Kakinya laju menuju
masuk ke dalam rumah. Hatinya dah mendidih. Panas! Dadanya dah berombak menahan
marah. Matanya pula dah bergenang dengan air mata. Tunggu masa nak turun saja.
Bibirnya diketap kuat. Biarlah nak berdarah sekalipun. Dia dah tak kisah. Yang
pasti sekarang ni dia sangat kecewa dan kalau boleh sekarang juga dia nak
pulang ke rumah mak. Nak jumpa maknya.
“ Aimi!”
Aimi langsung tidak
menghiraukan panggilan itu. Dia terus saja menonong masuk ke dalam lantas
menuju ke arah tangga. Tapi belum sempat dia nak mendaki tangga, lengannya
terlebih dahulu diraih. Serentak itu tubuhnya dipeluk kejap.
“ Lepaslah!” Bentak Aimi
lantas cuba menolak tubuh Imran. Tapi dia gagal. Dia rasa dia sangat lemah saat
ini.
“ Syuhh! Don’t say
anything dear.” Terus ubun-ubun Aimi dikucupnya.
“ Saya kata lepas tu
lepaslah! Abang jahat!”
Air matanya terus
mengalir ke pipi. Bentakkannya tadi pun dah berhenti. Akhirnya, dia hanya
mendiamkan diri lantas menangis dalam dakapan Imran.
“ semuanya tak seperti
yang sayang sangkakan. Please trust me. Puteri Cuma nak terjatuh. Abang nak
tolong ja. Buktinya, suami dia ada sekali time tu. please trust me.”
Imran tak sangka,
niatnya Cuma nak menolong Puteri yang hampir saja nak jatuh daripada tangga.
Kebetulan dia ada masa tu untuk ke bank. Tup tup ternampak dan teruslah dia
tolong. Tak tahu pula Aimi nampak. Dan yang salahnya, Aimi salah faham.
“ Abang jahat. Jahat.
Jahat.” Lemah Aimi ketika menuturkannya.
“ Abang sayang Aimi.
Abang cintakan Aimi. Tak mungkin abang menduakan Aimi. Please believed me. You
don’t have any words to say that I truly love you my dear.”
Imran meleraikan
pelukan. Wajah yang mendung itu ditatapnya dengan hati yang pedih. Dia tak suka
tengok Aimi menangis. Dia benci dengan tangisan Aimi itu. Dia dah berjanji akan
melindungi Aimi. Tapi kalau Aimi menangis dia rasa dia gagal melindungi Aimi.
Aimi dah berhenti
menangis. Terus dia seka air mata yang bersisa di pipinya itu. Hatinya yang
panas gara-gara marah tadi beransur hilang selepas Imran berkata demikian.
Perlahan-lahan dia mendongak memandang Imran. Dan mereka saling berpandangan.
Tanpa kata. Tanpa senyuman. Hanya mata yang memainkan peranan.
Diam. Sepi. Tapi Aimi
dapat dengar dengan jelas deruan nafas Imran.
“ Sayang…”
“ Abang..”
Aimi terus memeluk
tubuh Imran dengan erat. Dia tahu dia dah tak boleh kehilangan Imran lagi. Dia
terlalu cintakan lelaki ini.
“ Seriously. I really
love you. Please trust me dear.”
“ Yes. I’m sorry. This
is my fault. Aimi yang tak percayakan abang. Maafkan Aimi.”
“ Syuhh! Bukan salah
sayang. Dan tak ada sesiapapun yang akan salahkan Aimi sayang. Just stay with
me. Forever.”
Aimi tersenyum dalam
pelukan Imran. Dia membuat anggukan kecil. Lantas dahinya dikucup. Lama. Ya
Allah. Tolong pelihara rumah tangga kami. Aku tak tahu apa aku akan buat kalau
aku terpaksa kehilangan dia.
