“ Sayang!”
Imran bergegas
menyarungkan baju kemejanya. Lepas itu rambutnya disikat selaju yang mungkin.
Bila nampak tie yang tergantung pada lehernya, dia mendengus geram. Dia dah
betul-betul lewat untuk ke hospital. Semalam gatal tidur lewat sangat. Kan dah
lewat.
“
Abang?”
Muncul Aimi bersama
kerutan. Dia baru sahaja selesai menyiapkan sarapan. Bila dengar namanya
dipanggil, pantas dia naik ke atas. Melihatkan Imran yang kelam kabut itu.
tahulah dia yang Imran dah lewat untuk ke kerja.
“ Kenapa tak kejutkan
abang?” Dengan lembut Imran menyoal. Tapi matanya masih terarah pada cermin.
Mengemaskan rambutnya dan tali lehernya itu.
Dengan senyuman Aimi
menghampiri Imran. Perlahan juga dia menolak tangan Imran. Tali leher yang
dipegang Imran diambil dan dia mula mengemaskan ikatan yang telah dibuat.
Mula-mula dulu memang dia kekok gila nak buat tapi lama-lama dah terbiasa. Dah
suami kerja doktor. Kena lah belajar. Kalau suami kerja biasa-biasa saja tak
perlu pun ambil tahu.
“ Thanks sayang.”
Imran memberikan
senyuman sebelum mengucup dahi Aimi lembut.
“ Aimi ingat abang tak
kerja. lena sangat tidurnya. So Aimi tak berani nak gerak.”
Aimi mengambil beg
kerja Imran lantas menghulurkan kepada Imran. Selepas itu barulah dia keluar
daripada bilik dan diikuti Imran. Imran menjeling jam tangannya. Dah lewat
sangat ni.
“ Sayang. Abang minta
maaf tapi abang betul-betul dah lewat. Jadi abang kena pergi dulu tanpa
sarapan. Sorry sayang.” Dengan wajah serba salah Imran berkata.
Aimi tersenyum. Tangan
Imran dicapai lalu disalamnya. Kemudian dahinya pula dikucup Imran.
“ Tak apa. Aimi faham.
Dah. Pergi cepat. Nanti lewat.”
“ Abang janji. Malam
nanti abang bawa Aimi pergi dinner. Okay sweetheart? I have to go. Bye.
Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Imran bergegas masuk ke
dalam kereta. Selepas menghidupkan enjin kereta, dia pantas mengundurkan
keretanya sehingga ke luar halamn rumah. Sebelum dia berlalu dia sempat menoleh
ke arah Aimi dan memberikan Aimi senyuman. Aimi membalas senyuman itu
sehinggalah kelibat Imran betul-betul hilang daripada pandangan.
“ So.. apa aku nak buat
ni?”
Aimi menutup pintu
rumah. Kakinya diatur sehingga ke bilik. Matanya meliar sekeliling. Semuanya
dah kemas. Sekarang apa aku nak buat? Bosannya.
“ Eh!”
Aimi mengerutkan
dahinya saat ternampak sesuatu daripada bawah katil. Dengan perlahan-lahan Aimi
tunduk dan melihat apa yang ada di bawah katil. Kotak! Dengan penuh cermat dia
mengeluarkan kotak tersebut. Berhabuk!
Aimi membuka kotak itu
dengan perasaan berdebar. Buka-buka saja kotak tu, dia dapat lihat satu gambar.
Dan dalam gambar tu ada wajah suaminya dengan Puteri. Aimi tersentak seketika.
Puteri? Apa hubungan mereka dulu?
Aimi membelek pula
gambar kedua. Kali ni dia betul-betul terkedu. Gambar Puteri sedang merangkul
lengan Imran. Dan Imran pula kelihatan bahagia sekali dalam gambar tersebut.
Aimi melihat belakang gambar tu. Ada tulisan.
I will be your love
forever ~ Imran
Pap!
Terjatuh terus kotak
itu daripada pegangannya. Serentak itu air matanya terus bergenang pada tubir
mata. Hatinya bagai ditusuk benda yang tajam sekarang ni. Tak mahu hatinya
bertambah sakit, dia terus menolak kotak itu semula ke bawah katil. Air matanya
yang nak mengalir pantas diseka kasar.
