Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 17 March 2016

Cerpen : Jodoh Itu Milik Allah

Assalamualaikum. 

Hai. Muncul lagi dengan cerpen baru. Untung la sebab cuti tu yang ada cerpen baru. Bila aku mula kerja balik cerpen baru mungkin lambat nak ada. Haha. By the way... Cerpen ni aku buat atas permintaan seorang akak. Dan yes. Kisah benar seorang akak ni. Akak. Saya dah cuba buat yang terbaik. Dan terima kasih sebab percayakan saya. Hehe. So.. sesiapa yg rasa teringin nak kisah dia jadi cerpen.. boleh je suruh aku buat. Haha. Tapi best ke tidak tu I dont know la. Okay tak nak bebel panjang. Jemput baca. kihkih.



Jodoh itu milik Allah. Ya betul. Sebab Allah tahu semuanya mengenai kita. Bila dan apa akan berlaku seterusnya. Begitu juga dengan aku. Tak sangka, umur aku yang baru mencecah 19 tahun dan masih belajar ni sudah menjadi isteri orang. Bersuamikan lelaki yang mudah setahun pula tu.

Semuanya bermula apabila aku tersilap nombor. Aku nak telefon jiran aku. Tapi tercall orang lain. Melalui itu la kami kenal. Perkenalan kami hanya pendek saja. Kami just ambil masa 3 bulan kenal dan lepas tu dia terus datang dengan rombongan meminang.

Siapa tak terkejut kan? Kahwin pada umur yang muda. Aku lagi terkejut. Haha. Tapi alhamdulillah. Yang penting restu orang tua. Aku bahagia hidup dengan dia. Dan kini, kami dikurniakan cahaya mata lelaki.

Tapi kebahagiaan itu Cuma seketika. Cuma mampu bertahan 2 tahun. Tidak lama bila aku dapat tahu dia ada orang ketiga. Hati perempuan mana tak sedih bila dapat tahu orang yang dia sayang ada orang lain. Suami dia pula tu. Cuba cakap? Tambahan pula kami sudah mempunyai seorang anak lelaki.

Dan kini, aku tengah tunggu dia pulang untuk jelaskan segala-galanya. Aku dapat tahu pun daripada kawan dia. Tapi aku masih tak percaya ,sampailah  aku nampak  dengan kepala mata aku sendiri yang dia ada orang lain. Ada bukti lagi. Aku cuba kuatkan hati. Demi anak aku.

“ Assalamualaikum.”

Dia dah balik. Aku cuba maniskan muka. Senyuman ditarik walaupun nampak hambar.

“ Waalaikumussalam.”

Aku salam tangan dia lalu mengekori dia sampai ke sofa. Dia duduk melepaskan lelah. Manakala aku pula duduk sambil memangku putera aku. Aku cuba mengambil nafas. Aku nak selesaikan malam ni juga. Aku tak nak tangguh or aku akan terluka lebih teruk.

“ Abang. Saya nak cakap sikit.”

Aku kerling dia yang sedang memicit kepala itu.

“ Boleh beri abang berehat sekejap tak?”

Walaupun kedengaran agak perlahan tapi aku tahu dia sedang menahan kesabaran.

“ Lia tak nak tunggu lebih lama lagi. Lia nak selesaikan malam ni juga.” Tegasku lalu memandang tajam ke arahnya.

Dia yang elok tengah picit dahinya tadi terus membuka matanya dan memandang ke arah ku. Wajahnya yang tertanya-tanya membuatkan aku tersenyum sinis.

“ Kenapa ni Lia? Ada masalah ke?”

“ Bukan Lia tapi abang. Abang ada sembunyikan sesuatu daripada Lia ke?” 

Dia terdiam. Tapi dia masih memandangku. Aku pula terus toleh ke arah lain. Sambil itu aku mengelus lembut rambut putera aku itu. Itu saja sumber kekuatan aku kini.

“ Lia nak abang mengaku.”

“ mengaku apa?”

“ Mengaku yang abang ada perempuan lain!”

Aku pandang dia dengan hati yang bara. Dia kelihatan terkejut dengan kata-kata aku sebentar tadi. Belum sempat aku nak sambung lagi, tiba-tiba puteraku menangis. Maybe dia terkejut.

“ Rasanya Razman nak tidur. Lia pergi tidurkan dia dulu. nanti Lia turun.”

Baru saja aku nak bangun. Razman terlebih dahulu diambil dia.

“ biar abang dodoikan dia. nanti abang turun. Abang pun nak selesaikan malam ni juga.”

Dengar saja kenyataan dia tu. ternyata betullah dia memang ada perempuan lain. Tapi semenjak bila agaknya? Air mataku terus mengalir ke pipi. Ya Allah. Adakah dia bukan jodoh ku yang sebenar? Kenapa hal ini harus terjadi? Ujian ni berat Ya Allah.

Hampir setengah jam menunggu. Akhirnya dia turun ke bawah. Tapi kali ni pakaian dia lebih santai. Maybe dia pergi bersihkan diri dulu baru turun. Dan kini dia duduk betul-betul berhadapan dengan aku.