**
Pakaian yang tersarung
pada tubuhnya itu dilihat sekali lagi. apabila dah berpuas hati, dia mula
mengukirkan senyuman. Tanpa berlengah, dia pantas keluar daripada bilik dan
menuju ke arah ruang tamu. Imran sudah menunggu dengan pakaian smartnya iaitu
tuxedo.
“ Abang.” Tegur Aimi
lantas menarik senyum.
Imran yang sedang menonton
televisyen itu pantas menoleh memandang Aimi. Seketika dia terpegun. Aimi
kelihatan sangat cantik dengan busana jubah berwarna hitam berserta selendang
berwarna merah itu. Dia jadi takut pula nak bawa Aimi ke majlis itu.
“ Abang?”
Aimi mengawang-awangkan
tangannya di hadapan Imran. Dia menjongketkan kening. Hairan melihat Imran
tidak bereaksi. Dah kenapa dengan suami aku ni? Dah kena sampuk ke apa?
Imran tersentak. Terus
dia mendekati Aimi. Kedua-dua belah tangannya mula menyentuh pipi Aimi. Dielus
pipi itu dengan lembut. Aimi hanya menunggu kata-kata seterusnya daripada mulut
Imran.
“ Kenapa? Tak cantik
erk?” Aimi mula tunduk sekali lagi melihat pakaiannya. Aku ada pakai terbalik
ke? Sampai suami aku ni tak berkelip tengok. Takut jugak aku.
“ No. Seriously not my
dear. You looked so beautiful.” Bisik Imran lantas memberikan kucupan pada
dahinya.
Serentak itu dada Aimi
terus berdebar. Dalam diam dia turut tersenyum bersama satu perasaan yang
sangat indah.
“ Abang pun apa
kurangnya. You looked so handsome. Aimi jadi takut pula nak lepaskan abang.”
Seloroh Aimi lantas tertawa kecil.
Imran menjongketkan
keningnya. Senyuman nakal terukir.
“ Boleh. Abang pun
sayang nak lepaskan sayang.”
Terus Aimi menampar
lengan Imran manja.
“ Tak payah. Mengada.
Jom. Nanti lambat pula.”
Tangan Imran ditariknya
perlahan. Wajahnya dah berbahang. Tambah-tambah Imran ketawa. Ish! Malu!
“ Tak apa. Malam ni
ada.”
Belum sempat Aimi nak
berkata apa-apa, pinggangnya terlebih dahulu dirangkul.
“ Gatal!”
“ Dengan sayang je.”
“ Benci!”
“ Hahaha.”
**
Sampai saja Aimi dan
Imran dekat rumah Puteri, terus kedatangan mereka disambut mesra. Sebenarnya
hari ini adalah majlis resepsi sebelah Puteri. Dah dua minggu akad nikah baru
hari ni adakan majlis resepsi. Busy katanya.
“ Datang juga korang
berdua.”
Aimi hanya tersenyum.
Tangannya setia merangkul lengan Imran. Bukan dia tak nak lepas tapi dah dapat
amaran daripada rumah tadi. Katanya…
“ Jangan Aimi berani
lepaskan tangan abang.”
Bukan tu je. katanya
lagi.
“ Abang tak nak orang lain
cuba nak mengurat isteri abang.”
Hanya sebab tu la Aimi
kena pegang tangan Imran. Bila teringat boleh tergelak jadinya. Imran di
sebelah dijeling sekilas. Aimi mengulum senyum. Nasib lah aku dapat suami macam
ni. Nasib handsome. Haha.
“ Jemput masuk. Aimi..
jangan lupa makan banyak-banyak.” Jemput Puteri lantas menarik lengan Aimi.
Aimi yang tidak mampu
berbuat apa-apa itu terus melepaskan rangkulannya pada lengan Imran. Bila
terlepas, Aimi hanya tersengih melihat wajah cemberut suaminya itu.
