. Hurmm.
“ Awak.”
Aku baru rasa nak bernafas. Dia sendiri datang pula. Tadi
kawan dia. Aku tengok dia dengan pandangan kosong. Nak apa lagi?
“ Saya nak pinjam handpone boleh? Handpone saya hilang. Saya
nak telefon pejabat saya.” Pintanya dengan wajah yang serba salah. Serba salah
la sangat sedangkan? Ingat aku tak tahu kot dia sengaja nak pinjam handpone aku
sebab nak ambil nombor aku. Ceh!
“ Tak payah guna taktik tu la. Saya dah tau apa yang awak
nak.” Balasku dengan senyuman sinis.
Belum sempat dia nak bersuara, mak aku datang. Dia duduk di
depan aku. Siap dengan senyuman dia mengajak lelaki tadi duduk makan bersama.
Aku tengok mak dengan renungan tak percaya. Mak! Agak la nak ajak dia ni?!
“ Tak apalah makcik. Ada orang yang tak sudi nak makan
dengan saya.” Balasnya dengan selamba.
Aku menggigit bibir. Sedar pun. Tapi ingatkan dia nak
beralah dan pergi. Ternyata ada lagi.
“ Tapi makcik. Boleh tak saya nak minta nombor anak makcik
ni. Niat saya ikhlas nak kenal dengan dia. Saya tak ada niat jahat pun. Saya
dah minta tapi dia tak nak bagi.” Ujarnya separuh merayu dengan muka kesiannya
lagi. alahai. Memang mak aku termakan la pujukan dia.
“ Lia. Kenapa tak bagi? Tak apa. Makcik boleh tolong.”
Aku menjerit dalam hati. Mak! Tidak! Aku tengok muka dia
yang happy selepas dapat nombor aku tu. Bila pandangan kami bertembung, dia
hantar jelingan puas hati. Aku pula merana dekat sini. Tak guna punya laki!
Ish! Benci!
“ Saya pergi dulu ye makcik.”
“ Yelah.”
Sabar Lia. Sabar.
**
Malamnya, sedang aku dodoi Razman bagi lena. Tiba-tiba
telefon bimbitku berbunyi. Tak mahu Razman terjaga. Aku pantas jawab panggilan
tersebut. Dah la nombor yang tidak dikenali.
“ Helo.”
“ Helo. Awak. awak kenal saya tak?”
Aku merengus geram. Siapa pula ni? Tanya soalan macam aku
kenal siapa.
“ Dekat handpone saya ni ada camera. Macam cctv la lagaknya.
So, siapa yang call boleh tahu dah siapa.” Balasku dengan dingin.
“ Kenapa awak ni garang sangat? Saya tak pernah jumpa
perempuan garang macam ni.”
Aku terdiam. Kisah pula aku garang ke tak ke? Ada aku kisah
ke?
“ Awak ni memang selalu makan tebuan ke?” Sambungnya lagi
bila aku asyik berdiam dari tadi.
Tebuan? Apa kena tebuan dengan sikap garang aku? Tak faham
betullah mamat ni. Rasanya ni mamat pagi tadi. Suara macam aku kenal. Dengan
geramnya aku balas kata-kata dia sedas.
“ Awak ni siapa nak tau semua fasal saya? Suka hati saya la
nak buat apa pun. Tak kacau orang sudah!” Marahku. Geram punya fasal.
“ Saya Haslan. Umur 33 tahun. Asal Negeri Sembilan. Awak
sudi tak kahwin dengan saya?”
Aku terlopong. Biar betul dia ni?
“ Ha? Agak lah. Kenal pun tak.” Aku dah ketawa sinis.
“ Tak apa. One day saya akan jadi suami awak. Percayalah.”
Dan kata-kata itu terus tersemat dalam hati aku even aku tak
percaya langsung kata-kata dia.
