Assalamualaikum.
.Aku pun tak tau kenapa aku pilih gambar ni.
Firstly, aku nak minta maaf banyak-banyak sebab baru muncul hari ni. Muncul pula bukan muncul dengan hasil karya baru tapi just muncul dengan ucapan maaf. Aku tahu banyak yang tengah tunggu sambungan enovel dan ada juga yang nak baca cerpen baru tapi serius, buat masa ni aku tengah usaha untuk buat semua tu untk korang.
Sebenarnya, memang niat lepas balik bercuti selasa lepas nak sambung post kat sini. Tapi nak buat macam mana Allah lebih tahu segalanya. Aku pergi bercuti dalam keadaan demam. Haha. Demam terkejut + kecewa sebenarnya. That's why jadi macam tu. Tak sangka juga ini demam paling lama aku pernah alami.
Bayangkan... Masa dekat Sunway Laagoon tu hanya Allah je tahu betapa tak laratnya aku. Haha. Tapi aku gagahkan diri sebab peluang sekali seumur hidup weh boleh masuk situ. For sure, apa saja aku rasa nak buat kalau aku tak demam jadi tak ada pun keingininan tu. Hilang habis semua mood aku. Nak ambil gambar ke, senyum ke, nak main ke apa ke... semua dah hilang! Haha. Setia jalan dan tunduk je. Ikut je ke mana kak dan abang ipar aku nak bawa. Tengok! Betapa teruknya aku time tu. Hahha.
Hari kedua pula kak aku bawa aku pi Petro Sains dan Sogo. Masa hari kedua demam tu lagilah aku rasa teruk. Tak tahu kenapa rasa sakit kat jantung. Rasa denyutan tu even perlahan tapi sakit. Bila jalan lama sikit rasa sakit. Tapi sampai satu tahap masa nak tengok wayang dalam petro sains tu. Alhamdulillah. Rasa sakit tu serba sikit hilang. Keluar je Petro SAins tu aku rasa lega sikit. Just dahaga dan letih je la. Tetap kuatkan hati. Haha.
Time kat SOGO tu yang paling aku tak tahan. Nama pun ikut orang kan? Kak dan abang ipar aku bawalah kami pi situ dan pi tingkat atas sekali. Nak tengok baju anak depa. Kat situ yang aku rasa macam nak tercabut kaki aku ni ha. Lama gila memilih. Haha. Nasib baik keadaan aku baik sikit dari pagi tadi. Dahlah orang ramai gila. Huahuahua.
Kalau ikutkan hati nak je selfie setiap kali pergi mana kak aku bawa. Tapi sebab demam habis berterbangan semua mood bercuti aku. First time juga bercuti dalam keadaan demam. Haha. Pecah rekod. Tapi alhamdulillah. Sekarang dah okay just tekak aku je belum lega. Kalau suruh aku cakap, akan difikir dua tiga kali. Hahah.
By the way. Aku janji tak malam ni esok aku akan post cerpen baru untuk korang sebelum aku berkerja isnin ni. I'm promise. Doakan aku semoga berjaya upload cerpen baru untk korang. And sorry again sebab buat korang tertunggu-tunggu.
Pembuka Bicara
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)
Friends
Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua. Wah. Dah lama tak jenguk ke sini. Yeay.. Ada cerpen baru. Okay. Terlebih teruja. Haha. Tapi.. Ermm..sebenarnyaka...
-
Assalamualaikum.. Syuhhh! Korang boleh simpan rahsia tak? ehehe.. SPM tak hbs lagi kot tapi sempat lagi jenguk dekat sini. Siap u...
-
Assalamualaikum.. Hai..Hai.. Wah. Dah begitu lama aku tak menjenguk ke sini. Akibat kekangan masa. Dan... sebab dah terlalu aku menghilang...
-
Assalamualaikum. Helo semua! Wah. Akhirnya aku muncul balik. Haha. Dengan cerpen baru pula tu. Kekeke. Biasalah. Mood holiday tak habis ...
-
Halo...Halo... Wah! Dah lama aku tak upload cerpen baru kan? Hari ni baru berkesempatan. Biasalah. Idea dah kering. Jadi tiada mood nak buat...
-
Assalamualaikum.. Hai-hai semua. Ehem..Ehem.. Dah lama gila tak jenguk ke sini. Bila jenguk je ke sini terkejut ha bila dapat banyak kome...
-
Kali ini saya tampilakn cerpen yang benar-benar simple. Harap enjoy ketika membaca. "Kau nak apa lagi ha?Belum puas ke hati ka...
-
Assalamualaikum. Ya Allah! Sorry guys! Sorry sesangat. Aku tau aku salah. Yala. Janji semalam nak post cerpen. Tapi hari ni baru cerpen. W...
-
Assalamualaikum. Yeay. Cerpen baru lagi. Ermm. Aku tak tahu nak cakap tapi aku cuba buat lain daripada lain. Tapi macam tak best jugak. Haha...
-
Assalamualaikum semua. Wah. Dah masuk 2020 baru sis buka balik blog sis ni erk. Rasanya dah dekat 2 tahun sis tak masuk sini. Haha. Maaf gu...
No comments :
Post a Comment