Matanya merenung jauh
ke arah hadapan. Kepalanya dah cukup berserabut. Hatinya pun juga begitu. Nak
memandu pun tak tenang. Setiap kali teringat kata-kata nurse pagi tadi. Dia
terus rasa tidak tentu arah. Rambutnya diraup kasar.
“ Kenapa aku bodoh
sangat! Kenapa aku tak kesan perubahan dia time tu?”
Dia menggigit pula
tangan kanannya. Air matanya yang ditahan tadi mengalir lagi. Dia kecewa
sangat. Kawan jenis apa dia bila tak tahu Aimi sakit! Argh!
Pap!
Kuat tangannya menampar
stereng kereta. Matanya juga dah makin kabur kerana air mata. Tiba-tiba ada
cahaya terang menerobos masuk ke dalam matanya. Tersedar, dia terus menggosok
matanya.
Melihatkan ada sebuah
kereta laju daripada arah bertentangan, dia terus membelok keretanya ke arah
kanan. Dan gara-gara tidak sempat nak mengelak, akhirnya kereta itu terus
terlanggar tembok jalan.
Srettt!
**
“ Doktor! Doktor! Ada
pesakit kemalangan!”
Imran yang setia tunggu
Aimi dekat luar bilik rawatan terus mendongakkan kepalanya. Air matanya terus
diseka. Hatinya betul-betul tidak kuat saat ini. Keadaan Aimi sangat kritikal
saat ini. Dia dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Aimi. Tapi keadaan Aimi
semakin teruk. Satu saja jalan penyelesaiannya saat ini iatu mendapatkan
penderma. Tapi mana dia nak dapat penderma tu! Ya Allah!
“ Doktor.”
Imran terus bangun. Dia
perlu kuatkan semangat. Dia tak boleh lemah. Pantas kakinya laju melangkah ke
arah nurse yang memanggilnya tadi.
“ Macam mana keadaan
pesakit tu sekarang?” Serius Imran menyoal
“ Parah.”
Bila dah sampai ke wad
ICU. Terus mereka berdua menuju masuk ke dalam. Imran terus menuju ke katil
pesakit tersebut. Bila dia tengok muka pesakit itu, dia tersentak besar.
“ Razif?”
Razif yang seperti
terdengar namanya dipanggil membuka matanya dengan perlahan. Bila wajah Imran
ada di hadapannya, dia tersenyum tawar. Rasa sakit yang dia rasai tidak
dihiraukan.
“ Dok..doktor.”
Imran terdiam. Ya
Allah. Razif!
“ Macam mana kamu boleh
jadi macam ni?”
Razif masih cuba untuk
tersenyum walaupun dadanya semakin sakit. Dia mula rasa sesak nafas. Darah yang
mengalir daripada kepalanya itu langsung tidak dihiraukan. Imran yang melihat
terus menyuruh nurse di situ membersihkan luka tersebut.
“ Dok..doktor. Tolong
sa..saya boleh? For the last time. Please…”
Tiba-tiba Razif
memegang tangan Imran dengan kuat. Imran yang melihat terkedu.
“ Kenapa Razif? Benda
apa?”
“ Kalau ajal saya
sampai sini saja. Tolong dermakan jantung saya pada Aimi. Tolong doktor.
Selamatkan Aimi.”
Dan kali ni Imran terus
terpegun. Permintaan Razif itu mengejutkan dia. Sangat-sangat.
“ Ma..macam mana kamu
tahu dia sakit?”
“ Saya terdengar pagi
tadi. To..tolong doktor.”
Imran meraup wajahnya
kasar. Kenapa semua ni harus terjadi?
“ Aimi dalam kritikal
sekarang ni.” Maklum Imran dengan senyuman tawar.
Razif yang mendengar
terus terdiam. Tapi tidak lama bila dadanya mula rasa sakit.
“ Doktor. Bacaan
jantung dia semakin rendah.”
Imran terus melihat
bacaan jantung Razif. Belum sempat tangannya ingin membuat pemeriksaan lebih
lanjut. Tangan itu dicapai Razif. Melihatkan Razif menggelengkan kepalanya,
Imran jadi kaku.
“ Tolong doktor.
Selamatkan dia. Saya tahu umur saya dah tak panjang.”
Imran menggigit bibir.
Dia tak tahu nak buat keputusan macam mana. Kalau dia tak dapatkan penderma,
peratus Aimi nak selamat tiada. Tapi kalau dia terima permintaan Razif. Razif
pula akan pergi. Ya Allah! Beratnya ujian kali ni.
“ Tolong doktor!”
Akhirnya dengan hati
yang berat dia mengangguk.
“ Ya. Saya akan
selamatkan Aimi. Terima kasih Razif.”
Razif sudah mampu
tersenyum lega. Kini, barulah dia boleh pergi dengan tenang. Aimi. Saya janji
saya akan selamatkan awak.
“ Dan…tolong jangan
beritahu dia yang saya pemilik jantung tu.”
“ InsyaAllah.”
Razif sudah memejamkan
matanya. Alhamdulillah. Barulah dia boleh pergi dengan lega. Imran yang melihat
keadaan Razif saat itu berubah cemas.
“ Razif! Razif! Dengar
tak suara saya ni?”