**
Arh! Dah lewat! Dah lewat! Bergegas aku turun dan menuju ke
ruang tamu. Bila nampak mak dan ayah sedang menikmati sarapan, aku terus ke
arah mereka dan salam tangan mereka. Belum sempat aku nak berlalu ke pintu,
namaku terlebih dahulu dipanggil mak.
“ Adelia.”
Aku toleh sekilas lantas pergi ke pintu. Dan aku terkejut
bila nampak ada sekuntum bunga mawar atas keretaku. Aku terus toleh semula ke
arah mak.
“ Mak. Bunga siapa tu?” Soalku dengan tanda tanya.
“ Siapa lagi. bunga kamu la. Ni.. Razman mana?”
Aku terus menyarungkan kasut dan menuju ke kereta.
“ Ada dekat angah. Dia kata nak tolong jaga Razman.” Balasku
lantas mengambil bunga tadi. Tersenyum aku saat tengok bunga tersebut. Dah lama
aku tak dapat bunga. Kali terakhir dapat masa aku kahwin dengan Aswad. Arh!
Benda lalu tak usah dikenang.
Aku membelek bunga tersebut. Mana tahu ada kad. Ternyata
memang ada. Pantas aku ambil dan buka kad tersebut.
Hai awak. ~Haslan~
Terus bunga tadi terlepas daripada genggaman aku. Haslan?
Mamat yang call aku semalam? Aku terlopong. Okay. Dia memang serius.
“ Haslan yang hantar tadi.” Muncul mak tepi aku. mak
tersenyum memandang aku.
“ Dia ikhlas nak buat kamu jadi isteri dia. terimalah dia
nak.”
Dan akhirnya aku memilih untuk mendiamkan diri. Mak. Lia
belum bersedia.
**
Rasanya termasuk hari ni dah 2 bulan Haslan tu cuba pikat
hati aku. Hari-hari dia hantar bunga ros dekat rumah aku. Sampai aku tak tahu
nak letak mana dah bunga-bunga semua tu. Ada yang aku bagi hadiah dekat orang.
Ada yang aku simpan untuk hiasan. Ada yang aku buang sebab dah layu.
Dan yang paling mengejutkan, hari ni dia tiba-tiba datang ke
rumah. Dah lah hari ni aku cuti. Nak luangkan masa dengan anak kesayangan aku
ni. Alih-alih dia datang pula. Aku yang melihat kedatangan dia hanya mampu
mengeluh kecil. Tapi aku tak nafikan yang aku memang dah mula sayangkan dia.
Walaweyh!
“ Lia. Tengok siapa yang datang ni.”
Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata mak. Aku lebih
tertumpu pada Razman. Layan kerenah dia yang makin lincah itu. Tahun ni umur
Razman dah mencecah 3 tahun. Alhamdulillah. Dia membesar depan mata aku.
“ Lia.”
Aku mendongak saat dapat jelingan maut mak. Aku buat muka
tak puas hati. Tapi tak puas pun kaki ni melangkah juga ke ruang tamu dan duduk
berhadapan dengan dia yang tengah tersenyum itu. Aku bawa Razman sekali. Tak la
kekok sangat.
“ Comel anak awak.” Suara dia tiba-tiba. Aku hanya
tersenyum.
“ Razman. Boleh pakcik cakap dengan mama Razman sekejap?”
Cara dia soal macam anak aku tu faham. Akhirnya Razman hanya
ketawa. Dan satu jawapan yang buat aku terkejut.
“ Boleh.”
Tengok senyuman Haslan tu dah tahu dia seronok. Razman dah
menghilang ikut nenek dia.
“ Awak…”
“ Sebelum awak nak cakap apa-apa. Rasanya awak dah tahu
status saya sekarang kan? Saya janda anak seorang Haslan. Awak nak ke kahwin
dengan orang macam saya?” Soalku dengan nada bergetar.
“ Saya tak kisah dengan status awak. Sedangkan Rasullullah
pun kahwin dengan janda.”
