Oleh sebab semalam Aimi
dah jumpa Razif. Jadi pagi ini dia ambil keputusan untuk berjumpa dengan Razif.
Sebelum tu dia perlu maklumkan kepada Imran terlebih dahulu. Harap-harap Imran
benarkan.
“ Abang.”
Aimi hanya melihat
Imran yang sedang breakfast itu. Sangat berselera. Tersenyum juga jadinya.
“ Yes? Kenapa?” Soal
Imran lantas menghabiskan suapan terakhir.
“ Aimi nak minta izin
nak keluar kejap. Boleh?”
Imran mengelap mulutnya
dengan tisu. Kemudian barulah dia fokuskan pada Aimi. Dahinya berkerut seribu.
“ Aimi nak ke mana? Nak
abang hantarkan?”
Aimi pantas
menggelengkan kepalanya.
“ Tak. Tak payah. Tak
apa. Aimi boleh pergi sendiri.” Tolak Aimi.
“ Tapi Aimi nak ke
mana?”
“ Sebenarnya Aimi nak
jumpa dengan Razif. Boleh kan bang? Banyak benda Aimi nak tahu.”
Imran terus terkedu.
Dia nak jumpa Firhan. Apa aku nak buat ni?
“ Erk.. dia dah tahu ke
Aimi nak jumpa dia?”
“ Belum. Dan Aimi pun
tak ada nombor dia. Abang ada tak nombor dia?”
Imran terdiam. Nak
cakap tak ada, tak mahu kecewakan Aimi. Nak kata ada dia risau benda lain
terjadi. Arh! Kusutnya!
“ Erk… apa kata sayang
cuba tanya Emelda. Dia ada kot.”
“ Yeke? Okay nanti Aimi
cuba. Tapi abang benarkan kan?”
Imran memandang wajah
teruja Aimi itu. tak sampai hati nak kata tidak. Akhirnya dia membuat anggukan
kecil.
“ Pergilah. Tapi jangan
balik lewat.”
“ Okay boss!”
**
Emelda memandang wajah
Faiz dengan perasaan gelisah. Tapi Faiz nampak tenang sangat. Siap boleh
tersenyum lagi. Bila ditanya kenapa? Jawapannya hanya tersenyum. Senyum je yang
dia tahu.
“ Awak!”
Gara-gara geram Emelda
terjerit panggil Faiz yang ralit pandang wajah dia tu.
“ Kenapa?”
Faiz menahan tawa. Geli
hati sebenarnya. Nak tergelak. Yala. Emelda punya cemas semacam.
“ Awak tanya kenapa?
Awak tanya saya kenapa? What?”
Emelda menepuk dahi
dengan perasaan geram. Tanpa dapat ditahan, lengan Faiz terus ditamparnya
sehingga menyebabkan Faiz menyeringai kesakitan.
“ Sakitlah Mel!” Rungut
Faiz. Lengannya diusap lembut. Ada pula dia yang geram lengan aku pula menjadi
mangsa.
“ Yela. Dah awak asyik
senyum senyum je. Geram tahu tak? Awak tahu tak kita akan berdepan dengan Aimi
kejap lagi. dan juga klon Razif tu.”
Faiz menganggukkan
kepalanya sedikit.
“ Ye. Saya tahu. Sebab
tu saya tak jadi cemas macam awak. rileks la. Kalau awak jadi cemas macam ni.
saya takut Aimi jadi syak. Lepas tu siapa yang salah? Awak ke saya?”
Soal Faiz sambil
menjongketkan keningnya.
“ Tapi..”
“ Rileks Mel. Awak
terlalu risau. Firhan tahu dia akan buat apa. dia dah bersedia semenjak kali
pertama mereka bertemu semalam. Just stay cool okay. Dah minum. Nanti Aimi dan
Firhan sampai.” Pujuk Faiz dengan senyuman kecil.
Emelda terdiam. Dia
menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Senyuman cuba ditarik. Tenang
Mel. Tenang. Jangan sampai Aimi syak bukan-bukan.
“ Tu. Diorang dah
sampai.” Maklum Faiz masih berlagak biasa. Tapi Emelda cuba menjadi tenang.
Susah weh!
“ Assalamualaikum.”
Aimi dan Firhan beri salam serentak.
“ Waalaikumussalam.”
Faiz dan Emelda saling
berpandangan seketika sebelum menjemput mereka berdua duduk. Ya. Mereka dapat
lihat wajah Aimi yang ceria itu. kalaulah Aimi tahu perkara yang sebenar.
Adakah Aimi akan ceria macam ni?
“ Korang. Sorry
lambat.”
“ Tak apa. By the way…
aku nak ke tandas kejap.”
Faiz pantas bangun dan
menjeling ke arah Emelda. Suruh Emelda bangun dan berikan mereka ruang. Emelda
yang faham itu terus buat-buat sakit perut.
“ Erk. Beb. tiba-tiba
perut aku sakit. Aku pun nak ke tandas.”
