Hari demi hari berlalu.
Dan hari ini telah tiba. Hari di mana result SPM Aimi dan dua orang kawannya
keluar. Dan mereka bertiga kini dah berada dalam dewan sekolah. Debaran tu
jangan cakaplah. Tapi masing-masing dah usaha. Tawakal je yang mampu saat ini.
“ Aimi.”
Aimi yang sememangnya
tengah fikirkan kemungkinan pada resultnya itu terus menoleh ke arah Emelda
saat namanya dipanggil.
“ Kenapa?”
“ Cik abang kau tak
datang ke?” Soal Emelda dengan senyuman mengusik.
Aimi menjeling ke luar
pintu dewan. Kepalanya digelengkan perlahan sebelum menoleh semula ke arah
Emelda. Jam besar dewan itu dikerling sekilas. Debaran semakin terasa.
“ Dia busy sikit. Maybe
tak datang kot. Kalau datang pun kantoi la weh.”
Emelda tertawa kecil.
“ Eleh. Macam orang tak
tahu kau dah kahwin.” Sindir Emelda dengan sengihan.
“ At least tak semua.
Malu kot.” Aimi membela dirinya.
“ Yela. Aku gurau je
la. By the way, tahniah.”
“ For what?”
“ Everything. Erm.
Nanti kalau dapat result cemerlang jangan lupa belanja aku. Haha.”
“ Dalam mimpi.”
Emelda dan Aimi terus
ketawa. Tiba-tiba Aimi teringat akan Razif. Kepalanya mula menoleh ke kiri dan
kanan. Tapi kelibat Razif tidak kelihatan. Akhirnya dia mengeluh kecil. dia
rindu sangat dengan Razif. Apa khabar dia sekarang erk?
“ Kau kenapa?” Soal
Emelda ingin tahu bila terdengar keluhan daripada mulut itu.
“ Razif. Aku tak nampak
dia pun.”
Emelda terus terkelu
lidah untuk menjawab. Ya Allah. Aimi saja yang tak tahu lagi soal ni. hampir
kesemua orang dalam sekolah ni dah tahu. Cuma minta dirahsiakan daripada
pengetahuan Aimi. Aduh! Apa aku nak jawab ni?
“ Dia ada hal kot.
Maybe ada dekat KL. Siapa tahu kan?”
Emelda cepat-cepat
tengok skrin telefon. Buat-buat sibuk sedangkan dalam hati rasa nak menjerit
tengok wajah muram Aimi tu. Ya Allah. Kuatkan hati aku ni. kesian Aimi. Kalau
Aimi tahu lagi problem.
“ Kau ada nombor
telefon dia tak?”
Kali ni Emelda terus
terdiam. Menoleh sikit ke arah Aimi pun tidak. Tapi dijeling pula Faiz yang
berada tidak jauh daripadanya saat ini. Cepat-cepat dia menghantar chat kepada
Faiz. Urgent!
Awak!
Help me! – Emelda
Why?
What’s wrong? – Faiz
Aimi.
Dia tanya fasal Razif. What I want to do? – Emelda
Faiz terus menoleh ke
arah Emelda yang resah gelisah itu. Melihatkan wajah Emelda yang meminta
pertolongan itu membuatkan Faiz terus bangun dan mendekati mereka berdua.
Lagipun dalam dewan masih tidak ramai orang.
“ Aimi.” Panggil Faiz
dengan senyuman kecil.
“ Ha. Kenapa?”
Emelda terus buat-buat
tidak peduli. Sedangkan nak mengelak sebenarnya.
“ Kau tak suruh cik
abang kau datang ke?”
Aimi terus
menggelengkan kepalanya.
“ Dia busy. Aku tak nak
paksa dia.”
Faiz mengerling sekilas
ke arah Emelda yang buat-buat sibuk itu. Tiba-tiba dia mendapat satu idea.
Terus dia menarik sengih.
“ Aimi. Aku pinjam Mel
kejap erk?” Pinta Faiz dengan sengihan.
Emelda yang dengar
permintaan Faiz itu terus mendongak. Siap dijongketkan kening lagi.
