Okay. Aku tahu apa reaksi korang. *Sengih*. Ala. Sorry la guys. Tak terfikir dan terlupa terus dekat enovel ni. Huhu. Apalah tuan writer ni kan? Haha. Sorry gusy. Idea kering. Tu jadi macam ni. Tapi... harap korang tak jemu la erk dengan aku yang makin hari makin malas nak menulis ni. Haha. Okay. Teruskan membaca. ><
“ Aimi.”
Datin Hanis yang
mendengar Imran menyebut nama seseorang itu terus mendongak. Dia tadi yang elok
sedang membaca surat khabar terus tak jadi bila tengok Imran ralit termenung.
Terbit senyuman kecil pada bibirnya. Siapa agaknya gerangan yang dia sebut
tadi.
“ Imran.” Panggil Datin
Hanis dengan lembut.
Imran yang sememangnya
tengah termenung itu terus tersentak. Bila melihat wajah mamanya yang pelik
itu. Terus dia tersengih.
“ Ada apa ma?”
Imran berpura-pura
tidak tahu. Matanya terus tumpukan perhatian pada televisyen. Hari ini dia
cuti. Asyik kerja je. Nak juga dia rehat. Dan.. hurm. Dia sangat rindukan Aimi.
Dah seminggu lebih Aimi tidak datang ke hospital. Dua hari lepas pun
appointment dengan Aimi berlalu bergitu je sebab Aimi tak datang. Takkan Aimi
tak mahu berjumpa dengan dia lagi? Ah! Susahlah macam ni.
“ Aimi? Siapa tu?”
Okay. Imran terus
menoleh memandang mamanya dengan wajah tertanya-tanya.
“ Mama dengar dari mana
nama tu?”
“ Haih. Tanya kita
pula. Kamu yang sebut tadi. Berangan sampai ke mana entah. Sampai sebut nama
orang pun tak sedar.” Perli Datin Hanis.
Imran yang mendengar
kata-kata Datin Hanis terus menarik sengih. Dia tergaru-garu kepalanya yang
tidak gatal itu.
“ Erm. Dia patient Im
ma. Dan..”
Datin Hanis
menjongketkan kening saat Imran berhenti. Ingin tahu kata-kata seterusnya
daripada mulut Imran.
“ Im suka dia.”
Datin Hanis tersentak.
Tapi Cuma seketika bila bibirnya mula mengukirkan senyuman manis.
“ Alhamdulillah. Tak
lama lagi mama dapatlah menantu.”
Imran terus
menggelengkan kepalanya. Mama aku ni terlalu excited la.
“ Still awal la mama. Lagipun
dia jauh lebih muda daripada Imran. Dan Im tak sure kalau dia boleh terima Im.”
Imran terus memandang
ke arah lain bila Datin Hanis ralit memandangnya. Sembunyikan rasa kecewa tu
Im. Or your mom will know.
“ Kenapa pula?”
“ Erm.”
Melihatkan Imran
sengaja berdiam tu, Datin Hanis pantas menampar lembut lengan anaknya itu.
Sengaja buat mamanya tertanya-tanya.
“ Sakit lah mama.” Adu
Imran dengan sengihan kecil. Dia tahu mamanya geram.
“ Tahu pun sakit. Cepat
cakap. Kenapa dia tak boleh terima? Anak mama ni kacak apa. Perfect la katakan.
Apa lagi yang kurang?”
Imran tersenyum malu.
Mama aku ni terlebih memuji la pula.
“ Dia tak tahu pun
Imran cintakan dia. Tapi kalau dia tahu pun mesti dia akan tolak. Sebab dia tak
nak ada kaitan dengan sesiapa pun.” Kedengaran lirih suara Imran saat ini.
“ Kenapa?” Datin Hanis
semakin tertanya-tanya.
Imran menyandarkan
kepalanya pada sofa. Dia merenung siling dengan senyuman hambar. Susah nak
gambarkan perasaan yang dia sedang rasakan kini.