Jawapan dia ternyata membuatkan aku terdiam. Dalam hati
tersenyum. Ya Allah. Adakah dia jodoh sebenar aku?
“ Saya akan usaha lagi sampai awak nak kahwin dengan saya.”
Dan aku terus toleh ke arah lain. Malu.
**
Aku baru saja keluar daripada rumah. Nak ke tempat kerja.
Tapi hasratku terbantut saat tiba-tiba dapat panggilan daripada seseorang.
“ Awak. Haslan accident.”
Dan berita itu amat mengejutkan aku. Aku rasa macam nak
pitam saat dapat berita tu. Ya Allah.
“ Kat mana?”
“ Kat tepi jalan nak masuk taman rumah awak.”
Selepas dapat tahu tempat kejadian. Aku terus bergegas ke
situ. Aku dapat tengok ramai orang berkerumun dekat satu tempat tu. tanpa
berlengah, aku pantas turun daripada kereta dan pergi dekat orang ramai tadi.
Sampailah aku dapat tengok Haslan sedang baring tepi jalan.
Keadaan dia agak lemah. Darah banyak keluar daripada kepala dia. Ya Allah. Air
mataku dah menitis bila tengok semua itu depan mata aku.
“ ya Allah. Macam mana boleh jadi macam ni?”
Aku dah duduk melutut depan dia. Tanganku terketar-ketar
tengok keadaan dia sekarang ni.
“ Tak tahu. Kami pun baru dapat panggilan kata dia
accident.”
Dengan kekuatan yang masih berbisa, aku memapah dia agar
dapat bangun. Tiba-tiba dia buka mata dia sikit saat sedar kehadiran aku. Air
mataku dah laju turun ke pipi. Dia tersenyum tengok aku.
“ A..awakkk…a..awak sayang saya tak?” Dengan susah payah dia
menyoal aku. Aku menggigit bibir.
“ Ya. Ya. Saya sayang awak.”
Aku dapat tengok dia tersenyum tapi Cuma sekejap bila dia
tiba-tiba tarik nafas. Aku dah mula menggelebah. Caranya macam dia sesak nafas.
Ya Allah. Haslan! Aku mula menangis. Takut dia akan pergi. Ya Allah.
“ Awak..”
Tiba-tiba dia buka mata dan bangun. Tiba-tiba juga dia duduk
melutut depan aku. Aku yang melihat dah terhenti daripada menangis. Muka aku
dah jadi terpinga-pinga melihat tingkah dia.
“ Awak. sudi tak awak kahwin dengan saya?”
Bila sedar yang sebenarnya dia sudah tipu aku. Aku terus
pukul tangan dia. benci! Geram! Mati-mati aku ingat dia dah pergi tadi
tinggalkan aku. Eiii! Rasa macam nak pijak je kepala dia. Wuargh! Dah la malu
dengan kawan-kawan dia.
“ Sudi kan?” Sambil terkelip-kelip dia memandang aku. aku
yang melihat dah tertawa kecil.
“ Ya. Saya sudi.” Ujarku lalu menoleh ke arah lain. Aku
tertawa di atas keterlanjuran aku menangis tadi. Malu gila!
“ Awak. terima kasih.”
Aku menoleh semula ke arah dia dan aku terkejut bila dia membawa
dulang kek. Aku menekup mulut tanda tidak percaya dengan semua kejutan ini.
“ happy birthday awak.”
Aku pandang dia dengan renungan tak percaya. Ya Allah. Dia
tahu?
“ Agaklah awak nak buat surprise dekat sini?” Aku geram.
Tapi dia ketawa.
“ Tempat tak penting. Yang penting awak dah terima saya.”
Akhirnya kami sama-sama tersenyum dengan telatah kami tadi.
Malu tapi mahu. Bahagia. Haha.
