Alhamdulillah. Ternyata ada juga yang menanti-nantikan enovel ni. By the way.. lagi 2 bab habislah. So, nantikan la ye? Hehe.
Selepas yakin Aimi
benar-benar telah tidur, barulah Imran keluar daripada bilik. Dia menuju ke
ruang tamu dengan perasaan lemah. Wajahnya diraup perlahan. Dia tak tahu nak
berdepan dengan Aimi macam mana selepas ini.
“ Dia dah tidur?”
Imran membuat anggukan
perlahan. Selepas pulang sahaja daripada pantai, Imran terus mendail nombor
Faiz dan Emelda agar datang ke rumah. Dia perlukan bantuan mereka berdua.
“ Dia nampak lemah
sangat. Aku tengok tadi pun tak sampai hati. Dia benar-benar sedih bro. Aku
risau. Aku takut dia terlalu fikirkan fasal tu.”
Imran duduk di depan
Faiz dengan senyuman kelat. Faiz yang melihat pula turut rasa sedih sebab Imran
nampak tidak terurus. Emelda di sebelah sudah dikerling. Emelda daripada tadi
asyik mendiamkan diri.
“ Tapi aku bersyukur
sebab dia dah tahu. Makin lama kita simpan makin terseksa. Baguslah kalau dia
tahu. Tak perlu juga Firhan teruskan penyamarannya.” Suara Faiz pula lantas
tersenyum kelat.
Imran terdiam. Betul.
Tapi dia tak sanggup tengok keadaan Aimi tadi. Hati dia menangis pilu tengok
keadaan Aimi yang kesedihan tadi. Ya Allah. Kuatkanlah semangat aku. Berilah
dia kekuatan.
“ Im.” Panggil Emelda
dengan perlahan.
Faiz dan Imran terus
menoleh ke arah Emelda.
“ Bila keadaan dia dah
tenang. Awak perlu ceritakan perkara yang sebenar dekat dia. Or dia akan
salahkan kita semua Im. Saya sedih tengok dia.”
“ Saya akan cerita. But
not now.”
Keadaan kembali sunyi.
“ Aku rasa kami kena
balik dulu. kau tenangkanla dia Im. Jom Mel.”
“ Terima kasih.”
“ No hal bro.”
Balik saja Faiz dan
Emelda, Imran terus menapak naik ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup perlahan
sebelum mendekati Aimi yang sedang tidur itu. Walaupun tengah tidur, tapi mata
Aimi nampak bengkak. Terlalu banyak nangis. Imran yang melihat dah mengeluh
kecil.
“ Sayang. Maafkan
abang. Tapi abang turut terseksa tengok sayang macam ni. You don’t have any
idea how much I hurt when I see you crying. Please dear… don’t cry. I felt the
same.”
Air mata yang bergenang
pantas diseka. Perlahan-lahan dia turut berbaring di sebelah Aimi. Ubun-ubun
Aimi dikucupnya lembut bersama dengan perasaan rindu. Kemudian tubuh itu
dipeluknya erat.
“I love you dear.
Really love you.”
Bersama dengan
kesedihan, Imran turut terlena di sisi Aimi.
**
Aimi tersedar saat
terasa berat pada perutnya. Perlahan-lahan dia membuka mata dan dia dapat
melihat wajah Imran yang sedang terlena disisinya itu. Senyuman kecil tercetus.
Terus dia membalas pelukan Imran. Wajah itu ditatap dengan penuh kasih sayang.
Tapi tidak lama bila
dia teringat hal pagi tadi. Senyumannya terus mati. Dia juga ingat lagi
bagaimana Imran memujuknya. Aimi kembali memandang ke arah siling. Perasaan dia
saat ini kosong. Dia tak tahu apa dia akan lakukan. Razif memang betul-betul
dah tiada.
Jantung ini. Jantung
ini milik dia. Aimi memejamkan matanya erat. Tanpa dipinta, ada air mata
mengalir sampai tertitis di atas pipi Imran. Tak mahu Imran tersedar, dia
pantas menyeka air mata tersebut. Tapi semuanya dah terlambat bila Imran dah
tersedar.