“ Dia ada masalah
jantung ma. Dia tak nak susahkan orang di sekeliling dia. Dia lebih sanggup
tanggung rasa sakit tu sorang-sorang dia. Sebab tu kalau Im cakap pun tentang
perasaan Im ni. dia pasti akan tolak. Sebab dia yakin dia tidak akan sembuh. Im
yang dengar pun rasa sebak. Apatah lagi dia?”
Terhambur juga keluhan
kecil daripada bibirnya. Datin Hanis yang mendengar pun rasa sayu.
“ Dia tak boleh sembuh
ke Im?”
Imran kembali duduk
tegak. Tangannya mencapai remote control lalu menutup televisyen. Tiada siaran
yang menarik pun.
“ Boleh mama. Dengan
mendapatkan rawatan susulan dan memerlukan penderma.”
Terus Imran bangun
berdiri. Sempat juga dia hadiahkan senyuman pada Datin Hanis sebelum beredar ke
arah tangga.
“ Tapi Im dah janji
pada diri Im. Walauapapun yang terjadi. Im tetap akan sembuhkan dia.” Tekad
Imran lalu naik ke atas bilik.
Datin Hanis yang
mendengar terdiam. Tapi jauh di sudut hatinya ingin sekali berjumpa dengan
perempuan yang berjaya membuka hati Imran itu. Mesti perempuan tu istimewa
sebab itu lah Imran boleh jatuh hati.
**
Masing-masing ada
kelebihan dan kelemahan tersendiri. Begitu juga dengan Aimi. Kelebihan dia suka
menceriakan orang di sekelilingnya. Tetapi kelemahan dia, dia suka pendam dan
kalau ada sesuatu yang menghiris perasaan dia, dia akan menangis keseorangan.
Luar je nampak kuat. Tapi sebenarnya hati dia lembut. Hati perempuan kan?
Tengoklah sekarang. Dia
lebih suka bersendirian saat hatinya tidak tentu arah. Maznah yang melihat
hanya mampu mendiamkan diri. Tapi, dia tak akan biarkan anaknya itu terlalu
melayan emosi. Takut akan menjejaskan keadaan jantungnya.
“ Aimi.”
Maznah terus melabuhkan
punggungnya di sisi Aimi. Aimi yang ralit termenung itu terus tersedar. Dia
menoleh ke arah Maznah. Senyuman kecil diberi.
“ Mak. Ayah mana?”
“ Ada dekat belakang
tu. Aimi. Kamu ada masalah ke?”
Aimi terdiam. Mak aku
ni memang faham aku kan?
“ Tak adalah. Aimi okay
je.”
Terus Aimi memandang ke
luar rumah. Daripada tadi dia asyik sangat pandang ke luar rumah. Dalam hati
sebenarnya dia mengharapkan kedatangan seseorang. Tapi mustahillah lelaki itu
akan muncul.
“ Kenapa kamu dah lama
tak ke hospital?”
Soalan ini sememangnya
menjerat Aimi untuk terus menjawab. Takkan nak menipu? Tapi kalau jujur pun,
apa yang dia nak jawab?
“ Sebab tak ada benda
yang penting pun kat sana.” Balas Aimi tenang.
“ Imran?”
Aimi mengetap bibir
pula. Serentak itu hatinya berasa lain macam. Arh!
“ Kenapa dengan dia?”
Aimi buat-buat tanya dengan riak ceria. Dia tak nak ibunya kesan apa yang dia
sedang rasakan sekarang.
“ Kamu tak boleh tipu
mak tau? Mak yang lahirkan kamu. Naluri seorang ibu kuat tau?”
Aimi terus tunduk
memandang jari. Kali ni dia kalah. Maznah lebih tahu isi hatinya.
“ Entahlah mak. Aimi
Cuma nak mengelak daripada dia je.”
“ Tapi kenapa? Apa
salah dia?”
“ Tak ada. Dia tak
salah. Aimi je yang salah.”