“ Bawalah. Aku
benarkan.”
Cepat-cepat Faiz
mengarahkan Emelda mengikut langkah dia. Dengan tergesa-gesa juga Emelda ikut
langkah Faiz sehingga ke luar dewan. Bila dah jauh daripada Aimi, barulah dia
boleh menghembus nafas lega. Faiz yang melihat dah tersenyum.
“ Risau sangat awak
ni.” ujar Faiz senada.
“ Of courselah! Gila
tak risau. Saya tak tahu nak jawab apa kalau dia tanya lebih-lebih. Rasa nak
nangis pun ada.”
Faiz terdiam. Dia baru
teringat Razif merupakan pelajar cemerlang sekolah. Jadi tak hairanlah kalau
dia mampu mendapat straight A dalam SPM. Dan kalau itu terjadi pasti nama Razif
akan di sebut. Then, mesti cikgu akan maklumkan apa yang terjadi pada Razif. Ha
sudah! Apa patut diorang buat?
“ Kita ada lagi satu
masalah.” Maklum Faiz dengan riak wajah yang serius. Emelda yang tengok pun dah
terteguk air liur.
“ Awak buat saya gerun
la. Apa?”
“ Razif pelajar cemerlang.
Dan tak hairanlah kalau nanti nama dia akan disebut. So..”
Belum sempat Faiz nak
menyambung kata-katanya, Emelda terlebih dahulu memintas.
“ Okay. Saya dah tahu
apa maksud awak. Kalau macam tu kita kena berpura-pura terkejut dan buat-buat
tanya. Kan? Tapi.. mesti dia takkan percaya.”
Masing-masing terus
terdiam. Tidak tahu nak beri jawapan apa pada Aimi. Dalam fikir punya fikir,
muncul seseorang di sisi mereka.
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
“ Ya Allah Im. Aku
ingat kau tak datang tadi.” Wajah Faiz dah berubah teruja,
Imran tersengih. Bahu
Faiz dipautnya mesra. Emelda yang melihat dah tersenyum sipi. Lega sikit hati
ni kalau Imran ada. Boleh tenangkan Aimi.
“ Isteri aku datang
ambil result. Takkan aku tak datang? Kejam namanya tu.”
Mereka bertiga terus
ketawa tapi tidak lama bila mereka perasan Aimi mendekati mereka. okay. Ini
satu lagi masalah.
“ Abang?”
Aimi menghampiri dan
menyalami tangan Imran. Serentak itu ubun-ubun Aimi dikucupnya perlahan.
“ Abang kata tak jadi
datang.”
“ Kerja abang habis
awal.”
Faiz dan Emelda
menjauhkan diri. Nak beri ruang pada pasangan pengantin baru tersebut. Tapi
dalam hati masih gusar. Takut akan kemungkinan yang akan berlaku selepas ini.
“ Saya rasa kita patut
beritahu cikgu. Suruh cikgu rahsiakan. Okay tak?” Cadang Emelda tiba-tiba.
Faiz yang mendengar dah
membuat anggukan kecil. boleh tahan idea tu.
“ Pandai buah hati
saya. Jom kita cakap dekat cikgu.” Ajak Faiz lantas meninggalkan Aimi dan
Imran.
“ Well. Tengoklah siapa
buah hati dia?”
“ Faiz.”
“ Haha. Perasan!”
“ Sekali skala wahai
cik Emelda.”
Akhirnya mereka terus
tertawa kecil. Asyik nak perasan je kerjanya. Apada.
**
Air matanya yang
ditahan semenjak di atas pentas tadi akhirnya turun apabila berdepan dengan
encik suami. Encik suami hanya tersenyum. Tapi dia pula terlebih emo ni dah
kenapa? Dapat result cemerlang pun nak emo ke? Haha.
“ Tahniah sayang. Abang
dah cakap kan yang sayang mesti boleh dapat punya.”
Aimi melihat sekali
lagi slip ditangannya itu. 9 A 1 B. Ya Allah. Macam tak percaya. Macam dalam
mimpi. Faiz dan Emelda pun sama macam dia. Cuma mereka berdua 8 A. kenapa susah
sangat nak percaya ni?
“ Abang. Aimi mimpi
kan?” Soal Aimi dengan riak muka tidak percaya.
Imran yang mendengar
soalan Aimi itu terus ketawa kecil. terus kepala Aimi diusapnya perlahan. Lepas
tu pipi Aimi pula dicubit perlahan sampai Aimi memberikan jelingan maut pada
dia. tapi ada dia kisah? Haha.
“ Sakit kan? so tak
mimpilah sayang. Abang bangga dengan isteri abang ni.”
Akhirnya Aimi
tersenyum. tak sabar nak balik dan beritahu mak dia pula. Mak! Aimi dah
berjaya. Ayah. Aimi dah berjaya. Terima kasih ayah.
“ Hey. Kenapa nangis
lagi ni?”
Air matanya diseka
dengan perlahan oleh encik suami. Aimi yang melihat terus menggelengkan
kepalanya. Tangan Imran ditolak perlahan.
“ Teringatkan ayah. Dah
lah. Jom jumpa Faiz dan Mel.”
Terus ditarik tangan
Imran sampai ke arah Mel dan Faiz. Dua-dua baru lepas nangis ke macam mana
sebab diam je. Aimi dan Imran saling berpandangan seketika sebelum menoleh
semula ke arah Faiz dan Emelda tu.
“ Guys?” Sergah Aimi.
Faiz dan Emelda yang
menerima sergahan itu terus tersedar. Mereka berdua terus menoleh ke arah Aimi.
Dan masing-masing terus tersenyum melihat wajah ceria Aimi itu.
“ Aimi.”
“ Korang ni dah kenapa?
Nak kata sedih..result cemerlang. Lainlah teruk.”
Faiz dan Emelda
terdiam. Sebenarnya mereka baru lepas tengok result Razif. Dan ternyata tekaan
mereka benar. Razif dapat semua A. sebab tu mereka sedih sebab Razif tak dapat
bersama dengan mereka saat-saat bahagia macam ni. Sesungguhnya Allah lebih
menyayangi dia.
“ Terharu. Sebab tak
pernah dapat result macam ni.” Pintas Emelda sebelum Faiz membuka mulut.
Biarlah tu menjadi rahsia mereka berdua.
“ Oh. Yeke?” Ragu-ragu
Aimi melihat mereka.
“ Yela. Dah. jom kita
keluar celebrate. Aimi belanja.” Cadang Faiz dengan sengihan.
“ Asal aku pula?”
“ Dah kau lebih sikit
dari kami. So kau kenalah belanja.” Giliran Emelda pula mengusik dengan
sengihan nakal.
Aimi mencebik. Mulalah
nak usik aku. macam tak tahu. Alasan je semua tu. Sabar ja la.
“ Kau cakap macam aku
ada banyak duit.” Terus Aimi mengerling Imran di sebelah. Dengan sengihan dia
berkata lagi.
“ Kalau nak aku
belanja, pujuklah orang sebelah aku ni.”
Imran terus
menjongketkan keningnya saat mendengar Aimi berkata demikian. Faiz dan Emelda
yang melihat dah tersengih. Manakala Aimi dah menahan senyum. Tapi muka still
selamba. Haha.
“ Aik? Kaitkan abang
pula.” Terus bahu Aimi dirangkulnya erat.
“ Hehehe.” Apa lagi?
mereka tiga hanya mampu tersengih sajala.
“ Memandangkan isteri
abang dan kawan-kawan isteri abang ni dapat result gempak. Okay. Abang belanja
KFC.”
Dan apa lagi.. mereka
terus bersorak.
“ Cayalah! Jom!”
Imran yang melihat
hanya mampu tergeleng. Rindu pula zaman sekolah dia dulu.
**
“ Arh! Kenyangnya!”
Aimi melihat Emelda dan
Faiz yang kekenyangan itu dengan senyuman kecil. Tak sangka sampai sekarang
mereka berdua masih setia berada di sisi dia sebagai sahabat. Bersyukur sangat
rasanya. Kalaulah dia akan kehilangan mereka berdua. Apa akan dia rasa? Satu
lagi. Razif! Mana dia pergi? Aku rindu dia.
“Bro. Thanks la belanja
kami.” Ucap Faiz dengan sengihan. Perut dah kenyang. So, happy la.
“ No hal. So, dah tahu
ke nak belajar ke mana selepas ni?” Giliran Imran pula menyoal.
“ InsyaAllah maybe ke
dalam bidang pendidikan? Tak pun kedoktoran? Why not?” Balas Faiz dengan
confidentnya. Emelda yang melihat dah tertawa kecil.
“ Confident je lebih
dia ni. Sedangkan sebelum ni beria-ria kata masuk form 6. Lepas tu terus boleh
dapat degree.” Suara Emelda pula.
“ Wow! Okay la tu.
Kalau masuk form 6 lagi cepat. Dan kau pun cepat-cepatlah kahwin dengan si Mel
ni Faiz.” Giliran Aimi pula menyokong.
Dan kerana itu Emelda
terus memasamkan muka manakala lagi dua orang terus tergelak. Kelakar tengok
reaksi Emelda.
“ Betul juga kata kau
tu Aimi. Aku sokong seratus peratus.” Dengan selambanya Faiz menjawab lalu
menjongket kening ke arah Emelda yang sudah malu itu.
“ Ah! Korang ni sengaja
nak kenakan aku kan?” Emelda tidak puas hati.
Aimi dan Faiz dah
tergelak. Imran pula hanya mampu tersenyum. Sekali skala berada dalam kelompok
remaja ni terasa muda pula. Haha. Perasan kau Im.
“ Mana ada. Faiz yang
mulakan dulu salahkan aku pula. Haha.”
Imran terus memasukkan
kentang ke dalam mulutnya bila terasa lapar balik. Matanya tidak lekang
langsung daripada melihat ke arah Aimi. Bagi dia kebahagiaan Aimi kebahagiaan
dia. Kesedihan Aimi kesedihan dia juga. Tapi, tidak lama bila dia perasan
seseorang yang mirip sangat dengan Razif berada luar daripada bangunan KFC ini.
Terus Imran menoleh ke arah Faiz yang sedang ketawa itu.
Imran mula rasa tidak
sedap hati. Bahaya kalau Aimi nampak dia ni. Aku perlu lakukan sesuatu. Matanya
terus tertancap pada sos dan mayones yang ada pada isi kentang tersebut. Dan
kentang tersebut berada betul-betul di hadapan Aimi. Senyuman jahat ditarik.
Maafkan abang Aimi. Abang terpaksa.
“ Aimi. Habiskan
kentang tu cepat. Tak baik membazir.” Tegur Imran apabila melihat mereka
bertiga sudah berhenti ketawa.
“ Okay boss.”
Belum sempat Aimi nak
menyuap kentang itu ke dalam mulutnya. Imran terlebih dahulu mencalit sos yang
ada pada kentang itu dan sapukannya pada pipi Aimi.
“ Abang!”
Imran yang melihat
wajah comot Aimi dah ketawa besar. Faiz dan Emelda yang melihat turut ketawa.
Kelakar.
“ Sorry sayang. Tak
sengaja. Comel sangat.”
Aimi dah memuncung.
Benci!
“ Dah. pergi tandas
dulu. bersihkan pipi tu.” Arah Imran dengan sengihan. Maafkan abang sayang.
“ Yela. Jahat kan
abang?”
“ Sekali skala sayang.”
Bila tubuh Aimi sudah
menghilang. Terus Imran memandang ke arah Faiz dan Emelda. Dua orang tu pun dah
jadi lain macam bila riak Imran bertukar serius. Sah! Ada agenda kenapa Imran
buat macam tu dekat Aimi tadi.
“ Kita ada problem.”
Maklum Imran lantas menoleh ke belakang.
“ Kenapa ni?”
“ Kita kena berdepan
juga dengan lelaki yang mirip dengan Razif tu. kita kena minta pertolongan dia.
tu je cara yang kita ada sekarang ni. and you guys must help me.” Serius Imran
ketika berkata.
“ But how?” Emelda pula
bertanya.
“ Mel. Awak duduk sini.
Tengokkan Aimi. Faiz follow aku. kita dua pergi jumpa dia. Mel, kalau Aimi
tanya mana kami pergi. Awak just cakap kami berdua pergi ambil angin. Okay?”
“ Okay! Set!”
Tanpa berlengah, terus
Imran dan Faiz bergerak. Tak mahu Aimi syak dan curiga. emelda pula terus
berlagak selamba macam tiada apa-apa yang terjadi. Itu saja caranya kalau tak
nak Aimi syak bukan-bukan.
Langkah Imran dan Faiz
semakin dekat dengan orang yang mirip Razif tu. sampai saja di depan dia.
mereka terus menegur.
“ Assalamualaikum.”
Tegur Imran dengan senyuman.
“
wa..waalaikumussalam.” Lelaki itu jelas hairan dengan Imran dan Faiz. Tiba-tiba
tegur.
“ Maaf la bro kalau
kacau. Tapi boleh kita berbual kejap. Kejap je. kami betul-betul nak minta
pertolongan encik.” Pohon Faiz pula.
“ Erk.. sure.”
Terus Imran suruh
mereka berdua ikut langkahnya sehingga ke belakang KFC. Itu saja cara selamat.
“ Boleh kami tahu
nama?”
“ Aku Firhan.”
Faiz tersenyum. Razif.
Firhan. Nak dekat sama.
“ Bro. kau ada kembar
tak? Or adik ke yang berumur 18 tahun?” Soal Imran inginkan kepastian.
“ Erk. Tak. Aku anak
tunggal dalam family. Kenapa korang tanya erk?” Jelas Firhan sangat pelik saat
ini.
Terdengar keluhan kecil
daripada mulut Faiz.
“ Serius. Kami
betul-betul perlukan pertolongan kau. Urgent!”
“ But what?”
“ Muka kau sama macam
kawan aku bro. Mirip sangat. Tapi dia dah meninggal dunia.”
Firhan yang mendengar
terus tersentak. Dalam hati dia mengucap.
“ Dan sebab tu la kami
perlukan bantuan kau. Kawan aku Aimi dan juga merupakan isteri dia tidak tahu Razif tu dah meninggal.” Faiz mula bercerita.
“ Apa susah? Beritahu
je la.” Pintas Firhan dengan kerutan di
dahi. Simple je kot. Kenapa nak jadikan sukar?
“ Masalahnya kami tak
nak dia sedih. Bukan sebab tu je. sebab paling utama adalah jantung kawan aku
tu milik Razif.”
Okay. Kali ni Firhan
betul-betul terkedu. Dia sendiri macam tak percaya.
“ Sebab tu kami tak
sanggup nak cakap. Razif sendiri pun minta kami rahsiakan.” Sambung Faiz lagi.
Imran daripada tadi hanya berdiam.
“ Erk.. jadi kau nak
aku buat apa?”
Faiz dan Imran dah mula
tersenyum.
“ Aku nak kau menyamar
sebagai Razif. Kalau dia ternampak kau dan terserempak dengan kau. Aku nak kau
mengaku kau tu Razif. Kalau dia tanya ke mana kau menghilang selama ini, kau
cakap lah apa-apa pun. By the way umur kau?”
“ Aku baru habis stpm.”
“ Oh Godness! Syukran!”
Ucap Faiz dengan berasa syukurnya. Mujurlah tak tua sangat.
“ So.. boleh kau tolong
kami?”
Firhan terdiam.
Melihatkan wajah mengharap Faiz dan Imran tu. tak sampai hati pula dia nak
tolak.
“ Apa aku akan dapat
kalau aku buat semua ni?”
Imran dan Faiz terdiam.
Nak juga hadiah.
“ Jangan risau. Aku
akan buat apa saja yang kau nak. Tapi dengan satu syarat.. jangan apa-apa kan
Aimi.” Tegas Imran.
Firhan tersenyum sinis.
“ Okay deal!”
“ Abang!”
Imran, Faiz dan Firhan
terus saling berpandangan. Gulp!
No comments :
Post a Comment