**
5 tahun kemudian…
Kedengaran suara gelak tawa dari dalam rumah. Aku yang baru
balik daripada kerja bergegas masuk ke dalam rumah. Tak sanggup untuk
menanggung rindu lagi terhadap suami dan anak-anak aku tu. sebaik sahaja aku
masuk ke dalam rumah, aku terus meluru ke arah dua orang anak aku itu.
masing-masing terlalu leka dengan mainan.
“ Along. Mana angah?” Soalku bila tak nampak kelibat Hafiz.
Anak kedua aku tu suka ikut papa dia. tapi sekarang aku tak nampak kedua-dua
orang tu.
“ Tadi ikut papa naik atas. Tidur kot.”
Tanpa berlengah aku pantas bergegas naik ke atas. Aku
menapak ke arah bilik Hafiz. Terukir juga senyuman aku saat tengok dia elok
tidur atas katil. Penat sangat main la tu. Bila dah puas, aku bergerak pula ke
arah bilik aku. Masuk je ke dalam bilik, aku dapat nampak suami aku sedang
tidur. Haih. Takkan tidur?
“ Abang.”
Aku merapati dia dan baring di sebelah dia. Bila sedar aku
ada di sisi dia, dia terus membuka mata dan menarik aku ke dalam pelukan dia.
“ Rindunya dengan isteri abang ni.”
Aku tertawa kecil. Aku toleh sekilas ke arah almari baju.
Jelas dahiku berkerut saat nampak ada sebuah beg besar di situ. Aku kembali melihat
ke arah dia dengan kerutan di dahi.
“ Abang nak bawa ke mana beg tu?” Soalku ingin tahu.
Dia tersenyum lalu bangun duduk. Kepalaku diletakkan atas
ribanya.
“ Malam ni abang nak ke Singapore sayang. Nak uruskan hal
rumah kita dekat sana. Abang nak selesaikan secepat yang mungkin. Sorry sebab
abang baru cakap. Orang sana call last-last minute.”
Aku dah mula memuncung. Ala. Tak bestnya. Nanti mesti rindu.
“ Alolo. Comelnya isteri abang buat muka macam tu. Jangan
risau. Anak-anak ada. Jaga anak-anak kita dengan baik. Mereka nyawa sayang.”
Aku terdiam. Kenapa aku rasa macam ada yang tak kena je ni.
“ Abang sebenarnya nak kena bersiap ni. nanti terlepas
flight. Abang ralit tadi sebab tunggu isteri abang balik.”
Perlahan-lahan dia meletakkan kepalaku di atas bantal.
Lantas dia bangun dan menuju ke bilik air. Aku pandang beg dia itu dengan suatu
perasaan yang tidak enak. Dadaku disentuh perlahan. Kenapa berdebar semacam je
ni? Arh! Jangan fikir yang bukan-bukan.
“ Sayang?”
Aku tersedar daripada lamunan. Tup-tup je aku dapat tengok
dia yang sudah berpenampilan kemas itu. Aku tersenyum lantas mendekati dia. aku
pandang wajah dia dalam-dalam. Aku pasti akan merindui wajah ini nanti.
“ I will miss you dear.”
Tubuhku didakapnya dengan erat. Erat-seeratnya. Bagai tak
mahu melepaskan dia lagi. dan entah kenapa air mataku pula menitis. Tak mahu
dia perasan aku pantas menyekanya. Senyuman kembali ditarik.
“ me too.”
Pelukan terlerai. Dia mula menarik beg dia. Aku mengekori
daripada belakang sampailah ke ruang tamu. Dia mendekati Balqis dan Razman.
Kedua-dua orang itu didakapnya dengan erat. Kenapa aku rasa macam akan berlaku
sesuatu?
“ Razman. Jaga adik-adik dengan baik ya sayang ya. Tolong
mama kalau mama ada kerja. Jangan nakal-nakal bila papa tak ada nanti. Razman
anak yang baik kan?” Pesanan Haslan itu sudah cukup membuatkan aku kembali
menitiskan air mata.