“ Aimi buat apa?”
Aimi meraup mukanya
dengan perlahan. Maznah dapat lihat betapa Aimi cuba memendam perasaannya
seorang diri.
“ Tak. Aimi tak buat
apa-apa.” Nafi Aimi.
“ Jangan tipu mak
sayang. Cuba cakap dekat mak.”
Maznah memaut bahu Aimi
dengan erat. Rambut Aimi dibelai lembut.
“ Mak.”
Aimi terus memeluk
Maznah dengan linangan air mata.
“ Kenapa sayang?”
Maznah mengusap
perlahan belakang Aimi. Dia risau kalau setiap hari Aimi berkeadaan begini.
“ Aimi tak nak terlalu
berharap. Tapi Aimi dah terlanjur sukakan dia. Macam mana ni mak?” Dengan
esakan Aimi meluahkan perasaannya. Maznah yang mendengar terkedu. Tangannya
setia mengusap belakang Aimi.
“ Mak. Aimi tak salah
kan? Tak salah kan kalau Aimi cintakan dia?” Aimi soal pula kali ini.
“ Tak sayang. Lagipun
perasaan tu datang dari Allah.”
Aimi menggigit bibir.
Terus dia meleraikan pelukan. Air mata diseka perlahan.
“ Aimi dah cuba kawal
mak. Tapi kenapa Aimi masih rasa? Sebab tu Aimi tak pergi hospital. Aimi tak
nak dia tahu perasaan Aimi.”
Maznah tersenyum
hambar. Tangannya menepuk perlahan lengan Aimi. Seraya memberikan kekuatan.
“ Dia pun sayangkan
kamu Aimi.”
Aimi terdiam. Tapi
kenapa dia susah sangat nak percaya?
“ pergilah jumpa dia
sekali. Dia ada telefon mak sebelum ni. tanya kenapa kamu tak pergi hospital.
Kamu ada appointment dengan dia kan sebelum ni?”
Aimi terus terkedu. Dia
memilih untuk berdiam. Sebab dia tak tahu nak cakap macam mana.
“ Pergilah Aimi.
Sekurang-kurangnya dia tahu keadaan kamu.”
Aimi tersenyum tapi
hambar. Perlahan dia menganggukkan kepalanya.
“ Tengoklah mak. Bila
Aimi bersedia Aimi pergi.”
Terus Aimi memeluk
Maznah sekali lagi. Terima kasih mak.
**
Bunyi desiran pantai yang beralun itu
membuatkan hati Aimi serta-merta tenang. Bibirnya automatik mengukirkan
senyuman saat itu. Dia memejamkan matanya erat agar dapat menghayati ciptaan
Allah yang indah dan tiada tandingan itu.
Dalam dia cuba
menghayati ciptaan alam itu, tiba-tiba dia dapat rasakan kehadiran seseorang di
sisinya. Pantas dia membuka mata dan menoleh ke arah kirinya. Serentak itu dia
terus terkesima melihat insan yang berdiri di sebelahnya saat ini.
“ Kenapa awak sering
mengelak daripada saya?”
Apabila wajah itu
menoleh ke arahnya, dia terus memandang ke arah lain. Dia tiada jawapan untuk
itu.
“ Aimi. I miss you.”
Saat tangan itu cuba
meraih tangannya, dia cepat-cepat menepis dan menggelengkan kepalanya. Dia
melihat lelaki itu dengan gelengan.
“ No! Saya tak
percaya!”
Baru saja Aimi ingin
berlari, lengannya berjaya direntap. Terus Aimi memandang tepat ke arah mata
lelaki itu.
“ Aimi. Kenapa awak
selalu nafikan perasaan saya? Saya ikhlas Aimi. Saya tak tipu!”
Aimi terus menarik
kembali lengannya. Tanpa berlengah, dia pantas berlari daripada situ.
Meninggalkan kawasan pantai dan meninggalkan Imran.