“ Jadi.. betullah…”

Tanganku dicapai sebelum sempat aku habiskan kata-kata aku. Aku terus pandang dia dengan renungan terluka.

“ Maafkan abang. Abang tahu abang salah. Ya. Abang memang ada perempuan lain. Tapi abang tetap sayangkan family ni. Abang sayangkan Lia.”

Terus aku tarik tangan aku daripada genggamannya. Tersenyum sinis aku dibuatnya setelah dengar perkataan sayang tu.

“ Sayang? Ada makna lagi ke perkataan sayang tu? kalau betul sayang abang takkan pasang lain.”

Dia meraup wajahnya perlahan. Dia kelihatan kesal dengan apa yang berlaku.

“ Maafkan Lia. Tapi Lia tak boleh terima semua ni. Abang ingat hati Lia ni barang mainan ke? Hati Lia ni bukan untuk dipermainkan tahu tak? Kalau betul abang sayang Lia abang tak patut buat macam ni. Anak kita. Kesian dia bang.”

Dia membuat anggukan kecil lantas bangun dan duduk di sisi aku pula.

“ Ya. Abang tahu. Abang salah. Maafkan abang.”

Aku menggeleng kecil. Dia ingat ini kesalahan kecil ke? Ini melibatkan perasaan tau tak?

“ Boleh. Tapi dengan satu syarat.”

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum toleh memandang dia. Dengan kekuatan yang masih berbisa, aku mengungkap perkataan yang paling dibenci oleh semua perempuan dan Allah.

“ Ceraikan Lia.”

Serentak itu air mataku mengalir laju ke  pipi. Dengan pantas juga aku bangun dan membelakangi dia.

“ tapi Lia..”

“ Ceraikan Lia atau Lia akan pergi minta pada mahkamah sendiri. Abang pilih lah.”

Terus aku berlalu naik ke atas. Ya Allah. Sesungguhnya Kau lebih tahu segala-galanya. Kuatkan hati aku Ya Allah. Itu saja yang aku pinta kini. Andai dia bukan jodohku yang sebenar, aku redha.

**
3 tahun kemudian…

Aku tergaru-garu kepalaku yang tidak gatal itu. Seketika aku memerhati sekeliling. Dah puas perhati, aku tatap pula jam tangan aku. Dah puas tatap aku tengok pula skrin telefon bimbit aku. tapi still tak ada.

Aku merengus geram. Tadi kata suruh tunggu dekat sini pukul 2 petang. Sekarang dah 2.30. Ish minah ni. Sengaja nak buat aku marah ka apa? Aku nak ambil anak aku lagi kejap lagi. Nak kena pergi sekolah mak aku lagi nanti. Kang lewat siapa yang susah? Haish.

“ Adelia!”

Aku pantas menoleh ke belakang saat mendengar namaku dipanggil. Akhirnya, orang yang ditunggu muncul juga. Aku tengok dia kecik besar kecik besar je sekarang ni. Yang dia tahu sengih kerang busuk dia ja. Tahu salah sendiri la tu.

“ Sorry. Terlepas bas tadi. Ni pun abang aku tolong hantar. Sorry sangat beb.”

Aku kerling jam tanganku sekian kalinya.

“ Jomlah masuk. Nanti aku kena pergi jumpa mak aku pula.”

Terus kami berdua masuk ke dalam kedai buku Hasani itu. Tujuannya nak teman minah ni beli buku kahwin je pun. Nak beli tu pun nak berteman segala. Hadui. Sabar je la dengan minah ni. Nasib kawan aku.

“ Kau carilah. Aku nak ke rak novel dulu.”

“ Okay.”

Sebaik sahaja aku ke rak buku novel. Aku perasan ada seorang pemuda sedang memilih novel juga. Tapi matanya asyik tengok skrin telefon. Tangannya yang sebelah lagi dah pegang sebuah novel. Nak beli ke tak tu?

“ Yang ni ke?”

Aku yang tengah baca sinopsis novel ni terdengar pula dia kata apa tadi. Tak tahu nak pilih ke macam mana?

“ Maaf cik.”

Aku tersentak. Dia perasan aku ke? Dengan perlahan-lahan aku menoleh ke arahnya. Aku menjongket kening tanda kenapa. Tapi kenapa reaksi dia macam terkejut?

“ Helo?” Aku pula yang sergah dia. Yala. Dia diam je dari tadi.

“ Oh. Sorry.”

Belum sempat aku nak tanya apa-apa dia terus pergi. Macam tu je? Dah kenapa dengan mamat tu? Biarlah. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Tengok je nama dekat skrin aku dah mula tengok jam.

“ Helo mak.”

“ Mana kamu? Tak sampai lagi ke?”

Aku tersengih walaupun mak tak nampak.

“ Kejap lagi orang sampai. Okay mak? Bye. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

Tanpa berlengah, aku pantas mencari kelibat minah tu. Menghilang ke mana pula dia? Aku lajukan langkah ke arah rak buku agama. Ha. Tu pun dia.

“ Beb. mak aku dah call. Rasanya aku tak boleh teman kau lebih lama kat sini. Nanti bising pula mak aku. aku pergi dulu erk.”