“ Razman akan jaga adik-adik Razman sebagaimana papa jaga
kami dengan mama.” Jawapan itu lagi membuatkan hati aku luluh.
“ Good boy. Balqis. Papa pergi dulu. Kalau rindu papa baca
doa. Papa selalu ada dalam hati anak-anak papa.”
Aku mengetap bibir. Bila tengok dia sudah berlalu ke kereta.
Aku pun ikut sampai berdepan dengan dia. dia mendekat dan dahiku dikucupnya
perlahan sebelum tubuhku sekali lagi didakapnya.
“ I love you Adelia. Thanks because be my wife.”
“ I love you to my husband.”
Tak mahu terus tenggelam dengan perasaan. Dia terus
meleraikan pelukan dan masuk ke dalam kereta. Aku pula melihat dia dengan
senyuman sampailah dia hilang daripada pandangan. Ya Allah. Lindungilah dia
walau di mana dia berada.
**
Keesokan harinya, aku bangun dengan senyuman walaupun dalam
hati rindu sangat dengan Haslan. Agaknya sekarang dia tengah buat apa ya? Lepas
subuh aku terus ke dapur untuk buatkan sarapan. Tapi sebelum tu sempat lagi aku
pergi jenguk anak-anak.
Aku membuka pintu bilik anak-anak. Tersenyum aku saat
melihat mereka tidur dengan nyenyak. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya mereka
anugerah terbesar dan terindah dalam hidup aku. Terima kasih kerana pinjamkan
mereka untuk aku.
“ Mama.”
Aku tersedar saat terdengar suara Balqis yang baru bangun
itu. Aku pantas mendukungnya lantas memberikan kucupan pada pipinya.
“ Awalnya anak mama bangun. Lapar ye sayang?”
Kakiku terus dibawa sehingga ke dapur. Balqis didudukkan di
kerusi sementara aku menyiapkan sarapan. Bila dah siap aku letakkan atas meja.
Dan aku menyuap Balqis. Sedar tak sedar dah pukul 9 pagi. Razman dan Hafiz
belum bangun lagi. Lamanya tidur.
“ Sayang tunggu sini ye. Mama nak gerak abang-abang kamu.”
Pantas aku meninggalkan Balqis dengan makanannya. Tapi baru
saja aku nak naik atas, pintu rumah tiba-tiba diketuk. Selepas menyarungkan
tudung, barulah aku membuka pintu. Dan aku terkejut bila buka-buka ja pintu dah
terpampang sekuntum bunga mawar.
“ Maaf. Ini untuk puan. Saya tolong hantarkan je.”
Terpinga-pinga aku dibuatnya. Selepas posmen tadi pergi, aku
kembali menutup pintu. Bunga tadi dibelek sampai aku jumpa kad kecil. Belum
baca lagi dah tahu siapa pemberinya. Aku tersenyum lagi.
I miss you dear. Take
care. ~Your love~
Aku mencium bunga-bunga itu dengan hati yang senang. Abang.
I miss you already. Bila abang nak balik?
“ Mama! Telefon bunyi!”
Suara Razman mengejutkan aku. Dengan bunga tadi aku bawa
naik ke atas dan menyambut telefon yang Razman beri. Dengan nafas yang tak
sekata aku menjawab panggilan tersebut.
“ Helo. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam. Boleh saya bercakap dengan Puan Adelia
Zahra?”
“ Ya. Saya yang bercakap. Siapa di sana?”
Hati aku dah tak tenteram. Balqis yang ada di dapur tadi pun
dah berdiri di sisi aku. Razman dan Hafiz pun sudah sedar dan duduk depan mata
aku. Masing-masing mempamerkan reaksi ingin tahu.
“ Harap puan banyakkan bersabar. Maaf tapi saya terpaksa
maklumkan kepada puan juga.”
“ Kenapa encik?”