“ Sayang?”
Imran terus bangun
duduk. Wajahnya diraup perlahan. Agaknya berapa lama mereka terlena tadi.
“ Sayang dah bangun?
Sorry. Abang pun tertidur tadi.”
Imran menguap sekali
lagi. Dia terlalu mengantuk. Semalam dah la tak cukup tidur.
“ Abang.”
Aimi turut bangun dan
duduk di sisi Imran. Kepalanya disandarkan pada bahu Imran. Tanpa dipinta, bahu
Aimi terus dipaut Imran. Melihatkan wajah Aimi yang mendung itu tahulah dia
Aimi masih teringat akan hal Razif.
“ Are you okay?”
Aimi tersenyum kelat.
Dia tidak menjawab persoalan Imran malah terus merangkul erat lengan Imran. Dia
rasa dilindungi bila berada dalam dakapan Imran. Dia rasa selamat.
“ Sayang. Please answer
me.” Imran dah mula risau. Sebab daripada tadi Aimi hanya mendiamkan diri. Aimi
yang diam bukanlah dia yang sebenar.
Aimi mengerling sekilas
ke arah Imran sebelum menganggukkan kepalanya.
“ Okay walaupun sakit.”
Aimi terus menoleh ke
arah lain apabila terasa ada air mata ingin mengalir. Imran yang sedari hal itu
pantas menarik Aimi ke dalam pelukannya. Kepala Aimi dikucupnya perlahan.
“ Abang minta maaf
sayang. Kami semua minta maaf sebab terpaksa tipu sayang. Abang takut sangat
kalau sayang terlalu sedih bila dapat tahu hal ini. Abang tak nak sayang
kecewa. That’s why kami terpaksa tipu. dan kami pun tak sangka ada muka yang
mirip dengan Razif. Please jangan salahkan Firhan. Kami yang suruh dia
menyamar.” Jelas Imran panjang lebar.
Aimi terdiam. Jadi nama
sebenar lelaki itu ialah Firhan. No wonder setiap kali jumpa dengan dia, dia
terasa lain. Rasa berbeza sangat.
“ Boleh abang beritahu
segala-galanya pada Aimi? Aimi nak tahu semuanya. Kenapa dan macam mana hal ni
boleh terjadi.” Pinta Aimi tanpa memandang ke arah Imran.
Imran menarik nafas
dalam. Bila teringat peristiwa itu, pasti dia rasa sesak nafas. Rasa sukar
sangat nak cerita. Tak sampai hati. Pedih dia rasakan. Sedih.
“ Selepas sayang masuk
wad ICU. Masa tu jugalah Razif masuk hospital. Dia kemalangan. Dan yang paling
mengejutkan abang dia tahu sayang sakit. Masa dia dalam keadaan parah dia suruh
abang ambil jantung dia dan dermakan pada sayang. Serius, time tu abang tak
tahu apa patut abang buat. Abang buntu. Sebab abang tak nak kehilangan dua-dua
orang yang abang sayang.”
Imran berjeda seketika.
Aimi masih diam menantikan kata-kata yang seterusnya.
“ Abang cakap dekat dia
jangan mengarut sebab dia akan selamat. Tapi dia lebih tahu ajal dia sampai
situ saja. Dia kata dia bodoh sebab selama ni dia tak perasan yang sayang
sakit. Sebelum dia kemalangan tu baru dia dapat tahu. Dia rasa sedih sangat.”
Aimi mengetap bibir.
Dia dapat bayangkan perasaan Razif pada masa itu. Maafkan saya Razif. Saya
terpaksa rahsiakan.
“ Dia suruh abang
terima permintaan dia yang terakhir. Bila abang setuju, dia semakin parah. Dan
akhirnya.. Allah lebih sayangkan dia.”
Aimi terus memejamkan
matanya. Dia merelakan air matanya menitis lagi. Imran yang melihat terus
menyeka air mata itu. Sebab inilah dia malas nak ungkit. Dia takut Aimi akan
jadi lebih sedih.
