Yihaa. Ada lagi sambungan. Hehe. By the way... InsyaAllah. Aku cuba siapkan secepat yang mungkin enovel ni. Barulah aku fokus pada cerpen yang seterusnya. Doakan aku kayh. Haha. Sebab masih kekeringan idea untuk menyambung. Panjang sikit cerita ni. Kihkih. Okay. Tak nak bebel. Teruskan membaca.
“ Aimi. Kamu tak nak
makan ke?”
Aimi yang elok menonton
televisyen pada masa itu terus menggeleng. Dia langsung tiada selera. Balik je
daripada hospital pagi tadi, dia terus macam ni. Bersendirian. Melayan
perasaan. Tak makan. Sampai ibu dan ayahnya tegur pun dia masih tidak makan.
“ Nanti bila lapar
makan ye Aimi? Mak nak keluar kejap. Ayah ada dalam bilik.” Maklum Maznah
sebelum bergerak ke arah dapur. Risau sebenarnya tengok keadaan Aimi. Tapi dia
tak mampu nak berbuat apa-apa sebab kalau Aimi degil tu tetap juga degil.
Aimi hanya diam. Masuk
telinga kiri keluar telinga kanan. Sebab dia langsung tak tumpu perhatian akan
kata-kata Maznah itu. Dalam fikirannya saat ini hanya terfikirkan seseorang dan
fasal pagi tadi. Sebab tu hari ni dia lebih banyak berdiam diri.
Penat berbalah dengan
perasaan sendiri. Dia terus menutup televisyen. Tiada hati nak tengok. Bukan
faham pun. Akhirnya, dia terus baring pada sofa. Matanya merenung siling.
Tangan kanan dibawa ke dahi. Tangan kiri pula menyentuh lembut dadanya. Terukir
senyuman pahit pada bibirnya.
“ Jantung. Kalau
benarlah awak takkan dapat penderma. Saya reda.”
Aimi memejamkan matanya
erat. Kalau boleh dia tak nak fikir semua tu lagi. Serabut kepala otak.
“ Aimi. Dah makan ke?”
Muncul pula Azmir
dengan kerutan di dahi.
“ Belum ayah. Kejap
lagi Aimi makan.” Balas Aimi masih keadaan seperti tadi.
Azmir yang melihat
hanya terdiam. Dia kembali bergerak ke dapur. Isterinya dah keluar ke rumah
jiran. Nak bincang sesuatu katanya.
“ Ayah! Esok bawa Aimi
jalan-jalan boleh tak?” Aimi membuat permintaan.
“ Ke mana tu?”
Azmir kembali melangkah
ke arah ruang tamu.
“ Ke mana-mana je.
Bosanlah duduk rumah.”
“ Yela.”
Aimi tersenyum. Terus
dia membuka mata. Pandangannya masih sama. Ke arah siling. Tapi entah kenapa,
tiba-tiba dadanya terasa senak. Tangan kirinya yang masih berada di atas
dadanya itu mengurut perlahan.
Tapi rasa sakit makin mencengkam dadanya.
Mukanya mula berkerut menahan sakit. Serentak itu dia mula rasa sesak nafas.
Dia rasa sukar untuk bernafas.
Tanpa berlengah, dia
pantas bangun duduk. Dia mencari kelibat ayahnya. Tapi tiada. Argh! Sakit!
Dahinya dah mula berpeluh. Rasa sakit itu semakin kuat. Sampai dia sudah tidak
mampu untuk berdiri.
“ Ayah! Ayah! Sakit
yah!”
Tangannya meraba-raba
meja di depannya saat itu untuk mencapai botol ubat. Ubat tahan sakit. Tapi
entah di mana silapnya botol ubat itu terus terjatuh. Aimi yang melihat terus
terbaring dengan rasa sakit yang amat.
“ Arghh! Sakit!”
Azmir yang mendengar
jeritan itu terus bergegas ke arah ruang tamu. Apabila matanya menangkap
keadaan Aimi. Terus dia menjadi resah.
“ Ya Allah. Aimi!
Kenapa dengan kamu ni?”
Aimi menggigit bibir
kuat.
“ Sakit ayah! Sakit!
Sangat-sangat sakit! Arghh!” Aimi menjerit kesakitan. Rasa sakit ini lebih
teruk daripada dulu.
Azmir yang melihat terus
mendail nombor isterinya. Ingin memaklumkan terlebih dahulu sebelum dia
bergerak ke hospital.
“ Helo Maz. Abang nak
bawa Aimi ke hospital ni. Kamu jaga rumah kejap. Nanti kalau tiada apa-apa
abang datang ambil.”