Dia nampak kecewa tapi tersenyum akhirnya.

“ Yela. Hati-hati tau.”

“ Okay boss. Bye.”

**
Terkocoh-kocoh aku berlari masuk ke dalam kawasan sekolah bila sedar diri dah lewat. Kereta dah la letak dekat luar. Senang. Malas nak berurusan dengan pak guard sini. Bila dah sampai depan pejabat sekolah, aku terus masuk ke dalam. Mak kata tadi mak ada dalam pejabat. Maybe sini la.

Aku masuk-masuk je. Terpampang wajah mak yang sedang bergelak tawa dengan seseorang itu. Aku menghembus nafas lega. Mujur jumpa juga. Kalau tak haru juga nak cari kat tempat lain.

“ Mak.” Tegurku bila mak dan lelaki yang sedang membelakangi aku tu tiada tanda untuk berhenti.

“ Ha Lia. Sampai pun kamu. Ni mak nak kenalkan kamu dengan anak angkat mak.”

Aku menanti lelaki itu menoleh ke belakang. Masa ini jugalah mak nak kenalkan aku dengan seseorang pun. Tapi saat mata dia dan kami bertembung. Masing-masing terkejut besar terutama aku. Tapi dia nampak lebih tenang daripada tadi. Agaknya dia dah tahu kot siapa aku dekat kedai buku tadi.

“ Hai.” Sapanya dengan senyuman lebar.

Aku hanya mengangguk menerima sapaannya.

“ Mak ada beli buku dengan dia tadi. Dia jual buku. Kamu berdua berbuallah la dulu. Mak nak jumpa orang kejap. Lia nanti tunggu mak dekat kantin sekolah.”

Usai saja mak berlalu, aku terus menoleh ke arahnya. Dia keluarkan beberapa buah buku dan hulurkan kepadaku. Aku menyambut dengan hati yang berat. Aku tak ada hati nak beli buku. Tapi tengok tajuk buku macam menarik.

“ Awak. Awak kenal Rasullullah tak?”

Tiba-tiba dia menyoal. Aku yang mendengar pertanyaan dia tu rasa macam nak tumbuk muka dia je. Apa jenis soalan ni? Cara dia tanya macam aku tak kenal siapa Rasul tu. Dengan rasa geram aku jawab dia balik.

“ Eh. Awak boleh tak tanya soalan yang elok-elok sikit? Nak bagi laku pun carilah idea yang bernas sikit. Macam tak ada soalan lain dah. Hanya orang yang tak kenal agama Islam je tanya macam tu.” Balasku dengan sedikit kasar. Tapi masih rendahkan suara sebab duduk dalam pejabat kan?

Tiba-tiba dia ketawa. Aku yang tengok jadi pelik. Aku terus letak buku tadi di tapak tangan dia. Malas nak layan.

“ Awak ni garang la. Takut saya.”

Aku tersenyum sinis. Malas nak berbalah, aku terus keluar daripada situ.

“ Kalau dah takut jangan datang dekat. Pergi jauh-jauh.”

Aku terus membawa kakiku ke arah kantin sekolah. Seketika aku menoleh saat perasan ada seseorang sedang ikut belakang aku. Ternyata lelaki tadi dan seorang lagi lelaki. Maybe kawan dia kot.

Aku terus berjalan tanpa menghiraukan mereka. Sampai saja di kantin, aku terus ambil tempat. Belum sempat aku nak lepaskan lelah, kawan lelaki tadi datang dekat dan cakap sesuatu dekat aku.

“ Awak. Kawan saya nak kenal dengan awak.”

Aku tengok dia dengan renungan kosong. Aku hanya buat selamba dan terus pura-pura tengok skrin telefon. Nak makan tapi tak lapar lagi.

“ Kawan saya tu baik. Dia ikhlas nak kenal awak.”

Aku buat acuh tak acuh dengan kata-kata dia. Bila aku buat bodoh, dia terus pergi. Dalam hati sudah ketawa besar. Padan muka. Kacau aku lagi. Ingat aku nak sangat ke? No la! Dia tak tahu lagi aku ni janda anak seorang. Kalau tahu aku rasa dia akan lari. Hurmm.

“ Awak.”

Aku baru rasa nak bernafas. Dia sendiri datang pula. Tadi kawan dia. Aku tengok dia dengan pandangan kosong. Nak apa lagi?

“ Saya nak pinjam handpone boleh? Handpone saya hilang. Saya nak telefon pejabat saya.” Pintanya dengan wajah yang serba salah. Serba salah la sangat sedangkan? Ingat aku tak tahu kot dia sengaja nak pinjam handpone aku sebab nak ambil nombor aku. Ceh!

“ Tak payah guna taktik tu la. Saya dah tau apa yang awak nak.” Balasku dengan senyuman sinis.

Belum sempat dia nak bersuara, mak aku datang. Dia duduk di depan aku. Siap dengan senyuman dia mengajak lelaki tadi duduk makan bersama. Aku tengok mak dengan renungan tak percaya. Mak! Agak la nak ajak dia ni?!