“ Woi! Kau nak bawa
isteri aku ke mana tu?” Jerit Imran bila kelibat Puteri dan Aimi semakin
menjauh.
“ I pinjam kejap je!
You pergilah makan.” Balas Puteri lantas tertawa kecil. Aimi turut ketawa
melihat wajah Imran yang memang cemberut nak kena cubit tu. Haha.
“ Thanks Puteri. Kalau
tak Ya Allah. Memang tak bagi lepasnya tangan dia tu.” Aimi menggelengkan
kepalanya perlahan. Makin lama sikap ngada suaminya itu makin menjadi-jadi.
Sabar jala.
“ Sebab I tahu la I
tarik you tu.”
Aimi mula meliar
sekeliling. Cantiknya pelamin Puteri. Rumah dia pun besar. Untungnya Puteri.
Lahir dalam kalangan orang berada.
“ Now, you must help
me.”
Aimi yang meliar
memerhati sekeliling tu terus menoleh memandang Puteri. Tertanya-tanya apa yang
Puteri nak dia tolong.
“ Serius. I tak tahu
mana pengapit I hilang. Yang tinggal pengapit lelaki je. Tu pun last-last
minute. Kejap lagi pengantin lelaki dah nak sampai. And I really really need
your help. Hanya you je yang boleh tolong I. please jadi pengapit I. kejap je.”
Pohon Puteri dengan bersungguh-sungguh.
Aimi terlopong. Dia nak
aku jadi pengapit? What?
“ Tapi…”
“ Fasal Imran you
jangan risau. Tahulah I nak buat apa nanti. Yang penting you setuju.”
Aimi membelek dirinya
buat sekalian kalinya. Puteri yang melihat keresahan Aimi itu terus tersenyum.
“ Fasal baju jangan
risau. I ada bawa baju khas untuk pengapit. Dah tersedia dah pun. Dan I akan
buatkan impian you menjadi nyata. Come!”
Akhirnya, dengan berat
hati dia hanya mengikut langkah Puteri. Ya Allah. Permudahkanlah urusan aku.
**
Setiap sudut dia masuk
tengok. Bila tak ada dia pergi ke sudut lain pula sampailah dia mengeluh kecil.
Penat mencari dia melangkah ke meja kosong dan duduk di situ dengan perasaan
kecewa.
“ Mana Put bawa isteri
aku ni?” Rungut Imran lantas melihat sekeliling.
Tiba-tiba suasana jadi
sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi kompang. Imran yang tadinya duduk terus
berdiri. Maybe pengantin lelaki dah sampai.
“ Dipersilakan
pengantin lelaki masuk. Pengantin perempuan pula dipersilakan berdiri di
hadapan.” Kedengaran suara dj memberikan arahan.
Imran masih setia
berdiri di tempatnya. Tapi matanya tak henti-henti meliar sekeliling. Mencari
Aimi yang masih tidak kelihatan.
Sedang ralit dia
mencari Aimi, tiba-tiba dia dapat tangkap kelibat Aimi yang berdiri di sebelah
Puteri. Dan kedua-dua mereka kelihatan sangat cantik. Okay. Imran terpegun
seketika melihat isterinya itu. Nampak lain sangat.
“ Put.”
Aimi pula yang dah
sedar dengan renungan Imran dari jauh itu terus mencuit Puteri. Mereka sedang
berjalan menuju ke arah pengantin lelaki. Apabila dah sampai depan pengantin
lelaki, Puteri terus berdiri di sebelah pasangannya. Lengan lelaki itu
dirangkul kemas bersama dengan senyuman manis.
“ Kenapa Aimi?” Soal
Puteri perlahan. Aimi masih setia menjadi pengapitnya.
“ Apa lagi? Sepupu awak
tu la.” Maklum Aimi tapi secara berbisik. Muka tetap dimaniskan. Bila
renungannya berbalas dengan Imran terus hatinya berdetak laju.