“ semua ni salah Aimi.
Aimi dah banyak menyusahkan semua orang. Kenapa tak biar Aimi mati je?”
Aimi terus menyalahkan
dirinya. Dadanya ditumbuk dengan bertubi-tubi tapi tidak lama bila kedua-dua
belah tangannya digenggam Imran. Dia mendongak memandang Imran yang tajam
merenung dirinya ketika itu.
“ Stop blame yourself
dear. You’re not wrong. Semua ni takdir sayang. Dah takdir Razif pergi dulu.
Please jangan salahkan diri. Razif pun tak pernah minta sayang salahkan diri
sayang.” Imran cuba memujuk.
Aimi tersenyum tapi
sinis.
“ Aimi dah kehilangan
kawan baik Aimi abang. Abang senanglah cakap sebab abang tak pernah alami.
Abang tak pernah kehilangan orang yang tersayang!”
Aimi tidak sengaja
meninggikan suaranya. Dia terlalu tertekan. Imran pula terus terkedu.
Perlahan-lahan dia melepaskan pegangan pada lengan Aimi. Imran tersenyum kelat.
“ Abang tak pernah
kehilangan orang tersayang?” Imran menyoal balik soalan yang Aimi katakan tadi.
Sampai dia tertawa sinis.
Aimi yang mendengar dah
terdiam. Tiba-tiba dia dipagut rasa bersalah. Dia langsung tidak sedar apa yang
dia katakan tadi. Dia betul-betul tidak sengaja.
“ Jadi.. Aimi bukan
orang tersayang abang? Aimi rasa abang ni apa?”
Imran mula meleraikan
pelukan. Dia renung Aimi seketika sebelum turun daripada katil. Betul. Dia rasa
sangat-sangat sentap dengan kata-kata Aimi. Dia rasa kecil hati. Aimi langsung
tak faham perasaan dia.
“ Abang.”
Aimi cuba memanggil
tapi Imran terus keluar daripada bilik dengan linangan air mata. Maafkan abang
Aimi. Abang rasa abang perlu beri Aimi waktu untuk bertenang.
**
Jauh dia termenung
memandang ke arah tasik. Sampai bunyi bising di sekelilingnya pun dia tidak
ambil peduli. Kejap-kejap dia tersenyum. Kejap-kejap dia sedih. Kejap-kejap dia
mengeluh. Itulah dia semenjak
10 minit yang lalu.
Sampailah bahunya
disentuh perlahan oleh seseorang. Serentak itu dia terus memberikan senyuman
even sangat hambar.
“ Are you okay Im?”
Puteri melabuhkan
punggung di sebelah Imran. Melihatkan Imran yang jauh termenung tadi
tahulah dia yang Imran benar-benar ada
masalah.
“ Okay. Aku okay.”
Puteri menggelengkan
kepalanya.
“ You not okay Im. Why?
What’s wrong?”
Sebenarnya dia terkejut
menerima panggilan Imran semasa di rumah tadi. Katanya nak jumpa. Mujur
suaminya benarkan.
“ Entahlah Put.”
Imran meraup wajahnya
kasar. Puas ditolak perasaan yang sakit dan kecewa tu ke tepi. Memang pada
mulanya dia rasa kecil hati dan marah dengan Aimi. Tapi tidak terlalu lama.
Sebab dia terlalu sayangkan Aimi. Mana mungkin dia nak marah pada Aimi sedangkan
Aimi itu isterinya. Dia tahu Aimi terlanjur kata kerana terlalu tertekan dengan
hal Razif. Cuma kali ni dia tak boleh terima. Dia pun ada hati dan perasaan.
“ Gaduh dengan Aimi?”
Duga Puteri.
Wajah Imran kelihatan
berserabut saat ini. Puteri yang melihat pun rasa kesian. Nak tolong tapi dia
tak tahu nak tolong macam mana.
“ Entahlah. Maybe. Aku
kecil hati dengan dia Put. Dia sedih bila dapat tahu jantung dia kepunyaan
Razif.”
Puteri tersenyum. Ni
kes merajuk la ni? Alahai dua orang kawan aku ni. Terus ditumbuk bahu Imran
yang tengah bersedih itu.
“ Weh!” Imran geram.
Tiba-tiba bahu dia kena tumbuk. Apa hal?
“ You la. Kecil hati
segala. Merajuk la jadinya ni? Ala Im. Macam you tak tahu hati perempuan ni
macam mana. Bila dia sedang marah dan keluarkan kata-kata yang tak sepatutnya
tu sebenarnya dia langsung tak maksudkan pun. Dia ikutkan hati je. Tapi
percayalah.. bila dia dah reda dan dia akan sedar salah dia. Time tu bukan kau
yang rasa bersalah dan merajuk bagai. Dia lagi bersalah. Dia lagi takut kalau
kau tak maafkan dia. Hati perempuan ni sensitif la bro.”
Panjang lebar Puteri
memberikan ceramah percuma pada Imran sampai Imran terkedu. Tak percaya yang di
depannya ini adalah Puteri.
“ You tak bolehlah
cepat kecil hati dan lari macam ni. Banyakkan istighfar. Minta pertolongan
Allah. Dia tengah bersedih dan dia perlukan sokongan you. Dia tak ada sesiapa
melainkan you. Dah lah mak dia duduk jauh. You je punca kekuatan dia sekarang
ni. Kalau you lari macam ni hanya demi benda kecil tu, I jamin yang dia akan jadi lebih sensitif lepas ni.”
Sambung Puteri lagi
bila melihat Imran terdiam. Puteri tersenyum lagi. Terus dia berdiri dan
memandang ke arah tasik.
“ Positif Imran. Cuba
fikir positif. Kalau you kata you kecil hati dengan dia. Dia? Dia tak kecil hati?
You tipu dia selama ni apa pula? Boleh je dia maafkan you. Kan?”
Puteri terus menoleh ke
arah Imran. Imran terkelu lidah untuk menjawab sebab semua kata-kata Puteri
sangat tepat dan mengena. Sentap!
“ So.. you pergi balik
dan pujuk dia. Berbaik balik. Cuba bersabar. Lagipun mood dia kan masih belum
stabil sekarang ni.”
Imran terdiam lagi.
Jauh dia merenung ke arah tasik.
“ Sayang!”
Imran dan Puteri
sama-sama menoleh ke belakang. Ternyata Khairul suami Puteri datang
menghampiri. Bila dah berdiri di sisi Puteri, bahu isterinya dipaut mesra.
Sempat dia memberikan kucupan pada dahi Puteri sebelum mengalihkan pandangan
pada Imran yang tengah melihat itu.
“ Hai Imran.”
Puteri di sebelah dah
tersenyum kecil.
“ Abang. Abang faham
perasaan lelaki sebab dia pun lelaki. Jadi Puteri serahkan dia pada abang okay?
Puteri masuk kereta dulu.” Bisik Puteri lantas salam tangan Khairul.
“ Okay dear.”
“ Im. I gerak dulu.
Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Puteri terus bergerak
pergi. Tinggallah Imran dengan Khairul. Khairul terus ambil tempat di sebelah
Imran.
“ Aku dengar kau ada
masalah dengan isteri kau. Betul ke?”
Imran tersenyum hambar.
Tak pula dia mengangguk. Cuma diam je.
“ Aku bukan apa. Cuma
aku nak beritahu kau satu benda. Isteri ni anugerah terindah yang Allah beri
untuk kita bro. Isteri ni macam pelengkap dalam hidup kita bro. Kalau dia tak
ada.. kita jadi tak terurus. Lelaki kan? Tak kira apa yang kita buat, dia pasti
ada untuk berikan kau sokongan. Kau cubalah jadi kuat dan tabah mana pun tapi
kau takkan mampu bertahan lama bro. Hati lelaki ni lain. Hati perempuan ni
lain. Dia lebih tabah daripada yang kita sangkakan bro.”
Khairul tersenyum kecil
saat melihat Imran seperti terbungkam itu. Bahu Imran ditepuk berkali-kali
sebelum dia memandang ke arah tasik.
“ Jadi.. selagi dia
ada. Hargailah dia bro. Dia bagaikan permata dalam hidup kita. Cahaya hidup
kita. Aku tak tahu kalau aku terpaksa kehilangan Puteri, apa akan jadi. Aku
terlalu sayangkan dia macam mana kau sayangkan isteri kau tu. So.. cubalah
mengalah. Adat la kalau hidup berumah tangga ni ada pergaduhan. Cuma jangan
lari daripada masalah bro. Boleh je kalau kau nak tenangkan fikiran kau tapi
bukan dengan cara macam ni bro. Kalau kau nak cari ketenangan, ambil wuduk dan
minta pada yang Berkuasa.”
Imran sekali lagi
bungkam. Dia tak percaya Khairul yang dia tahu selama ini boleh berikan dia
kata-kata semangat macam ni.
“ Aku rasa dah panjang
lebar sangat aku bagi kau ceramah ni. Haha.”
Imran tersenyum.
Kepalanya dianggukkan berkali-kali. Tiba-tiba dia rasa terharu sangat dengan
pertolongan yang dihulurkan oleh Puteri dan Khairul ini.
“ Terima kasih banyak
bro. Kau dah banyak menyedarkan aku hari ni. Dan aku tak sangka ini kau. Kau
dan Puteri dah banyak berubah. Aku pula rasa tak layak duduk dengan kalian.”
Imran merendah diri.
Khairul tertawa kecil.
“ Semua manusia boleh
berubah bro. Aku dah menyesal dengan kesilapan aku selama ini. Semenjak aku
jumpa Puteri, niat aku nak berubah tu makin besar tahu tak. Sampai aku pujuk
Puteri agar berubah. Lagipun kita bukan selamanya ada di atas muka bumi ini.”
Imran terdiam. Dia
pandang wajah Khairul yang tersenyum hambar itu.
“ Apa-apa pun… aku
bersyukur kerana masih berpeluang untuk bertaubat. Dan aku juga takkan
sia-siakan Puteri. Kau pun. Jangan pernah tinggalkan isteri kau untuk benda
yang kecil bro.”
“ Thanks bro. Aku
hargai sangat-sangat pertolongan korang berdua.”
Imran terus memeluk
Khairul tanda berterima kasih. Khairul hanya menepuk-nepuk belakang Imran tanda
kuatkan semangat.
“ Kita sama-sama
manusia. Tak salah untuk menolong.”
“ Jangan lupa ucapkan
terima kasih dekat Puteri sama.”
“ InsyaAllah.”
“ Aku balik dulu.”
Pelukan terlerai. Imran
memberikan senyuman lalu salam dengan Khairul.
“ Pujuk isteri kau
balik.”
“ Haha. InsyaAllah
bro.”
**
Kini, kakinya
betul-betul berada di depan pintu rumah. Tapi berat nak melangkah masuk. Dengan
semangat yang berkobar-kobar, dia masuk juga ke dalam rumah. Suasana rumahnya
saat itu sangat sunyi dan gelap. Imran mengerutkan dahi. Kenapa gelap?
Tanpa berlengah, pantas
dia melangkah naik untuk ke bilik. Baru 2 jam dia pergi tinggalkan rumah. Tapi
dah gelap. Agaknya apa jadi pada isterinya itu? Bila dia dah berdiri depan
pintu bilik. Dia terus memegang tombol pintu bilik. Perlahan-lahan dia mula
memulas tombol pintu bilik.
Tapi belum sempat dia
nak melangkah masuk, dia dapat dengar tangisan seseorang. Siapa lagi kalau
bukan tangisan isterinya. Dan lebih menyayat hati bila dia dapat dengar sendiri
doa Aimi dalam solatnya.
“ Ya Allah. Aku tahu
aku insan yang lemah. Insan yang hina. Insan yang banyak buat dosa. Aku minta
ampun Ya Allah. Aku tahu aku banyak buat salah pada suami aku. Aku banyak
merungut. Tak jaga hati dia. Kadang-kadang sampai merajuk. Aku tahu semua salah
aku Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah.”
