Jam sudah menunjukkan
pukul 6 petang. Awan berarak pergi. Cuaca yang cerah pada petang itu masih
tidak mampu menceriakan hati seorang perempuan yang bernama Aimi. Luaran dia
tersenyum seperti awan yang tersenyum. Tapi, hatinya tiada sesiapa yang tahu
melainkan Allah. Hatinya dalam diam menangis kepiluan.
Dalam dia cuba menahan
daripada menangis, bahunya tiba-tiba diusap perlahan. Pantas dia mengukirkan
senyuman dan menoleh ke arah kiri. Lengan itu dipaut inginkan kekuatan. Dia
takut akan rebah di situ juga.
“ Sabar sayang. Yang
pergi tetap akan pergi.” Ujar Maznah lembut.
Aimi hanya mengangguk
perlahan. Setitis pun dia tidak mengeluarkan air mata. Dia tak nak bersedih
lagi. Dia dah penat untuk menangis.
“ Makcik. Dah lewat ni.
Jom kita balik.” Suara Imran yang setia menemani mereka daripada tadi lagi.
“ Yelah. Aimi jom.”
Ajak Maznah.
Aimi menggelengkan
kepalanya dengan perlahan.
“ Kejap lagi Aimi
pergi. Mak pergilah dulu.”
Melihatkan Aimi yang
masih tidak mahu berganjak itu, akhirnya Maznah berlalu juga bersama Faiz dan
Emelda. Tinggal Imran dan Aimi saja di situ.
Aimi melihat tanah yang
masih merah itu dengan senyuman hambar. Ayah. Maafkan Aimi sebab tak ada
disamping ayah ketika ayah dikebumikan. Maafkan Aimi juga sebab banyak
menyusahkan ayah selama ini. Aimi sangat sayangkan ayah.
Dah puas berbicara
dengan ayahnya melalui hati. Dia pun mula meninggalkan kubur arwah ayahnya itu.
Imran masih setia mengekori daripada belakang. Imran menghembus nafas lega bila
melihat Aimi tidak menitiskan air mata. Mungkin Aimi dah boleh terima hakikat.
“ Im.”
Langkah Aimi tiba-tiba
terhenti. Imran terus berdiri di sisi Aimi tanpa menoleh ke arahnya.
“ Terima kasih.” Ucap
Aimi dengan perlahan.
Imran yang mendengar
terus tersenyum.
“ Tak perlu berterima
kasih pada saya. Awak perlu berterima kasih pada Allah. Saya yang patut ucapkan
terima kasih Aimi. Terima kasih sebab menjadi kuat. Terima kasih sebab terus
bertahan. Dan terima kasih sebab tidak mengalirkan air mata.”
Barulah Imran menoleh
ke arah Aimi. Aimi yang mendengar hanya mendiamkan diri. Tanpa membalas
kata-kata Imran, dia kembali meneruskan langkah ke arah kereta. Tapi dalam hati
dia terdetik perkataan sama-sama Imran.
**
Balik saja daripada menziarah
arwah ayah Aimi. Imran terus menghantar Aimi dan kawan-kawan dia pulang ke
rumah. Lepas itu, dia terus bergegas pulang ke rumah. Dia rindu dengan mamanya.
Dalam seminggu ni dia asyik tidur dekat hospital saja. Balik pun kejap sangat.
Tu yang rindu tu.
Hampir 30 minit
perjalanan, akhirnya keretanya tiba juga di halaman rumah Datuk Ismail dan
Datin Hanis. Selepas mematikan enjin kereta, dia pantas keluar daripada kereta.
Seketika dia menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Dia menarik
senyuman lebar. Tanpa berlengah, dia pantas masuk ke dalam rumah.
“ Assalamualaikum!”
Imran memberi salam
dengan kuat. Kasutnya ditanggalkan. Laju saja kakinya melangkah ke arah dapur.
Sebab dia yakin waktu sebegini mesti mamanya berada di dapur. Dan tekaannya tepat
bila melihat Datin Hanis sedang memasak sesuatu. Terus Imran tersenyum.
“ Assalamualaikum
mama.”
Sekali lagi Imran
memberikan salam.
“ Waalaikumussalam. Ya
Allah! Imran! Terkejut mama!”
Imran tergelak lalu
salam dengan Datin Hanis.
“ Sorry mama. Mama
tengah masak apa?”
Datin Hanis tersenyum.
“ Masak lemak sayur
lobak putih. Favourite kamu kan?”
Imran tersengih.
“ Macam mama tahu je
yang anak mama ni rindu dengan masakan mama.”
“ Yela. Dah lama kamu
tak makan masakan mama. Nasib baik kamu balik awal hari ni.”
Imran terus duduk di
kerusi meja.
“ Papa mana mama?”
“ Ada tu kat atas.
Dekat bilik kerja agaknya. Pergilah tengok.”
“ Imran pergi naik dulu
ye.”
Imran melajukan langkah
naik ke atas. Bilik kerja Datuk Ismail yang terbuka sedikit itu dibuka luas.
Dia dapat melihat kelibat papanya sedang khusyuk membaca dokumen kerja. Imran
terus masuk dengan senyuman.
“ Hai papa.” Tegur
Imran.
Datuk Ismail yang
mendengar suara Imran terus mendongak. Bila tengok Imran, dia terus bangun
dengan senyuman. Tubuh itu dipeluknya seketika.
“ Bila balik?”
Pelukan terlerai. Imran
terus ambil tempat di sofa. Matanya meliar sekeliling bilik kerja papanya itu.
Jarang sekali dia dapat masuk bilik kerja papanya ni. yala. Dia pun bukan
selalu ada dekat rumah.
“ Baru je. papa busy
ke?”
Datuk Ismail terus
ambil tempat di sebelah Imran. Dia hentikan seketika kerjanya itu.
“ kerja sampai bila pun
tak habis Im. Kamu dari mana ni? Hospital?”
“ Tak. Dari kubur. Baru
lepas lawat arwah ayah pesakit Im. Lepas tu terus datang sini. Ingat nak ke
hospital tapi tak jadi.”
Tangan Imran terus
mencapai majalah perniagaan yang ada di depan matanya saat itu.
“ Siapa pesakit Im tu?”
Soal Datuk Ismail ingin tahu.
“ Aimi Aisya pa.” Balas
Imran sambil menyelak helaian majalah itu.
“ Aimi Aisya..”
Datuk Ismail tersenyum
seketika. Rasanya isterinya ada sebut tentang pesakit Aimi ni. Rasanya dialah
orangnya.
“ Boleh papa tanya
sikit?”
Imran hanya
menganggukkan kepalanya. majalah tadi dah ditutup dan diletakkan kembali pada
tempat asal. Tiada yang menarik. Semuanya fasal perniagaan. Bosan!
“ Pesakit Im tu ke yang
Im suka?”
Imran tersentak dengan
pertanyaan Datuk Ismail itu. Erk! Mana papa aku tahu ni?
“ Mama yang beritahu.”
Sambung Datuk Ismail lagi bila melihat kebingungan anaknya itu.
“ Erk. Hehe.”
Imran dah tersengih
malu. Dia tak tahu nak cakap apa.
“ Cuba berterus terang
dengan papa.”
Imran tergaru-garu
kepalanya yang tidak gatal itu lalu memandang ke arah Datuk Ismail. Sengihan
masih tidak lekang daripada bibirnya.
“ Erk. Ermm. Betul la
tu. Betul la apa yang mama kata tu.”
Datuk Ismail tersenyum.
melihatkan Imran yang gelisah itu tahulah dia yang Imran dah jatuh sayang pada
Aimi itu.
“ Dia? Dia suka kamu
tak?”
Imran terdiam. Alahai.
Papa. Malu Imran kalau macam ni. Macam mana aku nak jawab?
“ Erm. Suka kot.”
“ Kenapa mesti ada
kot?”
Datuk Ismail tertawa
kecil. Manakala Imran dah tersengih malu.
“ Entahlah pa.”
“ Macam mana boleh
entah pula?”
“ Papa. Patut ke kalau
Im lamar dia?”
Imran dah berubah
serius. Datuk Ismail yang melihat tersenyum. Dah besar pun anak aku ni.
“ Why not my son?”
“ But, she just 18
years old. I’m afraid that she can’t accept. Yela. Mesti dia nak sambung study
kan?” Luah Imran. Dia cakap apa yang dia rasa.
Datuk Ismail terdiam.
Tapi tidak lama bila dia merasakan itu bukan satu penghalang.
“ 18 tahun bukan 16
tahun or bawah daripada itu. Ramai je sekarang ni yang kahwin muda. Study tu
boleh je lepas kahwin. Apa orang kata, study lepas kahwin lebih berkat? Lebih
seronok? Tak salah la Im. Lagipun kamu dah lebih daripada yang mampu. Kamu
boleh tanggung dia.” terang Datuk Ismail menyuarakan hasrat hatinya itu.
“ Tapi dia bukan
perempuan macam tu pa. Dia bukan jenis suka bergantung pada orang lain. Dia
lebih suka berdikari.”
“ Kalau macam tu
yakinkan dia. kalau dah suka sama suka tunggu apa lagi? Tak baik tangguhkan
perkara yang baik ni.”
Imran terdiam. Betul
juga apa kata papa aku tu.
“ Tengoklah. Nanti Im
cuba pujuk dia.”
Imran tersenyum melihat
papanya.
“ Dah besar panjang pun
anak papa ni. Tak lama lagi dah nak kahwin. Papa bangga dengan kamu Imran.”
Bahu anaknya itu
ditepuk berkali-kali. Imran jadi terharu lalu tunduk memandang jari.
“ Thanks papa.”
“ Most welcome my son.”
Tanpa mereka berdua
sedari, Datin Hanis dah dengar segala-galanya daripada luar bilik itu. Dia
turut tersenyum bahagia. Air matanya yang ingin mengalir terus diseka. Dia
turut bangga dengan Imran. Imran adalah satu-satunya anak yang mereka ada.
Tak mahu terus melayan
perasaan, dia turut masuk ke dalam bilik kerja suaminya itu. Imran dan Datuk
Ismail yang menyedari kehadiran seseorang itu terus menoleh ke arah pintu.
Terbit senyuman pada bibir mereka.
“ Mama nak adakan
perkahwinan Imran dekat hotel nanti. Setuju tak?” Suara Datin Hanis dengan
senyuman panjang.
Imran dan Datuk Ismail
yang mendengar terus tertawa kecil. Ternyata Datin Hanis dah dengar
segala-galanya.
“ Dan..mama tak sabar
nak dapat menantu.”
Imran terus bangun dan
memeluk mamanya itu.
“ InsyaAllah mama.
Doakan Imran.”
“ Kami sentiasa doakan
yang terbaik untuk kamu sayang.”
Imran hanya mengangguk.
Dalam hati dia dah bertekad dengan keputusannya. Dia akan pergi melamar Aimi
nanti. Aimi. Just waiting!
**
“ What? Seriously?”
Imran yang melihat
reaksi terkejut Faiz itu terus tergelak.
“ Betul lah. Apa?
Nampak macam saya gurau ke?”
Faiz tersengih. Tak
sangka ideanya yang suruh Imran pergi lamar Aimi diterima baik. Faiz terus
mengucap syukur dalam hati.
“ Bila doktor nak pergi
lamar dia?”
Imran tersenyum. Straw
minuman yang ada di depannya saat itu dikacau berkali-kali.
“ Maybe this Sunday.”
Faiz terus membulatkan
matanya. Mulutnya dah terngaga menerima berita itu.
“ Alhamdulillah. Make
sure doktor lamar betul-betul erk. Sebab saya tak sabar nak tengok doktor dan
Aimi naik pelamin. Ehehe.”
Giliran Imran pula
tergelak besar.
“ Amboi. Mengada. Kamu
dengan Mel tu? Macam mana?”
Faiz tersengih sambil
tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
“ Maybe selepas habis
diploma. Saya terus pergi lamar dia. Saya pun tak nak tunggu lama-lama.”
“ Bagus. Dia pun tak
sabar tu nak kahwin dengan kamu.”
“ Tahu takpe.”
Terletus terus tawa
daripada mulut mereka berdua. Seketika mereka mendiamkan diri sambil menikmati
minuman daripada restoran berdekatan hospital itu.
“ By the way. Saya
harap doktor akan bahagiakan dia. jangan buat dia menangis lagi.” Ujar Faiz dengan
senyuman hambar.
“ Saya bukan apa. saya
tak nak tengok dia menangis lagi. Cukuplah dengan apa yang dia dah dapat
sebelum ni. Tu pun dia belum tahu fasal Razif. Kalau tahu mesti dia takkan
berhenti menangis.” Sambung Faiz lagi. kali ni tiada senyuman pada wajahnya.
Imran yang mendengar
terkedu. Ya. Betul apa kata Faiz tu.
“ I will make sure
that. Saya pun tak sanggup kalau dia terus menangis.”
Faiz yang mendengar
menghembus nafas lega.
“ Baguslah. Saya tahu
yang saya boleh percayakan doktor.”
Imran terus menarik
senyum.
“ Yes. You can trust
me. Kalau tidak kamu boleh tumbuk muka saya.”
“ Serius? Haha.”
“ Just kidding.”
Faiz yang tengah ketawa
itu terus terhenti saat ternampak kelibat seseorang. Imran yang menyedari
perubahan pada wajah Faiz terus menoleh ke arah belakang. Dan dia pun sama
seperti Faiz. Terkedu.
“ Razif?”
No comments :
Post a Comment