Belum sempat Aimi nak
berkata apa-apa, Emelda terlebih dahulu bangun mengekori langkah Faiz. Barulah
mereka boleh menghembus nafas lega. Firhan yang melihat tahu selepas ini
terserah kepada dia saja. Kalau kantoi pun kantoi la. Firhan meraup wajahnya
perlahan.
“ Razif. Boleh saya
tanya awak sikit?”
“ Erk. Boleh. Apa?”
“ Serius saya nak tahu
ke mana awak pergi selama ni? Time ambil result pun awak tak ada.”
Firhan terkedu.
Sekarang apa jawapan yang patut dia beri? Dia sendiri kelu.
“ Erk. Saya ada hal
sikit. Hal family.” Nafi Firhan.
“ Oh. Saya cari awak.”
“ Untuk apa awak cari
saya?”
“ Sebab saya rindu.
Awak kawan saya.”
Firhan terdiam. Dalam
diam dia mula mengagumi Imran kerana berjaya memiliki gadis yang bernama Aimi
Aisya ini. Bertuah Imran.
“ Jom makan.”
Firhan pantas memanggil
pelayan untuk memesan makanan. Tak usah tunggu Faiz dan Emelda kerana mereka
ingin memberi ruang kepada dia dan Aimi untuk berbual.
“ Kak. Bagi saya air
kosong dan nasi goreng. Bagi pedas sikit ya.” Ujar Firhan lantas menoleh ke
arah Aimi.
Tapi Aimi terdiam.
Firhan jadi pelik.
“ Aimi?”
Aimi tersentak.
“ Semenjak bila awak
suka pedas?”
Okay. Kali ini Firhan
terkedu. Lidah kelu untuk menjawab. Aduh! Masak! Nak jawab apa ni?
“ Erk. Tu dulu.
Sekarang dah suka.” Jawab Firhan lantas buat-buat pandang skrin telefon.
Aimi hanya mendiamkan
diri lantas giliran dia pula membuat pesanan. Bila selesai membuat pesanan,
Aimi kembali menoleh ke arah Firhan yang sibuk dengan telefon bimbitnya itu.
“ Razif. Awak dah ada
girlfriend?”
Firhan tersenyum sipi.
Terbayang wajah bakal tunangnya yang manis dan pemalu itu.
“ Ada. Saya rasa sangat
beruntung memiliki dia. Kami dah nak bertunang.”
Jelas kelihatan wajah
yang ceria daripada Firhan. Aimi yang melihat tersenyum kecil. Baguslah Razif
dah ada
orang lain.
“ Baguslah. Dapat juga
awak lupakan saya. Saya nak minta maaf sebab buatkan awak kecewa dulu.”
Aimi tunduk memandang
jari. Razif masih tidak tahu yang dia sakit sebelum ini.
“ No hal. Benda kecil
je. Lagipun tu cinta monyet je la awak.”
Firhan kembali
memandang ke arah skrin phone bila phone itu bergetar. Baru sesaat, tercetus
tawanya. Aimi yang melihat dah terdiam. Kenapa dia rasakan Razif semakin jauh
daripada dia? kenapa dia rasa Razif dah banyak berubah? Atau dia yang tersilap?
“ Nama bakal tunang
awak?” Soal Aimi dengan teragak-agak.
Firhan mendongak
memandang Aimi.
“ Liana.”
“ Siapa? Saya kenal
ke?”
“ Tak. Awak tak kenal.”
“ Macam mana awak kenal
dia?”
Firhan tertawa kecil.
Macam mana aku boleh kenal dia? Bila ingat memang lawak.
“ Macam mana saya kenal
dia? Time tu saya dah lewat sangat nak masuk dewan peperiksaan. Saya jadi
kalut. Jalan pun tak tengok orang dah. Sampai saya terlanggar dia. Time tu la
saya kenal. Mula-mula kenal memang dia garang. Tapi lama-lama pemalu
sebenarnya.”
Aimi tersentak.
Melihatkan wajah teruja Firhan itu membuatkan dia jadi makin tertanya-tanya.
Semenjak bila Razif lewat? Seingat dia sepanjang exam berlangsung, mereka ke
sekolah bersama-sama. Tak ada satu hari pun mereka pergi berasingan. Hatinya
makin tak sedap.
“ Umur dia berapa?”
“ Baru habis SPM. Nanti
saya kenalkan.”
Aimi ingin membuka
mulut lagi tapi makanan sudah sampai. Terbantut terus dia nak tanya. Akhirnya
dia hanya mendiamkan diri sambil makan. Dalam hati rasa nak nangis. Rasa macam
ada yang tak kena. Betul ke depan dia ni Razif?
“ By the way… beruntung
Imran dapat awak.”
Aimi menjeling Firhan
yang tengah makan itu. Tiba-tiba matanya dapat tangkap sesuatu. Terus dia
mendongak melihat Firhan.
“ Razif. Tangan kanan
awak tu kenapa?”
Firhan tunduk melihat
tanda hitam yang ada pada bawah lengannya itu. Serentak itu dia terfikir
sesuatu. Adakah Razif tak ada tanda hitam ni? memang tak ada la dah ini tanda
lahir kau Fir! Aduh! Apa aku nak jawab ni?
“ Erk. Terkena api.
