Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 28 March 2015

Cerpen : Dia Milik Allah End

Banyak kekurangan dalam cerpen ni. Harap maaf. 



Senyumannya terus mati saat mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Iman itu. Hatinya jadi makin berdebar-debar. Dia menoleh ke arah Asma dan Asma hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

“ Awak serius? Tapi kenapa?” Akhirnya Hana menyoal.

Iman tersenyum kecil lantas mengambil tempat yang tidak jauh daripada Hana itu.

“ Saya buat keputusan ini setelah yakin yang awak dipilih Allah untuk saya. Saya pilih awak kerana Allah. Saya nak menjaga awak.”

Izyan Hana tertunduk seketika. Dia mengaku yang dulu dia pernah mempunyai perasaan terhadap abang Asma itu. Cuma dia lebih suka memendam. Dia tidak akan sesekali memberitahu perasaannya pada Iman pada masa itu. Sekarang? Dia sendiri tidak pasti sama ada dia masih mempunyai perasaan itu atau tidak.

“ Awak ambillah berapa banyak masa pun. Saya sudi tunggu.” Sambung Iman dengan tenang. Dia mengucapkan alhamdulillah kerana Allah berikan dia keberanian untuk menyatakan hasrat di hati. Ya. Izyan Hana memang seorang yang istimewa.

“ Asma..” Hana memanggil dengan nada yang bergetar. Asma yang menyedari ton suara Hana itu memandang Iman.

“ Abang…”

Iman yang faham maksud Asma itu hanya menganggukkan kepala dan lantas keluar daripada situ. Sebaik sahaja Iman keluar, Asma terus memeluk Hana dengan penuh kasih sayang.

“ Kenapa tiba-tiba?”

Air mata Hana mengalir perlahan. Asma tersenyum lantas mengusap perlahan belakang Hana.

“ Aku tahu. Aku tahu kau pernah sayangkan dia dulu kan? Sebenarnya ini permintaan aku. Aku nak kau sentiasa dilindungi dan disayangi oleh insan yang bernama suami. Kalau kau sakit macam ni dan ada orang yang akan jaga kau. Aku dah tak risau. Walaupun ayah kau still ada. Aku tahu kau terkejut kan?”

Hana hanya menganggukkan kepalanya.

“ Abang kau ikhlas ke?”

“ Kau ni. tentulah dia ikhlas. Abang aku bukan macam lelaki lain okay? Bukan seorang yang suka memungkiri kata-katanya. Dia seorang yang penyayang dan terlalu mengambil berat akan keadaan sekelilingnya. Permintaan aku ni pun sebenarnya aku taklah memaksa. Tapi abang aku kata dia dah minta petunjuk Allah. Sebab tu dia yakin akan keputusan ni. Aku harap kau mampu terima permintaan abang aku tu.”

Asma meleraikan pelukan.  

“ Berikan aku masa.”

“ Sudah tentu. Aku tahu jodoh korang ni kuat sebenarnya. Kan?”

“ Kau ni!” Hana memuncung.

“ Haha. Aku sayang kau sahabat.”

“ Aku pun.”

**
‘ Kahwinlah kerana agamanya. Nescaya kamu akan bahagia…’

Matanya terkebil-kebil memandang skrin telefon itu. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman. Dia menoleh pula ke arah tingkap. Melihat ciptaan Allah yang sememangnya tiada tandingan itu.

“ Ya Allah. Aku semakin yakin yang dia jodoh aku. Cuma adakah dia akan terima lamaran aku tempoh hari? Sungguh Ya Allah. Aku jatuh cinta pada dia kerana agama dan sikap dia.”

Dia tiba-tiba teringat kata-kata seorang ustaz ni. Ustaz tu ada kata jodoh ini penuh misteri. Apabila semakin dikejar, semakin ia berlalu pergi. Apabila kita hanya menanti, usahkan hadir bayangnya juga belum pasti. Misterinya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Cuma usahlah kita jemu mencari. Bersama-sama istikharah di hati.

Ya. Dia mengaku sebelum ini dia tak pernah usaha untuk mencari siapa yang mampu menjadi isterinya. Yang dia fikir kerja, kerja dan kerja. Tetapi selepas mendengar permintaan adiknya itu, hatinya terbuka untuk menerima. Oleh sebab itulah dia melakukan istikharah. Alhamdulillah jawapan itu meyakinkan dia.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Itu juga menyentakkan lamunannya terhadap Izyan Hana.