“ Aimi!”
“ Im!”
Terus Aimi membuka
mata. Dia melihat sekeliling. Ya Allah. Aku bermimpi rupanya. Tapi kenapa mimpi
tu macam real? Aduh! Takkan rindukan dia sampai termimpi? Come on Aimi!
Dahinya yang berpeluh
itu dilap dengan hujung lengan bajunya. Perlahan-lahan dia bergerak ke arah
tingkap. Melihatkan suasana luar yang semakin gelap itu, dia kembali ke birai
katil. Kemudian tangannya mencapai telefon bimbit dan melihat skrin telefon.
“ 5 missed call?”
Tersentak Aimi saat
melihat siapa yang buat missed tu. Imran? Macam mana aku boleh tak sedar ni?
Baru saja dia ingin mendail semula nombor itu, telefonnya kembali berbunyi.
Cepat-cepat dia menjawab panggilan tersebut.
“ Helo.
Assalamualaikum.” Suara Aimi.
“ Waalaikumussalam.
Mana awak pergi? Kenapa baru jawab call?”
Aimi kembali berbaring.
Matanya merenung siling. Automatik juga senyumannya terukir.
“ Saya baru bangun.”
“ Ya Allah. Awak tidur
lepas Asar ke?”
“ Tertidur.”
“ Awak buat saya risau
je la.”
Aimi memejamkan matanya
erat. Teringat fasal mimpi tadi. Agaknya kenapa dia boleh bermimpi macam tu?
“ Tak payah la risau.
Saya okay.”
“ Mestilah risau. Sebab
saya sa..”
Tiba-tiba panggilan
terus mati. Aimi yang sudah tidak dengar suara Imran mengerutkan dahi. Eh!
Kenapa ni? Terus dia melihat skrin telefon. Laa. Bateri habis rupanya.
Patutlah. Takut Imran menanti, dia terus mencapai charger dan memasukkan pada
lubang telefonnya.
Hampir 2 minit, barulah
telefonnya kembali seperti sedia kala. Tanpa berlengah, tangannya cepat saja
mendail nombor Imran kembali. Tiga kali deringan, barulah panggilannya tu
terjawab.
“ Aimi! Kenapa dengan
awak?”
Aimi tersenyum sipi
saat mendengar suara yang resah itu.
“ Bateri habis tadi.
Sorry.”
Terdengar pula keluhan
kecil. Aimi terus terdiam. Risau sangat.
“ Aimi. Esok datang
hospital.”
Terus Aimi menggeleng.
Macam Imran boleh nampak. Tapi dia tak bersedia lagi nak berdepan dengan Imran.
“ Tengoklah macam
mana.” Aimi cuba memberikan alasan.
“ Awak sebenarnya
sedang mengelakkan diri daripada saya kan?”
Aimi menggaru keningnya
perlahan. Dalam hati nak kata ya. Tapi mulut terkeluar tak pula.
“ Mana ada. Saya busy
sikitlah.”
Alasan lagi alasan lagi
Aimi. Macam Doktor Imran tu nak percaya kan?
“ Saya nak jumpa awak.
Saya tunggu awak esok.”
Belum sempat Aimi nak
menjawab. Talian terlebih dahulu dimatikan. Aimi tersentak melihat skrin
telefon tersebut. Dah letak? Amboi. Macam merajuk je.
“ Aimi. I miss you.”
Berlegar pula kata-kata
Imran dalam mimpi tu. Aimi terus meraup wajahnya. Ah! Mimpi je tu. Lupakan!
Lupakan!
“ Aimi! Belum bangun
ke?”
Mendengar suara Maznah,
Aimi terus usir nama Imran jauh-jauh.
“ Dah mak. Kejap lagi
Aimi turun.”
Imran. Kalau saya pergi
jumpa awak esok. Rasa-rasa saya boleh berlagak macam biasa ke? Kalau saya jadi
lain macam mana? Arh! Stress!
No comments :
Post a Comment