Ehem..Ehem.. Curi masa kerja sikit. Haha. Demi nak habiskan enovel ni so terpaksala percepatkan sikit. Sampai curi masa. Haha. Okay. Tak nak bebel. Jemput baca.
Dah 4 jam berlalu. Ini
bermakna 4 jam juga Faiz dan Emelda menunggu di luar bilik pembedahan. Mereka
sedang menunggu Aimi. Pada masa yang sama mereka mendoakan Aimi selamat.
Selepas pengebumian Razif,
mereka terus bergegas ke sini. Mereka ingin selalu berada di samping Aimi.
Mereka tak nak kehilangan lagi seorang kawan baik mereka.
“ Ya Allah. Macam mana
kita nak beritahu doktor Imran? Dia tengah buat pembedahan.”
Tiba-tiba lalu dua
orang nurse di hadapan Faiz dan Emelda. Mereka berdua yang mendengar mula rasa
aneh. Mereka berdua saling berpandangan sebelum memandang semula ke arah nurse
itu.
“ Kesian budak Aimi
tu.”
Faiz mengerutkan dahi.
Kenapa kak nurse ni sebut nama Aimi?
“ Maaf kak. Apa yang berlaku?
Kami ni kawan Aimi.” Faiz memberanikan diri bertanya.
Nurse-nurse tadi terus
menoleh ke arah Faiz. Sesaat kemudian mereka mengukirkan senyuman hambar.
“ Ayah Aimi. Dia
kemalangan. Dan..”
Emelda dan Faiz
terkedu.
“ Dan apa kak?” Gesa
Emelda pula.
“ Ayah dia dah
meninggal dalam kemalangan tersebut.”
“ Allah!”
Faiz terus meramas
rambutnya dengan perasaan yang sukar untuk digambarkan. Emelda pula dah menekup
mulut. Ya Allah. Mereka baru kehilangan Razif. Kini, mereka kehilangan pula
ayah Aimi. Ya Allah! Berat sungguh dugaan ini.
“ Sekarang ayah dia ada
dalam bilik mayat. Kamu berdua nak pergi lawat ke?”
Faiz melihat Emelda
yang kelihatan muram itu. Dia tahu Emelda sedih.
“ Boleh juga.”
Emelda terus menoleh ke
arah Faiz. Dia terus menggelengkan kepalanya. Hati dia dah tak kuat saat ini.
Mereka baru sahaja kehilangan Razif.
“ Mel.”
Faiz memegang kedua-dua
bahu Emelda. Mata yang penuh dengan air mata itu direnung. Senyuman hambar cuba
diukir.
“ Tak nak. Hati aku tak
kuat Faiz. Aku tak kuat.”
Emelda tunduk dengan
bahu yang terhinggut-hinggut. Faiz yang melihat keadaan Emelda terus melepaskan
pegangannya. Wajahnya diraup berkali-kali.
“ Mel. Kau kena kuat.
Demi Aimi. Please.” Sekali lagi Faiz cuba memujuk.
Emelda masih
menggelengkan kepalanya.
“ Kejap je. Please.
Kita tengok bagi pihak Aimi.” Lembut Faiz memujuk.
Perlahan-lahan Emelda
mendongakkan kepalanya. Air matanya yang mengalir dibiarkan terus mengalir.
Melihatkan wajah Faiz yang penuh mengharap itu membuatkan dia terus
menganggukkan kepalanya.
“ terima kasih Mel.”
Ingin sahaja Faiz
memeluk tubuh Mel. Tapi dia tak berhak. Akhirnya dia hanya memberikan senyuman
buat
Mel.
**
Dah nak dekat pukul 1
pagi. Barulah lampu bilik kecemasan itu berubah menjadi hijau. Faiz dan Emelda
yang setia menunggu itu terus bangun berdiri. Ingin tahu perkembangan Aimi.
Doktor Imran keluar
daripada situ dengan wajah yang letih. Bila nampak saja wajah Faiz dan Emelda
yang sugul itu. Dia terus tersenyum. Langkah terus menuju ke arah mereka
berdua.