“ helo.”

“ Abang!”

Suara Asma yang cemas itu serta-merta membuatkan dadanya berdebar kencang. Hana!

“ Kenapa ni?”

“ Hana! Dia!”

“ What Asma?”

“ Dia dalam keadaan kritikal!”

**
Kakinya laju menuju ke arah Asma yang sedang berdiri depan bilik kecemasan itu. Rasa risau ni jangan cakaplah. Sepanjang perjalanan dia berdoa agar Allah menyembuhkan Hana.

“ Adik.”

Asma yang kelihatan sugul itu terus menoleh ke arah Iman. Air matanya serentak mengalir saat melihat wajah abangnya itu. Encik Azman yang berada di sebelah hanya mampu tersenyum pahit.

“ Abang.. Hana bang.”

Iman terus duduk di sisi Asma lalu menarik Asma ke dalam pelukannya.

“ Sabar Asma. Sabar. Dia pasti sembuh. Tapi kenapa dia tiba-tiba boleh masuk wad kecemasan. Pakcik?” Soal Iman ingin tahu.

“ Doktor buat pemeriksaan pagi tadi. Lepas tu dia cakap kat pakcik yang Hana mengalami kanser hati. Dan tadi tiba-tiba saja Hana mengadu sakit dada dan terus pengsan tak sedarkan diri. Sekarang kita hanya mampu berserah saja.”  Jelas Encik Azman panjang lebar.

Iman terdiam. Ya Allah. Panjangkanlah umur dia.

“ Abang… tadi sebelum dia pengsan. Dia ada cakap dekat Asma yang dia dah terima lamaran abang tu.” Maklum Asma dengan senyuman hambar. Walaupun dia gembira Hana dah terima lamaran abang dia tapi dia tetap sedih kerana keadaan Hana itu.

Iman masih mendiamkan diri. Buat masa ni dia tak dapat berfikir soal itu. Dia Cuma fikir keselamatan dan keadaan Hana saat ini.

“ Dia cakap tiga hari dia juga buat solat istikharah. Dan dia juga yakin dengan abang. Tapi dia sedih sebab dia takut dia tak sempat nak jadi isteri abang. Dia dah tahu apa penyakit dia bang.”

Terus Asma menangis dalam pelukan Iman. Dia tak dapat tahan kesedihan itu. dia terlalu sayangkan Izyan Hana.

“ Kita doa banyak-banyak. Insya-Allah dia mesti sembuh.

Tiba-tiba lampu bilik kecemasan sudah bertukar kepada warna hijau. Mereka bertiga berdebar menantikan keputusan doktor.

“ Encik Azman.”

“ Ya saya doktor.”

“ Hana perlukan penderma. Sebab hati dia dah sampai pada tahap yang kritikal. Kuman dah merebak. Ada tak sebelum ni dia mengadu sakit dada?”

Encik Azman hanya menggelengkan kepala.

“ Seingat saya sekali saja dia ada kata dia rasa sesak nafas. Tu pun dia hanya sapu minyak panas. Selepas tu saya tak dengar dah dia mengadu sakit dada.”

“ Sekarang ni, kita hanya perlukan penderma yang sesuai untuk sembuhkan penyakit dia.”

“ Saya sudi jadi penderma doktor.”

Tiba-tiba Iman bersuara.

“ Kalau macam tu jom ikut saya untuk buat pemeriksaan darah.”

Iman hanya mengangguk. Dia bersedia untuk hadapi apa saja.

“ Abang. Selamatkan Hana.” Pinta Asma dengan linangan air mata.

“ Insya-Allah sayang.”

**
“ Mak!”

Suaranya menjerit-jerit memanggil ibunya. Tetapi ibunya semakin menjauh. Dia tidak berputus asa malah terus mengejar langkah ibunya itu.

“ mak! Tunggu Hana! Hana nak jumpa dengan mak!”

Tiba-tiba langkah ibunya terhenti. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman buat anaknya yang tersayang.

