Dokumen kerja yang
berada di atas meja dikerling sekilas. Dengan perasaan kosong dia menolak
dokumen itu ke tepi. Matanya terus tertumpu pada skrin phone. Pesanan ringkas
daripada Firhan itu betul-betul menarik perhatian dia. Sampai buatkan dia tak
ada hati lagi untuk buat kerja. Macam-macam perasaan dia rasakan sekarang.
Aku
tak tahu. Tapi aku rasa dia dah syak bukan-bukan dekat aku la bro. Aku risau
kalau aku jumpa dia lagi, rahsia kita akan terbongkar.
Imran meraup wajahnya
perlahan. Hatinya sudah jadi tidak tentu arah. Dia paling risaukan hal ini.
Kalau Aimi dapat tahu. Mestilah Aimi akan kecewa gila. Sebab ramai orang
sanggup tipu dia fasal kematian Razif. Ya Allah. Apa patut aku buat ni?
Tok! Tok!
Bunyi ketuka pintu
mengejutkan dia daripada lamunan. Pantas dia menyimpan telefon bimbitnya ke
dalam poket seluar. Dia tak nak fikir lagi tentang hal itu. Buat serabut
kepala.
“ Masuk!” laung Imran
lantas kembali fokus kepada kerja.
“ Abang.”
Terjengul Aimi ke dalam
bilik kerja Imran. Perlahan-lahan dia menutup pintu lantas bergerak ke arah
Imran. Sengaja hari ini dia nak buat surprise dekat Imran. Nak lunch sama-sama.
Imran yang melihat kehadiran Aimi dah terkejut besar.
“ Sayang!”
Imran terus bangun dan
memeluk Aimi. Perasaan dia sekarang ni jangan cakaplah. Happy sangat-sangat.
“ Aimi bawakan makanan.
Jom lunch sama-sama.” Ajak Aimi lantas meleraikan pelukan.
Dia mula bergerak ke
arah meja kecil yang berada di tengah-tengah bilik tersebut. Tempat kosong di
sofa diambilnya lantas mengerling ke arah Imran yang masih berdiri tegak itu.
“ Abang. Come.” Panggil
Aimi sambil menepuk tempat kosong disebelahnya dengan senyuman.
Imran hanya menurut dan
mengambil tempat di sebelah Aimi. Matanya tak habis-habis merenung ke arah
Aimi. Aimi yang perasan akan renungan Imran itu hanya buat biasa walaupun
jantung dah tak nak duduk diam.
“ Abang. Abang banyak
kerja ke?” Soal Aimi tanpa menoleh ke arah Imran. Dia takut dia akan kalah pada
panahan mata Imran. Nanti hati jadi melting lagi.
“ Tak. Tak banyak.
Kenapa sayang?”
Tangannya mula mengelus
lembut pipi Aimi sampai membuatkan Aimi rasa geli. Tapi tidak lama bila Imran
menarik perlahan wajah Aimi sehingga bertentangan mata dengan dia. Imran
tersenyum nakal.
“ Sayang macam
tahu-tahu je abang rindukan sayang.”
Aimi tersengih. Dia
buat-buat pandang ke arah lain. Hati dah bermain lagu rancak. Tahan! Tahan
debaran tu Aimi! Wuargh! Tak suka!
“ Yeke? Aimi tak rindu
pun.” Balas Aimi dengan riak selamba.
Imran dah menjongketkan
kening. Tak rindu? Imran menahan senyum. Saja la tu.
“ Yeke tak rindu? Betul
tak rindu?”
Imran mula merapatkan
wajahnya ke arah Aimi. Aimi yang sedar hal itu pantas mengundurkan badannya ke
belakang sampai tak sedar yang dia sudah terbaring. Kini Imran betul-betul
rapat dengan diri dia. Hanya tangannya saja menahan dada bidang Imran daripada
terus rapat.
“ Abang..”
“ Betul ke tak rindu
sayang? Hurmm..”
Aimi berusaha menolak
dada Imran agar menjauh. Tapi hampeh! Makin rapat adalah sampai hidung mereka
bertemu. Buat seketika mereka saling berpandangan sampai Imran mengucup pantas
bibir Aimi. Bila dah dapat, Imran terus bangun lantas tertawa kecil. seronok
mengusik Aimi.
Aimi dah rasa
berbahang. Cepat-cepat dia bangun dan duduk tegak. Wajah Imran langsung tidak
dikerling. Geram! Suka hati nak usik orang! Benci! Tanpa dapat ditahan,
tangannya terus menampar kuat lengan Imran yang sedang ketawa itu.
“ Ouch!”
Aimi terus ketawa
melihat wajah Imran yang kesakitan itu.