“ Doktor. Macam mana
dengan keadaan Aimi?” Belum sempat Imran nak membuka mulut. Emelda terus
menyoal dahulu.
“ Alhamdulillah.
Pembedahannya berjalan dengan lancar. Dia berjaya diselamatkan.”
Kedengaran pula rasa
syukur oleh mereka berdua. Imran yang melihat pun mengucap syukur dalam hati.
“ Tapi doktor.”
Dahi Imran terus
berkerut saat melihat wajah Emelda yang bertambah sugul itu. Faiz di sebelah
sudah mendiamkan diri.
“ Tapi apa Mel?”
“ Ayah Aimi doktor. Dia
dah tak ada.”
Dengar saja berita itu,
senyuman Imran terus mati. Dia yang berdiri tadi terus mengambil tempat di
kerusi. Dia tak kuat untuk terus berdiri.
“ Nurse kata dia
kemalangan.”
Imran terkedu. Teringat
lagi dia waktu Azmir menghantar Aimi ke hospital beberapa jam yang lalu.
Katanya nak balik ambil mak Aimi. Tapi baru dia sedar sampai saat ini kelibat
itu langsung tiada. Ternyata..Allah. Macam mana dengan Aimi nanti?
“ Razif baru saja
pergi. Lepas tu ayah dia pula. Saya takut dia tak kuat Doktor.” Luah Emelda
dengan perlahan.
Imran menggosok-gosok
mukanya dengan seribu kehampaan. Dia berasa hampa kerana dia tak dapat
selamatkan ayah Aimi dan Razif. Dia berasa kecewa sangat-sangat.
“ Semua salah saya.
Saya gagal selamatkan Razif. Kemudian ayah dia pula. Ya Allah. Doktor apa saya
ni?!”
Faiz terus
menggelengkan kepalanya.
“ Doktor tak salah.
Lagipun dah ajal Razif sampai sini saja. Ayah Aimi pun tak minta semua ni. yang
penting Doktor dah selamatkan Aimi. Saya rasa ayah dia mesti bangga sebab anak
dia dah selamat.”
Faiz terus duduk di
sisi Imran. Bahu doktor itu ditepuknya berkali-kali.
“ Doktor dah
menyelamatkan nyawa Aimi. Itu yang penting.”
Imran terdiam. Matanya
jauh merenung ke hadapan. Dia masih teringat bagaimana reaksi Aimi dan
kesakitan yang ditanggung Aimi sebelum masuk
ke wad kecemasan. Dia tak boleh lupa semua tu.
“ Terima kasih doktor.
Kalau doktor tak ada. Mungkin Aimi..”
Imran terus
menggelengkan kepalanya saat melihat Emelda yang ingin mengalirkan air mata
itu.
“ Aimi dah selamat. Itu
yang penting. Dah jangan fikir lagi.”
Imran terus bangun. Dia
tak boleh terus bersedih. Kalau dia bersedih apatah lagi kawan-kawan Aimi.
Mesti lagi sedih.
“ Aimi mungkin tidak
akan sedar dalam masa ini. Sekarang kita perlu tolong Aimi.”
Faiz dan Emelda
berpandangan sebelum turut bangun.
“ Tolong apa doktor?”
“ Uruskan pengebumian
ayah dia. Teman mak Aimi. Kamu mesti tak nak mak dia sedih kan?”
“ InsyaAllah doktor.”
**
Suara-suara yang
mengalunkan bacaan yasin sudah kedengaran dari luar rumah. Suasana hiba yang
menyelubungi ruang rumah itu tidak mematahkan semangat Imran untuk terus
tersenyum. Dia perlu kuat kalau nak orang lain juga kuat. Dia tak nak orang di
sekelilingnya terlalu bersedih.
“ Doktor.”
Imran yang tengah
memikirkan masa depan Aimi terus tersentak saat dirinya ditegur.
“ Makcik.”
Maznah mengambil tempat
di sisi Imran. Walaupun suaminya telah meninggal. Tapi Imran susah nak tengok
Maznah menangis. Mungkin Maznah tak nak tunjuk.
