Suasana yang asalnya
aman damai terus menjadi bising saat menerima kedatangan pengantin lelaki.
Semua yang ada di situ sama-sama menyambut kedatangan pengantin lelaki. Seperti
dijangka Imran, hatinya kini sangat-sangat berdebar nak pegang tangan tok kadi.
“ Doktor.”
Faiz menegur. Faiz dah
jadi pengapit Imran untuk hari ini. Dan untuk itu bolehlah dia ambil pengalaman
sebab selepas ni giliran dia pula.
“ Jangan panggil aku
doktor. Kita dah jadi kawan bro. Panggil aku apa saja asalkan bukan doktor.”
Jelas Imran dengan senyuman kecilnya.
Faiz yang mendengar dah
tergelak.
“ Wah! Ada kawan baru
lah hari ni. Haha. Anyway.. takut ke macam mana ni?”
Faiz perasan daripada
tadi Imran tak habis-habis gosok tangan dia. Tengah tahan debaran agaknya. Dan
itu memang membuatkan Faiz tergelak lagi.
“ Berdebar juga. Kau
tak rasa lagi kau bolehlah cakap. Tunggulah bila kau kahwin dengan Mel nanti.”
Faiz terdiam. Tapi tak
lama bila dia menarik sengih. Kepalanya meliar mencari kelibat Emelda. Sebab
Emelda jadi pengapit Aimi pada malam ini. Sambil itu mereka mendengar kata-kata
tok kadi sebelum tangan Imran berada dalam genggaman Imran.
Aimi pula dari jauh dah
nampak kelibat Faiz dan Imran yang berada depan tok kadi. Senyuman dia terukir.
Rasa berdebar jangan cakap. Tapi dia tak dapat nafikan Imran nampak terlalu
kacak pada malam ini. Lagi berdebarlah jadinya.
Tanpa dipinta, Imran
turut menoleh ke arah Aimi. Dan buat sesaat mereka saling berpandangan sebelum
mereka berbalas senyuman dan Imran kembali fokus pada tok kadi. Aimi yang
melihat dah mengucap dan beristighfar berkali-kali bagi menghilangkan debaran.
“ Aimi. Aku bahagia
tengok kau sekarang.” Suara Emelda dengan perlahan. Mata dia asyik tengok ke
arah Imran dan Faiz. Tak sabar nak tengok Imran pegang tangan tok kadi.
Aimi tersenyum dan
menjeling ke arah Emelda.
“ Aku pun. Dan aku lagi
bahagia bila tengok kau dan Faiz makin rapat. Bila pula giliran korang?” Sempat
lagi Aimi mengusik sampai naik merah pipi kawan tu.
“ Kau ni. Kau pergi
tanya dia la senang. Aku bila-bila on je.” Selamba Emelda membalas. Tapi dalam
hati hanya Allah saja tahu.
Aimi hanya tersengih.
Lantas kembali pandang ke hadapan bila majlis dah nak dimulakan. Perlahan-lahan
dia menarik nafas agar mampu menenangkan dirinya saat itu.
“ Muhammad Imran Alias
bin Datuk Ismail.”
“ Ya saya.”
“ Aku nikahkan dikau
dengan Aimi Aisya binti Azmir dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai..”
“ Aku terima nikahnya
Aimi Aisya binti Azmir dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai..”
“ Sah?”
“ Sah.”
“ Sah.”
“ Sah.”
“ Alhamdulillah.”
Dan serentak itu air
mata Aimi terus mengalir ke pipi. Terus dia memeluk ibunya yang berada di sisi.
Selepas itu dia memeluk Emelda pula. Air matanya masih menitis. Dia tahu
selepas ini dia dah tak boleh jadi budak yang tak matang. Dan dia perlu taat
kepada suaminya itu.
“ Aku percaya dia boleh
bahagiakan kau kawan. Tahniah.” Ucap Emelda lantas menyeka air mata Aimi. Aimi
hanya tersenyum.
“ Mak.”
Aimi menyalami tangan
ibunya lantas memeluk ibunya sekali lagi.
“ Mak bangga dengan
kamu Aimi. Lepas ni jangan nakal-nakal lagi tau. Dah jadi isteri orang ni,
jangan ikutkan kepala sangat.” Pesan Maznah dengan hati yang sebak.
Aimi hanya mengangguk
lantas meleraikan pelukan.
“ Dia datang nak
sarungkan cincin.” Maklum Emelda lantas memberi sedikit ruang kepada Aimi dan
Imran.
Imran menapak ke arah
Aimi yang sedang tunduk itu. tercetus juga senyuman pada bibirnya. Aimi nampak
sangat cantik malam ini. Apabila dah sampai depan Aimi, perlahan-lahan dia
duduk melutut dan memandang Aimi. Cincin yang diserahkan kepadanya itu
dipegang.
“ Assalamualaikum
cinta.”
Aimi tersenyum lantas
menghulurkan jarinya agar Imran dapat menyarungkan cincin ke jari manisnya.
“ Waalaikumussalam
rindu.”
Perlahan-lahan Imran
menyarungkan cincin ke jari manis Aimi. Lepas itu, giliran Aimi pula
menyarungkan cincin ke jari manis Imran. Bila dah selesai, Aimi terus tunduk
menyalami tangan Imran. Debaran jangan cakap. Macam dah nak terkeluar jantung
ni.