“ Hana. Pergilah. Jangan ikut mak. Umur kamu masih panjang. Ada seseorang yang masih menunggu kamu di dunia.”

Kepalanya digelengkan.

“ Hana tak nak! Hana nak ikut mak.”

“ Tidak sayang. Tapi mak selalu doakan anak mak agar menjadi seorang Muslimah sejati. Alhamdulillah Allah kabulkan doa mak. Pergilah sayang. Ayah kamu masih memerlukan kamu.”

Terus kelibat ibunya hilang daripada pandangan.

“ Mak!”

“ Hana! Hana!”

Izyan Hana terus tersedar daripada lena yang panjang. Dia menoleh melihat sekeliling. Ya Allah.

“ Alhamdulillah. Akhirnya kamu sedar.”

Tiba-tiba dia terasa sakit pada bahagian dadanya. Perlahan tangannya menyentuh dadanya itu. Terasa ada kesan jahitan dekat situ. Dia mengaduh kesakitan saat tersentuh bahagian jahitan itu.

“ Hana?”

Encik Azman risau melihat kerut di wajah Hana itu.

“ Sakit ayah. Kenapa dengan Hana?”

Hana menoleh pula ke arah pintu wad. Dia masih menantikan kehadiran seseorang. Tetapi hampa sebab kelibat itu tiada di sini saat ini.

“ Kamu baru lepas buat pembedahan pemindahan hati. Dah tiga hari kamu tak sedarkan diri.”

“ Ayah… siapa penderma tu?”

Encik Azman tersenyum kecil. kepalanya digelengkan.

“ Maaf. Ini ayah tak boleh cakap. Penderma tu minta rahsiakan. Yang penting kamu selamat.”

Hana memandang syiling dengan pandangan yang kosong. Kepalanya sarat dengan persoalan yang masih menjadi tanda tanya. Ya Allah. Aku bersyukur kerana Engkau masih memberikan aku peluang untuk menebus dosa-dosa aku ini. Terima kasih Ya Allah.

“ Mana Asma?”

Encik Azman terdiam. Dia tak boleh bocorkan rahsia. Dia mesti rahsiakan.

“ Ada dekat luar agaknya. Abang dia suruh dia makan dulu.” Nafi Encik Azman.

Maafkan ayah sayang. Kami buat demi kebaikan kamu.

“ Ayah. Hana mimpi mak. Hana rindu mak.” Luah Hana akhirnya.

“ Bersabar sayang. Sedekahkan Al-Fatihah pada mak kamu.”

“ Insya-Allah ayah.”

**
Dia menoleh sekeliling. Tetapi kelibat yang dia harapkan itu masih tidak muncul. Dah tiga hari kelibat itu menghilangkan diri. Puas dia bertanya kepada Asma. Tetapi Asma mengelak dan kata kelibat itu sibuk. Hana sendiri tidak faham. Arh! Fikir positif sajalah Hana.

“ Kau dah ready nak balik?”

“ Mestilah. Dah lama sangat aku duduk dekat hospital ni.”

Asma tersenyum kecil. Hana, kalau kau tahu keadaan abang aku. Adakah kau akan segembira macam ni?

“ Ayah aku mana?”

“ Ada dekat luar. Tengah uruskan pembayaran. Jom aku pimpin kau ke kereta.”

Dengan perlahan-lahan Hana turun daripada katil dan berjalan bersama dengan Asma. Hatinya kini berasa lega dan lebih tenang. Seakan-akan dia dapat nafas baru.

“ Aku pergi tengok ayah kau kejap. Aku duduk sini dulu okay.”

“ Okay.”

Sebaik sahaja Asma menghilang, Hana melihat skrin telefon bimbitnya. Dah lama dia tidak melihat phone dia tu.

Tiba-tiba ada satu SMS masuk. Hana mengerutkan dahi saat melihat nombor yang tidak dikenali itu.

‘ Awak. Semoga cepat sembuh. Tunggu saya ye. Lepas awak sembuh saya akan kahwin dengan awak. Asma kata awak dah terima saya. Alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. InsyaAllah kita akan jadi suami isteri. Walauapapun yang terjadi awak mesti tunggu saya. Saya minta maaf sebab maybe masa awak baca SMS ni saya tiada di samping awak. Tapi ingatlah yang saya sentiasa berada dekat dengan awak. Saya berada dalam hati awak. Salam ikhlas Khalish Iman.’