Haah. Terkena api time saya nak masak.” Firhan dah tersengih. Tapi dia sempat
menjeling ke arah kirinya. Tercari-cari kelibat Faiz dan Emelda. Help me!
“ Yeke?”
Entah kenapa Aimi
langsung tidak percaya akan kata-kata Firhan itu. Tapi dia tetap memberikan
senyuman buat Firhan.
“ Awak dah banyak
berubah.” Suara Aimi perlahan tapi masih mampu didengari Firhan. Firhan yang
dengar terus terdiam. Maafkan saya Aimi. Saya bukan Razif awak.
**
“ Macam mana saya kenal
dia? Time tu saya dah lewat sangat nak masuk dewan peperiksaan. Saya jadi
kalut. Jalan pun tak tengok orang dah. Sampai saya terlanggar dia. Time tu la
saya kenal. Mula-mula kenal memang dia garang. Tapi lama-lama pemalu
sebenarnya.”
Kata-kata itu kembali
bermain dalam fikirannya. Makin lama makin jelas. Tapi dia menidakkan. Tak. Itu
Razif. Aku yakin itu dia. Kalau tidak kenapa dia masih kenal aku?
“ Erk. Terkena api.
Haah. Terkena api time saya nak masak.”
Kali ni kata-kata itu
pula berulang tayang dalam fikirannya. Aimi terus meraup wajahnya perlahan.
Rasa kusut sangat fikirannya sekarang. Tanpa dipinta, air matanya dah
bergenang. Entah kenapa, dia rasa makin jauh dengan Razif.
“ Sayang.”
Aimi pantas menyeka air
matanya. Tak nak Imran tahu dia nak menangis. Bila rasa dah okay, barulah dia
menoleh memandang Imran. Imran yang baru balik daripada kerja itu pantas
mendapatkan isterinya. Dahi itu dikucup sebelum dia memandang tepat ke arah
mata Aimi. Tapi dia terus mengerutkan dahi di saat dia perasan sesuatu.
“ Sayang? Kenapa mata sayang
merah?”
Aimi tersentak.
Bibirnya diketap kuat.
“ Tadi mata masuk
habuk. Tu yang merah.” Nafi Aimi lantas duduk di birai katil. Nak mengelak
sebenarnya.
Imran terdiam. Dia
tidak percaya. Dia tahu Aimi mesti baru lepas nangis. Dia kenal sangat dengan
Aimi. Aimi memang tak boleh menipu dirinya.
“ You lying
sweetheart.”
Imran terus duduk di
sisi Aimi. Tangan itu dicapainya lalu dikucup lembut. Matanya setia memandang
ke arah Aimi.
“ No. I’m not lying.”
Dalih Aimi lagi lantas menarik senyuman.
Imran mengeluh kecil.
Susah sangat nak suruh Aimi mengaku.
“ It’s okay kalau
sayang tak nak cakap. But please don’t cry. If you want to tell me something.
Just tell me. I will hear you.”
Aimi hanya
menganggukkan kepalanya. Maafkan Aimi abang. Aimi terpaksa tipu.
“ I miss you so much
dear.”
Terus tubuh Aimi
ditarik ke dalam pelukan. Ubun-ubun Aimi dikucup berkali-kali.
“ I miss you to. Abang
pergilah mandi dulu. Aimi pergi siapkan makanan.”
Pelukan direnggangkan.
Aimi tersenyum sebelum bangun untuk keluar. Tapi lengannya terlebih dahulu
ditarik sampai Aimi terduduk atas riba Imran.
“ Abang.”
Imran tersenyum. Dia
menarik Aimi ke dalam pelukannya. Semakin lama semakin erat. Aimi yang menerima
pelukan itu hanya terdiam.
“ Please don’t go.”
Imran merenggangkan
pelukan. Dengan penuh redup dia merenung wajah Aimi. Wajahnya juga dirapatkan
sehingga hidung dia dengan Aimi bertembung.
“ Abang. Saya nak
siapkan makanan la.” Dengan gugup Aimi berkata. Tapi Imran menarik dia dengan
lebih rapat. Hatinya dah berlagu rancak.
“ I miss you dear.”
Belum sempat Aimi nak
menjawab, bibirnya terlebih dahulu dikucup. Dia memejamkan matanya erat. Dia
turut membalas sehinggalah Imran melepaskan bibirnya. Seketika mereka saling
berpandangan sebelum Aimi menyembunyikan wajahnya di dada bidang Imran.
“ Abang jahat!”
Imran terus tertawa.
Seronok tengok Aimi yang malu itu.
“ Still malu dengan
abang erk?”
Aimi mendongak
memandang ke arah Imran. Dia memberanikan diri bertentang mata dengan Imran.
Tapi dia tewas. Akhirnya dia terus tolak perlahan tubuh Imran lantas berlalu ke
pintu.
“ Saya tunggu dekat
bawah.”
Terus Aimi keluar
dengan debaran yang menggila. Imran yang melihat dah ketawa. Tapi dalam hati
dia turut rasa berdebar. Oh Aimi! I really really love you my dear.
No comments :
Post a Comment