“ Tak apalah makcik. Ada orang yang tak sudi nak makan dengan saya.” Balasnya dengan selamba.

Aku menggigit bibir. Sedar pun. Tapi ingatkan dia nak beralah dan pergi. Ternyata ada lagi.

“ Tapi makcik. Boleh tak saya nak minta nombor anak makcik ni. Niat saya ikhlas nak kenal dengan dia. Saya tak ada niat jahat pun. Saya dah minta tapi dia tak nak bagi.” Ujarnya separuh merayu dengan muka kesiannya lagi. alahai. Memang mak aku termakan la pujukan dia.

“ Lia. Kenapa tak bagi? Tak apa. Makcik boleh tolong.”

Aku menjerit dalam hati. Mak! Tidak! Aku tengok muka dia yang happy selepas dapat nombor aku tu. Bila pandangan kami bertembung, dia hantar jelingan puas hati. Aku pula merana dekat sini. Tak guna punya laki! Ish! Benci!

“ Saya pergi dulu ye makcik.”

“ Yelah.”

Sabar Lia. Sabar.

**
Malamnya, sedang aku dodoi Razman bagi lena. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Tak mahu Razman terjaga. Aku pantas jawab panggilan tersebut. Dah la nombor yang tidak dikenali.

“ Helo.”

“ Helo. Awak. awak kenal saya tak?”

Aku merengus geram. Siapa pula ni? Tanya soalan macam aku kenal siapa.

“ Dekat handpone saya ni ada camera. Macam cctv la lagaknya. So, siapa yang call boleh tahu dah siapa.” Balasku dengan dingin.

“ Kenapa awak ni garang sangat? Saya tak pernah jumpa perempuan garang macam ni.”

Aku terdiam. Kisah pula aku garang ke tak ke? Ada aku kisah ke?

“ Awak ni memang selalu makan tebuan ke?” Sambungnya lagi bila aku asyik berdiam dari tadi.

Tebuan? Apa kena tebuan dengan sikap garang aku? Tak faham betullah mamat ni. Rasanya ni mamat pagi tadi. Suara macam aku kenal. Dengan geramnya aku balas kata-kata dia sedas.

“ Awak ni siapa nak tau semua fasal saya? Suka hati saya la nak buat apa pun. Tak kacau orang sudah!” Marahku. Geram punya fasal.

“ Saya Haslan. Umur 33 tahun. Asal Negeri Sembilan. Awak sudi tak kahwin dengan saya?”

Aku terlopong. Biar betul dia ni?

“ Ha? Agak lah. Kenal pun tak.” Aku dah ketawa sinis.

“ Tak apa. One day saya akan jadi suami awak. Percayalah.”

Dan kata-kata itu terus tersemat dalam hati aku even aku tak percaya langsung kata-kata dia.

**
Arh! Dah lewat! Dah lewat! Bergegas aku turun dan menuju ke ruang tamu. Bila nampak mak dan ayah sedang menikmati sarapan, aku terus ke arah mereka dan salam tangan mereka. Belum sempat aku nak berlalu ke pintu, namaku terlebih dahulu dipanggil mak.

“ Adelia.”

Aku toleh sekilas lantas pergi ke pintu. Dan aku terkejut bila nampak ada sekuntum bunga mawar atas keretaku. Aku terus toleh semula ke arah mak.

“ Mak. Bunga siapa tu?” Soalku dengan tanda tanya.

“ Siapa lagi. bunga kamu la. Ni.. Razman mana?”

Aku terus menyarungkan kasut dan menuju ke kereta.

“ Ada dekat angah. Dia kata nak tolong jaga Razman.” Balasku lantas mengambil bunga tadi. Tersenyum aku saat tengok bunga tersebut. Dah lama aku tak dapat bunga. Kali terakhir dapat masa aku kahwin dengan Aswad. Arh! Benda lalu tak usah dikenang.

Aku membelek bunga tersebut. Mana tahu ada kad. Ternyata memang ada. Pantas aku ambil dan buka kad tersebut.

Hai awak. ~Haslan~

Terus bunga tadi terlepas daripada genggaman aku. Haslan? Mamat yang call aku semalam? Aku terlopong. Okay. Dia memang serius.

“ Haslan yang hantar tadi.” Muncul mak tepi aku. mak tersenyum memandang aku.

“ Dia ikhlas nak buat kamu jadi isteri dia. terimalah dia nak.”

Dan akhirnya aku memilih untuk mendiamkan diri. Mak. Lia belum bersedia.

**
Rasanya termasuk hari ni dah 2 bulan Haslan tu cuba pikat hati aku. Hari-hari dia hantar bunga ros dekat rumah aku. Sampai aku tak tahu nak letak mana dah bunga-bunga semua tu. Ada yang aku bagi hadiah dekat orang. Ada yang aku simpan untuk hiasan. Ada yang aku buang sebab dah layu.

Dan yang paling mengejutkan, hari ni dia tiba-tiba datang ke rumah. Dah lah hari ni aku cuti. Nak luangkan masa dengan anak kesayangan aku ni. Alih-alih dia datang pula. Aku yang melihat kedatangan dia hanya mampu mengeluh kecil. Tapi aku tak nafikan yang aku memang dah mula sayangkan dia. Walaweyh!

“ Lia. Tengok siapa yang datang ni.”

Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata mak. Aku lebih tertumpu pada Razman. Layan kerenah dia yang makin lincah itu. Tahun ni umur Razman dah mencecah 3 tahun. Alhamdulillah. Dia membesar depan mata aku.

“ Lia.”

Aku mendongak saat dapat jelingan maut mak. Aku buat muka tak puas hati. Tapi tak puas pun kaki ni melangkah juga ke ruang tamu dan duduk berhadapan dengan dia yang tengah tersenyum itu. Aku bawa Razman sekali. Tak la kekok sangat.

“ Comel anak awak.” Suara dia tiba-tiba. Aku hanya tersenyum.

“ Razman. Boleh pakcik cakap dengan mama Razman sekejap?”

Cara dia soal macam anak aku tu faham. Akhirnya Razman hanya ketawa. Dan satu jawapan yang buat aku terkejut.

“ Boleh.”

Tengok senyuman Haslan tu dah tahu dia seronok. Razman dah menghilang ikut nenek dia.

“ Awak…”

“ Sebelum awak nak cakap apa-apa. Rasanya awak dah tahu status saya sekarang kan? Saya janda anak seorang Haslan. Awak nak ke kahwin dengan orang macam saya?” Soalku dengan nada bergetar.

“ Saya tak kisah dengan status awak. Sedangkan Rasullullah pun kahwin dengan janda.”

Jawapan dia ternyata membuatkan aku terdiam. Dalam hati tersenyum. Ya Allah. Adakah dia jodoh sebenar aku?

“ Saya akan usaha lagi sampai awak nak kahwin dengan saya.”

Dan aku terus toleh ke arah lain. Malu.

**
Aku baru saja keluar daripada rumah. Nak ke tempat kerja. Tapi hasratku terbantut saat tiba-tiba dapat panggilan daripada seseorang.

“ Awak. Haslan accident.”

Dan berita itu amat mengejutkan aku. Aku rasa macam nak pitam saat dapat berita tu. Ya Allah.

“ Kat mana?”

“ Kat tepi jalan nak masuk taman rumah awak.”

Selepas dapat tahu tempat kejadian. Aku terus bergegas ke situ. Aku dapat tengok ramai orang berkerumun dekat satu tempat tu. tanpa berlengah, aku pantas turun daripada kereta dan pergi dekat orang ramai tadi.

Sampailah aku dapat tengok Haslan sedang baring tepi jalan. Keadaan dia agak lemah. Darah banyak keluar daripada kepala dia. Ya Allah. Air mataku dah menitis bila tengok semua itu depan mata aku.

“ ya Allah. Macam mana boleh jadi macam ni?”

Aku dah duduk melutut depan dia. Tanganku terketar-ketar tengok keadaan dia sekarang ni.

“ Tak tahu. Kami pun baru dapat panggilan kata dia accident.”

Dengan kekuatan yang masih berbisa, aku memapah dia agar dapat bangun. Tiba-tiba dia buka mata dia sikit saat sedar kehadiran aku. Air mataku dah laju turun ke pipi. Dia tersenyum tengok aku.

“ A..awakkk…a..awak sayang saya tak?” Dengan susah payah dia menyoal aku. Aku menggigit bibir.

“ Ya. Ya. Saya sayang awak.”

Aku dapat tengok dia tersenyum tapi Cuma sekejap bila dia tiba-tiba tarik nafas. Aku dah mula menggelebah. Caranya macam dia sesak nafas. Ya Allah. Haslan! Aku mula menangis. Takut dia akan pergi. Ya Allah.

“ Awak..”

Tiba-tiba dia buka mata dan bangun. Tiba-tiba juga dia duduk melutut depan aku. Aku yang melihat dah terhenti daripada menangis. Muka aku dah jadi terpinga-pinga melihat tingkah dia.

“ Awak. sudi tak awak kahwin dengan saya?”

Bila sedar yang sebenarnya dia sudah tipu aku. Aku terus pukul tangan dia. benci! Geram! Mati-mati aku ingat dia dah pergi tadi tinggalkan aku. Eiii! Rasa macam nak pijak je kepala dia. Wuargh! Dah la malu dengan kawan-kawan dia.

“ Sudi kan?” Sambil terkelip-kelip dia memandang aku. aku yang melihat dah tertawa kecil.

“ Ya. Saya sudi.” Ujarku lalu menoleh ke arah lain. Aku tertawa di atas keterlanjuran aku menangis tadi. Malu gila!

“ Awak. terima kasih.”

Aku menoleh semula ke arah dia dan aku terkejut bila dia membawa dulang kek. Aku menekup mulut tanda tidak percaya dengan semua kejutan ini.

“ happy birthday awak.”

Aku pandang dia dengan renungan tak percaya. Ya Allah. Dia tahu?

“ Agaklah awak nak buat surprise dekat sini?” Aku geram. Tapi dia ketawa.

“ Tempat tak penting. Yang penting awak dah terima saya.”