“ padan muka! Gelak
lagi.”
Imran menjeling geram
ke arah Aimi. Hidung Aimi pula jadi mangsa tarikan Imran.
“ Abang!”
Imran tersengih jahat.
Manakala Aimi pula dah memuncung. Tapi tidak lama bila perut dia mula
bermainkan drum sampai menarik perhatian Imran. Akhirnya Aimi hanya tersengih
malu.
“ Sorry sayang. Tak
tahu sayang lapar sangat. Okay jom kita makan.”
Imran mula mengeluarkan
Tupperware daripada beg plastik. Tudung Tupperware dibuka dengan
perlahan-lahan. Selepas itu dia dapat menghidu aroma masakan Aimi yang menusuk
kalbu itu. Haha. Sedap! Belum rasa lagi.
“ Aimi tak tahu sedap
ke tidak.” Ujar Aimi dengan teragak-agak. Dia main masak je ikut resepi mak
dia.
“ Abang makan je apa
yang sayang masak. Abang rasa ye?”
Aimi terus
menganggukkan kepalanya. Dalam diam dia berdebar menanti respon Imran itu.
Imran mula rasa masakan Aimi. Sesaat. Dua saat. Tiga saat. Tapi Imran still
bereaksi biasa tanpa berkata apa-apa. Aimi dah tak senang duduk.
“ Abang. Sedap tak?”
“ Sedap. Not bad.”
Imran teruskan suapan.
Aimi yang melihat tidak percaya.
“ Abang tipu.”
Imran menghentikan
suapannya. Dijeling Aimi sekilas sebelum melebarkan senyuman. Akhirnya, dia
mengambil sedikit nasi dan lauk ikan bawal itu lalu bersedia untuk menyuap
Aimi.
“ Buka mulut. Abang
suap.” Arah Imran lembut.
Aimi tanpa bantahan
hanya menurut. Dia membuka mulut dan dengan perlahan-lahan dia mula mengunyah.
Makin lama makin laju kunyahannya. Wajahnya yang takut tadi terus menjadi
ceria. Imran yang lihat dah tersenyum.
“ Sedap kan? Abang tak
tipu.”
Aimi tersengih. Lega!
Aku ingat tak jadi tadi. Nasib baik jadi. Alhamdulillah.
“ Doktor!”
Tumpuan mereka
terganggu saat ada nurse memanggil Imran. Pintu sudah dikuak sedikit dan
terjengul muka nurse Izati yang kelihatan resah.
“ Ada apa Izati?”
Dengan serius Imran menyoal. Dia menghabiskan suapan terakhir lalu menghirup
air kosong dengan rakusnya. Selepas itu barulah dia bangun dan berdepan dengan
Izati.
“ Ada emergency. Doktor
kena pergi wad ICU sekarang juga.” Maklum Izati.
Imran terus
menganggukkan kepalanya.
“ okay. Tunggu saya
dekat sana. Nanti saya datang.”
Imran kembali melangkah
ke arah Aimi yang sedang melihatnya.
“ Abang kena keluar
kejap. Aimi tak apa kan makan sorang-sorang?” Dengan serba salah Imran menyoal.
“ Tak apa. Abang
pergilah. Aimi tunggu dekat sini.”
“ Okay. Thanks sayang.
Abang pergi dulu. Tapi sebelum tu..”
Cup!
Imran terus berlalu
sebaik sahaja berjaya mencium pipi Aimi. Aimi yang mendapat ciuman itu hanya
menggelengkan kepalanya. Sempat lagi tu. Sabar je la dengan suami aku ni.
Tumpuannya kembali
terarah pada makanan didepan mata. Tanpa berlengah, dia pantas menghabiskan
makanan yang masih ada. Perut dah lapar sangat. So tunggu apa lagi? Makan!
“ Seorang pun seorang
lah. Janji kenyang.”
Bila dah kenyang, Aimi
mula memerhati bilik itu. Kemas dan teratur. Pandai suami aku menjaga kebersihan.
Sedap je mata memandang.
Laju saja dia bangun
dan menuju ke arah meja Imran yang selalu duduk itu. Dalam otaknya sekarang ni
terdetik nak duduk sambil berlagak jadi doktor. Aimi tersengih. Terus dia duduk
atas kerusi tersebut.
“ Ye nurse? Boleh saya
bantu?” Aimi siap mengajuk suara Imran.
Tanpa dapat ditahan,
dia terus menghamburkan tawa. Merepek betul aku ni! Dapat tahu dek Imran,
habislah! Bosan pula. Tangannya pula mula mencari kerja. Satu-satu laci
dibukanya sampai matanya menangkap satu fail kuning yang terletak dalam laci
bawah sekali.