“ Suami pun baru lepas kemalangan dan keadaan dia sangat
parah.”
“ Astagfirullah!”
Terus terlepas bunga tadi daripada peganganku. Air mataku
terus menitis laju saat mendapat berita itu. Balqis dah mula merengek. Hafiz
pula dah menunjukkan reaksi ingin menangis. Manakala Razman kelihatan resah.
“ Puan? Harap puan bersabar.”
“ Abang!”
**
Setahun kemudian…
“ Sadaqallahul azim…”
Sesudah bacaan Yaasin dibaca, aku mengambil bunga-bunga
dalam bekas lalu taburkan di atasnya. Sesudah itu air disiram agar tanah itu
menjadi basah. Selepas giliran aku, aku serahkan pula pada Razman. Aku melihat
dia dengan hati yang sebak. Dia paling rasai kehilangan orang yang dia sayang.
Dua kali dan kali ni benar-benar melukakan hati dia. Tabahlah nak. Semua ini
pasti ada hikmahnya sayang.
“ Mama. Papa dapat tengok kita dari atas kan?” Soalan Hafiz
membuatkan aku ingin menitiskan air mata. Tapi aku tahan dengan mengukirkan
senyuman.
“ Ya sayang. Papa dapat tengok. Sayang nak cakap apa?”
“ Hafiz nak cakap Hafiz sayangkan papa.”
Aku mengangguk kecil lantas meraih tubuh kecil itu ke dalam
pelukan aku. Razman yang melihat hanya tersenyum hambar. Dia dah nampak matang
dan boleh berfikir dengan sendiri. Dia faham perasaan aku dan adik-adik dia.
Sekarang dia bagaikan pendorong adik-adik dia.
“ Dah. jom kita balik. Along. Bawa mereka ke kereta.” Arahku
lembut.
“ Baik mama.”
Sebaik sahaja mereka berlalu, aku kembali menoleh ke arah
kubur arwah. Ya. Tepat 27.4.2014 di mana aku mendapat panggilan bahawa dia
telah kemalangan. Malam itu juga dia disahkan meninggal dunia di sana. Siapa
yang tak sedih bila dapat tahu suami meninggal. Dia satu-satunya orang yang aku
paling cintai selain anak-anak. Sampai aku rasa nak give up dan jadi tak tentu
arah.
“ Lia. Jom kita balik.”
Aku tersenyum sipi. Aku jadi tak tentu arah sampailah dia
hadir. Time tu memang aku dah nekad tak nak kahwin lain sebab hanya arwah saja
yang terletak dalam hati ini. Tapi disebabkan permintaan tokwan aku dan melihat
sikap dia yang sangat caring tu membuatkan aku mematuh untuk terima dia. Dikala
aku perlukan sokongan dan hilang pendorong. Dia datang.
Abang. Saya datang bawa anak-anak dengan suami baru saya.
Abang tahu tak? Lepas kepergian abang, saya bagaikan mayat hidup. Mujur ada
anak-anak yang sentiasa sokong saya. Abang. Walauapapun yang terjadi, abang
tetap tersemat dalam hati saya. Khas untuk abang. Abang. Saya pergi dulu. Saya
akan datang lagi lepas ni. Assalamualaikum abang.
“ Jom.”
Aku memaut tangannya lalu berjalan meninggalkan kawasan
kubur itu dengan hati yang pilu. Abang. Doakan saya bahagia. Abang. Doakan agar
ini jodoh sebenar yang disampaikan Allah.
“ Lia.”
Aku menoleh ke arahnya. Senyuman kecil aku hadiahkan.
“ Terima kasih sebab sudi terima abang walaupun time tu Lia
dah tak nak terima sesiapa lagi.”
Aku membalas tatapannya seketika sebelum menggariskan
senyuman. Ammar Irfan. Itulah nama lelaki yang mengembalikan semangat aku dan
anak-anak.