Akhirnya kami sama-sama tersenyum dengan telatah kami tadi. Malu tapi mahu. Bahagia. Haha.

**
5 tahun kemudian…

Kedengaran suara gelak tawa dari dalam rumah. Aku yang baru balik daripada kerja bergegas masuk ke dalam rumah. Tak sanggup untuk menanggung rindu lagi terhadap suami dan anak-anak aku tu. sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, aku terus meluru ke arah dua orang anak aku itu. masing-masing terlalu leka dengan mainan.

“ Along. Mana angah?” Soalku bila tak nampak kelibat Hafiz. Anak kedua aku tu suka ikut papa dia. tapi sekarang aku tak nampak kedua-dua orang tu.

“ Tadi ikut papa naik atas. Tidur kot.”

Tanpa berlengah aku pantas bergegas naik ke atas. Aku menapak ke arah bilik Hafiz. Terukir juga senyuman aku saat tengok dia elok tidur atas katil. Penat sangat main la tu. Bila dah puas, aku bergerak pula ke arah bilik aku. Masuk je ke dalam bilik, aku dapat nampak suami aku sedang tidur. Haih. Takkan tidur?

“ Abang.”

Aku merapati dia dan baring di sebelah dia. Bila sedar aku ada di sisi dia, dia terus membuka mata dan menarik aku ke dalam pelukan dia.

“ Rindunya dengan isteri abang ni.”

Aku tertawa kecil. Aku toleh sekilas ke arah almari baju. Jelas dahiku berkerut saat nampak ada sebuah beg besar di situ. Aku kembali melihat ke arah dia dengan kerutan di dahi.

“ Abang nak bawa ke mana beg tu?” Soalku ingin tahu.

Dia tersenyum lalu bangun duduk. Kepalaku diletakkan atas ribanya.

“ Malam ni abang nak ke Singapore sayang. Nak uruskan hal rumah kita dekat sana. Abang nak selesaikan secepat yang mungkin. Sorry sebab abang baru cakap. Orang sana call last-last minute.”

Aku dah mula memuncung. Ala. Tak bestnya. Nanti mesti rindu.

“ Alolo. Comelnya isteri abang buat muka macam tu. Jangan risau. Anak-anak ada. Jaga anak-anak kita dengan baik. Mereka nyawa sayang.”

Aku terdiam. Kenapa aku rasa macam ada yang tak kena je ni.

“ Abang sebenarnya nak kena bersiap ni. nanti terlepas flight. Abang ralit tadi sebab tunggu isteri abang balik.”

Perlahan-lahan dia meletakkan kepalaku di atas bantal. Lantas dia bangun dan menuju ke bilik air. Aku pandang beg dia itu dengan suatu perasaan yang tidak enak. Dadaku disentuh perlahan. Kenapa berdebar semacam je ni? Arh! Jangan fikir yang bukan-bukan.

“ Sayang?”

Aku tersedar daripada lamunan. Tup-tup je aku dapat tengok dia yang sudah berpenampilan kemas itu. Aku tersenyum lantas mendekati dia. aku pandang wajah dia dalam-dalam. Aku pasti akan merindui wajah ini nanti.

“ I will miss you dear.”

Tubuhku didakapnya dengan erat. Erat-seeratnya. Bagai tak mahu melepaskan dia lagi. dan entah kenapa air mataku pula menitis. Tak mahu dia perasan aku pantas menyekanya. Senyuman kembali ditarik.

“ me too.”

Pelukan terlerai. Dia mula menarik beg dia. Aku mengekori daripada belakang sampailah ke ruang tamu. Dia mendekati Balqis dan Razman. Kedua-dua orang itu didakapnya dengan erat. Kenapa aku rasa macam akan berlaku sesuatu?

“ Razman. Jaga adik-adik dengan baik ya sayang ya. Tolong mama kalau mama ada kerja. Jangan nakal-nakal bila papa tak ada nanti. Razman anak yang baik kan?” Pesanan Haslan itu sudah cukup membuatkan aku kembali menitiskan air mata.

“ Razman akan jaga adik-adik Razman sebagaimana papa jaga kami dengan mama.” Jawapan itu lagi membuatkan hati aku luluh.

“ Good boy. Balqis. Papa pergi dulu. Kalau rindu papa baca doa. Papa selalu ada dalam hati anak-anak papa.”

Aku mengetap bibir. Bila tengok dia sudah berlalu ke kereta. Aku pun ikut sampai berdepan dengan dia. dia mendekat dan dahiku dikucupnya perlahan sebelum tubuhku sekali lagi didakapnya.

“ I love you Adelia. Thanks because be my wife.”

“ I love you to my husband.”

Tak mahu terus tenggelam dengan perasaan. Dia terus meleraikan pelukan dan masuk ke dalam kereta. Aku pula melihat dia dengan senyuman sampailah dia hilang daripada pandangan. Ya Allah. Lindungilah dia walau di mana dia berada.

**
Keesokan harinya, aku bangun dengan senyuman walaupun dalam hati rindu sangat dengan Haslan. Agaknya sekarang dia tengah buat apa ya? Lepas subuh aku terus ke dapur untuk buatkan sarapan. Tapi sebelum tu sempat lagi aku pergi jenguk anak-anak.