“ Fail apa ni erk?”
Perasaan ingin tahu
membuak-buak dalam hatinya saat ini. Dia mendongak ke arah pintu seketika
sebelum kembali memfokuskan pada fail tadi. Dengan debaran menggila, tangannya
mula mengeluarkan isi fail tersebut.
“ Eh!”
Aimi mengerutkan dahi.
Terpampang namanya atas kertas itu.
Aimi
Aisya binti Azmir. Penerima jantung.
Aimi tersentak.
Penerima jantung? Ya Allah. Agaknya siapa penderma jantung aku ni? Aimi kembali
membaca kertas itu. Dari atas sampai ke bawah dia teliti. Tapi tiada nama
penderma. Aimi mengeluh hampa.
Terus dia memasukkan
kembali kertas itu ke dalam fail tersebut. Baru saja dia nak simpan semula,
matanya terlebih dahulu menangkap satu dokumen yang berada dalam laci tadi
juga. Pantas tangannya menarik dokumen tersebut dengan berhati-hati. Fail tadi
kembali disimpan.
Penderma-penderma
jantung
Aimi terus menyelak
muka surat seterusnya selepas membaca tajuk dokumen tersebut. Hatinya
membuak-buak ingin tahu. Dia mencari-cari namanya dalam 100 orang yang turut
mendapat nasib seperti dia. Cari punya cari, ternyata namanya berada dalam
bilangan 99 daripada 100 orang. Dia mula mengukirkan senyuman.
“ Yes! Got it!”
Tapi senyumannya terus
mati saat melihat nama penderma jantungnya.
Muhammad
Razif bin Hisyam. Penderma jantung bagi pesakit Aimi Aisya binti Azmir.
**
“ Saya pergi dulu.”
Selesai saja tugasnya
di wad ICU, dia bergegas menuju kembali ke arah bilik kerjanya. Rindu nak jumpa
isteri yang tengah menunggu. Tapi sebelum masuk, sempat lagi dia menarik nafas
dan menarik senyuman yang paling ikhlas buat dirinya. Barulah dia membuka pintu
dan masuk ke dalam.
“ Sayang.”
Tapi tiada sahutan.
Imran meliar sekeliling biliknya. Aimi tak ada. Beg tangan dia juga tiada.
Imran mengerutkan dahi seketika. Ke mana isteri aku pergi? Aku suruh dia tunggu
tadi. Tanpa berlengah dia pantas menuju ke meja kerjanya.
Belum sempat dia nak
duduk, telefon bimbitnya terlebih dahulu berbunyi menandakan ada pesanan
ringkas masuk.
Abang.
Maaf. Aimi terpaksa balik dulu.
Terlepas keluhan kecil
daripada mulutnya. Niat di hati baru nak bermesra dengan Aimi. Tapi Aimi dah
balik. Sayang. Kenapa tak tunggu abang? Terus dia tunduk menyembamkan wajahnya
di meja.
Tiba-tiba dia terasa
ada sesuatu di bawah kakinya. Dia pantas tunduk. Rupanya kertas kerjanya
terjatuh. But, how? Imran dah mula jadi pelik. Kertas tadi ditatapnya sekilas.
Baru saja dia nak simpan ke dalam laci, nama di atas kertas itu menarik
perhatiannya.
Penerima
jantung Aimi Aisya
Imran terus terkedu.
Sekali lagi dia melihat kertas itu. Dan wajahnya terus diraup. Ya Allah. Adakah
Aimi dah tahu siapa penderma jantung tu? Tapi ini just maklumat diri dia. Bukan
fasal penderma jantung.
Cepat-cepat dia
menyimpan kertas itu ke dalam laci. Then, telefon bimbitnya di capai dan dia
mula menaip message buat Aimi.
Sayang
dekat mana? Abang datang ambil.
Imran terus bangun
daripada kerusi dan menuju ke pintu. Belum sempat dia nak memulas tombol pintu.
Telefon bimbitnya berbunyi lagi.
No.
Just leave me alone. Aimi nak jalan-jalan ambil angin. See you soon abang.
Imran merengus kasar.
Tapi dalam hati dah menjerit memanggil nama Aimi. Tanpa berlengah, dia pantas
keluar daripada situ. I don’t care. Apapapun abang mesti cari Aimi.
**
Maka
ini dimaklumkan, pesakit Muhammad Razif bin Hisyam telah mendermakan jantungnya
kepada pesakit Aimi Aisya. Pesakit yang berumur 18 tahun ini telah pun
meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah dalam kemalangan.
Ayat-ayat itu kembali
bermain dalam fikirannya. Puas ditolak tapi hatinya semakin yakin yang Razif
dimaksudkan adalah Razif sahabatnya. Rakan sekolahnya. Bibirnya diketap kuat.