Tapi tidak lama bila
air mata itu kembali mengalir. Setitis. Dua titis dan makin laju air matanya
mengalir ke pipi. Sehinggalah dia menangis dengan rasa yang sangat sakit dan
kecewa.
“ Abang..”
Aimi memejamkan matanya
erat. Tak! Aku perlu kuat. Aku perlu selidik dulu. Aku tak boleh bertindak
melulu. Lagipun Puteri dah kahwin. Tak mungkinlah mereka masih ada hubungan.
Tak. Aku perlu lakukan sesuatu.
Pantas Aimi mendail
nombor Puteri. Dia perlu jumpa Puteri dan meminta penjelasan. Kalau tidak dia
akan tertanya-tanya.
“ Puteri. Boleh saya
jumpa awak kejap?” Soal Aimi lantas menyarungkan tudungnya.
“ Boleh. Datang rumah
I. I ada dekat rumah. You tahu kan rumah I dekat mana?”
“ Ya. Thanks Puteri.”
Abang. Aimi minta maaf.
Tapi Aimi kena keluar rumah. Maaf sebab tak minta izin dulu. I have to!
**
Aimi memerhati
sekeliling rumah. Tapi tidak pula dia menekan loceng. Tiba-tiba keberanian dia
hilang dalam sekelip mata. Dia jadi teragak-agak sama ada nak teruskan atau
tidak niatnya untuk berjumpa dengan Puteri.
“ Balik je la Aimi.”
Aimi mula memusingkan
badannya ke arah jalan semula. Matanya dipejamkan seketika. Mengumpul kembali
semangat yang ada. Tapi still tak berani nak masuk. Ya Allah. Apa aku nak buat
sebenarnya ni?
“ Aimi!”
Aimi tersentak. Pantas
dia membuka mata dan menoleh ke belakang. Ternyata Puteri sudah sedar akan
kehadirannya kali ini. pintu pagar utama telah dibuka. Dan muncullah Puteri
dengan senyuman lebarnya.
“ Kenapa tak panggil?
Nasib I nampak you dari atas. jom lah masuk. Husband I tak ada. Dia kerja.”
Belum sempat Aimi nak
berbuat apa-apa, tangannya terlebih dahulu ditarik. Dengan hati yang berat ,
dia mengikut langkah Puteri sehingga ke dalam rumah. Apabila sampai saja di
ruang tamu, mereka berdua terus mengambil tempat.
“ Ada apa nak jumpa I
ni Aimi?” Soal Puteri.
Aimi terdiam. Dia
mengetap bibir. Apa aku nak jawab ni?
“ Aimi?”
Puteri pelik. Aimi
nampak macam menyembunyikan sesuatu. Dan macam teragak-agak nak cakap. Akhirnya
Puteri mencapai kedua-dua tangan Aimi lantas memberikan senyuman kecil.
“ Cakap je Aimi. I sudi
dengar.” Pujuk Puteri.
Aimi tersenyum kelat.
Nafas ditarik dalam lalu menghembuskannya dengan perlahan. Wajah Puteri ditatap
dengan seribu persoalan.
“ Apa hubungan awak
dengan Imran?” Dengan satu nafas saja Aimi menyoal.
Puteri yang mendengar
dah menjongketkan kening.
“ Sepupu la. Kan Im dah
cakap sebelum ni?” Terang Puteri dengan kerutan.
Aimi terdiam. Dengan
hati yang berat, dia keluarkan juga gambar yang dia nampak semasa di dalam
rumah tadi dan hulurkannya kepada Puteri.
“ Habis ni?”
Puteri menyambut
huluran Aimi dengan tanda tanya. Bila matanya dah melihat gambar itu, hatinya
terus tersentak. Terus dia mendongak melihat Aimi yang kesedihan itu. Terhambur
juga keluhan kecil daripada mulutnya.
“ Okay. Looked! Jangan
salah faham Aimi.”
“ Please explain.” Rayu
Aimi dengan hati yang rapuh.
Puteri tersenyum tawar.
Kepalanya dianggukkan seketika.