“ Abang. Sepatutnya saya yang kena ucapkan terima kasih
sebab masih sudi terima saya even kisah saya penuh dengan derita sebelum ni.
Kadang-kadang saya terfikir juga. Saya ni tak berhak bahagia ke sampai terpaksa
lalui perpisahan buat kali kedua. Tapi sampai satu saat, saya sedar. Semua ini
ujian buat saya. Tanda Allah sayang saya. Dan saya sedar mungkin kali ni… abang
adalah jodoh sebenar-sebenarnya yang disampaikan oleh Allah untuk saya. Even
lambat abang hadir tapi saya dah cukup bersyukur.” Luahku dengan penuh
keikhlasan.
Dia memaut erat tanganku. Dia tersenyum lantas menoleh ke
arah anak-anak yang berada dalam kereta
sebelum menoleh kembali ke arahku.
“ Abang tak kisah fasal kisah silam Lia. Yang penting masa
depan Lia. Dan masa depan kita semua.”
Tangannya dibawa ke perutku yang makin menampakkan rupa itu.
aku tersenyum kecil. kandunganku dah berusia 4 bulan. tak lama lagi Balqis akan
dapat adik baru.
“ Maybe sebelum ni Lia ada pernah kata Lia tak nak rasa
bahagia lagi dengan mana-mana lelaki. Lia nak bahagia dengan anak-anak ja. Tapi
kini, jujur Lia mengaku yang Lia bahagia hidup bersama dengan abang.”
Terus tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Hatiku berasa
sedikit tenang bila dia memeluk aku.
“ Itu namanya takdir Lia. Takdir hidup Lia bersama dengan
abang.”
Pelukan terlerai dan aku membuat anggukan kecil. Dia mencuit hidungku pula. Aku tertawa kecil
dengan telatahnya.
“ Papa! Mama! Cepatlah!” Jeritan Hafiz mengejutkan kami.
Kami saling berbalas pandangan lantas menoleh ke arah Hafiz.
“ Okay. Kami datang!”
Selepas itu kami saling berbalas pandangan semula lantas
tertawa kecil.
“ Jom lah kita. Nanti merengek pula Balqis tu. Sudi ke Lia
ikut abang?”
Dia siap menghulurkan tangannya persis seorang Romeo. Aku
tertawa lantas menyambut hulurannya itu dengan senang hati.
“ Sudi sangat my prince. Jom.”
Akhirnya, kami berpegangan tangan menuju ke kereta. Dalam
hati bersyukur kerana semuanya dah kembali seperti biasa. Aku juga bersyukur
dengan anugerah kali ini. Ya Allah. Aku tahu semua ujian-ujian ini kau tujukan
buat aku. Dan aku tahu sebab ujian itu aku jadi lebih tabah. Terima kasih Ya
Allah.
Akan ada satu ketika bila orang pertama yang paling kau
sayang akan pergi meninggalkan kau. Sama ada pergi dari hidup kau atau pergi
menemui penciptanya. Semua ini kerana kita semua milik Allah.
~Tamat~
Ya Allah! Jika benar ini kisah khidupn sorg wanita.Sungguh benar ia diuji, tetap dia bertabah dan redha. Kepada insan bernama 'akak' Allah amat sayangkan akak kerna ujian ni untk hambanya yg disygi, saya dpt rasa peritnya kehilgan tu walaupun masih single! btw Tahniah untk penulis cerpen kerna hasilkn cerpen yang menarik berdsrkan kisah yg sbnr.. keep writing! Aduu pnjg ya sya comment..huhuhu
ReplyDeleteInsyaAllah. 'Akak' tu memang seorang yang kuat orangnya. :)
DeleteSeorang wanita yang begitu tabah kerana terpaksa berpisah dengan suami yang dicintai..Jika kita menggantikan tempat wanita tersebut hanya Allah sahaja yang tahu
ReplyDeleteAllah..
ReplyDeleteHebatnya..
Bertapa tabahnya dia..