Aku membuka pintu bilik anak-anak. Tersenyum aku saat melihat mereka tidur dengan nyenyak. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya mereka anugerah terbesar dan terindah dalam hidup aku. Terima kasih kerana pinjamkan mereka untuk aku.

“ Mama.”

Aku tersedar saat terdengar suara Balqis yang baru bangun itu. Aku pantas mendukungnya lantas memberikan kucupan pada pipinya.

“ Awalnya anak mama bangun. Lapar ye sayang?”

Kakiku terus dibawa sehingga ke dapur. Balqis didudukkan di kerusi sementara aku menyiapkan sarapan. Bila dah siap aku letakkan atas meja. Dan aku menyuap Balqis. Sedar tak sedar dah pukul 9 pagi. Razman dan Hafiz belum bangun lagi. Lamanya tidur.

“ Sayang tunggu sini ye. Mama nak gerak abang-abang kamu.”

Pantas aku meninggalkan Balqis dengan makanannya. Tapi baru saja aku nak naik atas, pintu rumah tiba-tiba diketuk. Selepas menyarungkan tudung, barulah aku membuka pintu. Dan aku terkejut bila buka-buka ja pintu dah terpampang sekuntum bunga mawar.

“ Maaf. Ini untuk puan. Saya tolong hantarkan je.”

Terpinga-pinga aku dibuatnya. Selepas posmen tadi pergi, aku kembali menutup pintu. Bunga tadi dibelek sampai aku jumpa kad kecil. Belum baca lagi dah tahu siapa pemberinya. Aku tersenyum lagi.

I miss you dear. Take care. ~Your love~

Aku mencium bunga-bunga itu dengan hati yang senang. Abang. I miss you already. Bila abang nak balik?

“ Mama! Telefon bunyi!”

Suara Razman mengejutkan aku. Dengan bunga tadi aku bawa naik ke atas dan menyambut telefon yang Razman beri. Dengan nafas yang tak sekata aku menjawab panggilan tersebut.

“ Helo. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam. Boleh saya bercakap dengan Puan Adelia Zahra?”

“ Ya. Saya yang bercakap. Siapa di sana?”

Hati aku dah tak tenteram. Balqis yang ada di dapur tadi pun dah berdiri di sisi aku. Razman dan Hafiz pun sudah sedar dan duduk depan mata aku. Masing-masing mempamerkan reaksi ingin tahu.

“ Harap puan banyakkan bersabar. Maaf tapi saya terpaksa maklumkan kepada puan juga.”

“ Kenapa encik?”

“ Suami pun baru lepas kemalangan dan keadaan dia sangat parah.”

“ Astagfirullah!”

Terus terlepas bunga tadi daripada peganganku. Air mataku terus menitis laju saat mendapat berita itu. Balqis dah mula merengek. Hafiz pula dah menunjukkan reaksi ingin menangis. Manakala Razman kelihatan resah.

“ Puan? Harap puan bersabar.”

“ Abang!”

**
Setahun kemudian…

“ Sadaqallahul azim…”

Sesudah bacaan Yaasin dibaca, aku mengambil bunga-bunga dalam bekas lalu taburkan di atasnya. Sesudah itu air disiram agar tanah itu menjadi basah. Selepas giliran aku, aku serahkan pula pada Razman. Aku melihat dia dengan hati yang sebak. Dia paling rasai kehilangan orang yang dia sayang. Dua kali dan kali ni benar-benar melukakan hati dia. Tabahlah nak. Semua ini pasti ada hikmahnya sayang.

“ Mama. Papa dapat tengok kita dari atas kan?” Soalan Hafiz membuatkan aku ingin menitiskan air mata. Tapi aku tahan dengan mengukirkan senyuman.

“ Ya sayang. Papa dapat tengok. Sayang nak cakap apa?”

“ Hafiz nak cakap Hafiz sayangkan papa.”

Aku mengangguk kecil lantas meraih tubuh kecil itu ke dalam pelukan aku. Razman yang melihat hanya tersenyum hambar. Dia dah nampak matang dan boleh berfikir dengan sendiri. Dia faham perasaan aku dan adik-adik dia. Sekarang dia bagaikan pendorong adik-adik dia.

“ Dah. jom kita balik. Along. Bawa mereka ke kereta.” Arahku lembut.

“ Baik mama.”

Sebaik sahaja mereka berlalu, aku kembali menoleh ke arah kubur arwah. Ya. Tepat 27.4.2014 di mana aku mendapat panggilan bahawa dia telah kemalangan. Malam itu juga dia disahkan meninggal dunia di sana. Siapa yang tak sedih bila dapat tahu suami meninggal. Dia satu-satunya orang yang aku paling cintai selain anak-anak. Sampai aku rasa nak give up dan jadi tak tentu arah.

“ Lia. Jom kita balik.”

Aku tersenyum sipi. Aku jadi tak tentu arah sampailah dia hadir. Time tu memang aku dah nekad tak nak kahwin lain sebab hanya arwah saja yang terletak dalam hati ini. Tapi disebabkan permintaan tokwan aku dan melihat sikap dia yang sangat caring tu membuatkan aku mematuh untuk terima dia. Dikala aku perlukan sokongan dan hilang pendorong. Dia datang.