“ Sebenarnya 5 tahun
yang lalu, kami berdua adalah pasangan kekasih.”
Kenyataan itu
sememangnya berjaya membuatkan Aimi terkelu. Tapi dia tidak cepat melatah. Dia
masih menanti kata-kata yang seterusnya daripada mulut Puteri.
“ Tapi itu dulu Aimi.
Sekarang tak lagi. Dia betul-betul sayangkan you Aimi. Dia tak pernah menduakan
cinta dia. Dia seorang yang setia. Percayalah cakap I. I pun dah ada husband I.
Dan I bersyukur sebab dia pilih you daripada I. Lagipun salah I juga. Punca
kami putus pun daripada I.”
Puteri menjeling
sekilas ke arah gambar yang diambil 5 tahun lalu. Kenangan lalu memang susah
untuk dilupa. Tapi itu dulu. Sekarang dah banyak yang berubah.
“ I curang Aimi. I tipu
dia. I cakap I sayang dia tapi belakang dia I ada pasang lain.”
Serentak itu air mata
Puteri mengalir ke pipi. Tapi cepat-cepat disekanya dengan senyuman pahit. Aimi
yang melihat dah terkedu.
“ Lepas dia pergi barulah
I sedar yang I benar-benar cintakan dia. Tapi I dah terlambat Aimi. Dia dah tak
boleh terima I. Dua tahun juga I cuba raih kembali hati dia. Macam-macam cara
dah yang I buat termasuk menyakiti you depan Im dekat hospital time tu. tapi
tetap tak jalan. Because of what? Because he’s really love you Aimi.”
Puteri menarik senyuman
yang paling ikhlas buat Aimi. Dia nak Aimi percaya apa kata dia. dia tak nak
sebab dia rumah tangga Aimi dan Imran menjadi teruk.
“ Tapi..”
“ Selama dia hidup
dengan you. Ada dia abaikan you? Ada dia berkasar dengan you? Or ada dia layan
acuh tak acuh je terhadap you? Ada?”
Soalan Puteri itu
membuatkan Aimi terus menggelengkan kepalanya.
“ Langsung tak ada
Puteri. Dia layan saya dengan baik. Bak seorang Puteri. Dan dia sabar saja
dengan saya setiap kali saya merajuk.”
Penjelasan Aimi
ternyata membuatkan Puteri tersenyum kecil. kepalanya dianggukkan. Tangan Aimi
digenggam erat.
“ Itu menunjukkan dia
betul-betul cintakan you Aimi. Gambar ni, hubungan I dengan dia dulu tu.. it
just old story Aimi. Kisah silam. Dan you tak patut jadikan hal ini punca you
bergaduh dengan dia. Please don’t.” Pinta Puteri sambil menggelengkan
kepalanya.
Aimi mula menarik
senyuman. Terus tubuh Puteri dipeluknya.
“ Thanks Puteri. Saya
tak tahu apa akan jadi kalau saya tak jumpa awak. Maybe saya akan gaduh dengan
Im. Dan thanks juga sebab berikan keyakinan kepada saya.” Ucap Aimi dengan
tulus ikhlas.
“ no problem my dear. I
Cuma nak tebus kembali kesalahan I pada dia dan you. I tahu dia boleh bahagiakan
you Aimi. Trust me. Dan please.. kalau hal macam ni berlaku lagi. please jangan
bertindak melulu. Fikir dulu. ye?”
Aimi tertawa kecil. Dia
pantas membuat anggukan kecil.
“ Yes. I’m promise.
Thanks again Puteri.”
Abang. Maafkan Aimi.
Mujur Aimi datang jumpa Puteri. Wait for me tonight.
**
“ Saya balik dulu
Puteri. See you again!”
“ Okay dear. Bye.”
Dengan senang hati,
Aimi berjalan menuju ke perhentian teksi. Mujur rumah Puteri tidak jauh
daripada pekan. Kalau tidak jenuh juga nak berjalan. Nanti tak fasal-fasal
sakit kaki.
Aimi mula meliar
sekeliling. Mencari sama ada teksi ada atau tidak. Tapi tiada. 5 minit juga
menunggu tapi tiada satu pun teksi datang. Aimi mengeluh kecil. Adakah ini
balasan sebab aku keluar tak minta izin suami?
Aimi terus melabuhkan
punggung di bangku di belakangnya itu. Kejap-kejap dia memandang ke arah jalan.
Kejap-kejap dia tunduk memandang telefon. Kejap-kejap dia bernyanyi kecil. Nak
dekat 10 minit juga dia berkeadaan begitu sehinggalah ada seseorang yang datang
menghampirinya.
“ Cik.”
Aimi terus mendongak
saat dirinya ditegur. Aimi tengoklah kiri kanannya sekilas. Mana tahu ada orang
lain. Rupanya dia saja. Aimi dah mula berdebar. Rasa takut mencengkam diri.
Dahlah dia keseorangan di sini. Apa lelaki depan dia ni nak?
“ Erk. Yes?” Aimi
mengukirkan senyuman paksa.
“ Boleh saya duduk
sebelah cik?”
Tak perlu dipinta pun,
Aimi terlebih dahulu bangun. Dia memang tak selesa nak duduk sebelah lelaki
ini. Tambah-tambah lelaki itu memandangnya semacam. Lagi takut Aimi dibuatnya.
“ Erk. Duduklah.”
Aimi terus memusingkan
badan ke arah lain. Dia perlu pergi dari sini. Kat depan ada perhentian bas.
Lebih baik dia tunggu dekat situ. Kalau lebih lama dia tunggu dekat sini, entah
apa akan jadi nanti.
“ Eh! Cik! Nak ke
mana?”
Aimi langsung tidak
menghiraukan panggilan lelaki asing itu. Yang pasti, dia sangat takut sekarang
ni. Dalam fikirannya saat ini hanya terfikirkan Imran saja. Dia rasa berdosa
pula keluar tanpa izin suami. Terus matanya bergenang dengan air mata kerana
takut.
“ Cik! Tunggulah!”
Aimi menoleh sekilas.
Terkejut dia bila lelaki itu ternyata mengekori langkahnya. Kakinya semakin
laju melangkah. Ya Allah! Tolonglah aku! selamatkan aku.
Sedang Aimi berjalan,
tiba-tiba dia terasa bahunya dilanggar seseorang. Terus Aimi tunduk dengan
perasaan takut dan bersalah. Rasa sakit ditolak ke tepi sebab dia tahu dia yang
salah gara-gara jalan tak tengok depan.
“ Maaf. Maaf
sangat-sangat.”
Aimi sempat menoleh ke
belakang. Apabila lelaki asing itu semakin menghampiri, Aimi terus bersembunyi
belakang lelaki yang terlanggarnya tadi. Dia menggelengkan kepalanya tanda tak
nak berdepan dengan lelaki asing itu.
“ Eh! Awak. kenapa awak
sembunyi belakang saya?”
Aimi mengetap bibir.
Dia sudah memejamkan matanya erat. Dia terlalu takut jadi sukar untuk dia
berfikir dengan baik.
“ Tolong saya. Saya tak
tahu kenapa lelaki tu kejar saya. Saya takut. Please help me.” Pinta Aimi tanpa
mendongak ke arah lelaki di depannya itu. dia hanya setia tunduk ke bawah.
Dalam hati dia sudah beristighfar berkali-kali agar dia dilindungi.
“ Cik.”
“ Maaf. Kenapa kejar
dia?”
Aimi semakin
mengecilkan dirinya di belakang lelaki itu. dia langsung tidak berani nak
tengok apa akan terjadi nanti.
“ Erk. Nothing.”
Terus lelaki asing tadi
berlalu. Aimi yang sedar lelaki asing itu sudah pergi pantas menghembus nafas
lega. Serentak itu dia mendongak melihat lelaki yang telah selamatkan dia tadi.
“ Terima kasih..”
Tapi belum sempat Aimi
nak memberikan senyuman, dia terlebih dahulu terkaku pada tempatnya.
“ Sama-sama.”
“ Razif?”
Diam.
“ Razif?”
Firhan terkedu. Dia
terasa sukar untuk bernafas kali ini. Nasibnya tidak baik saat ini kerana
terserempak dengan isteri Imran. Aduhai! Apa perlu aku buat ni?