Tidak semena-mena air matanya mengalir perlahan. Dia tak tahu kenapa tapi dia tiba-tiba berasa sedih dan dia juga ingin berjumpa dengan Iman. Ya Allah.

“ Jom balik.”

Hana terus menyeka air matanya. Dia tak nak Asma perasan. Tapi dia kena tahu juga di mana Iman berada.

“ Tolong cakap dekat aku mana Iman. Please.” Rayu Hana. Dia rasa dia perlu jumpa dengan Iman. Dia dapat rasakan Iman berada dalam bahaya.

Asma terkedu. Dia melihat wajah Hana yang mengharap itu. Ya Allah. Abang dah minta rahsiakan. Mana mungkin dia akan beritahu Hana tentang keadaan abangnya. Tak mungkin. Nanti abang marah dekat aku. Abang! Apa patut Asma buat?

“ Kau jangan risau. Abang aku okay je. Dia ada urusan kerja sikit.” Nafi Asma dengan senyuman kecil.

“ Tipu. kau mesti tipu. baik kau cakap. Please Asma. Kalau dia okay kenapa dia send SMS ni dekat aku sebelum aku buat pembedahan?”

Asma tersentak. Pantas dia mengambil telefon bimbit Hana. Bait-bait yang Iman hantarkan kepada Hana dia baca. Hatinya jadi sebak. Abang.

“ Hana!”

“ Maafkan aku.” Air mata Asma mengalir perlahan.

“ Kenapa?” Hana dah mula rasa tidak sedap hati.

“ Hana. Asma. Tunggu apa lagi dekat sini?” Muncul Encik Azman.

“ Ayah. Mana Iman? Apa yang berlaku dekat dia?”

Encik Azman terkedu. Dia menjeling Asma. Nampaknya naluri hati mereka berdua kuat. Adakah mereka memang ditakdirkan bersama?

“ Ayah. Tolong cakap dekat Hana. Hati Hana ni rasa lain. Lain sangat. Hana macam dapat rasakan kehadiran Iman. Ayah tolong. Asma tolong.” Hana merayu lagi.

“ Jom ikut aku.” Dengan senyuman pahit dia mengajak Hana mengikuti langkahnya.

**
“ Ya Allah!”

Mulutnya ditekup dengan kuat. Dia sedaya upaya menahan diri daripada menangis. Asma yang berada di sebelahnya hanya mampu mengusap bahu Hana seraya memberikan kekuatan. Encik Azman dah lama pulang ke rumah.

“ Maafkan aku kerana terpaksa rahsiakan hal ni. tu permintaan dia. dan dia juga ikhlas menderma hati tu dekat kau. Aku minta maaf. Aku ingat selepas pembedahan tu dia akan okay. Tapi , tak sangka sampai ke hari ini dia masih tidak sedarkan diri.”

Giliran Asma pula mengalirkan air mata. Dia dah cuba untuk jadi kuat. Tapi dia gagal.

“ Kenapa kau tak cakap awal-awal. Patut lah aku rasa di mana saja aku berada aku dapat rasakan kehadiran abang kau.”

“ Maafkan aku.”

Hana memandang wajah Iman yang sedang terbaring tidak sedarkan diri itu. Iman.. Cepatlah sedar. Awak kata awak nak kahwin dengan saya. Awak kata awak takkan tinggalkan saya. Saya sudi tunggu awak sampai bila-bila. Saya yakin awak akan sedar.

“ Jom kita balik. kau tu masih belum sembuh.” Ajak Asma.

Hana masih mendiamkan diri di samping Iman. Dalam hati dia berdoa agar Iman cepat sedar. Kalau Iman tak sedar, dia akan diselubungi rasa bersalah.

Tiba-tiba matanya dapat menangkap pergerakan jari Iman. Mulutnya mula mengukirkan senyuman.

“ Asma. Tolong panggilkan doktor. Abang kau dah sedar.” Maklum Hana. Asma pun tanpa berlengah pantas keluar untuk memanggil doktor.

“ Saya tahu awak kuat. Tolong kuat. Tolong sedar. Awak dah janji nak kahwin dengan saya.”