“ Jangan risau. Dia
takkan marah kau punya sebab kau sangat cantik hari ni.” Puji Puteri lagi.
Aimi terus terdiam
sampailah mereka sudah berada di atas pelamin. Aimi sempat lagi mengerling ke
arah Imran. And yes. Imran still setia pandang ke arahnya. Aimi dah jadi kecut
perut. Tidak berani bertentangan mata dengan Imran, dia terus tunduk ke bawah.
“ Aimi. Dia nak buat
apa tu?”
Kelihatan Imran tengah
menuju ke arah dj. Dia ada cakap something. Dan selepas itu Imran terus
melangkah ke arah pentas di sebelah pelamin. Dicapainya mikrofon dan terus
menoleh ke arah Puteri dan Aimi. Aimi yang melihat dah terpegun. Apa yang Imran
nak buat?
“ Assalamualaikum.”
Imran memberi salam.
“ Put. Dia nak buat
apa?” Bisik Aimi. Puteri tersenyum.
“ I tahu dia nak buat
apa. You tengok je la Aimi.”
Dalam diam Aimi dah
mula rasa berdebar. Matanya masih setia memandang ke arah Imran yang masih
memandang ke arahnya itu. Dengan senyuman manis pula tu. Hati Aimi dah mula
cair.
“ Sebenarnya saya nak
tujukan lagu ni buat isteri saya. Dear.. I hope you like it.”
Imran tersenyum sebelum
mula menyanyikan lagu khas buat isterinya. Sayang. This song is for you.
Sincerely from my heart.
“ The best thing about tonight's that we're not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core
But hold your breath
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find..”
Could it be that we have been this way before
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core
But hold your breath
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find..”
Imran terus menoleh
memandang ke arah Aimi. Senyuman masih terukir dalam hatinya. Aimi mula menekup
wajahnya. Air matanya dah hampir bergenang.
“ This
is not what I intended
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed
But I have loved you from the start
Oh
But hold your breath
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
It's impossible
So breathe in so deep
Breathe me in
I'm yours to keep
And hold onto your words
'Cause talk is cheap
And remember me tonight
When you're asleep
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
Tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find..”
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed
But I have loved you from the start
Oh
But hold your breath
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
It's impossible
So breathe in so deep
Breathe me in
I'm yours to keep
And hold onto your words
'Cause talk is cheap
And remember me tonight
When you're asleep
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
Tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find..”
Perlahan-lahan Imran
menapak ke arah Aimi. Semua mata mula memandang dan semua orang mula
mengukirkan senyuman manis buat mereka. Imran berjalan sampailah berdiri depan
Aimi.
“ Aimi.”
Aimi mula menjatuhkan
tangannya ke sisi. Matanya mula bertentangan dengan Imran.
“ I love you. Really
love you. Will you stay with me forever?”
Tangan Imran dihulurkan
buat Aimi bersama dengan senyuman menggoda.
“ Abang.”
Aimi mula melihat
sekeliling. Then dia menoleh pula ke arah Puteri. Melihatkan Puteri mengangguk
itu Aimi kembali memandang ke arah Imran yang setia menghulurkan tangan
kepadanya itu.
“ Yes. I will.”
Dengar saja jawapan
itu, Imran terus menarik tubuh Aimi ke dalam pelukannya. Serentak itu tepukan
terus bergema dalam dewan itu. Masing-masing gembira melihat Imran dan Aimi.
“ Thanks dear.” Bisik
Imran.
“ Thanks to you to
abang.” Aimi pula membisik dengan debaran menggila.
Walau apa pun yang
terjadi, dia berjanji yang dia takkan tinggalkan Aimi. Biarlah dia terpaksa
berkorban sekalipun. Yang pasti Aimi nyawanya saat ini. Kalau dia dipaksa
membuat pilihan, dia sanggup pergi demi kebahagiaan Aimi.
No comments :
Post a Comment