Air matanya dah menitis
laju ke pipi. Tangisannya makin menjadi-jadi. Tapi dia tidak berhenti setakat
itu.
“ Ya Allah. Aku tak
mahu minta lebih-lebih. Aku tahu aku insan yang hina. Cuma.. lindungilah rumah
tangga kami Ya Allah. Berkatilah rumah tangga kami. Peliharalah segala amal
ibadat kami suami isteri Ya Allah. Ya Allah. Lembutkanlah hati dia untuk
maafkan aku. limpahkanlah kasih sayang pada kami agar kami terus saling
menyayangi keranaMu Ya Allah.”
Aimi tunduk lagi dengan
hati yang pilu.
“ Ya Allah. Aku sayang
dia. Aku cintakan dia. Ya Allah. Berilah aku lagi kesempatan untuk bersama
dengan suami aku Ya Allah. Kuatkanlah hati aku Ya Allah. Rabbana a-tina
fiddun-ya hasanataw-wafil a-khirati hasanataw-waqina ‘azaban nar. Wasollallahu
‘ala saiyidina Muhammadiw-wa’ala a-lihi wasahbihi-wasallam.”
Selesai mengaminkan
doa, Aimi terus mengamburkan tangisannya di tapak tangannya. Imran yang setia
berdiri di sebalik pintu bilik mula mendekati Aimi. Air matanya turut mengalir
saat mendengar doa-doa Aimi itu. Hatinya jadi sejuk selepas mendengar doa Aimi.
Dia turut rasa sayu.
“ Sayang.”
Aimi yang dengar suara
Imran itu terus menoleh belakang. Imran pula terus duduk melutut di sisi Aimi.
Perlahan-lahan tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya.
“ Abang. Aimi minta
ampun minta maaf. Aimi berdosa. Aimi tak sengaja tinggikan suara pada abang.
Aimi tahu Aimi banyak salah. Maafkan Aimi abang.”
Pinta Aimi
bersungguh-sungguh sambil mengucup tangan Imran. Imran yang melihat dah
mengangguk kecil. Terus dia mengeratkan pelukan. Ubun-ubun Aimi dikucupnya
berkali-kali. Barulah dia meleraikan pelukan.
Lembut dia merenung ke
wajah Aimi yang sembap itu. Kini, mereka sama-sama telah mengalirkan air mata.
Imran mengukirkan senyuman dalam tangisan. Tangan Aimi yang menyeka air matanya
itu ditangkap lembut.
“ Abang tak salahkan
Aimi sayang. Sayang tak salah. Abang yang salah. Abang terlalu ikutkan hati dan
perasaan sampai abaikan perasaan sayang. Abang dah lama maafkan sayang. Maafkan
abang ye sayang?”
Aimi terus
menggelengkan kepalanya.
“ Abang langsung tak
salah. Aimi yang salah. Maafkan Aimi. Aimi isteri yang teruk.”
Aimi terus tunduk. Air
matanya seperti tidak mahu berhenti mengalir. Bibirnya diketap kuat.
“ Sayang tak salah.
Kita sama-sama perbaiki hubungan kita ya sayang ya. Kita sama-sama cuba untuk
lebih kuat selepas ini. Yang penting kita saling mencintai.”
Wajah Aimi yang tunduk
itu ditolak lembut sampai mata mereka bertentangan. Imran tersenyum kecil.
perlahan-lahan dia menyeka air mata Aimi sampai air mata itu kering. Aimi turut
melakukan perkara yang sama pada Imran.
“ I love you dear.”
“ I love you to abang.”
Dahi Aimi dikucup.
Lama. Sehingga Aimi mengukirkan senyuman.
“ Terima kasih abang.”
Imran melepaskan
kucupan itu lantas menarik Aimi ke dalam pelukannya.
“ Terima kasih dekat
Allah. Abang takkan tinggalkan sayang lagi seperti tadi. Because you’re my love
dear.”
Because you’re my love
to abang. Detik hati Aimi lantas menarik senyum.
No comments :
Post a Comment