Sekuat hati dia cuba menahan diri daripada mengalirkan air mata.
Tapi sekuat manalah
hati dia sekarang ni. Puas ditahan, puas dielak. Namun, ia tetap mengalir jua
ke pipi. Makin lama makin laju sehingga tangannya sudah penat untuk menyeka.
Akhirnya, dia membiarkan air mata itu mengalir dengan sendirinya.
“ Razif! Kenapa? Kenapa
awak buat saya macam ni?” Jerit Aimi dengan hati yang pedih. Sangat pedih!
Orang yang disangka masih hidup ternyata dah pergi.
Angin bayu datang
menyapa wajahnya. Tapi itu belum cukup untuk menenangkan hatinya yang sedia
sakit itu. Sedih. Kecewa. Marah. Semuanya bercampur baur saat ini. Matanya
terus memandang jauh ke hadapan melihat laut ciptaan Allah. Tercetus senyuman
hambar pada wajahnya.
“ Razif.”
Menangis. Menangis dan
menangis. Itu saja yang mampu dilakukan Aimi buat masa sekarang. Terlalu pedih
dia rasakan. Tangan kanannya menyentuh dadanya dengan perasaan sakit. Jantung
ini. jantung ini ternyata milik awak Razif. Milik awak. Ya Allah!
Aimi mula memejamkan
matanya erat. Dibiarkan saja air mata itu terus mengalir tanpa diseka. Dia
menekup wajahnya dan hamburkan segala tangisnya di situ. Tak dapat ditahan,
akhirnya dia terduduk dengan perasaan lemah.
Namun, belum sempat dia
jatuh, badannya terlebih dahulu disambut oleh seseorang. Aimi terus menjatuhkan
tangannya dan mendongak untuk melihat insan itu. Imran!
“ Sayang.”
Imran tersenyum hambar.
Dah 5 minit dia berada di belakang Aimi. Semuanya dia dah dengar. Rupanya Aimi
benar-benar dah tahu siapa penderma jantung tu. Hati dia lagi sakit kerana
terpaksa melihat kesedihan Aimi sekali lagi. Dia lagi pedih melihat Aimi
menangis.
“ Lepas.”
Aimi terus melepaskan
diri daripada rangkulan Imran. Kakinya laju melangkah ke arah persisiran
pantai. Kalau boleh dia nak berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi. Namun,
belum sempat dia nak melangkah lebih jauh. Tubuhnya terlebih dahulu dipeluk
daripada belakang.
“ Sayang. Please.
Jangan seksa diri macam ni.” Imran cuba memujuk.
“ Lepas! Lepaskan saya!
Abang kejam! Abang sanggup tipu saya. Abang tipu!” Aimi mula membentak dalam
pelukan Imran. Tapi dia tak berjaya bila Imran makin mengeratkan pelukan.
“ Maafkan abang. Tapi
semua ini permintaan dia sendiri. Dia tak nak sayang tahu sebab takut sayang
sedih.”
Aimi mendengus marah.
Air matanya terus diseka kasar. Sekuat hati dia cuba melepaskan diri. Sampai
dia terpaksa pukul tangan Imran. Tapi Imran tahan. Dia takkan sesekali lepaskan
Aimi. Tidak sama sekali.
“ I’m sorry sayang. I’m
really sorry.”
Giliran Imran pula
ingin menitiskan air mata. Dia tak sanggup tengok kesedihan Aimi.
“ Le..pas… lepas…”
Bentakan Aimi semakin
lemah sampai akhirnya dia kembali menangis dalam pelukan Imran. Tapi dia terasa
semakin lemah sampai dia dah tak mampu berdiri. Imran yang menyedari hal itu
cepat-cepat mencempung tubuh Aimi sehingga jauh daripada kawasan pantai.
“ Sayang?”
Aimi mendongak melihat
Imran. Dia tersentak saat perasan mata merah Imran. Imran menangis? Dia dapat
lihat kesedihan dalam mata Imran. Adakah kerana dia?
“ Abang.. kenapa?
Kenapa?”
“ Syuhh. Semua yang
berlaku ada hikmahnya sayang.”
Aimi kembali
mengalirkan air matanya. Dia sendiri tak kuat. Macam mana dia nak hadapi hal
ini.
“ Lepaskan semuanya
sayang. Lepas kalau itu buatkan sayang lega.”
Akhirnya, Aimi terus
memeluk Imran inginkan kekuatan. Imran membalas pelukan Aimi dengan senyuman
tawar. Tanpa dipinta, air matanya turut mengalir jua. Maafkan abang sayang.
Maafkan abang.
Next please writer....
ReplyDelete