Ya Allah. Aku tahu ini salah satu ujian dari-Mu. Tetapi sembuhkanlah dia. kalau bukan sebab dia aku takkan ada di bumi ni lagi.

“ terima kasih untuk segala-galanya Khalish Iman.”

**
“ Mama! Papa! Tengok abang ni!”

Panjang muncung Asma saat diusik oleh Iman. Dah boleh sangkut penyangkut dah rasanya.

“ Apa apa? betul apa abang cakap. Lagipun ustaz tu berkenan sangat dekat kau. Sampai dah datang jumpa mama dan papa. Kau tu je yang masih diam. Kau tu memilih sangat.”

Asma mencebik. Dia rasa tidak puas hati. Kenapa ustaz poyo tu mesti jumpa keluarga dia? Haish! Benci!

“ Kenapa kau tak suka dia?” Giliran Hana pula menyoal.

“ Dia poyo. Dia suka kacau aku. dia suka buat aku benci dia. dia suka .. arh! Benci la cakap fasal dia.”

Iman dan Hana saling berpandangan sebelum melepaskan tawa.

“ Jangan benci sangat adik aku yang tersayang. Nanti ha.. jadi suka.”

Asma menjeling geram ke arah Iman. Memang tak puas hati bila kawan baik dia bersubahat dengan abang kesayangan dia untuk kenakan dia. Ish!

“ Sudahlah. Adik merajuk nanti kang.”

Hana sudah tersenyum simpul. Dia sendiri tak tahu Asma begitu manja dengan suaminya. Sungguh tak tahu. Tapi dia bersyukur kerana suaminya jaga Asma sebaik mungkin.

“ Abang. Dah la tu. nanti dia merajuk. Siapa nak pujuk?” Pujuk Hana dengan senyuman.

“ Ha. Tengok. Terima kasih kakak iparku yang tersayang. Hehe.”

“ Okaylah. Hana jom. Ikut abang.”

“ Ke mana?”

“ Ikut je lah Hana oii. Dah orang sudi bawa.”

Asma pantas berlari ke dapur apabila ada tangan ingin menyekeh kepalanya. haha.

“ Tunggu jap. Hana nak pakai tudung.”

**
Alhamdulillah. Siapa sangka, selepas seminggu Hana dan Iman sembuh. Encik Azman terus menetapkan tarikh pernikahan mereka. Bertunang hanya sehari. Lepas tu terus nikah. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan mereka.

“ Abang..”

Hana memandang sekeliling. Kenapa dia bawa aku ke sini?

“ Hana ingat tak lagi tempat ni? Pertama kali kita jumpa dekat taman ni la. Masa tu Asma yang bawa kita dua ke sini.”

Hana mula tersenyum. ya. Dia masih ingat. Tapi..

“ Maafkan Hana.” Hana tunduk menahan malu.

“ Kenapa?”

“ Hana malu. Masa tu Hana teruk. Hana jahat.” Perlahan-lahan butir permata tu jatuh ke pipi.

Iman yang melihat tersenyum lantas menolak perlahan dagu isterinya itu. air mata itu disekanya dengan lembut.

“ Abang tak pernah kata macam tu. cukuplah abang dapat Hana yang sekarang. Yang penting Hana dah berubah kan?”

Hana mengangguk perlahan. Dia bersyukur dapat suami macam Khalis Iman ni. dia bersyukur sangat.

“ terima kasih untuk segala-galanya abang. Hana gembira sangat.”

“ Abang pun. Abang tak sangka abang akan pilih Hana jadi isteri abang. Maybe dah jodoh. And one more thing.”

Iman merenung wajah isterinya itu dengan penuh kasih sayang. Hana yang sedar wajahnya direnung itu tunduk menahan malu.

“ Hana.. tengok abang.”

Hana akur. Dia kembali mendongak melihat wajah suaminya itu.

“ Hana. Walauapapun yang terjadi. Ingat yang abang sentiasa ada dekat sini.”

Perlahan tangannya menyentuh dada Hana.

“ Di sini. Abang sentiasa ada dekat sini.”

Hana tersenyum dalam perasaan sebak.

“ Terima kasih abang.”

“ Sama-sama kasih sayang. Abang sayang Hana.”

~Tamat~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers