**
Sebulan kemudian…
Kakinya menapak laju
masuk ke dalam rumah di saat mendapat panggilan kecemasan. Wajahnya sememangnya
sangat cemas saat ini. kalau ditoreh pun memang lambat apa darah nak keluar.
Gelisah sangat punya fasal. Sampai main redah ja masuk.
“ Aimi! Aimi! Mana
awak?”
Kalau orang tengok,
memang kelihatan berserabut dah doktor Imran kita ni. Risaukan tunang punya fasal
sampai sanggup redah jalan jam semata-mata nak jumpa Aimi. Nak dapatkan
kepastian. Yala. Tiba-tiba datang call kata Aimi dalam bahaya. Siapa yang tak
risau.
Aimi yang baru selesai
membasuh tangannya kerana memakai inai itu terus keluar daripada bilik. Apabila
dah pastikan dirinya menutup aurat barulah dia keluar. Dari jauh dia dapat
tengok Imran yang kelihatan cemas itu.
“ Im? Awak kenapa?
Nampak cemas semacam je.” Soal Aimi dengan tanda tanya.
Imran terus menoleh ke
arah Aimi saat mendengar dirinya ditegur. Bila nampak Aimi dalam keadaan sihat
walafiat. Dia menghembus nafas lega.
“ Tadi ada orang call.
Dia cakap awak dalam bahaya. Tu yang saya datang. Awak tahu tak betapa risaunya
saya.”
Aimi tersengih. Ini
mesti kerja Mel dan Dina. Budak berdua ni la.
“ Ada orang nak bagi
pengajaran dekat awak sebenarnya ni.”
Aimi menapak ke arah
Imran dan duduk di sofa. Imran mengekori langkah Aimi dan duduk depan Aimi.
Apabila matanya menangkap jari-jari Aimi yang sudah merah itu. dia tersenyum
kecil. Esok malam mereka akan dinikahkan. Alhamdulillah.
“ Pengajaran?” Soal
Imran tidak faham.
Aimi menganggukkan
kepalanya lantas tertawa kecil. tiba-tiba dia ternampak kelibat Mel dan Dina.
Mereka berdua terus keluar daripada bilik dan mendekati Aimi. Masing-masing
duduk dan berdepan dengan Imran.
“ Sebenarnya kami yang
call.” Mengaku Mel dan Dina dengan sengihan.
Imran tersentak.
“ Kenapa? Saya tengok
Aimi okay aja pun.”
“ Sebab doktor la kami
call. Tahu tak petang ni doktor kena jumpa dengan perancang perkahwinan? Nak selesaikan
semuanya. Kalau kami tak call jangan harap doktor datang. Sibuk dengan kerja je
tahu. Dah nak kahwin esok pun still tak boleh nak cuti. Haish.”
Mel mula membebel. Dan
sebab bebelan itulah Aimi dan Dina terus tergelak. Imran yang mendengar dah sengih
kerang busuk. Tahu salah sendiri.
“ Maaflah. Terpaksa.
Sebab saya nak ambil cuti panjang. Tu yang busy sikit. Tapi jangan risau.
Selagi saya hidup saya takkan abaikan permaisuri hati saya ni.” Ucap Imran
sambil melirik ke arah Aimi.
Aimi yang mendengar dah
tersipu-sipu. Manakala dua orang lagi dah tersenyum kecil.
“ Acece. Sweet sangat
nampak. Dah. Sekarang dipersilakan doktor pergi jumpa kak Mia ye. Sebab dia nak
tengok sama ada baju pengantin doktor tu betul-betul okay.” Suruh Mel pula.
Imran dah tergaru-garu
kepalanya yang tidak gatal itu. Dah seminggu tak jumpa dengan Aimi gara-gara
sibuk. Lagipun memang tak manis kalau pengantin berjumpa selalu. Tapi hari ini
terdesak namanya.
“ Baik boss. Aimi. Saya
pergi dulu. malam ni saya call awak.”
Cepat-cepat Imran
meninggalkan perkarangan rumah Aimi. Aimi yang melihat dah tergeleng-geleng
kepalanya. Alahai tunang aku ni. Sibuk sangat ni. kesian sangat aku tengok.
“ Aimi. Time to eat.”
Maklum Mel lantas berlalu ke dapur bersama adik juniornya Dina. Tak sangka mereka
bertiga dah jadi rapat.
“ okay.”
**
Segala persiapan dah
siap. Tunggu akad nikah dijalankan je esok malam. Datin Hanis melihat
sekeliling. Alhamdulillah. Hasratnya ingin melihat anak tunggalnya itu kahwin
terlaksana. Tak sabar nak dapat menantu.
“ Mama!”
Imran muncul dengan
senyuman kecil. Bahu mamanya dipaut erat. Matanya juga meliar sekeliling.
Perfect! Cantik! Pandai mama aku ni.
“ Baru balik? Dari mana
tadi?”
“ Dari kerja la. Lepas
tu singgah rumah Aimi kejap and then pergi jumpa wedding planner. Huh! Penat
kot ma.”
Datin Hanis tergelak.
“ Tahu pun penat. Yang
mama dan papa uruskan ni tak penat pula? Kamu buat tu baru sikit sayang.”
Imran tersengih. Tahu
dia salah. Melebih sangat sedangkan apalah sangat yang dia baru buat
dibandingkan usaha orang tuanya itu.
“ Yela ma. Im tahu Im
salah. Okay ma. Im nak naik bilik. Nak rehat. Bye mama.”
Terus dia lajukan
langkah ke tangga. Badannya dah melekit. Dan inginkan rehat yang secukupnya.
Nak mimpikan Aimi. Haha. Melebih sangat tu Imran oii.
“ Im!”
Tapi semuanya jadi
terbantut bila Puteri berada di depan matanya saat ini. Imran yang melihat
Puteri terdiam. Tiada hati nak berbual dengan Puteri. Boleh merosakkan mood
baik dia.
“ Kalau kau nak jumpa
mama aku. Dia ada dekat sana.”
“ I nak jumpa you Im.”
Imran tersenyum sinis.
Tapi Cuma sekejap bila dia mula melangkah semula ke arah tangga.
“ I betul-betul nak
jumpa you. Kejap pun jadi lah. Please Im!” Rayu Puteri lagi.
Imran yang mendengar
rayuan Puteri itu terus menghentikan langkahnya. Terhambur juga keluhan kecil
daripada mulutnya. Terus dia kembali mendekati Puteri. Dengan wajah yang tiada
secalit senyuman pun, dia memandang Puteri.
“ Cakaplah apa yang kau
nak cakap sangat.” Suruh Imran tanpa nada.
Puteri tersenyum
hambar. Dia dah tahu kini Imran bukan hak miliknya lagi. Hati Imran dah jadi
hak milik orang lain. Dan dia tak patut terus menagih cinta Imran sedangkan
Imran mencintai orang lain. Dia yang patut dipersalahkan. Dia sendiri pun dah
penat asyik tagih cinta orang sedangkan ada orang yang lebih mencintai dirinya
saat ini.
“ Im. I nak minta
maaf.”
“ For?”
Puteri tersenyum tawar.
Dia mengeluarkan sampul kad dan menyerahkan kepada Imran. Imran menyambut
dengan tanda tanya.
“ Apa ni?”
“ Bukalah.”
Dengan perlahan-lahan
Imran membuka sampul surat itu. Apabila matanya menangkap nama yang ada pada
kad tersebut, dia terus terkedu. Pantas dicari wajah Puteri yang sedang
tersenyum pahit itu.
“ Kenapa tiba-tiba?”
Imran jelas sekali terkejut.
Tiada angin tiada ribut
tiba-tiba Puteri nak kahwin. Dengan lelaki yang dia selalu jumpa pula tu.
“ I dah dapat balasan
Im. Inilah balasan untuk I.”
Imran jelas sekali
tidak faham. Tapi tidak pula dia menyampuk. Dia hanya sabar menunggu penerangan
Puteri.
“ Papa I dapat tangkap
I dengan dia sedang berdua-duaan di rumah I. Papa I marah sangat dan sampai nak
buang I dari rumah. Tapi sebab dia, I terselamat. Dan sebab dia juga papa suruh
I kahwin dengan dia. mujur bukan pencegah maksiat yang datang time tu. kalau
tidak nama family I akan buruk Im.”
Air mata Puteri dah
mengalir ke pipi. Tapi pantas disekanya sebelum terlambat. Dia kesal sangat
dengan apa yang terjadi. Tapi dia redha. Sebab dia tahu ini balasan untuk orang
yang berhasad dengki seperti dia.
Imran yang mendengar
terus terdiam. Dia tidak tahu nak kata apa lagi. Semuanya secara tiba-tiba. Lagipun
dah lama dia tak dapat khabar berita daripada Puteri.
“ I betul-betul nak
minta maaf Im. I kesal sangat dengan apa yang berlaku sebelum ni. I menyesal. I
juga bodoh sebab melepaskan you dulu demi lelaki lain. Sebab I kita putus.
Maafkan I.” Pinta Puteri dengan rasa menyesalnya.
Imran yang mendengar
terus mengeluh kecil. Kad tadi ditatap sekali lagi. Perkahwinan Puteri hujung
minggu ni. Selang beberapa hari dengan perkahwinan aku.
“ Aku dah lama maafkan
kau Puteri. Lagipun aku dah reda dengan apa yang berlaku sebelum ni. Memang
mula-mula aku kecewa sangat. Sakit sangat bila cinta aku dikhianati. Tapi aku
bersyukur sebab Allah telah tunjukkan aku siapa jodoh sebenar aku. dan aku tahu
dia yang terbaik untuk kau. Kau cubalah buka pintu hati kau untuk dia. aku tahu
dia boleh berubah. Lagipun aku tengok dia betul-betul cintakan kau.”
Kata-kata Imran
ternyata membuatkan Puteri terpaku. Imran dah tersenyum kecil melihat Puteri.
Kepalanya dianggukkan.
“ Aku harap kau bahagia
dengan dia. jangan risau. Aku akan pergi kenduri kau nanti dengan isteri aku.
Dan please jangan kau ulang lagi kesilapan kau yang lalu.”
Terus air matanya
menitis tanpa dipinta. Puteri cukup terharu dengan kata-kata Imran. Ternyata
Imran memang baik. Dan dia dah sedar yang orang sebaik Imran memang tidak layak
untuk disatukan dengan dia. Akhirnya dia turut mengukirkan senyuman kecil.
“ Terima kasih Im. I
pun doakan kebahagiaan you. Esok I janji I akan datang dengan tunang I.” Janji
Puteri dengan senyuman.
“ Make sure you coming.
Kalau tak aku tak pergi kenduri kau nanti.” Imran cuba mengugut.
Dan terus mereka
ketawa. Siapa sangka, dulu mereka pasangan kekasih dan berpisah. Kemudian jadi
benci dan sekarang kembali jadi kawan. Alhamdulillah. Imran mengucap syukur dalam
hati.
**
Tangannya yang sudah
merah itu dipandang dengan senyuman. Macam tak percaya je aku nak kahwin dah
malam ni. Entah apa akan jadi malam ni pun aku tak tahu. Yang pasti aku dah
berdebar. Aduh! Macam mana nak berdepan dengan Imran malam ni?
“ Aimi.”
Aimi yang ralit
termenung dalam bilik pengantinnya itu pantas menoleh saat namanya dipanggil.
Senyuman terukir saat melihat ibunya datang.
“ Mak.”
Maznah duduk di sisi
Aimi. Seketika wajah yang berseri-seri itu dipandangnya dengan senyuman kecil.
“ Dah besar rupanya
anak mak ni. Dah nak kahwin pun.” Ucap Maznah sambil menatap wajah anaknya itu.
Aimi yang mendengar
terus tersenyum. tapi tidak lama bila teringatkan arwah ayahnya. Terus senyuman
jadi hambar.
“ Kalau ayah ada kan
best.” Keluh Aimi dengan senyuman hambar.
“ Ayah ada. Ayah akan
selalu ada. Dalam hati kita sayang.” Pujuk Maznah lantas menarik Aimi ke dalam
pelukan.
Aimi terdiam. Tapi dia
sebak. Hatinya ingin menangis. Dia sangat rindukan ayah dia. Kalau ayah ada di
sisi dia sekarang, mesti ayah dia akan gembira kan?
“ Mak. Minggu depan
result Aimi keluar. Aimi takut. Tapi Aimi redha.”
Pelukan terlerai.
Kepala Aimi diusap lembut.
“ InsyaAllah. Mak yakin
Aimi mesti boleh punya.”
Aimi tersenyum menerima
kata-kata Maznah itu. matanya meliar pula sekeliling biliknya yang cantik
dihias itu.
“ Mak. Kenapa mak
terima Imran jadi menantu mak?” Soal Aimi ingin tahu.
Maznah tersenyum lagi.
“ Banyak sayang. Tapi
salah satu sebabnya sebab dia betul-betul sayangkan anak mak ni. Dia banyak
berkorban. Paling mak tak boleh lupa time kamu tidak sedarkan diri. Time tu mak
dapat tengok dia cuba bangkit demi sembuhkan kamu. Letih macam mana sekali pun
dia, dia tetap tak mengalah. Asalkan kamu sedar balik. Mak yang tengok pun dah
rasa nak nangis Aimi.”
Aimi terdiam. Ramai dah
yang kata macam tu.
“ Dia juga yang uruskan
pengebumian ayah. Dia jugalah yang setia ada di sisi kita saat kita kesusahan
sayang. Dan mak yakin dia boleh jaga anak mak dengan baik. Jadi, mak dah tak
risau dah kalau lepaskan kamu pada dia. Mak percayakan dia.”
Aimi terus memeluk
Maznah. Air matanya dah bergenang. Dia sedih. Nanti dia tak dapat
tengok-tengokkan mak dia lagi.
“ Aimi pasti akan
rindukan mak nanti.”
Maznah tersenyum.
Diusap perlahan tubuh Aimi itu.
“ Mak pun. Dah. Jom
keluar. Tolong mak.”
Aimi pantas menyeka air
matanya dan meleraikan pelukan. Senyuman manis cuba diukirkan.
“ Okay jom!”
Belum sempat Aimi
melangkah. Telefon bimbitnya dah berbunyi. Melihat gerangan yang menelefon itu,
tahulah Maznah siapa. maznah tersenyum lantas keluar terlebih dahulu. Biarkan
Aimi berbual dengan bakal suaminya dulu.
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.
Awak.”
Aimi kembali duduk di
birai katil.
“ Ye ada apa?”
“ Rindulah.”
Aimi terus tergelak.
“ Mengada. Malam ni dah
nak nikah pakcik oii. Sabar la kejap.”
“ Ye. Tahu. Erm. Takut
pula.”
Aimi tersengih pula.
Tak sabar nak tengok wajah Imran sedang pegang tangan tok kadi. Dia turut
berdebar sebenarnya.
“ Banyakkan istighfar.
Im. Terima kasih tau.”
“ Sebab?”
“ Sebab sudi terima
kekurangan saya. Sebab sudi pilih untuk hidup bersama dengan saya. InsyaAllah
saya akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak.”
Aimi memandang pula ke
arah cincin tunang yang berada pada jari manisnya itu.
“ Saya pun nak cakap
terima kasih. Kalau awak tak muncul dalam hidup saya. Maybe sampai saat ini
saya akan membujang. Haha.”
Aimi mencebik. Alahai.
Sempat lagi tu.
“ Aimi.”
“ Yes.”
“ I love you. Wait for
me tonight.”
Dan Aimi terus
tersenyum. Love you to.
No comments :
Post a Comment