“ Terima kasih sayang.”
Ucap Imran perlahan lantas meletakkan tangan kirinya di atas kepala Aimi.
Dalam hati dia berdoa
agar Aimi mampu menjadi isteri yang solehah untuk dia, untuk anak-anak dia dan
taat perintah Allah. Doa dia lagi agar Aimi mampu menjadi setabah wanita dan
mencintai dia kerana Allah. InsyaAllah.
Apabila Aimi mendongak,
sepasang mata yang redup itu memandang ke arahnya. Aimi membalas tatapan itu
dengan senyuman kecil.
“ Im! Ciumlah dahi
dia.”
Tiba-tiba Faiz
menyampuk dan membuatkan orang sekeliling terus ketawa. Aimi dah mengetap bibir
gara-gara malu. Faiz ni! Aku bagi juga penyepak karang! Haish! Manakala Imran
hanya tersenyum. Tahu sangat pasangan pengantin baru seperti mereka pasti akan
diusik punya.
“ Aimi.”
Perlahan-lahan dagu
Aimi ditolak sedikit ke atas dan dahi itu dikucupnya dengan penuh rasa kasih
sayang. Aimi yang menerima kucupan itu menutup matanya dengan senyuman dan
seribu kesyukuran di atas anugerah ini. Terima kasih Ya Allah.
Klik!
Masing-masing terus
kembali seperti asal apabila selesai sesi pembatalan air sembahyang.
Masing-masing juga tidak henti-henti memberikan layanan pada tetamu yang
datang. Tidak ketinggalan keluarga sebelah Imran.
“ Sayang.”
Aimi yang ralit
memandang ke arah Faiz dan Emelda itu terus tersentak. Dia menoleh sekilas ke
arah Imran sebelum kembali memandang ke arah mereka. tersenyum juga dibuatnya.
Mereka tu macam belangkas. Kadang-kadang tu macam anjing dengan kucing. Tapi
itulah yang menyatukan mereka. alahai.
“ Abang janji abang
akan jaga Aimi dengan sepenuh hati abang sehingga ke hujung nyawa abang. Itu
janji abang.”
Aimi terus menoleh ke
arah Imran saat Imran berkata demikian. Ternyata Imran memang benar-benar
maksudkannya saat Aimi pandang tepat ke arah mata Imran. Aimi terus tersenyum.
Tangan Imran digenggam erat. Perlahan juga dia menganggukkan kepalanya.
“ Terus didik saya
sebab saya bukan manusia sempurna. Terus mencintai saya sebab saya masih belum
mampu membahagiakan awak dan terus pimpin saya ke syurga sebab saya nak masuk
syurga Allah bersama dengan awak.” Ucap Aimi dengan penuh makna.
Imran menggelengkan
kepalanya sesaat sebelum tersenyum.
“ Mulai hari ini
panggil abang dengan abang. Tak nak dah berawak saya. Tak sweet.”
Aimi tergelak. Sweet la
sangat kan?
“ Hai pengantin baru.”
Muncul Puteri bersama
tunangnya di hadapan Aimi dengan Imran. Memang tidak dapat dinafikan Puteri
nampak cantik malam ini dan paling mengejutkan Imran adalah Puteri telah
mengenakan tudung. Alhamdulillah. Maybe Puteri telah berubah.
“ Hai. Aimi. Ini sepupu
abang, Puteri. Dan ini tunang dia. hujung minggu ni giliran mereka pula.”
“ Yeke? Tahniah
Puteri.”
Puteri tersengih. Tanpa
berlengah dia terus memeluk tubuh Aimi. Dia rasa bersyukur kerana Imran memilih
Aimi bukan dia.
“ Awak pun tahniah
Aimi. Saya doakan awak bahagia dengan sepupu saya ni.”
Aimi tersenyum sahaja
menyambut ucapan itu.
“ Im. I tahu ini jalan
yang you pilih dan untuk itu tahniah. I bahagia tengok you bahagia. Anyway..
hujung minggu ni tolonglah datang!”
“ InsyaAllah. Dah.
pergi makan. Tunang kau dah lapar tu.”
Usai sahaja Puteri dan
tunangnya berlalu, Imran kembali menoleh ke arah Aimi. Hanya satu saja yang dia
ingin Aimi dengar saat ini sebelum dia pulang ke rumah untuk majlis resepsi
esok.
“ Aimi. Abang nak Aimi
tahu satu benda je daripada abang. Ingat sampai bila-bila.”
Aimi kembali fokus pada
Imran. Wajah suaminya itu ditatap dengan penuh kasih sayang.
“ Apa?”
“ Sama ada hari ni,
esok, lusa ataupun hari-hari seterusnya. Abang tetap cintakan Aimi tidak kira
apa yang telah berlaku. Abang cintakan Aimi demi Allah. Dan untuk itu abang nak
Aimi janji dengan abang jangan sesekali ingkar perintah Allah sayang. Dan
sama-sama kita belajar untuk ke syurga Allah.”
Kerana itu Aimi terus
memeluk Imran. Dia cukup terharu dengan kata-kata Imran sebentar tadi.
“ Aimi pun sama. Sebab
tu Aimi sayangkan abang.”
Dan Imran turut
membalas pelukan Aimi. Sama-sama sayang.
No comments :
Post a Comment