Cengkaman pada lengan Imran
akhirnya terlepas. Tangan Razif terus terlepas. Imran yang melihat keadaan itu
terus terundur dua langkah ke belakang. Perlahan bibirnya mengucap.
“ Doktor.”
Melihatkan gelengan
nurse, Imran jadi sebak. Razif dah tiada.
“ Saya akan tunaikan
permintaan awak Razif.”
**
Suasana hiba menyelubungi
ruang rumah Razif ketika itu. Faiz dan Emelda yang tengah bekerja pada malam
itu terus bergegas ke rumah Razif saat mendapat berita yang tidak baik itu.
Semua rakan-rakan baik Razif juga datang ke rumahnya pada saat itu. Ingin
melihat Razif buat kali terakhir.
Faiz yang baru selesai
membacakan surah yasin kepada Razif terus bangun dan keluar daripada situ. Dia
sudah tidak dapat menahan kesedihan. Dia sudah tidak dapat berpura-pura kuat.
Akhirnya, air matanya tumpah jua ke pipi. Melihatkan wajah tenang Razif tadi,
dia tahu Razif reda dan sudah tahu akan kepergiannya kali ini.
Emelda yang melihat
Faiz keluar turut berbuat demikian. Air matanya diseka sebelum berdepan dengan
Faiz.
“ Faiz.”
Faiz yang menyedari
kehadiran Emelda pantas menyeka air matanya. Senyuman hambar ditarik. Dia terus
memandang ke arah lain bila menyedari Emelda sedang merenungnya.
“ Aku tak percaya dia
akan pergi secepat ini Mel. Aku tak sangka dia akan pergi dulu.” Lirih Faiz
ketika berkata.
“ Ya. Aku tahu. Tapi
yang hidup pasti akan mati tak kira cepat atau lambat. Dah itu takdir dia. Kita
mesti reda Faiz. Kalau dia tahu kau sedih macam ni, tentu dia tak suka.” Emelda
cuba memujuk. Dia tahu Faiz rapat sangat dengan Razif. Walaupun usia
persahabatan mereka baru mencecah 4 bulan. Tapi bagaikan dah setahun mereka
berkawan.
Faiz tersenyum pahit.
Dia mendongak memandang langit. Razif. Terima kasih kerana sudi jadi kawan aku.
Aku sayang kau Razif. Aku tahu kau dah pergi dengan tenang. Tapi, aku masih
susah nak percaya. Kuatkankah hati aku ni selepas ni Razif? Baru sebulan kita
habis SPM. Kau pula dah pergi. Mana janji kau nak pergi ambil result sama-sama?
Ya Allah.
“ Faiz. Dia dah berjasa
pada kita terutama pada Aimi.”
Faiz yang ralit
memandang langit itu terus menoleh ke arah Emelda. Dia tak faham apa yang
Emelda katakan.
“ Doktor Imran dah
beritahu aku segala-galanya.”
“ Beritahu apa ni Mel?”
Emelda mula merasa
sebak. Air matanya dah bergenang.
“ Dia dah tahu Aimi
sakit Faiz.”
Faiz tersentak.
“ Pagi tadi dia tahu.
Doktor Imran cerita masa dia rawat Razif. Razif buat permintaan terakhir.
Kebetulan masa tu Aimi dalam keadaan kritikal. Jadi..”
Emelda dah tidak dapat
meneruskan kata-katanya bila air matanya dah mengalir ke pipi. Dia menekup
mulutnya dengan kuat. Faiz yang melihat terus memegang tiang yang berada di
sebelahnya. Dia rasa nak rebah saat mendengar kata-kata Emelda.
“ Dia..dia dermakan
jantung dia pada Aimi.”
Kali ni giliran Faiz
pula mengalirkan air mata. Ya Allah!
“ Dia..dia macam tahu
dia akan pergi. Dan sekarang… Doktor Imran sedang berusaha menyelamatkan Aimi
dengan jantung Razif.”
Faiz terus terduduk
dengan perasaan hiba. Emelda yang melihat keadaan Faiz terus menangis.
“ Razif…” Faiz menutup
mukanya lalu menghamburkan tangisnya di situ. Emelda yang faham perasaan Faiz
itu turut menangis. Kini, mereka berdua betul-betul sudah kehilangan Razif dan
pada masa yang sama amat berterima kasih pada Razif sebab dia Aimi selamat.
“ Sudahlah. Yang pergi
biarkan pergi.”
Faiz dan Emelda terus
menoleh ke arah suara itu. Ternyata ayah Razif. Melihatkan ayah Razif yang
kelihatan tenang itu, mereka berdua terus menyeka air mata.
“ Pakcik.”
“ Pakcik dah reda Faiz.
Mel. Lagipun dia dah berjasa kali ni. Pada kawan kamu. Dia dah menyelamatkan
seorang kawan kamu. Walaupun pakcik dah kehilangan dia, tapi dia masih ada
dekat sini. Dekat dengan kita.” Ujar Hisyam sambil meletakkan tangan kanannya
ke arah dadanya.
Faiz dan Emelda yang
melihat terus tersenyum hambar.
“ Ya. Dia selalu ada
dalam hati kita.” Balas Faiz lalu
memejamkan matanya.
Ya. Dia selalu ada
bersama kita. Terima kasih Razif.
No comments :
Post a Comment