Tanpa menunggu jawapan
Maznah, dia terus mencempung tubuh Aimi dan di bawa masuk ke dalam kereta. Dia
rasa sakit melihat keadaan anaknya saat ini.
“ Ayah! Sakit ayah!
Sakit!”
Aimi menyentuh dadanya
dengan sekuat hati. Sakit sangat! Ya Allah! Adakah ajalku semakin menghampiri?
Aku reda andai itu takdir aku.
“ Sabar sayang. Ayah
nak bawa kamu ke hospital ni.”
Aimi hanya mampu
mengerling sekilas ke arah ayahnya yang sedang memandu itu. Rasa sakit ini
semakin mencengkam dadanya. Dia mula
rasa sesak nafas yang amat. Pandangannya juga menjadi kabur. Ya Allah.
“ Sabar sayang. Dah
sampai ni.”
Aimi dah tak mampu
menahan sakit ini. Dia rasa seperti nyawa-nyawa ikan saat ini. Dia hanya
mendiamkan diri saat ayahnya mencempungnya masuk ke dalam hospital. Aku
benar-benar rasa sakit!
“ Kita dah sampai Aimi.
Bertahan sikit je lagi.”
Aimi memejamkan mataku
erat. Dia masih cuba untuk menahan rasa sakit ini. Tahan Aimi! Tahan! Arghh!
“ Doktor Imran!
Tolong!”
Imran yang mendengar
namanya dilaung terus menoleh ke belakang. Dia yang baru selesai merawat
pesakit itu terus melangkah laju ke arah Azmir saat ternampak kelibat itu.
“ ya Allah pakcik!
Kenapa dengan Aimi ni?” Imran jadi cemas. Hatinya dah mula rasa lain.
“ pakcik tak tahu. Dia
tiba-tiba mengerang sakit. Tolong pakcik Im.” Rayu Azmir.
Imran terus
menganggukkan kepalanya.
“ Bawa dia masuk ke wad
ICU.”
Dia seperti terdengar suara Imran. Dia cuba
membuka mata dan mengenal pasti insan yang berada di depannya saat ini. Tapi
gagal. Pandangannya makin tidak jelas. Ya Allah! Kuatkan hati aku! Kurangkanlah
rasa sakit ini! Akhirnya dia kembali memejamkan matanya.
Bila dia rasa tubuhnya
dah berada atas katil. Dia kembali membuka matanya. Matanya pula mula mencari
kelibat Azmir dan Imran.
“ Aimi. Ayah balik
kejap nak ambil mak kamu. Nanti ayah datang balik. Bertahan ye sayang.”
Aimi tidak mampu
membalas melainkan hanya mampu melihat kelibat ayahnya hilang daripada
pandangan. Dia mencengkam kuat dadanya apabila rasa sakit semakin menebal.
Tiba-tiba ada tangan yang mengusap kepalanya. Dia melihat insan itu dengan
senyuman pahit.
“ Im. Argh!”
Imran yang melihat
kesakitan Aimi itu terus menjadi takut. Dia menggelengkan kepalanya. Bibirnya
diketap kuat.
“Awak. Awak mesti tahan.
Sabar awak. Awak kuat kan?” Imran cuba memberikan kekuatan.
Wajah Aimi semakin
berkerut menahan sakit. Tangannya terus mencengkam kuat lengan Imran kerana
terlalu sakit. Air matanya dah mengalir ke pipi. Dia sudah tidak dapat menahan
rasa sakit ini.
“ Aimi. Jangan buat
saya risau.”
Aimi cuba kuat. Dia
cuba menarik senyuman.
“ Awak. Sa..saya nak
minta maaf. Sa..saya tahu saya banyak buat salah dekat awak. A..awak. Maybe ini
kali terakhir saya dapat lihat awak.”
Imran terus
menggelengkan kepalanya.
“ Tak! Awak akan
selamat. Percayalah!”
Aimi bertahan selagi
boleh. Dia tidak akan mengalah selagi belum meluahkan apa yang dia rasa pada
Imran. Dia takut dia terlambat.
“ Imran. Sa..saya Cuma
nak cakap satu benda. Benda yang dah lama saya pendam. Maybe.. maybe saat ini
adalah saat yang paling sesuai.”
Semakin kuat cengkaman
pada lengan Imran. Imran yang merasa cengkaman Aimi itu terus mengalirkan air
mata. Dia tahu betapa deritanya Aimi ketika ini.
“ I love you.”
Belum sempat Aimi ingin
menyambung kata-katanya. Rasa sakit itu datang lagi. Dan kali ini makin kuat
rasa sakit itu.
“ Arghh!”
“ Aimi!”
No comments :
Post a Comment