“ Erk. Hai.” Kekok
Firhan membalas.
Aimi dah mula
mengukirkan senyuman lebar.
“ Alhamdulillah.
Akhirnya saya dapat juga jumpa awak. Mana awak pergi selama ni? Risau tau tak.
Dah lah wedding saya pun awak tak datang.”
Firhan dah menarik
sengih. Sebenarnya dia tak tahu nak bagi jawapan apa saat ini. Dia buntu. Tapi
bila tengok wajah teruja Aimi tu, dia jadi tak sampai hati nak beritahu perkara
sebenar. Terpaksalah dia menipu.
“ Saya ada hal sikit.
Sorry lah sebab tak muncul depan awak. Sorry juga sebab tak hadir wedding
awak.” Jawab Firhan dengan teragak-agak.
“ It’s okay. Dan terima kasih sebab tadi tolong
saya.”
“ no problem.”
Aimi menatap sekali
lagi wajah Razif. Tapi dia mula pelik. Semenjak bila Razif pandai buat rambut
cacak? Dan semenjak bila Razif jadi tinggi sikit daripada sebelum ni? Maybe dia
semakin membesar.
“ Erk. Saya kena gerak
dulu. See you again.”
Firhan terus berlalu
tanpa menunggu jawapan Aimi. Dalam hati jangan cakaplah. Berdebar gila sebab
takut rahsia bocor. Nasib sempat kawal. Kalau tidak habislah.
Aimi hanya melihat
Razif berlalu. Dalam hati sedikit kecewa bila melihatkan Razif macam dah tak
kenal dia. Dia melihat sampailah kelibat Razif hilang daripada pandangan.
Setelah itu, kakinya kembali melangkah ke arah perhentian bas. Dia perlu pulang
atau Imran akan risau.
Sedar tak sedar, dia
sudah ada di perhentian bas. Tak sampai satu minit menunggu. Bas sudah sampai.
Aimi mendongak melihat langit. Bila dah rasa tenang semula, barulah dia
melangkah ke arah bas.
“ Aimi!!”
Tapi terhenti saat
namanya diseru seseorang. Dengan pantas dia menoleh ke belakang. Belum sempat
nak berikan reaksi, tubuhnya terlebih dahulu berada dalam pelukan seseorang.
Buat seketika Aimi jadi tak tahu nak buat apa. sampailah pelukan direnggangkan.
“ Are you stupid? Awak
hampir nak dilanggar tahu tak?”
Suara yang tinggi itu
membuatkan Aimi terus mendongak. Dan serentak itu air matanya mengalir pula.
Razif!
“ Mujur saya sempat.
Mujur saya tak jauh dari awak. Apa yang awak fikir ha? Hampir saja motosikal tu
nak langgar awak! Kalau betul awak kena langgar, apa saya nak jawab dengan
suami awak nanti?”
Aimi menekup wajahnya.
Kenapa? Kenapa aku tak nampak? Kenapa aku terlalu cuai?
“ Aimi.”
Firhan mengeluh kecil.
Tak sampai hati nak marah bila tengok keadaan Aimi. Perlahan-lahan dia menarik
lengan Aimi yang berlapik itu jauh daripada jalan. Wajah Aimi ditatapnya
lembut.
“ Sorry. Bukan saya nak
marah awak tapi awak buat saya risau.”
Aimi menjatuhkan
tangannya ke sisi. Air matanya terus diseka perlahan. Dia mula menarik
senyuman.
“ Terima kasih Razif. Saya
tak tahu apa akan jadi kalau betul-betul saya kena langgar tadi.”
“ Tugas saya sebagai
manusia. Atas dasar pertolongan. Awak dah okay kan?”
Aimi terus
mengganggukkan kepalanya. Tanda dia okay.
“ Baguslah. Lega saya
dengar. By the way saya ada hal. Urgent. Saya pergi dulu. Saya sarankan jangan
balik naik bas. Awak nampak macam masih trauma. Baik awak telefon suami awak.
boleh kan?”
Aimi terdiam. Dia
keluar tanpa pengetahuan Imran. Kalau telefon, Imran pasti marah.
“ Erk. Boleh.”
Teragak-agak Aimi menjawab. Dia rasa bersalah yang amat. Ini balasan sebab dia
keluar tanpa izin suami.
Firhan yang melihat
keadaan Aimi macam tidak tentu arah itu sekali lagi melepaskan keluhan. Dengan
keadaan Aimi macam ni. mana mungkin dia nak tinggalkan dia.
“ Bak sini handpone
awak. Saya nak call suami awak.”
Aimi tersentak. Dia
memandang sepi ke arah tangan Firhan. Dia pun tak tahu nak beri atau tidak.
“ Aimi. Please.” Pohon
Firhan.
“ Okay.”
Bila handpone Aimi
sudah berada pada tangan Firhan. Cepat-cepat Firhan mendail nombor Imran.
“ Assalamualaikum bro.
Aku ni.”
Apabila Firhan menjauh.
Aimi terus toleh ke arah lain. Dia cuba ingat apa yang terjadi tadi. Tapi
gagal. Sebab semuanya terlalu cepat. Dan kenapa dia perlu cuai? Ya Allah.
“ Nah. Saya dah call. Kejap
lagi dia datang. Kebetulan dia ada dekat-dekat sini.” Maklum Firhan sebaik
sahaja selesai call Imran. Handpone kembali diserahkan semula kepada Aimi. Aimi
menyambutnya dengan anggukan.
“ Saya tunggu dengan
awak dekat sini.”
Aimi mengangguk lagi.
Tapi sesekali dia kerling juga ke arah Razif. Dia terfikir lagi. Adakah ini
Razif? Kenapa dia rasa macam lelaki di depannya saat ini bukan Razif? Berbeza.
“ Saya rasa itu kereta
dia.”
Lamunan Aimi terhenti
bila Firhan bersuara. Aimi menoleh ke arah yang ditunjukkan Firhan. Kelihatan
Imran sedang melangkah ke arah mereka.
“ Aimi. Kenapa tak
cakap nak keluar? Patutlah abang rasa tak sedap hati.”
Aimi terus diserang.
Belum sempat nak cakap apa-apa pun.
“ Bro. Thanks. Kau dah
tolong aku.” Giliran Imran pula mengucapkan terima kasih kepada Firhan.
Firhan hanya tersenyum.
Bahu Imran ditepuk perlahan sebelum dia melangkah pergi. Aimi dan Imran hanya
melihat Firhan pergi tanpa berkata apa-apa. Bila kelibatnya dah hilang, Imran
kembali memandang ke arah Aimi. Aimi nampak keliru.
“ Sayang.”
Aimi terus menggenggam
tangan Imran. Dia membuat gelengan kecil. Air matanya dah bergenang.
“ Maafkan Aimi. Aimi
tahu Aimi salah. Aimi keluar tanpa cakap dekat abang. Maafkan Aimi.”
Imran yang tidak tahu
apa-apa itu hanya tersenyum. Tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya.
“ Tak apa sayang. Abang
tak marah. Yang penting sayang selamat.”
“ Sorry sangat-sangat
abang.”
“ Syuuh! It’s okay
dear.”
Entah berapa lama Aimi
menangis dalam pelukan Imran. Tapi yang pasti baju Imran dah basah. Aimi
mendongak melihat Imran dengan perasaan serba salah.
“ Sorry basahkan baju
abang.”
Imran tertawa kecil.
kepala Aimi diusap lembut.
“ Anything for you. Jom
kita balik.”
Tangan Aimi
digenggamnya erat lantas mereka berdua berjalan ke arah kereta Imran. Tapi
sebelum tu sempat lagi Imran memberi kucupan pada pipi Aimi.
“ Abang!”
“ Ubat tu. Nak bagi
hilang tangisan sayang. Free kot. Mana dapat dekat kedai.”
“ Ha. Ha. Ha. Not funny
abang.” Aimi buat muka seposen.
Imran yang melihat
sudah ketawa besar. Aimi. Aimi. Abang tak tahu lah jika Aimi hilang daripada
pandangan abang. Agaknya abang akan jadi gila.
No comments :
Post a Comment