“ Terima kasih ye.
Kerana kamu dah banyak tolong makcik kat sini.”
“ Dah tanggungjawab
saya makcik.”
“ Terima kasih juga
sebab berjaya selamatkan anak makcik. Sekarang ni makcik dah tak ada sesiapa
melainkan Aimi.”
Imran perasan Maznah
sedang cuba menahan duka dengan tidak mengalirkan air mata. Air mata yang
bergenang tadi pun terus diseka tak nak orang lain perasan. Aimi. Mak awak
memang seorang yang tabah.
“ Terima kasih dekat
Allah makcik. Bukan saya. Saya Cuma menjalankan tanggungjawab.”
Maznah tersenyum
hambar. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“ Makcik masuk dulu.”
Hilang saja kelibat
Maznah. Imran terus mendongak ke arah langit. Langit pada pagi ini kelihatan
mendung. Macam faham perasaan mereka yang baru kehilangan orang yang disayangi.
“ I love you.”
Tiba-tiba kata-kata
terakhir Aimi sebelum tidak sedarkan diri berlegar dalam fikirannya. Dadanya
terus berdegup kencang. Matanya pula terus berair. Aimi. Saya pun sayangkan
awak. Saya rasa macam nyawa saya dah melayang selepas tengok awak tidak
sedarkan diri. Saya takut sangat Aimi. Saya ingat saya akan kehilangan awak.
Semua perilaku Aimi
kembali bermain dalam fikirannya. Tanpa disedari, air matanya terus menitis.
Arh! Kenapa dengan aku ni? Terus diseka air matanya. Senyuman pula terus diukir
even tawar.
“ Doktor rindukan dia
kan?”
Muncul Faiz secara
tiba-tiba. Melihatkan Faiz yang kelihatan tenang itu membuatkan Imran terus
terdiam.
“ Doktor. Saya rasa
terkilan sebab tak dapat jumpa Razif buat kali terakhir. Tapi pada masa yang
sama saya bersyukur sebab Aimi selamat.” Faiz menoleh pula ke arah Imran yang
terdiam itu.
“ Faiz. Aimi tu terlalu
baik. Dia lain daripada yang lain. Dia selalu berusaha buat orang di sekeliling
dia bahagia sedangkan dia? Lebih suka memendam.” Luah Imran dengan senyuman
hambar.
“ Aimi. Siapa yang tak
kenal. Degil nombor satu.”
“ Dan siapa tak kenal
Aimi yang suka buat orang risau.” Sambung Imran pula.
Akhirnya mereka terus
tertawa kecil tapi tidak lama. Senyuman mereka terus mati saat mengingatkan apa
yang telah terjadi. Mesti Aimi sukar untuk menerima semua ini.
“ Razif minta saya
rahsiakan daripada Aimi. Dia tak nak Aimi tahu yang dialah penderma tu.” Maklum
Imran.
“ Dan saya juga rasa
Razif tak nak Aimi terlalu sedih akan pemergian dia.” Ujar Faiz pula.
“ Kita tak tahu apa
akan jadi selepas ni. Tapi sama-samalah kita berusaha bangkitkan semangat
Aimi.”
Faiz tersenyum.
“ Sudah semestinya. Dia
kawan saya.”
Belum sempat Imran nak
membalas. Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Pantas dijawab panggilan
tersebut.
“ Helo. Ya Izati. Ada
apa?”
Imran mengerling sekilas
ke arah Faiz.
“ Doktor. Aimi doktor.”
Terus riak Imran
berubah. Faiz yang melihat jadi tanda tanya.
“ Aimi.”
Selepas mendengar nama
Aimi. Fahamlah Faiz.
“ Nanti saya ke sana.”
Imran terus bangun dan
menamatkan panggilan. Faiz turut bangun.
“ Saya kena ke
hospital. Nanti ada apa-apa saya call awak Faiz.”
“ okay doktor.”
Dalam hati. Faiz berdoa
agar Aimi tidak ada apa-apa.
No comments :
Post a Comment