Abang. Saya datang bawa anak-anak dengan suami baru saya. Abang tahu tak? Lepas kepergian abang, saya bagaikan mayat hidup. Mujur ada anak-anak yang sentiasa sokong saya. Abang. Walauapapun yang terjadi, abang tetap tersemat dalam hati saya. Khas untuk abang. Abang. Saya pergi dulu. Saya akan datang lagi lepas ni. Assalamualaikum abang.

“ Jom.”

Aku memaut tangannya lalu berjalan meninggalkan kawasan kubur itu dengan hati yang pilu. Abang. Doakan saya bahagia. Abang. Doakan agar ini jodoh sebenar yang disampaikan Allah.

“ Lia.”

Aku menoleh ke arahnya. Senyuman kecil aku hadiahkan.

“ Terima kasih sebab sudi terima abang walaupun time tu Lia dah tak nak terima sesiapa lagi.”

Aku membalas tatapannya seketika sebelum menggariskan senyuman. Ammar Irfan. Itulah nama lelaki yang mengembalikan semangat aku dan anak-anak.

“ Abang. Sepatutnya saya yang kena ucapkan terima kasih sebab masih sudi terima saya even kisah saya penuh dengan derita sebelum ni. Kadang-kadang saya terfikir juga. Saya ni tak berhak bahagia ke sampai terpaksa lalui perpisahan buat kali kedua. Tapi sampai satu saat, saya sedar. Semua ini ujian buat saya. Tanda Allah sayang saya. Dan saya sedar mungkin kali ni… abang adalah jodoh sebenar-sebenarnya yang disampaikan oleh Allah untuk saya. Even lambat abang hadir tapi saya dah cukup bersyukur.” Luahku dengan penuh keikhlasan.

Dia memaut erat tanganku. Dia tersenyum lantas menoleh ke arah  anak-anak yang berada dalam kereta sebelum menoleh kembali ke arahku.

“ Abang tak kisah fasal kisah silam Lia. Yang penting masa depan Lia. Dan masa depan kita semua.”

Tangannya dibawa ke perutku yang makin menampakkan rupa itu. aku tersenyum kecil. kandunganku dah berusia 4 bulan. tak lama lagi Balqis akan dapat adik baru.

“ Maybe sebelum ni Lia ada pernah kata Lia tak nak rasa bahagia lagi dengan mana-mana lelaki. Lia nak bahagia dengan anak-anak ja. Tapi kini, jujur Lia mengaku yang Lia bahagia hidup bersama dengan abang.”

Terus tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Hatiku berasa sedikit tenang bila dia memeluk aku.

“ Itu namanya takdir Lia. Takdir hidup Lia bersama dengan abang.”

Pelukan terlerai dan aku membuat anggukan kecil.  Dia mencuit hidungku pula. Aku tertawa kecil dengan telatahnya.

“ Papa! Mama! Cepatlah!” Jeritan Hafiz mengejutkan kami.

Kami saling berbalas pandangan lantas menoleh ke arah Hafiz.

“ Okay. Kami datang!”

Selepas itu kami saling berbalas pandangan semula lantas tertawa kecil.

“ Jom lah kita. Nanti merengek pula Balqis tu. Sudi ke Lia ikut abang?”

Dia siap menghulurkan tangannya persis seorang Romeo. Aku tertawa lantas menyambut hulurannya itu dengan senang hati.

“ Sudi sangat my prince. Jom.”

Akhirnya, kami berpegangan tangan menuju ke kereta. Dalam hati bersyukur kerana semuanya dah kembali seperti biasa. Aku juga bersyukur dengan anugerah kali ini. Ya Allah. Aku tahu semua ujian-ujian ini kau tujukan buat aku. Dan aku tahu sebab ujian itu aku jadi lebih tabah. Terima kasih Ya Allah.

Akan ada satu ketika bila orang pertama yang paling kau sayang akan pergi meninggalkan kau. Sama ada pergi dari hidup kau atau pergi menemui penciptanya. Semua ini kerana kita semua milik Allah.

~Tamat~

4 comments :

  1. Ya Allah! Jika benar ini kisah khidupn sorg wanita.Sungguh benar ia diuji, tetap dia bertabah dan redha. Kepada insan bernama 'akak' Allah amat sayangkan akak kerna ujian ni untk hambanya yg disygi, saya dpt rasa peritnya kehilgan tu walaupun masih single! btw Tahniah untk penulis cerpen kerna hasilkn cerpen yang menarik berdsrkan kisah yg sbnr.. keep writing! Aduu pnjg ya sya comment..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. 'Akak' tu memang seorang yang kuat orangnya. :)

      Delete
  2. Seorang wanita yang begitu tabah kerana terpaksa berpisah dengan suami yang dicintai..Jika kita menggantikan tempat wanita tersebut hanya Allah sahaja yang tahu

    ReplyDelete
  3. Allah..
    Hebatnya..
    Bertapa tabahnya dia..

    ReplyDelete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers